no 1 cetakan
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pengkarya pada permukaan
blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris
sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas,
kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang
serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Dan semua karya yang dihasilkan
dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Kecuali dalam monotaip, proses ini mampu
menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah yang banyak iaitu dikenali sebagai cetakan
atau gambar teraan.
1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH CETAKAN
1.2 SEJARAH CETAKAN
1. Sejarah awal cetakan bermula pada tahun 3000 SM. Dikatakan terdapat kumpulan
Sumaria membuat salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi.
Hasilnya mereka berjaya mencetak bentuk relif.
2. Cetakan blok kayu buatan tangan mula muncul di negara china pada kurun ke- 8. Pada
ketika itu mereka menggunakan kertas sebagai permukaan cetakan.
3. Perkembangan cetakan di negara Eropah bermula pada tahun 1418 Masihi. Pada
peringkat awal, cetakan digunakan sebagai bahan- bahan pendidikan, keagamaan, bahan
propaganda dan cetakan tekstil untuk pakaian.
4. Cetakan berwarna mula diperkenalkan sekitar abad ke – 15
5. Di Malaysia, cetakan hanya bermula dengan menggunakan cetakan kayu untuk mencetak
kain batik sarung sekitar tahun 1930-an.
6. Kini seni cetakan dengan menggunakan alat elektronik komputer, cetakan laser, dan jet
menjadi semakin popular di kalangan generasi muda. Cetakan yang menggunakan
komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik.
7. Jenis cetakan klasik merangkumi :
a) cetakan timbul ( relief )
b) cetakan benam ( intaglio )
c) cetakan datar ( planography/litography )
d) cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )
1.3 SEJARAH CETAKAN DI MALAYSIA
Karya-karya seni cetak tempatan terhasil menerusi media potongan kayu. Misalnya, menerusi
karya yang berjudul ‘Awaiting’ oleh Tan Tee Chie dan ‘Pertunjukan Boneka’ oleh Lim Mu Hea.
Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam perkerjaan serta langskap persekitaran
jelas kelihatan menerusi pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga.
Kemudian, muncul Lee Joo For dan Abdullah Latif Mohidin dengan cetakan-cetakan
gurisan asid mujarad dan semimujarad pada pertengahan dekad 1960-an. Kemudian diikuti oleh
pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K. Karan menerusi cetakan monotaip. Nama-
nama seperti Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan Lee Kian Seng pula muncul menjelang akhir
dekad 1960-an.
Menjelang akhir 1960-an dan 1970-an, apabila seni cetakan dijadikan suatu bidang
pengajian khusus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Institusi teknologi MARA (ITM) dan kini
UITM serta di Fakulti Jabatan Ilmu Kemanusian, USM. Ini kemudiannya diikuti oleh institusi-
institusi seni lain seperti Institusi Seni Lukis Malaysia. Menerusi institusi-institusi ini,
terutamnya UITM, lahirlah ramai seniman seni cetak Negara seperti Poniran Amin, Ismail Latiff,
Mansor Ibrahim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.
1.4 SEJARAH CETAKAN JEPUN
Cetakan blok kayu di Jepun di kenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya ia dibawa masuk ke Jepun
seiring kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik
berkembang maju pertengahan abad ke 17 hingga pertengahan abad ke 19. Perkataan ‘Ukiyo’
berasal dari perkataan Buddha bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e,
adalah tentang dunia terapung merujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau
tidak kekal. e’ pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan
kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar.
Kegiatan dilakukan berkisar persembahan teater, restoran, kedai minum, geisha dan rumah
pelacuran kelas atasan. Tahun 1650, ilustrasi buku cetak dari blok kayu pertama dihasilkan oleh
Ise Mongatari. Awalnya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang
dikeluarkan. Akhirnya gambar jadi penting yang dihasilkan sekumpulan artis seni. Tokoh artis
seperti Utamaro dan Sharaku menghasilkan poster, iklan persembahan teater dan rumah
pelacuran atau potret idola seperti aktor Kabuki (drama tradisi Jepun).
Tōshūsai Sharaku – Otani Oniji II, dated 1794 .
The Kabuki actor Otani Oniji II in the role of
Yakko (manservant) Edobe.
Secara amnya mereka menggambarkan kehidupan seharian waktu itu yang sesuai
dijadikan cetakan poskad. Awal abad ke 18, perubahan pada kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz
cetakan bertambah dan pelbagai.
