mesyuarat pembentangan kertas …inspen.gov.my/inspen/v2/ig/2009/ig 2009 tinjauan penerimaan -...
TRANSCRIPT
MESYUARAT PEMBENTANGAN
KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009
21– 23 DISEMBER 2009
DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA
INSPEN
KERTAS PENYELIDIKAN
TINJAUAN PENERIMAAN HARTA TANAH STRATA
DI NEGERI KELANTAN
NIK ARIFF BIN LONG DIR
JPPH TERENGGANU
2009 --------------------------------------------------------------- Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan Malaysia
11
ISI KANDUNGAN Tajuk Muka Surat
ABSTRAK i BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kawasan Kajian 1 1.2 Penyataan Masalah 4 1.3 Soalan Penyelidikan 4 1.4 Matlamat Kajian 4 1.5 Objektif Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 5 1.7 Skop Kajian 5
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Definisi Istilah 6 2.2 Teori Permintaan Dan Penawaran 7 2.3 Artikel/Kajian Terdahulu Yang Berkaitan 8 2.4 Budaya/Culture Rakyat Kelantan 9
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendekatan 10 3.2 Pengumpulan Data 10 3.3 Analisa Data 12
BAB 4: HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan 13 4.2 Pengumpulan Data 13 4.3 Hasil Kajian 13 4.3 Rumusan 24
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 25 5.2 Batasan Dan Kelemahan Kajian 26 5.3 Cadangan 26
LAMPIRAN Lampiran 1 – Borang Soal-selidik Bibliografi
ii
Senarai Jadual & Gambarajah
Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Kelantan Mengikut Jajahan Tahun 2009
Jadual 1.2 : Pecahan Pekerjaan Penduduk Negeri Kelantan
Jadual 3.1 : Kadar Penglibatan Pembeli Harta Tanah Strata Dalam Borang Soal Selidik.
Gambarajah 1.1: Peta Jajahan Kota Bharu
Gambarajah 2.1: Keluk Permintaan & Penawaran
iii
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan i
ABSTRAK
Pembangunan harta tanah strata seperti apartmen dan kondominium merupakan
salah satu pemandangan yang biasanya dapat dilihat di bandar-bandar utama di
negara ini. Di Negeri Kelantan, pembangunan harta tanah strata seperti apartmen
dan kondominum agak rancak sejak kebelakangan ini. Ini dapat dibuktikan dengan
terbinanya bangunan seperti Kota Sri Mutiara, Pelangi Mall, Kondominium Permai,
dan lain-lain yang tersergam indah menghiasi pusat Bandar Kota Bharu.
Persoalan yang timbul di sini adakah konsep pembangunan harta tanah strata ini
sudah mula diterima di kalangan penduduk Kelantan yang selama ini lebih gemar
untuk tinggal pada kediaman jenis bertanah (landed property).
Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan hasrat untuk meninjau sejauh mana
penerimaan penduduk Kelantan terhadap pembangunan harta tanah strata ini. Ia
juga akan melihat kegunaan harta tanah strata ini dikalangan pembeli samada ianya
untuk kegunaan sendiri, disewakan atau sebagainya.
Kajian ini menggunakan data yang diperolehi dari pemaju dan juga data dari Pusat
Maklumat Harta Tanah negara (NAPIC). Data juga diperolehi melalui borang soal
selidik yang telah disediakan untuk diedarkan kepada responden. Kawasan kajian
ialah di Negeri Kelantan yang mana ianya tertumpu kepada Jajahan Kota Bharu
sahaja.
Di akhir kajian, diharapkan ianya dapat menjawab persoalan samada pembangunan
harta tanah strata ini telah dapat diterima oleh penduduk negeri Kelantan.
Di samping itu, kegunaan sebenar harta tanah strata oleh pembeli juga dapat
diketahui dan seterusnya dapat menentukan faktor-faktor yang menarik minat
pembeli untuk membeli harta tanah strata ini.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
1 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan untuk meninjau penerimaan harta tanah strata di Negeri
Kelantan. Ini adalah kerana berlakunya pertambahan penawaran bagi harta tanah
jenis strata di Negeri Kelantan terutama di Bandar Kota Bharu.
Kajian ini akan mengenalpasti profil pembeli harta tanah strata dan jenis kegunaan
harta tanah ini oleh pembeli. Kajian ini diharap akan dapat melihat trend penerimaan
pembangunan harta tanah strata di Negeri Kelantan.
1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Negeri Kelantan secara keseluruhannya mempunyai keluasan seluas 14,922 km
persegi atau 1,492,200 juta hektar iaitu meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia.
Terdapat 10 buah jajahan di Negeri Kelantan.
Jumlah penduduk yang dianggarkan pada tahun 2009 adalah seramai 1,634,200
orang. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti kaum
Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%.
Kawasan kajian yang terlibat adalah Jajahan Kota Bharu sahaja. Kota Bharu
merupakan ibu negeri bagi Negeri Kelantan. Keluasan Kota Bharu adalah seluas
40,900 hektar (115.64 kilometer persegi) iaitu 2.7% dari keluasan negeri Kelantan.
