manual penggunaan boneka

2
MANUAL PENGGUNAAN BONEKA (BONEKA ULAR) Boneka ular yang saya hasilkan merupakan jenis boneka sarung tangan. Boneka sarung tangan senang digunakan. Untuk menggunakan boneka ini pemain hanya perlu masukan lima jari tangan ke dalam boneka ular sambil menggerakan jari tangan untuk mempersembahkan watak boneka ular yang dengan lakonan yang menarik. Sambil itu,suara juga dikeluarkan untuk menarik perhatian penonton. Bagi mendapatkan persembahan yang menarik dan berkesan persembahan boneka, persekitaran tempat pertunjukan boneka mestilah perlu lapang. Seboleh-bolehnya tempat persembahan boneka yang menarik mestilah dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas. Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Boneka ular yang saya hasilkan boleh menggunakan teknik pencerita, iaitu pemain perlu menggerakkan lakonan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Teknik yang kedua pula ialah pencerita atau pemain boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerak lakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka

Upload: anasahid74

Post on 02-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Penggunaan Boneka

MANUAL PENGGUNAAN BONEKA (BONEKA ULAR)

Boneka ular yang saya hasilkan merupakan jenis boneka sarung tangan. Boneka sarung

tangan senang digunakan. Untuk menggunakan boneka ini pemain hanya perlu masukan lima

jari tangan ke dalam boneka ular sambil menggerakan jari tangan untuk mempersembahkan

watak boneka ular yang dengan lakonan yang menarik. Sambil itu,suara juga dikeluarkan untuk

menarik perhatian penonton.

Bagi mendapatkan persembahan yang menarik dan berkesan persembahan boneka,

persekitaran tempat pertunjukan boneka mestilah perlu lapang. Seboleh-bolehnya tempat

persembahan boneka yang menarik mestilah dihamparkan sebidang permaidani untuk

membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang

boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita

yang hendak disampaikan. Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi,

pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan

pentas.

Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Boneka ular

yang saya hasilkan boleh menggunakan teknik pencerita, iaitu pemain perlu menggerakkan

lakonan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa

menggunakan pentas.

Teknik yang kedua pula ialah pencerita atau pemain boleh juga mendapatkan khidmat

pembantu dalam menggerak lakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas

boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka

berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar

masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan

untuk menjadikan cerita lebih menarik. Dengan menggunakan boneka selain aktiviti bercerita

Aktiviti-aktiviti lain yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan ialah

menggerak lakonkan semula cerita, membina boneka dan menyanyi menggunakan boneka.

Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan

boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan

lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan.

Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.