latihan pengukuhan

3
Latihan Pengukuhan Nama: Kelas: Tarikh: Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Terdapat pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah amalan ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Makanan yang seimbang juga penting dalam memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti masyarakat dunia. Hal ini kerana kita mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin.

Upload: noor-ermizza

Post on 13-Jan-2017

13 views

Category:

Education

2 download

TRANSCRIPT

Latihan Pengukuhan

Nama:

Kelas:

Tarikh:

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan

tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan

menjaga kesihatan. Terdapat pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah amalan ini menjadikan

pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan

menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang

kuat daripada keperluan fizikal manusia.

Makanan yang seimbang juga penting dalam memberikan vitamin yang

cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan

tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau

tidak mudah untuk jatuh sakit.

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar

obesiti masyarakat dunia. Hal ini kerana kita mengambil makanan dalam kuantiti

yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.

Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap

orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita

terjamin.

Jawab soalan yang berikut berpandukan teks “Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang”.

1. Apakah yang dimaksudkan oleh “makanan seimbang”? (1 markah)

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

2. Nyatakan 3 kepentingan pengambilan makanan seimbang? (3 markah)

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

3. Apakah yang akan berlaku kepada kita sekiranya amalan makanan seimbang tidak diamalkan? (2 markah)

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

4. Nyatakan 2 langkah yang boleh kita lakukan untuk menggalakkan amalan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. (2 markah)

8