masalah pembelajaran

10
1.0 PENGENALAN 1.1 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Pada tahun 1980-an, istilah bagi Masalah Pembelajaran telah digunakan bagi menggantikan istilah lama iaitu Cacat Akal . Penggunaan bagi istilah masalah pembelajaran ini telah diperkenalkan oleh Laporan Warnock bagi merujuk kepada kanak-kanak dengan keperluan khas. Penggunaan istilah ini adalah lebih positif untuk mengurangkan keaiban kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini. Masalah pembelajaran ini juga dapat dikenalipasti melalui kategori dalam pelbagai jenis kecacatan dengan definisi-definisi berikut ; “Murid Bermasalah Pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal”. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Sindrom Down, Autisme ringan, Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ ADHD), Terencat akal minima, Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan Kurang upaya dalam pembelajaran khusus seperti Disleksia”. (Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran 2007 :3). “Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak

Upload: onizuka83

Post on 03-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugasan semester 5

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah

kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan

khas yang paling ramai. Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan

kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai

mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Pada tahun 1980-an, istilah

bagi ‘Masalah Pembelajaran’ telah digunakan bagi menggantikan istilah lama iaitu ‘Cacat

Akal’. Penggunaan bagi istilah masalah pembelajaran ini telah diperkenalkan oleh Laporan

Warnock bagi merujuk kepada kanak-kanak dengan keperluan khas. Penggunaan istilah ini

adalah lebih positif untuk mengurangkan keaiban kanak-kanak yang mempunyai masalah

sebegini. Masalah pembelajaran ini juga dapat dikenalipasti melalui kategori dalam pelbagai

jenis kecacatan dengan definisi-definisi berikut ;

“Murid Bermasalah Pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif

(kerencatan akal) yang boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan

formal”. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah dibawah

tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Sindrom Down, Autisme ringan,

Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ ADHD), Terencat akal minima,

Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan Kurang upaya dalam

pembelajaran khusus seperti Disleksia”.

(Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran 2007 :3).

“Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada

proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan

atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar,

berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang

bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan

motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau

ekonomi”.

(Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997)

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN

“Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang

pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis,

membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada

ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah

mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah

pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah

pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain

seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi”.

(The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990)

Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 1

Kategori Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

1.2 Masalah Pembelajaran Perkembangan Lambat (Slow Learner)

Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan

Khas (IDEA-1997, 2004) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus kanak-kanak

lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang

mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa yang boleh mengganggu kemahiran

mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun begitu,

permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan,

masalah motor atau masalah mental. Melalui definisi dalam Buku Panduan Am Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah menghuraikan maksud pendidikan pemulihan sebagai proses

pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk kanak-kanak yang menghadapi

permasalahan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan

ini merupakan langkah alternatif untuk membolehkan kanak-kanak ini mencapai kemahiran

tersebut, sebelum mereka boleh menyambung semula proses pembelajaran dalam program

Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN

biasa. Kanak-kanak lembam adalah kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di

kelas atau di sekolah biasa yang mana kanak-kanak ini terlalu lambat untuk mencapai satu-

satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya

rangsangan serta daya pengamatan yang rendah.

Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai

beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna

seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang

diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan

didalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta adakalanya

mempamerkan masalah atau kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial.

Ketiga-tiga definisi ini menyatakan bahawa permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak

kategori ini menjurus kepada kepayahan mereka untuk menguasai kemahiran asas 3M bagi

meneruskan proses pembelajaran. Sungguhpun ketidakupayaan mereka ini minimum

berbanding dengan yang lain, mereka masih lagi perlu kepada bimbingan dan kaedah khas

untuk membolehkan mereka mencapai potensi sebenar mereka. Adakalanya pihak ibu bapa

sendiri tidak mahu anak mereka dilabel sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan

khas. Namun begitu, dengan mengenal pasti ketidakupayaan mereka, seterusnya akan

membolehkan mereka menerima bimbingan yang sepatutnya dan sebagai satu intervensi awal

ke arah mereka mencapai matlamat di dalam proses pendidikan.

