presentation boneka
TRANSCRIPT
� Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka
Membina Boneka yang Pelbagai Jenis
dan Latar.
Pemulihan Membaca dan Menulis
dengan Menggunakan Boneka
Apa itu boneka????
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda
objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej.
Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan
boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan
watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh
pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.
Membina Boneka yang Pelbagai Jenis dan Latar.
Sebagai guru, kita perlu sedar bahawa boneka sesuai digunakan sebagai
alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat yang berkesan.
Dengan ini, murid-murid lebih menghayati dan memahami apa yang
diajar oleh guru dengan khusyuk.
Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk
berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan cerita, merangsang imaginasi dan untuk berkerjasama secara
berkumpulan.
Jenis boneka
Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh diguna oleh guru dalam
proses pengajaran pembelajaran. Contohnya :
Boneka sarung tangan: sarung tangan menjadi bahan dan anggota
boneka. Jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan digerakan bagi
mengihidupkan anggota boneka.
Boneka lidi :
lidi panjang diletakkan pada badan boneka yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya. Boneka dijulang
pada lidi utama.
Boneka wayang kulit : Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,
diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat
daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan
berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu
pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di
bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka
tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk
menggerakkan anggota boneka.
Boneka bertali :Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan
keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus
disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat
anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
Boneka tongkat : Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai
tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah
boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi
berbentuk tiga dimensi.
Pemulihan Membaca dan Menulis dengan Menggunakan Boneka
Aktiviti : Pentas Boneka Pinocchio
Objektif pengajaran :
Murid dapat membaca cerita dengan ayat menggunakan yang mudah.
Murid-murid dapat memahami cerita pinocchio dan melakonkan semula dengan
menggunakan ayat sendiri yang mudah merangkumi 5 hingga 7 perkataan.
Murid dapat memahami cerita dan menulis isi cerita pinocchio dengan ayat yang
mudah.
Bahan-bahan :
boneka-boneka ,kad-kad imbasan, pentas boneka , CD-rom muzik melodi.
Cara pelaksanaan :
Set induksi (5 minit) : guru melekatkan gambar pinocchio di papan hitam.
Guru bercungkil pengalaman murid-murid sama ada mereka kenal kartun pinocchio
ini.
Langkah 1 : Guru melekatkan kad-kad imbasan yang memaparkan dialog cerita
pinocchio. Seterusnya guru menyediakan pentas boneka pinocchio. Guru bersama
murid membaca dialog-dialog yang ditulis ke atas kad imbasan. guru meminta
beberapa murid bagi membaca diolag watak mengikut nada suara yang sesuai.
Langkah 2 : Guru menggerakkan boneka-boneka seperti urutan cerita dalam pentas
kecil sambil bercerita sementara murid-murid mendengar . Guru akan berinteraksi
bersama murid menggunakan soalan yang merangsangkan lagi minat murid-murid.
Langkah 3 : guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan kecil dan
membuat satu aktiviti untuk menyusun ayat-ayat mengikut urutan cerita
di hadapan papan hitam.
langkah 4 : setelah murid nemahami jalan ceritanya murid- murid diminta
melakonkan cerita pinocchio semula dengan menggunakan boneka
dengan menggunakan ayat-ayat sendiri yang berbentuk pendek dan
mudah.
Langkah 5 : murid diminta menulis perkataan dan ayat mudah berkaiatn
dengan perjalanan cerita dengan bantuan kad –kad yang dilekatkan di
hadapan papan hitam.
Penutup : murid-murid menyanyi lagu kakak tua dan membuat gerakan
dengan boneka yang disediakan oleh guru.
Faedah dan keistimewaan penggunaan boneka dalam P&P
Pembelajaran lebih seronok
Pengajaran lebih tersusun.
Pembelajaran menjadi lebih dekat
Memperkayakan pengalaman
Peranan murid
Murid berperanan melibatkan secara aktif dalam lakonan boneka.
Memahami sebarang teks yang dibaca secara mendalam.
Dapat menguasai aktiviti membaca dan menulisdengan menggunakan
boneka.
Dapat bercerita semula apa yang telah dibaca.
Dapat memikir secara kreatif dan kritis
Peranan guru
Membimbing murid yang lemah.
Mengajar dengan menggunakan pelbagai jenis boneka.
Menarik minat murid terhadap P&P yang dijalankan .
Mengajar dengan mengetahui kesukaan murid.
Disediakan oleh
TILAGAWATI ELLAPANSALINI KRISHNANJAYARAJALECHMee
KRISNASAMY
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA….