mesyuarat kedua, penggal ketiga parlimen keempat … · no soalan: 1 jawapan [yb...
TRANSCRIPT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGAPARLIMEN KEEMPAT BELAS
2020
HARI SELASA : 8 SEPTEMBER
NO SOALAN: 1
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dr. Yaakob Bin Sapari minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa
ramai jumlah pelarian yang telah masuk di negara ini. Pelarian ini tidak
mungkin akan kembali ke negara asal contohnya masyarakat Rohingya.
Apakah usaha Kerajaan agar pelarian ini mendapat kebajikan dan
pendidikan yang sewajarnya.
NO SOALAN: 1
JAWAPAN
[YB DATIN MASTURA TAN SRI DATO’ MOHD YAZID, TIMBALAN
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian
(United Nations High Commissioner For Refugees - UNHCR)
sehingga 31 Julai 2020, warganegara asing yang memasuki negara
dan diberikan perlindungan antarabangsa oleh UNHCR sebagai
pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar ialah 177,921 orang
meliputi 128,185 orang pelarian dan 49,736 orang pemohon suaka.
2. Dalam aspek kebajikan, Kerajaan secara dasarnya telah
menetapkan bahawa pelarian yang memegang Kad UNHCR
termasuk etnik Rohingya, Myanmar adalah seperti kemudahan
untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik Kerajaan dengan
ditanggung oleh Kerajaan sebanyak 50% daripada kadar yang
dikenakan ke atas golongan ekspatriat dan 50% lagi dibayar oleh
pelarian.
3. Selain itu, Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program
atau inisiatif untuk membantu golongan ini termasuklah dengan
mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan Qatar melalui Qatar
Fund For Development (QFFD) untuk membantu pelarian di dalam
NO SOALAN: 1
isu berkaitan kesihatan, pendidikan asas dan latihan kemahiran.
Kerajaan tidak menghalang mana – mana orang perseorangan,
pertubuhan bukan Kerajaan, syarikat korporat serta mana – mana
organisasi tempatan untuk melaksanakan bantuan kebajikan
kepada pelarian yang mempunyai Kad UNHCR yang sah.
4. Dalam aspek pendidikan, Kerajaan secara dasarnya juga telah
menetapkan bahawa golongan ini boleh mendapatkan akses
kepada kemudahan pendidikan di Pusat Bimbingan Alternatif yang
dikendalikan oleh pihak NGO, komuniti pelarian, Institusi
Pendidikan Swasta dan UNHCR.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TAN SRI RADZI BIN TAN SRI SHEIKH
AHMAD
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tan Sri Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa banyak pusat tahanan Imigresen yang
terdapat di negara ini dan berapa ramai tahanan (mengikut negara asal
mereka) yang berada di pusat tahanan tersebut. Berapa kos makan minum
seorang tahanan setiap hari yang ditanggung oleh Kerajaan.
NO SOALAN: 2
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, tahanan Pendatang Tanpa Izin
(PATI) yang berada di depot tahanan Imigresen terdiri daripada kategori-
kategori berikut:
(i) tahanan reman bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan oleh Jabatan
Imigresen Malaysia; dan
(ii) tahanan yang diserahkan oleh agensi penguatkuasaan lain seperti
Jabatan Penjara Malaysia bagi tahanan yang telah selesai
menjalani hukuman penjara untuk tujuan pengusiran ke negara
asal. Bagi jumlah tahanan yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen
Malaysia pada 6 September 2020, di sejumlah 14 buah Depot
Tahanan Imigresen di seluruh negara adalah seramai 14,602 orang.
Pecahan warganegara seperti berikut:
Bagi jumlah tahanan yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
pada 6 September 2020, di sejumlah 14 buah Depot Tahanan Imigresen di
seluruh negara adalah seramai 14,602 orang. Pecahan warganegara
seperti berikut:
NO SOALAN: 2
WARGANEGARA BILANGAN (ORANG)
Indonesia 4,767
Myanmar 4,503
Bangladesh 2,084
Vietnam 886
India 529
China 341
Cambodia 159
Thailand 375
Filipina 311
Pakistan 189
Lain-lain 458
Kos makan dan minum yang tidak termasuk kos-kos lain bagi setiap
tahanan di sesebuah depot tahanan Imigresen bagi berjumlah RM10.56
sehari secara purata. Jadi, spesifikasi nutrisi makan bagi tahanan di depot
tahanan Imigresen adalah berdasarkan cadangan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, seperti pada 6 September
2020 jumlah operasi yang telah kita lakukan oleh Jabatan Imigresen
Malaysia kita adalah sejumlah 5,103 operasi. Tangkapan PATI adalah
seramai 19,190 orang dan serah diri atau kita tangkap di pintu masuk
negara kita adalah seramai 9,092 orang dan jumlah besar adalah seramai
28,282 orang. Majikan yang ditangkap pada tahun 2020 iaitu pada tahun ini
sejumlah 271 orang.
NO SOALAN: 2
Bagi mengurangkan kos tanggungan kerajaan atau bebanan kerajaan,
pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya berbincang dengan
negara-negara asal PATI ini dan kita telah bertindak menghantar pulang
seramai 24,078 orang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan model hab coklat yang
akan dibangunkan di Langkawi dan sejauh mana impak positif kepada
industri koko di Malaysia dalam jangka pendek dan panjang.
NO SOALAN: 3
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Industri koko negara telah menyumbang kepada pendapatan
eksport sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2019 dengan sumbangan di
sektor hiliran koko kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara sebanyak RM1.6 bilion manakala sumbangan bagi enam (6)
bulan pertama tahun 2020 adalah sebanyak RM413.43 juta.
Produk-produk berasaskan koko Malaysia mempunyai pasaran
yang luas dan diterima baik oleh pengguna pada peringkat
antarabangsa. Sektor pembuatan coklat mencatat pendapatan eksport
sebanyak RM1.14 bilion, iaitu 17.3 peratus daripada jumlah pendapatan
eksport koko dan produk-produk koko pada tahun 2019, iaitu
peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagi
enam (6) bulan pertama tahun 2020, eksport produk coklat mencatatkan
pendapatan sebanyak RM425.67 juta.
Pewujudan hab coklat di Pulau Langkawi akan merancakkan
pembangunan sektor hiliran koko di pulau ini dengan meningkatkan
aktiviti pengeluaran serta promosi produk-produk coklat oleh usahawan
tempatan. Model pewujudan hab coklat di Langkawi adalah
menggalakkan penyertaan usahawan coklat tempatan dengan
menyediakan rangkaian niaga setempat yang dilengkapi pelbagai
kemudahan untuk pembuatan dan penjualan coklat. Usaha ini akan
menarik lebih ramai usahawan terbabit dalam pembangunan hab coklat
NO SOALAN: 3
ini, sekali gus mempertingkat industri pelancongan tempatan. Di
samping itu, aktiviti promosi produk-produk coklat di Langkawi
dipergiatkan lagi melalui kerjasama dengan pihak industri terutamanya
premis jualan bebas cukai bagi menjual produk coklat keluaran
tempatan khususnya usahawan coklat. Sebagai nilai tambah kepada
hab ini, sebuah Muzium Coklat akan dibangunkan oleh syarikat swasta
dengan kerjasama kerajaan negeri.
Hab coklat yang dibangunkan di Langkawi dijangka akan
memberikan kesan dan impak yang besar kepada industri pembuatan
coklat tempatan seperti berikut:
(i) lima (5) jenama produk coklat tempatan dijangka menembusi
pasaran antarabangsa pada akhir tahun 2025; (Ryverra
Chocolate, Grandeur, Malsa, D&J Chocolate dan Hazleen
Chocolate).
(ii) purata pendapatan usahawan coklat dijangka akan
meningkat sebanyak 10% setahun kepada RM16 juta pada
akhir tahun 2025 berbanding RM10.7 juta pada tahun 2019;
(iii) penggunaan koko domestik dijangka akan meningkat
sebanyak 2% setahun kepada 23,000 tan metrik pada akhir
tahun 2025 berbanding 21,000 tan metrik pada tahun 2019;
dan
(iv) peningkatan pekerja di sektor PKS berasaskan koko
meningkat sebanyak 3% setahun kepada 394 pekerja pada
akhir tahun 2025 berbanding 342 pekerja pada tahun 2019.
NO SOALAN: 3
Selain itu juga, pewujudan hab coklat di Pulau Langkawi akan
merancakkan lagi permintaan kepada produk-produk coklat terutamanya
produk-produk coklat tempatan. Bagi memenuhi permintaan kepada
produk coklat tempatan, penggunaan koko domestik juga dijangka akan
meningkat secara langsung dan oleh itu industri huluan koko juga akan
berkembang. Dalam hal ini, pihak Kementerian akan meneruskan
pemberian bantuan bagi menggalakkan penanaman koko melalui
program-progam Kluster Koko di Ranau, Kota Samarahan dan Raub.
Pengisar-pengisar sedia ada dijangka akan lebih banyak menggunakan
biji koko tempatan bagi mengeluarkan produk-produk koko separa
proses. Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada biji koko kering
yang diimport dari negara-negara benua Afrika. Permintaan kepada biji
koko tempatan akan membantu untuk memberikan harga yang lebih
kompetitif kepada pengusaha koko.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 4
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan perancangan Kerajaan bagi menjajarkan semula laluan asal
Bahagian ECRL melalui Bentong, Gombak ke Pelabuhan Kelang agar
ianya sejajar dengan jaringan bersepadu pengangkutan rel di
semenanjung Malaysia terutama Pantai Timur.
NO SOALAN: 4
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jajaran projek ECRL ini
telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Seksyen A (jajaran dari Kota
Bharu – Dungun), Seksyen B (jajaran dari Dungun – Mentakab) dan
Seksyen C (jajaran dari Mentakab – Pelabuhan Klang).
2. Pada masa ini, jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang)
sedang dikaji dan diperhalusi terutamanya laluan asal yang melalui
Bentong, Gombak dan seterusnya ke Pelabuhan Klang. Cadangan asal
projek ECRL pada tahun 2018 iaitu sebelum penggantungan projek telah
mengambilkira pembinaan sistem landasan bagi tolok meter (meter
gauge) bagi KTMB dan tolok standard (standard gauge) bagi ECRL yang
akan dibina dari Serendah ke Pelabuhan Klang. Stesen Serendah telah
dikenalpasti sebagai stesen yang sesuai bagi pertukaran (interchange)
penumpang dan juga barangan atau kargo di antara ECRL dan KTMB.
Melalui stesen ini, kedua-dua perkhidmatan ini (ECRL dan KTMB) akan
dapat mengintegrasi serta meningkatkan jaringan rel di antara negeri-
negeri di Pantai Timur dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.
3. Cadangan pembinaan laluan ECRL dan laluan KTMB dari
Serendah ke Pelabuhan Klang bakal memberi manfaat kepada Kerajaan
terutamanya dalam penjimatan kos perbelanjaan projek sekaligus dapat
menjimatkan tempoh penyelarasan dan pembinaan bagi kedua-dua
laluan ini.
NO SOALAN: 4
4. Seterusnya pihak Kerajaan akan berunding semula dengan pihak
Kerajaan China dan kontraktor utama projek bagi mendapatkan kepastian
mengenai implikasi kos dan jadual pelaksanaan projek. Hasil rundingan
ini akan dibentangkan kepada Kerajaan bagi keputusan muktamad
mengenai jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang) projek
ECRL.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 5
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Razali Bin Idris minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah kelompok bersasar termasuk kumpulan yang tiada
pekerjaan kerana terjejas akibat COVID-19 yang menikmati lanjutan
moratorium pinjaman.
NO SOALAN: 5
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
pada 29 Julai, menjelang tamatnya moratorium secara umum
pada 30 September, industri perbankan akan melanjutkan
moratorium pinjaman secara bersasar dan memberikan fleksibiliti
pembayaran balik pinjaman kepada golongan yang terjejas akibat
COVID-19, seperti individu yang kehilangan pekerjaan dan
individu serta perniagaan yang mengalami pengurangan
pendapatan. Para peminjam hanya perlu memberi maklum balas
kepada bank serta memberikan sedikit maklumat yang diperlukan
untuk mengesahkan status mereka.
2. Institusi perbankan telah memberikan komitmen dan berusaha
keras untuk menghubungi para peminjam yang mungkin
memerlukan bantuan. Setakat 28 Ogos 2020, sekitar 2 juta lebih
telah dihubungi bank untuk ditawarkan bantuan pembayaran balik.
3. Daripada jumlah ini, institusi perbankan telah berbincang dengan
1.1 juta peminjam yang telah memberi maklum balas, dan hampir
300 ribu peminjam telah mengesahkan yang mereka betul-betul
memerlukan bantuan pembayaran balik, manakala, selebihnya
sedang mempertimbangkan opsyen bantuan yang disediakan.
Angka ini dijangka akan terus meningkat dengan ketara di mana
NO SOALAN: 5
peminjam boleh memohon dengan mudah melalui pelbagai
saluran yang telah disediakan.
4. Daripada permohonan bantuan pembayaran balik pinjaman yang
lengkap diterima dan diproses, 97% telah diluluskan. Proses
permohonan bagi pelanggan individu dijangka mengambil masa
antara 1 hingga 5 hari manakala bagi PKS dijangka mengambil
masa antara 3 hari hingga 2 minggu selepas permohonan lengkap
diterima bank.
5. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana fleksibiliti yang diberikan
kepada peminjam sepanjang tempoh ini tidak akan terpapar dalam
laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)
peminjam.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 6
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dato' Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan apakah kerjasama Kementerian dengan
Perbadanan Pelancongan Kedah dalam membantu Pusat Kraftangan
Malaysia di Langkawi bagi mempromosi produk tempatan kepada
pelancong luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
NO SOALAN: 6
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berikutan pengisytiharan
dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada
18 Mac 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
telah mengumumkan pembatalan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020
dengan serta-merta. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna usaha
mempromosi produk kraf tempatan turut terhenti, malah usaha ini terus
sentiasa dijalankan.
2. Di Langkawi, Pusat Kraftangan Malaysia atau lebih dikenali sebagai
Kompleks Kraf Langkawi merupakan pusat sehenti kraf yang diwujudkan
untuk mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan di sekitar
Langkawi. Antara produk kraf yang dipasarkan di Kompleks Kraf ini
adalah batik, ukiran kayu, seramik, kristal, anyaman mengkuang dan
produk kampung hiliran seperti manik, siput serta tempurung kelapa.
3. Kompleks Kraf Langkawi bekerjasama dengan Perbadanan
Pelancongan Kedah melalui Tourist Information Centre (TIC) yang
terletak di tiga (3) lokasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
serta Jeti dan Kompleks Pekan Rabu, Kuah bagi tujuan promosi dan
publisiti mengenai produk kraf tempatan. Di samping itu, hebahan juga
dibuat menggunakan platform media sosial masa kini yang lebih mudah,
menjimatkan masa dan menjimatkan kos pengiklanan.
4. Selain itu, pembangunan produk kraf baharu turut dilaksanakan
bagi segmen produk pelancongan berbentuk cenderamata khususnya
NO SOALAN: 6
bagi produk kristal, ukiran kayu, seramik dan batik ikat celup untuk
ditawarkan kepada pelancong dalam dan luar negara.
5. Kerjasama bersama Perbadanan Pelancongan Kedah dan TIC ini
dapat membantu Kompleks Kraf Langkawi mempromosikan produk
tempatan kepada pelancong tempatan dan dari luar negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 7
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah
Kementerian mempertimbangkan untuk menukar lantikan kontrak
pegawai perubatan, doktor dan petugas kesihatan kepada lantikan tetap
bagi memastikan kesediaan sektor kesihatan negara apabila COVID-19
menunjukkan keperluan pegawai perubatan dan petugas kesihatan yang
ramai.
NO SOALAN: 7
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Lantikan secara kontrak dibuat bagi membolehkan graduan diberi
penempatan untuk tujuan pendedahan pengalaman dalam bidang
masing-masing menerusi latihan siswazah dan/ atau khidmat wajib
tanpa tertakluk kepada perjawatan tetap. Oleh itu, sekiranya kita
fahami isu ini dengan teliti, sebenarnya langkah untuk melantik
graduan secara kontrak itu sendiri adalah satu bentuk
penyelesaian yang telah diambil oleh Kerajaan.
2. Pegawai lantikan kontrak boleh dipertimbangkan pelantikan tetap
bergantung kepada kekosongan jawatan sedia ada dan juga jawatan
baharu yang boleh diwujudkan dari semasa ke semasa. Selain
daripada melalui pengisian jawatan baharu yang diwujudkan,
pegawai juga boleh dipertimbangkan pelantikan tetap apabila
jawatan sedia ada dikosongkan berikutan faktor atrisi seperti
persaraan dan peletakan jawatan.
3. Walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan
perjawatan tetap baharu secara tukar ganti sebanyak 10,675, namun
ia diberikan secara berfasa bagi tujuan menangani keperluan
perkhidmatan di fasiliti baharu dan yang dinaik taraf. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 997 adalah jawatan Pegawai Perubatan, 154
Pegawai Pergigian dan 282 Pegawai Farmasi. Selain itu, antara
NO SOALAN: 7
perjawatan tetap lain yang dipertimbangkan adalah 3,296 jawatan
Jururawat, 1,008 jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan 247
jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian. Dengan kelulusan
perjawatan tersebut, sebahagian daripada pegawai lantikan kontrak
boleh dipertimbangkan pelantikan tetap.
4. Dalam masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
melalui instrumen International Health Regulations (IHR) 2005
(dengan izin) iaitu penilaian aktiviti terhadap Malaysia telah diadakan
pada 21 hingga 25 Oktober 2019 meliputi 19 bidang / skop teknikal
termasuk sumber manusia. Berdasarkan penilaian tersebut,
Malaysia dinilai sebagai sebuah negara yang mempunyai keupayaan
dan komitmen dalam menangani pandemik dan wabak penyakit dan
ianya terbukti melalui pencapaian Malaysia dalam menangani
pandemik COVID-19.
5. Bagi memenuhi keperluan penyampaian perkhidmatan dengan
kekangan perjawatan yang terhad, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) buat masa ini akan terus menggunakan pendekatan melantik
secara kontrak skim-skim perkhidmatan yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 8
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status
penambahan 7 pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara bagi
memberi manfaat kepada sejumlah hampir 11 ribu OKU seperti
dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
NO SOALAN: 8
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC)
merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk
memperkasakan Orang Kurang Upaya (OKU) serta membolehkan
mereka bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. OKU juga
mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan diberi
penghormatan sebagai individu dalam masyarakat.
ILC terbuka kepada semua OKU terutama yang tinggal berhampiran dan
dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan / kurang upaya tahap
teruk. Pusat ini juga menyasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan
secara berdikari, yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau
di bawah jagaan ahli keluarga.
Sehingga akhir tahun 2020, sebanyak tujuh (7) buah ILC dapat
ditubuhkan di mana dua (2) buah ILC telah beroperasi sehingga kini iaitu
di Petaling Jaya, Selangor dan di Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor. Manakala lima (5) buah ILC lagi akan
ditubuhkan di Kedah, Selangor, Sabah, Sarawak dan Johor sehingga
akhir Disember 2020. Sehingga kini, seramai 1,004 OKU telah mendapat
manfaat daripada perkhidmatan di 2 buah ILC yang telah beroperasi.
Antara faktor pemilihan lokasi bagi penubuhan ILC adalah taburan OKU
yang memerlukan perkhidmatan ILC, terdapat Pertubuhan Bukan
NO SOALAN: 8
Kerajaan (NGO) yang bersedia untuk mengendalikan ILC berkaitan dan
mematuhi standard piawaian keperluan OKU yang telah ditetapkan oleh
pihak kerajaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 9
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL
SINGH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta PERDANA MENTERI
menyatakan statistik jumlah penjawat awam yang masih dalam "kontrak"
perkhidmatan di semua Kementerian dan adakah apa-apa pelan untuk
menjadikan penjawat awam kontrak yang telah berkhidmat lebih dari 10
tahun dijadikan pekerja tetap secara automatik.