Teknik cetakan lebih moden. ‘Urushi-e’ bahan pengilat, ditambah pada kawasan hitam tertentu
menjadikannya berkilat melalui campuran gam dan dakwat. Dari awal cetakan warna dilakukan
dengan tangan. Pertengahan abad ke 18, Okumara Masanobu(penerbit &pelukis) telah membuat
eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e’ atau
gambar merah. Tokoh artis Suzuki Harunobu antara yang cemerlang dan terkenal di Edo yang
dapat mencetak dan menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus dan serupa dengan
figura lelaki dan perempuan dengan gaya sungguh menarik. Kecantikan ukiyo-e hanya dapat
dikecapi oleh warga dunia selepas Laksamana Perry ke Jepun tahun 1854 selepas dasar ‘buka
pintu’. Malangnya banyak hasil ukiyo-e rosak kerana gempa bumi, kebakaran dan terlalu usang.
Shunga merupakan karya seni bergaya ukiyo-e (seni lukis di atas woodblock yang
penggarapannya melalui cetakan). Kadang-kadang shunga dicetak pula di atas gulungan kertas
perkamen. Lukisan pada kerya shunga biasanya adegan percintaan. Seni Shunga bermula sejak
era Muromachi (1336-1573) dan dipengaruhi pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou
Fang. Seni Shunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku dinamakan
“enpon”. Selain itu, karya ini juga dalam bentuk gulungan(hand scroll format) dinamakan
“kakemono-e”. Karya shunga yang dibuat di Osaka & Kyoto warnanya lebih kaya dibandingkan
dari Edo kerana digunakan “gofun” (bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai
bahan hingga menjadi pigmen beraneka warna. Ketika era pemerintahan Kaei (1848-1854),
banyak kapal pedagang asing datang je Jepun. Seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak
mengalami perubahan dari segi budaya.
Diikuti oleh zaman keagungan Meiji sekitar tahun 1868, jepun mengamalkan dasar terbuka
kepada bahan import dari luar termasuklah hasil photografi yang telah menggantikan seni Ukiyo-
e secara keseluruhannya. Pengaruh barat ke atas Jepun telah berkembang dalam era Meiji.
Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini hanya
dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat melihat dan
menjumpai kertas cetakan ini, ia telah menjadi sumber ilham penting kepada pengkarya-
pengkarya daripada aliran impresionisme, kubisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van
Gogh, James Abbott, McNeill Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali
sebagai Japonisme di Barat.
Proses penghasilan Ukiyo-e
Secara tradisi proses penghasilan ukiyo-e melibatkan 3 bidang dan orang yang berbeza.
Bidang tersebut ialah,
- Kerja melukis (pelukis/artis)
-Kerja mencetak, memilih warna, mengeluarkan modal
(pengeluar/penerbit)
-Kerja mengukir blok kayu (pengukir)
Proses dimulakan dengan menggunakan blok dakwat hitam dan diikuti blok warna di akhir
cetakan. Kemudian ‘hansita-e’ dilekatkan ke atas blok kayu yang kering. Kemudian diukir
berhati-hati supaya garisan timbul.
Cetakan terhasil dari permukaan timbul yang ditinggalkan, bila bahagian lain diukir keluar.
Setiap warna memerlukan blok kayu yang berasingan. Garis panduan diukir secara berhati-hati
atas kayu blok untuk memastikan warna dicetak mengikut garisan yang betul. 2 bentuk cetakan
timbul yang paling biasa menggunakan kayu dan lino. Selain itu termasuklah getah
atau styrofoam.
i) Cetakan menggunakan blok kayu
ii) Mengukir pada blok kayu
iii) Penelitian penghasilan cetakan
iv) Cetakan menggunakan blok kayu
Teknik yang digunakan adalah berbeza-beza, tetapi sangat penting untuk akhir cetak. Saat
bekerja, artis diwajibkan untuk menjaga tujuan yang sangat khusus di dalam fikiran sekaligus
mencipta blok. pola pikir ini harus selari dengan Jepun tradisi menunjukkan arah yang tepat
berus yang akan melukis gambar, sehingga ciri-ciri dari karya asli, serta sebagai watak, tidak
dengan cara apapun hancur. Jadi dari artis sudut pandang, arah pisau harus sesuai identik arah
berus, yang awalnya bertulis gambar. Ini dikatakan, mudah memahami bahawa diperlukan
tangan yang sangat terampil untuk meniru yang unik dan ciri-ciri yang tepat ditangkap di asli,
sementara secara bersamaan menunjukkan artis sendiri keahlian dan karakter.