Jumlah penduduk di Kota Bharu adalah 496,600 orang iaitu mewakili 30.4% dari
jumlah penduduk negeri Kelantan.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
2 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Kelantan Mengikut Jajahan Tahun 2009
Jajahan
Bil. Penduduk
Isi Rumah
Purata
penduduk per
isi rumah
Bachok 138,200 8.5% 24,600 7.9 5.6
Kota Bharu 496,600 30.4% 95,900 30.8 5.2
Machang 98,700 6% 18,800 6.1 5.3
Pasir Mas 206,400 12.6% 40,100 12.9 5.1
Pasir Puteh 130,700 8% 24,900 8.0 5.2
Tanah Merah 130,000 8% 24,700 7.9 5.3
Tumpat 168,600 10.3% 31,200 10.0 5.4
Gua Musang 100,400 6.1% 19,500 6.3 5.1
Kuala Krai 117,800 7.2% 22,700 7.3 5.2
Jeli 46,700 2.9% 8,700 2.8 5.4
Jumlah 1,634,200 100% 311,100 100 5.3
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 1.2 : Pecahan Pekerjaan Penduduk Negeri Kelantan
Sektor Peratusan (%)
Pertanian 48.2
Perkhidmatan 23.8
Perkilangan 11.9
Perdagangan 10.1
Pembinaan 2.9
Pengangkutan 1.8
Kewangan 0.9
Perlombongan 0.4
Jumlah 100
Sumber: Jabatan Tenaga Kerja
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
3 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Gambarajah 1.1: Peta Jajahan Kota Bharu
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
4 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
1.2 PENYATAAN MASALAH
Daripada Laporan Pasaran Harta (LPH) 2007, hanya 3.3% daripada penawaran
sedia ada unit kediaman adalah merupakan dari jenis strata. Manakala bagi
penawaran akan datang pula penawaran bagi harta jenis strata ini adalah 10%
daripada keseluruhan penawaran akan datang.
Bagi penawaran sedia ada sebanyak 1,692 unit adalah terletak di Kota Bharu dan 36
unit di Kuala Krai. Manakala bagi penawaran akan datang sebanyak 1,287 unit
terletak di Kota Bharu, 116 unit di Pasir Puteh dan 80 unit di Kuala Krai.
Jika dilihat terdapat pertambahan dalam jumlah penawaran akan datang bagi harta
tanah strata ini. Persoalannya, adakah pembangunan harta tanah strata telah dapat
diterima di kalangan penduduk di negeri Kelantan.
1.3 SOALAN PENYELIDIKAN
i. Adakah pembeli harta tanah strata terdiri dari Anak Kelantan atau Bukan Anak
Kelantan?
ii. Apakah jenis kegunaan harta tanah strata yang dibeli?
iii. Apakah faktor yang menarik minat pembeli untuk membeli harta tanah strata di
Kelantan?
1.4 MATLAMAT KAJIAN
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis kegunaan harta tanah
strata di Kelantan. Ianya akan dapat memberikan gambaran trend kegunaan
sebenar harta tanah tersebut.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
5 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah :
i. Untuk mengenalpasti pembeli harta tanah strata di Negeri Kelantan
samada ianya terdiri dari Anak Kelantan ataupun Bukan Anak
Kelantan.
ii. Untuk megenalpasti kegunaan harta tanah strata yang dibeli samada
untuk diduduki sendiri, diberi sewa atau lain-lain kegunaan.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Penemuan dalam kajian ini akan dapat memberikan gambaran trend kegunaan
sebenar harta tanah strata di Negeri Kelantan.
1.7 SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya fokus kepada harta tanah strata yang berkategori kediaman
di Jajahan Kota Bharu sahaja.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
6 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
BAB 2
ULASAN LITERATUR
2.1 Definisi Istilah:
2.1.1 Anak Kelantan (Native of Kelantan)adalah termasuk:-
a) Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan, bapanya seorang Melayu;
b) Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan, ibunya seorang Melayu dan
bapanya seorang Islam;
c) Lahir dimana-mana sahaja baik di dalam Malaysia atau Luar Malaysia,
bapanya seorang Melayu yang lahir di negeri Kelantan;
d) Lahir di mana-mana sahaja, kedua ibubapanya orang Melayu dan telah
tinggal sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan;
e) Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan.
2.1.2 Harta Tanah Strata
Harta tanah strata merupakan satu bentuk bangunan atau blok berbilang
tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang
tanah berimilik. Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi
pada berbilang lapisan.
Harta tanah strata ini akan didaftarkan di bawah skim hakmilik strata yang
mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara
‘self-governance’ oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai
Perbadanan Pengurusan. Petak-petak samada apartmen, kondominium,
rumah Bandar, kompleks komersil, dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik
sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai
semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tangga,
bumbung, taman dan sebagainya.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
7 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
2.2 Teori Permintaan Dan Penawaran
Permintaan adalah sejumlah kuantiti yang sanggup dibayar oleh pengguna pada
kadar harga tertentu. Manakala penawaran pula adalah sejumlah kuantiti yang
sanggup ditawarkan oleh pengeluar juga pada harga tertentu.
Gambarajah 2.1: Keluk Permintaan & Penawaran
Dalam konteks pembangunan harta tanah strata, pemaju hanya akan membina
apartmen/kondominium jika terdapat permintaan di dalam pasaran dan pada harga
yang berpatutan.
Permintaan dan penawaran ini akan memainkan peranan di dalam penentuan harga
pasaran. Jika wujudnya banyak permintaan tetapi penawaran di pasaran pula
berkurangan maka ianya mewujudkan lebihan permintaan. Ini boleh menyebabkan
harga akan meningkat.
Manakala jika banyak penawaran yang wujud di pasaran tetapi permintaannya
berkurangan, maka ia boleh menyebabkan lebihan penawaran yang mana kesannya
boleh menyebabkan kejatuhan harga.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
8 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
2.3 Artikel/Kajian Terdahulu Yang Berkaitan
Terdapat satu kajian lepas iaitu pada tahun 2006 yang telah dijalankan oleh En.
