membangunkan sumber manusia dan profesional ict tanpa bcpm2011

Download Membangunkan Sumber Manusia Dan Profesional ICT Tanpa BCPM2011

If you can't read please download the document

Upload: linuxmalaysia-malaysia

Post on 16-Apr-2017

925 views

Category:

Technology


0 download

TRANSCRIPT

Membangunkan Sumber Manusia Dan Profesional ICT Tanpa BCPM2011Kalau Tidak Ada Angin, Masakan Pokok Bergoyang.

Banyak yang telah diperkatakan tentang draf "Board of Computing Professionals Malaysia" (BCPM2011) atau Akta Badan Perkomputeran Professional dan saya tidak mahu mengulas panjang mengenainya dalam artikel saya ini. Apa yang saya hendak kupas sekarang adalah angin yang bertiup sepoi-sepoi yang menjadi taufan menyebabkan cadangan akta ini muncul dan menggoyangkan dunia ICT tempatan dan luar negara.

Menurut kenyataan akhbar MOSTI yang bertarikh 14 Dis 2011[1], saya ulang perenggan pertama :-

--- Mula rujuk [1] ---

"1. Penubuhan Board of Computing Professionals Malaysia (BCPM) telah dicadangkan oleh Pasukan Kerja Modal Insan ICT Negara yang bertanggungjawab menyediakan Rangka Kerja Pembangunan Modal Insan ICT. Salah satu cadangan dalam rangka kerja tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah badan profesional ICT Negara serta mempromosikan pembangunan pengamal profesional, di samping penjenamaan semula dan mempromosi kerjaya ICT sebagai pilihan utama.

Cadangan ini telah diangkat ke peringkat Jawatankuasa Kabinet pada 8 Mac 2011, yang memberi mandat kepada MOSTI untuk menyelaras cadangan penubuhan BCPM. Keperluan untuk memberi pengiktirafan kepada profesional ICT di Negara ini telah diutarakan oleh pihak industri dan akademia dalam usaha meningkatkan status profesion ICT ke peringkat antarabangsa."

--- Akhir rujuk [1] ---

Melalui perenggan ini boleh saya ringkaskan tujuan draf akta BCPM2011 ini adalah bermaksud untuk meningkatkan status profesion ICT melalui penjenamaan semula untuk menjadikan ia pilihan utama.

Untuk memahami lanjut penyataan diatas saya juga perlu rujuk kepada Rangka Kerja Pembangunan Modal Insan ICT[2] oleh National ICT Human Resource Taskforce, Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). Saya ambil satu bahagian dalam satu perenggan "Executive Summary".

--- Mula Rujuk [2] ---

Chief among the challenges is the insufficient supply of skilled ICT human resource to meet the needs of the industry and economy at large. The lack of in-depth technical knowledge and soft skills has led to low employability. This was further compounded by the unfortunate perception portrayed by the media on this matter thus discouraging a large number of students who would have otherwise pursued ICT studies as their first choice.

--- Akhir Rujuk [2] ---

Apa yang boleh saya ulas, melalui satu laporan rangka kerja yang dikeluarkan oleh National ICT Human Resource Taskforce, laporan ini mengakui kekurangan tenaga kerja ICT yang mahir dan pakar dalam usaha Malaysia menjadi negara maju ICT. Kekurangan in menjadi semakin kritikal sehingga perlu dilakukan langkah yang drastik bagi mencapai matlamat negara maju 9 tahun lagi (2020).

Langkah drastik yang dicadangkan adalah dengan cadangan BCPM2011.

Penerimaan Negatif BCPM2011

Namun langkah drastik ini telah mendapat bangkangan dan kritikan yang hebat daripada sebahagian besar pengamal-pengamal ICT kerana ia dianggap akta yang akan mengekang pengamal ICT dan industri ICT itu sendiri.