“Perkembangan lambat juga merupakan satu lagi punca kepada masalah lupa dikalangan

murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Masalah mudah lupa yang dialami oleh

murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran sering berkait rapat dengan masalah

bahasa reseptif dan masalah bahasa ekspresif”.

(Razhiyah K.A Mohamed, 2008)

“Masalah bahasa reseptif merupakan kemampuan untuk memahami dan mengingat kembali

apa yang diajar atau dikatakan oleh orang lain. Masalah bahasa ekspresif pula melibatkan

kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol”.

( Prutting, 1982)

“Masalah lupa juga sering dikaitkan dengan perkembangan yang lambat. Kebanyakkan

murid pendidikan mengalami masalah perkembangan bahasa yang amat lambat tetapi ia

berkembang dalam urutan yang normal”.

Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN

(Dr Mohd Anuar, 2008)

“Masalah lewat dalam perkembangan ini sering dikaitkan dengan peluang yang terhad untuk

belajar. Ini dapat dibuktikan dengan keadaan persekitaran di rumah menyumbang kepada

perkembangan mental murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran”.

( Jamila K.A Mohamed, 2005)

BIBLIOGRAFI

1. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Maklumat Pendidikan

Khas 2005, Putrajaya.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala

Lumpur.

3. Suraya Adam (1996). Perkembangan Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan

serta Peranan Guru. Latihan Ilmiah: Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. HBSL 1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah pembelajaran.

5. HBSL 1203 Psikologi dan Perkembangan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.

Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN

6. http://www.ds-health. com/trisomy.htm

7. http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=407

8. http://www24.brinkster.com/mawarbonda/Berita.htm

9. http://ruhanaa115497.blogspot.com/2010/02/definisi-kanak-kanak-bermasalah.html

10. http://www.moe.gov.my/jpnmelaka/upkhas/index.php/en/site-map/masalah-

pembelajaran.

11. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia#Rujukan

13. http://www.scribd.com/doc/12898166/Perkembangan-Motor-Halus-dan-kasar-

Kanakkanak

14. http://inspirasiku11.blogspot.com/2011/06/masalah-pembelajaran-di-kalangan-

kanak.html

15. http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikologi-perkembangan-kanak-kanak.html

16. http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikologi-perkembangan-kanak-kanak.html

17. http://infopkbpsktpr.blogspot.com/

18. https://www.google.com.my/webhp?hl=en&tab=ww#hl=en&output=search&sclient=psy-ab&rlz=1C2CHMO_enMY524MY524&q=Bermasalah+pembelajaran+(perkembangan+lambat)&oq=Bermasalah+pembelajaran+(perkembangan+lambat)&gs_l=hp.3...6804.12412.1.13781.4.4.0.0.0.1.409.885.0j2j1j0j1.4.0.les

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN

%3B..0.0...1c.1j2.5.hp.McVdXqfNxmg&psj=1&fp=1&biw=1360&bih=643&cad=b&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.

TUGASAN 3 (KATEGORI C)

REFLEKSI INDIVIDU

Penghasilan dan pelaksanaan tugasan TZ30103 memberikan suatu skop pemahaman

yang mendalam bagi saya sebagai individu guru. Tugasan ini memaksa saya untuk menelaah

secara maya dan secara tidak langsung membuka mata untuk memahami kanak-kanak

berkeperluan khas masalah pembelajaran. Secara realitinya, saya telah berkesempatan untuk

mengajar beberapa orang murid yang mempunyai ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas

masalah pembelajaran khusus bagi kategori perkembangan lambat (slow learner). Pengkajian

ilmiah dalam kursus ini memberi kekuatan kepada warga guru untuk memberikan suatu

Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN

gambaran positif kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya agar mereka tidak meminggirkan

kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Mereka juga adalah manusia yang

mempunyai perasan seperti kanak-kanak normal yang lain walaupun mereka ditakdirkan sejak

azali lagi mempunyai kecacatan atau bermasalah pembelajaran ini. Mereka juga perlu

diberikan perhatian dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Slow learner atau

perkembangan lambat bukan suatu masalah yang perlu disandarkan di bahu guru-guru

pemulihan atau pendidikan khas, kita sebagai warga harus melengkapkan diri dengan ilmu

dan maklumat mengenai pedagogi bagi membantu golongan kanak-kanak ini.