Mohd Nasir dan En. Abdul Razak yang bertajuk Keupayaan Pembangunan
Apartment Di Daerah Batu Pahat vs Daerah Muar. Objektif kajian ini adalah untuk
mendapatkan maklumbalas pembeli terhadap penawaran dan permintaan apartment
di kawasan tersebut serta untuk mengenalpasti punca masalah yang berlaku.
Kaedah pemungutan data adalah melalui borang soal selidik dan temubual dengan
pembeli dan juga pemaju.
Hasil dari kajian ini mendapati terdapat dua pendapat yang berbeza dari kedua-dua
daerah tersebut. Bagi daerah Batu Pahat, terdapat banyak skim-skim perumahan
besar yang menawarkan jenis rumah ‘landed property’ berbanding penawaran
apartment. Ini menyebabkan lebih ramai penduduk Batu Pahat memilih ‘landed
property’ berbanding apartment kerana penawaran ‘landed property’ adalah lebih
banyak dan telah biasa dengan kehidupan dengan ‘landed property’.
Manakala di Daerah Muar pula tidak ada penawaran skim perumahan yang besar
bagi ‘landed property’. Kekurangan tanah dan saiz tanah yang agak kecil
menyebabkan pembinaan apartment lebih popular di daerah Muar dan menjadi
pilihan penduduknya.
Rumusan yang dapat dibuat pada kajian tersebut adalah faktor penawaran dan juga
kekurangan tanah boleh menyebabkan berlakunya peningkatan ataupun
pengurangan permintaan harta tanah strata ini.
Di dalam Property Outlook, Vol. 1, No. 2. Oktober/November 1983, menyatakan
perubahan cara hidup dan corak sosial pada hari ini adalah diantara perkara utama
dalam pemilihan rumah-rumah berbentuk kondominium atau apartmen terutamanya
di bandar-bandar besar. Ia melibatkan kepada perubahan kepada saiz keluarga
yang semakin mengecil dan ramai wanita yang sentiasa sibuk berkerja di luar.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
9 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Ini menyebabkan mereka tiada masa untuk mengemas rumah dan masa terluang
lebih banyak ditumpukan kepada aktiviti riadah. Di samping itu masyarakat pada hari
ini juga terlalu sibuk keluar negeri menguruskan perniagaan menyebabkan ramai di
antara mereka tidak banyak masa tinggal di rumah. Bagi pembeli seperti ini mereka
merasakan apartmen adalah rumah yang paling sesuai memandangkan urusan
penjagaan kebersihan sekitar rumah dan kawalan keselamatan ada disediakan
sepanjang masa.
Pembinaan konsep apartmen atau kondominium ini juga dianggap sebagai salah
satu jalan penyelesian kepada masalah kualiti kehidupan yang sering timbul
terutama di bandar-bandar besar.
2.4 Budaya/culture rakyat kelantan
Dari tinjauan/pertanyaan yang dibuat kepada orang ramai, mendapati mereka lebih
gemar untuk tinggal di kawasan kediaman yang bertanah berbanding
di kediaman yang tidak bertanah seperti flat, apartment dan lain-lain.
Antara sebab yang diberikan adalah seperti:
i. Tinggal bersama ibu bapa yang berusia emas yang mana menghadapi kesulitan
jika tinggal dibangunan yang tinggi.
ii. Mereka gemar untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam dan memelihara
ternakan yang mana jika tinggal di rumah flat/apartment aktiviti tersebut tidak
dapat dijalankan disebabkan masalah ruang dan tidak mempunyai tanah.
iii. Menghadapi masalah ruang untuk mengadakan majlis keramaian seperti kenduri
perkahwinan, majlis keagamaan dan sebagainya.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
10 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendekatan
Secara keseluruhannya, pendekatan kajian ini adalah pendekatan kuantitatif.
Bagi mencapai objektif pertama iaitu untuk mengenalpasti pembeli harta tanah strata
di Kelantan. Maklumat/data ini diperolehi melalui pemaju projek berkenaan dan juga
data NAPIC. Daripada data ini akan dapat mengetahui profil pembeli samada Anak
Kelantan atau Bukan Anak Kelantan.
Bagi objektif kedua, untuk mengenalpasti kegunaan harta tanah strata ianya adalah
melalui soal selidik. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
pembeli untuk dijawab. Hasil dari soal selidik ini, ianya dapat membantu menjawab
persoalan kegunaan sebenar harta tanah strata di Kelantan.
3.2 Kaedah Pengumpulan Data
3.2.1 Data NAPIC
Data yang diperolehi dari NAPIC adalah melalui Borang B iaitu Penyata
Pemaju/Pemilik Harta Tanah: Maklumat Mengenai Penjualan Harta Tanah.
Melalui borang ini maklumat projek seperti harga, luas bangunan, peringkat
kesiapan projek, status penjualan dan juga kumpulan etnik pembeli akan
diperolehi.
3.2.2 Data Pemaju
Data yang diambil dari pemaju adalah seperti alamat pembeli, status
pembeli samada anak kelantan atau bukan anak kelantan dan lain-lain
maklumat yang tidak diperolehi dari Borang B.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
11 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
3.2.3 Borang Soal-Selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada pembeli harta tanah strata yang mana
ianya akan mambantu untuk menjawab persoalan bagi kegunaan harta
tanah strata dan faktor-faktor yang menarik minat pembeli untuk membeli
harta tersebut.
Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
a) Bahagian A
Bahagian ini adalah berkaitan dengan soalan-soalan umum iaitu lata
belakang responden seperti umur, pekerjaan, pendapatan bulanan, tempat
tinggal dan sebagainya.
b) Bahagian B
Dalam bahagian ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan
dengan tujuan pembelian harta tanah strata, kegunaan harta tanah strata,
faktor-faktor yang mempengaruhi untuk membeli harta tanah strata dan lain-
lain soalan yang berkaitan.
Pengedaran Borang Soal Selidik
Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada pembeli harta tanah strata
melalui kaedah pos. Sebanyak 162 borang soal selidik telah diedarkan
kepada responden.
Penerimaan Balik Borang Soal Selidik
Daripada 162 borang soal selidik yang telah diedarkan, sebanyak 80 borang
soal selidik telah dikembalikan oleh responden. Penerimaan balik borang
soal selidik digambarkan seperti dalam Jadual 3.1.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
12 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Jadual 3.1 : Kadar Penglibatan Pembeli Harta Tanah Strata Dalam Borang Soal Selidik.
Kategori Pembeli Bilangan Peratus
Penglibatan
Pembeli yang menghantar balik
borang soal selidik
80 49.38
Pembeli yang tidak menghantar
balik borang soal selidik
82 50.62
Jumlah 162 100.00
3.3 Analisa Data
i) Data NAPIC & Data Pemaju
Analisa data dilakukan dengan mengisi maklumat yang diperolehi dalam sebuah
jadual. Jadual tersebut mengandungi ruangan nombor rumah, keluasan, harga
jualan, kumpulan etnik pembeli, status pembeli samada anak kelantan atau bukan
dan maklumat-maklumat lain.
Daripada jadual ini, ianya dapat mengasingkan data sama ada pembeli adalah
terdiri dari anak kelantan atau bukan. Oleh itu, bilangan pembeli yang terdiri dari
Anak Kelantan dan Bukan Anak Kelantan dapat diperolehi dan ianya ditunjukkan
dalam bentuk peratusan. Data-data ini telah membantu untuk menjawab objektif
pertama kajian ini.
ii) Borang soal-selidik
Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik akan dianalisis untuk dibuat
rumusan bagi mencapai objektif kedua kajian. Kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan analisis ini ialah melalui analisa peratusan.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
13 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
BAB 4
HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan hasil kajian yang telah diperolehi
melalui analisa yang telah dibuat di Bab 3. Hasil dari analisis dan penemuan-
penemuan yang dilakukan di dalam bab sebelumnya, maka rumusan akan dilakukan
di dalam bab ini.
4.2 Pengumpulan Data
Bagi kajian ini, pengumpulan data adalah melibatkan 3 bangunan sahaja iaitu Intan
Plaza, Impiana Kondovilla dan Pelangi Mall. Data bagi bangunan lain yang telah
diperolehi adalah tidak lengkap dan tidak dapat untuk dimasukkan dalam kajian ini.
4.3 Hasil Kajian
4.3.1 Profil Pembeli - Anak Kelantan vs Bukan Anak Kelantan (Objektif 1)
i) Intan Plaza
Intan Plaza adalah terdiri dari 61 unit kedai dan 80 unit apartmen. Harga
jualan adalah dalam lingkungan RM150,000-RM280,000 seunit bergantung
kepada keluasan bangunan dan kedudukan tingkat.
Ringkasan data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-
PECAHAN PEMBELI MENGIKUT ETNIK
MELAYU CINA LAIN-LAIN JUMLAH
23 55 2 80
28.75% 68.75% 2.50% 100%
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
14 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
PECAHAN ANAK KELANTAN/BUKAN ANAK KELANTAN
ANAK
KELANTAN
BUKAN ANAK
KELANTAN
ANAK KELANTAN
& BUKAN ANAK
KELANTAN
JUMLAH
67
9
4
80
83.75%
11.25%
5%
100%
ii) Impiana Condovilla
Projek ini terdiri dari 3 blok kondominium iaitu Blok A – Blok C. Blok A dan
Blok B terdiri dari 36 unit manakala Blok C pula terdiri dari 56 unit. Hanya
Blok C sahaja yang telah siap dibina dan dijual. Manakala Blok A dan B
masih belum dibina dan juga masih belum terjual.
Harga jualan adalah dalam lingkungan RM200,000-RM280,000 seunit
bergantung kepada keluasan bangunan dan kedudukan tingkat.
Ringkasan data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-
PECAHAN PEMBELI MENGIKUT ETNIK
MELAYU CINA ORANG ASING BELUM TERJUAL JUMLAH
14 36 2 4 56
25.00% 64.30% 3.60% 7% 100%
PECAHAN ANAK KELANTAN/BUKAN ANAK KELANTAN
ANAK
KELANTAN
BUKAN ANAK
KELANTAN
ANAK KELANTAN
& BUKAN ANAK
KELANTAN
JUMLAH
42
5
5
52
80.8%
9.6%
9.6%
100%
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
15 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
iii) Pelangi Mall
Projek ini terdiri dari 3 blok iaitu Blok A, B dan C yang mana bahagian
bawah merupakan kompleks niaga dan bahagian atas adalah kondominium.
Setiap blok mengandungi 140 unit apartmen.
Harga jualan adalah dalam lingkungan RM100,000-RM200,000 seunit
bergantung kepada keluasan bangunan dan kedudukan tingkat.
