melaka sebagai pusat perdagangan

104
Melaka sebagai Pusat Perdagangan Pengenalan : o Latar belakang Kesultanan Melayu Melaka o Latar belakang kegiatan perdagangan di Alam Melayu o Latar belakang Alam Melayu pada abad ke-15M Isi-Isi Penting : Kedudukan Geografi yang Strategik : Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau. Pemimpin yang Berwibawa : Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka. Peranan Dan Pengaruh Agama : Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China : Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Upload: sarifah71021628

Post on 04-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

boleh dijadikan panduan kerja kursus pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Melaka sebagai Pusat Perdagangan

Pengenalan :o Latar belakang Kesultanan Melayu Melaka

o Latar belakang kegiatan perdagangan di Alam Melayu

o Latar belakang Alam Melayu pada abad ke-15M

Isi-Isi Penting :

Kedudukan Geografi yang Strategik : 

Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan

Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di

tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin,

kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau.

Pemimpin yang Berwibawa :

Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia

Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya

memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi

tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.

Peranan Dan Pengaruh Agama :

Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam

telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-

saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat

perdagangan yang penting di Asia Tenggara.

Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China :

Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan

daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar.

China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan

perdagangan dua hala.

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :

Page 2: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan

Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu

rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan

mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :

Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran

tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut

Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

Pengurusan Perdagangan yang Cekap :

Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat

beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar

menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda

dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran.

Kemudahan di Pelabuhan Melaka :

Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan

timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah

tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan

perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu

berkunci serta dikawal oleh penjaga.

Sistem Cukai yang Berkeutamaan :

Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah

menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma.

3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang

datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.

Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :

Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan

perdagangan.

Peranan Orang Laut :

Page 3: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun.

Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.

Perlaksanaan Undang-undang :

Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan

undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri

mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

Perdagangan Melaka dan Perlindungan Negeri China

Pendahuluan :

Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan Srivijaya sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Asia

Tenggara. Melaka telah meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribuminya yang telah berjalan sejak zaman

Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M. Menurut Tom Pires, Melaka

pernah disinggahi oleh 100 buah kapal besar dan 30 hingga 40 buah kapal kecil pada  penghujung abad ke-16.

Pelabuhan Melaka sangat besat sehingga boleh menampung sebanyak 2000 buah kapal sehari. Malahan lebih

daripada 84 jenis bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka menunjukkan betapa sibuk dan pesatnya pelabuhan

tersebut.

Isi :

Perlindungan China :o Melaka mendapat perlindungan rasmi pada 1405 M selepas Maharaja Yung-lo mengiktiraf Parameswara

sebagai Raja Melaka. Perlindungan China membolehkan Melaka berkembang pada tahap awal tanpa

berhadapan dengan ancaman dari Siam dan Majapahit. Perlindungan ini menyebabkan lebih ramai

saudagar Cina mengunjungi pelabuhan Melaka.

Walaubagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain ….

Sistem Pentadbiran yang Teratur :o Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Sultan, Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16

dan Pembesar 32. Hukum Kanun Melaka digubal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah berkaitan

dengan pantang larang, hak istimewa raja, tanggungjawab raja, pembesar dan penduduk. Manakala

Undang-undang Laut Melaka berkaitan peraturan-peraturan jual beli atas kapal, peraturan pelayanan,

bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pegawai-pegawai kapal. Dari segi pentadbiran pula, Raja

dibantu oleh para pembesar dalam melicinkan pentadbiran. Antaranya bendahara, temenggung laksamana

dan syahbandar. Terdapat empat syahbandar yang bertugas memenuhi keperluan setiap komunit

pedagang. Syahbandar bertanggungjawab menentukan kapal yang akan berlabuh, penggunaan gudang dan

menguruskan pertemuan antara pedagang dan raja.

Kestabilan Politik :o Pemerintahnya mengambil sikap berdamai dengan Siam. Ufti tahunan sebanyak 40 tahil emas dibayar

kepada Siam. Pedagang dilindungi daripada ancaman lanun dengan penubuhan pasukan orang laut.

Page 4: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Hubungan dengan kerajaan lain dijalinkan untuk mengembangkan perdagangan dan mengeratkan

persahabatan. Kerajaan Melaka juga menjalankan dasar penaklukan dan ini membolehkannya menguasai

kawasan Tanah Melayu sehingga ke pinggir laut Sumatera.

Jaminan Keselamatan :o Kerajaan Melaka membina gudang-gudang di bawah tanah dengan tujuan memudahkan para pedagang

menyimpan barangan mereka. Gudang-gudang pula dikelilingi oleh pagar kayu dengan pintu-pintu berkunci

ini dapat memberi perlindungan daripada kebakaran, kerosakan dan kecurian. Selain dikawal rapi, para

pengawal turut bertindak dengan membunyikan loceng sekiranya berlaku sebarangnoerkara yang tidak

diingini seperti kekecohan dan kebakaran.

Pemelukkan Agama Islam :o Pemelukkan agama Islam oleh raja-raja Melaka menggalakkan pedagang Islam berdagang di Melaka.

Pengislaman Parameswara menyebabkan ramai saudagar Islam berpindah ke Melaka dari Sumatera Utara.

Nilai perdagangan meningkat kerana saudagar Islam ialah pedagang utama di Alam Melayu.

Kepimpinan Tun Perak :o Bendahara Melaka (1456-1498) bertanggungjawab bagi perluasan kuasa Melaka. Melaka memperluaskan

empauarnya ke Tanah Melayu dan Sumatera.

Kedudukan Geografi yang Strategik :o Terletak dipertengahan jalan perdaganan antara China ndan India. Pelabuhan persinggahan bagi pedagang

Cina dan India di samping terlindung dari tiupan angin monson dari pulau Sumatera.

o Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau membolehkan Melaka menjadi kubu pertahanan yang baik. Bukit

yang terdapat di Melaka menjadi panduan untuk kapal perdagangan keluar masuk dari perairan Selat

Melaka dan merupakan antara yang terselamat di Alam Melayu.

Penggunaan Mata Wang dan Ukuran Timbangan :o Antara mata wang yang digunakan di pelabuhan Melaka adalah logam emas, perak dan timah dalam

pelbagai bentuk. Mata wang syiling daripada logam pernah digunakan buat pertama kalinya semasa

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Di atas permukaan mata wang ini terdapat nama Sultan Melaka yang

memerintah. Selain itu kepingan wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay turut digunakan di Melaka. Sistem

timbangan diukur dengan unit kati yang  bersamaan dengan 20 tahir. Antara unit ukuran pada waktu itu ialah

kati, tahil, emas, pau dan dram. Ukuran bahara digunakan untuk menimbang rempah, lada, bunga, cengkih

dan jagung. Ukuran kati pula digunakan untuk menimbang emas, perak, bahan wangian, kapur, kelembak

dan permata. Alat timbang yang digunakan adalah dacing.

Kesimpulan :

Perlindungan China hanya satu faktor membantu kemajuan perdagang Melaka. Terdapat banyak faktor lain yang

telah membantu kepesatan perdagangan Melaka.

KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA5.2 PUSAT PERDAGANGAN

Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

Page 5: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu :

" Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber : W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1961.hlm 82)

Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat.

Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur. 

Faktor Perkembangan Melaka sebagai pusat Perdagangan antarabangsa

Kedudukan geografi

Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang

Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.

Terlindung daripada tiupan angin monsun :

Barat Daya dilindungi oleh Pulau Sumatera

Timur Laut dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa

Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar menuju ke Melaka serta tempat yang strategik mengawasi Selat Melaka. 

  Selain faktor geografi, kemajuan perdagangan di Melaka juga dikaitkan dengan beberapa faktor lain. 

  Peranan syahbandar

Page 6: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Jawatan syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar.

Antara peranan Syahbandar ialah

Menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang. 

Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang ditetapkan.

Syahbandar I – mengurus pedagang dari Gujerat

Syahbandar II – menguruskan pedagang dari China, Champa dan Ryukyu

Syahbandar III – mengurus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi

Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina

 

Peranan Laksamana dan Orang Laut Lsksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka

Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.

Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka.

Page 7: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar.

Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.

Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.

Mulkiwi adalah ketua segala kiwi

  Kemudahan di pelabuhan

Pelbagai kemudahan seperti 

gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun

kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang

kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki dipelabuhan

bekalan makanan dan minuman 

kemudahan prasarana 

Semua ini penting untuk kemudahan pedagang yang berdagang di Melaka.

Bahasa Melayu sebagai lingua franca

Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain

Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga

Sistem cukai yang berpatutan :

Page 8: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Pedagang dari Barat dikenakan 6%

Pedagang yang tinggal tetap di Melaka 3%

Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah

Pedagang perlu membayar "panduan" iaitu cukai rasmi sebelum berjual-beli

 

Penggunaan sistem mata wang

Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.

Pelabuhan entrepot

Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

Hubungan Perdagangan Melaka Pada Abad ke-15

            Pada awal abad ke-15 Melaka merupakan salah sebuah pusat pelabuhan Entreport terbesar dalam dua dekad yang pertama, kekuatan perdagangan Melaka bergantung pada pedagang-pedagang asing yang singgah ke Melaka untuk melaksanakan perdagangan dan menjalinkan hubungan dengan para pedagang di peringkat antarabangsa. Sumber yang paling menarik tentang hal ini ialah The Suma Oriental, di samping sedikit laporan Barbosa. Bukti yang menunjukkan Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan asing dapat dilihat daripada tiga aliran lalulintas laut.

            Melaka, sebagai kerajaan yang kaya raya dan sebuah pusat dagangan yang besar dan mewah perlu ada dasar luar yang tersendiri dan peraturan perutusannya yang bersistem. Dasar luar Melaka berlandaskan beberapa perkara penting. Pertama, kerjaan Melaka memerlukan jaminan keselamatan. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan terbesar di rantau ini pada masa itu. Kedua, Melaka perlu membekalkan makanan yang cukup untuk para pedagang yang tinggal di Melaka semasa menunggu angin musim berubah. Ketiga, Melaka perlu mengamalkan dasar perniagaan yang liberal dan adil, yakni dengan sistem cukai yang berpatutan dan cara penyelesaian tegas agar setiap negeri yang datang berinteraksi dengannya faham dan tahu tentang kedudukan masing-masing.

            Dasar perhubungan antarabangsa Melaka yang bertindak sebagai sebuah empayar memerlukan dasar yang jelas lagi tegas. Ini bererti bahawa setiap negeri yang berhubung dengannya akan diberi layanan mengikut status negeri itu vis-à-vis Melaka.[1]

Page 9: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

            Antara negeri-negeri yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan negeri Melaka ialah:

1. China :

Hubungan perdagangan Melaka dengan negeri China begitu rapat. Hal ini mendapat tindak balas yang besar daripada kerajaan Ming sehingga mereka mengubah dasar perdagangan dengan menhapuskan dasar tutup pintu. Dengan dasar ini, Melaka menjadi tumpuan kepada pedagang dari negeri China untuk memasarkan barang-barang ke Eropah.

Di samping itu, negeri China ini diberikan sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan pedagang asing yang lain iaitu tidak dikenakan cukai yang tinggi cuma negeri China ini perlu memberikan ufti kepada Sultan Melaka.[2] Hal ini menunjukkan rapatnya hubungan Melaka dengan negeri China. Selain itu, Parameswara pernah dihadiahkan oleh Maharaja Yung Lo sebanyak 2600 untaian duit tembaga dan wang kertas hasil sekembalinya dari negeri China pada tahun 1412.[3]

Selain daripada itu juga, Melaka bernasib baik mendapat naungan negeri China yang mengadakan ekspedisi ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi bermula tahun 1403 hingga 1433. Pada peringkat awalnya, kerajaan Siam (Ayudhya) berhasrat hendak manjadikan negeri Melaka sebagai negeri ufti telah dapat ditolak dengan adanya bantuan dari China.[4] Hal ini membuktikan bahawa hubungan antarabangsa yang terjalin diantara Melaka dan China sangat erat sehingga China sanggup membantu Melaka dalam aspek keselamatan negeri.  

Barang utama yang dibawa oleh negeri china ke Melaka ialah bahan wangian, permata, sutera, satin, belerang, besi, alat masak memasak, tembikar mewah dan peluru. Manakala di Melaka pula, barang utama yang ditukar untuk dibawa balik ke negeri china ialah lada, gaharu, candu, rempah dan bahan hutan dari Nusantara. Permintaan yang tinggi terhadap lada dari negeri china menguntungkan Melaka. Menurut Tome Pires melaporkan, satu quintal (bersamaan 100 paun). Lada yang dibeli dengan 4 cruzados*[5], di Melaka, dijual dengan harga 15 atau 16 cruzados di negeri China.[6]

2. Koromandel[7] :

Manakala dibahagian barat pula, kalangan saudagar terpenting ialah saudagar dari Koromandel. Menurut Tom pires dan Ruy de Brito menganggarkan empat hingga lima buah kapal besar datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados. Hal menunjukkan bahawa, selain daripada pedagang china pedagang dari sebelah barat juga mampu mamberi keuntungan yang besar kepada negeri Melaka setiap tahun.

Dari sudut jenis barang pula, barang yang dibawa dari koromandel untuk ditukar kepada negeri Melaka ialah gaharu, permata, lada, cengkih, kayu manis dan buah pala. Manakala saudagar-saudagar dari kalingga pula membeli perak, emas, bijih dan sutera mentah yang dibawa dari negeri china. Pedagang koromandel bertumpu di Melaka dari bulan Oktober hingga bulan Januari.

3. Benggala[8] :

Page 10: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Selain itu, pedagang dari Benggala pula yang terdiri daripada pedagang Arab dan Parsi, Turki dan Absinia, mereka ini telah membentuk satu syarikat yang besar untuk datang ke Melaka. Persinggahan mereka ke Melaka dengan membawa kapal-kapal besar setiap tahun dan nilai dagangan yang boleh mencecah lapan puluh hingga sepuluh cruzados membolehkan Melaka memperoleh keuntungan yang besar.

Barang-barang yang mereka bawa ke Melaka ialah barang-barang makanan, beras, gula, daging kering, kain India dan sayur-sayuran kering. Bahan ini kemudiannya di tukar ke Melaka dan digunakan di Melaka untuk membeli lada, jagung, cengkih, sutera dari China, tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa, tembaga, bijih, kapur barus, gaharu dan berbagai bahan mentah dari Nusantara.

4. India :

Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah Kembayat. Para saudagar dari Timur Tengah mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk sampai ke Melaka. Semasa angin monsoon daya, mereka bertumpu di kembayat dengan menyediakan senjata, kain bulu, kain sakhlat, marjan, barang tembaga, perak, barang perhiasan murah, candu, air mawar, ambar, kismis, nila, dan barang kencana. Manakala di kembayat pula, pedagang dari Kahirah, Mekah, Aden, Ormuz selain yang datang dari kawasan timur Mediterranean dan pesisiran timur Afrika berkumpul berpuak-puak membentuk syarikat sebelum belayar ke Melaka dalam bulan Mac.

Pedagang-pedagang Benua India berkumpul di Kalikat, Pulikat atau Benggala. Kebanyakannya perdagangan ini diurus oleh orang Gujerat.[9] Hal ini kerana, dari bahagian barat saudagar Gujeratlahyang terpenting. Para saudagar dari pelabuhan Diu, Randir, Surat dan daman menjadi perantaraan untuk memperdagangan barang-barang dari pelabuhan Arab seperti Iskandariah, Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah. Mereka kemudiannya membeli berbagai-bagai jenis rempah, jagung dan emas dari Nusantara yang terdapat di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur Jauh seperti tembikar, wangi-wangian, sutera dan belerang untuk diperdagangkan ke India, ke pelabuhan-pelabuhan Arab dan seterusnya ke Eropah.[10]

Setelah saudagar-saudagar dari India dan Cina meninggalkan selat Melaka, pasar Melaka tetap sibuk dimeriahkan pula oleh saudagar-saudagar dari Jawa dan kepulauan Melayu.

5. Pegu (Burma) :

Pegu (Burma) juga merupakan anatara pedagang yang rapat dengan negeri Melaka, mereka terkenal dari sudut pembinaan kapal. Apabila barang bahan dagangan habis dijual mereka akan menjual anak-anak kapal kepada saudagar-saudagar Melaka. Tom Pires menganggarkan sepanjang bulan Februari dan Mac setiap tahun terdapat antara dua puluh hingga tiga puluh buah kapal kecil datang ke Melaka sama ada untuk menjalankan hubungan dagangan ataupun tukaran barang dengan saudagar dari Melaka. Ini menunjukkan bahawa hubungan Pegu dengan Melaka adalah hubungan terus bukan secara perantaraan. Disamping itu, Pegu juga membekalkan barangan mewah, seperti nilam dan berlian, perak, wangi-wangian, dan makanan mentah.

  6. Siam[11] :

Melaka dan Siam pernah mengalami krisis hubungan yang membimbangkan . Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa Siam pernah mahu menjadikan Melaka sebagai negeri ufti tetapi gagal kerana Melaka mendapat naungan daripada China. Walaupun begitu, atas sebab ekonomi mereka tetap mejalinkan hubungan yang baik dalam aspek perdagangan. Siam menjadi pembekal utama bahan seperti beras, gula, berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-kayan ke Melaka.

