mc bola baling

Upload: syauqatuliman

Post on 06-Oct-2015

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA BALING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SIRKIT BOLA BALING JOHOR TAHUN 2014

Pembukaan/AluanAssalamualaikum, w.b.t , Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.Yang Berbahagia, En. Mohd Azmi Bin Hj. Abdul Rahman

( Pegawai Pelajaran Negeri Johor)

Yang Berusaha, **En. Zulkarnain Bin Masrin, Guru Besar SKKSAB,Yang dihormati,** En. Pandak Bin Hj. AhmadPresiden Persekutuan Bola Baling MalaysiaAhli-Ahli Jawatankuasa Pengelola KejohananGuru Besar, Guru Besar Sekolah yang bertandingWakil-wakil Guru BesarPegawai-pegawai KejohananPengadil-pengadil kejohanan pertandinganPengurus-pengurus dan jurulatih-jurulatih pasukan sbola baling sekolahpemain-pemain bola baling sekolah yang mengambil bahagian seterusnyaTuan-tuan dan puan-puan sertahadirin-hadirat yg. dihormati sekalian.

Alhamdullillah.. bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada petang yang indah ini berhimpun di dewan serbaguna Educity Indoor Arena, Nusajaya, Johor Bahru.untuk meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA BALING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SIRKIT BOLA BALING JOHOR TAHUN 2014

Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat En. Mohd Azmi Bin Hj. Abdul Rahman,( Pegawai Pelajaran Negeri Johor)

serta hadirin hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.

Bacaan DoaHadirin-hadirat yang dimuliakan,Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan Ust Erman bin Yahya. untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamain.Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas bacaan doa itu tadi.

Ucapan PengerusiHadirin-hadirat yang dimuliakan,Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, dijemput dengan segala hormatnya Yg. berusaha, EN. ZULKARNAIN BIN MASRIN selaku pengerusi J/kuasa Pengelola untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.. dipersilakan.

Ucapan PerasmiDemikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh pengerusi Pengelola kejohanan, , EN. ZULKARNAIN BIN MASRIN ..majlis merakamkan jutaan terima kasih

Hadirin-hadirat yang dihormati,Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutup oleh tetamu kehormat kita, En. Pandak Bin Ahmad(Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia)

dan seterusnya menutup KEJOHANAN BOLA BALING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SIRKIT BOLA BALING JOHOR TAHUN 2014

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Penyampaian hadiahDemikianlah tadi ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat kita En. Pandak Bin Ahmad(Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia)Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terhingga di atas ucapan dan perasmian penutup itu tadi.

Jalan lengkok redup berkalisDamba pedoman menyongsong arahUcapan tuan merasmi majlisTanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Menjemput penyampai hadiah Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Zulkarnain bin Masrin untuk mengiringi yang Di Hormati En. Pandak bin Ahmad bagi menyempurnakan upacara Penyampaian Hadiah Dipersilakan

Kategori sek kluster

Diumumkan keputusannya ditangga

4:__________________________

Ke3: __________________________

Naib Johan:_________________

Johan BOLA BALING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SIRKIT BOLA BALING JOHOR TAHUN 2014 dimiliki oleh ___________________________

Kategori sek jemputan

Diumumkan keputusannya ditangga

4:__________________________

Ke3: __________________________

Naib Johan:_________________

Johan BOLA BALING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SIRKIT BOLA BALING JOHOR TAHUN 2014 dimiliki oleh ___________________________

Hadirin-hadirat yang dikasihi,Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada kejohanan yang akan datang.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

sebagai tanda kenang-kenangan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu kehormat kita, dipersilakan Pengerusi Pengelola, En zulkarnain bin Masrin untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita , Encik Pandak Bin Ahmad , (Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia)yang telah sudi merasmikan Kejohanan Bola Baling kali ini, dipersilakan.

Cantik jambangan bunga disusun,Bunga orkid, cempaka, melatiBudimu tuan bagaikan air terjun,Mengalir terus tanpa henti.

Undangan jamuan Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan menerima cenderamata sebentar tadi. Seterusnya dikesempatan ini juga pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada** rujuk buku atur caraDan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di KEJOHANAN BOLA BALING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SIRKIT BOLA BALING JOHOR TAHUN 2014Segala kelemahan dan kekurangan semasa kejohanan, kami sebagai J/K pengelola kejohanan memohon maaf.

Harum baunya Si bunga cengkihDibawa orang dari ambonBuang yang keruh ambil yang jernihJari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladangMalang nasibku lalang yang jadiAndai ada masa terluangSalam hormat berjumpa lagi.

Dengan itu majlis mempersilakan Pengerusi kejohanan En. Zulkarnain bin Masrin untuk mengiringi tetamu kehormat Encik Pandak bin Ahmad, (En. Mohd Azmi Bin Hj. Abdul Rahman) dan tetamu-tetamu yang lain ke majlis jamuan ringan dipersilakan.