Sila rujuk Common Voice Of ICT Professional

Questions, Comments and Requests to the Board of Computing Professional Bill 2011 Drafting Committee oleh COMMON VOICE OF ICT PROFESSIONALS ON BCP2011

http://bit.ly/vMPOig

Untuk artikel, saya akan ulas keadaan kenapa kita tidak perlu BCPM2011 dan apa yang boleh kita lakukan untuk tingkatkan profesional ICT di Malaysia.

Membangunkan Sumber Manusia Dan Profesional ICT Tanpa BCPM2011 - Ulasan AwalKalau Tidak Ada Angin, Masakan Pokok Bergoyang.1) Kesedaran Pembuat Dasar Tentang Kepentingan Mendengar Pandangan Komuniti Maya2) Kerja Sama Dengan Komuniti Sumber Terbuka (Open Source Software - OSS)3) Kerja sama dengan Industi ICT4) Iktiraf sijil-sijil ICT sedia ada5) Perkasakan Matematik6) Perkuatkan Persatuan Yang Sedia Ada7) Badan Rasmi Profesional ICT perlu diwujudkan Secara Sukarela Pada Tahun 2020Rujukan1) Kesedaran Pembuat Dasar Tentang Kepentingan Mendengar Pandangan Anonymous:http://www.ted.com/ dan http://www.data.gov/

Komuniti Maya

Satu isu utama yang saya perhatikan dalam usaha kerajaan membuat dasar baru atau membaiki dasar sedia ada, adalah kurangnya prihatin dengan satu lagi pemengang saham iaitu komuniti maya. Komuniti maya rakyat Malaysia yang berhubungi dan mampu bersatu dalam satu suara dalam satu-satu isu. Internet bukan sahaja medium untuk komunikasi, malah ia menjadi ruang untuk rakyat Malaysia berkumpul dan berbincang dalam apa jua isu.

Kewujudan komuniti maya yang besar ini merupakan kejayaan hasil usaha kerajaan sendiri dalam meluaskan penggunaan Internet kepada rakyat Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk berkumpul dan berbincang. Ia bagai "Town Hall" atau "Public Speaking Corner" dalam bentuk maya dan kerajaan sepatutnya mengambil peluang ini untuk berhubung terus dengan rakyat.

Komuniti maya adalah kuat apabila ia melibatkan komuniti virtual ICT dan sumber terbuka (Open Source Software). Komuniti virtual ICT bergantung kepada Internet, ruang sembang dan rangkaian sosial bagi berhubung untuk bertukar-tukar pendapat, mendapatkan bantuan, menyelaraskan pembangunan perisian dan pelbagai lagi usaha pembangunan perisian boleh dilakukan dengan medium maya Internet.

Perkara ini paling jelas dalam isu-isu BCPM2011, dimana bangkangan secara virtual boleh dizahirkan dengan kehadiran ramai sewaktu "Open Day BCPM2011" oleh MOSTI. Komuniti ICT dalam virtual mampu menyelaraskan diri mereka untuk bersatu dalam mempertahankan hak dan menyuarakan pandangan mereka.

Komuniti maya ICT perlu dilibatkan daripada awal oleh pihak kerajaan dalam mendapatkan pandangan dan sokongan atas mana-mana dasar yang mahu dicadangkan atau mahu dibaiki, terutama dasar-dasar yang melibatkan industri ICT. Agensi-agensi kerajaan terutama MOSTI perlu mempunyai satu cara sama ada melalui rangkaian sosial dan laman web untuk mendapatkan maklum balas dan memberikan maklum balas kepada komuniti maya ICT.

If you had consulted the larger community and included us in the drafting process from day one, this whole issue would not have blown up, said software developer Haris Fazila Jamil. (Sepatutnya Harisfazillah Jamel)

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/14/nation/10091335&sec=nation

Apa yang berlaku dalam dunia virtual boleh dizahirkan dalam dunia nyata. Bagi merangka akta seperti BCPM2011, penglibatan komuniti virtual ICT perlu dilibatkan daripada awal. Pengamal dan Industri ICT saling berkait rapat dalam dunia maya Internet dan penglibatan awal mereka akan membolehkan lebih banyak isu-isu, pandangan dan cadangan yang bersesuaian dapat dihimpun dan dikenalpasti.