Page 11: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

7. Pulau Jawa :

Di samping itu, terdapat juga jong-jong besar dari Pulau Jawa yang datang terus ke Melaka. Hubungan Melaka dengan Pulau Jawa bertambah erat apabila munculnya pelabuhan-pelabuhan baru di utara Pulau Jawa seperti Demark, Japara, Ceribon, Grisik dan Tuban. Hal ini menunjukkan bahawa, hubungan yang erat ini jelas kelihatan apabila ramai para pedagang dan senteri pulau jawa datang ke Melaka.

Para pedangang tersebut ialah seperti Patih Adam, Patih Kadir, Patih yusoff, Patih Yunus dan Utimuti raja. Pelabuhan-pelabuhan di utara Pulau Jawa juga menjadi pengantaraan perdagangan antara Melaka  dengan kepulauan rempah seperti kepulauan Maluku, Bima, Binda dan pelabuhan Grisik. Menurut Tom Pires melaporkan hubungan dagangan dua hala ini adalah dalam bentuk runcit dan borong.

Ramai pedagang dari Melaka belayar ke Jawa sebagai saudagar borong dan penumpang dan bahan utamanya ialah kain dari India. Manakala dari Jawa mereka terus menukar kain murah yang dibeli dari jawa dengan lada dan rempah. Oleh itu, perdagangan dari Melaka itulah yang memberi sumbangan besar ke arah kebangkitan dan kemajuan pelabuhan Jawa Utara pada penghujung abad ke-15, termasuk Demak, Ceribon, Grisik, Surabaya dan Tuban. Ini telah memberi kesan kepada terhadap pola politik tradisional Jawa-Majapahit.[12]

8. Pulau Ryu Kyu :

Perhubungan antarabangsa amat diawasi oleh Melaka. Misalnya, hubungan Melaka dengan pulau-pulau ryukyu (Jepun) amat baik di antara tahun-tahun 1460-an hingga 1480-an (bahkan hingga ke tahun Ryu-Kyu masih mengutus surat ke Melaka).[13] Suatu masa dahulu, Pulau Ryu Kyu turut disebut oleh sebahagian saudagar sebagai Kepulauan Liu Kiu. Tome Pires pula menyebut mereka sebagai Gores, yang kemudian ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun.[14]

Barangan yang mereka bawa dari Jepun ialah seperti kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas dan perak, kipas, kertas dan sedikit makanan seperti bawang, sawi kering dan beras. Di Melaka, bahan ini ditukar dengan rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala.[15]

Page 12: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

[1] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134.[2] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.135.[3] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.115.[4] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134.[5] Sejenis Mata Wang.[6] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.245.[7] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.246[8] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.[9] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113.[10] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.247[11] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.248.[12] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.[13] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.138.[14] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.246.[15] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

Page 13: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan kedudukannya yang strategik di Selat MelakaPENGENALANNusantara(Alam Melayu) telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad pertama lagi. Sumber-sumber bertulis china, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di Rantau ini berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Nusantara berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah Berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.Melaka sebenarnya telah mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan Parameswara. Di bawah pemerintahan Parameswara Melaka telah menjadi sebuah Pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah-ratus dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa yang berkata, “sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia”(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of venice).Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka.[1] Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke-15.[2]Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada hampir 6000 orang. Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan di kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus. Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar kosmopolitan. Menurut

Page 14: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

laporan China; Peraturan dan peruntukan kemudahan yang baik seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk memberitahu jika ada kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan antara negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya demi menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat pintu. Pada waktu malam ada orang mengawal.

PERKEMBANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN YANG PENTING DI NUSANTARA DALAM ABAD KE-15 DAN AWAL ABAD KE-16 DISEBABKAN OLEH KEDUDUKANNYA DITEMPAT YANG STRATEGIK DI SELAT MELAKA.Keagungan Kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan perdagangan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu[3], “Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang”. Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang[4]. Parameswara berusaha menjadikan Melaka sebagai sebuah emporium Melayu abad ke-15.

Gambar 1: Kelihatan Pedagang-pedagang arab bersembahyang di Pelabuhan MelakaMelaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya yang strategik. Terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri. Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai pelabuhan dan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui Selat Melaka.Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan Paya Bakau. Pintu pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh. Selain itu terdapat rangkaian hubungan dengan daerah Pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu Pahang.Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Melaka kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan. Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasil-hasil laut seperti Kowri(matawang), kerang dwi katup, tiram dan lain-lain. Selain itu Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih besi, antimony dan lain-lain.Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Negara lain. Kelansungan kepesatan sesuatu perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil. Kebanyakan kerajaan di Nusantara mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun. Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dengan wujudnya sistem pembesar empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang laut Melaka. Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan.Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Nusantara. Kedudukan Melaka yang strategic membolehkannya menerima tiupan dua jenis angin iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua angin ini bertiup selama 6 bulan mengikut giliran tahunan. Oleh yang demikian, pedagang

Page 15: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

dari Barat dan Timur tidak pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi; tidak berlaku masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal ditentukan oleh angin tersebut.Keistimewaan tiupan angin di Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan dan tempat untuk meletak barang dagangan di gudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada musim Monsun yang satu lagi. Sultan[Raja Iskandar Shah] juga telah menyediakan segala kemudahan samada berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang bangsa portugis Tom Pires[5] mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa.Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember. Ini kerana Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan angin yang membolehkan kapal belayar. Dalam tempoh ini Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal dari Asia Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga September merupakan giliran pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara berdagang di Melaka.Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di selat Melaka orang laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk membenteras kegiatan perlanunan. Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka.Orang Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah. Kerjasama yang erat antara pihak pemerintah dan Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang Selat Melaka. Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan.[6] Orang Laut mengakui kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala Parameswara pula melindungi kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebahagian besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan saudagar asing ke pelabuhannya.[7]Kedudukan Melaka di tempat yang strategik iaitu di Selat Melaka juga meransang pemerintah untuk menyediakan kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan. Pemerintah[Sultan] menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi[saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan dagangan] menguruskan hal-hal perdagangan. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga.Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-1433).Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat perlindungan daripada negeri China, ini kerana Melaka terpaksa mempersembahkan 40 tahil emas kepada

Page 16: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Siam jika tidak keselamatan Melaka akan terancam. Melaka pada masa itu belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan Siam tersebut juga adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura oleh Parameswara. Pada tahun 1403M, utusan China iaitu Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada parameswara untuk menangani masalah dengan Siam. Melaka melaluiParameswara berharap dapat menfaatkan pengaruh China yang merupakan Negara terkuat di Asia pada masa itu untuk membela kedaulatannya.[8] Perhubungan diantara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di Ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah telah memberi pegiktirafan kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan dianugerahi Cap Kempal, sepasang kain sutera berkerajaan dan paying berkerajaan.[9] Siam telah bertindak menyerang Melaka dan merebut Cap Kempanya, namun Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Parameswara teah menghantar utusan ke China yang menyatakan tentang pencerobohan orang Siam terhadap Melaka pada tahun 1407 dan sehubungan dengan itu, Maharaja China telah memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu Melaka lagi. Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja China sebagai lambing menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan.[10]Selain daripada itu juga, Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan. Pertambanhan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan Mahkota Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa kerana hendak berbaik-baik dengan pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka juga melakukan hubunga diplomatik dengan Pasai melalui kegiatan perdagangan. Salah satu sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping untuk mendapatkan barangan dagangan.Keterbukaan Perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka secara tidak langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan Islam, di tambahlagi dengan kedudukannya yang sangat strategik di Selat Melakayang memudahkan kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai agama. Melaka telah memainkan peranan dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan tarikan lebih banyak pedagang masuk ke Melaka untuk memperdagangkan barangan mereka.Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara. Kedua-dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya dapat menarik pedagang Islam.Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke temapat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.Fungsi Melaka sebagai pelabuhan enterpot[pusat pengumpulan barang dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan dijadikan sebagai

Page 17: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

perantaraan pedagang dari Timur dan Nusantara] menjadikan Melaka sangat terkenal. Kepesatan perdagangannya telah menarik minat portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluk Melaka pada tahun 1511.Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai Pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan portugis pada tahun 1511. Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.

PENUTUPPerkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Nusantara dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kedudukannya di tempat yang strategik di Selat Melaka. Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di persisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalulintas perdagangan di antara China dan India.Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira tahun 1414 masihi. Ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah Berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi peluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Nusantara pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal.Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah mendorong kepada perkembangan perdagangan di Nusantara. Antara faktor-faktor perkembangan perdagangan ini adalah disebabkan:-

· Kedudukan Geografi:1. Kedudukan yang strategik kerana terlindung dari tiupan angin Monsun.2. Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.3. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik.

· Hubungan dengan Negara China:

1. Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.2. Melaka terselamat dari ancaman Majapahit dan Siam.3. Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka.

· Sistem Pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik:

1. Sistem Pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan.2. Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka.3. Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai lingua Franca memudahkan interaksi pedagang.4. Orang laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan Melaka.

Page 18: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

· Dasar perdagangan:

1. Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbaandar, Nakhoda dan Kiwi.2. Syahbandar – orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai3. Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran dipelabuhan Melaka.4. Kiwi – mengikut kapal yang membawa barang dagangan.5. Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3% ke atas barangan dari Kepulauan Melayu.6. Pedagang mesti mendapatkan surat kebenaran sebelum berniaga.7. Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan.8. Sistem tukar barang atau matawang diamalkan.

· Pelbagai jenis barang dan bahan mentah:

1. Barangan import dari Barat seperti Coromandel, Parsi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging.2. Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu.3. Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

· Kemudahan-kemudahan

1. Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga.2. Gudang untuk menyimpan barangan pedagang.3. Kemudahan membaiki kapal turut tersedia.4. Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makanan dan minuman yang disediakan kepada pedagang.

· Peranan keagamaan:

1. Membentuk sebuah empayar Islam.2. Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka.3. Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke Melaka.

· Dasar penaklukan:

1. Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera.2. Melaka memperolehi emas dari Siak, lada hitam dari Rokan dan Kampar.3. Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul.Footnote

[1] Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melakapada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Page 19: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Pustaka, hal.139.[2] Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 1913. Versi Tahun 1612, edisi 1961. Hlm 81, 2204. O.W Wolster, Studying Srivijaya, JMBRAS, LXII, ii, 1944, hlm 1-325. Armando Cortesao(ed) The Suma Oriental Of Tom Pires, jil 11, Haklyut Society, London 1944, hlm 254-255.[6] ibid. hal. 145.[7]ibid. hal. 46[8] Kang Yuanzhi, 2002. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,hlm 64.[9] Ibid, hlm 65.[10] Tan Ding Eing, 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Op. Cit., hlm 3.

esimpulan.

            Kemunculan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Suatu masa dahulu, Melaka pernah berada pada satu tahap yang sangat membanggakan. Sebuah negeri yang dikenali di seluruh dunia, sama ada dari Benua Arab, Benua India, Tanah Besar China, Eropah dan Jepun. Pelabuhan entrepot Melaka tidak pernah lekang daripada dikunjungi oleh para saudagar. Sebuah pelabuhan yang sangat sibuk, sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini melalui kata-kata Tome Pires bahawa terdapat lebih daripada 80 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka. Walau bagaimanapun, lingua franca tetap menjadi bahasa utama di dalam komunikasi. Diceritakan juga bahawa disebabkan pelabuhan Melaka terlalu sibuk dan ramainya saudagar yang berkunjung, maka berlaku budaya cantas mencantas, rasuah, bodek membodek dan lain-lain. Hal ini berlaku kerana saudagar-saudagar ini bersaing di dalam mendapatkan gedung-gedung dan gudang-gudang yang terbaik untuk menyimpan barangan mereka dan untuk mendapatkan tempat tinggal serta kemudahan-kemudahan yang lain.

            Cuba bayangkan, sudah semestinya untuk Melaka sampai ke tahap demikian iaitu menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal di peringkat antarabangsa pada abad ke-15, di dorong oleh beberapa faktor seperti memiliki sistem pentadbiran dan pengurusan yang sistematik, kedudukan Melaka yang strategik daripada sudut geografi, kebijaksanaan pemerintah Melaka serta dasar luar dan jalinan perdagangan yang diadakan.

            Oleh yang demikian, daripada apa yang dapat saya simpulkan, kemunculan pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-15 bukanlah suatu yang pelik kerana

Page 20: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Melaka memang telah diciptakan untuk perdagangan. Kedudukan geografinya yang tidak sesuai untuk pertanian telah memaksa kerajaan Melaka mencari sumber pendapatan negeri melalui alternatif lain. Selain itu, kedudukan Melaka yang berada di Selat Melaka turut mendorong Melaka menjadi sebuah pelabuhan entrepot bagi pemindahan barangan dalam masa yang sangat singkat. Sistem-sistem pentadbiran yang telah disusun juga merangkumi hampir semua perkara yang melibatkan urusan perdagangan. Salah satu buktinya ialah  wujudnya Undang-undang Laut Melaka. Kebijaksanaan pemerintah Melaka juga terserlah, dengan jalinan perdagangan yang dijalinkan bersama negeri-negeri lain turut memberikan sumbangannya yang tersendiri dalam membawa kejayaan Melaka pada abad ke-15 itu, terutamanya dengan negeri China yang telah menaungi Melaka dan memberikan perlindungan dari kerajaan Siam.

            Maka, daripada apa yang telah saya nyatakan mengenai sistem-sistem pentadbiran dan hubungan jalinan perdagangan yang dijalankan, wajarlah pelabuhan Melaka berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sangat dikenali dan gemilang pada abad ke-15. 

Bibliografi

Buku-buku

Page 21: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

1. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 

2. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

3. Malaysia Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd.

4. Noor Aziah Mohd Awal. 2004. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Cet.2. Selangor:International Law book Services (ILBS).

5. Zaini Yusnita Mat Jusoh. et al. 2012. Pengantar Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Selangor : KUIS.

Laman Web

1. KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA. (http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/kegemilangan-melaka-sebagai-pusat.html). 23 Ogos 2013.

2. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=entrepot). 21 Ogos 2013.

3. Tome Pires. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tome_Pires). 21 Julai 2013. 

Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi

1. 1. SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKAWARISAN KESULTANAN MELAYUMELAKA DALAM NEGERI-NEGERI MELAYU DARI SEGI EKONOMI

2. 2. wujud sebagai sebuah pelabuhan yang agak besar sekitar 1403 masihi Nama Melaka wujud sebagai diambil sempena sebuah Kesultanan Melayu Melaka diasaskan nama sebatang pelabuhan yang oleh Parameswara di pokok,tempat antara parameswara agak besar tahun 1400 hingga bersandar sekitar 1403 tahun 1403 masihi. Mencapai zaman Meletakkan asas Kedudukan yang kegemilangan yang kukuh strategik iaitu berada pada abad ke-15 kepada sistem di selat Melaka yang membawa kepada dan mempunyai ekonomi kemajuan ekonomi pengaruh yang masyarakat Melaka kuat melayu tradisi.

3. 3. Ekonomi MelakaBerkembang maju disebabkan oleh:1. Kedudukan selat Melaka sebagai lalulintas timur dan barat.2. Tiupan angin monsun yang menentukan panduan dan arah pergerakan pedagang/kapal.3. Pelabuhan entrepot –pengumpulan penyaluran dan pertukaran barang dagangan.4. Kemudahan fizikal dan material yang disediakan di pelabuhan Melaka

4. 4. Ekonomi negeri-negeri melayu Mengamalkan ekonomi sara diri-keperluan sendiri sahajaMelakukan aktiviti ekonomi : pertanian, penternakan,perlombongan dan memungut hasil hutanPerdagangan berkembang selepas kegemilangan MelakaMenjalankan ekonomi komersial selepas kedatangan British

Page 22: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

5. 5. Warisan Ekonomi MelakaPerdagangan Perkapalan cukai Pertanian/ perlombonganpenternakan Timbangan/ sukatan Hasil hutan Mata wang

6. 6. Telah wujud perdagangan sebelum kegemilangan Kesultananmelayu Melaka-berkembang maju setelah Melaka menjadipusat perdagangan di Nusantara.Buktinya, beberapa pelabuhan telah berkembang maju,Contohnya, empayar Johor-riau, pelabuhan Kedah, KualaTerengganu dan Kota Bahru.Wujud satu kelas perdagangan yang kuat dan mantap-kegiatan import dan eksport, pemilikan modal, perkapalanyang besar dan berteknologi tinggi.