Kayu yang digunakan untuk Cetakan woodblock Jepun dipilih sangat hati-hati. Hutan
dianggap hanya merangkumi jenis pohon yang sangat khusus, dan hanya tertentu tekstur kayu
dalam spesies-spesies yang berbeza. Tidak peduli apa, tekstur kayu harus sangat halus dan sangat
kuat. Perbezaan antara kaedah lama dan moden woodcutting Jepun adalah sebagai berikut:
kaedah pemotongan pada kayu - sebagai ukiran kayu kuno.
JENIS- JENIS CETAKAN
Cetakan timbulan atau relif
Cetakan benam ( intaglio )
Cetakan planograf atau litografi
Cetakan stensil, sarigraf atau sutera saring
2.0 Pelukis rujukan :
SENARAI ARTIS DAN CETAKAN
Irving Amen, American artist
Valenti Angelo, American artist American printmaker & illustrator
Walter Inglis Anderson American artist
Sybil Andrews English/ Canadian artist
Georg Baselitz, German artist
Angel Botello Spanish-Puerto Rican artist
Carlos Cortez American poet and artist
Stanley Donwood, British artist (most famous for his work with British band
Radiohead ). His work for Thom Yorke's album The Eraser was
originally done in linocut.
Bill Fick, American printmaker & illustrator
Jacques Hnizdovsky, Ukrainian-American printmaker, painter, book illustrator
and ex libris designer
Henri Matisse, French painter
Pablo Picasso, Spanish painter
Cyril Edward Power, British artist
Ken Sprague, English artist and activist
Folly Cove Designers American design collective
John Paige English artist and member of the Society of Wildlife
Artists
Angie Hani artist in the American International School Of Kuwait, Famous
M. C. Escher, Dutch artist known for his mathematically inspired works
John Steins, Canadian artist
Mark Andrew Webber, British Artist, Most famous for his Linocut Map Series of
different cities. Also created the New Media Technique of
Linomation, which is Hand carved Animation from
linoleum
2.1 TOKOH –TOKOH CETAKAN TANAH AIR DAN CONTOH KARYA
Tokoh Karya Jenis Cetakan
Ahmad Khalid Yusof ‘Alif Ba Ta’ 1971 Saring sutera
Abdul Latiff Mohidin ‘Imago Senja’ Potongan Kayu
Long Thien Shih ‘Rupa Barat di Awan dan
Ombak Timur’ 1971
Saring sutera
Syarifah Fatimah Zubir ‘Malam’ 1974 Gurisan
Ponirin Amin ‘Dalam Sinar Mu’ 1974 Saring Sutera
Victor Chin ‘Bangunan Sultan Abdul
Samad’ 1980
Litografi
Chew Teng Beng ‘Langskap Pantai Timur’
1981
Gurisan
Nirmala Shanmughalingam ‘Anak Asia 11’ 1981 Saring sutera dan campuran
Raja Azhar Idris ‘Peniaga Wanita Pantai
Timur’ 1981
Gurisan
William K.K Lau ‘Tempat Untuk Semua’
1974
Litografi
2.2 TOKOH CETAKAN
Long Thien Shih
Long Thien Shih dilahirkan pada tahun 1946 dan berminat dalam dunia seni ketika
berusia 14 tahun bermula dengan mengikuti banyak pameran seperti Open Show National Art
Gallery At. Beliau juga merupakan ahli dalam Wednesday Art Group yang sangat pro-aktif
dalam persatuan tersebut. Ketika tahun 1966, beliau telah dianugerahkan biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran di Paris. Dalam usia yang muda telah mendedahkan beliau tentang gaya
hidup di Paris bersama dengan pengaruh kuat Sir William Hayter 17 pada masa itu. Beliau mula
mengusahakan dan mengkaji idea dan pemikiran Barat yang lazim pada masa itu.
Kebebasan dan ekspresi karya beliau diterima umun dan bersifat kontemporari jika
dilihat dari sudut bentuk cetakan beliau. Hasil cetakan beliau mendapat tindak balas dan terpaksa
berhadapan dengan para artis di Paris yang berpengalaman sekitar 60-an. Persembahan hasill
kerja begitu klinikal antara aliran kesenian yang masih kabur pada masa itu. Beliau
menggunakan warna-warna terang untuk menunjukan gambaran terhadap bentuk-bentuk bunga
dan pelbagai bentuk badan dalam posisi dan pandangan yang belainan.