NO SOALAN: 9
JAWAPAN
[YB DATUK SHABUDIN BIN YAHAYA, TIMBALAN MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-
UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan
pengumuman Bajet 2016, Kerajaan telah bersetuju untuk melantik secara
tetap bagi pegawai lantikan kontrak yang telah dilantik sebelum atau pada
23 Oktober 2015. Keputusan Kerajaan untuk melantik secara tetap
Pegawai-pegawai Kontrak, Contract of Service (COS) yang telah
berkhidmat selama 15 tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan
Kerajaan atas segala sumbangan serta khidmat bakti pegawai-pegawai
kontrak tersebut kepada negara.
Seramai 22,080 orang pegawai COS lantikan sebelum atau pada
23 Oktober 2015 telah dikenalpasti untuk dilantik tetap secara
berperingkat sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan. Sehingga kini, seramai 11,796 orang pegawai COS telah
dilantik tetap dan bakinya seramai 10,284 orang pegawai COS akan
dilantik tetap dalam perkhidmatan awam sepanjang tempoh tahun 2020
hingga 2031. Jumlah penjawat awam yang dilantik secara kontrak
sehingga 20 Julai 2020 adalah seramai 23,652 orang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 10
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Manolan Bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Luar
Bandar menyatakan berapakah jumlah bantuan perniagaan yang
diberikan kepada usahawan Orang Asli pada tahun 2019 dan berapakah
jumlah peruntukan yang disalurkan.
NO SOALAN: 10
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pada tahun 2019, seramai 54 orang usahawan Orang Asli telah
menerima geran bantuan usahawan yang diberikan kepada usahawan
Orang Asli di seluruh negeri. Usahawan-usahawan Orang Asli yang
telah menerima bantuan daripada Kerajaan melalui JAKOA adalah
terdiri daripada usahawan kedai makan, pengusaha ternakan madu
kelulut, peniaga kedai runcit, pengusaha bakeri, usahawan dalam
bidang dandanan dan solekan dan juga usahawan dalam bidang
fotografi.
Jumlah keseluruhan bantuan yang diperuntukkan oleh JAKOA kepada
usahawan Orang Asli pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 671 ribu.
Untuk makluman, bantuan yang diberikan kepada usahawan-usahawan
Orang Asli ini dilaksanakan melalui kaedah perolehan oleh JAKOA
berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 11
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KE TIGA,
PARLIMEN EMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak Kementerian untuk
menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan apakah
faktor utama yang menyebabkan pendatang tanpa izin ini semakin
berleluasa di negara ini.
NO SOALAN: 11
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat.
Seperti mana yang telah saya tegaskan dalam siri-siri jawapan saya di dalam
Dewan yang mulia ini bahawa pihak kerajaan menerusi KDN sangat serius
untuk membendung kemasukan PATI di dalam negara kita demi
keselamatan dan juga kedaulatan negara kita. Oleh sebab itulah dari masa
ke semasa pihak Kementerian Dalam Negeri mengadakan operasi
bersepadu seperti mana yang saya sebut tadi bersama dengan Angkatan
Tentera Malaysia dalam OPS Benteng di sempadan-sempadan supaya
lorong-lorong tikus dapat kita kawal dan juga di dalam perairan ataupun di
laut luas kita bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Bagi kerjasama di peringkat kerajaan negeri, kita juga menggalakkan
supaya pihak kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan dan
pemimpin-pemimpin komuniti seperti JKK, JKKP dan juga mana-mana
orang ramai menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada pihak kerajaan supaya
menyalurkan maklumat jika terdapat risikan dan maklumat mengenai PATI
yang berada di sekitar komuniti masing-masing termasuk juga RELA yang
telah kita amanahkan supaya menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ bagi pihak
kerajaan.
Dalam mengukuhkan penguatkuasaan pendatang tanpa izin ini, KDN telah
NO SOALAN: 11
menggariskan lima Pelan Holistik Penguasaan PATI yang saya telah
sebutkan pada hari semalam iaitu:
(i) Strategi Perundangan dan Dasar Penguatkuasaan PATI;
(ii) Strategi Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk;
(iii) Strategi Pengurusan Pekerja Asing;
(iv) Strategi Operasi Penguatkuasaan PATI; dan
(v) Strategi Media dan Publisiti.
Bagi soalan kenapa PATI suka datang ke negara kita. Kita tahu bahawa
negara kita ada kestabilan politik dan diharapkan kestabilan politik ini
berterusan. Kita ada mempunyai ekonomi yang baik dan kadar upah bagi
pekerja-pekerja di dalam negara kita daripada warganegara asing sangat
tinggi berbanding dengan kadar upah di negara sumber atau negara asal
mereka. Jadi sebab itulah saya percaya inilah di antara sebab utama kenapa
PATI atau pekerja asing suka, minat datang ke negara kita.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 12
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sama ada Kerajaan bercadang menawarkan perkhidmatan ujian COVID-
19 bagi guru-guru sekolah secara percuma dan berkala, dan apakah
langkah-langkah untuk menjamin kesihatan guru-guru dan pegawai-
pegawai pelajaran yang selalu bersama murid-murid.
NO SOALAN: 12
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan membuat
penilaian risiko bagi pelaksanakan ujian pengesanan COVID-19.
Kini, ujian dijalankan adalah ke atas individu yang bergejala dan
berisiko tinggi sahaja. Buat masa ini juga, tidak terdapat keperluan
untuk menyediakan perkhidmatan ujian COVID-19 secara percuma
dan berkala bagi guru-guru sekolah melainkan sekolah tersebut
terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD).
2. Kerajaan juga telah membangunkan Prosedur Operasi Standard
(SOP) untuk pelbagai sektor dan sub-sektor termasuklah bagi Sektor
Pendidikan. Justeru, pematuhan kepada SOP ini adalah penting bagi
memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 di sekolah.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 13
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK
INSOL
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian
masih memberi bantuan untuk membina jalan ladang kepada pekebun
kecil persendirian sawit dan apakah kriteria permohonan bagi bantuan
tersebut.
NO SOALAN: 13
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) masih
memberikan bantuan untuk membina jalan ladang pekebun kecil (JLPK)
persendirian kepada pekebun kecil persendirian komoditi di bawah
Kementerian ini iaitu sawit, getah, lada, koko dan kenaf yang
dilaksanakan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kriteria
permohonan bagi bantuan tersebut mengikut keutamaan berikut:
(a) Meliputi jalan ke kebun/ ladang milik persendirian pekebun-
pekebun kecil persendirian yang diselia di bawah Agensi-
agensi KPPK;
(b) Keutamaan kepada jalan ke ladang yang sedang diusahakan/
dimajukan oleh pekebun-pekebun kecil agar dapat menjadi
rangkaian perhubungan yang bermanfaat kepada penduduk
sekitarnya mengangkut input pertanian dan mengeluarkan
hasil tanaman;
(c) Menjadi laluan utama mengangkut input pertanian dan
mengeluarkan hasil tanaman yang digunakan oleh pekebun
kecil persendirian dan orang ramai di kampung berhampiran;
(d) Jalan yang menghubungkan jalan besar/ jalan utama dengan
jalan ladang/ pertanian/ pekebun kecil tidak terselia sebagai
NO SOALAN: 13
laluan utama kenderaan bagi mengangkut input dan hasil
pertanian; dan
(e) Keutamaan projek JLPK adalah yang bernilai kurang RM500
ribu supaya pelaksanaan JLPK dapat dibuat secara sebut
harga dan pelaksanaannya dilakukan segera serta siap
sepenuhnya pada tahun semasa.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi pekebun-pekebun kecil
yang berhasrat dan memerlukan jalan ladang, permohonan boleh dibuat
melalui agensi-agensi KPPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia
(LKM), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Lembaga
Lada Malaysia (MPB) di peringkat negeri masing-masing untuk cadangan
permohonan JLPK di peringkat Kementerian. Permohonan ini akan
dipertimbangkan oleh pihak Kementerian tertakluk kepada peruntukan
yang diluluskan oleh Kerajaan pada tahun semasa dan kesesuaian lokasi
dengan mengambil kira kelebaran rezab jalan, bahu jalan serta kegunaan
jalan yang boleh memberikan manfaat kepada ramai pekebun kecil di
kawasan yang berkenaan.
Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), projek JLPK
telah diluluskan peruntukan sebanyak RM64.8 juta untuk pelaksanaan
263 projek jalan ladang pekebun kecil persendirian dengan jarak 524 km
sepanjang tempoh 2016 sehingga tahun 2020. Setelah mengambil kira
pelaksanaan JLPK dalam RMKe-11 tersebut, kos projek ini mempunyai
baki sebanyak RM16.7 juta. Oleh yang demikian, projek ini telah dipohon
sebagai projek sambungan dalam RMKe-12.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 14
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pembelajaran
para pelajar terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak
terjejas dan keciciran akibat penularan wabak COVID-19.
NO SOALAN: 14
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar
ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom
dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku
teks digital, video PdP, kuiz dan video permainan pembelajaran. Selain
itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan CikgooTube untuk
membantu dalam pembelajaran anak mereka di rumah.
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses
pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai
untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui
saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan
NO SOALAN: 14
radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,
Terengganu FM dan Johor FM.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan
penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu
lalu di sekolah.
Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad
berbanding kaedah secara bersemuka.
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya,
guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-
kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata
pelajaran yang diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 15
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk memperbaiki sistem
pengangkutan awam di Kota Kinabalu khasnya untuk menghubungkan
bandar sekitarnya seperti Penampang, Putatan dan Inanam
NO SOALAN: 15
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian
Pengangkutan adalah amat perihatin dan sentiasa melaksanakan langkah-
lanhkah untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam di kawasan
bandar dan di luar bandar di seluruh negara secara berterusan.
2. Sebagai salah satu usaha mengadakan perkhidmatan pengangkutan
awam yang holistik dan berkesan, menerusi permit-permit yang telah
diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Negeri Sabah, Kementerian Pengangkutan telah menyokong penyediaan
perkhidmatan pengangkutan bas berhenti-henti, bas mini, teksi dan e-
hailing yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan kawasan Penampang,
Putatan dan Inanam.
3. Pihak LPKP Sabah juga secara berterusan, sentiasa meneliti permit-
permit perkhidmatan bas henti-henti, teksi dan e-hailing yang telah
diluluskan, dan sekiranya mempunyai keperluan dan permintaan daripada
penumpang, permit-permit tambahan boleh dipertimbangkan bagi
menyediakan perkhidmatan tambahan di ketiga lokasi terbabit.
4. Selain itu, perkhidmatan teksi dan e-hailing adalah merupakan pilihan
tambahan kepada orang ramai atau penumpang tempatan dari segi
kesinambungan peringkat pertama dan terakhir perjalanan atau pun “first
and last mile connectivity”. Kedua-dua perkhidmatan ini mudah dicapai dan
NO SOALAN: 15
operasinya boleh menjangkau ke seluruh negeri Sabah termasuk ketiga-
tiga kawasan terlibat.
5. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Pengangkutan
pada masa ini sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan
dalam usaha memperkenalkan satu sistem perkhidmatan bas henti-henti di
kawasan Kota Kinabalu dan kawasan utama di sekitarnya di bawah
Program Transformasi Bas Henti-Henti atau Stage Bus Services
Transformation Programme (SBST). Program ini kelak akan mempunyai
modus operandi yang sama seperti mana yang sedang berjalan di
beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk di Seremban, Kuala
Terengganu dan Ipoh. Proses perbincangan berkenaan masih berlangsung
dan dijangka dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun 2020.
6. Menerusi penyediaan perkhidmatan bas henti-henti di bawah
program SBST, satu perkhidmatan bas henti-henti yang moden, selamat,
efisien, menyeluruh dan berkesan akan dapat disediakan untuk kebaikan
dan membawa manfaat kepada penduduk tempatan di Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 16
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. NUING JELUING
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
berkenaan jalan sisir pantai dan jambatan-jambatan di Sarawak yang
telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat waktu Barisan Nasional memegang
tampuk Kerajaan tetapi telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan
Harapan. Adakah Kerajaan Pusat sekarang akan membiayai kos
pembinaan tersebut memandangkan kini Kerajaan Negeri Sarawak
(GPS) bersama dalam kumpulan Perikatan Nasional (PN) membentuk
Kerajaan Persekutuan.
NO SOALAN: 16
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, terdapat enam (6) projek
jambatan pesisir pantai yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di
Sarawak. Tiga (3) daripadanya telah siap pembinaan dan sedia digunakan
oleh orang awam iaitu:
1. Pembinaan Jambatan Batang Sadong, Kampung Buloh, Samarahan,
Sarawak, sepanjang 1.48 km dengan kos keseluruhan sebanyak RM231
juta dan telah siap pembinaan pada 4 Oktober 2016;
2. Pembinaan Jambatan Sungai Rimbas, Pusa, Betong, Sarawak
sepanjang 0.3 km dengan kos keseluruhan sebanyak RM48 juta dan telah
siap pembinaan pada 6 November 2017; dan
3. Pembinaan Jambatan Samarahan, Bahagian Samarahan sepanjang 0.7
km dengan kos keseluruhan sebanyak RM120 juta dan telah siap
pembinaan pada 22 Jun 2018.
Manakala bagi tiga (3) lagi jambatan yang telah dibatalkan semasa
pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan ialah:
1. Membina Jambatan Batang Lupar, Bahagian Samarahan sepanjang 5
km dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM1.0 bilion;
2. Membina Jambatan Batang Igan, sepanjang 1.34 km dengan anggaran
kos pembinaan sebanyak RM310.8 juta; dan
3. Membina Jambatan Batang Rambungan, Matang, Kuching sepanjang
NO SOALAN: 16
0.6 km dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM142.2 juta.
Berkenaan pelaksanaan jambatan yang telah dibatalkan, peruntukan
ketiga-tiga projek tersebut telah digantikan dengan Projek Sarawak-Sabah
Link Road dengan kos sebanyak RM1.2 bilion. Selain itu, Kerajaan
Persekutuan turut mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Sarawak
telah mengambil alih serta meneruskan pelaksanaan projek ketiga-tiga
jambatan berkenaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 17
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAL
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Paul Igai minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai
penyakit berjangkit yang terkini dan nyatakan penyakit berjangkit
(infectious) yang mempunyai vaksinnya dan yang masih belum
mempunyai vaksin.
NO SOALAN: 17
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh berjangkit kepada
manusia, disebabkan oleh bakteria, virus, parasit atau fungus.
Contoh penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria adalah
penyakit Tibi, kusta, batuk kokol, difteria, tetanus, gonorrhea, sifilis,
tifoid dan kolera. Contoh bagi penyakit yang disebabkan oleh virus
pula adalah penyakit Hepatitis, Polio, Demam Campak, Rubella,
Beguk, denggi, Japanese Enchepalitis, Chikungunya, Zika, Middle
East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS), COVID-19, Avian
influenza, HIV, Cacar air, Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
dan rabies. Penyakit seperti malaria pula adalah disebabkan oleh
parasit. Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988, terdapat 31 penyakit berjangkit yang perlu
dinotifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Vaksin bertindak meningkatkan imuniti seseorang terhadap penyakit
berjangkit secara khusus. Contoh penyakit berjangkit yang
mempunyai vaksin adalah Tuberculosis, Hepatitis B, Difteria,
Kancing Gigi (Tetanus), Batuk Kokol (Pertussis), Polio, Haemophilus
influenzae Type b (Hib), Campak (Measles), Rubella, Beguk
(Mumps), Japanese Encephalitis (JE), Human Papillomavirus (HPV),
rabies, demam kuning, meningococcal meningitis, hepatitis A, kolera
dan tifoid. Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, terdapat 10
NO SOALAN: 17
jenis vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak untuk
mencegah 12 jenis penyakit berjangkit.
3. Selain daripada penyakit-penyakit yang telah dinyatakan, penyakit-
penyakit yang masih belum ada vaksin adalah seperti Chancroid,
demam denggi, disenteri, ebola, leptospirosis, kusta, MERS-CoV,
malaria, HFMD dan juga COVID-19.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 18
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan apakah status terkini penglibatan rakyat khususnya belia
dalam e-sports dan perancangan dari pihak Kementerian untuk
meneruskan pembangunan e-sports di negara ini.
NO SOALAN: 18
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, rakyat Malaysia menunjukkan
penglibatan aktif dalam bidang sukan elektronik (dengan izin: e-
sports) ini di mana mengikut perangkaan dari Newzoo, sebuah
firma penyelidikan berfokuskan sukan elektronik (2019), terdapat
hampir 20.1 juta pemain sukan elektronik termasuk (dengan izin)
permainan mobile, PC dan console di negara kita.
2. Kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah
melancarkan “Blueprint Sukan Elektronik Malaysia” yang pertama
pada tahun 2019 bagi memastikan program pembangunan e-
sports ini dilakukan secara menyeluruh. Untuk itu, pelbagai inisiatif
telah dirangka, antaranya:
a) Penganjuran Sirkit Sukan Elektronik Kebangsaan yang
akan dijadikan platform utama bagi pemain-pemain profesional
dan amatur.
b) Mewujudkan ‘Esports Hub’ sebagai pusat latihan dan
penganjuran kejohanan mengikut zon. Sebagai permulaan,
Kementerian sedang merancang Esports Hub Zon Utara di
Pulau Pinang.
c) KBS National Centre sebagai pusat sehenti dengan
kemudahan-kemudahan seperti dewan kejohanan,
penginapan, tempat makan, serta tumpuan latihan khusus atlet
NO SOALAN: 18
profesional dan amateur.
d) Esports Integrated (ESI) bagi mempromosikan ekosistem
industri sukan elektronik yang mampan.
e) Pengiklanan dan promosi melalui beberapa siri bual bicara
bersama pemegang taruh e-sports seperti pemain industri,
(dengan izin) streamer (content creator) dan pemain-pemain
profesional.
f) Penglibatan wanita akan turut dijadikan elemen penting bagi
memastikan lebih ramai wanita turut terlibat dalam
pembangunan sukan elektronik ini.
3. Selain itu, Kementerian sedang merancang penambahbaikan pusat-
pusat siber dan menambah baik studio e-sports bagi memastikan
pusat-pusat latihan khusus wujud di setiap negeri. Banyak peluang
pekerjaan dapat dicipta, terutamanya bagi golongan belia yang
ingin berkecimpung dalam industri ini, contohnya sebagai pemain
profesional atau jurureka grafik.
4. Kementerian dengan kerjasama Persekutuan Sukan Elektronik
Malaysia (MESF) telah menganjurkan Kejohanan Esports secara
dalam talian pada 7 hingga 30 April 2020 lalu.
MyEsports 1.0 dan MyEsport 2.0 ini telah mengumpul penyertaan
aktif rakyat Malaysia dengan penyertaan seramai 20,560 golongan
belia dari pelbagai bangsa.
NO SOALAN: 18
5. Bagi persediaan untuk SUKMA Johor 2020, Kementerian Belia dan
Sukan telah melaksanakan Pertandingan MyEsports PES20 di 15
negeri dan wilayah bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2020.
Pertandingan MyEsports PUBG turut dilaksanakan untuk pencarian
bakat baharu yang boleh diketengahkan ke mana-mana kejohanan
PUBG di peringkat antarabangsa.
6. Bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2020, dua program telah
dilaksanakan. Pertama, Kejohanan MyEsports Belia Malaysia
berlangsung dari 15 hingga 30 Ogos 2020 sebagai platform untuk
menggalakkan peminat e-sports mengenali dan menyertai
persatuan belia tempatan; 20,000 penyertaan dari belia
berpersatuan telah disasarkan. Program kedua adalah Merdeka E-
Sports Challenge bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020.
7. Kementerian Belia dan Sukan telah merancang dua program
sepanjang bulan September ini. Pertama, Program MyBorneo
Eforce Invitation 2020 akan disertai pasukan jemputan dari Brunei
dan Kalimantan Indonesia untuk bersaing dengan bakat tempatan.
Kedua, program KBS MyLadies PUBG adalah khusus untuk
peminat e-sports wanita dalam usaha melestarikan penyertaan
wanita dalam sukan ini. Kedua-dua program ini dijadualkan
bermula dari 19 September hingga 18 Oktober 2020.