7. 7. EropahPEDAGANG Cina India Arab Emas, timah BARANG Hasil hutan seperti damar, rotan,DAGANGAN Rempah, lada hitam, BARANG Tembikar KapasDAGANGAN Kain suteraDARI LUAR

8. 8. Sambungan…• Negeri-negeri melayu mewarisi kegiatan perdagangan maritim dan antarabangsa• Sistem mata wang juga diperkenalkan dan digunakan di negeri-negeri Melayu• Sistem pembayaran cukai juga diguna pakai• Terdapat sistem timbangan dan sukatan yang digunakan di pelabuhan dan kehidupan seharian• Warisan daripada Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Melaka dalam bidang ekonomi- perdagangan, dsb

9. 9. PERKAPALANMasyarakat melayu sangat mahir dalam bidang perkapalan sejak zaman pro-sejarah lagiKegemilangan Melaka membawa kepada pembelian kapal-kapal dagang yang sangat bermutuPembuatan kapal juga berkembang majuIanya diwarisi oleh negeri-negeri melayuIni membuatkan aktiviti perdagangan semakin maju dengan penggunaan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi

10. 10. Sambungan…Kapal-kapal itu berlayar ke tempat-tempat lain untuk berdagang. Sejak abad ke-15, kapal-kapal melayu telah berlayar sehingga ke pantai Koromandel.Pada abad ke-16, kapal-kapal Johor banyak mengunjungi pelabuhan Van DonPada abad ke-17, kapal-kapal dari terengganu tiba di pelabuhan Pho-hienHal ini menunjukkan kegiatan perkapalan yang dijalankan begitu meluas

11. 11. Gambar atas: replika JongGambar bawah:Perahu yangdigunakan untukmemunggah barang

12. 12. Sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka, aktiviti perdagangan dijalankan melalui sistem barter.Selepas kegiatan perdagangan berkembang, sistem barter tidak lagi digunakan.Digantikan dengan penggunaan wang primitif berbentuk siput Cowrie dan kepingan logam atau syilingPada abad ke-15, Melaka telah memperkenalkan sistem mata wang di Tanah Melayu.

13. 13. JOHOR KELANTAN Wang Emas Wang Emas Unit: Kupang, Mas Unit: Kijang, Dinar Wang Timah: matahari atau mas Katun. kupang dan pohon pitis Terengganu Wang EmasKedah Unit: KupangWang Timah Wang timah N.Sembilan, Pahang,Unit: Unit: pitis dan jokoh Selangor, dan PerakBerbentuk ayam Wang Timahsabung Unit:JongkongWang Emas: tampangkupang, Dinar,darham (perak)

14. 14. DinarJokoh Pohon katun15. 15. CUKAIDua jenis cukai diperkenalkan: 1. Cukai rasmi (custom duties) 2. Cukai tidak

rasmi (berbentuk hadiah) Hasil cukai digunakan untuk membangunkan kawasan masing-masing Terdapat juga hasil cukai yang digunakan oleh pembesar dan juga raja Pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah dibawah tanggungjawab penghulu bendahari

16. 16. Timbangan dan sukatan• Sukatan digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu benda• Timbangan digunakan untuk mengukur berat barangan• ukuran digunakan untuk mengukur jarak dan keluasan• Contohnya, di Kedah, unit relung digunakan untuk mengukur keluasan tanah.• Unit-unit sukatan ini digunakan di Melaka dan juga negeri-negeri melayu yang lain.

17. 17. Timbangan dan SukatanBahan yang Unit Timbangan Alatditimbang/sukat /sukatan timbangan/sukat ana. Beras a. Kaul Dacingb. Rempah b. Cupakc. Bijih timah c. GantangI. Emas I. TahilII. Perak II. katiIII. Barang wangianIV. permata

18. 18. Perlombongan Negeri-negeri Melayu kaya dengan galian seperti bijih timah, emas dan perak Galian ini pada asalnya ialah barang dagangan dan kemudiannya mempunyai nilai

Page 23: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

untuk dijadikan mata wang. Kawasan lombong emas yang terawal ialah di Kuala selinsing. Menjalankan kegiatan melombong secara tradisional dan kecil-kecilan.

19. 19. Terdiri daripada orang melayupelombong (lelaki dan wanita) Pemilik lombong ialah pembesar seperti Ngah Ibrahim,Long Jaafar Kawasan Perak: Lembah Kinta, Larut N.Sembilan: Sungai ujong, Linggimelombong Selangor: Sg. Bernam,Sg.Selangor Cara Mendulang Melampanmelombong Lombong Siam (Penggalian lubang sedalam 3-4 meter )

20. 20. melampan mendulang21. 21. Sambungan..• Sewaktu zaman Kesultanan Melaka, timah digunakan sebagai barang

dagangan dan mata wang• Menyebabkan perlombongan bertambah pesat• Pada abad ke-16, permintaan yang tinggi dari pedagang Eropah-untuk membuat rumah• Berkembang semakin pesat pada abad ke-19 setelah meletusnya Revolusi Perindustrian• Diambil alih oleh British

22. 22. Pertanian dan Penternakan• PERTANIAN:Berbentuk sara diriSumber tanaman yang utama ialah padiTanaman lain ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan ubiPertanian tertumpu di kawasan yang subur, biasanya di tebing-tebing sungaiKeperluan hidup petani bersifat sederhana dan lebih mementingkan keperluan asas

23. 23. SambunganTerdapat dua jenis padi yang ditanam:1. Padi sawah2. Padi huma (bukit) Padi sawah biasanya ditanam di kawasan yang rendah. Contohnya: dataran di Kedah dan Kelantan Padi huma ditanam di kawasan tinggi dan lereng-lereng bukit-kawasan pedalaman Biasanya diusahakan oleh kumpulan orang asli seperti Semai dan Temiar.

24. 24. Haiwan Tujuan: ternakan: BahanMakanan, lembu, itik, membajak kerbau P sawah, menarik kambing, ayam E kayu N T E R N SelalunyaDiusahakan A diusahakansecara kecil- K oleh golongankecilan, untuk A petanikeperluan Nsendiri

25. 25. Hasil HutanNegeri-negeri melayu terkenal sebagai sumber hutanContohnya:I. Rempah-ratusII. Kayu-kayanIII. RotanIV. Damar Barangan ini dijual di pasar Juga ditukar untuk mendapatkan keperluan asas (kain, garam)

26. 26. SambunganDari hutan juga mendapatkan bahan api, atap rumah, daun-daun untuk membuat bakul dan menganyam tikarPengumpul utama hasil hutan ialah orang Melayu dan orang AsliMenjadi pengeluar barangan untuk perdagangan di pelabuhan MelakaDiteruskan selepas kejatuhan MelakaContohnya: di Johor (gading gajah, pinang kering, Terengganu (rotan) dan Pahang (kapur Barus)

27. 27. BerburuSelain sumber flora, binatang juga diburu di dalam hutanContoh Binatang yang diburu ialah:I. KancilII. GajahIII. Ayam hutan Tujuannya ialah menambahkan sumber makanan dan diperdagangkan Binatang yang paling bernilai ialah gajah Digunakan untuk pengangkutan golongan pemerintah

28. 28. Gajah digunakan untuk mengangkut barangandan sebagai pengangkutan golonganpemerintah

29. 29. KesimpulanKerajaan Melayu Melaka telah membentuk satu pemerintahan yang agung serta mewujudkan dasar pembentukan budaya politik melayu. Melaka telah meletakkan asas yang kukuh kepada aspek ekonomi masyarakat melayu tradisi.Selepas dari zaman kegemilangan Melaka, masyarakat melayu tradisi telah mengalami proses disintegerasi.Namun demikian, warisan kerajaan Melayu Melaka tidak terhapus oleh perubahan bahkan ia dikekalkan sehingga hari ini sebagai lambang yang penting dalam ekonomi Negara

30. 30. RUJUKAN1. Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan tamadun Asia Tenggara sebelum dan sesudah pengaruh islam. Kuala Lumpur. Utusan publications & distribution Sdn. Bhd.2. Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Fajar Bakti Sdn Bhd.3. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, dll. 1992. Malaysia-warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka5. Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan perkapalan melayu di Selat

Page 24: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Melaka: abad ke-15 hingga abad ke-18. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka6. Hairol Anuar HJ Mak Din. 2009. Sejarah Malaysia 1400- 1969: satu evolusi. Bangi. KUIA.

KEGEMILANGAN MELAKA  Pentadbiran yang sistematik

Seperti yang diketahui  Sistem Pembesar Empat Lipatan yang merupakan satu sistem yang membawa kegemilangan Melaka . Sistem ini diwujudkan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka . Sistem ini dibahagi kepada lima bahagian iaitu Raja atau Sultan , Pembesar Berempat ( Bendahari , Penghuku Bendara , Temenggung dan Laksamana ) , Pembesar lapan , Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua .

  Pusat perdagangan

Melaka merupakan pusat perdagangan antarabangsa yang penting di rantau Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-15. Menurut Sejarah Melayu kemajuan Melaka dalam bidang perdagangan telah digambarkan seperti berikut : -

 ‘ Maka segala dagang atas angin dan bawah angin  sekaliannya datang ke Melaka ; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu ‘

 Faktor kedudukan geografi

           Kedudukan Melaka yang strategik , iaitu dipertengahan laluan perdangangan diantara Timur dan Barat . Ini menyebabkan Melaka boleh mengawal Selat Melaka yang merupakan salah satu laluan kapal dagang yang utama . Perlabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’ , iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran , iaitu Angin Monsun Timur Laut ( November hingga Mac ) - Banjaran Titiwangsa dan Angin Monsun Barat Daya ( April hingga Oktober ) – Pulau Sumatera  . Perdagang asing bukan sahaja singgah ke Melaka bagi tujuan perdagangan , malah untuk mendapatkan bekalan barang keperluan seperti makanan dan minuman. Dari segi muka bumi , kawasan sekitar Melaka yang berbukit-bakau menjadi panduan atau mercu tanda oleh kapal dagang untuk menuju Melaka . Kawasan yang tinggi tersebut juga merupaka tempat yang strategik untuk memerhati dan mengawasi keselamatan Selat Melaka .   Faktor semula jadi

          Kemasyhuran perdagangan Melaka juga mempengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya . Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayuan yang

Page 25: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

berpotensi dalam penghasilan kayu wangi , damar dan rotan . Orang Melayu pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil-hasil hutan . Orang Asli pula memainkan peranan sebagai pemgumpulan hasil hutan kerana kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan , akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu tinggi . Mereka akan membawa hasil-hasil hutan ini ke pantai , pinggir sungai dan kawasan penempatan ke kampong Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai .   Kemudahan perlabuhan

         Pemimpin Melaka yang bertindak bijak telah menyediakan kemudahan-kemudahan di perlabuhan seperti gudang menyimpan barang , tempat tinggal kepada pedangang asing sementara menunggu pertukaran angina monsun dan kemudahan bekalan makanan dan minuman untuk para pedagang asing . Syahbandar juga telah menyediakan kemudahan seperti pengangkutan – (kapal , perahu , jong , lancar dan gajah ) , bekalan pekerja – ( untuk mengangkut barangan ke gudang ) dan khidmat membaiki kapal . Hal ini menyebabkan ramai pedagang-pedagang asing suka berdagang di negeri tersebut .  Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka yang digubal untuk membolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dengan lancar dan adil pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah ( 1488-1511) Justeru , pedagang asing akan berasa yakin ketika menjalankan perdagangan di Melaka . Undang-undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal dan dikatakan undang-undang yang terbaik dalam menggariskan peraturan perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut ( kapal dan perlabuhan ) . Sebahagian besar undang-undang ini membincangkan tentang peraturan dan tertib berniaga , berjual beli , tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar .

Bahasa Melayu sebagai lingua franca ( bahasa perantaraan )

Di Melaka , banyak bahasa yang telah digunakan , namun untuk memudahkan urusan perdagangan , kebanyakkan pedagang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca . Ini kerana bahasa Melayu lebih mudah difahami dan ianya merupakan bahasa utama masyarakat di rantau Asia Tenggara . Sistem cukai dan mata wang , surat kebenaran berniaga

Panduan ( cukai rasmi ) perlu dibayar oleh pedagang sebelum aktiviti jual beli dijalankan . Di Melaka meraka mengamalkan sistem cukai mengikut tempat asal para pedagang . Contohnya :

Tempat asal pedagang Kadar cukai yang dikenakanDari barat : India , Arab , Siam dan Pegu 6%Pedagang yang tinggal di Melaka 3%Cina dan Jepun        Tidak dikenakan cukai

       Perlu memberikan hadiah kepada Sultan , Temenggung dan Syahbandar

Sistem mata wang pula digunakan untuk memudahkan dan melancarkan urusan perdagangan . Penggunaan mata wang ini mengalakkan kedatangan lebih ramai

Page 26: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

pedagang Melaka . Antara mata wang yang diguankan dalam urusan jual beli di Melaka ialah mata wang timah yang dipanggil calains , wang emas tempatan dan mata wang emas , perak dan timah dari Pedir , Pasai , Kembayat dan Gujerat .

Surat kebenaran berniaga pula merupakan lesen untuk menjual beli yng diperlukan oleh pedagang untuk menjalankan perdagangan di Melaka . Ini adalah untuk memastikan urusan perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar dan bayaran yang dikenakan dijadikan sumber pendapatan kerajaan Melaka .

  Kematangan Hubungan Luar

          Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu , dengan kerajaan serantau dan hubungan antarabangsa . Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan mereke dengan Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan perdagangan dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa , Siak dan Kampar . Manakala hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) , Gujerat dan Tanah Arab.

1.    Hubungan Serantau

  Hubungan Melaka dengan Pasai

Hubungan ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan puteri Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat mengenai soal-soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka dianggap setaraf kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara mereka dan apabila berlakunya huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan menghantar pembesar dan tenteranya untuk membantu . Seterusnya , telah wujud hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila Melaka memperolehi lada hitam , emas dan beras danri Pasai .

  Hubungan Melaka dengan Jawa

Hubungan Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .

  Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar

Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar juga hanyalah hubungan perdagangan dimana disana Melaka akan memperolehi emas . Selain itu juga , kedua-dua buah kerajaan ini merupakan kerajaan yang ditakluki oleh Melaka untuk menguasai hasil dagangan negeri-negeri tersebut. Siak juga diberi taraf naungan oleh Melaka . Negeri-negeri ini memiliki taraf yang rendah daripada kerajaan Melaka kerana apabila negeri-negeri ini berutus surat ke Melaka , mereka menggunakan istilah sembah . Selain itu juga , mereka akan menghantar ufti dalam bentuk wang atau barangan ke Melaka . Apabila

Page 27: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Sultan membuat lawatan ke luar Negara , baginda turut diiringi oleh raja negeri-negeri terbabit . Contohnya , Sultan Mansor Syah diiringi oleh raja-raja dari Palembang , Jambi dan Lingga apabila melawat Majapahit.

 2.    Hubungan Antarabangsa

  Hubungan Melaka dengan China

Hubungan Melaka dengan China bermula daripada lawatan duta China iaitu , Laksamana Yin Ching ke Melaka pada tahun 1404 . Hubungan ini dipereratkan lagi dengan pengiktirafan yang diberikan China kepada Melaka . Ini menyebabkan Melaka dikira beruntung kerana mendapat bantuan-bantuan seperti keselamatan dari China yang menyebabkan Melak tidak lagi diancam oleh Siam dan Majapahit.

  Hubungan Melaka dengan Siam

Hubungan diplomatik Melaka dan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik . Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil dari Siam . Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaraan utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam . Melaka mahu menjalinkan hubungan baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi . Siam telah membekalkan beras , bahan makanan dan kayu jati ke Melaka .

  Hubungan Melaka dengan Ryukyu ( Jepun )

Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin . Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ) antara tahun 1460 hingga 1480 . Raja Ryukyu juga telah menerima suratt daripada Sultan Mansor Syah . Dan didalam surat tersebut , Sultan Mansor Syah telah menyatakan bahawa pedagang-pedagang dari Ryukyu telah melanggar peraturan undang-undang  Melaka semasa berdagang di Melaka . Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka . Ini menunjukan bahawa , Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka .

  Hubungan Melaka dengan Gujerat

Melaka juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Gujerat . Para pedagang dari Gujerat ini membekalkan kain kepada Melaka . Pedagang Gujerat yang memerlukan rempah ratus dari Kepulauan Melayu telah diberi oleh Melaka . Pedagang Gujerat juga telah menyebarkan agama Islam ke Melaka .

  Hubungan Melaka dengan Tanah Arab

Para pedagang arab yang datang ke Melaka untuk memperolehi emas dan juga rempah ratus dari Kepulauan Melayu sebagaimana Gujaret . Melaka pula membeli barangan dagangan mereka iaitu kain sutera dan teh dari China. Pedagang-pedagang arab ini juga membantu untuk megembangkan agama Islam ke Melaka seperti mana Gujerat . Ini

Page 28: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

bermakna , Melaka juga terdiri daripada kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu .

Pusat Perkembangan Agama Islam

        Antara kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kedah – di sekitar abad ke-9 . Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris , Kedah , Terengganu – pada abad ke-13 . Penemuan batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu . Pada abad ke-15 , agama Islam mula bertapak di Melaka , apabila Iskandar Syah memeluk agama Islam .              Di Melaka , agama Islam disebarkan melalui pelbagai cara :

Perkahwinan Perkahwinan antara Iskandar Syah dengan rakyat tempatan puteri Pasai yang beragama Islam.

