latihan melengkapkan ayat

Upload: cathlyn-li

Post on 16-Jul-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMANCING IKAN

Pada hari Sabtu yang lalu , Budin memancing seorang diri. Dia memancing ikan di tepi tebing . ..................................(1) (sebuah / sebatang / sebiji ) anak sungai. Banyak ikan dapat di.....................................(2) (pancingnya / gorengnya / makannya ) . Ada ikan putih, ikan seluang, ikan puyu, dan ikan sembilang. Ikan yang dapat dipancing .....................................(3) (disumbatkan / dimasukkan / diserahkan ) ke dalam raga rotan . Sungguh asyik Budin ................................(4) (melihat / memancing / memakan ) ikan. Kalau boleh, biarlah raga ikannya ..........................................(5) ( penuh / kosong / tidak ) berisi ikan , baru dia mahu balik ke rumah. Nasib Budin kurang baik. Dia tidak sedar ..................................(6) (seorang / seekor / sebuah ) ular sawa menelan ikan dalam raga seekor demi seekor. Ketika ular sawa hendak ...................................(7) (menelan / mencuri / mengunyah ) ikan terakhir, baru Budin sedar. Budin ...................................(8) ( terkejut / ketawa / termenung ). Dengan pantas Budin ..................................(9) (memegang / menampar / memukul) ular sawa itu dengan joran pancingnya . Apa lagi ! ular sawa pun terperanjat . Ia terus ................................................. (10) (merangkak / menggelongsor / menyusur ) masuk ke dalam anak sungai itu.

UBI KAYU

Ubi kayu tidak ditanam daripada isi atau pucuknya. Ia ditanam ...............................(1) ( dari / daripada / kepada ) batang yang dikerat. Panjang batang yang dikerat lebih kurang 30 cm. Ubi kayu mudah ..........................(2) (ditanam / dicabut / dimakan) dan mudah hidup. Batang ubi kayu ditanam tegak atau dibaringkan. Kemudian, ................................(3) ( ditimbus / ditanam / dipijak ) dengan tanah. Tidak lama kemudian pucuk atau tunas akan kelihatan. Tunas ubi kayu cepat ..............................(4) (mengecil / membesar / meninggi ). Ubi ada bermacam - macam .............................................. (5 )

( jenis / bau / jenama ). Ada ubi tahun dan ada ubi jenis enam bulan. Ada juga ubi yang dinamakan ubi plastik. Isi ubi boleh membesar melebihi pangkal lengan orang dewasa. Isi ubi kayu banyak ................................(6) ( pasir / gunanya / isi ). Selain daripada untuk makanan haiwan , isi ubi boleh juga dibuat .....................................(7) ( minuman / makanan / pakaian ) manusia. Ia boleh dimakan setelah . .................. ................................... (8) ( direbus / dijemur / dikeringkan ) dengan empuk. Orang Melayu suka makan ubi rebus dengan sambal belacan. Ubi rebus juga boleh dibuat kerepek. Ubi mentah ............................................................(9) ( dihancurkan / digaul / dibasuh ) untuk dijadikan keropok. Keropok ini dinamakan keropok .................................. (10) ( pisang / ubi / udang ).