8. Kejohanan MyEsports Hari Sukan Negara 2020 juga telah
dirancang dari 3 hingga 11 Oktober bersempena sambutan Hari
Sukan Negara 2020. Kejohanan ini turut mempertandingkan
permainan video terbaru iaitu EXIMIUS hasil buatan anak tempatan
Malaysia yang boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Melalui
NO SOALAN: 18
platform Hari Sukan Negara, pihak Kementerian turut membantu
mempromosikan video game EXIMIUS di kalangan peminat e-
sports tempatan.
9. Susulan kejayaan Bengkel E-Skill untuk memperkasa ekosistem
kerjaya dalam bidang e-sports di tiga zon pada tahun lepas; bagi
memenuhi permintaan tinggi daripada komuniti e-sports;
Kementerian akan meneruskan Bengkel E-Skill 2.0 di 15 negeri dan
wilayah bermula dari 26 September hingga 15 November 2020.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 19
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk
membela hak wanita dalam kalangan orang asli setelah ditinggalkan
oleh suami warganegara asing yang pulang ke negara asal.
NO SOALAN: 19
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sistem perlindungan sosial
yang sesuai mampu menjadi platform terbaik untuk membantu golongan
wanita di luar bandar dengan menitikberatkan keseimbangan dan
pembangunan keluarga akan menjamin sistem jaringan sosial yang
mantap untuk ibu tunggal Orang Asli khususnya.
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah
mengambil beberapa tindakan ke arah memperkasakan keseluruhan
Orang Asli termasuk ibu-ibu tunggal dalam kalangan masyarakat Orang
Asli dari segi sosial, ekonomi dan kekeluargaan, di antaranya:
a) memperkasakan kerjasama dengan rakan strategik keselamatan
di penempatan Masyarakat Orang Asli yang melibatkan pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung Orang Asli (MPKKOA) dan Tok Batin/ Penghulu orang
Asli di setiap daerah berkaitan;
b) mengadakan Program Bersama Rakyat (PBR) di beberapa buah
penempatan komuniti Orang Asli yang melibatkan beberapa NGO
dan Agensi Kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia
(JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), BOMBA, KKM, Yayasan Orang Asli
Pahang Prihatin, Yayasan Orang Asli Perak dan National
Diabetes Institute (NADI);
NO SOALAN: 19
c) program pembangunan usahawan yang mesra wanita dengan
kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan,
d) memantapkan program kempen kesedaran kepentingan gaya
hidup sihat bersama dengan pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) melalui Program Mini Mesra Kesihatan di
beberapa buah penempatan Masyarakat Orang Asli;
e) dalam proses merangka Garis Panduan Komuniti Sihat melalui
konsep “Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Orang Asli
bersama dengan pihak KKM di mana melibatkan modul
pengawalan ketagihan minum arak, pemakanan sihat, keluarga
sihat dan lain-lain lagi;
JAKOA dalam proses semakan pemurnian beberapa klausa bagi Akta
134 , Akta Orang Asli dan beberapa Garis Panduan berkaitan Orang Asli
ke arah memperkasakan hak institusi sosial kemasyarakatan dan
keluarga Orang Asli.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 20
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan sejauh mana keutamaan dan perhatian
perancangan Kerajaan bagi memastikan sektor pelancongan dalam
negeri, seni dan budaya Sarawak diperkukuhkan dalam kewaspadaan
semua pihak tentang gejala COVID-19.
NO SOALAN: 20
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sepertimana Yang Berhormat Senator sedia maklum, penularan
wabak COVID-19 telah memberi impak negatif yang sangat besar bukan
sahaja kepada industri pelancongan tempatan, malah turut memberi
kesan kepada industri pelancongan global. Bagi Malaysia, berikutan
pengisytiharan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
pada 18 Mac 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) telah mengumumkan pembatalan kempen Tahun Melawat
Malaysia 2020 dengan serta-merta.
2. Kejayaan Malaysia dalam membendung penularan pandemik
COVID-19 telah membolehkan sektor pelancongan domestik beroperasi
semula bermula 10 Jun 2020 yang lalu. Perkembangan ini
membolehkan penggiat industri pelancongan aktif semula dan
merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terjejas ketika tempoh
pelaksanaan PKP dan PKPB yang lalu dengan mengamalkan
pembudayaan baru seperti mematuhi prosedur operasi standard atau
SOP-SOP yang telah ditetapkan sebagai norma baharu aktiviti
pelancongan di Malaysia.
3. Kerajaan sedar bahawa pihak awam sedang menghadapi
kesukaran yang berat pada masa saat ini. Justeru, Kerajaan melalui
Kementerian ini telah merancang pelaksanaan Pelan Pemulihan
Pelancongan dan Kebudayaan dalam usaha membantu industri ini
bangkit semula.
NO SOALAN: 20
4. Usaha ini merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan
jangka panjang iaitu:
i. memulihkan kembali keyakinan orang awam untuk kembali
melancong melalui Kempen Malaysia Bersih dan Selamat;
ii. merancakkan semula pelancongan domestik;
iii. meneroka potensi mengadakan gelembung perjalanan atau
travel bubble dengan negara-negara jiran atau negara-
negara zon hijau yang telah dikenalpasti; dan
iv. memberi keutamaan kepada segmen yang telah dibenarkan
oleh Kerajaan seperti pelancongan kesihatan, taman tema
dan segmen Meetings, Incentives, Conferences and
Exhibitions (MICE).
5. Selain langkah-langkah keseluruhan yang diambil untuk
membantu industri ini di seluruh negara, usaha-usaha khusus untuk
negeri Sarawak yang telah dilaksanakan di bawah pelan pemulihan
tersebut termasuklah:
i. membangunkan perusahaan kraf oleh Kraftangan Malaysia;
ii. memberi bantuan pentadbiran dalam bentuk kewangan
kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) yang terjejas akibat
pandemik ini;
NO SOALAN: 20
iii. menawarkan kursus Domestic Tourism Vibes secara dalam
talian kepada pemandu pelancong berlesen yang akan tamat
tempoh pada tahun ini. Sehingga 31 Ogos 2020, seramai
142 orang pemandu pelancong Sarawak telah mengikuti
kursus ini;
iv. pengecualian bayaran fi lesen bagi pengusaha-pengusaha
pelancongan dan pemandu pelancong yang layak. Sehingga
24 Ogos 2020, sebanyak 25 buah syarikat pengusaha
pelancongan Sarawak telah menikmati inisiatif ini dengan
jumlah nilai pengecualian sebanyak RM17,375; dan
v. promosi bersama oleh Tourism Malaysia (TM) dengan
Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board –
STB) untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Negeri
Sarawak terutamanya dalam situasi COVID-19 dengan
mempromosikan program “Cuti-Cuti Sarawak”.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan status Projek Pusat Putra Asli di Kuala
Terengganu dan Pusat Latihan Paya Bungor di Maran, Pahang, Mini
RTC Bawong, Perak serta perancangan bagi pusat tersebut yang
tertangguh agak lama.
NO SOALAN: 21
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Terdapat 3 projek JAKOA yang tertangguh agak lama seperti yang
dibangkitkan oleh YB Senator Dato’ Isa iaitu;
1) Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli (PUTRA ASLI) adalah
projek tahun 2013 yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad
dengan kos sebanyak RM10.5 juta di atas tanah berkeluasan 3
ekar di Kampung Tok Jembal, Mukim Kuala Nerus, Kuala
Terengganu.
Projek pembinaan Putra Asli ini dibangunkan bertujuan untuk
memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Orang Asli yang
berpotensi cemerlang dalam bidang pendidikan dengan
menyediakan asrama dan pelbagai kemudahan lain seperti blok
pentadbiran, dewan makan, surau dan gelanggang permainan.
Status kemajuan sebenar terkini adalah sebanyak 99% iaitu
proses akhir penyiapan bangunan bagi mendapatkan CCC yang
dijangka akan diperolehi pada akhir tahun 2020.
2) Projek Menaiktaraf Pusat Latihan Paya Bungor di Maran, Pahang
dibina bertujuan untuk berfungsi sebagai pusat inkubator latihan
jahitan kepada masyarakat Orang Asli terutamanya golongan
wanita dan beliawanis.
NO SOALAN: 21
Projek yang dilaksanakan oleh Felcra Berhad pada 11 Mac 2016
ini melibatkan 2 fasa dengan kos sebanyak RM30 juta. Projek ini
dikategorikan sebagai lewat Jadual.
Status kemajuan sehingga 14 Ogos 2020 bagi pembinaan fasa
pertama ialah 93 % dan dijangka siap pada Oktober 2020.
Manakala status fasa kedua ialah 63 % dan dijangka selesai bulan
Jun 2021.
3) Projek pembinaan Mini RTC Bawong, Perak merupakan projek
pembinaan tahun 2017 dengan kos sebanyak RM30 juta dan
dilaksanakan oleh JKR Malaysia. Pusat ini diharap agar dapat
menjana ekonomi dan perkhidmatan sosial masyarakat Orang Asli
di kawasan berhampiran dengan adanya pelbagai kemudahan
yang disediakan.
Prestasi terkini pembinaan adalah sebanyak 84% dan
dikategorikan sebagai lewat jadual. Kementerian berusaha
meminta pihak kontraktor menyiapkan projek ini seberapa segera.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN :22
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Laksamana Pertama (b) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan penjelasan tempoh masa sebenar
keputusan rayuan bagi pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang
tidak layak agar tidak berlaku kekeliruan oleh rakyat.
NO SOALAN :22
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Ahli Berhormat,
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan salah satu bantuan yang
disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat yang diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data
Bantuan Sara Hidup. Manakala BPN bagi golongan M40 adalah
berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM). Keputusan ini diambil memandangkan impak COVID-19 yang
menjejaskan segenap lapisan masyarakat.
Permohonan baharu sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN
dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Manakala permohonan
rayuan BPN telah dibuka mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.
Sepanjang tempoh rayuan BPN, LHDNM akan menyemak semula
permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Borang
rayuan disediakan bagi membolehkan maklumat daripada perayu
direkodkan sebagai asas pertimbangan selanjutnya.
Bayaran rayuan BPN telah pun dibuat mulai 24 Jun 2020 melibatkan 160
ribu perayu yang layak dengan implikasi kewangan sebanyak RM0.14
bilion. Secara keseluruhannya, sehingga hujung Ogos 2020, seramai 10.58
NO SOALAN :22
juta orang telah menerima bayaran BPN dengan jumlah sebanyak
RM11.14 bilion, iaitu hampir 99.5% tahap pelaksanaan. Kerajaan kekal
komited dalam memastikan semua bantuan Kerajaan adalah berkesan dan
menepati kumpulan sasar yang ditetapkan, terutamanya golongan yang
terjejas akibat COVID-19.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 23
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) apakah faktor Kerajaan menghentikan operasi Hospital Medan di
Cox Bazar sejak Mac 2020; dan
(b) perancangan Kerajaan untuk meneruskan misi bantuan
kemanusiaan bagi membantu pelarian Rohingya di Cox Bazar.
NO SOALAN: 23
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Susulan penularan wabak pandemik COVID-19, Suruhanjaya Tinggi
Malaysia di Bangladesh telah mengatur kepulangan warganegara
Malaysia di Bangladesh termasuk Tim Operasi STARLIGHT-5 yang
sedang beroperasi untuk kembali ke tanah air bagi memastikan
keselamatan mereka daripada jangkitan wabak COVID-19. Kesemua
anggota Tim telah selamat tiba di tanah air pada 26 Mac 2020 yang lalu.
Keputusan untuk menangguhkan sementara keberadaan mereka di
Hospital Medan Malaysia (HMM) ini dibuat berdasarkan kepada faktor
keselamatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa
bertugas di sana berikutan bilangan kes COVID-19 di Bangladesh
termasuk di kawasan Cox’s Bazar dilaporkan masih tinggi dan belum
lagi menunjukkan trend penurunan dan faktor-faktor lain seperti trend
penurunan bilangan kes dan kehadiran pesakit ke HMM, serta
penambahan bilangan hospital medan lain.
Penurunan bilangan kes dan kehadiran pesakit ini adalah kerana
keadaan di kawasan misi semakin stabil, di samping pengukuhan dan
penambahan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh
pihak-pihak lain di kawasan Cox’s Bazar. Terdapat 6 hospital medan lain
di Cox’s Bazar yang dikendalikan oleh Kerajaan Turki dan NGO
antarabangsa, antaranya, seperti Medecins Sans Frontieres (MSF),
HOPE Foundation, MSF Spain, Bangladesh Red Crescent Society dan
NO SOALAN: 23
Friendship yang telah mengurangkan kebergantungan pelarian
Rohingya kepada HMM.
Kerajaan pada masa ini sedang menimbang mengenai hala tuju misi
bantuan kemanusian pelarian Rohingya di Cox’s Bazar yang melibatkan
operasi HMM berdasarkan faktor seperti trend penurunan bilangan kes
dan kehadiran pesakit, penubuhan hospital medan lain, ancaman wabak
COVID-19 di kawasan Cox’s Bazar dan keselamatan pasukan petugas.
Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengambil kira dan akan
terus memperjuangkan isu-isu mengenai pelarian Rohingya.
Terima kasih.
NO SOALAN: 24
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN
NAIR
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah langkah Kerajaan untuk menghapuskan aliran Sains
dan Sastera dalam tingkatan 4 akan melembapkan rancangan negara
dalam menghasilkan Teknokrat dan Saintis dalam mencapai 'Visi 2030'.
NO SOALAN: 24
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pelaksanaan kurikulum
baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
menawarkan dua pakej elektif mata pelajaran bagi peringkat menengah
atas mulai tahun 2020. Dua pakej elektif yang disediakan adalah Pakej
STEM dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan.
Penyediaan kedua-dua pakej ini bertujuan memberi peluang kepada
murid untuk memilih laluan pendidikan menerusi pakej mata pelajaran
yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan masing-masing.
Pakej elektif ini dibina bagi memenuhi keperluan murid untuk
menyambung pengajian ke peringkat tertiari seperti universiti, Program
Matrikulasi, pengajian Tingkatan Enam, politeknik, kolej komuniti dan
institusi lepasan menengah yang lain.
Di bawah pakej STEM, pakej mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
Pakej A semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia,
Biologi dan Matematik Tambahan; atau
Pakej B mana-mana DUA mata pelajaran sains tulen dan
Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya SATU
mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan
teknologi atau mata pelajaran bukan elektif STEM; atau
NO SOALAN: 24
Pakej C sekurang-kurangnya DUA mata pelajaran elektif STEM
sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-
mana SATU Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Pakej STEM A memberi peluang bagi murid yang berminat dan layak
untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi sains,
program matrikulasi dan Pengajian Tingkatan 6 seperti dalam bidang
sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan dan bioteknologi.
Sementara itu Pakej STEM B menyediakan laluan bagi murid yang ingin
menyambung pelajaran pada peringkat tertiari dan mencebur kerjaya
dalam bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan, sains komputer,
reka bentuk, teknologi pembuatan dan perakaunan.
Pakej STEM C pula memberi peluang murid yang berhasrat untuk
menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti
awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang menjurus
kepada laluan kerjaya seperti bidang perniagaan, reka bentuk fesyen,
hospitaliti dan reka bentuk media baharu (new media design).
Pakej STEM yang disediakan bermatlamat menghasilkan bakal pelajar
peringkat tertiari yang mampu menyertai bidang sains, teknologi dan
vokasional. Pakej STEM yang ditawarkan ini selaras dengan penawaran
program STEM di peringkat pendidikan tinggi dan telah mendapat
persetujuan serta kelulusan daripada pihak institusi pengajian tinggi
awam (IPTA). Maka penawaran Pakej STEM merupakan usaha yang
seiring dengan hasrat untuk menghasilkan teknokrat dan saintis bagi
mencapai Visi 2030.
NO SOALAN: 24
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 25
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan penjelasan apakah Kementerian bercadang untuk
memperkenalkan semula GST memandangkan SST yang diamalkan
sekarang ini bukan sahaja merupakan satu sistem percukaian yang tidak
telus malahan juga tidak dapat mengawal kenaikan harga barangan.
NO SOALAN: 25
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan bersedia untuk mendapatkan pandangan orang ramai termasuk
perniagaan mengenai kesesuaian apa-apa model cukai kepenggunaan
yang lain dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan cukai
jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan model GST
2014. Sebarang pertimbangan perlu meliputi kesan ke atas ekonomi, kos
sara hidup, mengambil kira kesan cukai ke atas harga barang serta
keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap, bersifat mudah ditadbir
dan tidak meningkatkan kos perniagaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
TARIKH : 08 SEPTEMBER 2020
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapa peratus wanita
yang telah mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berapa antara
syarikat tersebut yang aktif dan masih "dormant".
NO SOALAN: 26
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Berdasarkan kepada rekod yang disimpan di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sehingga 31 Julai 2020, secara keseluruhannya
sebanyak 691,454 syarikat pemilikan wanita telah didaftarkan di
SSM. Data adalah berdasarkan kepada pemegangan saham
sebanyak 51% oleh golongan wanita dalam syarikat.
2. Statistik tersebut menunjukkan jumlah syarikat pemilikan wanita
ialah 50.6% daripada jumlah keseluruhan syarikat yang telah
didaftarkan di SSM iaitu sebanyak 1,366,465 syarikat. Sebanyak
340,975 syarikat pemilikan wanita adalah aktif. Manakala 86,914
syarikat pemilikan wanita adalah dormant.
3. Pecahan statistik syarikat pemilikan wanita mengikut negeri dan
sektor perniagaan adalah seperti berikut:
(a) Statistik jumlah syarikat aktif pemilik wanita mengikut negeri
sehingga 31 Julai 2020:
Bil. Negeri Jumlah
1. Perlis 467
2. Kedah 8,148
3. Pulau Pinang 24,233
4. Perak 14,332
5. Selangor 88,626
NO SOALAN: 26
6. Kuala Lumpur 103,145
7. Putrajaya 105
8. Negeri Sembilan 6,157
9. Melaka 7,977
10. Johor 34,208
11. Pahang 6,453
12. Terengganu 3,464
13. Kelantan 3,681
14. Labuan 576
15. Sabah 17,011
16. Sarawak 22,392
Jumlah keseluruhan 340,975
(b) Statistik syarikat aktif pemilik wanita mengikut sektor
perniagaan sehingga 31 Julai 2020:
Bil. Sektor perniagaan Jumlah
1. Pertanian, perhutanan dan perikanan 13,670
2. Perlombongan dan kuari 4,198
3. Pembuatan 36,781
4. Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin
udara
983
5. Pembekalan air, pembentungan,
pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan
1,167
6. Pembinaan 40,612
NO SOALAN: 26
7. Perdagangan jual borong dan jual runcit,
pembaikan kenderaan bermotor dan
motosikal
130,903
8. Pengangkutan dan penyimpanan 15,085
9. Penginapan dan aktiviti perkhidmatan
makanan dan minuman
18,768
10. Maklumat dan komunikasi 12,063
11. Aktiviti kewangan dan insuran / takaful 53,152
12. Aktiviti hartanah 39,120
13. Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 40,282
14. Aktiviti pentadbiran dan khidmat
sokongan
27,194
15. Pentadbiran awam dan pertahanan,
aktiviti keselamatan sosial
4,303
16. Pendidikan 6,380
17. Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja
sosial
6,564
18. Kesenian, hiburan dan rekreasi 4,147
19. Aktiviti perkhidmatan lain 16,794
20. Aktiviti isirumah sebagai majikan, aktiviti
mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan yang tidak dapat
dibezakan oleh isirumah untuk kegunaan
sendiri
103
Jumlah keseluruhan 472,269
NO SOALAN: 26
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 27
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER
ASLI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan
kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana
terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan
secara haram.
NO SOALAN: 27
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memandang serius
isu pencerobohan hutan yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan
termasuk pencerobohan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan
Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015
(Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di
Sabah.