Peranan mubaligh Arab

       Dinyatakan dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin.       Syeikh Abdul Aziz dari Makkah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja , pembesar

dan rakyat Melaka .Peranan

pedagang dari Arab dan India .

       Mereka menjalankan kegiatan dakwah di samping mereka berniaga.       Terdapat dalam kalangan mereka yang berkahwin dengan penduduk setempat.       Ahli agama turut dibawa oleh mereka untuk menjalankan  kegiatan akwah di

Melaka .Sifat agama

Islam       Semua aspek kehidupan diberikan perhatian oleh agama Islam .       Antaranya toleransi , adil dan rasional .       Aspek ini dapat menarik perhatian golongan istana dan rakyat biasa di Melaka .

             Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan bahawa Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya . Para ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Pasai dan Arab menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan mereka . Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam . Ulama juga mengajar ilmu agama kepada sultan , pembesar dan rakyat Melaka . Pemerintah juga mengambil berat tentang pendakwah dengan menyediakan tempat tinggal untuk para pendakwah yang datang ke Melaka . Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.

          Dalam usaha untuk mendalami ilmu pengetahuan , Sultan Mansor Syah telah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama . Sultan Mansor Syah juga turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah , institusi agama seperti masjid , madrasah dan surau diwujudkan . Aktiviti mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-quran dijalankan di institusi berikut .Nilai- nilai Islam seperti musyawarah telah ditetapkan oleh Sultan Melaka dalam urusn pentadbiran dan Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal.

             Tasawuf merupakan ajaran untuk mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya . Antara ahli tasawuf yang terkenal di Melaka adalah Abdul Karim al-Jili yang merupakan pengarang kitab Insan al-Kamil . Istana Melaka berperanan sebagai pusat menterjemah , menyadur dan menyimpan kitab-kitab yang terkenal di Melaka . Di Istana

Page 29: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Melaka juga telah disediakan perpustakaan . Hikayat Amir Hamzah danHikayat Ali antara kita yang telah diterjemahkan.

Faktor-faktor kegemilangan melaka

Pendahuluan.

            Walaupun sejarah awal Tanah Melayu boleh dijejaki sehingga kurun-kurun sebelum masihi, namun dalam tugasan ini akan bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada abad ke-15. Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang agung pada zamannya. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melaui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan agama Islam,keluasan tanah jajahan, dan mempunyai politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China. Pendek kata, Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.           

Soalan 2 : ‘keagungan negeri Melaka bukanlah bergantung keseluruhannya kepada kenyataan bahawa ia adalah sebuah pusat perdagangan yang besar dan

Page 30: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

sebuah tempat pengajian islam,bahkan ia adalah sebuah empayar yang luas kuasanya dan bukan calang-calang kedudukan’.? (Zainal Abidin Wahid:Sejarah Malaysia sepintas lalu) Berdasarkan petikan diatas,pada pandangan anda sejauh manakah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dijalankan.

Pada pendapat saya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan melalui sistem pentadbiranya yang sistematik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. Sebagai contoh, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka.

Peranan sultan juga mempengaruhi kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka.Sultan berperanan sebagai lambang perpaduan rakyat. Selain menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi, sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam dan ketua istiadat Melayu. Sultan juga mengetuai hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti China, Pasai, Kampar, Siak, Siam, Ryukyu, Gujerat,dan Arab. Tambahan pula, sultan berupaya melantik pembesar negeri seperti  Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka ..

Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan satu sistem yang sistematik dan berwibawa. Sistem pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang. Hal ini membolehkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran. Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemah. Bendahara berperanan sebagai menteri utama. Bendahara merupakan penasihat utama sultan dalam pentadbiran. Selain itu, bendahara juga berperanan sebagai ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar dan juga ketua istiadat. Bendahara juga adalah ketua turus angkatan perang dan sekaligus pemangku sultan ketika gering atau ke luar negara. Sebagai contoh dalam Sejarah Melayu,Sulalatus Salatin karya Tun Sri lanang, Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Perak adalah bendahara yang mempunyai kebijaksaan dalam membantu Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur  Syah, Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah di dalam pentadbiran sekaligus beiau begitu taat dalam mempertahankan kegemilangan Melaka.  

Page 31: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Peranan Temenggung juga mempengaruhi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Temenggung berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri. Tanpa temenggung maka ketenteraman dan keamanan Melaka terancam. Temenggung merupakan penguasa bandar dan kota Melaka. Temenggung mengawasi pedagang  asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul. Selain itu, temenggung merupakan protokol istanadan juga sebagai hakim di darat.

Laksamana pula berperanan sebagai ketua angkatan laut. Hal ini demikian kerana, laksamana ditugaskan menjaga ketenteraman laut. Selain itu, laksamana juga turut mengawal keselamatan sultan ataudikenali sebagai  pengawal peribadi sultan. Laksamana turut mengetuai utusan diraja ke seberang laut. Laksamana juhga merupakan seorang ketua duta. Hal ini demikian kerana, laksamana mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan bendahara. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya. Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan,Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar, Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik, Temenggung tiada kawasan pegangan dan Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan' .Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan.

Selain itu, kedudukan geografi juga menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana, Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalanperdagangan anatara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat  Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai

Page 32: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.

Kemudahan Pelabuhan yang ada di pelabuhan Melaka juga turut menyumbang faktor kegemilangannya. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.

Peranan Syahbandar  turut melicinkan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Syahbandar iaitu antara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan gudang, menguruskan pasar,menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan pedagang dan menjadi hakim di pelabuhan. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang iaitu Syahbandar I , mengurus pedagang dari Gujerat, Syahbandar II menguruskanpedagang dari China, Ryukyu dan Champa,Syahbandar III menguruskan pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi dan Syahbandar IV  mengurus pedagang dari Pulau Jawa, Banda, Borneo, Filipina, Maluku, Kalimantan dan Pasai.

Keberkesanan Undang-undang yang digubal oleh pemerintah Melaka secara tidak langsung menyumbang kegemilangannya. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal dan larangan dan tanggungjawab nakhoda.

Cukai Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya dipertahankan. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti import) atau panduan dan cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan

Page 33: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

sendiri. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk memastikan urusan perdagangan adalah lancar dan sumber pendapatan kerajaan. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan MelakaPedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukaisebanyak 6%, pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar dan pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.

Penggunaan Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains.Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca juga memnyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.

Hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah .serta  Kampar dan Siak-membekalkan emas

Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan

Page 34: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti beras, makanan dan rempah dari Jawa dan ada hitam, beras dan emas dari Pasai.

Hubungan Melaka dengan Kampar dan Siak pula terjalin melalui penaklukan. Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaranemas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf berbanding dengan Melaka. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga

Hubungan Antarabangsa Melaka dengan China mula terjalin semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China akan berdagang ke Melaka.

Hubungan diplomatik Melaka dengan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati

Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. Dalam kandungan surat tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa

Page 35: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

berdagang di Melaka. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka. Hal ini terbukti bahawa, Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka.

Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka.Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu.Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka. Melaka juga turut menjalinkan hubungan dengan Arab. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka. Mereka juga membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu manakala kain sutera dan teh dari China.

Melaka menjadi pusat perkembangan agama Islam juga salah satu faktor yang menyebabkan kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah dan penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.

Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendakwah. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur kitab-kitab dan menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara

Perkahwinan Diraja juga turut memainkan peranan penting dalam mempertahankan kegemilangan Melaka. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari

Page 36: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Rokan, Siak dan Inderagiri. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja Siak. Perkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna Islam.

Penaklukan semasa pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak juga merupakan faktor kegemilangan Melaka. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri

Peranan Ahli Sufi juga membantu mempertahankan kegemilangan Melaka. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao. Selain itu, pedagang turut serta dalam membantu keungugulan Melaka. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdagangan. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa. Usaha Pemerintah juga turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kegemilangan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam. Sinar Islam yang memberi kesan terhadap kegemilangan Melaka pada ke-15.

Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama. Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah danHikayat Iskandar Dzulkarnain. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti dalam kesenian corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan juga  terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat. Dari segi amalan yang dibuat kesan kegemilangan Melaka,khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah mula dipraktikkan.Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.

Pusat kegiatan ilmu turut dipertingkatkan, peranan istana sebagai pusat kegiatan Intelektual dan jurutulis pengarang dan ulama di Istana. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu

Page 37: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

membaca dan menulis amat kecil bilangannya.Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana.Tugas jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang ialah menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu, menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu, mencatat diari istana dan menyusun salasilah raja-raja.Tugas ulama ialah menulis kitab agama Islam dsn menterjemah Kita agama.

Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialahHikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafatdan Hikayat Nabi Yusof.

Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telahdihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang LautMelaka telah digubal.Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula

Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama.Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspekketuhanan. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan  dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.

KesimpulanKesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari

segi politik, ekonomi dan sosial.

Page 38: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

 Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak

Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.

Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.

Kesultanan Melayu MelakaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesultanan Melayu Melakaمالك ماليو كسلطانن

← 1402–1511

 → 

 → 

 →

Page 39: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Wilayah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

Ibu negara Melaka

Bahasa Bahasa Melayu

Agama Islam

Kerajaan Monarki

Sultan Parameswara

Sultan Mahmud Shah

Sejarah

 - Diasaskan 1402

 - Penjajahan Portugis 1511

Mata wang Mata wang emas dan perak

Sejarah Malaysia

Page 40: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia

Kerajaan awal

Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)

Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)

Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)

Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)

Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam

Kesultanan Brunei (Kurun-15–sekarang)

Kesultanan Kedah (1136–sekarang)

Kesultanan Melaka (1402–1511)

Kesultanan Sulu (1450–1899)

Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Burney (1826)

Penempatan Selat (1826-1946)

Perang Kelang (1867-1874)

Perjanjian Pangkor 1874

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua

Perang Tanah Melayu (1941-1942)

Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong(1942)

Page 41: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Perang Singapura (1942)

Syburi (1942-1945)

Kawat Kematian Sandakan (1945)

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia

Malayan Union (1946-1948)

Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

Peristiwa Bukit Kepong (1950)

Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Rusuhan Kaum 1964 (1964)

Pemisahan Singapura (1965)

Peristiwa 13 Mei (1969)

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)

Peristiwa Memali 1985 (1985)

Operasi Lalang (1987)

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)

Krisis Kewangan Asia (1997-98)

Al-Ma'unah (2000)

Perhimpunan Bersih (2007)

Perhimpunan Bersih (2011)

Perhimpunan Bersih (2012)

Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Perhimpunan Bersih (2015)

 Portal Malaysia

Kesultanan Melayu Melaka ( مالك ماليو diasaskan oleh seorang putera (كسلطاننdari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 [1]  apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugispimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Page 42: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1 Pengasas dan Pengasasan Melaka 2 Perkembangan Melaka 3 Hubungan dengan negara China 4 Kegemilangan Kesultanan Melaka 5 Pentadbiran yang sistematik 6 Kejayaan Melaka 7 Kejatuhan Melaka 8 Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi 9 Tertib tarikh 10 Galeri 11 Lihat juga 12 Nota dan rujukan

o 12.1 Notao 12.2 Rujukan

13 Pautan luar

Pengasas dan Pengasasan Melaka[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Parameswara

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunanSrivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahitmenyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[3][4]

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, angkatan Parameswara melarikan diri ke Muartetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahananyang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke (Sening Ujong atau nama lama bagi Sungai Ujong]]). Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja.[5]Parameswara merasakan kedudukan

Page 43: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semulajadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin denganputeri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

“Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia

”Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancamanMonsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka[sunting | sunting sumber]

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Sultan MelakaTempoh

memerintah

Parameswara(Raja Iskandar Shah)

1400 – 1414

Megat Iskandar Shah 1414 – 1424

Sultan Muhammad Shah, Melaka

1424 – 1444

Sultan Abu Syahid 1444 – 1446

Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456

Sultan Mansur Shah 1456 – 1477

Sultan Alauddin Riayat Shah

1477 – 1488

Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511

Page 44: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islamsebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu

Hubungan dengan negara China[sunting | sunting sumber]

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut[6]. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya.Hubungan dplomatik antara Melaka China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melakapada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti.China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.Melaka juga menghantar utusan ke China.[7]

Berdasarkan Sulalatus Salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah keMelaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya.[8]Sebagai balasan upeti yang diberikan,maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada Melaka,[9] kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.[10]

Kegemilangan Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]

"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka ketika itu". [nb 1]

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Page 45: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Pentadbiran yang sistematik[sunting | sunting sumber]

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Kejayaan Melaka[sunting | sunting sumber]

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.

Rencana ini adalah sebahagian daripada

Sejarah Indonesia

Prasejarah Indonesia

Kerajaan Hindu-Buddha

Kutai (abad ke-4)

Tarumanagara (358–669)

Kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-11)

Page 46: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Wangsa Sailendra (abad ke-8 hingga ke-9)

Kerajaan Sunda (669–1579)

Kerajaan Medang (752–1045)

Kerajaan Kediri (1045–1221)

Kerajaan Dharmasraya (abad ke-12 hingga ke-14)

Kerajaan Singhasari (1222–1292)

Kerajaan Majapahit (1293–1500)

Kerajaan Islam

Kesultanan Ternate (1257–kini)

Kesultanan Melaka (1400–1511)

Kesultanan Demak (1475–1548)

Kesultanan Aceh (1496–1903)

Kesultanan Banten (1526–1813)

Kesultanan Mataram (1500-an-1700-an)

Era kolonialisme

Portugis (1512–1850)

VOC (1602-1800)

Belanda (1800–1942)

Kemunculan Indonesia

Kebangkitan Nasional (1899-1942)

Pendudukan Jepun (1942–1945)

Pengisytiharan Kemerdekaan (1945)

Revolusi Nasional (1945–1950)

Pasca-merdeka

Era Order Lama (1950–1959)

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

Gerakan 30 September (1965)

Demokrasi Dipimpin (1959–1966)

Era Order Baru (1966–1998)

Page 47: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Era Reformasi (1998–kini)

P B S

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya padaAbad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Pataniyang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka[sunting | sunting sumber]

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul diAsia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.

Page 48: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung KotaA Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi.

Ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan

Page 49: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.[11] Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.[12]

Tertib tarikh[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Melaka

Galeri[sunting | sunting sumber]

Gambar ukiran gangsa Hang Tuah , pahlawan Melayu Melaka dahulu yang dipamerkan diMuzium Negara, Kuala Lumpur.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Perak Kesultanan Johor

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

1. Panjat↑ W.G. Shallebear, 1612. Sejarah Melayu edisi 1961 halaman 82.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Panjat↑ "Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414)". Sejarah Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. 2000. Diperoleh pada 2009-01-22.

2. Panjat↑ Salasilah Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan3. Panjat↑ Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah

Melayu". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (The Branch) XVI: 32. Unknown parameter |part=ignored (bantuan)

4. Panjat↑ Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". Diperoleh pada 2009-06-13.

5. Panjat↑ Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&

6. Panjat↑ Yuanzhi Kong, (2000), Muslim Tionghoa Cheng Ho: misteri perjalanan muhibah di Nusantara, Yayasan Obor Indonesia, ISBN 9794613614

Page 50: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

7. Panjat↑ Kenneth Warren Chase (2003). Firearms: a global history to 1700 (edisi ke-illustrated). Cambridge University Press. p. 51. ISBN 0-521-82274-2. Diperoleh pada 14 December 2011. The Chinese recognized Melaka as an independent state and warned the king of Thailand not to meddle with it... Nevertheless, the Chinese did not seek to establish colonies overseas, even when they anchored in places with large Chinese populations, like Sumatra and Java. They turned Melaka into a kind of protectorate and built a fortified warehouse there, but that was about it.

8. Panjat↑ Gungwu, Wang (2003). Only connect!: Sino-Malay encounters. Eastern Universities Press. ISBN 9812102434.

9. Panjat↑ Hooker, Virginia M. (2003). A Short History of Malaysia: linking east and west. Allen & Unwin. ISBN 1864489553.

10. Panjat↑ Cleary, Mark; Kim Chuan Goh (2000). Environment and development in the Straits of Malacca. Routledge. ISBN 0415172438.

11. Panjat↑ Utusan Online - Melaka ditubuh 1262, bukannya 1400 atau 1278?12. Panjat↑ TheStar Online - More research needed on new date of Malacca Sultanate

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(Inggeris) Kesultanan Melayu Melaka (Inggeris) Sumber Singapura 1 (Inggeris) Sejarah Singapura (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara dihalau penduduk tempatan (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara melarikan diri sebanyak dua kali iaitu

daripada Majapahit (keluar dari Palembang) dan daripada Siam (dari temasik) (Inggeris) Pertembungan fakta di antara Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Tom

Pires (Suma Oriental) mengenai hal ini Rencana  The Melaka Empire di laman sabrizain.org

PERKEMBANGAN SERTA PENGARUH KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI TERAS TAMADUN MALAYSIA1.0 PENDAHULUAN

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera

raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan

Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi

gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura

bersama kaum keluarga dan pengikutnya. 