Pameran Yang Diikuti Oleh Long Thien Shih
1961
National Art Gallery Invitation Exhibition
First International Art Festival in Saigon, Ho Chi Minh City, Vietnam
1967
“Oriental Themes”, Grosvenor Gallery, London
Salon of Automme, Museum of Modern Art, Paris
1968
Salon des, Results Nouvelle, Museum of Modern Art, Paris
1969
Biennale de Sao Poulo, Paris
1970
7th International Oriental Exhibition of Prints, Tokyo
1971
9th Biennale de Paris, Paris
1971
1st British International Biennale, Bradford City Museum, UK
1972
Exposicion International dale Xilogralia Contemporences, Madrid
1973
9th International Bienial Exhibition of Prints, Tokyo
1987
30 Years of Malaysia Art (1957-1987), National Art Gallery, Kuala Lumpur
1988
3rd Asian International Art Exhibition, Fukuoka Art Museum, Japan
1989
Malaysian Nominee for 3rd Asian Art Show
Printmaking Workshop, Fukuoka Art Museum, Japan
1990
3rd Asian European Biennale, Museum of Contemporary Art, Ankara, Turkey
1991
5th Asian International Art Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur
1992
6th Asian International Art Exhibition, Tagawa Museum, Japan
7th Asian International Art Exhibition, Gedung Merdeka, Bandung, Indonesia
1993
8th Asian International Art Exhibition, Fukuoka Art Museum, Japan
1994
“Pont des Art” Nanyang Artists in Paris, Singapore Art Museum
9th AIAE National Museum of History, Taipeh, Taiwan
“Vision & Idea”, National Art Gallery, Kuala Lumpur
“Window of the Tropic”, Galery Vivant, Tokyo, Japan
1997
A Private View, NN Gallery, Kuala Lumpur
1999
Hotbath Gallery, Group Show, Bath, UK
2000
15th Asian International Art Exhibition, Tainan County Cultural Centre, Taiwan
2001
Asian Art 2000- A Vision of Change, University of Brighton Art Gallery, Brigton, UK
Tecnology Aided Art Making, Solo Exhibition, NST Group Head Office, Balai Berita,
Kuala Lumpur
Water Festival- Under Water Life Form, National Art Gallery, Kuala Lumpur
Taiwan International Drawing & Prints Biennale, Taipeh, Taiwan
16th Asian International Art Exhibition, Guandong Museum of Art, Guangzhou, China
2002
Water Festival Installation with coconut leaves, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia
Rupa Barat di Awan dan Ombak Timur
1971
Long Thien Shih
Saring Sutera
2.3 10 Karya yang dipilih
Ulasan Karya Cetakan
( karya 1 )
Tajuk : Bar
Pengkarya : Carl Eugen Keel
Tahun : 1885 – 1961
Bar merupakan hasil karya cetakan kayu ilham daripada pelukis Switzerland yang
terkenal iaitu Carl Eugen Keel. Karya ini dihasilkan pada tahun 1885 sehingga tahun 1961.
Gambar ini menunjukkan gambar sebuah bar.
Karya di atas adalah cetakan timbul yang menggunakan blok kayu. Kesan- kesan garisan
pada cetakan menimbulkan bentuk dan ruang. Ini dapat dilihat pada kesan ruang yang terhasil
pada karya contohnya kesan ruang yang terhasil antara lelaki yang berdiri menghadap banggunan
bar dengan banggunan bar itu sendiri. Kesan torehan kayu menghasilkan ruang serta
menghasilkan ton pada karya. Suasana suram di bar ini jelas terasa kerana keadaan sekeliling bar
yang tidak ramai tidak seperti keadaan bar yang sepatutnya meriah dengan pengunjung yang
berpusu- pusu keluar masuk bar.
( karya 2 )
Tajuk : Sky and Water
Pengkarya : M.C Escher
Tahun : 1939
Pelukis luar negara yang bernama M,C Escher ini memilih untuk menggunakan teknik
cetakan untuk menyampaikan mesej seninya serta untuk meluahkan ideanya. Karyanya yang
bertajuk Sky and Water ini menampilkan 2 imej yang berbeza iaitu imej ikan dan burung.
Bersesuaian dengan tajuk yang diberikan, ikan merupakan haiwan yang hidup di dalam didalam
air manakala burung pula hidup di udara. 2 haiwan yang hidup dalam 2 alam yang berbeza
disatukan dalam satu karya cetakan yang sangat menarik dan kreatif.