2. Antara usaha yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan
Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti berikut:
(i) melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 bagi memantapkan
penguatkuasaan hutan serta meningkatkan kadar denda dan hukuman
bagi membendung kesalahan hutan. Peningkatan kadar denda ini adalah
sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya
tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan;
(ii) meminda Seksyen 20 (2) dan 23 (2) Enakmen Hutan 1968 (Sabah)
untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram iaitu
mandatori penjara satu (1) tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda
tidak lebih daripada RM500,000 jika sabit kesalahan;
NO SOALAN: 27
(iii) menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan
Persekutuan dan Negeri dalam menjalankan Operasi Bersepadu
Khazanah;
(iv) menubuhkan War Room@JPSM sebagai sebuah bilik gerakan
yang menjadi hub-berpusat (one stop centre) di ibu pejabat Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia yang bertujuan memperkasakan
aktiviti pemantauan sumber hutan negara. Ianya berupaya untuk
mengesan sebarang perubahan yang berlaku di dalam Hutan Simpanan
Kekal termasuk yang berpunca daripada kegiatan pencerobohan dan
penerokaan hutan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan
insiden kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia;
(v) melibatkan dan melatih orang awam untuk berkhidmat sebagai
Renjer Hutan Kehormat bagi mengesan pembalakan haram di Sabah;
(vi) membentuk pelbagai jawatankuasa bagi membanteras pembalakan
haram di Sarawak seperti State Task Force on Illegal Logging Committee,
Illegal Logging Action Committee, Forestry Prevention and Enforcement
Working Committee dan Pasukan Gerak Khas Pembanterasan
Pembalakan Haram; dan
(vii) melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance
(COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak untuk
membekalkan maklumat risikan yang lebih cepat dan tepat mengenai
kemungkinan berlaku pembalakan haram di sesuatu kawasan.
3. Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak sentiasa meningkatkan aktiviti pemantauan dan
penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan dan
NO SOALAN: 27
pembalakan secara haram. Sebagai contoh, terdapat peningkatan
terhadap kes pembalakan haram di Semenanjung yang telah direkodkan
dan diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2019
iaitu sebanyak 84 kes berbanding 12 kes pada tahun 2015. Manakala, di
Sabah pula sebanyak 37 kes pembalakan haram telah direkodkan dan
diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun 2019
berbanding 25 kes pada tahun 2015. Ini menunjukkan pihak Kerajaan
tidak berkompromi dengan pesalah dan pembalak haram dan aktiviti
penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 28
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PROF EMERITUS TAN SRI DATO' SERI DR.
IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pihak Kementerian
akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan adakah ia
akan dijadikan sebagai syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA).
NO SOALAN: 28
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pasukan
Petugas Dasar Unified Examination Certificate (PPDUEC) pada 29 Ogos
2018 untuk mengkaji isu pengiktirafan sijil UEC sebagai syarat am
kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Pelantikan tiga orang ahli PPDUEC telah dibuat oleh YB Menteri
Pendidikan pada ketika itu dan mula menjalankan tugas mulai 29
November 2018.
Berdasarkan Terma Rujukan, PPDUEC diberi tempoh tiga hingga enam
bulan untuk mengemukakan laporan kajian kepada KPM. Walaupun
tempoh kajian telah dilanjutkan sehingga 16 bulan, dengan enam kali
pelanjutan tempoh kajian, iaitu sehingga Februari 2020, PPDUEC masih
gagal menyerahkan laporan kajian berkenaan. Memandangkan tempoh
kajian tidak dilanjutkan dan telah tamat pada 29 Februari 2020, maka
keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh yang
sama, iaitu 29 Februari 2020.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, sehingga kini KPM tidak pernah
menerima sebarang laporan awal, deraf laporan atau laporan lengkap
daripada PPDUEC, sepertimana yang ditetapkan semasa pelantikan
dibuat. Oleh demikian, tiada sebarang hasil kajian dapat diperhalusi dan
diteliti oleh KPM.
NO SOALAN: 28
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 29
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Asmak binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kaunselor
berdaftar di Malaysia dan berapa peratus dari jumlah tersebut yang
mempunyai kepakaran pengkhususan dalam bidang kaunseling keluarga.
NO SOALAN: 29
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
melalui Lembaga Kaunselor sehingga 31 Julai 2020 telah mendaftarkan
9,243 kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998 [Akta 580].
Berdasarkan rekod dari Lembaga Kaunselor terdapat 1,605 kaunselor
berdaftar yang kompeten melaksanakan kaunseling keluarga iaitu 17.3%
dari jumlah 9,243 sehingga 31 Julai 2020. Kaunselor yang kompeten
mempunyai kemahiran, kebolehan dan pengetahuan sebagai seorang
profesional untuk menjalankan intervensi dengan cekap dan jayanya.
Usaha yang diambil oleh Lembaga Kaunselor untuk mempertingkatkan
kompetensi kaunselor adalah menerusi Program Perkembangan
Profesional Berterusan (Continuous Professional Development/CPD).
Program ini memastikan kaunselor berdaftar membekalkan diri mereka
atau dibekalkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional,
nilai serta amalan profesional melalui program latihan yang terancang dan
sistematik bagi memastikan kaunselor berdaftar sentiasa dapat
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesional. Program CPD
ini disyaratkan kepada semua kaunselor yang berdaftar di bawah
Akta 580 dan seseorang kaunselor berdaftar perlu memenuhi jumlah
mata minimum Program CPD dalam tempoh masa dua (2) tahun sebagai
syarat wajib bagi membolehkan Perakuan Amalan Dwitahunan
diperbaharui.
NO SOALAN: 29
Secara umumnya, seseorang kaunselor dilatih untuk mengendalikan
pelbagai isu kaunseling termasuk melaksanakan dan menyediakan
perkhidmatan kaunseling seperti berikut:
i. kaunseling ketagihan
kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
amalan profesional yang diperlukan dalam pelbagai isu
ketagihan, rawatan dan program-program pencegahan dalam
konteks kesihatan mental bagi mengendalikan kes-kes yang
menyebabkan ketagihan.
ii. kaunseling kerjaya
kaunselor bidang ini berpengetahuan, mempunyai kemahiran
dan amalan profesional dalam membantu klien membina
rancangan kerjaya yang selari dengan definisi peranan pekerja
dan bagaimana peranan tersebut berinteraksi dengan peranan-
peranan yang lain dalam kehidupan mereka.
iii. kaunseling kesihatan mental klinikal
kaunselor bidang ini berpengetahuan, mempunyai kemahiran
dan amalan profesional yang diperlukan bagi menangani
pelbagai bidang dalam konteks kaunseling kesihatan mental
klinikal.
iv. kaunseling sekolah
kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
amalan profesional yang diperlukan bagi menggalakkan
pembangunan akademik, kerjaya, peribadi dan sosial semua
pelajar dalam memberikan bimbingan dan kaunseling.
NO SOALAN: 29
v. kaunseling pelajar institusi pengajian tinggi
kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
amalan profesional yang diperlukan untuk meningkatkan
pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.
vi. kaunseling perkahwinan dan keluarga
kaunselor bidang ini mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
amalan profesional yang diperlukan dalam menangani pelbagai
isu dalam konteks perhubungan perkahwinan dan kekeluargaan.
Menjelang tahun 2025, KPWKM menyasarkan untuk mendaftar
sekurang-kurangnya 12,000 kaunselor supaya perkhidmatan kaunselor
profesional ini dapat diperluaskan ke daerah dan memastikan aksesibiliti
di mana perkhidmatan kaunseling mudah diakses dengan cepat oleh
komuniti. Kaunselor profesional yang ditempatkan di setiap daerah dapat
membimbing dan membantu meningkatkan kesejahteraan psikologi
masyarakat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 30
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan berapakah pendapatan Kerajaan Persekutuan daripada hasil
petroleum Negeri Sarawak dan sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada
Negeri Sarawak.
NO SOALAN: 30
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Semua perkara mengenai Bayaran Tunai hasil petroleum di Malaysia
termasuk negeri Sarawak adalah di bawah arahan dan tanggungjawab
YAB Perdana Menteri selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974
[Akta 144] serta Instrumen Peletakhakkan (Vesting Instrument) dan
Perjanjian Pembayaran (Payment Agreement) yang ditandatangani antara
PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
Bagi hasil petroleum yang didapati dan diperolehi berhampiran perairan
serta dalam negeri Sarawak, PETRONAS menyalurkan 5% Bayaran Tunai
hasil petroleum terus kepada Kerajaan Negeri Sarawak manakala kadar
Bayaran Tunai hasil petroleum yang sama akan disalurkan kepada
Kerajaan Persekutuan. Sejak tahun 1975, Kerajaan Persekutuan telah
menerima Bayaran Tunai sebanyak RM38.19 bilion daripada hasil
petroleum di negeri Sarawak di mana Kerajaan Negeri Sarawak menerima
amaun yang sama.
Untuk makluman Yang Berhormat juga,
Kerajaan Persekutuan menyalurkan pelbagai peruntukan dan pemberian
untuk membangunkan negeri Sarawak. Antara contoh adalah Kerajaan
Negeri Sarawak merupakan antara penerima tertinggi peruntukan
NO SOALAN: 30
Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2019 berjumlah RM4.4 bilion serta
adalah juga antara penerima tertinggi Pemberian Kerajaan Persekutuan
pada tahun 2018 yang berjumlah RM1.3 bilion. Jumlah peruntukan dan
pemberian ini dijangka dapat memberi rangsangan yang signifikan untuk
pembangunan negeri Sarawak serta merupakan amaun yang munasabah
mengambil kira kedudukan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 31
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimanakah Kementerian
mengatasi masalah kebersihan di kawasan perumahan berstatus rendah
dan sederhana yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan komuniti
setempat.
NO SOALAN: 31
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bagi mengatasi masalah kebersihan yang boleh mengakibatkan
masalah kesihatan komuniti setempat, KPKT melalui Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah
melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan amalan
kebersihan menerusi aktiviti kitar semula dalam masyarakat di
kawasan perumahan kos rendah dan sederhana.
2. Antara inisiatif yang dilaksanakan mulai tahun 2010 ialah program
Trash To Cash di 7 negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Program ini
merupakan usaha Kerajaan untuk mengubah persepsi masyarakat
terhadap sampah dan mendidik masyarakat bahawa terdapat sampah
atau barangan terpakai yang boleh dikitar semula serta dijadikan
sumber pendapatan tambahan. Secara tidak langsung program ini
juga dapat membantu meningkatkan kualiti kebersihan kawasan
sekitar.
3. Bagi tahun 2020, Program Trash to Cash ini dijalankan secara
kolaborasi strategik dengan Jabatan Kesihatan Negeri/Daerah, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti selaras dengan usaha untuk
membasmi lokasi pembiakan nyamuk Aedes sekaligus membendung
NO SOALAN: 31
penularan wabak denggi yang kian meningkat. Melalui pelaksanaan
program ini, komuniti setempat yang terpilih diberi taklimat mengenai
aspek kepentingan amalan membersihkan kawasan rumah dan
elakkan penyimpanan barangan yang berpotensi menjadi lokaliti
pembiakan nyamuk Aedes. Sepanjang tempoh Januari hingga Jun
2020, sebanyak 4,177 program telah dilaksanakan. Melalui program
ini, sejumlah 428,836.44kg barangan kitar semula telah berjaya
dikumpulkan dengan nilai sebanyak RM93,278.23.
4. Selain itu, inisiatif Komuniti Sifar Sisa (ZeComm) telah mula
dilaksanakan pada tahun 2019 di Program Perumahan Rakyat (PPR)
terpilih untuk membimbing komuniti akan kepentingan pengasingan
sisa pepejal terutama sisa makanan dan merawat sisa pepejal
mengikut kaedah yang sesuai. Sehingga Ogos 2020, sebanyak 16
buah pusat ZeComm telah mula beroperasi.
5. Melalui inisiatif ini, komuniti di PPR menghantar barangan kitar semula
serta sisa makanan untuk ditimbang dan diberikan cap mengikut
syarat yang telah ditetapkan. Penduduk boleh menebus barang
keperluan harian seperti gula, tepung, susu dan lain-lain mengikut
senarai yang telah disediakan berdasarkan cap yang terkumpul.
Penglibatan komuniti sebagai penggerak utama inisiatif ini telah
memberi kesedaran mengenai nilai sisa pepejal yang dapat dirawat
dan dikitar semula sekaligus dapat mengatasi masalah kebersihan di
kawasan perumahan.
NO SOALAN: 31
6. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menerusi pelaksanaan
Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) sejak 1 September 2015 di
negeri-negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), syarikat konsesi membuat
kutipan berdasarkan konsep 2 + 1 yang mana perkhidmatan kutipan
sisa baki dijadualkan dua kali seminggu dan sisa kebun, sisa pukal
serta sisa kitar semula dijadualkan sekali seminggu bagi mengelakkan
pelbagai masalah seperti timbunan sampah, pencemaran bau busuk
yang boleh mengundang kehadiran haiwan atau serangga pembawa
penyakit berjangkit seperti tikus, nyamuk dan sebagainya. Untuk
kawasan kediaman bertanah penghuni perlu mengasingkan sisa baki
untuk dimasukkan ke dalam tong sampah yang bersaiz 120 liter
manakala sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun perlu diletakkan
di tepi tong sampah.
7. Bagi kediaman bertingkat pula, penghuni rumah perlu membuang sisa
baki, sisa pukal dan sisa kebun di pusat tong yang disediakan.
Manakala sisa kitar semula perlu diletakkan di sangkar kitar semula
mengikut jenis kertas, plastik, dan lain-lain. Selain itu, Badan
Pengurusan Bersama (JMB) juga menyediakan tong-tong kitar semula
yang bersesuaian. Pihak JMB juga terlibat dalam memberi panduan
berhubung program SAS di premis bertingkat bagi memastikan
penduduk melaksanakannya dengan betul.
NO SOALAN: 31
8. Manakala bagi perkhidmatan pembersihan awam, pembersihan
longkang dijadualkan sekali sebulan dan pemotongan rumput dua kali
sebulan.
9. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan program-program sedia ada,
KPKT telah melancarkan Dasar Kebersihan Negara (DKN) pada 3
November 2019. Dengan pelaksanaan DKN ini, KPKT menyeru
bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan bukan hanya terletak
pada Kerajaan, malah semua lapisan masyarakat turut
bertanggungjawab dan perlu bersama-sama menjaga kebersihan
persekitaran.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 32
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L
PONNUSAMY
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy Minta MENTERI PERPADUAN
menyatakan sama ada Kerajaan kini akan meneruskan dengan dasar
bekerjasama dengan badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), individu
berprofil tinggi dan sukarelawan untuk membantu usaha Kerajaan
memupuk perpaduan yang lebih erat dalam kalangan pelbagai kaum
dan agama serta sama ada Kerajaan akan menggunakan peruntukkan
sejumlah anggaran RM20 juta yang dicadangkan oleh pentadbiran
terdahulu.
NO SOALAN: 32
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Peranan dan tanggungjawab mengukuhkan perpaduan bukanlah
tanggungjawab agensi Kerajaan sahaja, tetapi merupakan
tanggungjawab semua pihak. Perpaduan adalah matlamat dan idaman
semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Menyedari kepentingan penglibatan dan kebersamaan pelbagai pihak
dalam usaha murni meningkatkan perpaduan dan keharmonian, berikut
antara insiatif yang telah di ambil oleh KPN dalam usaha meningkatkan
jalinan kerjasama bersama pihak NGO:
a) Bagi tahun 2020, KPN telah merangka pelbagai bentuk jalinan
kerjasama bersama pihak NGO, bagaimanapun program-program
berkenaan telah ditunda dan dibatalkan kerana mematuhi SOP
Pasca Covid 19.
b) Perancangan terkini melalui Program Penghayatan Rukun Negara
Bersama NGO yang bertujuan untuk memberi pendidikan Rukun
Negara kepada kumpulan sasar yang lebih luas agar pemahaman,
penghayatan dan pembudayaan Rukun Negara dikalangan semua
lapisan masyarakat.
c) Penghargaan sebagai Rakan Perpaduan diberikan kepada rakan
strategik KPN yang telah banyak bekerjasama sebagai
NO SOALAN: 32
sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam
melaksanakan program perpaduan dan keharmonian. Jaringan
dan kerjasama strategik bersama pihak swasta,
pertubuhan/persatuan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO)
merupakan inisiatif untuk memperluaskan sinergi jaringan dan
menyebarluaskan mesej-mesej perpaduan dan keharmonian
dalam kalangan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 33
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan bilangan kes penipuan atau penyelewengan
(dari 2015-2020) yang menyasarkan pemotongan caj kandungan yang
tidak dilanggan pengguna telefon mudah alih (tanpa sedar) dan
bagaimana SKMM memastikan setiap Penyedia Perkhidmatan benar-
benar memastikan integriti sistem agar caj kandungan ini tidak dibuat
sewenang-wenangnya tanpa disedari pengguna.
NO SOALAN: 33
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian
melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) memantau pemberian perkhidmatan yang dilesenkan
dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) termasuk
pemberian perkhidmatan kandungan mudah alih melalui kod
ringkas 5 digit (cth: 6xxxx, 3xxxx dan 2xxxx). Dalam
pengawalseliaan yang lebih efektif, SKMM telah
menguatkuasakan Standard Mandatori Bagi Perkhidmatan
Kandungan Mudah Alih (Mandatori Standard) di mana pematuhan
ke atasnya adalah wajib ke atas setiap pemberi perkhidmatan
kandungan sejak 1 Julai 2010.
2. Jika Pembekal Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih (Mobile
Content Services Provider - MCSP) didapati tidak mematuhi
Standard Mandatori yang telah ditetapkan dan notis bertulis
daripada SKMM telah dikeluarkan, pihak Penyedia Perkhidmatan
Rangkaian (Public Cellular Services Provider - PCSP) akan
menggantung MCSP yang didapati melanggar Standard Mandatori
tersebut.
3. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Akta 588),
pelanggaran Standard Mandatori adalah satu kesalahan dan boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dalam
tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
NO SOALAN: 33
4. Di antara aktiviti pemantauan SKMM ke atas pemberi
perkhidmatan kandungan adalah seperti berikut:
(a) Membuat ujian sendiri ke atas perkhidmatan yang diberikan
oleh pemberi perkhidmatan kandungan (“service testing”);
(b) Analisis terhadap aduan yang diterima; dan
(c) Mengadakan perjumpaan dengan pemberi perkhidmatan
kandungan bagi menangani punca aduan dan tindakan
penyelesaian.
5. Berdasarkan statistik aduan berkaitan dengan perkhidmatan
kandungan mudah alih yang diterima oleh SKMM dari tahun 2015
sehingga Ogos 2020, sejumlah 7,875 aduan berkaitan penerimaan
SMS yang tidak dilanggan.
6. SKMM telah membuat penilaian dan siasatan terhadap aduan
yang diterima dan berpendapat ada banyak faktor yang
menyumbang kepada statistik aduan berkaitan dengan menerima
SMS yang tidak dilanggan diantaranya:
(a) Pengguna tidak memahami prinsip langganan dalam
perkhidmatan kandungan mudah alih;
(b) Pengguna tidak sedar telah melanggan perkhimatan tersebut
kerana iklan-iklan yang mengelirukan;dan
(c) Langganan oleh pihak ketiga sebagai contoh anak-anak dan
ahli keluarga lain menyebabkan pengguna tidak sedar
tentang langganan tersebut.
7. Namun begitu terdapat juga pemberi perkhidmatan kandungan
yang gagal mematuhi Standard Mandatori dan tindakan undang-
undang akan diambil di mana ketidakpatuhan terhadap Standard
NO SOALAN: 33
Mandatori boleh membawa kepada hukuman di bawah Akta 588.
Sehingga kini, kompaun sejumlah RM380,000 telah dikeluarkan
terhadap penyedia perkhidmatan yang melanggar Standard
Mandatori.
8. SKMM juga mengambil langkah proaktif dalam menggantung kod
ringkas yang didapati melanggar Standard Mandatori. Sepanjang
tempoh penggantungan ini, pemberi perkhidmatan kandungan
yang terlibat tidak dapat menjalankan aktiviti menerusi kod ringkas
tersebut. Tindakan ini boleh menghalang pengguna dari terus
dikenakan caj oleh pemberi perkhidmatan kandungan yang
terlibat. Dalam masa yang sama, pemberi perkhidmatan
kandungan tersebut perlu mengambil tindakan berikut:
(a) Memulangkan semua wang yang telah dicaj kepada
pengguna;
(b) Mengeluarkan nombor-nombor telefon pengguna yang
terlibat daripada pangkalan data mereka; dan
(c) Membuat ratifikasi ke atas sistem bagi memastikan
pematuhan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 34
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) Jumlah dan nisbah pekerja sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat
kepada penduduk Malaysia dari tahun 2015 hingga 2019; dan
(b) Komitmen Kerajaan untuk menggubal Akta Profesion Kerja Sosial
untuk memperkukuh jaminan pekerjaan dan gaji setimpal bagi
pekerja sosial di Malaysia.