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang

dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada

Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan

Page 51: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya.

Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah

bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat. Dari Muar,

Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam.

Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam

dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih

dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan

peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak

negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu

melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda

memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil

sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.

2.0 ISI UTAMA / HURAIAN ISI

2.1   Perkembangan Melaka

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh

anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera

baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah,

Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera

bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah

sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah

membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada

tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan

mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh

Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar

penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.

Page 52: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan

pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh

Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam

melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali

lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua

kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu

Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau

berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan

Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Gugusan Kepulauan Melayu seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal kerana ia

dikatakan sebagai jalan perdagangan yang utama dunia. Kegiatan perdagangan bukanlah perkara

baru bagi penduduk di Melaka.  Kegiatan perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi

kegiatan ekonomi orang pribumi yang telah berjalan sejak zaman awal Kerajaan Melayu

Langkasasuka dan Srivijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13.  Gugusan Kepulauan

Melayu telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad

pertama lagi.[1]  Sumber-sumber bertulis china, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa

kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan

Melayu Melaka.  Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Kepulauan Melayu

berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan,

sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam,

Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.

            Selepas Kerajaan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan

Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan

daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik

menjadikannya sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.[2]  Melaka yang pada

mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat

perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. Kejayaannya menarik tumpuan perdagangan

dari srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada

zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat

Page 53: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. 

Melaka sebenarnya telah mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan Parameswara.   

            Di bawah pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang

terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.  Tambahan pula, Melaka

merupakan tempat perdagangan rempah-ratus di mana ia berfungsi sebagai pintu kepada negeri-

negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte

Barbosa yang berkata, “sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia”(He who is

lord of Malacca has his hand on the throat of venice).[3]

            Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi

survival ekonomi dan keutuhan Melaka.  Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di

sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan

peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap

awal abad ke-15.  Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.[4] 

            Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan

perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada

hampir 6000 orang.  Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan

yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik,

hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana.  Melihat kepada kepesatan ini, pihak

pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat

lebih banyak lagi kapal-kapal dagang berdagang di Melaka.  Kapal-kapal dagangan ini akan

dikenakan cukai sebanyak 6 peratus dan perahu orang peribumi pula hanya 3 peratus.  Melaka

juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang

teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasaran kosmopolitan. [5]

2.2   Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka.

            Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan

geografinya yang strategik. Melaka terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan

Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan

Kepulauan Melayu sendiri.[6] Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu

Page 54: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

pedagang-pedagang China dan India untuk pergi ke Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik

membolehkannya berfungsi sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan bagi kapal-kapal

dagangan yang berulang alik melalui Selat Melaka.[7] Antara barang dagangan yang boleh

didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di

India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas,

emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu. 

            Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan paya bakau. Pintu

pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh.[8] 

Selain itu, terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka

membuka jalan kepada jalan dagang seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu

penarikan yang bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya

dengan emas di Ulu Pahang.  Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana

kedudukannya yang terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan

sumber asli.  Melaka kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan.

Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain.  Hasil-hasil laut seperti

Kowri (matawang), kerang dwi katup, tiram dan lain-lain.  

            Selain itu, Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih

besi, antimoni dan lain-lain.  Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya

pusat tumpuan pedagang-pedagang asing dari negara lain.  Kelangsungan kepesatan sesuatu

perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan

stabil.[9]  Kebanyakan kerajaan di gugusan kepulauan Melayu mempunyai sistem pentadbiran

dan pemerintahan yang tersusun.  Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap

iaitu dengan wujudnya sistem pembesar empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-

undang laut Melaka.  Sistem ini dapat melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan

perdagangan di pelabuhan Melaka. 

            Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang

penting di Nusantara.  Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya menerima tiupan dua

jenis angin iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya.  Kedua-dua angin ini

Page 55: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

bertiup selama 6 bulan mengikut giliran tahunan.[10]  Oleh yang demikian, pedagang-pedagang

dari Barat dan Timur tidak pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi. 

Keadaan inilah yang  dapat mengelakan agar tidak berlakunya masalah lalulintas kerana

perjalanan sesebuah kapal dari Timur mahupun Barat adalah ditentukan oleh kedua-dua angin

tersebut.  Keistimewaan tiupan angin di Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan

Melaka sebagai tempat persinggahan dan tempat untuk meletak barang dagangan di gudang

untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada musim monsun yang satu lagi.  

Sultan (Raja Iskandar Shah) juga telah menyediakan segala kemudahan sama ada berbentuk

fizikal atau material di pelabuhan entrepot.[11] 

            Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang berbangsa portugis,

Tom Pires mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar

dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil yang tiba di pelabuhan Melaka.  Dikatakan juga

pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam

satu-satu masa.  Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember.

[12] Hal ini kerana, Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan angin monsun yang

membolehkan kapal-kapal dagangan belayar.  Dalam tempoh ini, Melaka akan menerima

ketibaan kapal-kapal dagangan dari Asia Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga

September pula merupakan giliran pedagang-pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara

berdagang di Melaka. 

                         

2.3 Hubungan luar Kerajaan Melaka yang telah menjamin keselamatanya.

           

            Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan

diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan

hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-

1433). [13]

            Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat perlindungan

daripada negeri China.  Keadaan ini wujud berikutan daripada kerajaan Melaka yang terpaksa

mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam, jika tidak keselamatan Melaka akan terancam. 

Page 56: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Pada masa itu, kerajaan Melaka belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam.

Tindakan Siam tersebut juga adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam

di Singapura yang mana beliau telah dibunuh oleh Parameswara.  Berita mengenai

perkembangan pelabuhan Melaka tersebut akhirnya samapai juga ke negara China.[14]  Oleh

yang demikian, Maharaja Yung-Lo yang merupakan Maharaja China pada ketika itu telah

menitahkan Laksamana Yin Cheng pergi ke Melaka.  Pada tahun 1405, utusan dari China iaitu

Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada Parameswara

untuk menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui Parameswara berharap dapat

menfaatkan pengaruh China yang merupakan negara terkuat di Asia pada masa itu untuk

membela kedaulatannya.[15]

            Perhubungan di antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 iaitu selepas

utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah

memberi pengiktirafan kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan juga dianugerahi Cap

Kempal, sepasang kain sutera berkerajaan dan payung berkerajaan. Apabila Siam telah bertindak

menyerang Melaka dan merebut Cap Kempanya, Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke

ke Siam untuk menghalang persengketaan Siam dan Melaka.  Pada akhir tahun 1407, kerajaan

Melaka sekali lagi menghantar utusan dari Melaka pergi ke negara China iaitu dengan mengikut

kapal Laksamana Cheng Ho yang singgah di Melaka dalam perjalanan balik ke negara China.

Dalam utusan tersebut, Parameswara telah menyatakan mengenai pencerobohan Melaka oleh

Siam. Oleh yang demikian, Maharaja China telah memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya

tidak mengganggu dan menceroboh Melaka lagi.

            Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja

China sebagai lambang menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan. Di samping itu juga,

Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi

masalah kekurangan bahan makanan.  Pertambahan bilangan penduduk yang ramai mendorong

Sultan Mahkota Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa untuk berbaik-baik dengan

pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429).  Melaka juga mengadakan

hubungan diplomatik dengan kerajaan Pasai iaitu melalui kegiatan perdagangan.[16]  Salah satu

daripada sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka

Page 57: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

kepada dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping itu juga untuk mendapatkan

barangan dagangan. 

2.4 Kepentingan Pelabuhan Melaka Sebagai Sebuah Pelabuhan Penting Pada Abad Ke-15

dan Awal Abad Ke-16.  

            Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterport (pusat pengumpulan barang-barang

dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan dijadikan sebagai

perantaraan pedagang dari Timur dan Barat) telah menjadikan Melaka sangat terkenal.  Peranan

Melaka sebagai pelabuhan entreport ini juga telah merangsang pemerintah Melaka untuk

menyediakan kemudahan-kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan.[17]  Pemerintah

(Sultan) telah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap,

tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki

kapal dan lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di

Melaka. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi (saudagar yang menghantar dan

menyebarkan barangan dagangan) menguruskan hal-hal perdagangan.  Matawang logam

digunakan dalam semua urusniaga. 

            Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di mana kawasan

tersebut terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting bagi kerajaan Melaka untuk

menjaga keselamatan para pedagang.  Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para

pedagang luar di Selat Melaka Orang Laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga

keselamatan dan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.[18]  Mereka

mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun.  Kedudukan

Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka.   Orang

Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah Melaka.

Kerjasama yang erat di antara pihak pemerintah Melaka dan Orang Laut telah berjaya mengatasi

kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang perairan Selat Melaka.[19]  Apabila keselamatan

terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka.  Parameswara

Page 58: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan Melaka.

Orang Laut mengakui kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala,

Parameswara pula melindungi kehormatan dan kebajikan mereka.  Orang Laut dijadikan sebagai

sebahagian besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling

penting untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan pedagang-pedagang asing ke

pelabuhannya.[20]

           

                       

2.5 Kepentingan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran Islam.

           

            Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka menganut fahaman

animisme dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada tahun 1414 apabila Parameswara

memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pengislamannya diikuti oleh

pengislaman penduduk Melaka secara beramai-ramai. Proses pengislaman ini mencapai ke

puncaknya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar pertengahan abad ke-15.

[21] Kedatangan Islam telah meletakkan Kesultanan Melayu Melaka menerajui sebuah empayar

Melayu Islam yang berjaya membina sebuah tamadun. Akhirnya, Melaka muncul sebagai sebuah

pusat penyebaran Islam yang terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15.

Tinjauan jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa pengaruh dan

sumbangan yang meluas dalam perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, meliputi setiap aspek

budaya masyarakatnya.  Justru, perkembangan agama Islam di Melaka telah mempengaruhi

sistem pentadbiran, perundangan, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain

lagi.

            Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah tertubuhnya

sebuah Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15. Melaka muncul sebagai sebuah

negara Melayu yang berpandukan akidah Islam dengan menjadikan Raja Sultan sebagai

pemerintah tertinggi negara. Agama Islam dijadikan agama rasmi Melaka pada tahun 1446, iaitu

semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.[22] Ini menjadikan Islam sebagai agama utama

yang dilindungi dan dikembangkan di Melaka. Sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam,

Page 59: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

penekanan pentadbiran adalah pada unsur-unsur kemelayuan, keislaman dan kesultanan. Dalam

konteks ini, sultan selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat, baginda memegang amanah

Allah SWT. bagi menjalankan kuasa tertinggi memerintah negara secara adil dan saksama demi

kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara. Teks Melayu lama yang memperkatakan

tatanegara seperti kitab Bustanus-Salatin ,

Tajus-Salatin ,... Hukum Kanun Melaka jelas memperkatakan bahawa pemerintahan raja-raja

hendaklah berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan sahaja syariah atau hukumnya, tetapi

juga dari segi tatasusilanya...[23]

            Hasil daripada pengaruh agama Islam, nasab raja-raja Melaka dihubungkan pula dengan

Iskandar Zulkarnain, dan daripada perkahwinan mereka ini lahirnya nasab keturunan raja-raja

Melayu.  Dengan itu, golongan raja bukan sahaja terus dipertuankan seperti dahulu, bahkan

menjadi lebih dihormati kerana keturunannya yang mulia itu. Pemerintah mulai dianggap sebagai

‘pemimpin’ rakyat mengikut konsep ‘sultan’ dalam tradisi Islam.  Pentadbiran Melaka dalam

aspek-aspek tertentu turut dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Islam. Menurut catatan dalam

Sejarah Melayu, memandangkan Melaka di bawah pimpinan tokoh Islam, maka beberapa amalan

dalam institusi pentadbirannya juga berlunaskan Islam. Ini terbukti apabila amalan musyawarah

dan bermuafakat telah diamalkan antara raja yang memerintah dengan para pegawai dan

pembesar Melaka.[24] Raja tidak memerintah secara bersendirian dan keputusan raja adalah

secara kolektif.Dalam pentadbiran Melaka, Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Laksamana,

Tun Bija Sura, dan Tun Utama memainkan peranan sebagai penasihat kepada Sultan Melaka.

            Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka. Undang-undang

Melaka atau Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak berlandaskan

undang-undang Islam.[25] Selepas pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah, proses

rasionalisasi telah berlaku terhadap undang-undang tradisi menyebabkan perhukuman Islam

menjadi sebahagian besar intipati Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Malah, peranan kadi dalam sejarah perundangan Melaka juga amat dipentingkan, yakni dalam

memelihara undang-undang tersebut. Raja atau sultan bertindak sebagai penaung undang-

undang.[26]

            Dengan penerimaan agama Islam, Melaka semakin menjadi tumpuan saudagar

Page 60: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Islam. Melaka menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang sungguh terkenal, sehingga

mengatasi kerajaan di pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir dan Samudera-Pasai.

Menjelang pertengahan kurun ke-15, Melaka berkembang menjadi kuasa dan empayar kelautan

yang agung dan gagah. Sesungguhnya agama Islam telah menjadi suatu tenaga yang kuat yang

mendorong kemunculan serta perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar kelautan yang

agung.  Dalam melaksanakan urusan perniagaan, undangundang berjual beli yang diamalkan di

Melaka adalah juga berlandaskan undang-undang Islam. Umpamanya, Islam melarang amalan

riba atau keuntungan berlipat kali ganda daripada pusingan modal yang sebenarnya. Hukum ini

adalah untuk membataskan sifat tamak atau kecenderungan mengambil keuntungan berlebihan

dan pembeli pula dapat dilindungi. ‘Muamalat’ Islam berhubung dengan soal tersebut ada

terkandung dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka.  Seterusnya, hukum Islam ada mensyaratkan

supaya semua maklumat atau butir hutang dicatatkan dengan disaksikan oleh dua orang

lelaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan dan perbalahan pada masa depan. Barang-

barang yang diperniagakan mestilah barang-barang yang suci, berguna dan bukan barangan

haram. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang boleh

diperniagakan serta yang dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan tuak.48 Amalan

membayar zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini mewujudkan hubungan yang erat

sesama umat Islam dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut merupakan ciri-ciri ekonomi

Islam seperti yang disarankan dalam al-Quran.[27]

            Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi) sebagai bahasa

persuratan di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan kitab agama, seperti kitab Duri’l-

Mazlum, tulisan Jawi juga digunakan bagi penulisan yang lain, seperti surat menyurat diraja,

watikah, hukum kanun, surat peribadi dan karya sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua

penulisan yang dilakukan dalam kerajaan Melaka adalah dalam tulisan Jawi.

            Oleh sebab itu, naskhah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka seperti Sejarah

Melayu, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis dalam tulisan Jawi.

Sesungguhnya, Islam telah menyumbangkan perkembangan minda serta intelektual terhadap

golongan elit dalam masyarakat, apabila tulisan Jawi diperkenalkan di Melaka.[28]  Seterusnya,

bidang lain yang menerima pengaruh besar seiring dengan pengenalan tulisan Jawi ialah bahasa

Page 61: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

dan kesusasteraan Melayu. Sumbangan agama Islam dalam pembentukan dan perkembangan

bahasa sangat ketara, iaitu meningkatkan tarafnya sebagai alat pengucapan intelektual dan sekali

gus sebagai bahasa perantaraan di Nusantara. Sebelum kedatangan agama Islam, belum ada

sebarang bahasa yang layak memainkan peranan yang penting ini.  Kedatangan agama Islam

memberi ruang untuk bahasa Melayu muncul sebagai bahasa pengantar, bahkan sebagai bahasa

sarjana dan para cendekiawan yang terkemuka.[29]

            Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang kesusasteraan

tetapi juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa Melayu dengan menggunakan

tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam telah menjadi bahasa ilmu di kalangan orang Melayu.

Justeru itu, jelas agama Islam telah memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai wadah

perkembangan ilmu di Melaka.  Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,

kedatangan agama Islam turut memperkenalkan banyak istilah baharu yang diambil daripada

bahasa Arab atau Parsi bagi memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu. Bahasa

Melayu banyak meminjam daripada perkataan Arab, misalnya, pondok, maaf, batin, nafas,

syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir.  Pemerintah Melaka selepas kedatangan agama Islam

mula memakai gelaran yang melambangkan ciri-ciri Islam sama ada daripada pengaruh budaya

Parsi, Mesir atau Arab. Gelaran ‘Syah’ yang dipakai oleh raja-raja Melaka bermakna ‘Raja‘

dalam bahasa Parsi, manakala istilah ‘Sultan’ adalah daripada bahasa Arab.[30] Aspek

perkembangan ini juga dapat dilihat secara jelas apabila merujuk kitab serta karya sastera zaman

Melaka, iaitu Sejarah Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam bahasa Arab, iaitu Sulalatus

Salatin. Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul Salatin, Tajus Salatin dan Tuhfat-an-Nafis.