Pengkarya nyata dapat memberi satu pengolahan dimensi grafik yang menarik melalui
imej burung yang kelihatan seperti sedang terbang di udara manakala imej ikan pula kelihatan
seperti sedang berenang di dasar laut. Pengkarya mungkin ingin menyampaikan ideanya terhadap
alam sekitar. Penting nya alam sekitar yang bersih dan sihat tanpa pencemaran seperti
pencemaran air dan udara.
( Karya 3 )
Tajuk : Sharicropper
Pengkarya : Elizabeth Catlett
Tahun : 1970
Karya cetakan pengkarya yang bernama Elizabeth Catlett ini memaparkan imej seorang
lelaki yang memakai topi. Kemungkinan lelaki ini adalah lelaki Afrika yang berkulit hitam yang
mungkin seorang pekerja ladang. Dalam karya cetakan ini, pengkarya bijak memainkan ton yang
gelap pada wajah serta baju lelaki terbabit. Kesan ton ini terhasil apabila pengkarya bijak
mengaplikasikan torehan atau ukiran pada imej. Ini juga dapat dilihat apabila timbul kesan
highlight pada tulang pipi lelaki ini serta pada batang hidungnya. Imej ini turut menunjukkan
ketelitian Elizabeth mengukir di bahagian topi serta pada bahagian rambut agak tidak dilihat
terlalu kaku.
( Karya 4 )
Tajuk : Block Cutter at work
Pengkarya : Jost Amman
Tahun : 1568
Karya Jost Amman yang bertajuk Block Cutter at work ini dihasilkan pada tahun 1568.
Karya ini memaparkan imej seorang lelaki inggeris pada zaman dahulu yang sedang melakukan
kerjanya di dalam biliknya. Kelihatan seperti beliau sedang menulis ataupun sedang melakukan
proses- proses mengukir untuk melakukan cetakan kayu.
Pengkarya pada masa ini mungkin tidak begitu mahir lagi dalam mengaplikasikan
torehan pada karyanya akan tetapi beliau masih berjaya menghasilkan kesan ton pada karyanya.
Walaupun kesan ton nya kelihatan agak kasar dan tidak teliti namun kesan pengcahayaan pada
karya masih dapat dilihat. Kekurangan ini boleh di maafkan lagi kerana menimbangkan
penggunaan alatan ketika baliau menghasilkan karya ini. Ini menampakkan kebolehan beliau
dalam melakukan torehan dan kehebatan karya ini boleh diperakui lagi kerana karya ini sudah
terlalu lama.
( Karya 5 )
Tajuk : The Crab That Played with The Sea
Pengkarya : Rudyard Kipling
Tahun : tidak dinyatakan.
The Crab That Played with The Sea ini dihasilkan oleh Rudyard Kipling. Karya ini tidak
dinyatakan bila ia dihasilkan. Karya ini memaparkan imej seekor ketam gergasi yang kelihatan
mengganggu sekumpulan manusia yang berada diatas bot yang mungkin adalah nelayan yang
ingin menangkap hasil laut. Dapat dilihat disini keadaan laut yang bergelora yang
mengambarkan keadaan yang cemas dan bahaya. Ketam berkenaan mungkin berasa terganggu
dengan kehadiran tiga orang nelayan itu yang mengganggu ketenteramannya atau mungkin telah
menceroboh kawasan jagaannya.
Dalam karya ini dapat dilihat pengaruh kesan garisan dalam menimbulkan bentuk dan
ruang. Kesan garisan yang terhasil melalui torehan dan ukiran ini sememangnya memerlukan
kesabaran yang tinggi bg memastikan imej yang terhasil hidup dan menarik. Daripada karya ini,
dapat dilihat bahawa pengkarya berjaya membawa mood cemas itu di dalam cetakan nya ini.
( karya 6 )
Tajuk : Taman Senja
Pengkarya : Nasir Che Din
Tahun : 2009
Nasir Che Din merupakan pelukis muda lepasan Uitm yang menghasilkan karya cetakan
kayu yang bertajuk Taman Senja ini. Beliau menghasilkan karya ini pada tahun 2009.
Beliau menggunakan teknik cetakan kayu yang berinovasikan montaj yang ternyata
member impak yang sangat menarik dan unik tehadap karyanya. Penggunaan warna turut
mempengaruhi dan bersesuain dengan tajuk yang diberikan pada karyanya ini. Beliau pastinya
memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan karyanya ini kerana cetakan memerlukan masa
yang lama untuk mendapat hasil yang memuaskan dan memerlukan kesabaran yang tinggi
semasa proses membuatnya.karyanya ini menampilkan pelbagai imej seperti imej dedaun, imej
bunga dan imej ikan.