Penglibatan komuniti ICT tidak terhad kepada satu-satu negara sahaja. Ia merupakan komuniti meluas meliputi seluruh dunia. pelbagai aktiviti-aktiviti, perbincangan dan pentadbiran organisasi-organisasi ICT ternama seperti IEEE, OWASP dan banyak lagi adalah melalui komuniti virtual organisasi-organisasi ini.

Untuk melahirkan tenaga manusia ICT yang mahir dan profesional, Malaysia perlu melakukan kelainan dengan mewujudkan kerja sama rapat dengan komuniti ICT maya tempatan dan luar negara. Selain melibatkan rakyat Malaysia dengan persidangan dalam dan luar negeri, sumbangan dalam dunia virtual melalui komuniti maya organisasi-organisasi ICT ternama dunia perlu juga diluaskan. Sumbangan dalam kerja-kerja terjemahan, lokaliti, dokumentasi, menjawa soal jawab dalam forum maya, sumbangan artikel-artikel dan pelbagai yang bersesuaian.

Dengan penglibatan secara serius untuk menyumbang maka ia boleh membuat rakyat Malaysia lebih dikenali, dihargai dan dihormati dan ia boleh dizahirkan.

2) Anonymous:cth http://www.nasa.gov/open/source/NASA will host its first Open Source Summit at Ames Research Center in Mountain View California. This event will bring together engineers and policy makers across NASA and respected members of the open source community to discuss the challenges with the existing open source policy framework, and propose modifications that would make it easier for NASA to develop, release, and use open source software.

Kerja Sama Dengan Komuniti Sumber Terbuka (Open Source Software - OSS)

Dalam dunia maya komuniti ICT itu sendiri, terdapat komuniti ICT yang besar iaitu komuniti Sumber Terbuka (OSS). Komuniti OSS merupakan satu komuniti yang aktif dan besar sumbangannya dalam dunia ICT dalam dan luar negeri. Komuniti OSS adalah komuniti yang unik. Keunikan yang membolehkan pelbagai perisian dihasilkan dengan gotong royong secara sukarela melalui kemudahan Internet. Tanpa kerja sama ini tidak wujudlah Kernel Linux dan kemudian menjadi sistem operasi yang matang dan stabil yang menjalankan syarikat-syarikat besar dunia dan perkakasan telepon mudah-alih (Android).

Pembangunan perisian sumber terbuka melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan secara maya dan nyata mereka ia melibatkan hampir semua bidang-bidang ICT. Sebagai contoh dalam projek pembangunan perisian OSS yang besar seperti kernel Linux dan Apache, ia melibatkan kerja sama pelbagai pihak dalam pelbagai peringkat projek ICT dan ini memerlukan pengetahuan pengurusan projek, sokongan melalui maya terhadap perisian yang dihasilkan dan pembangunan perisian OSS itu sendiri yang terdiri daripada beberapa peringkat seperti programmer, senior programmer dan penganalisa perisian.

Pendedahan awal kepada budaya komuniti OSS dalam menghasilkan perisian kepada pelajar dan mana-mana individu adalah satu latihan yang baik dalam menjadikan mereka mahir dalam bidang development dan SDLC software.

Kerja sama dengan kumpulan OSS maya yang boleh dizahirkan dapat mendedahkan graduan-graduan dan pengamal ICT dengan pembangunan perisian, perbincangan yang membuka minda kepada pelbagai penyelesaian, pengurusan projek,

sweester:Be very careful on that, local company is not always updated in technology, focus too much on what the company, the student might loses out from the latest from the community

also, currently university have been following what "the industry" want. In the end of the day, the basics like algorithm is not taught properly

the impression for many hiring now is, the tools is more important than the fundamentaleafaisal:Real industry (read as innovator) players in Malaysia are small. The rest are just "resellers".