NO SOALAN: 34
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Bidang Kerja Sosial dipraktikkan merentas pelbagai kementerian, agensi
dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) malah meliputi individu dalam
sektor perkhidmatan kebajikan, pendidikan dan kesihatan. Dalam konteks
Malaysia, buat masa ini tiada statistik rasmi bilangan Pekerja Sosial
direkodkan memandangkan tiada satu perundangan dan badan kawal
selia (Regulatory bodies) yang melaksanakan pendaftaran profesion ini
sebagaimana profesion-profesion lain antaranya Pegawai Perubatan,
Jururawat, Peguam dan Jurutera.
Pada umumnya, sehingga Jun 2020, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) mempunyai bilangan pegawai Skim Sosial (Skim S)
seramai 3,814 orang yang memberikan fokus kepada skop tugas pekerja
sosial melibatkan pengurusan kes (case management) kepada kumpulan
sasar.
Berdasarkan kajian oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU, JPM) tahun
2019, nisbah Pekerja Sosial di JKM berbanding populasi penduduk
Malaysia adalah 1:8,576 (Seorang Pekerja Sosial di JKM kepada 8,576
orang penduduk Malaysia).
NO SOALAN: 34
Komitmen kerajaan dalam penggubalan Akta Profesion Kerja Sosial telah
dinyatakan melalui Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen
Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada 18 Mei 2020 yang lalu.
Kementerian dengan kerjasama JKM, Persatuan Pekerja Sosial
Malaysia, Para Akademik, NGO dan pengamal industri bidang kerja sosial
sedang menerajui pengenalan era baharu profesionalisme kerja sosial
berlandaskan praktis dan kompetensi. Inisiatif ini bertujuan untuk
meningkatkan penyampaian intervensi kerja sosial dalam menangani
masalah sosial yang semakin kompleks dan mencabar.
Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) memainkan
peranan penting dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang
berkualiti tinggi dan meningkatkan keyakinan orang ramai dalam
perkhidmatan sosial. Draf RUU PKS ini telah dikemukakan ke Jabatan
Peguam Negara untuk semakan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat
pada sesi akan datang. Penggubalan RUU PKS juga akan membuka lebih
banyak lagi peluang penyertaan pekerja sosial dalam pasaran kerja sekali
gus menarik minat masyarakat menceburi profesion ini di sektor awam
mahupun NGO serta pewujudan pakar bidang (Subject Matter
Expert/SME) dengan tawaran gaji yang kompetitif dari penyedia
perkhidmatan sebagaimana profesion lain antaranya Peguam, Jurutera
dan Pegawai perubatan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 35
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED
YASSIN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah
usaha-usaha bagi membantu para pekebun kecil persendirian komoditi lada,
sawit dan getah kerana harga komoditi-komoditi tersebut terlalu rendah.
NO SOALAN: 35
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Cabaran utama yang dihadapi oleh pihak Kerajaan adalah untuk
menstabilkan harga agrikomoditi utama seperti lada, sawit dan getah kerana
harga agrikomoditi ini bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya adalah
senario pasaran harga di peringkat global yang turut dipengaruhi oleh
pertumbuhan ekonomi, permintaan, penawaran dan stok. Penularan wabak
COVID-19 juga telah menjejaskan sedikit sebanyak permintaan untuk
keluaran sektor agrikomoditi yang turut menyebabkan kejatuhan harga.
Namun demikian, pihak Kementerian sentiasa prihatin dengan
kebajikan pekebun kecil agrikomoditi. Sehubungan itu, antara usaha yang
dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk membantu pekebun kecil
agrikomoditi meningkatkan pendapatan dan mengatasi cabaran-cabaran
yang dihadapi adalah seperti berikut:
SEKTOR LADA:
• menyediakan bantuan input pertanian dan peralatan pertanian di
bawah PRE Prihatin tahun 2020 berjumlah RM2.69 juta bertujuan
membantu para pekebun koko menyelenggara kebun masing-masing.
• menyediakan bantuan Input Pertanian Pekebun Kecil Lada Di Bawah
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin 2020 berjumlah RM3,000
bagi satu hektar yang diberi secara one-off melalui pemberian baucar.
NO SOALAN: 35
SEKTOR SAWIT:
• menggalakkan pekebun kecil sawit menyertai Koperasi Penanam Sawit
Mampan (KPSM). Insentif sebanyak RM200,000 diberikan kepada
setiap KPSM untuk menjalankan urus niaga jual beli buah tandan segar
(BTS).
• memperkenalkan Skim Pembiayaan Mudah (SPM) Tanpa Faedah
sebagai modal pusingan berjumlah RM100,000 bagi meningkatkan
urusan jual beli BTS daripada pekebun kecil sawit di pusat timbang milik
KPSM.
• melaksanakan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)
dengan memberikan bantuan ternakan seperti lembu atau kambing,
mesin perincih, ubat-ubatan asas serta latihan amalan baik
pengendalian ternakan.
• menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan (MAFI) untuk menjayakan Program Tanaman Kontan B40
Pekebun Kecil Sawit (TKB40). Sasaran pelaksanaan program ini adalah
kepada pekebun kecil sawit persendirian dalam kelompok B40.
Program ini melibatkan pemberian insentif tunai sebanyak RM3,000.00
per hektar untuk tanaman pisang dan insentif sebanyak RM7,000.00 per
hektar untuk tanaman nanas.
NO SOALAN: 35
• menanggung sepenuhnya kos yang terlibat dalam pensijilan Minyak
Sawit Mampan (MSPO) termasuk yuran audit persijilan, set pakaian
keselamatan, rak penyimpanan racun, fi pertukaran syarat tanah dan
kos latihan.
• mengalakkan pekebun kecil melaksanakan penanaman semula sawit
bagi mengantikan pokok sawit yang telah tua atau tidak produktif. Pihak
Kementerian telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Mudah Tanam
Semula Sawit Pekebun Kecil (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input
Pertanian (IPPKS) yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak
RM550 juta.
SEKTOR GETAH:
• memperkenalkan Aplikasi RRIMniaga yang boleh digunakan oleh
pelesen untuk merekodkan urus niaga getah bagi mempercepatkan
proses permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada
Lembaga Getah Malaysia (LGM).
• melaksanakan Mekanisme Penetapan Harga di Ladang dengan
menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal
pusingan kepada koperasi-koperasi untuk tujuan urus niaga getah.
Mekanisme ini dapat mengurangkan lapisan pembeli dan menawarkan
harga cuplump pada purata RM0.10 sehingga RM0.20 sekilogram lebih
tinggi berbanding pembeli getah lain.
NO SOALAN: 35
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian akan terus komited dalam melaksanakan insentif-insentif
yang bersesuaian bagi memastikan para pengusaha tanaman agrikomoditi
terutamanya pekebun kecil dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 36
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN
SHAH BIN RAJA AHMAD
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Bin Raja Ahmad minta PERDANA
MENTERI menyatakan atas faktor apa kes terowong Pulau Pinang yang
melibatkan YB Lim Guan Eng di buka semula.
NO SOALAN: 36
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI D[ JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kertas Siasatan terhadap kes
terowong Pulau Pinang ini tidak dibuka semula tetapi siasatan masih lagi
berjalan. Semua Kertas Siasatan telah dikemukakan kepada Peguam
Negara untuk dikaji dan dibuat keputusan. Akhirnya Peguam Negara telah
bersetuju menuduh kes tersebut.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan perancangan dan langkah yang diambil kepada syarikat-
syarikat yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan agar
mengutamakan pengambilan anak tempatan bekerja dan adakah kuota
ditetapkan bagi memastikan peluang anak tempatan Labuan bekerja di
syarikat beroperasi di Labuan tinggi.
NO SOALAN: 37
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga
Kerja (JTK) melaksanakan pelbagai program untuk membantu para
pencari kerja mendapat pekerjaan yang bersesuaian sama ada pencari
kerja ini adalah penganggur atau mereka yang ingin meningkatkan
kerjaya. Sebagai contoh, penganjuran temuduga terbuka mengikut
Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure, SOP) norma
baharu yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia
adalah salah satu platform bagi para pencari kerja dan majikan untuk
bertemu sebelum pengambilan pekerja dilaksanakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia,
2. Pada setiap tahun Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Wilayah
Persekutuan (WP) Labuan mengadakan Program Karnival Pekerjaan
(Jobfair) untuk memberikan peluang pekerjaan kepada pencari-pencari
kerja warga WP Labuan bagi mengisi kekosongan jawatan yang
ditawarkan oleh majikan-majikan di sana. Sehingga Ogos 2020 sebanyak
1 program telah dijalankan dan seramai 10 majikan telah menyertai
program ini. Daripada 251 kekosongan jawatan telah didaftarkan seramai
189 (75.3%) orang pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan.
3. JTK WP Labuan sentiasa mengutamakan pengambilan pekerja
warga WP Labuan melalui pemberitahuan kepada majikan-majikan
NO SOALAN: 37
semasa pemeriksaan berkanun yang dijalankan, pemberitahuan melalui
media massa seperti RTM Labuan dan sebagai ahli di dalam
Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Asing WP Labuan untuk
mengawalan kuota penggajian pekerja asing di WP Labuan.
4. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, WP Labuan tidak
menetapkan kuota khas untuk anak tempatan bekerja di syarikat-syarikat
yang beroperasi di sana.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 39
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN IR MD. NASIR BIN HASHIM
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Ir Md. Nasir Bin Hashim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan peranan Kementerian dan cadangan Pusat
Data di Sedenak, Johor.
NO SOALAN: 39
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, cadangan Pusat
Data di Sedenak, Johor adalah merupakan salah satu usaha
Kerajaan menarik pelaburan strategik dan berimpak tinggi
khususnya dalam sektor pengendalian pusat data (data center)
dan perkhidmatan awan (cloud services) ke Malaysia. Sedenak
adalah antara lokasi yang dipilih kerana kedudukannya yang
strategik serta minat yang telah ditunjukkan oleh pelabur untuk
menerokai pembinaan pusat-pusat data di lokasi ini.
2. Peranan Kementerian melalui agensinya iaitu Malaysia Digital
Economy Corporation (MDEC) yang telah diberi mandat untuk
menarik pelaburan-pelaburan strategik dan berimpak tinggi dalam
bidang teknologi digital termasuk sektor pengendalian pusat data
dan perkhidmatan awan. Dalam mengenal pasti pelabur strategik
dan menjalankan usaha menarik dan memudahcara pelaburan
daripada syarikat-syarikat teknologi global ternama ini, MDEC
telah berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA).
3. Hasil daripada usaha menarik pelaburan ini, sebuah syarikat
teknologi global ternama telah bersetuju untuk membuat pelaburan
di Kulai, Johor. Oleh kerana pelaburan ini memerlukan infrastruktur
yang akan memenuhi keperluan pusat data bertaraf dunia,
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan
NO SOALAN: 39
perancangan dan usaha bersama membangunkan Kulai Iskandar
Data Exchange (KIDEX) yang dahulunya dikenali sebagai
Sedenak Iskandar Data Hub (SIDH) di Taman Perindustrian Kulai,
Johor. Pembangunan KIDEX adalah sejajar dengan usaha untuk
menarik pelaburan berteknologi dan bernilai tinggi dalam sektor
perkhidmatan awan dan pengendali pusat data ke Iskandar
Malaysia.
4. Pembangunan fizikal KIDEX diterajui oleh Pihak Berkuasa Wilayah
Pembangunan Iskandar (IRDA) dan disokong oleh Johor
Corporation (JCorp) sebagai Pemaju Utama dan Agensi-Agensi
Kerajaan Negeri Johor seperti Invest Johor, Majlis Perbandaran
Kulai dan Pejabat Tanah & Galian Negeri.
5. MDEC dan MIDA berperanan sebagai agensi pemudah cara
keperluan pelabur-pelabur pusat data yang berpotensi serta
memantau penyediaan infrastruktur kritikal di KIDEX bagi
memastikan keperluan pelabur dapat dipenuhi. Selaras dengan
perkembangan terkini, KIDEX yang telah sedia dengan
infrastruktur asas dan kritikal tersebut, MDEC serta MIDA
bekerjasama dengan IRDA, JCorp dan Invest Johor untuk
mempromosi KIDEX sebagai salah satu lokasi pilihan utama
pelabur-pelabur perkhidmatan pusat data bernilai tinggi.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 40
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED
YASSIN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah
potensi industri ikan tuna di Malaysia serta usaha-usaha Kementerian
dalam mengembangkan industri perikanan tuna sebagai salah satu
sumber kekayaan baharu negara bagi memperkasakan Malaysia sebagai
hab ikan tuna di rantau ini, khususnya dalam era pasca COVID-19.
NO SOALAN: 40
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Untuk makluman, bagi tahun 2019 keseluruhan pendaratan tuna di
Malaysia termasuk tangkapan ikan tuna neritik, tuna oseanik dan
tuna-like species adalah berjumlah 101,627.32 tan metrik dengan
nilai anggaran RM900 juta. Daripada jumlah tersebut, pendaratan
bagi tuna oseanik yang ditangkap di Lautan Hindi adalah berjumlah
2,771.71 tan metrik dengan nilai anggaran RM35 juta.
2. Tangkapan tuna di Lautan Hindi adalah berdasarkan penetapan
kuota mengikut species dengan pematuhan resolusi-resolusi yang
ditetapkan oleh Indian Ocean Tuna Commission (IOTC).
Berdasarkan had tangkapan ini, Malaysia mensasarkan pendaratan
tuna laut lepas oleh vesel Malaysia adalah berjumlah 30,000 tan
metrik. Walau bagaimanapun, daripada tahun 2012 hingga 2019,
jumlah purata pendaratan setahun adalah sekitar 2,000 tan metrik .
3. Antara usaha Kerajaan dalam mengembangkan industri perikanan
tuna adalah:
i. membuat pindaan kepada Akta Perikanan 1985 pada 2019
berkaitan pengeluaran lesen penangkapan ikan tuna di laut
lepas (high seas) secara sah di bawah undang-undang
Malaysia bagi menggalakkan rakyat Malaysia menceburi
industri perikanan tuna untuk meningkatkan hasil negara;
NO SOALAN: 40
ii. menyenaraikan dua buah pelabuhan di Malaysia iaitu
Pelabuhan Pulau Pinang (Dermaga Ayer Dalam) dan
Pelabuhan Langkawi sebagai designated port pendaratan
tuna di bawah IOTC bagi vesel yang beroperasi di Lautan
Hindi;
iii. Kajian semula Pelan Strategik Pembangunan Tuna dengan
menambahbaik Fleet Development Plan (FDP) berdasarkan
kuota tangkapan dan had muatan vesel;
iv. Meneruskan pembangunan Pulau Pinang dan Labuan
sebagai hab tuna dalam Rancangan Malaysia Ke Dua-Belas
(RMKe-12);
v. Program Pemodenan Vesel Tuna C2 dan Vesel Tuna C3
merangkumi peningkatan teknologi lepas tuai di atas vesel,
program pembangunan vesel pengangkut dan galakan
penggunaan vesel moden bermuatan lebih daripada 100
Gross Registered Tonnage (GRT);
vi. Dana sedia ada dibawah Kementerian yang diuruskan oleh
AGROBANK turut menyediakan pinjaman Skim Pertanian
Bukan Makanan kepada pihak industri bagi perolehan vesel
moden pada kadar keuntungan serendah 3.75% setahun atas
baki bulanan dengan had pembiayaan sehingga RM5 juta.
vii. Pembangunan sistem Port In and Port Out (PIPO),
penyediaan kemudahan ais bagi peningkatan kualiti lepas
NO SOALAN: 40
tuai, peningkatan fasiliti pendaratan dan pengendalian tuna,
serta program latihan pendaratan dan pengendalian tuna
kepada pengusaha jongkong akan dibangunkan di pelabuhan
perikanan domestik;
viii. Mewujudkan industri pemprosesan tuna di sekitar Kompleks
Perikanan Kiamsam, Labuan bagi menyokong industri hiliran
berasaskan tuna. Sehingga kini, terdapat 5 pengusaha
industri hiliran dalam penghasilan produk berasaskan tuna
seperti sate tuna, burger tuna, tempura tuna dan serunding
tuna;
ix. Pembukaan Galeri Tuna di FRI Batu Maung kepada orang
awam serta mengadakan penganjuran Konvensyen Tuna
secara tahunan di Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur
menceburi industri tuna; dan
4. Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia juga dalam
penyediaan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030
dalam merangka strategi bagi pembangunan dan pengurusan tuna
yang lebih komprehensif dan bersasar. Justeru, itu, sememangnya
industri tuna di Malaysia adalah satu sumber kekayaan baharu yang
sedang berkembang dan akan terus diperkasakan oleh Kerajaan
sebagai hab tuna di rantau ini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 41
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam
membantu Negeri Perlis terutamanya di kawasan kampung-kampung
dari aspek lampu-lampu jalan, perparitan dan menaikkan taraf jalan-
jalan kampung.
NO SOALAN: 41
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak diperkenalkan pada tahun
2002 sehingga tahun 2019, Program Pemasangan Lampu Jalan
Kampung (LJK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan
Luar Bandar telah berjaya memasang 10,957 unit LJK di negeri Perlis,
dengan pecahan 10,280 unit lampu dari jenis high pressure sodium
vapour (HPSV) dan 677 unit lampu dari jenis light emitting diode (LED),
melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM8.02 juta.
Bagi Program Pemasangan LJK tahun 2020 pula, Kementerian telah
meluluskan sebanyak 1,020 unit LJK untuk negeri Perlis, dan kerja-kerja
pemasangan dijangka bermula pada September 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Negeri Perlis telah diluluskan
peruntukan berjumlah RM2.148 juta di bawah Projek Jalan Perhubungan
Desa (JPD) bertujuan untuk bina baru/naik taraf/baikpulih jalan-jalan
kampung pada tahun 2020.
Negeri Perlis juga telah diluluskan peruntukan berjumlah RM1.73 juta di
bawah Program Ameniti Sosial (PAMS) bagi tujuan bina baru/naik
taraf/baikpulih infrastruktur kampung termasuk skop parit dan longkang.
Buat masa kini, semua projek tersebut sedang di peringkat pelaksanaan
dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung November 2020.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 42
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam A/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan rasional tindakan Kementerian menurunkan nilai had harga
hartanah pemilikan warga asing daripada RM 1 juta kepada RM 600,000.
NO SOALAN: 42
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam ucapan Belanjawan 2020
pada bulan Oktober 2019, mantan YB Menteri Kewangan telah bercadang
untuk menurunkan nilai ambang bagi pemilikan warga asing daripada RM1
juta kepada RM600,000.00 bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan
bandar. Semasa proses penyediaan Belanjawan 2020, isu lambakan
hartanah terbangkit di mana kondominium dan pangsapuri tidak terjual
yang bernilai RM8.3 bilion pada suku tahun pertama 2019. Dengan itu,
rasional mengurangkan nilai ambang untuk pemilikan asing adalah untuk
mengurangkan lambakan stok hartanah tidak terjual. Cadangan tersebut
hanya terpakai untuk hartanah sedia ada yang masih tidak terjual dan
dicadangkan untuk berkuatkuasa 1 Januari 2020 hingga 31 Disember
2020. Ia tidak terpakai kepada projek baharu yang belum dilancarkan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian bagi
mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik bagi memenuhi
keperluan rakyat terutamanya golongan belia memandangkan harga
rumah pada ketika ini kenaikan harga rumah tidak sepadan dengan
pendapatan isi rumah dan sejauh manakah pandemik COVID-19
mempengaruhi harga pasaran pada masa ini.
