latihan f2 inderaputera

Upload: jeff-chen

Post on 06-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

komsas pt3

TRANSCRIPT

BENGKEL BM SUPER TARGET SKOR A+ HIKAYAT INDERAPUTERA (T2) PT3

Bab 1:Ramalan Nujum Inderaputera Semanta Puri Raja Bikrama Buspa Tuan Puteri Jamjam Ratna DewiRaja Bikrama Buspa Maharaja Bikrama 4040

Bab 2PERISTIWA MERAK EMAS

RAJA BIKRAMA BUSPA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA INDERAPUTERA

Cerpen

Bab 1:Ramalan Nujum

Cerita bermula dengan asal usul Inderaputera. Diceritakan bahawa sebuah negeri bernama negeri Semanta Puri, rajanya bernama Raja Bikrama Buspa bersama dengan permaisurinya Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Raja Bikrama Buspa mempunyai kerajaan yang besar dan menerima ufti daripada raja-raja di bawah taklukannya.Beberapa lama kemudian, isteri Maharaja Bikrama hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat elok paras rupanua. Baginda sangat suka hati lalu memanggil ahli nujum.Ahli nujum menyatakan bahawa anakandanya itu akan memangku kerajaan yang sangat besar selama tujuh tahun bersama-sama dengan baginda. Baginda juga dinasihati supaya tidak membenarkan anakandanya itu bermain dengan binatang kerana akan membawa bencana.Baginda kemudiannya mengadakan majlis keramaian selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Anakandanya itu turut dibawa mengelilingi negeri. Setelah besar panjang, anakandanya itu belajar mengaji dengan seorang mualim Bersapian sehingga pandai.

Bab2:Peristiwa Merak Emas

Raja Bikrama Buspa bersemayam di hadapan segala raja dan rakyat jelatanya. Inderaputera duduk di ribaan baginda. Ketika itu dating dua orang utusan untuk menghantar ufti, iaitu pandai emas dan pandai kayu. Pandai kayu membuat seekor ikan yang cantik. Baginda meletakkan ikan tersebut ke dalam air lalu ikan tersebut tertawa, berpantun, dan berseloka. Pandai emas pula mempersembahkan merak emas. Baginda meletakkan merak emas tersebut ke dalam talam lalu merak itu mengigal dan berpantun. Inderaputera turun daripada ribaan ayahandanya untuk melihat merak emas tersebut. Merak emas itu menyambar Inderaputera lalu diterbangkan. Baginda melihat anakandanya hilang lalu menangis dan istana menjadi gempar.Inderaputera dijatuhkan di suatu negeri, iaitu di kebun kepunyaan nenek kebayan. Nenek kebayan yang baru pulang dari berjualan bunga datang ke kebunnya. Dia menemui Inderaputera yang duduk di bawah pohon delimanya lalu dibawanya pulang dan dimandikan.Nenek kebayan membawa Inderaputera bersama ketika menghantar bunga ke rumah Perdana Menteri. Perdana Menteri suka akan Inderaputera dan meminta izin mahu memeliharanya. Nenek kebayan bersetuju. Namun demikian, Perdana Menteri hanya akan menjaga Inderaputera pada sebelah siang manakala pada waktu malam Inderaputera dijaga oleh nenek kebayan.Setelah beberapa lama, Inderaputera membesar menjadi orang yang bijaksana dan rupanya semakin tampan.

Nota:Tema:Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang.Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.

Persoalan: Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas.

Persoalan keutamaan menurut arahan.Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.

Watak &perwatakan:Watak utamaInderaputera

1. Berwajah menarik.2. Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa3. Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.4. Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh orang lain.5. Pandai membaca Al-quran .6. Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri makan.

Watak sampinganNenek Kebayan

1. Penyayang contohnya nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.2. Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain.

Perdana Menteri

1. Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain.2. Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.

Latar Masa14 haribulanHari lnderaputera dilahirkan.

Latar tempatNegeri Semanta Puri.Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa.

Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas.

Di dalam kebun Nenek Kebayan.Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya.

Di rumah Perdana Menteri.Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan.

Nilai:Nilai kasih sayang.Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera.

Nilai pemurah.Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.

Nilai berbudi bahasa.Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.

Maka ujar Perdana Menteri, Hai, Inderaputera, marilah anakanda makan!Maka Inderaputera pun menyembah seraya berkata, Santap tuanku dahulu, patik kemudian. Dan beberapa budi bicara Perdana Menteri mengajak makan bersama-sama dengan ia, tiada juga ia mahu. Maka Perdana Menteri pun lalu bangkit sendirinya memegang tangan Inderaputera. Maka Inderaputera pun menyembah serta dengan takzimnya juga, tiada ia mahu.Setelah sudah Perdana Menteri makan maka diberikannyalah Inderaputera itu baharulah ia mahu makan.Setelah sudah maka ujar Perdana Menteri, Hai, nenek kebayan, biarlah Inderaputera itu duduk di sini!Maka ujar nenek kebayan serta menyembah , Ya, Tuanku Perdana Menteri! Seketika pun tiada patik bercerai dengan cucunya hamba.Maka kata Perdana Menteri, Hai, nenek kenayan! Biarlah siang pada beta, malam pada nenek kebayan, kerana beta tiada beranak.Maka ujar nenek kebayan, Baiklah ya Tuanku Perdana Menteri, peliharakanlah tuanku seperti adat anak sungguh.Demikianlah Perdana Menteri memeliharakan Inderaputera serta diberinya kain baju dan segala pakaian yang mulia-mulia. Maka Perdana Menteri pun terlalu kasih akan Inderaputera. Kalakian maka nenek kebayan itu pun bermohon pulang ke rumahnya. Maka Inderaputera pun tinggallah kepada Perdana Menteri. Setelah hari malam maka Inderaputera pun disuruh hantarkan pulang oleh Perdana Menteri ke rumah nenek kebayan dan demikianlah hari-hari.Hatta beberapa lamanya maka Inderaputera duduk dengan Perdana Menteri maka dilihat oleh Perdana Menteri lakunya, dan duduknya, dan makannya, dan pekertinya terlalu manis juga. Sebermula maka Perdana Menteri duduk dihadap oleh orang. Maka Inderaputera pun hadirlah juga bersama-sama duduk di belakang Perdana Menteri dengan hormatnya. Maka nenek kebayan pun bertambah-tambah cinta, tiadalah berjual bunga lagi sehingga hambanya juga.

(Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Inderaputera,antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2,Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Soalan:1. Berdasarkan petikan, mengapakah Inderaputera tidak mahu bersama dengan Perdana Menteri?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan, apakah sikap yang dimiliki oleh Inderaputera?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah peranan seseorang ibu bapa dalam membesarkan anak mereka? ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pada pendapat saya, kita perlu menyiasat sesuatu perkara sebelum membuat keputusan terlebih dahulu kerana:a.Untuk mengelakkan perselisihan fahamb.Untuk mengelakkan perbuatan yang disesali di kemudian hari.