laporan - scout.org
TRANSCRIPT
LAPORAN
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PASUKAN PENGAKAP KELANA 1102
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
HARI/TARIKH: HARI ISNIN DAN RABU, 21HB DISEMBER 2020M DAN 23HB
DISEMBER 2020M BERSAMAAN DENGAN 06 JAMADILAWAL 1442H DAN 08
JAMADILAWAL 1442H
TEMPAT: SEKOLAH PERSEKUTUAN GURU-GURU MELAYU BRUNEI (PGGMB)
SUNGAI AKAR, BERAKAS
PASUKAN PENGAKAP KELANA 1102 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Isi kandungan:
1. Pengenalan
2. Butiran Program
3. Aturcara Program
4. Ahli Jawatankuasa Pelaksana
5. Lampiran gambar aktiviti
1. Pengenalan
Pada hari Isnin dan Rabu, 21hb Disember 2020M dan 23hb Disember 2020M bersamaan
dengan 06 Jamadilawal 1442H dan 08 Jamadilawal 1442H, Pasukan Pengakap Kelana 1102
Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah berkesempatan untuk menjalankan satu program
khidmat masyarakat di Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB)
Sungai Akar, Berakas. Ianya bertepatan dengan motto Pengakap iaitu ‘SERVICE’ atau
dalam Bahasa Melayu ‘BERKHIDMAT’. Disamping itu juga, ia dapat melatih ahli-ahli
Pengakap untuk sentiasa memberikan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbalan
daripada bantuan yang diberikan.
2. Butiran Program
2.1 Tajuk Aktiviti: Program Khidmat Masyarakat Pasukan Pengakap kelana 1102
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
2.2 Hari: Isnin dan Rabu
2.3 Tarikh: 21hb Disember 2020M dan 23hb Disember 2020M / 06 Jamadilawal 1442H
dan 08 Jamadilawal 1442H
2.4 Tempat: Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai
Akar, Berakas
2.5 Keramaian Peserta: Seramai 26 orang peserta terdiri daripada ahli Pasukan Pengakap
Kelana 1102 Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan pelatih-pelatih (turut serta dalam
program ini ialah Sukarelawan ‘Asian Law Students’ Association Brunei Darussalam’
(ALSA BRUNEI), ‘Shariah and Law Students’ Society’ (ShaLawSoc) dan Persatuan
Mahasiswa Shariah dan Undang-Undang UNISSA)
3. Aturcara Program
Kehadiran ahli Pasukan Pengakap kelana telah dialu-alukan oleh Pengetua Sekolah PGGMB
Sungai Akar, Berakas dan para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Antara tugasan
yang telah diberikan ialah mengecat kawasan pagar sekolah, pondok pos kawalan, melukis
dan mengecat mural di dinding bilik darjah Pra, mengecat kawasan kantin sekolah dan
mengecat kawasan tangga sekolah. Turut hadir ke program tersebut ialah Naib yang Dipertua
PGGMB yang juga Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Skip Awang Haji Badar bin Haji Awang.
4. Ahli Jawatankuasa Pelaksana
BIL. JAWATAN NAMA
1 Pengerusi Sheikh Ahmad Wa’ez bin Haji Sheikh Aubid
2 Timbalan Pengerusi (Latihan) Abdul Rahim Bin Haji Ledin Roslan
3 Setiausaha Muhammad Danii Ahsanuddin Bin Haji Ahmad
4 Bendahari Fatin Nadhirah binti Haji Metussin
5 Quarter Master Awangku Mohammad Fauzan Bin Pengiran
Momin
5. Lampiran Aktiviti
Ucapan dari Pengetua Sekolah PGGMB Sungai Akar, Berakas
diteruskan dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Guru
Sekolah PGGMB Sungai Akar, Berakas.
Berkesempatan untuk bergambar ramai sebelum memulakan tugas masing-
masing.
Pembahagian kumpulan; 6 kumpulan telah dibuat dan diberikan tugasan
mengikut tempat yang telah ditetapkan.
Antara gambar-gambar ketika melakukan tugas-tugas yang diberikan. Turut
serta dalam program ini ialah Pengetua Sekolah PGGMB Sungai Akar,
Berakas, Naib Pengetua Sekolah PGGMB Sungai Akar Berakas selaku Ketua
Pesuruhjaya Pengakap dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap
Kelana dan Jurulatih Pengakap Kelana UNISSA.
Antara gambar-gambar yang diambil ketika melakukan khidmat masyarakat
pada hari kedua iaitu hari rabu, 23hb Disember 2020M bersamaan dengan 8
Jamadilawal 1442H.
Antara keratan akhbar yang diambil dari See Hua Daily
pada 22 Disember 2020 tentang aktiviti Khidmat
Masyarakat yang dilakukan.
Antara keratan akhbar yang diambil dari Media Permata
pada 23 Disember 2020 tentang aktiviti Khidmat
Masyarakat yang dilakukan.
Antara keratan akhbar yang diambil dari See Hua Daily
pada 24 Disember 2020 tentang aktiviti Khidmat
Masyarakat yang dilakukan.
Disediakan oleh:
Nur Faaiqah Naazhimah binti Zaini
Ahli Pasukan Pengakap kelana Trooph 1102
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Disemak oleh:
Sheikh Ahmad Wa’ez bin Haji Sheikh Aubid
Pengerusi,
Pasukan Pengakap kelana Trooph 1102
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Disahkan oleh:
Dr. Muhammad Alif bin Haji Sismat
Pemimpin dan Penyelaras,
Pasukan Pengakap kelana Trooph 1102
Universiti Islam Sultan Sharif Ali