NO SOALAN: 43
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha pihak Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengatasi masalah
kekurangan rumah mampu milik (RMM) bagi memenuhi keperluan
rakyat termasuklah golongan belia adalah melalui pelaksanaan
program dan skim perumahan seperti berikut:
i) Program Perumahan Rakyat (PPR);
ii) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM);
iii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome);
iv) Rumah Transit dan Rumah Transit Belia;
v) Perumahan PR1MA; dan
vi) Program Perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB).
2. Mulai Julai 2018 hingga 31 Mac 2020, sebanyak 552,171 unit rumah
mampu milik sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Jumlah
ini merangkumi 345,832 unit rumah dalam perancangan, 154,622 unit
rumah dalam pembinaan dan 51,717 unit rumah telah disiapkan oleh 3
agensi penyedia perumahan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan pemaju swasta. Pecahan unit rumah di 3
peringkat pelaksanaan mengikut negeri adalah seperti berikut:
Status Pelaksanaan Rumah Mampu Milik Mengikut Negeri
NO SOALAN: 43
Mulai Julai 2018 Hingga 31 Mac 2020
NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH
SELANGOR 98,815 28,746 13,545 141,106
W.P KUALA
LUMPUR 37,322 29,694 7,839 74,855
PAHANG 38,328 10,975 2,577 51,880
JOHOR 33,306 14,023 3,489 50,818
PULAU PINANG 37,679 9,414 711 47,804
PERAK 32,440 7,831 2,090 42,361
SABAH 8,469 11,511 3,899 23,879
MELAKA 6,556 13,074 3,159 22,789
NEGERI
SEMBILAN 9,661 8,217 1,356 19,234
KELANTAN 11,795 5,150 2,241 19,186
KEDAH 7,164 6,416 3,855 17,435
SARAWAK 6,714 3,761 3,831 14,306
TERENGGANU 7,964 2,408 547 10,919
W.P PUTRAJAYA 3,408 2,304 2,229 7,941
PERLIS 2,980 596 349 3,925
W.P LABUAN 3,231 502 - 3,733
JUMLAH 345,832 154,622 51,717 552,171
NO SOALAN: 43
NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH
KESELURUHAN
* Berdasarkan maklumat daripada agensi penyedia perumahan.
* Terdapat sebahagian maklumat RMM (program RMR SPNB) di
WP.Kuala Lumpur turut merangkumi W.P Putrajaya.
3. Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini KPKT tiada
maklumat yang tepat mengenai sejauh manakah pandemik COVID-19
mempengaruhi harga pasaran pada masa ini kerana Laporan Pasaran
Hartanah Separuh Tahun Pertama 2020 dan Indeks Harga Rumah
Malaysia bagi suku tahun pertama 2020 masih belum dikeluarkan oleh
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) untuk dibuat
perbandingan harga kesan berikutan pandemik COVID-19.
4. Kesimpulannya, kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan pemaju swasta akan dapat menyediakan lebih banyak
perumahan mampu milik kepada rakyat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 44
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD
RADZI
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi memastikan prasarana
yang optimum untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
khusus buat murid berkeperluan khas.
NO SOALAN: 44
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk menyediakan
prasarana yang optimum dan lengkap kepada semua sekolah termasuk
sekolah yang melaksanakan pendidikan khas. KPM menyedari bahawa
tidak semua sekolah mempunyai kemudahan mesra orang kurang upaya
(OKU) seperti susur landai (ramp), susur tangan (railing), tandas mesra
OKU dan parkir OKU.
Sehingga 30 Jun 2020, terdapat 6,426 buah sekolah yang mempunyai
Murid Berkeperluan Khas (MBK). Daripada jumlah tersebut, 2,497 buah
sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 1 kemudahan mesra OKU dan
hanya 414 buah sekolah telah dilengkapi dengan empat kemudahan
mesra OKU. Justeru, KPM akan terus berusaha untuk menyediakan
prasarana OKU bagi memastikan kebajikan dan keselesaan MBK diberi
keutamaan.
KPM juga sentiasa memberi perhatian dalam aspek penyelenggaraan
prasarana untuk MBK. Pada tahun 2019, KPM telah memperuntukkan
sebanyak RM34 juta bagi menyelenggara 840 buah Program Pendidikan
Khas Inklusif dan Sekolah Pendidikan Khas. Bagi tahun 2020, sebanyak
RM45 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggara 623 buah lagi PPKI
dan SPK. Selain itu, KPM akan meneruskan projek pembangunan bagi
14 buah sekolah yang terdiri daripada 11 buah PPKI dan tiga buah SPK
dengan kos sebanyak RM168 juta.
NO SOALAN: 44
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 45
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai kluster 5 Dasar
Kebersihan Negara iaitu Modal Insan yang berkemahiran dan berkualiti,
ianya memperuntukkan 2 strategi iaitu memperkasakan modal insan dan
memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat. Sejauh manakah
keberkesanan perlaksanaan kluster 5 ini kepada masyarakat Malaysia.
NO SOALAN: 45
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Dasar Kebersihan Negara (DKN) yang dilancarkan pada 3 November
2019 merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan
kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam
sekitar.
2. Pelaksanaan Kluster 5 ini diharapkan dapat mengubah persepsi dan
pandangan terhadap imej pekerja pembersihan yang dikategorikan
sebagai pekerjaan 3D (dirty, dangerous and difficult). KPKT melalui
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah mengadakan
taklimat Dasar Kebersihan Negara kepada semua Pejabat Kerajaan
Negeri. Melalui taklimat berkenaan, JPSPN telah memaklumkan
supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan komitmen untuk
melaksanakan pelan tindakan di bawah Kluster 5 ini dengan
meningkatkan kemahiran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat dalam kalangan pekerja pembersihan.
3. Pelaksanaan DKN ini adalah dari tahun 2020 hingga 2030 dan dalam
tempoh tersebut pelbagai inisiatif bagi meningkatkan modal insan
pekerja pembersihan akan dilaksanakan oleh Kementerian melalui
NO SOALAN: 45
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp) untuk menambah baik dan mengembangkan skop pekerja
pembersihan.
4. Bagi memperkasakan keupayaan modal insan di bawah Strategi 1,
SWCorp telah diluluskan sebagai Badan Peneraju Industri atau
Industry Lead Body (ILB) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK), Kementerian Sumber Manusia iaitu sebagai pusat sehenti bagi
menyelaras, mengawal selia dan merancang aktiviti terhadap semua
kurikulum latihan kemahiran dalam sektor pengurusan sisa pepejal
dan pembersihan awam (PSPPA) mengikut Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Selain itu, SWCorp juga berperanan
untuk mengenal pasti rangka kerja pengelasan pekerjaan dalam
industri PSPPA serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan
bagi meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi bagi pekerja-
pekerja dalam industri ini.
5. Manakala bagi memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat di
bawah Strategi 2, SWCorp juga telah ditauliahkan sebagai Pusat
Latihan oleh JPK yang menjalankan program Persijilan Kemahiran
Malaysia (SKM) dalam bidang kutipan sisa pepejal, pembersihan
awam dan operasi kemudahan sisa pepejal. Inisiatif ini adalah bagi
meningkatkan produktiviti pekerja dan memastikan mereka
melaksanakan perkhidmatan pembersihan berdasarkan standard dan
prosedur yang ditetapkan.
NO SOALAN: 45
7. Sehingga kini, seramai 70 orang pekerja PSPPA telah terampil Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. Manakala selebihnya masih
mengikuti latihan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh JPK.
Mereka merupakan kelompok pekerja sektor PSPPA yang pertama
seumpamanya di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai pekerja mahir.
8. Salah satu cara melihat keberkesanan pelaksanaan Kluster 5 ini
adalah melalui penilaian ke atas pekerja-pekerja pembersihan di
negeri yang menerima pakai Akta 672 dari segi prestasi kerja,
kemahiran, usaha dan bakti mereka kepada masyarakat sepanjang
menceburi sektor pengurusan sisa pepejal.
9. Penghargaan diberikan kepada pekerja-pekerja ini semasa Sambutan
Hari Pekerja Pembersihan 2020 yang telah dianjurkan oleh SWCorp
pada 17 Jun 2020 yang lalu. Menerusi sambutan ini, SWCorp
menyediakan 3 anugerah iaitu Anugerah Hero Pekerja Pembersihan
Kebangsaan, Anugerah Hero Pekerja Pembersihan Peringkat Negeri
dan Anugerah Khas. KPKT berharap masyarakat juga dapat
menghargai semua pekerja pembersihan awam yang memainkan
peranan penting bagi memastikan kebersihan di negara kita.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 46
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan bila perolehan pesawat MRCA baharu untuk TUDM dan
kapal perang tambahan sebagaimana program 15 to 5 TLDM hendak
dimuktamadkan bagi memperkasakan kesiapsiagaan ATM.
NO SOALAN: 46
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Buat masa terdekat, TUDM tidak mempunyai perancangan untuk
membuat perolehan pesawat MRCA yang baharu. Pada ketika ini,
TUDM memiliki dua jenis pesawat MRCA yang sedang beroperasi iaitu
pesawat F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Butterworth dan pesawat
Su-30MKM Sukhoi di Pangkalan Udara Gong Kedak. Berdasarkan
perancangan sepertimana yang digariskan di dalam Pelan
Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55), TUDM akan terus
mengoperasikan pesawat F/A-18D Hornet sehingga tahun 2031 dan
pesawat Su30-MKM Sukhoi sehingga tahun 2036. Perolehan
penggantian pesawat hanya akan dilaksanakan pada RMKe-14 untuk
penggantian pesawat F/A-18D Hornet dan RMKe-15 untuk pesawat
Su30-MKM Sukhoi.
Bagi perolehan kapal perang tambahan untuk program 15 to 5 TLDM
pula, sukacita dijelaskan program ini yang juga dikenali Program
Transformasi Armada TLDM 15ke5 telah diperkenalkan pada November
2017 untuk mewujudkan pengurusan keupayaan Armada TLDM yang
kredibel, dinamik dan ekonomikal. Pelan jangka panjang sehingga tahun
2050 ini dijangka akan dapat mengatasi cabaran dan kekangan yang
dihadapi TLDM bagi pengurusan aset yang usang melalui pengurangan
15 kelas kapal kepada hanya 5 kelas sahaja iaitu Littoral Combatant
Ship (LCS), Littoral Mission Ship (LMS), Multi Role Support Ship
(MRSS), New Generation Patrol Vessel (NGPV) dan Kapal Selam.
NO SOALAN: 46
TLDM telah memuktamadkan perolehan kapal kelas LMS batch yang
pertama pada Jun 2017 dengan pembinaan 4 buah kapal di China
melalui kerjasama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China
Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd. LMS 1 (KD KERIS) telah
mula memasuki inventori TLDM pada Januari 2020, LMS 2 (KD
SUNDANG) dirancang diterima pada November 2020 serta LMS 3 (KD
BADIK) dan LMS 4 (KD RENCONG) masing-masing dirancang diterima
pada Ogos 2021 dan November 2021.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), TLDM telah
merancang perolehan 8 buah LMS batch yang kedua mulai tahun 2021
bagi meneruskan kesinambungan Program Transformasi Armada TLDM
15ke5. Perolehan tersebut kini di peringkat Agensi Pusat untuk
dimuktamadkan.
TLDM juga turut merancang perolehan 2 buah MRSS yang dijangka
bermula pada tahun 2024 agar dapat memenuhi keperluan operasi ATM
melalui kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia
dengan Sabah dan Sarawak serta bantuan logistik dan kemanusiaan di
peringkat antarabangsa apabila diperlukan. Walau bagaimanapun,
perolehan aset-aset kapal tambahan ini tertakluk kepada kemampuan
kewangan kerajaan.
Terima kasih.
NO SOALAN:47
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD
YUSOFF
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan keberkesanan pendidikan terhadap para pelajar
menggunakan pendekatan digital seperti video sepanjang COVID-19.
NO SOALAN:47
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar
ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom
dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning Centre, buku
teks digital, video pengajaran dan pembelajaran (PdP), kuiz dan video
permainan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses
EduwebTV dan CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak
mereka di rumah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan
Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian
(Online Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan
670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid.
Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer
peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid
NO SOALAN:47
memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping
itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi
kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang
sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai
sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
secara dalam talian.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana
tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga
kekangan dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan
pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam
kepada semua murid. Selain itu, PdP secara dalam talian merupakan
sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa.
Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan
kaedah baharu ini.
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses
pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai
untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui
saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan
radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,
Terengganu FM dan Johor FM.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
NO SOALAN:47
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan
penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu
lalu di sekolah.
Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad
berbanding kaedah secara bersemuka.
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya,
guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-
kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata
pelajaran yang diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 48
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan adakah Kerajaan memberi sebarang
peruntukan khas bagi Sarawak dan Sabah bagi tujuan menggalakkan
penerbitan filem tempatan dengan kandungan tempatan.
NO SOALAN: 48
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian
melalui FINAS telah memperuntukan Dana Kandungan Digital
(DKD) sebanyak RM4 juta kepada Sabah dan Sarawak di mana
masing-masing menerima sebanyak RM2 juta setiap tahun
bermula dari tahun 2016. Manakala sebanyak RM500 ribu pula
masing-masing diperuntukan bagi Program Latihan Pembangunan
Modal Insan.
2. Di bawah Program Latihan Pembangunan Modal Insan ini, 9 buah
program latihan industri kreatif telah dilaksanakan pada tahun
2019 di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan perbelanjaan
sebanyak RM151,815.00. Manakala sebanyak RM438,560.00
peruntukan perbelanjaan telah disalurkan sehingga bulan Ogos
2020 bagi menganjurkan 11 buah program latihan kepada
penggiat industri kreatif di Sabah dan Sarawak yang disertai
pelbagai peringkat umur dan latarbelakang.
3. Penganjuran program pembangunan modal insan ini juga dibuka
kepada penganjur tempatan termasuk persatuan dan NGO di
Sabah dan Sarawak yang berminat untuk menganjurkan sebarang
bengkel serta kursus industri kreatif. FINAS melalui Unit Latihan
Industri juga sedang merancang mengadakan Program Bengkel
NO SOALAN: 48
Pembangunan Youtube dan Komuniti Sinema di Zon Sabah /
Sarawak bagi tahun 2020.
4. Bagi menggalakkan penggambaran filem di Malaysia,
Kementerian telah memperkenalkan Insentif Penerbitan Filem di
Malaysia (FIMI) iaitu usaha kerajaan untuk menarik pelabur dalam
penerbitan filem dan TV menjalankan aktiviti perfileman di
Malaysia. Insentif ini mampu menjadikan Malaysia sebagai hab
destinasi penggambaran dengan menawarkan 15% sehingga 30%
rebat tunai ke atas Perbelanjaan Kos Produksi di Malaysia/
Qualifying Malaysia Production Expenditure (QMPE) yang meliputi
aktiviti produksi serta pasca produksi tempatan dan antarabangsa
termasuk Sabah/Sarawak.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 49
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN EMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah pelarian daripada Filipina di Sabah yang diberikan
dokumen IMM13 dan berapakah daripada mereka yang telah berjaya
mendapatkan taraf pemastautin tetap mahupun warganegara.
NO SOALAN: 49
JAWAPAN
Tuan Yang di- Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses semakan silang antara
agensi pengeluar dokumen di Sabah iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
yang mengeluarkan IMM13, Jabatan Ketua Menteri Sabah yang
mengeluarkan Kad Burung-Burung dan Majlis Keselamatan Negara yang
mengeluarkan Sijil Banci telah dilaksanakan pada tahun 2016. Hasil
semakan silang tersebut mendapati jumlah keseluruhan pemegang induk
bagi ketiga-tiga dokumen berkenaan adalah 136,055 orang. Jumlah tersebut
merangkumi sebanyak 51,645 orang pemegang IMM13, 36,892 orang
pemegang Kad Burung-Burung dan 47,518 orang pemegang Sijil Banci yang
sah.
Merujuk kepada persoalan kedua Ahli Yang Berhormat berhubung isu Kad
Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR), pengeluaran Kad Pengenalan
MyPR yang berstatus Penduduk Tetap oleh Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) adalah berdasarkan Subperaturan 5(3)(b), Peraturan-Peraturan
Pendaftaran Negara 1990. Bagi mendapatkan Kad Pengenalan MyPR,
pemohon perlu mempunyai pasport yang sah dan Permit Masuk yang
dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Sekian,terima kasih.
NO SOALAN: 50
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah tindakan segera yang boleh diambil untuk
mengatasi kekurangan kakitangan di Klinik Kesihatan di Bera, Pahang
khususnya di Klinik Kesihatan Felda Tembangau yang baru beroperasi.
SOALAN NO. 50
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Klinik Kesihatan Tembangau di Bera, Pahang merupakan Klinik
Kesihatan Jenis 5 yang baru mula beroperasi pada 17 Februari
2020 yang lalu dengan populasi sebanyak 8,630 penduduk.
2. Pada masa ini, jumlah anggota kesihatan yang bertugas di Klinik
Kesihatan Tembangau adalah seramai 14 orang, merangkumi:
(a) 2 orang Pegawai Perubatan;
(b) 2 orang Penolong Pegawai Perubatan;
(c) 3 orang Jururawat;
(d) 2 orang Jururawat Masyarakat;
(e) 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan;
(f) 1 orang Penolong Pegawai Farmasi;
(g) 1 orang Pembantu Awam;
(h) 1 orang Pemandu; dan
(i) 1 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).
3. Jumlah ini mencukupi bagi menampung keperluan perkhidmatan
di fasiliti tersebut kerana mengikut analisa beban kerja terkini,
purata kedatangan harian adalah seramai 70 pesakit, iaitu purata
harian pesakit luar sebanyak 40 orang, manakala, purata
harian bagi perkhidmatan ibu dan anak seramai 30 orang.
SOALAN NO. 50
4. Oleh itu, keperluan perjawatan bagi Pegawai Perubatan
adalah mencukupi buat masa kini. Jumlah ini juga adalah di
bawah purata kedatangan yang sepatutnya bagi Klinik Kesihatan
Jenis 5 iaitu antara 100 hingga 150 orang sehari.
5. Bagi perkhidmatan makmal, ketika ini seorang Juruteknologi
Makmal Perubatan ditempatkan secara bergilir dari klinik
kesihatan berdekatan. Selain itu, ujian Point Of Care Testing
(POCT) juga dilakukan oleh anggota klinikal sedia ada di klinik.
Keperluan penempatan secara tetap akan dikaji oleh Pejabat
Kesihatan Daerah berdasarkan unjuran beban kerja pada masa
hadapan.
6. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan sedia meneliti
keperluan perjawatan di fasiliti kesihatan dari semasa ke semasa.
Sekiranya terdapat peningkatan kedatangan pesakit serta beban
kerja yang berlebihan, maka pertambahan anggota kesihatan di
fasiliti tersebut boleh dipertimbangkan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 51
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Adrian Banie Lasimbang minta PERDANA MENTERI
menyatakan mengapa laporan hasil dari Jawatankuasa Khas MA63 tidak
dikeluarkan kepada umum, adakah syor-syor yang dikenal pasti oleh
jawatankuasa khas tersebut akan diambil tindakan.
NO SOALAN: 51
JAWAPAN
[YB DATO HAJJAH HANIFAH HAJAR TAIB, TIMBALAN MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN
SARAWAK) ]
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Laporan Akhir
Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan
Perjanjian Malaysia 1963 telah dibentangkan kepada Jawatankuasa
Khas Kabinet tersebut pada November 2019 diikuti dengan Nota
Jemaah Menteri mengenai laporan yang sama telah dibentangkan
kepada Jemaah Menteri pada Disember 2019 yang lalu. Setakat ini,
Kerajaan masih mengekalkan pendirian bahawa tiada keperluan
untuk Laporan Akhir ini didedahkan kepada umum memandangkan
isi kandungan dan perbincangan yang direkodkan adalah bersifat
teknikal dan melibatkan perkara-perkara yang sensitif serta
berstatus rahsia.
2. Di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional, satu bahagian
khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang
dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan
Perdana Menteri (BHESS). Bahagian ini telah diberikan mandat
untuk memantau dan mengambil tindakan susulan berhubung isu-
isu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini termasuklah
mengenai pelaksanaan segala keputusan yang telah dicapai
sebelum ini oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak
Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKKKMA63) yang telah
ditubuhkan terdahulu.