3) Kerja sama dengan Industi ICT

Kerja sama antara universiti dan industri ICT telah sedia lama wujud dengan program Latihan Industri (LI) perlu dimantapkan bagi mendedahkan graduan dengan pengalaman kerja ICT. LI perlu dikaji semula agar ia bukan lagi untuk menimba pengalaman kerja malah ia patut menjadi ruang untuk belajar dunia pekerjaan ICT.

Kerajaan Malaysia melalui MQA perlu mengubal dasar agar sijil-sijil kemahiran ini diterima dan diakui supaya ia dapat diambil di universiti dan dijadikan sebagai markah grade kepada graduan.

Persijilan mahir ini memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang cukup bagi mengambilnya. Universiti-universiti perlu menyediakan graduan yang mahir dalam mengambil persijilan ini dan korikulum Universiti perlu mengambil kira keperluan itu.

Insentif dan galakan perlu diadakan agar industri berminat untuk menyumbang dan memberi ruang kepada graduan.

4) Iktiraf sijil-sijil ICT sedia ada

Dalam industri ICT terdapat pelbagai persijilan yang diiktiraf oleh industri ICT seluruh dunia. Kerajaan Malaysia melalui MQA perlu mengubal dasar agar sijil-sijil kemahiran ini diterima dan diakui supaya ia dapat diambil di universiti dan dijadikan sebagai markah grade kepada graduan.

Persijilan mahir ini memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang cukup bagi mengambilnya. Universiti-universiti perlu menyediakan graduan yang mahir dalam mengambil persijilan ini dan korikulum Universiti perlu mengambil kira keperluan itu.

5) Perkasakan sweester:MatematikAnonymous:http://csunplugged.org/linuxmalaysia:_Marked as resolved_linuxmalaysia:_Re-opened_linuxmalaysia:OK change and thanks.

Matematik

Matematik adalah kunci kepada kemahiran dalam dunia ICT. Artimetik dn logik adalah yang diperlukan dalam memperkasakan bidang ICT. Dengan matematik logik dalam development dan kemahiran untuk membuat keputusan yes or no, true or false, loop dan if then else. Semuanya memerlukan pemikiran seorang yang biasa dengan matematik. Dengan menidakkan pengetahuan matematik umpama mencabut jantung hari jurusan ICT.6) Perkuatkan Persatuan Yang Sedia Ada

Telah sedia wujud persatuan dan organisasi berkaitan dengan ICT seperti MNCC yang perlu diperkasakan oleh kerajaan dengan memberikan sokongan dan insentif. Persatuan ini perlu dikuatkan dengan lebih ramai lagi profesional ICT menyertainya. perlu mengadakan kempen yang meluas dalam menarik lebih ramai menyertai mana-mana persatuan yang dijadikan persatuan utama bagi dunia kerjaya ICT Malaysia.7) Badan Rasmi Profesional ICT perlu diwujudkan Secara Sukarela Pada Tahun 2020

Badan ini diwujudkan oleh pengamal ICT apabila semua langkah-langkah melahirkan profesional yang berkaliber telah dibuat dan dilaksanakan. Sepatutnya menjadi matlamat Malaysia negara maju 2020 dalam menghasilkan badan untuk kumpulan profesional ICT. Dalam masa 5 tahun satu badan akan diwujudkan secara sukarela oleh pengamal dan industri ICT tempatan.Rujukan

[1] KENYATAAN MEDIA OLEH YB MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS ONGKILI, MENGENAI BOARD OF COMPUTING PROFESSIONALS MALAYSIA

http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=view&id=3684&Itemid=1

[2] ICT Human Capital Development Framework By National ICT Human Resource Taskforce

http://www.ftsm.ukm.my:8080/klusterict/doc/full.pdf

Harisfazillah [email protected] 9 Jan 2011