Ringkasan data yang telah diperolehi adalah seperti berikut:-
PECAHAN PEMBELI MENGIKUT ETNIK
MELAYU CINA INDIA BELUM TERJUAL JUMLAH
197 207 1 15 420
46.9% 49.3% 0.2% 3.6% 100%
PECAHAN ANAK KELANTAN/BUKAN ANAK KELANTAN
ANAK
KELANTAN
BUKAN ANAK
KELANTAN
ANAK KELANTAN &
BUKAN ANAK
KELANTAN
JUMLAH
350
20
35
405
86.42%
4.94%
8.64%
100%
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
16 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Rumusan Pecahan Pembeli Anak Kelantan vs Bukan Anak Kelantan
ANAK KELANTAN
BUKAN ANAK
KELANTAN
JUMLAH**
ANAK KELANTAN
ANAK KELANTAN &
BUKAN ANAK KELANTAN*
459
44
34
537
85.5%
8.2%
6.3%
100%
93.7%
6.3%
100%
Catatan:
* Anak Kelantan & Bukan Anak Kelantan – keadaan ini mengambarkan
pembeli harta tanah strata adalah merupakan pembelian bersama suami-
isteri dimana salah seorang dari mereka adalah Anak Kelantan dan seorang
lagi Bukan Anak Kelantan. Dalam kajian ini, pembelian bersama ini akan
dikira sebagai Anak Kelantan.
** Jumlah 537 unit adalah bilangan rumah yang terjual sahaja. Bilangan
rumah yang masih belum dijual tidak diambilkira.
Daripada rumusan diatas, didapati 93.7% pembeli adalah terdiri daripada Anak Kelantan. Ini
telah membuktikan bahawa penduduk Kelantan telah dapat menerima pembangunan harta
tanah strata ini.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
17 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
4.3.2 Kegunaan harta tanah strata (Objektif 2)
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari borang soal-selidik, kegunaan
harta tanah strata yang dibeli adalah seperti berikut:
Tujuan Pembelian
Jenis Kegunaan
Bil
Responden
Peratusan
Jumlah Peratusan
Keseluruhan
Tempat
Tinggal
Diduduki sendiri –
secara tetap
23
28.75%
28.75%
Pelaburan***
Diduduki sendiri –
hujung minggu*
20 25%
71.25% Disewakan** 8 10%
Lain-Lain
Kegunaan:
homestay
29 36.25%
Jumlah 80 100% 100%
Catatan:
* Diduduki sendiri – hujung minggu: Daripada maklumbalas borang soal
selidik kebanyakan responden menyatakan mereka akan menduduki rumah
tersebut pada hari minggu atau hari kelepasan am. Manakala pada hari
bekerja, rumah tersebut disewakan kepada pelancong.
**Disewakan – pembeli memberi sewa unit rumah tersebut kepada penyewa
secara tetap dimana sewa akan dibayar secara bulanan.
*** Pelaburan - Bagi kajian ini, kategori diduduki sendiri (hujung minggu),
disewakan dan homestay diambilkira sebagai untuk pelaburan.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
18 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Daripada jadual diatas didapati hampir 40% responden menyatakan kegunaan harta
tanah strata yang dibeli adalah untuk digunakan sebagai homestay. Manakala
hampir 30% menyatakan ianya digunakan untuk tempat kediaman mereka secara
tetap.
Manakala 25% menyatakan ianya digunakan sebagai tempat tinggal untuk hujung
minggu sahaja dan 10% lagi menyewakan unit harta tanah strata yang dibeli kepada
penyewa secara bulanan.
Berdasarkan jadual di atas juga dapatlah dirumuskan bahawa lebih 70% responden
membeli harta tanah strata bertujuan untuk pelaburan.
4.2.3 Borang Soal Selidik
Sejumlah 162 unit borang soal selidik telah diedarkan kepada responden melalui
pos. Daripada 162 unit borang tersebut hanya 80 unit sahaja diperolehi semula.
Hasil daripada analisa borang soal selidik adalah seperti berikut:
Bahagian A:
1. Jantina
Jantina Bil. Responden Peratusan Ulasan
Lelaki 58 72.5% Majoriti jantina responden adalah terdiri dari lelaki. Perempuan 22 27.5%
2. Umur
Umur Bil. Responden
Peratusan Ulasan
< 25 tahun - - Lebih 50% responden adalah berumur melebihi 45 tahun.
25-35 tahun 8 10%
35-45 tahun 29 36.25%
> 45 tahun 43 53.75%
3. Bangsa
Bangsa Bil. Responden
Peratusan Ulasan
Melayu 62 77.5% Majoriti responden adalah terdiri dari kaum melayu.
Cina 18 22.5%
India - -
Lain-Lain - -
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
19 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
4. Negeri Kelahiran
Negeri Bil. Responden Peratusan Ulasan
Kelantan 72
90% Majoriti responden adalah terdiri dari mereka yang dilahirkan di negeri Kelantan.
Luar Kelantan 8 10%
5. Taraf Perkahwinan
Status Bil. Responden
Peratusan Ulasan
Bujang 8 10% Lebih 80% responden adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin.
Berkahwin 68 85%
Lain-Lain 4 5%
6. Taraf Pendidikan
Kelulusan Bil. Responden
Peratusan Ulasan
PMR/SPM/STPM 18 22.5% Majoriti daripada responden berkelulusan Diploma/Ijazah.