            Keterbukaan perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka secara tidak

langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan agama Islam.  Tambahan lagi

dengan kedudukannya yang sangat strategik di perairan Selat Melaka yang mana dapat

memudahkan kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai agama.  Melaka juga telah

memainkan peranan dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama

yang kuat ini menyebabkan tarikan lebih banyak pedagang-pedagang asing yang masuk ke

Melaka untuk memperdagangkan barangan mereka.[31]

Page 62: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

            Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara.

Kedua-dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu

mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China.  Melaka merupakan empayar

Islam, secara tidak langsung ianya dapat menarik pedagang-pedagang Islam.[32]  Kejayaan

Melaka dalam memainkan peranannya sebagai sebuah pelabuhan enterport baru dapat dilihat

dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi pusat

pengantaraan dimana Melaka menjadi tempat pertemuan di antara para pedagang asing dari

Timur dan Barat termasuk juga pedagang dari Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar

barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan

Srivijaya, namun begitu pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya.[33]  Hal ini

kerana, Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi yang

mana dapat menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

           

2.6 Pengaruh Nilai & Budaya Zaman Kesultanan Melayu Melaka Terhadap

Perkembangan Politik Kontemporari

Perkembangan politik sesebuah negara tidak mungkin terlepas daripada sejarah yang

pernah terlukis di bumi tersebut. Sejarah merupakan pustaka rujukan, gedung kajian bagi

memperoleh panduan dan pedoman dalam mendepani cabaran masa mendatang. Sejarah yang

tidak dirujuk dan dibiarkan terus tenggelam dalam dimensi masa boleh mengundang musibah.

Sesebuah negara itu mungkin kembali menghadapi masalah yang sama seperti apa yang pernah

dihadapi oleh rakyatnya yang terdahulu. Lebih malang lagi sekiranya masalah itulah yang

dahulunya pernah membawa titik noktah kepada kegemilangan tamadun bangsa tersebut. Begitu

juga dengan Malaysia, negara kita. Sekiranya sejarah penjajahan selama 446 tahun itu tidak

cukup untuk membangunkan bangsa ini daripada lena yang panjang, mungkin kesedihan

penduduk Melaka saat jatuh ke tangan Portugis pada 1511 melarat hingga ke beberapa generasi

lagi.

Sulalat al-Salatin(Perteturun Segala Raja-Raja) atau Sejarah Melayu karya Tun Seri

Lanang membentangkan sejarah masyarakat Melayu era Kesultanan Melayu Melaka. Seawal

Page 63: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

penemuan Melaka oleh Parameswara hingga ke saat kepincangan pemerintahan Sultan Mahmud

Syah, sultan terakhir negeri Melaka. Gaya penyampaiannya yang lebih berbentuk naratif

membolehkan aspek nilai dan budaya masyarakat zaman itu diamati.[34]

Pada pandangan saya, beberapa permasalahan timbul apabila kita cuba mengaitkan nilai-

nilai yang pernah diamalkan sepanjang zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan

perkembangan politik kontemporari. Nilai yang wujud dalam budaya, politik dan ekonomi pada

zaman Kesultanan Melayu Melaka wujud atas beberapa faktor yang tidak lagi ada pada Malaysia

di era sesudah merdeka. Contohnya kedudukan Melaka sebagai salah sebuah pusat peradaban

(centre of civilization) di Nusantara, status bahasa Melayu sebagai Lingua Franca, keterbatasan

perhubungan oleh faktor geografi dan masa, serta nilai Islam dalam politik. Malaysia berdiri di

atas runtuhan kota Melaka dengan sejarah hitam penjajahan selama beberapa kurun yang telah

meninggalkan impak signifikan terhadap perubahan nilai dan paradigma masyarakatnya.

Perkembangan politik hari ini adalah hasil respons terhadap cabaran Malaysia sebagai negara

multi-bangsa yang sedang membangun di bawah bayang-bayang Barat dan pelbagai ancaman

seperti neokolonialisme (globalisasi, hedonisme dll.) serta asimilasi budaya.

Semua sedia maklum tentang kedudukan Melaka yang strategik telah mengangkatnya

menjadi pusat peradaban terkenal di seluruh Nusantara hatta dunia pada ketika itu. Kedudukan

istimewa  dan struktur pentadbiran empayar kesultanannya telah menjadikan Melaka dipandang

tinggi oleh lain-lain negara yang singgah berdagang. Kedudukannya di atas hierarki peradaban

tamadun ini menjadikan Melaka lebih selamat daripada ancaman pengaruh asing. Nilai budaya,

politik, ekonomi dan sosial adalah nilai Melayu Islam Melaka. Banyak yang belajar daripada

Melaka akan gaya pengurusan dan pentadbiran jajahannya yang meski luas namun teratur dan

stabil. Mengagumi dan mencontohi yang lebih maju dan berjaya adalah fitrah manusia.

Sebaliknya, Malaysia pasca era kolonialisme banyak terkesan dengan Barat. Sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan juga terkesan dengan Barat.

Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang diketuai oleh Lord Reid mengambil modul dan model

yang ada di Barat lalu disesuaikan dengan realiti tempatan. Great Britain antara negara

demokrasi yang diambil menjadi contoh pembentukan Malaysia. Melaka dahulu banyak

Page 64: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

dipandang, Malaysia banyak memandang. Standard pembangunan dan kemajuan yang dikejar

oleh Malaysia juga banyak ditetapkan oleh badan-badan dunia yang kebanyakannya berpusat di

Barat. Baik kelayakan untuk bergelar negara maju mahupun kualiti dalam sistem perkhidmatan.

Bukanlah saya  ini seorang yang anti-Barat. Tetapi ingin saya memperlihatkan betapa kiblat

dunia sudah beralih arah sebanyak 180 darjah! Dahulu Melaka di timur jadi pujaan, kini negara-

negara di Barat dijadikan kayu ukuran. Masakan nilai-nilai budaya, politik, ekonomi dan sosial

dahulu dapat banyak mempengaruhi kancah politik negara semasa? Budaya Melaka dahulunya

banyak dieksport, budaya Malaysia kini banyak diimport.

Malaysia cuba bangkit dan membangunkan negara dengan adunannya

sendiri(sungguhpun acuannya ada pengaruh luar). Tetapi keterikatan Malaysia dengan dunia luar

tidak boleh tidak telah memberi kesan kepada perangkaan polisi dan perjalanan sistem

pentadbiran dalam negara. Sebagai contoh, kita boleh membanding bezakan sistem ekonomi

zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan Malaysia pasca merdeka. Perubahan ketara kepada

struktur sistem ekonomi dunia dapat dilihat dengan pertukaran sistem mata wang. Daripada

perdagangan yang menggunakan sistem barter, Melaka melangkah ke hadapan apabila

memperkenalkan syiling emas bermula di era pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Lain-lain

sistem mata wang turut diguna pakai seperti jongkong timah, manik, dan

cangkerang cowrie untuk melancarkan urusan perniagaan. Perdagangan juga dibatasi oleh faktor

geografi. Pedagang hanya dapat menggunakan laluan darat, seperti ‘denai penarikan’, dan laluan

air seperti sungai dan laut untuk tujuan perniagaan. Masa yang diambil untuk bergerak dari satu

kawasan ke kawasan yang lain juga amat panjang. Keadaan ini punya perbezaan yang sangat

signifikan dengan sistem ekonomi kontemporari yang telah punya penyelarasan sistem mata

wang kertas, transaksi ekonomi daripada pelbagai sumber; darat, laut, udara mahupun ruang

maya(internet) dengan kepantasan berhubung yang disingkatkan masanya hingga kurang

daripada 10-9 saat! Batasan geografi dan masa bukan lagi penghalang. Kerajaan dahulu cukup

dengan hanya menugaskan Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan urusan ekonomi,

tidak lagi mungkin bagi zaman ini. Beberapa kementerian berportfolio besar seperti Kementerian

Ekonomi, Kementerian Asas Tani dan Perniagaan, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan

Page 65: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Pelancongan serta Kementerian Perdagangan dan Perindustrian punyai perkaitan secara langsung

dan tidak langsung dalam urusan ekonomi negara.

Dengan perubahan yang begitu drastik dan ketara daripada pelbagai aspek,

perkembangan politik Malaysia pasca merdeka dalam melakar polisi ekonomi negara tidak boleh

rigid dan pasif. Semua polisi kini adalah respons kepada cabaran yang tidak wujud di era

Kesultanan Melayu Melaka. Namun, jika kita mengambil sudut pandang berbeza, pengaruh itu

tetap ada. Melaka punya sistem ekonomi dan matawangnya sendiri. Sistem itu tetap ada hari ini,

cuma kandungannya sudah berubah.

Status bahasa dunia atau Lingua Franca yang kini dimiliki oleh Bahasa Inggeris juga

merupakan cabaran yang tidak wujud di masa dahulu. Bahasa jiwa bangsa. Maka, dengan

keberadaan status ini pada bahasa Inggeris(bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia hari ini)

yang juga bahasa milik Barat, budaya dan nilai-nilai Barat turut diimport masuk ke dalam negara

secara tidak langsung. Melaka dahulu gah dengan kegemilangan bahasa Melayu. Maka aspek

nilai dan budaya  masih kuat terikat dengan nilai dan budaya Melayu-Muslim. Dek kerana

bahasa Inggeris sudah mengambil alih kedudukan bahasa Melayu, ikatan itu menjadi semakin

longgar. Lingua Franca hari ini tidak hanya menguasai bahasa hubungan diplomatik,

perdagangan atau urusan-urusan rasmi di peringkat antarabangsa sahaja, ia juga digunakan dalam

media massa, baik elektronik mahupun yang bercetak. Lambakan bahan bacaan, filem dan muzik

dalam Bahasa Inggeris contohnya telah banyak memberi kesan dan perubahan kepada pola

pemikiran dan aksi masyarakat Malaysia pasca merdeka. Hinggakan isu bahasa dalam dasar

pendidikan negara masih menjadi perdebatan hingga ke saat ini. Persoalan tentang nilai dan

kedudukan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat juga menimbulkan banyak tanda tanya.

Keadaan ini tidak pernah dialami oleh kerajaan Melaka suatu ketika dahulu tetapi

dihadapi oleh kerajaan negara hari ini. Namun, respons terhadap isu ini merupakan respons

terhadap cabaran semasa yang banyak dipengaruhi nilai masa lampau. Nilai untuk

mempertahankan keagungan nilai, budaya dan bahasa Melayu bagi sesetengah pihak yang dapat

melihat dan menjangkakan implikasi penggunaan bahasa asing dalam pengajaran subjek-subjek

Page 66: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

teras.  Tidak dinafikan, sungguhpun ada golongan yang cuba mempertahankan bahasa Melayu,

golongan ini seakan terpencil dan kecil bilangannya. Persepsi masyarakat sudah berubah. Bahasa

Inggeris menjadi prasyarat kemasukan ke kebanyakan pusat pengajian tinggi dan punyai nilai

kompetitif yang tinggi dalam pasaran pekerjaan semasa. Tidak pula sebanding dengan bahasa

Melayu. Walaupun kedudukannya tinggi dalam perlembagaan, sebagai bahasa Kebangsaan, dan

diangkat menjadi bahasa rasmi dalam setiap agensi kerajaan, realiti penggunaannya masih

terbatas. Keindahan bahasa Melayu juga semakin pudar kerana rata-rata masyarakat hari ini

selesa menggunakan bahasa rojak apabila berbicara. Bagaimana mahu generasi mendatang

mempelajari nilai dan budaya yang diwarisi sedari zaman gemilang kesultanan Melayu Melaka?

Apatah lagi pula mahu membawa pengaruhnya kepada perkembangan politik semasa?

Tanggungjawab institusi Raja-Raja Melayu yang dahulunya mentadbir negara kini

dipegang oleh kuasa legislatif kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Nilai ketaatan kepada

sultan yang tidak berbelah bagi pernah dianuti dan dipuji oleh masyarakat Melayu dahulu hingga

wujud sultan yang megah dengan konsep daulat dan tulah. Sewenang-wenangnya melakukan apa

yang disukai nafsu serakah. Dalam buku Sejarah Melayu, cerita tentang Tun Fatimah yang

kehilangan ayahnya kerana dibunuh sultan (sungguhpun tanpa kesalahan) cukup untuk kita

renungkan. Sudahlah begitu, diri Tun Fatimah pula terpaksa menerima sultan si pembunuh

sebagai suami (lantaran  sultan yang tertarik kepada kecantikannya). Apa yang lebih

menyedihkan tiada yang bangkit memperjuangkan keadilan, menegakkan kebenaran pada ketika

itu. Sultanlah pemerintah, sultanlah undang-undang, sultanlah kebenaran. Isu ini dibangkitkan

hanya setelah lama sultan Melaka kehilangan takhta. Setelah dunia berubah memandang

kekuasaan semata-mata bukanlah kekuatan, harta dan kedudukan. Minda sekarang ini menjadi

aset utama.

Isu tentang kekebalan institusi beraja daripada undang-undang pernah seketika mengheret

Tun Dr. Mahathir keluar daripada parti UMNO. Namun nilai sudah berubah. Sejarah panjang

telah melahirkan manusia yang mahukan keadilan sejagat. Salah perlu dinafikan. Benar perlu

dipertahankan. Kesannya, hari ini sukar untuk kita dapati golongan yang boleh bertindak sesuka

Page 67: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

hati. Biarlah namanya sultan atau perdana menteri, jika berada di tempat yang salah, kebenaran

akan datang mengadili.

Tidak dinafikan terdapat juga coretan cerita tentang pemimpin yang adil di sepanjang

rentetan sejarah Melaka. Pemimpin dan pegawai yang saksama ditaati dan disanjungi. Namun

nilai ini nilai manusiawi. Tidak bermakna disebabkan oleh wujudnya golongan terdahulu yang

menghormati pemerintah adil maka apa yang berlaku pada hari ini adalah pengaruh daripada

peristiwa tersebut. Hal ini tidak berkait secara langsung kepada perkembangan politik semasa.

Mana-mana manusia normal daripada mana-mana bangsa di mana-mana penjuru dunia sekalipun

akan punya perasaan yang sama. Menghormati yang adil dan saksama. Kecuali bagi mereka

yang egois sentiasa, gila kuasa serta tamak haloba.

Nilai yang diamalkan dalam urusan pentadbiran negara zaman Kesultanan Melayu

Melaka dengan Malaysia juga berbeza kesan daripada kewujudan kontrak sosial antara kaum ini.

Selain daripada kedudukan sultan yang berlainan dalam hierarki pemerintahan, konsep

perkongsian kuasa juga baru diimplementasikan. Menteri-menteri kabinet terdiri daripada

pelbagai bangsa dan hal ini memerlukan nilai toleransi yang tinggi antara semua pihak agar

kerjasama terbaik dapat menghasilkan kerja terbaik dalam urus-tadbir negara. Kementerian-

kementerian yang wujud mengikut keperluan semasa juga membezakan antara dahulu dengan

sekarang. Nilai masyarakat yang telah berubah, seperti status kaum wanita membawa kepada

kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita, Komuniti dan Keluarga. Semua ini adalah

perkembangan politik semasa dalam mendepani cabaran semasa.

Nilai Islam dalam politik juga berbeza antara kedua-dua zaman yang diperbandingkan.

Undang-Undang Laut & Undang-Undang Melaka yang pernah diguna pakai oleh kerajaan

Melaka berdiri atas peruntukan undang-undang Islam; hukum had, qisas, dan takzir. Contohnya

dalam fasal 48 dan 30 kedua-dua undang-undang ini ada menyebut tentang hukuman yang akan

dikenakan kepada pesalah zina seperti yang digariskan dalam peruntukan hukum had Islam.

Fasal 5 Undang-Undang Melaka mengambil hukum qisas; kesalahan bunuh dibalas bunuh dan

hukum takzir pula terdapat pada fasal 5 Undang-Undang Laut dengan peruntukan takzir kepada

orang yang terlibat dengan hutang. Pengamalan hukum Islam ini menyeluruh. Namun, Malaysia

Page 68: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

tidak lagi menggunakan undang-undang berdasarkan peruntukan hukum-hakam Islam

sepenuhnya. Malaysia sebaliknya punya peruntukan 2 undang-undang berasingan; sivil dan

syariah. Banyak kes jenayah diadili dengan hukuman sivil. Hukum syariah hanya terbatas dalam

hal-hal perkahwinan dan perceraian. Perbandingan ini jelas memperlihatkan akan perbezaan

yang wujud dalam pengamalan Islam dalam politik dahulu dan sekarang.

3.0 PENUTUP / RUMUSAN

Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-

kira pada tahun 1414 masihi.  Pada ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan Muzaffar

Syah.  Baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka.  Ekspedisi peluasan

kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting

di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16.  Sejak pengasasannya,

Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka

muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal.  Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat

Melaka telah mendorong kepada perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu.

            Kepesatan perdagangannya telah menarik minat kuasa Barat iaitu Portugis di bawah

pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluki Melaka pada tahun 1511.  Keagungan dan

kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16

memang tidak dapat dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah

Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.  Setelah itu, Acheh telah menggantikan

peranan Melaka sebagai pusat perdagangan yang maju di gugusan Kepulauan Melayu.

