masalah penguasaan pembelajaran

3
Vellashene a/p Subramanaiam PISMP BM SEM 3 MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing- masing. Banyak perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan ada yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengajaran dan pembelajaran, fizikal dan deria , masalah pertuturan, kesihatan, mental dan emosi. Terdapat juga masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. Dari segi kemahiran mendengar murid- murid akan mengalami masalah untuk sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong. Mereka juga tidak berupaya mengajuk bunyi dan tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar.Murid yang mengalami masalah ini juga sukar mengingat, memahami dan mentafsir maksud sesuatu fakta. Mereka juga gagal mengikut aliran idea dalam perbualan dan ingatan mereka juga agak lemah. Murid yang mengalami masalah pendengaran selalunya gagal mematuhi arahan yang diberi. Di samping itu, masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur ialah kosa kata mereka agak terhad dan mereka juga akan menggunakan dialek ataupun bahasa ibunda mereka. Murid ini juga lemah dalam kesantunan berbahasa. Selain itu, masalah penguasaan pembelajaran dari segi kemahiran membaca pula murid akan keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w. Mereka juga keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B. Murid ini juga menhadapi masalah disleksia. Contohnya mereka akan menulis [kail] [kali], [dada]-[baba]. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata tertutup dan tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Bacaan mereka tidak lancar, tersekat-sekat dan tidak mematuhi tanda baca. Mereka juga membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa kepala, suka saku. Masalah penguasaan pembelajaran dari segi kemahiran menulis pula tulisan murid agak kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal. Mereka juga menulis huruf besar dan huruf kecil dengan bercampur aduk semasa menulis. Kosa kata murid yang mengalami masalah ini terhad dan mereka akan lupa

Upload: vellashene-vella

Post on 18-Nov-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mpp

TRANSCRIPT

Vellashene a/p SubramanaiamPISMP BM SEM 3MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing. Banyak perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan ada yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengajaran dan pembelajaran, fizikal dan deria , masalah pertuturan, kesihatan, mental dan emosi. Terdapat juga masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa.Dari segi kemahiran mendengar murid- murid akan mengalami masalah untuk sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong. Mereka juga tidak berupaya mengajuk bunyi dan tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar.Murid yang mengalami masalah ini juga sukar mengingat, memahami dan mentafsir maksud sesuatu fakta. Mereka juga gagal mengikut aliran idea dalam perbualan dan ingatan mereka juga agak lemah. Murid yang mengalami masalah pendengaran selalunya gagal mematuhi arahan yang diberi. Di samping itu, masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur ialah kosa kata mereka agak terhad dan mereka juga akan menggunakan dialek ataupun bahasa ibunda mereka. Murid ini juga lemah dalam kesantunan berbahasa.Selain itu, masalah penguasaan pembelajaran dari segi kemahiran membaca pula murid akan keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w. Mereka juga keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B. Murid ini juga menhadapi masalah disleksia. Contohnya mereka akan menulis [kail] [kali], [dada]-[baba]. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata tertutup dan tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Bacaan mereka tidak lancar, tersekat-sekat dan tidak mematuhi tanda baca. Mereka juga membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa kepala, suka saku.Masalah penguasaan pembelajaran dari segi kemahiran menulis pula tulisan murid agak kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal. Mereka juga menulis huruf besar dan huruf kecil dengan bercampur aduk semasa menulis. Kosa kata murid yang mengalami masalah ini terhad dan mereka akan lupa format penulisan. Penyampaian mereka juga agak lemah dan ayat mereka juga tidak gramatis.Terdapat beberapa cara mengesan kesukaran pembelajaran. Pertama sekali melaui pemerhatian. Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.Selain itu, melalui penafsiran rekod prestasi juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran. Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.Cara seterusnya ialah melalui rekod profil. Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.Ujian kertas dan pensel juga memainkan peranan yang penting bagi mengesan kesukaran pembelajaran. Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.Seterusnya, temu bual dengan guru darjah juga satu cara untuk mengesan kesukaran pembelajaran murid. Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.Akhir sekali, temu bual dengan ibu bapa merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah, Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.