( Karya 7 )
Tajuk : Telinga Karipap
Pengkarya : Nadya Ahmad Kamal
Tahun : 2009
Karya diatas merupakan karya hasil ilham Nadya Ahmad Kamal iaitu seorang pelukis
muda lepasan UITM. Beliau hadir dengan karya yang bertajuk Telinga Karipap. Karya ini
dihasilkan pada tahun 2009. Karya ini dipamerkan di pameran ‘ Print show’ yang bertempat di
Galeri Thereesixty di The Waterfront @ Park City di Desa Park City, Kuala Lumpur.
Daripada karya yang dilihat, kelihatan imej seorang wanita dalam keadaan memek
mukanya yang terkejut dan keadaan telinga nya yang berbentuk karipap. Mungkin wanita
berkenaan terkejut apabila melihat wajahnya di cermin dan melihat dirinya memiliki telinga
yang berbentuk karipap. Hasil cetakan ini sangat menarik kerana pengkarya menggunakan teknik
etching. Kemahirannya dalam mengaplikasikan teknik etching yang traditional mampu member
kesan yang sangat menarik terhadap karyanya.
( Karya 8 )
Tajuk : Berat Tulang
Pengkarya : Mohd Azman Majlis
Tahun : 2009
Gambar diatas memaparkan karya daripada Mohd Azman Majlis. Beliau menamakan
karya beliau ‘ Berat tulang’. Karya ini dihasilkan oleh beliau pada tahun 2009.
Pada pendapat saya, beliau semestinya memerlukan masa yang sangat lama untuk
menyiapkan karyanya ini. Dari sudut pandangan mata saya, karya ini sangat besar dan
memerlukan ketelitian yang jitu. Imej yang dipaparkan adalah imej sebuah penimbang
meniimbang berat sebatang tulang. Karya nya ini menimbul kan persoalan kepada saya. Saya
tidak begitu memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Adakah
pengkarya ingin menyampaikan mesej berat tulang tersebut ataupun terdapat mesej disebaliknya.
Akan tetapi karyanya ini sangat mengagumkan dan amat menarik pehatian.
( Karya 9 )
Tajuk : Almost There
Pengkarya : Nur Adibah Nadiah
Tahun : 2009
Karya cetakan diatas merupakan hasil ciptaan pelukis muda lepasan Uitm. Karya ini
diberi nama Almost There yang dihasilkan pada tahun 2009.
Nur Adibah Nadiah merupakan antara pelukis muda yang berjiwa seni cetakan yang
menggunakan cetakan relief kayu dan beliau turut mencampurkan bahan- bahan lain yang sesuai
hingga tekniknya menjadi cetakan mono. Karyanya ini lebih memaparkan ciri- ciri keremajaan.
Imej seorang gadis muda yang dikelilingi dengan imej alam yang ceria sesuai dengan keadaan
gadis remaja yang sememangnya berada di alam yang menyeronokkan. Penggunaan warna juga
mempengaruhi dalam menaikkan mood karya kepada pemerhati.
( Karya 10 )
3 )
Komposisi dalam karya ini disusun dengan baik, penegasan dalam karya terletak pada bentuk
bulat yang melingkari kepala burung helang. Jalinan yang baik serta pewujudan unsur garisan
yang harmoni mewujudkan unsur pergerakan serta pergerakan ada karya. Bentuk bulatan dapat
disesuaikn dengan gambar helang yang berperanan sebagai gambar utama. Warna yang
digunakan tidak berapa terang,keseimbangan dapat dilihat dalam karya ini.
3.0 APA ITU CETAKAN KAYU
Cetakan Timbulan Kaedah Potongan Kayu
1. Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj
2. Cetakan potongan kayu adalah kaedah atau cara yang paling lama digunakan di kalangan
pencetak. Kaedah ini muncul pada kurun ke-8 di negeri China. Kaedah ini terus
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan
pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan,
propaganda dan tekstil untuk pakaian.
3. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16,
cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
4. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
5. Cetakan ini mudah dilakukan kerana bahan dan peralatannya mudah didapati.
6. Cara dan teknik cetakan kayu ini boleh digunakan untuk mencetak lino. Perbezaan
cetakan lino licin berbanding dengan permukaan cetakan kayu yang berira.
7. Kayu yang berira akan mencantikkan lagi nilai imej pada hasil daripada cetakan.
Seorang pencetak yang terkenal di Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan ira
kayu untuk menjadikan imej pada cetakannya. Antara cetakannya yang termasyur ialah
Kiss yang dihasilkan pada tahun 1902.