Diploma/Ijazah 50 62.5%
Sarjana/PhD 12 15%
Lain-Lain - -
7. Pekerjaan
Pekerjaan Bil. Responden
Peratusan Ulasan
Sektor Awam 24 30% Hampir 50% daripada responden terdiri dari pekerja sektor swasta, 30% dari sektor awam dan selebihnya adalah bekerja sendiri.
Sektor swasta 38 47.5%
Bekerja sendiri 18 22.5%
Lain-Lain - -
8. Pendapatan Bulanan
Pendapatan Bil. Responden
Peratusan Ulasan
< RM3,000 - - Majoriti responden adalah terdiri dari individu yang berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
RM3,001 – RM5,000 21 26.25%
RM5,001- RM7,000 39 48.75%
>RM7,000 10 25%
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
20 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
9. Tempat Tinggal Sekarang
Negeri Bil. Responden Peratusan Ulasan
Kelantan 52 65% Tempat tinggal semasa bagi majoriti responden adalah di negeri Kelantan
Luar Kelantan 28 35%
BAHAGIAN B
1. Adakah pembelian apartment/kondominium merupakan harta kediaman pertama
anda?
Bil. Responden Peratusan Ulasan
Ya 23
28.75% Lebih 70% responden telahpun memiliki harta kediaman yang lain. Tidak 57
71.25%
2. Jika Tidak, apakah jenis kediaman lain yang telah anda miliki dan di mana lokasinya.
Jenis kediaman Bil. Responden
Peratusan Ulasan
Rumah Sesebuah (Banglo)
51 90% Lebih 90% daripada 57 orang responden yang telah memiliki kediaman lain adalah menyatakan mereka telah memiliki rumah banglo.
Rumah Berkembar - -
Rumah Teres 6 10%
Lain-Lain
Lokasi Harta Bil. Responden Peratusan Ulasan
Kelantan 55 96.5% Majoriti lokasi harta yang dibeli oleh responden terletak di Negeri Kelantan.
Luar Kelantan 2 3.5%
3. Tujuan utama pembelian apartment/kondominium
Tujuan Bil. Responden
Peratusan Ulasan
Tempat Tinggal 23 28.75% Lebih 70% responden menyatakan tujuan utama pembelian apartmen/ kondominium adalah untuk tujuan pelaburan.
Pelaburan 57 71.25%
Lain-Lain - -
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
21 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
4. Jenis kegunaan bagi apartmen/kondominium yang dibeli
Jenis Kegunaan Bil. Responden
Peratusan Ulasan
Diduduki sendiri – secara tetap
23 28.75% Hampir 40% responden menyatakan kegunaan harta tanah strata yang dibeli adalah bagi kegunaan homestay dan hampir 30% pula digunakan sebagai tempat kediaman sendiri.
Diduduki sendiri – hujung minggu
20 25%
Disewakan 8 10%
Lain-Lain: homestay 29 36.25%
5. Apakah faktor-faktor yang menarik minat anda untuk membeli apartmen/
kondominium di Negeri Kelantan.
(Sila isikan secara ranking mengikut urutan dari 1 – 9 dimana faktor paling menarik
adalah 1)
Ranking
Faktor
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Lokasi dan
kedudukan harta
yang strategik
52
(65%)
20
(25%)
8
(10%)
- - - - - -
Harga yang
berpatutan
- 1
(1.25%)
42
(52.5%)
8
(10%)
15
(18.75%)
7
(8.75%)
5
(6.25%)
2
(2.5%)
-
Kemudahan yang
ditawarkan (cth:
kolam renang,
gymnasium dll)
- - - 2
(2.5%)
1
(1.25%)
7
(8.75%)
41
(51.25%)
12
(15%)
17
(21.25%)
Keluasan
bangunan
- - - - 1
(1.25%)
2
(2.5%)
13
(16.25%)
57
(71.25%)
7
(8.75%)
Kemudahan
infrastruktur di
kawasan sekitarnya
6
(7.5%)
48
(60%)
10
(12.5%)
5
(6.25%)
11
(13.75%)
- - - -
Tanah yang terhad
di kawasan Bandar
Kota Bharu
6
(7.5%)
2
(2.5%)
12
(15%)
8
(10%)
38
(47.5%)
10
(12.5%)
4
(5%)
- -
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
22 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Sebagai pelaburan
yang menarik
13
(16.25%)
8
(10%)
8
(10%)
46
(57.5%)
4
(5%)
1
(1.25%)
- - -
Trend kehidupan
terkini warga kota
- - - 1
(1.25%)
- 17
(21.25%)
12
(15%)
3
(3.75%)
47
(58.75%)
Keselamatan yang
terjamin
3
(3.75%)
1
(1.25%)
- 10
(12.5%)
10
(12.5%)
36
(45%)
5
(6.25%)
6
(7.5%)
9
(11.25%)
Kedudukan ranking berdasarkan pilihan pembeli adalah seperti berikut:
1. Lokasi dan kedudukan harta yang strategik
2. Kemudahan infrastruktur di kawasan sekitarnya
3. Harga yang berpatutan
4. Sebagai pelaburan yang baik
5. Tanah yang terhad di kawasan Bandar Kota Bharu
6. Keselamatan yang terjamin
7. Kemudahan yang ditawarkan (cth: kolam renang, gymnasium dll)
8. Keluasan bangunan
9. Trend kehidupan terkini warga kota
Berdasarkan borang soal selidik, 65% daripada responden telah memilih faktor lokasi dan
kedudukan sebagai faktor yang paling menarik minat mereka untuk membeli harta tanah
strata di Negeri Kelantan. Ini adalah kerana kebanyakkan pembangunan harta tanah strata
adalah berpusat di Bandar Kota Bharu. Oleh itu, lokasi dan kedudukan pembangunan
tersebut amatlah strategik dan menarik minat pembeli.
