no. soalan: 104 pemberitahuan pertanyaan· · pdf file(pdrm) tidak pernah mengamalkan...
TRANSCRIPT
..
NO. SOALAN: 104
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN· BAGI JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LIS AN
DARIPADA TUAN NGA KOR MING [TAIPING]
TARIKH 19 JUN 2014
RUJUKAN 6924
SO ALAN:
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan secara terperinci berapakah jumlah laporan polis telah dibuat
terhadap pertubuhan ISMA dan PERKASA serta apakah tindakan yang telah
diambil terhadap pertubuhan sedemikian.
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPertua
Sehingga 29 Mei 2014, sebanyak 43 laporan polis telah diterima oleh pihak
polis terhadap Presiden ISMA dan Presiden Perkasa. Lanjutan daripada
laporan polis yang diterima, kertas siasatan telah dibuka untuk siasatan
lanjut di bawah Akta Hasutan 1948.
Walaubagaimanapun, buat masa ini saya tidak bercadang untuk
mendedahkan secara terperinci status penyiasatan dan tindakan yang
telah diambil memandangkan perkara ini masih di dalam siasatan pihak
PDRM dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malysia (SKMM).
Kerajaan memandang serius sebarang tindakan yang dilakukan oleh
mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan yang mengeluarkan
kenyataan melampau bertujuan mencetuskan ketegangan serta
perbalahan di antara kaum dan agama tanpa mengambil kira sensitiviti
rakyat negara ini. Undang-undang sedia ada sudah mencukupi dalam
menangani apa jua isu yang dibangkitkan yang cuba mengganggu gugat
keselamatan dan ketenteraman awam. Pendirian Kerajaan adalah jelas di
mana tindakan tegas akan diambil di bawah undang-undang sedia ada
termasuk Akta Hasutan 1948 terhadap mereka yang terlibat sekiranya
terbukti bersalah.
2
Di dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia
(PDRM) tidak pernah mengamalkan "double standard" dengan izin Yang
Dipertua, di dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana individu,
kumpulan ataupun pertubuhan-pertubuhan sepertimana yang
dibangkitkan melalui pertanyaan Ahli Yang Berhormat Taiping di dalam
Dewan Yang Mulia ini. Namun begitu, setiap siasatan oleh pihak Polis
adalah berdasarkan kepada laporan polis. Manakala untuk pendakwaan
pula akan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya sekiranya siasatan
mendapati perbuatan tersebut terbukti benar-benar melanggar undang
undang sedia ada.
3
SO ALAN NO: 105
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LIS AN
DARIPADA PUAN TEO NIE CHING [ KULAI 1
TARIKH 19 JUN 2014
SO ALAN
Puan Teo Nie Ching [ Kulai 1 minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kementerian merancang untuk memberi
'parental/eave' kepada golongan ayah.
JAWAPAN: VB DATO' SERI DR SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, pegawai lelaki diperuntuk kemudahan Cuti lsteri
Bersalin yang merupakan Cuti Tanpa Rekod selama tujuh (7) hari
untuk membantu urusan isteri bersalin. Kemudahan ini dihadkan
kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai.
Di samping itu, pegawai termasuk pegawai lelaki yang mempunyai
anak kurang upaya boleh menggunakan kemudahan 'flexible working
hours' supaya keperluan keluarga dapat diuruskan sebelum hadir ke
pejabat. Surat Edaran bertarikh 30 Ogos 2004 menetapkan supaya
pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak kurang
upaya dibenarkan menggunakan Waktu Bekerja Biasa sebagaimana
yang diamalkan sekarang untuk menguruskan kebajikan dan
keperluan anak-anak mereka dan pegawai yang berkenaan perlu
memastikan supaya masa-masa yang digunakan itu diganti semula
bagi tujuan untuk menyelesaikan tugas hakikinya supaya
perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas.
Sebagai tambahan, Cuti Separuh Gaji juga diperuntukkan kepada
pegawai Perkhidmatan Awam termasuk pegawai lelaki atas kadar 30
hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan
tetapi tidak melebihi 180 hari atas sebab-sebab kesihatan pegawai itu
sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan, atau sebab-
2
PERTANYAAN
TARIKH
DARIPADA
SO ALAN
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
LIS AN
19 JUN 2014 (KHAMIS)
SO ALAN ( 1 06 )
Y.B. DATO' DR. TAN KEE KWONG [ WANGSA MAJU ]
Y.B. DATO' DR. TAN KEE KWONG [ WANGSA MAJU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai garis-garis panduan serta syarat yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan pencawang telekomunikasi di atas premis di kawasan perumahan. Adakah perlu pencawang berkenaan diturunkan sekiranya terdapat bantahan daripada penduduk.
JAWAPAN :-
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa komited
memastikan agar setiap perancangan dan pembangunan kemudahan
awam (public utility) seperti menara dan struktur pemancar telekomunikasi
di dalam semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tertakluk
kepada undang-undang semasa dan juga perlu menitikberatkan elemen
keselamatan kepada penduduk awam setempat.
Di dalam merancang dan membangunkan menara dan struktur pemancar
telekomunikasi ini, pihak Pemaju atau pemberi kemudahan rangkaian perlu
membuat permohonan kebenaran merancang terlebih dahulu daripada
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) selaras dengan kehendak
Seksyen 20, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan
Garis Panduan Perancangan (GPP) Menara dan Struktur Pemancar
Telekomunikasi 2002 terbitan Kementerian.