Secara ringkasnya, perbincangan ini telah menunjukkan bahawa nilai dalam budaya,

ekonomi, politik mahupun sosial dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pengaruh

terhadap perkembangan politik kontemporari tetapi tidak secara langsung. Nilai-nilai dalam

masyarakat berubah dengan berubahnya beberapa faktor yang disebutkan sepanjang

perbincangan ini. Nilai yang diamalkan Malaysia adalah respons pemerintah kepada stimulus

semasa. Nilai yang terbentuk di kalangan masyarakat hari ini banyak terkesan dengan penjajahan

Page 69: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

yang begitu lama. Hasilnya, ada nilai-nilai yang pernah hidup dalam masyarakat dahulu kini

telah berkubur tanpa nisan.

Bibliografi

[1] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher &

Distributors Sdn.Bhd, Selangor, hlm. 14.

[2] Ibid, hlm. 15.

[3] Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:

Macmillan, hlm. 17.

[4] Ibid, hlm. 18.

[5] Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, hlm. 54.

[6] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Melaka, hlm. 78.

Page 70: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

[7] Ibid, hlm. 79.

[8] Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. MALAYSIA : Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 36.

[9] Ibid, hlm. 37.

[10] Ibid, hlm. 38

[11] Rahim Syam Norhale, 1988. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti,

hlm. 27.

[12] Ibid, hlm. 28.

[13] Ibid, hlm. 29.

[14] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher &

Distributors Sdn.Bhd, Selangor, hlm. 35.

[15] Ibid, hlm. 36.

[16] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Melaka, hlm. 70

[17] Ibid, hlm. 71.

[18] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher &

Distributors Sdn.Bhd, Selangor, hlm, 50

[19] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher &

Distributors Sdn.Bhd, Selangor, hlm. 53.

[20] Ibid, hlm.54.

[21] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Melaka, hlm. 80.

[22] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Melaka, hlm. 100.

[23] Ibid, hlm.101.

[24] Ibid, hlm. 102.

[25]Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara : Sejarah dan

Perkembangannya hingga abad ke- 19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 14.

[26] Ibid,hlm. 15.

Page 71: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

[27] Ibid, hlm. 16.

[28] Shahnon Ahmad, 1981. Kesusasteraan dan Etika Islam. Petaling Jaya : Fajar Bakti, hlm. 31.

[29] Ibid, hlm. 32.

[30] Dr. Ustaz Hj. Md. Zain Hj. Serudin, 1998. Melayu Islam Beraja : Suatu Pendekatan.

Brunei : Dewan Bahasa dan Pustaka, hl. 77.

[31] Mohd Taib Osman, 1989. Masyarakat Melayu ( Struktur Urbanisasi ) dan Manifestasi.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 90.

[32] Rahim Syam Norhale, 1988. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti,

hlm. 60.

[33]Mohd Jamil Mukmin, 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Nurin

Enterprise, hlm. 45

[34] Tun Seri Lanang, Sulalat al-Salatin(Perteturun Segala Raja-Raja)/Sejarah Melayu

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Kesultanan Melayu Melaka dan faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Suatu penilaian kritis.1.0. Latar belakangKesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400. Apabila Parameswara telah berjaya membentuk Melaka baginda telah menyususn strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka bandar pelabuhan , hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah. Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintahan selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. 

2.0 Faktor-Faktor Perkembangan Kesultanan Melayu MelakaPerkembangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat sejak bermulanya pemerintahan Parameswara sekitar 1400 sehingga kemangkatannya. Namun begitu berdasarkan pendapat sejarawan telah menyatakan bahawa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya berlaku ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459 – 1477). Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi perkembangan Kesultanan Melayu Melaka seperti berikut :

Page 72: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

2.1. Kebijaksanaan Sultan Pemerintah Melaka.Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar bertanggungjawab hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil. Kemudian untuk melicinkan urusan negara Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar Berempat yang kemudian dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur. Mereka ini diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai “Kawasan pegangan”. Di samping itu, mereka diberikan amanah untuk memungut cukai. Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan yang akhirnya menjadikan negara kuat dan maju. Kesannya apabila pentadbiran berjalan dengan baik Melaka menjadi sebuah negara yang aman, penduduknya bersatu-padu, kuat dan agak sukar untuk pihak musuh menguasai Melaka. Sultan Melaka juga bijak menyelesaikan perbalahan rakyatnya, menjaga keamanan dan keselamatan negeri. Tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak yang berjaya mengalahkan serangan Siam, bijak membantu dan menasihati sultan menjadikan Melaka kuat dan berjaya meluaskan pengaruh dan wilayahnya di Asia Tenggara. Apabila rakyat sesebuah negara taat kepada pemimpin, bersatu-padu, melaksanakan tanggungjawab dengan setia dan jujur, bekerjasama membangunkan ekonomi, sanggup mempertahankan negara maka sesebuah negara akan aman, maju dan kuat.2.2. Melaka sebagai Pusat PerdaganganApabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat, terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya ditambah pula sumber hasil negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan yang banyak telah menyebab Sultan Melaka dan pembesarnya menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan. Pelabuhan Melaka ini akhirnya berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barangan dagangan. Syahbandar dilantik bagi menguruskan hal ehwal perdagangan ini. Pelbagai kaedah perdagangan diperkenalkan seperti sistem cukai dan surat kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka. Penggunaan mata wang yang diperkenalkan menjadikan perdagangan menjadi mudah, berkembang dan maju. Dengan perancangan yang teliti oleh Kesultanan Melayu Melaka, Melaka akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal pada masa itu. Justeru itu, apabila Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan, Melaka yang sebelumnya sebuah negara yang ekonominya berasaskan agraria bertambah kepada ekonomi yang bersifat maritim. Melaka berjaya mengambil peranan Srivijaya selepas itu. Kesannya ekonomi Melaka meningkat dengan baik, kurang pengangguran kerana rakyat mendapat pekerjaan dan kemiskinan dapat dihapuskan. Hal yang demikian menjadikan Melaka bukan sahaja sebuah negara yang kuat malah berjaya dalam dalam bidang ekonomi. Seterusnya Melaka makmur dan sejahtera.2.3. Melaka Menjadi Pusat Ilmu PengetahuanIslam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah. Setelah Pameswara memeluk Islam, Islam berkembang dengan giatnya. Pedagang Islam dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam pengembangan Islam sambil berdagang. Ada juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam di rantau ini. Institusi keagaman seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah pondok mula tertubuh. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai pusat kegiatan intelektual, Di situlah berkumpulnya golongan cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Melaka terus berkembang sebagai pusat ilmu pengetahuan. Pengenalan sistem tulisan jawi juga turut membantu pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua buah buku undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran. seperti Hikayat Amir Hamzah , Hikayat Bualn Belah dan Hikayat Nabi Bercukur. Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan berkembang. Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang berpengetahuan tinggi. Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan.

Page 73: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

3.0 Faktor Kejatuhan Kesultanan Melayu MelakaRamai dalam kalangan sejarawan bersetuju bahawa kejatuhan Kesulatanan Melayu Melaka bermula sebaik sahaja Sultan Mahmud Syah menaiki tahta Kerajaan Melaka. Mereka berpendapat faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan ini ialah kelemahan kepimpinan Melaka. Persitiwa pembunuhan Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah kerana dendanm dan gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin menjadikan Melaka merudum. Sikap pembesar Melaka yang suka berpuak-puak dan memfitnah sesama sendiri menyebabkan Melaka berada dalam keadaan tidak stabil. Apabila menyedari kesilapannya Sultan Mahmud Syah telah menyerahkan kuasa kepada Sultan Ahmad Syah yang tidak cekap dan lemah. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara Tun perpatih Putih pula seorang yang sudah tua dan tepok yang tidak mampu lagi mentabir Melaka. Apabila sultan dan pembesar yang khianat kepada tanggungjawabnya dan membiarkan pembesar-pembesar melaksanakan tugas mengikut sesuka hati, amalan pilih kasih, konflik perebutan kuasa dan suka melakukan fitnah memfitnah telah menyebabkan sistem pemerintahan menjadi lemah. Kesannya masalah perpaduan akan berlaku, nilai-nilai norma kehidupan seperti bantu-membantu dan saling menghormati terhakis dan rakyat menjadi lemah, berpecah belah dan tidak utuh. Hal yang demikian menyebabkan sistem pertahanan Melaka turut lemah dan akhirnya membuka ruang pihak musuh seperti Portugis yang memang telah lama ingin menguasai dan menjajah Melaka. Akhirnya Melaka telah dikalahkan oleh Portugis dengan bantuan Si Kitol sebagai pengkhianat negara yang memberi maklumat kelemahan pertahanan Melaka yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah, keluarga diraja Melaka dan semua pembesar Melaka terpaksa berundur ke Muar. Walaupun beberapa kali Sultan Mahmud cuba mengambil kembali Melaka namun gagal. 

4.0 PenutupKesimpulannya kejayaan sesebuah negara sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagai terletak di bahu pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka negara atau rakyatnya menjadi kuat. Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah negara. Oleh itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah negara untuk memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.

BIBLIOGRAFIAhmad Fawzi bin Mohd Basri et.al (2002) , Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran MalaysiaKassim bin Thukiman (2002), Malaysia : Perspektif Sejarah dan Politik ( Bab 3), Skudai : Universiti Teknologi Malaysia Dr Mohd Yusuff bin Hashim (2012), Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu, Melaka : Perbadanan Muzium Negeri Melaka.Wikipedia, Ensiklopedia Bebas (2011), Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ), Kuala Lumpur : Wikimedia Project.Abdul Rahman bin Ismail et.al (2012), Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262, Melaka : IKSEP.

SejarahFacebook Tweet Email ShareThis

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila

Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta

kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda

telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah

Page 74: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-

pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum

singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing

perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan

keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.

Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya

memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah

membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang

strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara

China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat

perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur

dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan

ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui

seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka

sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan

yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta

Page 75: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga

cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

Kronologi Negeri Melaka

Tahun 1396

Kurun ke-15

Kurun ke-16

Kurun ke-17

Kurun ke-18

Kurun ke-19

Kurun ke-20- See more at: http://www.melaka.gov.my/my/tentang-kami/sejarah#sthash.hdj4Db9Z.dpuf

Jelaskan Tentang Kepentingan Serta Kedudukan Gugusan Kepulauan Melayu Sebagai Jalan

Perdagangan Yang Utama Di Dunia.

1.0 Pengenalan.

            Gugusan Kepulauan Melayu seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal kerana ia dikatakan

sebagai jalan perdagangan yang utama dunia. Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi

penduduk di Melaka.  Kegiatan perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan

ekonomi orang pribumi yang telah berjalan sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasasuka dan

Srivijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13.  Gugusan Kepulauan Melayu telah menjadi tumpuan

pedagang-pedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad pertama lagi.[1]  Sumber-sumber

bertulis china, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini

berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka.  Di antara pusat-pusat

perdagangan yang muncul di Kepulauan Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber dari

China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-

Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.

            Selepas Kerajaan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan

Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada

faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya

sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.[2]  Melaka yang pada mulanya merupakan

sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya

dipegang oleh srivijaya. Kejayaannya menarik tumpuan perdagangan dari srivijaya ini telah mengangkat

martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja

yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan

Page 76: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

kemudahan infrastruktur yang moden.  Melaka sebenarnya telah mula berkembang dengan pesat di

bawah pemerintahan Parameswara.   

            Di bawah pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting

di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.  Tambahan pula, Melaka merupakan

tempat perdagangan rempah-ratus di mana ia berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah

untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa yang berkata,

“sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia”(He who is lord of Malacca has his hand

on the throat of venice).[3]            Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival

ekonomi dan keutuhan Melaka.  Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka

yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi

politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke-15.  Senario

Perkembangan Perdagangan di Melaka.[4]             Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan perikanan

hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada hampir 6000 orang.  Ini

ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai

perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu

dan cendana.  Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai

kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal-kapal dagang berdagang di

Melaka.  Kapal-kapal dagangan ini akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus dan perahu orang peribumi

pula hanya 3 peratus.  Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan,

pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasaran kosmopolitan. [5]            Menurut laporan China; Peraturan dan peruntukan kemudahan yang baik seperti gudang

berkunci, ada pengawal, dan ada loceng untuk memberitahu jika ada kecemasan atau kekecohan.

Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan antara negara yang datang berdagang, raja Melaka

telah menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya demi menjaga keamanan, kayu diikat dan

menempakan keempat-empat pintu.  Manakala, pada waktu malam pula, terdapat pengawal yang

ditugaskan untuk mengawal keadaan persekitaran.

2.0 Perbincangan.

            Muara Sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di

zaman Kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur dan

Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke-15 dan 16. Telah dicatitkan sebanyak

84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang Syahbandar dipertanggungjawabkan menjaga

kepentingan pedagang asing. Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis berlabuh di pelabuhan

Melaka.[6] Pedagang dari Tanah Arab, Parsi, India, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di

pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajadinya yang strategik di kawasan sempit di Selat

Melaka dan dilindungi dari taufan oleh Pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsun yang

sesuai untuk kapal-kapal perdagangan.

            Memandangkan Kerajaan Melaka terletak di kedudukan geografi yang begitu strategik dan juga

amat bergantung pada perdagangan menyebabkan kerajaan ini amat sensitive terhadap kedudukan dan

segala perubahan kegiatan di laut yang perlu dihadapinya.  Setiap perubahan kegiatan di laut akan

menentukan perubahan dan perkembangan persejarahannya.  Pengalaman ketidakstabilan dalam

Page 77: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

persejarahan ini pernah dirasakan oleh kerajaan-kerajaan Melayu seperti Langkasuka, Sriwijaya, Perlak,

Pasai, Samudera dan Aru, sebelim abad ke-15. Keadaan yang sedemikian yang mendorong kepada

penglibatan langsung penduduk pribumi terhadap usaha perdagangan, dan juga sebagai reaksi terhadap

kedatangan dan penglibatan para pedagang asing dari Timur dan Barat ke rantau ini sememangnya

dijangkakan.[7]  Tambahan pula, terdapat hasil keluaran tempatan iaitu tanaman dan galian yang mana

telah diusahakan oleh penduduk pribumi sendiri.

            Keagungan Kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan

perdagangannya.  Kegiatan perdagangan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka.

Mengikut Sejarah Melayu, “Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala

dagang”. Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan Srivijaya yang terletak di

Palembang. 

Parameswara

berusaha

menjadikan

Melaka sebagai

sebuah emporium

Melayu abad ke-

15.

Gambar 1: Kapal-kapal Pedagang Asing Yang Berlabuh Di Pelabuhan Melaka.

2.1 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka.

            Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya yang

strategik. Melaka terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi

tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri.[8] Angin

Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India untuk pergi ke

Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai pelabuhan dan tempat

persinggahan bagi kapal-kapal dagangan yang berulang alik melalui Selat Melaka.[9] Antara barang

dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta

Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari

Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu. 

            Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan paya bakau. Pintu

pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh.[10]  Selain itu, terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka

jalan kepada jalan dagang seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang

Page 78: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di Ulu

Pahang.  Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang terletak di Selat

Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli.  Melaka kaya dengan hasil hutan

seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan.  Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras

dan lain-lain.  Hasil-hasil laut seperti Kowri (matawang), kerang dwi katup, tiram dan lain-lain.  

            Selain itu, Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih besi,

antimoni dan lain-lain.  Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya pusat tumpuan

pedagang-pedagang asing dari negara lain.  Kelangsungan kepesatan sesuatu perdagangan amat

memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil.[11]  Kebanyakan

kerajaan di gugusan kepulauan Melayu mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun.

Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap iaitu dengan wujudnya sistem pembesar

empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang laut Melaka.  Sistem ini dapat melicinkan

serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan di pelabuhan Melaka. 

            Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di

Nusantara.  Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya menerima tiupan dua jenis angin iaitu

angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya.  Kedua-dua angin ini bertiup selama 6 bulan

mengikut giliran tahunan.[12]  Oleh yang demikian, pedagang-pedagang dari Barat dan Timur tidak

pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi.  Keadaan inilah yang  dapat

mengelakan agar tidak berlakunya masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal dari Timur

mahupun Barat adalah ditentukan oleh kedua-dua angin tersebut.  Keistimewaan tiupan angin di Selat

Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan dan tempat

untuk meletak barang dagangan di gudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada

musim monsun yang satu lagi.  Sultan (Raja Iskandar Shah) juga telah menyediakan segala kemudahan

sama ada berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.[13]             Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang berbangsa portugis, Tom

Pires mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira

30 hingga 40 buah kapal kecil yang tiba di pelabuhan Melaka.  Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu

besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa.  Tempoh masa

yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember.[14] Hal ini kerana, Selat Melaka akan

menerima perubahan tiupan angin monsun yang membolehkan kapal-kapal dagangan belayar.  Dalam

tempoh ini, Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal dagangan dari Asia Timur dan Timur; manakala

dari bulan Mei hingga September pula merupakan giliran pedagang-pedagang dari Jawa dan Timur

Nusantara berdagang di Melaka. 