Faktor kedua adalah kemudahan infrastruktur. Kedudukan pembangunan harta tanah strata
ini terletak di Bandar Kota Bharu menyebabkan ianya dapat memberikan kemudahan
infrastruktur yang lengkap bagi pembeli harta tanah tersebut.
Manakala faktor ketiga adalah harga. Harga merupakan salah satu faktor terpenting dalam
menentukan permintaan dan penawaran sesuatu harta tanah. Tawaran harga yang
berpatutan telah berjaya menarik minat pembeli untuk membeli harta tanah strata. Sebagai
contoh, harga yang ditawarkan oleh Pelangi Mall adalah dalam lingkungan RM100,000 –
RM200,000 seunit yang mana ianya berjaya menjadi salah satu faktor menarik minat
pembeli untuk memilikinya.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
23 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
Faktor keempat adalah sebagai pelaburan. Daripada borang soal selidik didapati 70%
pembeli membeli harta tanah strata adalah untuk tujuan pelaburan. Salah satu kegunaan
harta tanah strata yang paling tinggi dipilih oleh responden adalah homestay. Kewujudan
homestay ini salah satu cara memberi ruang pilihan kepada pelancong untuk tinggal di hotel
ataupun di apartmen. Daripada tinjauan yang dibuat kadar sewaan satu malam bagi
apartmen adalah dalam lingkungan RM200-RM350 yang mana ianya berdasarkan
kemudahan yang disediakan. Sewaan apartmen ini adalah satu pilihan popular di kalangan
pelancong yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar.
Manakala faktor kelima yang menarik minat untuk membeli harta tanah strata adalah
disebabkan kekurangan tanah di Bandar Kota Bharu. Faktor kekurangan tanah telah
menyebabkan pembeli memilih untuk membeli harta tanah strata. Dan jika terdapat tanah di
Bandar Kota Bharu kemungkinan harga tanah adalah terlalu tinggi untuk dimiliki. Oleh itu,
pembelian harta tanah strata adalah salah satu pilihan kepada mereka.
Manakala faktor-faktor yang lain seperti keselamatan dan kemudahan yang ditawarkan
seperti kolam renang, gymnasium dan lain-lain, masing-masing berada di kedudukan
keenam dan ketujuh.
Dua faktor yang paling kurang mempengaruhi minat pembeli adalah keluasan bangunan
dan trend kehidupan terkini warga kota yang berada di kedudukan dua terakhir dalam
pemilihan jawapan oleh responden melalui borang soal selidik.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
24 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
4.4 Rumusan
Daripada hasil kajian yang diperolehi di atas, maka dapatlah dirumuskan seperti
berikut:
i) Profil Pembeli
Hasil kajian mendapati lebih daripada 90% pembeli harta tanah strata adalah
terdiri dari Anak Kelantan. Oleh itu, dapatlah dibuktikan bahawa penduduk
Kelantan telah dapat menerima pembangunan harta tanah strata. Oleh yang
demikian, objektif pertama kajian ini telah dapat dicapai.
ii) Kegunaan Harta Tanah Strata
Bagi kegunaan harta strata yang dibeli, kegunaan homestay mencatatkan
peratusan tertinggi, diikuti oleh diduduki sendiri secara tetap, kemudian diduduki
sendiri pada hujung minggu dan akhir sekali adalah disewakan kepada penyewa.
Berdasarkan hasil kajian yang telah dibanicangkan, majoriti responden membeli
harta tanah strata adalah bertujuan untuk pelaburan.
iii) Faktor menarik minat untuk membeli harta tanah strata di Kelantan
Lima (5) faktor yang terpenting menarik minat pembeli adalah seperti berikut:
a. Lokasi dan kedudukan harta yang strategik
b. Kemudahan infrastruktur di kawasan sekitarnya
c. Harga yang berpatutan
d. Sebagai pelaburan yang baik
e. Tanah yang terhad di kawasan Bandar Kota Bharu
Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini telah berjaya menjawab persoalan
yang telah dikemukakan dan ianya diharap dapat membantu pihak yang
berkepentingan sebagai rujukan.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
25 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan Secara ringkasnya, kajian ini telah dijalankan untuk meninjau penerimaan
pembangunan harta tanah strata di kalangan penduduk negeri Kelantan. Di samping
itu, kajian ini juga adalah bagi mengetahui kegunaan sebenar harta tanah strata
yang dibeli dan juga faktor-faktor yang menarik minat pembeli untuk membeli harta
tanah strata di negeri Kelantan.
Daripada rujukan yang dibuat kepada Laporan Pasaran Harta 2007 terdapat
peningkatan dalam penawaran akan datang bagi kediaman jenis strata ini. Oleh itu,
timbul persoalan adakah pembangunan jenis harta tanah strata ini dapat diterima di
kalangan penduduk negeri Kelantan. Ini adalah kerana penduduk Kelantan lebih
gemar tinggal di kediaman jenis ‘landed property’ yang mana ianya meberikan
keselesaan untuk mereka menjalankan aktiviti seperti bercucuk tanam ataupun
memelihara ternakan seperti ayam dan sebagainya.
Daripada hasil penemuan yang telah ditunjukkan di Bab 4, maka disimpulkan
pembangunan harta tanah strata telah dapat diterima di kalangan penduduk negeri
Kelantan. Manakala faktor yang paling menarik minat pembeli untuk membeli harta
tanah strata ini adalah lokasi dan kedudukan yang strategik yang mana ianya
terletak di pusat bandar.