Assalamualaikum, w.b.t dan Selamat sejahtera1. Yg. Di muliakan Tn Hj Isa B Budin , Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah Bahagian Ko-kurikulum Daerah Alor Gajah selaku wakil rasmi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Daerah Alor Gajah2. Yg. berusaha, Hjh. Semah bte Mohd. Noh, Tuan Pengetua SMTDSMZ (merangkap pengerusi kejohanan takraw MSSM negeri Melaka kawasan alor gajah 2009.3. Yg, di hormati, Hjh Patimah bte Hj Othman Penolong Kanan Pentadbiran SMTDSMZEn Aziz B Abu, Penolong Kanan HEMPn Halimah Bt Hj Ahmad, Penolong kanan Ko-kurikulumAJK Pengelola Kejohanan Bola Sepaktakraw MSSNM KAG4. Yg. Dimuliakan pengetua-pengetua sekolah menengah dan rendah dari daerah alor gajah5. Wakil-wakil rasmi pengetua sekolah menengah dan rendah dari daerah alor gajah6. Pengadil-pengadil kejohanan pertandinganPengurus-pengurus dan jurulatih-jurulatih pasukan sepaktakraw sekolahpemain-pemain sepaktakraw sekolah yang mengambil bahagian seterusnyaTuan-tuan dan puan-puan sertahadirin-hadirat yg. dihormati sekelian.

Alhamdullillah.. bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada petang yang indah ini berhimpun di dewan serbaguna alor gajah untuk meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BOLA SEPAKTAKRAW MSSNM KAW. ALOR GAJAH TAHUN 2009.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat Tn Hj Isa B Budin , Penyelia PPD Bahagian Ko-kurikulum Daerah Alor Gajah. serta hadirin hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,Bagi memberkati majlis pada petang ini, didahului dengan bacaan doa olehUz. Jaini B Saiman. dipersilakan.

------------------------Bacaan DoaAmin, Ya rabbal Alamin.. Majlis meerakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, dijemput dengan segala hormatnya Yg. berusaha, Hjh. Semah bte Mohd. Noh, Tuan Pengetua SMTDSMZselaku pengerusi J/kuasa Pengelola untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.. dipersilakan.

Ucapan Pengetua

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh pengerusi Pengelola kejohanan, Hjh. Semah bte Mohd. Noh ..majlis merakamkan jutaan terima kasih

Hadirin-hadirat yang dihormati,Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutup oleh tetamu kehormat kita, Tn Hj Isa B Budin , Penyelia PPD Bahagian Ko-kurikulum Daerah Alor Gajah dan seterusnya menutup kejohanan bola sepaktakraw MSSM Negeri melaka kaw. AG bagi tahun 2009. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Ucapan Perasmian Penutup Tetamu Kehormat.Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat kita Tn Hj Isa B Budin , Penyelia PPD Daerah Alor Gajah.Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan perasmian penutup itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang di kasihi sekelian,Seterusnya diumumkan keputusan pertandingan.

Buat pengetahuan hadirin semua, kejohanan kali ini di bahagikan di bawah 2 kategori. (bawah 15 tahun dan bawah18 tahun)

Bagi kategori 15 tahun, Diumumkan keputusannya ditangga

4. ___________________________________________________________________________

Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan kejohanan Takraw MSSM Negeri Melaka 2009 kategori bawah 15 tahun di miliki

oleh sekolah : _______________________________________________________________

Seterusnya kategori 18 tahun

4. ___________________________________________________________________________

Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan kejohanan Takraw MSSM Negeri Melaka 2009 kategori bawah 18 tahun di miliki

oleh sekolah : _______________________________________________________________

Hadirin-hadirat yang dikasihi,Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada kejohanan yang akan datang.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,sebagai tanda kenang-kenangan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu kehormat kita, dipersilakan Pengerusi Pengelola, Hjh Semah Bt Mohd Noh untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita , tetamu kehormat Tn Hj Isa B Budin , Penyelia PPD Bahagian Ko-kurikulum Daerah Alor Gajah, yang telah sudi merasmikan Kejohanan Olahraga kali ini, dipersilakan.

Cantik jambangan bunga disusun,Bunga orkid, cempaka, melatiBudimu bagaikan air terjun,Mengalir terus tanpa henti.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan menerima cenderamata sebentar tadi. Seterusnya dikesempatan ini juga pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada** rujuk buku atur caraDan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di kejohanan takraw MSSM negeri Melaka kaw alor gajah 2009. Segala kelemahan dan kekurangan semasa kejohanan, kami sebagai J/K pengelola kejohanan memohon maaf.

Harum baunya Si bunga cengkihDibawa orang dari ambonBuang yang keruh ambil yang jernihJari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladangMalang nasibku lalang yang jadiAndai ada masa terluangSalam hormat berjumpa lagi.

Dengan itu majlis mempersilakan Pengerusi kejohanan, Tuan pengetua SM teknik datuk seri mohd zin untuk mengiringi tetamu kehormat Tn Hj Isa B Budin ,Penyelia Daerah Alor Gajah dan tetamu-tetamu yang lain ke majlis jamuan ringan di luar dewan.. dipersilakan.

Jamuan ringan