8. Cetakan timbulan
- Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih
dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.
- Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-
sayuran.
3.1 PERBEZAAN CIRI-CIRI CETAKAN
Jenis Teknik Blok
Cetakan
Ciri-ciri
Timbul Cetakan blok
kayu
Blok kayu Kesan hitam putih yang jelas
Terdapat ira kayu
Timbul Cetakan lino Linolium Lebih lembut dan senag diukir
Permukaan licin
Benaman
(Intaglio)
Gurisan Plat logan Penggunaan garisan tidak terhad
Garisan yang gelap terbentuk kesan
daripada plat logam yang dihakis asid
Planograf Litografi Blok batu
kapur
Berdasarkan sifat penolakan minyak dan
air
Stensil Sutera saring
atau sarigrafi
Pemidang
sutera saring
Salinan gambaran atau imej boleh dibuat
secara kompleks
3.2 Perbezaan Teknik-teknik Cetakan
1. Cetakan Blok Kayu
Peralatan dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan cetakan blok kayu ialah seperti:
(a) alat mengukir
(b) blok kayu
(c) penggelek
(d) kepingan cermin
(e) dakwat cetak
(f) kertas untuk dicetak
2. Cetakan Litografi
Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik
ini adalah berdasarkan penolakan minyak dengan air dapat menghasilkan cetakan seakan-
akan lukisan pensel. Peralatan dan bahan yang digunakan:
(a) blok batu kapur
(b) krayon litografi berasaskan minyak atau dakwat berminyak ’tusche’
(c) span
(d) dakwat pencetak
(e) mesin pencetak
3. Cetakan Gurisan Asid
Peralatan dan bahan yang digunakan ialah:
(a) plat logam
(b) pengguris atau jarum etching
(c) mesin pencetak
(d) bahan kalis asid
(e) dakwat pencetak
(f) minyak tanah
(g) sabun
(h) kertas
4. Cetakan Saring Sutera Foto
Peralatan dan bahan ialah:
(a) Pemidang skrin
(b) Pembaris logam
(c) Sekuji
(d) Lampu(250watt-500watt)
(e) Filem asitat(filem lutsinar)
(f) Foto imulsi
(g) Sintitiser(kalium dikramat)
(h) Kertas cetak, kain, plastik atau kulit.
(i) Pewarna jenis legap seperti dakwat lino, dakwat atau cat poster bagi cetakan atas kertas.
Pencelup atau dye bagi cetakan atas kain serta dakwat PVC bagi cetakan atas plastik atau
kulit.
3.3 Contoh-contoh cetakan
Karya luar negara
1)
M.C. Escher (Dutch, 1898-1972)
Self-Portrait in a Chair, 1920
Woodcut
2 )
Surfriders oleh Ambrose Patterson's
3 )
Karya oleh Vicki Bailey
4 )
St. Louis Cemetery No. 1 oleh Benjamin Billingsley
5 )
Quelltaler winery oleh Tate Adams
6)
The Old man oleh justin
Karya Dalam Negara
Aspek Asas Sebelum Mencetak
Alat dan bahan
Kepingan kayu
Dakwat atau pewarna lino
Set pemahat
Roda penggelek dan dakwat
Sekeping kaca ( untuk meratakan dakwat )
Pisau pemotong NT
Kertas ( newsprint dan kertas beras atau rice paper )
Minyak linsid
Turpentine
Minyak tanah untuk mencuci alat
Spatula
Penyediaan tempat blok kayu ( penyokong )
Blok kayu memerlukan tempat atau penyokong agar proses mengukir dan mencetak lebih mudah
dan blok tidak bergerak semasa kerja – kerja dijalankan.
3.4 KAEDAH MENGUKIR BLOK KAYU (oleh David Bull)
Dalam proses mengukir, terdapat 3 jenis pisau yang berbeza untuk digunakan. Pertama, potong
garisan yang telah ditanda dengan menggunakan pisau pengukir (ton). Kemudian, alihkan dari
kawasan yang tidak dikehendaki atau diperlukan dengan menggunakan pahat yang berbentuk
bulat (marunomi). Akhir sekali, bagi membentuk hasil kawasan yang dicetak kelihatan kemas
dan rapi, pahat kecil yang rata (aisuki) digunakan.