Dari segi kegunaan harta tanah strata ini pula, kebanyakkannya adalah digunakan
sebagai rumah tamu (homestay). Ini adalah kerana ianya dapat memberikan
pulangan yang baik kepada pemilik rumah tersebut.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
26 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
5.2 Batasan Dan Kelemahan Kajian Walaupun kajian ini telah dapat menghasilkan penemuan, namun terdapat beberapa
kekurangan yang boleh menjejaskan ketepatan hasilnya. Antara batasan dan
kelemahan tersebut adalah seperti berikut:
i) Hanya 3 bangunan harta tanah strata sahaja yang terlibat. Ini disebabkan
maklumat yang diperolehi bagi bangunan yang lain tidak lengkap. Oleh itu,
kemungkinan hasil kajian yang dijalankan tidak menggambarkan secara
keseluruhan keadaan yang sebenar.
ii) Lebih 50% daripada borang soal selidik yang diterima dari responden adalah
terdiri dari pembeli Pelangi Mall. Oleh itu, kemungkinan jawapan untuk objektif
kedua lebih menggambarkan kepada bangunan Pelangi Mall dan tidak mewakili
gambaran sebenar keseluruhan harta tanah strata di Negeri Kelantan.
5.3 Cadangan
Bagi memperolehi keputusan yang lebih tepat adalah dicadangkan seperti berikut:
i. Kajian melibatkan semua harta tanah strata di negeri Kelantan samada
kediaman ataupun perniagaan. Ianya akan memberikan gambaran yang lebih
tepat.
ii. Dicadangkan juga agar satu kajian lanjutan dapat dijalankan iaitu untuk
mencari faktor mengapa tumpuan pembangunan harta tanah strata yang lebih
tertumpu di daerah Kota Bharu.
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
27 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
LAMPIRAN 1
BORANG SOAL-SELIDIK BAHAGIAN A
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Umur
< 25 tahun
25-35 tahun
35-45 tahun
> 45 tahun
3. Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-Lain: Nyatakan……………….
4. Negeri Kelahiran
Kelantan
Luar Kelantan: Nyatakan…………
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
28 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
5. Taraf Perkahwinan
Bujang
Berkahwin
Lain-Lain: Nyatakan……………………..
6. Taraf Pendidikan
PMR/SPM/STPM
Diploma/Ijazah
Sarjana/PhD
Lain-Lain: Nyatakan……………………..
7. Pekerjaan
Sektor Awam
Sektor Swasta
Bekerja Sendiri
Lain-Lain: Nyatakan……………………..
8. Pendapatan Bulanan
Kurang RM3,000
RM3,001 – RM5,000
RM5,001 – RM7,000
Melebihi RM7,000
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
29 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
9. Tempat Tinggal Sekarang
Kelantan
Luar Kelantan: Nyatakan…………
BAHAGIAN B
1. Adakah pembelian apartment/kondominium merupakan harta kediaman pertama anda?
Ya
Tidak
2. Jika Tidak, apakah jenis kediaman lain yang telah anda miliki dan dimana lokasinya?
Jenis Kediaman
Rumah Banglo
Rumah Berkembar
Rumah Teres
Lain-Lain: Nyatakan ……………………..
Lokasi Harta
Kelantan
Luar Kelantan: Nyatakan…………
3. Tujuan utama pembelian apartment/kondominium
Tempat Tinggal
Pelaburan
Lain-Lain: Nyatakan ……………………..
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
30 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
4. Jenis kegunaan bagi apartment/kondominium yang dibeli
Diduduki Sendiri – secara tetap
Ulasan (jika ada)……………………………………………………..
Diduduki Sendiri – hujung minggu
Ulasan (jika ada)……………………………………………………..
Disewakan
Ulasan (jika ada)……………………………………………………..
Lain-Lain kegunaan: Nyatakan ……………………..
5. Apakah faktor-faktor yang menarik minat anda untuk membeli apartment/kondominium
di Negeri Kelantan.
(Sila isikan secara ranking mengikut urutan dari 1 – 9 dimana faktor paling menarik adalah 1)
Lokasi dan kedudukan harta yang strategik
Harga yang berpatutan
Kemudahan yang ditawarkan (cth: kolam renang, gymnasium dll)
Keluasan bangunan
Kemudahan infrastruktur di kawasan sekitarnya
Tanah yang terhad di kawasan Bandar Kota Bharu
Sebagai pelaburan yang menarik
Trend kehidupan terkini warga kota
Keselamatan yang terjamin
KERTAS PENYELIDIKAN 2009
31 Tinjauan Penerimaan Harta Tanah Strata Di Negeri Kelantan
BIBLIOGRAFI 1. Laporan Pasaran Harta 2007, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia. 2. Data Penduduk, Isi Rumah & Tempat Kediaman 2009, Jabatan Statistik Malaysia. 3. Data Pecahan Pekerjaan Mengikut Sektor, Jabatan Tenaga Kerja. 4. En. Mohd Nasir dan En. Abdul Razak, 2006: Keupayaan Pembangunan Apartment
Di Daerah Batu Pahat vs Daerah Muar, Koleksi Kertas Penyelidikan Jabatan 2006, INSPEN
5. Property Outlook, Vol. 1, No. 2. Oktober/November 1983. 6. http://www.ptg.kelantan.gov.my/index 7. http://www.upen.kelantan.gov.my