NO SOALAN: 51
3. Secara ringkasnya, terdapat 21 perkara yang telah disemak dan
dikaji oleh JKKKMA63. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17
perkara mendapat keputusan dan persetujuan bersama di antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan
Kerajaan Negeri Sarawak. Manakala daripada 17 keputusan
tersebut, terdapat 3 perkara yang dianggap selesai sepenuhnya
dan tidak memerlukan tindakan lanjut iaitu tuntutan duti eksport
balak dan hasil hutan di negeri Sabah, pentadbiran Pulau
Sipadan dan Ligitan di negeri Sabah dan isu pertanian dan
perhutanan juga di negeri Sabah.
4. Manakala baki 14 perkara lagi yang telah mencapai keputusan
merupakan perkara-perkara yang memerlukan tindakan lanjut
dan berterusan untuk dilaksanakan oleh kementerian/agensi
berkaitan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan
Sarawak. Secara umumnya, pelaksanaan keputusan-keputusan
tersebut akan melibatkan 3 fasa (jangka masa pendek, sederhana
dan panjang) yang dijangka akan mengambil masa sekurang-
kurangnya 1 ke 2 tahun untuk dilaksanakan. Sasaran yang
ditetapkan ini adalah realistik dengan mengambil kira proses-
proses yang perlu dilalui oleh agensi di peringkat Persekutuan dan
Kerajaan Negeri untuk melaksanakan keputusan-keputusan
tersebut.
5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masih terdapat 4 perkara
yang masih dalam penelitian iaitu:-
(i) Royalti Minyak dan Bayaran Tunai Petroleum;
(ii) Mineral Minyak dan Medan Minyak;
(iii) Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]; dan
(iv) Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83].
NO SOALAN: 51
6. Perbincangan mengenai perkara-perkara tersebut akan diteruskan
di dalam Majlis Khas yang akan ditubuhkan dalam sedikit masa
lagi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri Sabah dan Sarawak perlu diberikan lebih ruang bagi
membincangkan secara mendalam berhubung perkara-perkara
seperti yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 52
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
adakah Kementerian akan memperkenalkan pendidikan Perlembagaan
Persekutuan atau "Constitutional Studies" dalam sukatan pelajaran di
peringkat sekolah menengah bagi membuka minda generasi muda
terhadap konsep kenegaraan serta sebagai persediaan bagi mereka
yang akan mula mengundi apabila mencapai umur 18 tahun.
NO SOALAN: 52
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pada masa ini, kandungan Pendidikan Perlembagaan telahpun
diterapkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran
sejarah dan sivik. Oleh demikian, tiada keperluan untuk memperkenalkan
satu lagi mata pelajaran baharu seperti "Constitutional Studies"
diperingkat sekolah menengah.
Di peringkat sekolah rendah, murid mempelajari Pendidikan
Perlembagaan Persekutuan dalam mata pelajaran Sejarah melalui tajuk
Warisan Negara Kita dan Pembentukan Negara Malaysia. Manakala, di
sekolah menengah pula dalam mata pelajaran Sejarah di bawah tajuk
Perjuangan Rakyat ke arah Kemerdekaan Tanah Air, Persekutuan Tanah
Melayu 1948, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pilihan
Raya. Tajuk dan kandungan tersebut telah disusun mengikut
perkembangan sejarah berdasarkan kronologi bagi membolehkan murid
menguasai kandungan, kemahiran dan nilai sebagai persediaan bagi
mereka yang akan mula mengundi apabila mencapai umur 18 tahun.
KPM juga mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman murid tentang
pendidikan Perlembagaan Persekutuan menerusi Pendidikan Sivik dalam
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
NO SOALAN: 52
Usaha KPM memperkenalkan tajuk dan kandungan yang berkaitan
dengan Perlembagaan Persekutuan dalam mata pelajaran Sejarah dan
pendidikan sivik ini akan memberi kesedaran dan mengukuhkan
kefahaman konsep kenegaraan untuk mempersiapkan mereka untuk
melaksanakan hak dan tanggung jawab sebagai pengundi apabila
mencapai umur 18 tahun.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 53
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Donald Peter Mojuntin minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah rancangan terperinci Kerajaan untuk memastikan pemulihan
ekonomi semasa dan selepas tempoh wabak COVID-19.
NO SOALAN: 53
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 telah
memberi kesan yang amat ketara kepada ekonomi negara.
Pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) bagi separuh
tahun pertama 2020 mencatatkan penguncupan sebanyak 8.3%
[Suku Pertama 2020: 0.7%; Suku Kedua 2020: -17.1%].
Penguncupan ini adalah disebabkan oleh langkah-langkah yang
diambil di peringkat global dan domestik untuk membendung
penyebaran pandemik COVID-19. Semua sektor utama ekonomi
seperti perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan telah terjejas
akibat penularan wabak ini. Manakala, sekatan perjalanan yang
dilaksana oleh kebanyakan negara juga telah menjejaskan
pergerakan pelancong dan industri pelancongan Malaysia
khususnya industri perhotelan, penerbangan serta perdagangan
borong dan runcit.
2. Dalam usaha menangani kesan COVID-19 kepada ekonomi
negara, Kerajaan telah memperkenalkan:
a. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai
RM250 bilion pada 27 Mac 2020 bagi merangsang ekonomi,
membantu rakyat dan menggalakkan aktiviti ekonomi domestik;
NO SOALAN: 53
b. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN
TAMBAHAN) pada 6 April 2020 bernilai RM10 bilion bagi
menyokong kelangsungan perniagaan terutamanya Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS); dan
c. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun
2020 bernilai RM35 bilion yang bertujuan untuk memulihkan dan
menjana semula ekonomi negara dalam jangka masa pendek.
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan kini sedang
dalam proses penyediaan Pelan Pemulihan Ekonomi bagi jangka
panjang. Antara lain, Pelan ini akan memberi tumpuan kepada
penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam
dan kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan
Revolusi Perindustrian Keempat. Dalam penyediaan Pelan ini sesi
libat urus diadakan dengan semua pihak yang berkepentingan bagi
mendapat input yang menyeluruh dari semua pihak yang
berkepentingan.
4. Di samping pelbagai langkah yang akan diperkenalkan dalam Bajet
2021 pada 6 November 2020, Kerajaan juga sedang merangka
pelbagai dasar dan strategi khusus untuk menstruktur dan
mengukuhkan semula ekonomi serta menangani
ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi di bawah
Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 yang akan
dibentangkan awal tahun 2021. Pelan pemulihan ekonomi jangka
sederhana hingga panjang yang sedang disediakan akan memberi
tumpuan kepada penambahbaikan dalam pasaran buruh,
penambahbaikan peraturan dan pengukuhan persaingan dalam
NO SOALAN: 53
pasaran, isu pelaburan berkualiti, reformasi institusi awam dan
kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan Revolusi
Perindustrian Keempat.
5. Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang pada awalnya
dijadualkan 6 Ogos 2020 di Dewan Rakyat telah ditangguhkan
kepada tahun hadapan bagi membolehkan Kerajaan mengambil
kira keadaan ekonomi semasa negara yang terkesan teruk akibat
pandemik COVID-19 dalam merangka dasar dan strategi
pembangunan jangka sederhana. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan
juga sedang giat mengadakan semula libat urus bersama semua
pihak berkepentingan, termasuk kementerian dan agensi Kerajaan
Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta, badan antarabangsa
dan akademia.
Sekian,terima kasih
NO SOALAN: 54
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
statistik terkini jumlah tangkapan jenayah perjudian siber dan sejauh
manakah usaha Kementerian bagi mengatasi masalah jenayah perjudian
siber di kalangan anak muda.
NO SOALAN: 54
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM)
mengambil perhatian yang serius terhadap isu perjudian yang berleluasa di
negara ini termasuklah perjudian atas talian. Sindiket permainan judi atas
talian ini menawarkan semua bentuk judi fizikal sama ada permainan judi
slot mahupun “table game” secara maya.
Statistik terkini, bagi tempoh Januari 2020 sehingga 20 Ogos 2020 sebanyak
3,766 serbuan dibuat dan seramai 5,931 tangkapan berjaya dibuat dengan
melibatkan rampasan sebanyak RM1,045,700.00.
Bagi mengatasi masalah perjudian atas talian ini, beberapa langkah telah
diambil oleh pihak polis termasuklah:
1. Mengadakan operasi dan serbuan secara berterusan termasuklah
operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) untuk melumpuhkan kegiatan ini;
2. Mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam
kegiatan ini termasuklah penjaga premis dan penganjur kegiatan
perjudian haram di bawah peruntukan undang-undang berkaitan
judi sedia ada seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan Akta
Pertaruhan 1953. Selain itu, tindakan yang lebih keras juga akan
NO SOALAN: 54
diambil di bawah peruntukan undang-undang lain yang berkaitan
iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) serta Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)
2001;
3. Bekerjasama dengan syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga
Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air untuk tindakan
pemotongan bekalan elektrik dan air ke atas premis yang sering
digunakan bagi sindiket perjudian;
4. Menggubal serta menambahbaik undang-undang berkaitan judi
sedia ada bagi memastikan undang-undang ini relevan dengan
perubahan modus operandi sindiket perjudian ini terutamanya
perjudian atas talian (online). Dalam hal ini, Kementerian Dalam
Negeri juga telah turut dilibatkan di dalam kajian undang-undang
berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF) untuk ditambah baik supaya sentiasa
selaras dengan perkembangan semasa; dan
5. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) bagi menyekat laman-laman web yang disyaki
menjalankan aktiviti perjudian.
Sekian,terima kasih.
NO SOALAN: 55
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk
memupuk perpaduan dan persefahaman antara semua kaum untuk
mengatasi isu-isu perkauman.
NO SOALAN: 55
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Perpaduan Negara sejak ditubuhkan pada 10 Mac 2020,
telah mengambil beberapa langkah untuk memupuk dan mengeratkan
perpaduan kaum di Malaysia antaranya:
i. merangka Dasar Perpaduan Negara yang memayungi semua
inisiatif dan perancangan strategik Kementerian seperti menubuhkan:
a) Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang berperanan
menasihati kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan dan integrasi
nasional;
b) Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) yang
berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu dan masalah
yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan
hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama Ahli-
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri;
c) Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) yang akan
memainkan peranan menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab
persoalan yang menjadi pertikaian (contestation) di peringkat akar
NO SOALAN: 55
umbi yang boleh mencetuskan masalah perhubungan dan
ketegangan sosial dalam masyarakat;
ii. menggariskan usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam
mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia melalui Pelan
Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang bersifat spesifik, inklusif
dan holistik.
ii. Menjenamakan semula Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan
fokus kepada fungsi terkini KRT dan program / aktiviti berimpak tinggi
yang melibatkan semua kaum.
iii. Memperkasakan pengantara atau mediator komuniti dalam
menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan
anggota masyarakat;
iv. Penghayatan Pendidikan Rukun Negara dengan memperkasakan
KRN dan SRN.
v. Mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama
(HARMONI) bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan
JAKIM yang akan memainkan peranan memupuk hubungan harmoni
yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama
berteraskan semangat saling hormat-menghormati dan bekerjasama
di semua peringkat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 56
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah
kaedah yang akan diambil oleh Kementerian untuk membantu murid-
murid yang tidak ada "internet accessibility" atau liputan Internet yang
kuat di rumah supaya pembelajaran "e-learning" mereka tidak terbantut.
NO SOALAN: 56
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan
luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai
untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui
saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan
radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,
Terengganu FM dan Johor FM.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan
penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu
lalu di sekolah.
Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak sekolah
serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid tidak
ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran. KPM ingin merakamkan
penghargaan kepada semua guru atas segala usaha yang telah
dilaksanakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran diteruskan
walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selain itu, KPM juga turut
NO SOALAN: 56
menghargai peranan ibu bapa dalam memastikan pengajaran dan
pembelajaran di rumah berjalan dengan baik.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 57
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi
mengawal kandungan filem-filem yang dimuat naik dalam Netflix agar
kandungannya bersesuaian dengan norma masyarakat di negara ini.
NO SOALAN: 57
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, perkhidmatan
kandungan berbayar melalui platform Over-the-Top (OTT) seperti
Netflix, iflix, Dim Sum dan lain-lain, tidak tertakluk kepada Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kod Kandungan,
memandangkan syarikat-syarikat tersebut bukanlah pemegang
lesen individu Pemberi Perkhidmatan Kandungan Aplikasi
[CASP(I)].
2. Namun demikian, perkhidmatan OTT, terutama Netflix telahpun
menyediakan klasifikasi umur (13+, 16+, 18+) dan sinopsis
maklumat (audience advisory) berkenaan kandungan yang
disediakan seperti bahasa, aksi ganas, seks/berahi, agama,
dadah, dan sebagainya supaya penonton boleh membuat
keputusan sebelum memilih dan menonton kandungan
tersebut. Ini adalah langkah kawalan kendiri yang diambil di
peringkat antarabangsa.
3. Selain daripada itu, terdapat juga kawalan kendiri ibubapa
(parental controls) di mana ibubapa digalakkan untuk meletakkan
pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah. Penggunaan pin
akses akan memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat
mengakses semua kandungan yang tidak sesuai.
NO SOALAN: 57
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 58
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Puan Raj Munni Binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapakah peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok secara
perbandingan pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020.
NO SOALAN: 58
JAWAPAN
[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kerajaan dari semasa ke semasa berusaha untuk memastikan institusi
pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini sentiasa kekal
berdaya saing selari dengan aspirasi negara untuk memartabatkan institusi
pendidikan Islam dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.
2. Bermula tahun 2017, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan
peruntukan khas secara one-off sebanyak RM80,000,000.00. Peruntukan ini
merangkumi institusi pondok sebanyak RM50,000,000.00 dan tahfiz
sebanyak RM30,000,000.00.
3. Manakala pada tahun 2018, Kerajaan Persekutuan telah
memperuntukkan sebanyak RM75,000,000.00. Institusi pondok
diperuntukkan sebanyak RM25,000,000.00 dan institusi tahfiz sebanyak
RM50,000,000.00 yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) di bawah seliaan GiatMARA.
4. Seterusnya pada tahun 2019 Kerajaan memperuntukkan sebanyak
RM100,000,000.00 secara one-off. Peruntukan ini merangkumi
RM25,000,000.00 untuk institusi pondok, RM50,000,000.00 untuk institusi
NO SOALAN: 58
tahfiz dan RM25,000,000.00 pula untuk sekolah agama yang disalurkan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
5. Keprihatinan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara ini dapat
dilihat menerusi pembentangan Bajet 2020 dengan peruntukan sebanyak
RM100,000,000.00 telah diluluskan, di mana RM25,000,000.00 untuk
institusi pondok, RM50,000,000.00 untuk institusi tahfiz dan
RM25,000,000.00 untuk sekolah agama. Keseluruhan peruntukan ini
diagihkan melalui JAKIM.
6. Jadual perbandingan peruntukan kepada institusi pondok, tahfiz dan
sekolah agama mengikut tahun adalah seperti yang berikut:
TAHUN INSTITUSI PERUNTUKAN
(RM) JUMLAH (RM)
BIL.
INSTITUSI
JUMLAH
SEKOLAH
2017 Pondok 50,000,000.00
80,000,000.00 228
799 Tahfiz 30,000,000.00 571
2018
Pondok 25,000,000.00
75,000,000.00
228
228
Tahfiz
50,000,000.00
(melalui
GiatMARA)
2019
Pondok 25,000,000.00
100,000,000.00
142
1166 Tahfiz 50,000,000.00 676
Sekolah
Agama
25,000,000.00
(melalui KPM) 348
2020
Pondok 25,000,000.00
100,000,000.00
138
1637 Tahfiz 50,000,000.00 784
Sekolah
Agama 25,000,000.00 715
NO SOALAN: 58
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 59
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status terkini pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang
Minyak/Serendah yang telah tertangguh sejak sepuluh tahun lepas
berikutan beberapa masalah dalaman.
NO SOALAN: 59
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Untuk makluman, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang
Minyak, Serendah, Selangor adalah berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan
(SBK). Projek pembinaan gantian tapak baru ini merupakan projek di
bawah Pakej Rangsangan Khas 2012-2014. Skop bagi pelaksanaan
projek ini meliputi pembinaan 12 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan
lain.
Projek pembinaan SJKT Ladang Minyak ini masih belum dimulakan
kerana isu pemilikan tanah oleh UMW Corporation. Perkara ini perlu
diselesaikan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SJKT Ladang
Minyak sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) untuk pelaksanaan projek. Rundingan dan libat urus antara pihak
yang terlibat telah diadakan namun sehingga kini status pemilikan tanah
tapak projek masih belum dimuktamadkan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 60
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
berapakah bilangan keseluruhan pusat jantung di seluruh negara dan di
manakah lokasi pusat jantung tersebut terletak di negeri-negeri terpilih.
SOALAN NO. 60
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan
perkhidmatan jantung di 10 buah hospital KKM di semua negeri
kecuali Melaka, N. Sembilan dan Perlis. Lokasi Pusat Jantung terpilih
adalah ditentukan melalui sistem zon di mana ia mengambil kira
geografi setempat dan populasi penduduk yang berada di dalam zon
tersebut.
2. Perkhidmatan ini merangkumi kesemua enam zon utama iaitu:
a) Zon Sabah (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan)
– 1 pusat jantung KKM
• Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu
b) Zon Sarawak
– 1 pusat jantung KKM
• Pusat Jantung Sarawak
c) Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)
– 3 pusat jantung KKM
• Hospital Pulau Pinang
• Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar
• Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
SOALAN NO. 60
d) Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,
Negeri Sembilan, Melaka)
– 1 pusat jantung KKM
• Hospital Serdang
e) Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
– 3 pusat jantung KKM
• Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru
• Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
• Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
f) Zon Selatan (Johor)
– 1 pusat jantung KKM
• Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
3. Kesemua 10 pusat jantung menyediakan perkhidmatan kardiologi
dan 7 daripadanya menyediakan perkhidmatan pembedahan
kardiotorasik dan pediatrik kardiologi (tidak termasuk 3 hospital iaitu
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Raja Permaisuri
Bainun, Ipoh dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu). Bagi hospital-hospital lain yang tidak mempunyai
pakar jantung, perkhidmatan rawatan jantung disediakan oleh pakar
perubatan am dan pakar perubatan kecemasan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 61
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan
penelitian masalah yang dihadapi oleh pemohon kad Pendaftaran Ahli
Nelayan melalui Pengurusan Persatuan Nelayan (ALP) supaya tiada
unsur politik serta memudahkan bagi kelulusan permohonan mereka.
NO SOALAN: 61
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) merupakan persatuan yang
ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 dan
dikawalselia oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi
tujuan memajukan kepentingan ekonomi dan sosial ahlinya.
Berdasarkan penelitian masalah yang dihadapi oleh pemohon
kad Pendaftaran Ahli Nelayan, Kementerian melalui LKIM
mendapati bahawa dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun
2015 hingga 2019, sebanyak 188 permohonan sebagai ahli PNK
telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP).
2. Dalam perkara ini, penolakkan permohonan sebagai ahli PNK
adalah kerana pemohon tidak memenuhi syarat, antara syarat-
syarat ahli PNK ialah pemohon perlu berumur 18 tahun dan
bermastautin dalam kawasan PNK yang bekerja sebagai
penangkap, pengutip atau pemelihara hidupan dalam air
sekurang-kurangnya 120 hari setahun; atau bekerja
memproses, mengendalikan atau berniaga ikan; atau yang
mana pendapatannya 60 peratus ke atas diperolehi daripada
perusahaan perikanan.
3. Peraturan Persatuan Nelayan 1972 dengan jelas menyatakan
bahawa tiada ALP boleh menolak permohonan yang memenuhi
syarat, melainkan permohonan tersebut ditolak kerana dikhuatiri
NO SOALAN: 61
kemasukan pemohon tersebut akan memudaratkan
kepentingan persatuan.