Gambar 1
Langkah 1- potong garisan yang telah dilukis pada kayu, pegang pisau pada sudut yang akan
dipotong dengan sudut yang serong sehingga pada garisan penamat. Teruskan langkah ini
sehingga menghasilkan kesan yang sedalam 1 – 2 mm. (Gambar 1)
Gambar 2
Langkah 2 – beralih kepada pahat yang berbentuk bulat, dan mula mencungkil keluar kayu yang
dtidak diperlukan. Cuma bahagian kayu yang tidak diperlukan dengan kedalaman sekurang-
kurangnya 5 cm daripada kawasan yang ingin dicetak perlu untuk dialihkan. Anda harus
mencuba untuk menghasilkan “lembah” di beberapa kawasan di sekitarnya yang berkaitan
dengan kedalaman yang pelbagai jarak. (Gambar 2)
Kemudian pegang pahat tersebut dengan kuat dengan satu tangan, dan dengan menggunakan
tukul kayu untuk membuat atau mencorak kayu tersebut. Jangan sesekali menebuk terlalu dalam
sehingga melebihi garisan bahagian dalam garisan dengan toh, tetapi teruskan dengan langkah
jarak yang luas dan pendek.
Gambar 3
Langkah 3 – kemaskan bahagian kayu dengan menggunakan pahat kecil yang rata. Kemudian,
buangkan bahagian kayu yang tidak diperlukan sedikit demi sedikit. Mulakannya dari kawasan
yang sudah dibersihkan dengan marunomi terus kepada garisan yang telah ditebuk. (Gambar 3).
Lakukan kerja dengan bahagian dalam strok yang pendek, dengan gerak-geri yang berulang-
ulang. Haruslah berhati-hati apabila melakukan ketukan di sepanjang garisan – setiap tempat
yang tidak dapat dipotong atau dicungkil keluar oleh toh dari tempatnya adalah dalam keadaan
yang tidak baik kerana ia boleh terkeluar dari tumpuan. Terdapat bahagian-bahagian tertentu
sekiranya anda berasa bertentangan – hentikannya dan potong semula garisan dengan sedikit
demi sedikit dalam pada tempat yang sama.
Gambar 4
Apabila semuanya telah siap, (Gambar 4) tibalah masanya untuk berganjak kepada langkah
seterusnya iaitu – potongan “kento” iaitu menandakan pendaftaran.
Alatan Dan Bahan Yang Digunakan.
Masking tape. Sudu.
Penukul. Set pemahat.
Berus Nt cutter.
Minyak. Papan Lapis.(Playwood)
Rice Paper Kertas Kosong
Roller. Lino ink
Mencetak warna
Mencetak lebih daripada satu warna memerlukan lebih banyak blok disediakan. Bagi cetakan
kayu atau lino, pencetak hanya memotong bahagian- bahagian yang tidak perlu untuk
mendapatkan warna lain.
4.0 PROSES PENGHASILAN KARYA KUMPULAN
1. Pemilihan imej
2. Imej dibesarkan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan di print dengan saiz A2.
GAMBAR 1 : Menyapu minyak campuran turpentine
Gambar rajah menunjukkan proses permulaan yang di lakukan sebelum papan playwood tersebut diukir.
GAMBAR 2 : Mengukir papan playwood
Papan playwood diukir mengikut gambar yang terdapat pada kertas lekatan.
GAMBAR 3 : Papan siap ukir
Papan yang telah siap diukir dan sedia untuk di letakkan ink.
GAMBAR 4 : Membancuh ink
Proses membancuh ink yang digelek diatas cermin atau perspek.
GAMBAR 5 : Menggelek ink diatas blok kayu
Ink siap untuk digelek diatas blok kayu.ink digelek diatas blok sehingga rata dan sekata ketabalannya.
GAMBAR 6 : Melekat kertas
Kertas yang bersaiz lebih besar dari blok kayu diperlukan untuk dilekatkan diatas blok kayu.
GAMBAR 7 : Meratakan ink
Meratakan ink diatas kertas. Ink diratakan dimenggunakan objek keras seperti tempurung atau senduk.
PROSES MEMBINGKAI GAMBAR
Gambar 1 : mengukur
Mengukur bingkai untuk keseluruhan gambar cetakan.
Gambar 2 : mengukur
Mengukur bingkai gambar pada papan playwood.
Gambar 4 : paper tape
Membasahkan papertape sebelum di lekatkan pada gambar cetakan dan bingkai.
Gambar 5 : melekat papertape
Melekatkan papertape pada kertas cetakan dan bingkai gambar.
Gambar 6 : karya akhir
Tajuk :
Saiz :
Tahun :
Karya yang telah dibingkai dan siap untuk penilaian.