menurut dewan bahasa dan pustaka edisi keempat

3
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat, budaya mempunyai beberapa maksud. Antaranya ialah kemajuan fikiran, akal budi merangkumi cara berfikir dan berkelakuan dan sebagainya. Menurut Patricia L. Marshall (2002), budaya merujuk kepada cara yang konsisten dimana manusia mengalami, menginterpretasi dan bertindak balas terhadap dunia persekitaran mereka; ataupun cara kehidupan bagi sekelompok populasi. Budaya merujuk kepada membiasakan sesuatu perilaku atau perbuatan yang baik supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, atau peradaban. Oleh yang demikian, dapat dirangkaikan bahawa definisi kepelbagaian budaya merupakan faktor sosial atau kemasyarakatan yang berkaitan dengan cara berfikir dan cara hidup sesuatu masyarakat di sesuatu kawasan. Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Menurut Banks (1993), pendidikan multi-budaya merupakan visi sekolah berdasarkan idea demokrasi yang mementingkan keadilan dan kesamarataan. Oleh yang demikian, pemahaman antara satu sama lain adalah sangat penting. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu, masyarakat perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk. Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan hampir 55 tahun, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Salah satu darinya ialah kepelbagaian budaya di negara ini. Masyarakat pelbagai latar- belakang ini sangat unik dan dikagumi oleh negara-negara luar yang lain. Untuk itu, wajiblah ke atas setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia mempertahankan keunikan ini daripada sebarang kesulitan yang boleh menghancurkan keamanan tersebut. Untuk menjadi masyarakat yang saling memahami dan menghormati, terlebih dahulu setiap individu perlu menguasai dan mendalami apa yang dikatakan sebagai bangsa Malaysia. "Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia,"

Upload: urishna-nadarajan

Post on 11-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat

TRANSCRIPT

Page 1: Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat, budaya mempunyai beberapa

maksud. Antaranya ialah kemajuan fikiran, akal budi merangkumi cara berfikir dan

berkelakuan dan sebagainya. Menurut Patricia L. Marshall (2002), budaya merujuk kepada

cara yang konsisten dimana manusia mengalami, menginterpretasi dan bertindak balas

terhadap dunia persekitaran mereka; ataupun cara kehidupan bagi sekelompok populasi.

Budaya merujuk kepada membiasakan sesuatu perilaku atau perbuatan yang baik

supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan keseluruhan cara hidup yang merangkumi

cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang

berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, atau peradaban. Oleh

yang demikian, dapat dirangkaikan bahawa definisi kepelbagaian budaya merupakan faktor

sosial atau kemasyarakatan yang berkaitan dengan cara berfikir dan cara hidup sesuatu

masyarakat di sesuatu kawasan.

Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum

dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-

nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Menurut Banks (1993), pendidikan

multi-budaya merupakan visi sekolah berdasarkan idea demokrasi yang mementingkan

keadilan dan kesamarataan. Oleh yang demikian, pemahaman antara satu sama lain adalah

sangat penting. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar

tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka.

Untuk tujuan itu, masyarakat perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya

yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-

elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk.

Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan hampir 55 tahun, masih terlalu

banyak yang perlu diperbaiki dan diberikan perhatian. Salah satu darinya ialah kepelbagaian

budaya di negara ini. Masyarakat pelbagai latar-belakang ini sangat unik dan dikagumi oleh

negara-negara luar yang lain. Untuk itu, wajiblah ke atas setiap individu yang bergelar rakyat

Malaysia mempertahankan keunikan ini daripada sebarang kesulitan yang boleh

menghancurkan keamanan tersebut. Untuk menjadi masyarakat yang saling memahami dan

menghormati, terlebih dahulu setiap individu perlu menguasai dan mendalami apa yang

dikatakan sebagai bangsa Malaysia.

"Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu

dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia,"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2012)

Page 2: Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula

sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan

Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan

melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan

antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa

serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda

untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian,

Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan

yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam

Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah,

guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara.

Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai

prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif

pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini

melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada

masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu

dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah

dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap

dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan

mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti

sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012. Pada 6 September 2013

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan

teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara

keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan

yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog

Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan

teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan

adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan

secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama. Perpaduan

merupakan satu ciri dalam aspirasi sistem di mana ia sangat penting dalam

mengimplikasikan kepelbagaian budaya di sekolah.

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam

kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan

Page 3: Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat

mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih

kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat

mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar

guna tenaga yang tinggi. Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di

sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang

subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi

dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan

menghargai kepelbagaian. Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1

sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah

pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.