4. Sekiranya pemohon tidak berpuas hati selepas keputusan
pemohonan mereka ditolak, dalam tempoh dua minggu, rayuan
boleh dikemukakan kepada Pendaftar iaitu Pegawai Penyelia
Negeri LKIM. Keputusan akhir daripada Pendaftar berhubung
rayuan permohonan yang dikemukakan adalah muktamad.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 62
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah rumah
mampu milik yang dibina dari Mei 2018 hingga Feb 2020, mengikut negeri
dan jelaskan apakah mekanisme yang diguna pakai oleh Kementerian
dalam mendekati golongan B40, M40 dalam memiliki rumah pertama.
NO SOALAN: 62
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, mulai Julai 2018 hingga 31 Mac
2020, sebanyak 552,171 unit rumah mampu milik sedang dalam
pelbagai peringkat pelaksanaan. Jumlah ini merangkumi 345,832 unit
rumah dalam perancangan, 154,622 unit rumah dalam pembinaan
dan 51,717 unit rumah telah disiapkan oleh 3 agensi penyedia
perumahan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan pemaju swasta. Pecahan unit rumah di 3 peringkat pelaksanaan
mengikut negeri adalah seperti berikut:
Status Pelaksanaan Rumah Mampu Milik Mengikut Negeri
Mulai Julai 2018 Hingga 31 Mac 2020
NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH
SELANGOR 98,815 28,746 13,545 141,106
W.P KUALA
LUMPUR 37,322 29,694 7,839 74,855
PAHANG 38,328 10,975 2,577 51,880
JOHOR 33,306 14,023 3,489 50,818
PULAU PINANG 37,679 9,414 711 47,804
PERAK 32,440 7,831 2,090 42,361
NO SOALAN: 62
NEGERI RANCANG BINA SIAP JUMLAH
SABAH 8,469 11,511 3,899 23,879
MELAKA 6,556 13,074 3,159 22,789
NEGERI
SEMBILAN 9,661 8,217 1,356 19,234
KELANTAN 11,795 5,150 2,241 19,186
KEDAH 7,164 6,416 3,855 17,435
SARAWAK 6,714 3,761 3,831 14,306
TERENGGANU 7,964 2,408 547 10,919
W.P PUTRAJAYA 3,408 2,304 2,229 7,941
PERLIS 2,980 596 349 3,925
W.P LABUAN 3,231 502 - 3,733
JUMLAH
KESELURUHAN 345,832 154,622 51,717 552,171
* Berdasarkan maklumat daripada agensi penyedia perumahan.
* Terdapat sebahagian maklumat RMM (program RMR SPNB) di
WP.Kuala Lumpur turut merangkumi W.P Putrajaya.
2. Untuk makluman Yang Berhormat jua, antara usaha pihak
Kementerian untuk mendekati golongan B40 dan M40 dalam memiliki
rumah pertama adalah melalui pelaksanaan program dan skim
perumahan seperti berikut:
NO SOALAN: 62
i. Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menawarkan rumah
PPR Dimiliki berharga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia
dan RM42,000 seunit di Sabah/Sarawak kepada pembeli rumah
pertama dari golongan B40 berpendapatan isi rumah di bawah
RM3,000 sebulan;
ii. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang
menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama dari
kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di bawah
RM10,000 sebulan; dan
iii. Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) - individu yang berkelayakan dan memiliki tanah
sendiri boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat (RMR)
untuk membina rumah dengan harga RM75,000 hingga
RM106,500 dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000.
Manakala baki RM55,000 hingga RM86,500 dibiayai melalui
pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik
ansuran yang lebih rendah.
3. Selain itu, terdapat juga program perumahan lain di bawah KPKT yang
memberi keutamaan kepada pembeli rumah pertama seperti berikut:
i. Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang merupakan
program khusus kepada penjawat awam dari kalangan B40 dan
M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah dari harga pasaran;
dan
NO SOALAN: 62
ii. Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada
golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah
RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah.
4. Kerajaan juga kekal komited untuk memastikan aksesibiliti rakyat
untuk memiliki rumah pertama melalui inisiatif pembiayaan
perumahan seperti berikut:
i. Skim pembiayaan kewangan fleksi yang menawarkan pakej
pinjaman menyeluruh merangkumi pembayaran berperingkat dan
bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah
daripada pinjaman biasa kepada pembeli yang layak. Antara
syarat permohonan skim ini adalah pendapatan isi rumah
RM5,000 dan ke bawah serta bagi hartanah bernilai sehingga
RM300,000;
ii. Pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam
di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
(LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama dilanjutkan
daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan
iii. Jaminan Cagamas SRP Berhad untuk membantu golongan
muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk
memiliki rumah. Cagamas SRP akan menjamin 10% daripada
pembiayaan berkenaan.
NO SOALAN: 62
5. Kerajaan turut melaksanakan Kempen Pemilikan Rumah 2020 (HOC
2020) yang merupakan inisiatif baharu di bawah Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) 2020. Kerajaan memberikan insentif
melalui pengecualian duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan
diberikan melalui diskaun harga jualan sekurang-kurangnya 10% bagi
membantu rakyat memiliki rumah terutamanya kepada pembeli rumah
pertama.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 63
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
keberkesanan "Home-based Learning" dan apakah ada perancangan
serta kesediaan pihak Kementerian mempertingkatkan pendidikan
melalui platform digital.
NO SOALAN: 63
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk
memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha
menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Kaedah Home-based Learning ini dilaksanakan melalui pelantar
pembelajaran digital iaitu MOE-DL, yang kemudiannya dikenali sebagai
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar
ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google
Classroom dan Google Meet, Microsoft 365, Apple Teacher Learning
Centre, buku teks digital, video PdP, kuiz dan video permainan
pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan
CikgooTube untuk membantu dalam pembelajaran anak mereka di
rumah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan
Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian
(Online Learning) pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan
670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid.
Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer
peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid
NO SOALAN: 63
memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping
itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi
kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang
sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai
sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
secara dalam talian.
Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat
mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana
tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga
kekangan dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan
pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam
kepada semua murid. Selain itu, PdP secara dalam talian merupakan
sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa.
Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan
kaedah baharu ini.
KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat
akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan
luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak
mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai
untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut
dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui
saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan
radio pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM,
Terengganu FM dan Johor FM.
Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PdP melalui
serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat
melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan
NO SOALAN: 63
penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kaunter pandu
lalu di sekolah.
Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad
berbanding kaedah secara bersemuka.
Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah
dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya,
guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang-
kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata
pelajaran yang diikuti.
KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini,
KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam
memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based
Learning.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 64
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Dato’ Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan rancangan penggubalan dasar-dasar semasa
Kerajaan dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dalam negara.
NO SOALAN: 64
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Bagi memperkukuhkan perpaduan dalam negara, Kementerian
Perpaduan Negara telah merangka dua (2) dasar utama iaitu:
a) Dasar Perpaduan Negara
b) Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025
Kementerian Perpaduan Negara memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia dengan merangka Dasar Perpaduan Negara
yang akan memayungi semua inisiatif dan juga perancangan strategik
oleh kementerian seperti yang pertama Penubuhan Majlis Penasihat
Perpaduan Negara yang telah pun bersidang pada 18hb Ogos yang lalu
dan dianggotai oleh kepelbagaian kepakaran yang ada.
Fungsi majlis ini ialah untuk menjadi forum untuk kita bincangkan
isu-isu dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan,
menjana pemikiran idea ke arah penubuhan satu dasar yang lebih
berkomprehensif dan holistik, mengemukakan syor-syor langkah-
langkah yang wajar diambil oleh kerajaan dan juga untuk
mempertimbangkan cadangan dan nasihat berkaitan dengan
perpaduan negara dan juga integrasi nasional.
Keduanya, kementerian telah pun menubuhkan Jawatankuasa
Pelaksana Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh saya yang
NO SOALAN: 64
dianggotai oleh semua ahli-ahli yang berhormat exco-exco perpaduan
di peringkat negeri-negeri dan kita telah pun mengadakan persidangan
mesyuarat sebanyak dua kali dan mesyuarat yang akan datang adalah
pada 26hb September. Dan tujuan penubuhan jawatankuasa pelaksana
ini juga adalah menyediakan satu forum untuk membincangkan
masalah yang berkaitan dengan dengan perpaduan termasuk suasana
perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian daripada
kepakaran-kepakaran selain daripada exco-exco kerajaan negeri.
Seterusnya ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan
Negeri yang dipengerusikan oleh semua exco-exco kerajaan negeri.
Dia follow thru daripada Majlis Penasihat Perpaduan Negara turun
kepada Jawtankuasa Pelaksana Perpaduan Negara dan turun kepada
Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negera dan akhirnya di peringkat
daerah ialah Jawatankuasa Permuafakatan Perpaduan Daerah.
Selain dari itu, rancangan baru yang akan dilaksanakan dan yang
sedang pun dilaksanakan ialah Pelan Tindakan Perpaduan Negara
bagi tahun 2021-2025 dan sekarang ini sedang dalam peringkat untuk
mendapatkan maklum balas daripada kepelbagaian rakyat yang ada.
Pelancaran sedang dibuat oleh exco-exco kerajaan-kerajaan negeri.
Contoh, Perak kita pun telah dilaksanakan bersama Melaka pada 22
Ogos Terengganu pada 23 Ogos, Perlis dan Kelantan pada 24 Ogos
dan akhirnya ia akan merangkumi pada semua negeri-negeri. Pelan
Tindakan Perpaduan ini akan merangka kerja-kerja berteraskan kepada
Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia
berdasarkan kepada lima strategik yang ada.
Sekian, terima kasih.
NO.SOALAN: 65
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L
PONNUSAMY
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan berhasrat menghapuskan sama sekali
hukuman mati mandatori dan sekiranya ya bilakah Kerajaan berhasrat
mengemukakan Rang Undang-undang berkenaan.
NO.SOALAN: 65
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Akhir Hukuman
Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati
Mandatori mengandungi syor-syor hukuman gantian terhadap 11
kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, kesalahan di bawah
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 21 kesalahan yang
membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
Laporan kajian ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan. Sehubungan itu,
sebarang tindakan susulan termasuk penggubalan Rang Undang-
Undang berkaitan akan hanya dilaksanakan, tertakluk kepada keputusan
Kerajaan berkaitan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati
Mandatori dan syor-syor yang dinyatakan dalam laporan tersebut.
Secara umumnya, sebarang keputusan Kerajaan mengenai perkara
ini akan melibatkan perubahan dasar yang memberi impak besar
terhadap sistem keadilan negara kerana buat julung kalinya polisi
penghukuman disemak dan dikaji semula. Melalui kajian yang telah
dilaksanakan ini juga, Kerajaan dapat mengenal pasti hukuman gantian
terbaik yang bersifat adil dan setimpal dengan kesalahan jenayah yang
telah dilakukan.
NO.SOALAN: 65
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 66
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sebab kenapa ramai di kalangan pegawai perubatan, pegawai pergigian
dan pegawai farmasi yang telah menjalani latihan siswazah
(housemanship) tidak lagi diambil sebagai kakitangan tetap di
Kementerian Kesihatan sejak 2016.
NO SOALAN:66
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Menerusi ketetapan Akta Perubatan 1971, Akta Pergigian 1971 dan
Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Kerajaan mempunyai obligasi
untuk menyediakan penempatan bagi tujuan pendedahan
pengalaman kepada graduan menerusi program latihan siswazah
dan / atau khidmat wajib.
2. Namun, sejak tahun 2015 di mana Kerajaan menguatkuasakan
Dasar Penggunaan Sumber Manusia Secara Optimum dan Dasar
Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam, semua Kementerian termasuk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi dibenarkan untuk
mewujudkan jawatan baharu, melainkan dibuat secara tukar ganti
(trade off) dengan jawatan kosong lain yang sedia ada.
3. Oleh yang demikian, bagi membolehkan graduan menjalani latihan
siswazah dan / atau khidmat wajib tanpa lagi tertakluk kepada
kekosongan jawatan tetap, Kerajaan pada tahun 2016 telah
memutuskan supaya kaedah pelantikan graduan perubatan,
pergigian dan farmasi diubah daripada pelantikan secara tetap
kepada pelantikan secara kontrak (contract of service).
4. Manakala bagi pertimbangan untuk lantikan tetap pula, ianya dibuat
secara berasingan selepas pegawai melengkapkan latihan
NO SOALAN:66
siswazah dan / atau khidmat wajib dengan mengambil kira faktor
kekosongan jawatan tetap sedia ada serta pegawai memenuhi
syarat pelantikan dan merit yang ditetapkan.
5. Memandangkan kekosongan perjawatan tetap adalah terhad, maka
hanya pegawai di kalangan bakat terbaik berdasarkan kekananan
(ranking) dalam senarai yang diperakukan akan dipertimbangkan
untuk lantikan tetap.
6. Bagi maksud memperaku pelantikan tetap pegawai lantikan kontrak
pula, ia dilaksanakan menerusi penilaian yang ketat dan
berterusan semasa latihan siswazah atau khidmat wajib,
perakuan Ketua Jabatan serta saringan dan penilaian menerusi
Jawatankuasa Pemilihan Lantikan Tetap di peringkat Ibu Pejabat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
7. Saringan dan penilaian ini dibuat bagi memastikan penilaian yang
telus dan objektif ke atas pegawai berdasarkan kriteria pelantikan
tetap dan syarat-syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan.
Senarai pegawai yang layak diperakukan akan dikemukakan kepada
pengurusan tertinggi KKM (Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah
Kesihatan) untuk persetujuan sebelum dikemukakan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk pertimbangan
pelantikan tetap.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 67
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah sekolah baru yang dibina dan sekolah daif di Sabah
yang dibaiki dan ditambah baik di bawah Rancangan Malaysia Ke-11
(RMK-11) yang telah siap dan dibaiki sepenuhnya berbanding jumlah asal
yang dirancang, halangan yang dihadapi dan adakah akan dibawa projek-
projek ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
NO SOALAN: 67
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang berhormat,
Berdasarkan perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-
11), sebanyak 11 buah projek pembinaan sekolah baharu dan 237 projek
menaik taraf dan pembangunan semula sekolah yang mempunyai
bangunan daif akan dilaksanakan di negeri Sabah.
Sehingga 2 September 2020, bagi pembinaan sekolah baharu di Sabah,
sebanyak tiga (3) buah sekolah berada di fasa pembinaan dan lapan (8)
buah sekolah lagi berada di fasa pra bina. Manakala, bagi projek menaik
taraf dan pembangunan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif,
sebanyak 150 buah sekolah telah siap, tiga (3) buah sekolah masih dalam
pembinaan dan baki sebanyak 84 buah sekolah masih dalam fasa pra
bina.
Dalam melaksanakan projek pembangunan yang telah diluluskan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut berhadapan masalah dan
halangan yang menjejaskan pelaksanaan projek, antaranya aksesibiliti
yang terhad berikutan kedudukan tapak projek yang berada di kawasan
pedalaman, prestasi kontraktor yang lemah dan tidak memuaskan serta
faktor perubahan alam seperti sismik, ombak besar dan perubahan
cuaca.
Di samping itu, KPM akan memohon pelaksanaan projek yang mendesak
dan telah diselesaikan urusan berkaitan dengan tanah dalam RMKe-12.
NO SOALAN: 67
Walau bagaimanapun, kelulusan projek tersebut bergantung kepada
kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 68
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk
memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipertingkatkan setelah isu
ini menjadi parah semasa pemerintahan PH.
NO SOALAN: 68
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Perpaduan Negara sedang mengambil beberapa langkah
untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia antaranya:
i. merangka Dasar Perpaduan Negara yang memayungi semua
inisiatif dan perancangan strategik Kementerian seperti menubuhkan:
a) Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang berperanan
menasihati kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan dan integrasi
nasional;
b) Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) yang
berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu dan masalah
yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan
hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama Ahli-
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri;
c) Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) yang akan
memainkan peranan menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab
persoalan yang menjadi pertikaian (contestation) di peringkat akar
umbi yang boleh mencetuskan masalah perhubungan dan
ketegangan sosial dalam masyarakat;
NO SOALAN: 68
ii. menggariskan usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam
mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia melalui Pelan
Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang bersifat spesifik, inklusif
dan holistik.
ii. Menjenamakan semula Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan
fokus kepada fungsi terkini KRT dan program / aktiviti berimpak tinggi
yang melibatkan semua kaum.
iii. Memperkasakan pengantara atau mediator komuniti dalam
menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan
anggota masyarakat;
iv. Penghayatan Pendidikan Rukun Negara dengan memperkasakan
KRN dan SRN.
v. Mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama
(HARMONI) atas persetujuan bersama Kementerian Perpaduan
Negara (KPN) dan JAKIM yang akan memainkan peranan memupuk
perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut
pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat-menghormati
dan bekerjasama di semua peringkat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 69
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2020
Tuan Haji Idris bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan
tindakan Kerajaan untuk menyelamatkan aset umat Islam dari terlepas
begitu sahaja memandangkan TH Plantations Berhad telah dirancang
untuk dijual kepada syarikat bukan bumiputera untuk menstabilkan
kedudukan kewangan Tabung Haji.
NO SOALAN: 69
JAWAPAN
[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TH Plantations Berhad
(THP) merupakan syarikat 73.84% milik TH yang disenaraikan di
Bursa Malaysia. TH sentiasa berusaha untuk memastikan
kepentingannya dan para pendeposit terus dipelihara di samping
menjana pulangan yang mampan.
2. Selepas disenaraikan, THP telah meningkatkan pemilikan tanah
ladang daripada 15,000 hektar kepada lebih 100,000 hektar melalui
pembiayaan hutang sukuk. Namun, lebih kurang 40,000 hektar
(40%) dari jumlah tanah yang dimiliki THP tidak boleh ditanam atau
tidak mengeluarkan hasil kerana pelbagai kekangan seperti:-
• Kawasan tanah yang bercerun dan berlurah;
• Kualiti tanah yang kurang sesuai untuk penanaman pokok
kelapa sawit;
• Kawasan yang melibatkan tanah adat; dan
• Tanaman pokok getah yang tidak mengeluarkan hasil
komersil.
NO SOALAN: 69
3. Keadaan adalah sangat kritikal pada tahun 2018 dan 2019 apabila
harga minyak sawit mentah (CPO) menurun menyebabkan THP
tidak memiliki dana mencukupi untuk membiayai operasi
perladangan dan pengilangan serta melunaskan hutang. Keperluan
operasi THP terkesan apabila para pemiutang tidak dibayar dan
THP berdepan dengan risiko kegagalan untuk melunaskan
pembiayaan kewangan.
4. Pendapatan yang dijana tidak mencukupi untuk menampung
keperluan operasi serta komitmen kewangan THP. Justeru itu, THP
telah merangka suatu strategi jangka panjang bagi mengukuhkan
semula kedudukan kewangan demi kelangsungan syarikat.
5. Justifikasi bagi pelupusan ini adalah :
i. Pembayaran Hutang Yang Membebankan (High Debt
Services)
ii. Syarikat-Syarikat Tidak Berdaya Maju (Non-Performing
Companies)
iii. Kekangan Kewangan Yang Semakin Meruncing (Financial
Distress Position)
iv. Tempoh Gestasi Yang Lama Bagi Penanaman Getah
6. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, THP telah melupuskan
beberapa anak syarikatnya untuk membiayai komitmen
kewangannya seperti berikut:-
• 2015 – Pelupusan TH Bakti Sdn Bhd melibatkan 1,205 hektar
kepada Jasa Bakti Sdn Bhd
NO SOALAN: 69
• 2016 – Pelupusan tiga (3) ladang di Gemas melibatkan 2,733
hektar kepada Dupont & Leosk Enterprise
• 2019 – Pelupusan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd & Maju
Warisanmas Sdn Bhd melibatkan 6,514 hektar kepada Tamaco
Plantation Sdn Bhd (sedang dimuktamadkan)
• 2019 – Pelupusan 70% kepentingan Ekuiti dalam THP-YT
Plantation Sdn Bhd melibatkan 2,594 hektar kepada TDM
Berhad (telah dimuktamadkan)
7. Rancangan Pelan Pemulihan Strategik telah dirangka untuk
mengukuhkan semula struktur kewangan syarikat dan ini
melibatkan pelupusan syarikat yang tidak berdaya maju.
Sekian,terima kasih.