                         

2.2 Hubungan luar Kerajaan Melaka yang telah menjamin keselamatanya.

           

            Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan diplomatik

dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik

dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-1433). [15]            Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat perlindungan daripada

negeri China.  Keadaan ini wujud berikutan daripada kerajaan Melaka yang terpaksa mempersembahkan

Page 79: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

40 tahil emas kepada Siam, jika tidak keselamatan Melaka akan terancam.  Pada masa itu, kerajaan

Melaka belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam.  Tindakan Siam tersebut juga adalah

berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura yang mana beliau telah dibunuh

oleh Parameswara.  Berita mengenai perkembangan pelabuhan Melaka tersebut akhirnya samapai juga

ke negara China.[16]  Oleh yang demikian, Maharaja Yung-Lo yang merupakan Maharaja China pada

ketika itu telah menitahkan Laksamana Yin Cheng pergi ke Melaka.  Pada tahun 1405, utusan dari China

iaitu Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada Parameswara untuk

menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui Parameswara berharap dapat menfaatkan pengaruh

China yang merupakan negara terkuat di Asia pada masa itu untuk membela kedaulatannya.[17]            Perhubungan di antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 iaitu selepas utusan

rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah memberi

pengiktirafan kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan juga dianugerahi Cap Kempal, sepasang

kain sutera berkerajaan dan payung berkerajaan. Apabila Siam telah bertindak menyerang Melaka dan

merebut Cap Kempanya, Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk menghalang

persengketaan Siam dan Melaka.  Pada akhir tahun 1407, kerajaan Melaka sekali lagi menghantar

utusan dari Melaka pergi ke negara China iaitu dengan mengikut kapal Laksamana Cheng Ho yang

singgah di Melaka dalam perjalanan balik ke negara China. Dalam utusan tersebut, Parameswara telah

menyatakan mengenai pencerobohan Melaka oleh Siam. Oleh yang demikian, Maharaja China telah

memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu dan menceroboh Melaka lagi.

            Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja China

sebagai lambang menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan. Di samping itu juga, Melaka turut

mengadakan hubungan diplomatik dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan

bahan makanan.  Pertambahan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan Mahkota Iskandar

Syah untuk menghantar duta ke Jawa untuk berbaik-baik dengan pemerintah Jawa yang baru iaitu

Vikramarvaddhana (1389-1429).  Melaka juga mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Pasai

iaitu melalui kegiatan perdagangan.[18]  Salah satu daripada sebab Parameswara membuat hubungan

ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di

samping itu juga untuk mendapatkan barangan dagangan. 

2.3 Kepentingan Pelabuhan Melaka Sebagai Sebuah Pelabuhan Penting Pada Abad Ke-15 dan

Awal Abad Ke-16.  

            Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterport (pusat pengumpulan barang-barang

dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan dijadikan sebagai

perantaraan pedagang dari Timur dan Barat) telah menjadikan Melaka sangat terkenal.  Peranan Melaka

sebagai pelabuhan entreport ini juga telah merangsang pemerintah Melaka untuk menyediakan

kemudahan-kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan.[19]  Pemerintah (Sultan) telah

menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan,

gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain

kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka. Di Melaka,

Page 80: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi (saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan dagangan)

menguruskan hal-hal perdagangan.  Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga. 

            Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di mana kawasan tersebut

terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting bagi kerajaan Melaka untuk menjaga keselamatan

para pedagang.  Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di Selat Melaka

Orang Laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk

membanteras kegiatan perlanunan.[20]  Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada

ancaman dan serangan lanun.  Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk

menjaga perairan di Selat Melaka.  Orang Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan

ketenteraan kepada pemerintah Melaka.  Kerjasama yang erat di antara pihak pemerintah Melaka dan

Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang perairan Selat

Melaka.[21]  Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan

dengan Melaka.  Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian daripada institusi dan sistem

kerajaan Melaka.  Orang Laut mengakui kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya.

Manakala, Parameswara pula melindungi kehormatan dan kebajikan mereka.  Orang Laut dijadikan

sebagai sebahagian besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling

penting untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan pedagang-pedagang asing ke

pelabuhannya.[22]           

                       

2.4 Kepentingan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran Islam.

           

            Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka menganut fahaman animisme

dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada tahun 1414 apabila Parameswara memeluk Islam

setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pengislamannya diikuti oleh pengislaman penduduk Melaka

secara beramai-ramai. Proses pengislaman ini mencapai ke puncaknya pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka sekitar pertengahan abad ke-15.[23] Kedatangan Islam telah meletakkan Kesultanan Melayu

Melaka menerajui sebuah empayar Melayu Islam yang berjaya membina sebuah tamadun. Akhirnya,

Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran Islam yang terpenting di gugusan Kepulauan Melayu

pada abad ke-15. Tinjauan jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa

pengaruh dan sumbangan yang meluas dalam perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, meliputi setiap

aspek budaya masyarakatnya.  Justru, perkembangan agama Islam di Melaka telah mempengaruhi

sistem pentadbiran, perundangan, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi.

            Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah tertubuhnya sebuah

Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15. Melaka muncul sebagai sebuah negara Melayu

yang berpandukan akidah Islam dengan menjadikan Raja Sultan sebagai pemerintah tertinggi negara.

Agama Islam dijadikan agama rasmi Melaka pada tahun 1446, iaitu semasa pemerintahan Sultan

Muzaffar Syah.[24] Ini menjadikan Islam sebagai agama utama yang dilindungi dan dikembangkan di

Melaka. Sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, penekanan pentadbiran adalah pada unsur-unsur

kemelayuan, keislaman dan kesultanan. Dalam konteks ini, sultan selaku pemimpin dan penaung kepada

rakyat, baginda memegang amanah Allah SWT. bagi menjalankan kuasa tertinggi memerintah negara

Page 81: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

secara adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara. Teks Melayu lama yang

memperkatakan tatanegara seperti kitab Bustanus-Salatin ,

Tajus-Salatin ,... Hukum Kanun Melaka jelas memperkatakan bahawa pemerintahan raja-raja hendaklah berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan sahaja syariah atau hukumnya, tetapi juga dari segi tatasusilanya...[25]

            Hasil daripada pengaruh agama Islam, nasab raja-raja Melaka dihubungkan pula dengan

Iskandar Zulkarnain, dan daripada perkahwinan mereka ini lahirnya nasab keturunan raja-raja Melayu. 

Dengan itu, golongan raja bukan sahaja terus dipertuankan seperti dahulu, bahkan menjadi lebih

dihormati kerana keturunannya yang mulia itu. Pemerintah mulai dianggap sebagai ‘pemimpin’ rakyat

mengikut konsep ‘sultan’ dalam tradisi Islam.  Pentadbiran Melaka dalam aspek-aspek tertentu turut

dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Islam. Menurut catatan dalam Sejarah Melayu, memandangkan

Melaka di bawah pimpinan tokoh Islam, maka beberapa amalan dalam institusi pentadbirannya juga

berlunaskan Islam. Ini terbukti apabila amalan musyawarah dan bermuafakat telah diamalkan antara raja

yang memerintah dengan para pegawai dan pembesar Melaka.[26] Raja tidak memerintah secara

bersendirian dan keputusan raja adalah secara kolektif.Dalam pentadbiran Melaka, Bendahara,

Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Tun Bija Sura, dan Tun Utama memainkan peranan sebagai

penasihat kepada Sultan Melaka.

            Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka. Undang-undang Melaka atau

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak berlandaskan undang-undang Islam.

[27] Selepas pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah, proses rasionalisasi telah berlaku terhadap

undang-undang tradisi menyebabkan perhukuman Islam menjadi sebahagian besar intipati Undang-

undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Malah, peranan kadi dalam sejarah perundangan

Melaka juga amat dipentingkan, yakni dalam memelihara undang-undang tersebut. Raja atau sultan

bertindak sebagai penaung undang-undang.[28]            Dengan penerimaan agama Islam, Melaka semakin menjadi tumpuan saudagar

Islam. Melaka menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang sungguh terkenal, sehingga mengatasi

kerajaan di pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir dan Samudera-Pasai. Menjelang

pertengahan kurun ke-15, Melaka berkembang menjadi kuasa dan empayar kelautan yang agung dan

gagah. Sesungguhnya agama Islam telah menjadi suatu tenaga yang kuat yang mendorong kemunculan

serta perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar kelautan yang agung.  Dalam melaksanakan

urusan perniagaan, undangundang berjual beli yang diamalkan di Melaka adalah juga berlandaskan

undang-undang Islam. Umpamanya, Islam melarang amalan riba atau keuntungan berlipat kali ganda

daripada pusingan modal yang sebenarnya. Hukum ini adalah untuk membataskan sifat tamak atau

kecenderungan mengambil keuntungan berlebihan dan pembeli pula dapat dilindungi. ‘Muamalat’ Islam

berhubung dengan soal tersebut ada terkandung dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka.  Seterusnya,

hukum Islam ada mensyaratkan supaya semua maklumat atau butir hutang dicatatkan dengan disaksikan

oleh dua orang lelaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan dan perbalahan pada masa

depan. Barang-barang yang diperniagakan mestilah barang-barang yang suci, berguna dan bukan

barangan haram. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang boleh

diperniagakan serta yang dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan tuak.48 Amalan membayar

zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini mewujudkan hubungan yang erat sesama umat Islam

Page 82: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut merupakan ciri-ciri ekonomi Islam seperti yang disarankan

dalam al-Quran.[29]            Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi) sebagai bahasa

persuratan di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan kitab agama, seperti kitab Duri’l-Mazlum,

tulisan Jawi juga digunakan bagi penulisan yang lain, seperti surat menyurat diraja, watikah, hukum

kanun, surat peribadi dan karya sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan yang dilakukan

dalam kerajaan Melaka adalah dalam tulisan Jawi.

            Oleh sebab itu, naskhah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka seperti Sejarah Melayu,

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis dalam tulisan Jawi.  Sesungguhnya, Islam

telah menyumbangkan perkembangan minda serta intelektual terhadap golongan elit dalam masyarakat,

apabila tulisan Jawi diperkenalkan di Melaka.[30]  Seterusnya, bidang lain yang menerima pengaruh

besar seiring dengan pengenalan tulisan Jawi ialah bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sumbangan

agama Islam dalam pembentukan dan perkembangan bahasa sangat ketara, iaitu meningkatkan tarafnya

sebagai alat pengucapan intelektual dan sekali gus sebagai bahasa perantaraan di Nusantara. Sebelum

kedatangan agama Islam, belum ada sebarang bahasa yang layak memainkan peranan yang penting ini.

Kedatangan agama Islam memberi ruang untuk bahasa Melayu muncul sebagai bahasa pengantar,

bahkan sebagai bahasa sarjana dan para cendekiawan yang terkemuka.[31]            Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang kesusasteraan tetapi juga

dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi yang

dibawa oleh Islam telah menjadi bahasa ilmu di kalangan orang Melayu.  Justeru itu, jelas agama Islam

telah memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai wadah perkembangan ilmu di Melaka.

Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kedatangan agama Islam turut

memperkenalkan banyak istilah baharu yang diambil daripada bahasa Arab atau Parsi bagi

memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak meminjam daripada

perkataan Arab, misalnya, pondok, maaf, batin, nafas, syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir.

Pemerintah Melaka selepas kedatangan agama Islam mula memakai gelaran yang melambangkan ciri-

ciri Islam sama ada daripada pengaruh budaya Parsi, Mesir atau Arab. Gelaran ‘Syah’ yang dipakai oleh

raja-raja Melaka bermakna ‘Raja‘ dalam bahasa Parsi, manakala istilah ‘Sultan’ adalah daripada bahasa

Arab.[32] Aspek perkembangan ini juga dapat dilihat secara jelas apabila merujuk kitab serta karya

sastera zaman Melaka, iaitu Sejarah Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam bahasa Arab, iaitu

Sulalatus Salatin. Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul Salatin, Tajus Salatin dan Tuhfat-an-Nafis.

            Keterbukaan perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka secara tidak

langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan agama Islam.  Tambahan lagi dengan

kedudukannya yang sangat strategik di perairan Selat Melaka yang mana dapat memudahkan

kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai agama.  Melaka juga telah memainkan peranan

dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan

tarikan lebih banyak pedagang-pedagang asing yang masuk ke Melaka untuk memperdagangkan

barangan mereka.[33]            Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara. Kedua-dua

negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan kegiatan

perdagangan dengan India dan China.  Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya

dapat menarik pedagang-pedagang Islam.[34]  Kejayaan Melaka dalam memainkan peranannya sebagai

Page 83: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

sebuah pelabuhan enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau

pembeli barang dagangan, mejadi pusat pengantaraan dimana Melaka menjadi tempat pertemuan di

antara para pedagang asing dari Timur dan Barat termasuk juga pedagang dari Nusantara dan juga

bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka

merupakan warisan Srivijaya, namun begitu pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya.[35]  Hal ini kerana, Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi yang

mana dapat menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

           

3.0 Kesimpulan

            Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di gugusan Kepulauan Melayu

dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kedudukannya di tempat yang strategik di

perairan Selat Melaka.  Perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu berlaku kerana

kedudukannya di persisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalulintas

perdagangan di antara China dan India.  Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas

kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira pada tahun 1414 masihi.  Pada ketika itu, Melaka telah diperintah oleh

Sultan Muzaffar Syah.  Baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka.  Ekspedisi

peluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang

terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16.  Sejak pengasasannya,

Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul

sebagai sebuah empayar yang terkenal.  Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah

mendorong kepada perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu.

            Kepesatan perdagangannya telah menarik minat kuasa Barat iaitu Portugis di bawah pimpinan

Alfonso De Alburqueque untuk menakluki Melaka pada tahun 1511.  Keagungan dan kemasyhuran

Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat

dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan

Portugis pada tahun 1511.  Setelah itu, Acheh telah menggantikan peranan Melaka sebagai pusat

perdagangan yang maju di gugusan Kepulauan Melayu.

Page 84: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Bibliografi.

Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara : Sejarah dan      Perkembangannya

hingga abad ke- 19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher & Distributors Sdn.Bhd,

Selangor.

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan.

Dr. Ustaz Hj. Md. Zain Hj. Serudin, 1998. Melayu Islam Beraja : Suatu Pendekatan. Brunei : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohd Jamil Mukmin, 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Mohd Taib Osman, 1989. Masyarakat Melayu ( Struktur Urbanisasi ) dan Manifestasi. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka .

Rahim Syam Norhale, 1988. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Shahnon Ahmad, 1981. Kesusasteraan dan Etika Islam. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. MALAYSIA : Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

[1] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher & Distributors

Sdn.Bhd, Selangor, hlm. 14.

[2] Ibid, hlm. 15.

[3] Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan,

hlm. 17.

[4] Ibid, hlm. 18.

[5] Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, hlm. 54.

Page 85: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

[6] Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, hlm.60.

[7] Ibid, hlm. 61.

[8] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan

Melaka, hlm. 78.

[9] Ibid, hlm. 79.

[10] Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. MALAYSIA : Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 36.

[11] Ibid, hlm. 37.

[12] Ibid, hlm. 38

[13] Rahim Syam Norhale, 1988. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti, hlm. 27.

[14] Ibid, hlm. 28.

[15] Ibid, hlm. 29.

[16] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher & Distributors

Sdn.Bhd, Selangor, hlm. 35.

[17] Ibid, hlm. 36.

[18] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan

Melaka, hlm. 70

[19] Ibid, hlm. 71.

[20] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher & Distributors

Sdn.Bhd, Selangor, hlm, 50

[21] Bahasa Othman, 1989, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Marwilis Publisher & Distributors

Sdn.Bhd, Selangor, hlm. 53.

[22] Ibid, hlm.54.

[23] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan

Melaka, hlm. 80.

[24] Prof. Khoo Kay Kim, Melaka dan Sejarahnya. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan

Melaka, hlm. 100.

[25] Ibid, hlm.101.

[26] Ibid, hlm. 102.

[27]Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara : Sejarah dan

Perkembangannya hingga abad ke- 19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 14.

[28] Ibid,hlm. 15.

[29] Ibid, hlm. 16.

[30] Shahnon Ahmad, 1981. Kesusasteraan dan Etika Islam. Petaling Jaya : Fajar Bakti, hlm. 31.

[31] Ibid, hlm. 32.

[32] Dr. Ustaz Hj. Md. Zain Hj. Serudin, 1998. Melayu Islam Beraja : Suatu Pendekatan. Brunei : Dewan

Bahasa dan Pustaka, hl. 77.

[33] Mohd Taib Osman, 1989. Masyarakat Melayu ( Struktur Urbanisasi ) dan Manifestasi. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 90.

[34] Rahim Syam Norhale, 1988. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti, hlm. 60.

[35]Mohd Jamil Mukmin, 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, hlm. 45

Page 86: Melaka Sebagai Pusat Perdagangan