model tgfu

2
Murid-murid merupakan tumpuan utama model ini. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada taktikal kepada murid-murid untuk membuat keputusan penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai dalam situasi permainan. Berikut adalah enam langkah pengajaran dalam model TGfU yang disesuaikan untuk mengajar unit-unit pelajaran permainan 1. Langkah pertama ialah usaha yang perlu dilakukan oleh guru untuk memperkenalkan bentuk permainan kepada murid-murid supaya mereka memahami tentang bentuk dan konsep permainan. Pada peringkat ini, perlu wujudkan permainan yang diubahsuai dengan objektif yang tertentu supaya murid-murid dapat memahami konsep permainan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jenis kategori permainan. Terdapat empat jenis kategori permainan yang boleh diubahsuai dengan menggunakan pendekatan TGfU iaitu (a) permainan sasaran (target game), (b) permainan jaring dan dinding (net/wall game), (c)

Upload: lee-kah-wei

Post on 26-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tgfu

TRANSCRIPT

Murid-murid merupakan tumpuan utama model ini. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada taktikal kepada murid-murid untuk membuat keputusan penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai dalam situasi permainan. Berikut adalah enam langkah pengajaran dalam model TGfU yang disesuaikan untuk mengajar unit-unit pelajaran permainan 1. Langkah pertama ialah usaha yang perlu dilakukan oleh guru untuk memperkenalkan bentuk permainan kepada murid-murid supaya mereka memahami tentang bentuk dan konsep permainan. Pada peringkat ini, perlu wujudkan permainan yang diubahsuai dengan objektif yang tertentu supaya murid-murid dapat memahami konsep permainan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jenis kategori permainan. Terdapat empat jenis kategori permainan yang boleh diubahsuai dengan menggunakan pendekatan TGfU iaitu (a) permainan sasaran (target game), (b) permainan jaring dan dinding (net/wall game), (c) permainan pukulan tepat dan memadang (striking/fielding game) dan (d) permainan penyerangan (invasion). 2. Langkah kedua menghargai permainan (game appreciation). Murid-murid harus menghargai undang-undang permainan, bentuk permainan dan kepentingannya, serta mengetahui cara menggunakan undang-undang dan kemahiran dalam permainan.3. Langkah ketiga dalam model ini, ialah menyedari elemen taktikal (tactical awareness) seperti mencipta ruang untuk menyerang dan mempertahankan ruang. Dengan menyertai situasi permainan, murid-murid perlu menyedari kepentingan taktik, penggunaannya dalam gerakan menyerang (offensive) dan pertahanan (defensive) dalam situasi permainan. Murid-murid perlu mengetahui kepentingan dan amalan taktik pada tempat dan masa yang sesuai yang dapat membantu ketika berdepan pasukan musuh. 4. Langkah keempat murid-murid perlu membuat keputusan (decision making) berdasarkan pengetahuan deklaratif dan prosedural dalam situasi permainan. Pengetahuan ini dibina melalui menghargai permainan, kesedaran taktikal (pemikiran strategi) tentang bila dan bagaimana taktik boleh digunakan dalam permainan. 5. Langkah kelima murid-murid perlu menyedari tentang kepentingan untuk menggunakan kemahiran yang sesuai seiring dengan pemilihan taktik 6. Langkah yang terakhir dalam model ini, menggunakan semua langkah-langkah yang disebutkan di atas dalam permainan dan seterusnya berusaha meningkatkan prestasi dalam situasi permainan. harus menghargai undang-undang permainan, bentuk permainan dan kepentingannya, serta mengetahui cara menggunakan undang-undang dan kemahiran dalam permainan.