Kita tahu bahawa kadang-kadang berlaku salah tanggapan daripada ibu bapa, guru-

guru mahu pun masyarakat mengenai kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya.

Secara jujurnya pernah terlintas di hati, suatu gambaran buruk dan melabel murid-murid

masalah pembelajaran sebagai malas, tiada motivasi, bodoh dan asyik bermain. Rujukan

ilmiah mengenai murid berkeperluan khas masalah pembelajaran membuka minda untuk

bersedia memikul tanggungjawab yang lebih khusus kepada golongan ini. Selain itu,

tanggungjawab untuk membantu kanak-kanak ini bukan hanya terletak di bahu para

profesional ataupun guru-guru sahaja malah ibu bapa juga turut perlu mengambil berat dan

memastikan anak-anak mereka mendapat perhatian yang sewajarnya dan tidak dipinggirkan.

Kita sebagai masyarakat yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak

bermasalah pembelajaran ini haruslah sedar bahawa tidak semua kanak-kanak dapat

menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang. Terdapat

beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik seperti mereka ini sehingga

menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang.

Kanak-kanak berkeperluan khas masalah pembelajaran yang hadir di dalam sebuah

kelas murid normal di sekolah bandar menjadi suatu bebanan dan isu negatif pihak

pengurusan sekolah serta warga guru. Perbincangan demi perbincangan dilaksanakan khusus

untuk mencari jalan yang terbaik untuk menyingkirkan individu ini kerana dikhuatiri

menyumbang kepada kemerosotan prestasi sekolah. Guru-guru yang terlibat mengajar

individu berkeperluan ini mengambil langkah yang mudah dengan terus menerus

menyalahkan ibu bapa kerana terus menghantar anak mereka ke sekolah normal tanpa

membuat penyelidikan mengenai kaedah-kaedah khas bagi membantu golongan ini. Saya

mengaku bahawa saya termasuk dalam golongan guru-guru ini. Pengkajian dan kerja kursus

Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN

ini banyak menyedarkan saya tentang sikap prihatin dan memberi peluang kepada murid

seperti ini agar dapat mengecapi kejayaan walaupun dalam tempoh dan jarak masa yang

sangat lama. Dalam isu murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, usaha dan komitmen

serta pengorbanan ikhlas perlu ditanam dan disemai di hati setiap pendidik. Kita perlu keluar

dari sikap terlalu selesa dengan suasana normal dan berusaha untuk melengkapkan diri

dengan perbagai ilmu pengetahuan.

Beberapa langkah penyesuaian haruslah diambil untuk membantu kanak-kanak

istimewa ini, ianya haruslah merujuk kepada semua aktiviti yang dilakukan yang memerlukan

mereka ini belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Walau bagaimanapun, pendekatan

pembelajaran mereka haruslah berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Aktiviti-

aktiviti ini perlu merangkumi perkara seharian seperti usaha seorang pelajar meningkatkan

kemahiran pembacaannya serta kemahiran bermatematik. Keadaan ini merujuk kepada cara

membuat kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru dengan lebih efisien, di samping itu ibu

bapa juga cuba untuk meningkatkan usaha dalam memberi sokongan, penjagaan kesihatan

dan sebagainya yang berkaitan dengan anak mereka. Bagi membantu kanak-kanak ini belajar,

seseorang guru itu perlu tahu keadaan kanak-kanak ini sendiri, sifat, keperluan serta latar

belakangnya. Mereka perlu mempertimbangkan bagaimana membantu pelajar menangani

situasi yang dihadapinya, merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses

pembelajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini

mengamalkan apa yang dipelajari. Ada juga di antara kanak-kanak ini boleh berjaya di

sekolah dan dalam hidup jika minat mereka dirangsang dan diberikan peluang untuk sama-

sama memperolehi pelajaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka juga boleh

dipimpin supaya menguasai banyak perkara abstrak yang mudah. Semoga kita mendapat

keredhaan Allah S.W.T dalam usaha dan niat membantu sesama insan.