2
Di dalam GPP Menara dan Struktur Pemancar Telekomunikasi (2002)
tersebut, syarat permohonan ialah perlu mendapatkan persetujuan secara
rasmi dari pemilik tanah, pemilik bangunan, pengurus bangunan atau
persatuan penduduk di mana berkaitan bagi tujuan pembinaan menara
atau struktur pemancar. Di samping itu, pembinaan semua struktur yang
dibangunkan hendaklah mengambil kira dan memelihara ciri-ciri estetika
bangunan atau keharmonian dengan tampak bangunan.
Antara aspek-aspek penting yang dijadikan syarat bagi pemasangan
pencawang telekomunikasi yang diberi penekanan dalam garis panduan ini
adalah seperti berikut :-
i. Pembinaan pencawang atau struktur pemancar telekomunikasi
hendaklah mengikut undang-undang berkaitan sedia ada seperti Akta
Akta 172, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 197 4 [Akta 133] dan
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [UKBS 1984];
3
11. Penyediaan jarak laluan atau jalan masuk memenuhi piawaian
sediada dan garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal
yang berkaitan;
111. Saiz, fungsi dan rekabentuk struktur perlu mengikut kesesuaian
tapak. Saiz keluasan tapak adalah berdasarkan kepada jenis dan
ketinggian menara yang dicadangkan;
iv. Pembinaan semua menara telekomunikasi perlu mengikut keperluan
anjakan minimum yang diperuntukan. Kawasan menara hendaklah
dipagar sepenuhnya dengan menyediakan laluan masuk yang
terkawal; dan
v. Sistem pemancar hendaklah dari jenis yang diperakui oleh pihak
Suruhanjaya Komumikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Seterusnya, PBPT akan mempertimbangkan permohonan tersebut
berdasarkan :-
4
i. Laporan cadangan pemajuan/ justifikasi pemajuan oleh pihak pemaju
atau pemberi rangkaian;
11. Bantahan penduduk setempat [sekiranya kawasan berkenaan tidak
mempunyai Rancangan Tempatan- Subseksyen 21 (6)]; dan
iii. Ulasan dan pandangan jabatan/ agensi teknikal yang berkaitan
seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA), TNB, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Pihak Berkuasa Air Negeri dan lain-lain.
Sekiranya perancangan menara dan struktur pemancar telekomunikasi
adalah teratur serta menepati prosedur dan undang-undang maka PBPT
boleh memberikan keputusan kebenaran merancang sama ada kelulusan
secara mutlak, bersyarat atau ditolak selaras dengan Subseksyen 22(3),
Akta 172.
Jika terdapat bantahan daripada penduduk dan bantahan itu adalah
berkaitan syarat-syarat yang dikenakan di atas atau apa-apa alasan yang
berkenaan dengan Akta-akta yang berkaitan, maka PBT boleh mengambil
tindakan terhadap syarikat berkenaan dengan menggunakan peruntukan
undang-undang di dalam Akta berkaitan.
5
Tindakan yang boleh diambil oleh PBT adalah seperti mengarahkan agar
binaan struktur diturunkan, dibaiki atau mengenakan denda kepada
syarikat berkaitan. PBT juga boleh mengarahkan pihak ketiga untuk
menurunkan atau membaiki struktur berkaitan, jika syarikat telekomunikasi
enggan mematuhi arahan.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jun 2014
6
Soatan No : 107
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
LISAN
Y.B. DATO' SERI TIONG KING SING (BINTULU)
19.6.2014
Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status dan perkembangan proses pengiktirafan kelayakan lepasan institusi-institusi pengajian tinggi Negara China dan Taiwan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Satu Joint Statement of Confidence (SoC) di antara Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) dengan The Higher Education Evaluation and
Accreditation Council of Taiwan (HEEACT) telah ditandatangani pada
20 Julai 2012. Perjanjian tersebut merupakan kenyataan keyakinan
terhadap keputusan jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh kedua-dua
pihak terhadap kelayakan ijazah sarjana muda yang dianugerahkan oleh
institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing. SoC tersebut berkuat
kuasa mulai 20 Jun 2011, iaitu tarikh kedua-dua agensi
menandatangani memorandum perjanjian persefahaman.
SoC ini bertujuan untuk memudah cara pengiktirafan kelayakan ijazah
sarjana muda kedua-dua negara. Bagaimanapun, dalam konteks
Malaysia, pemakaian SoC ini serta pengiktirafan program-program
ijazah sarjana muda tersebut adalah masih tertakluk kepada peraturan
dan syarat semasa yang berkuat kuasa di IPT, badan profesional,
badan kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia bagi tujuan
melanjutkan pelajaran, pekerjaan, amalan profesional dan sebagainya. RjmOO
SIDANG DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
LIS AN
VB TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY
[KAPAR]
19 JUN 2014
108
minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) berapakah unit pesawat yang perlu dipinjam daripada
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setiap kali proses
pembenihan awan sehinggakan tidak cukup bilangan
pesawat TUDM dan perlu untuk menyewa dari negara jiran
Thailand; dan
(b) berapakah peruntukan yang disalurkan kepada proses
pembenihan awan setiap tahun dan mengapakah kos
pembenihan hujan menggunakan pesawat TUDM jauh lebih
tinggi daripada pesawat Cessna milik syarikat swasta iaitu 80
ribu berbanding 30 ribu.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk operasi pembenihan awan di negara kita, Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) telah memperuntukkan dua buah pesawat Charlie
C130H yang berpangkalan di TUDM Subang dan TUDM Wilayah
Persekutuan Labuan. Namun begitu, bagi operasi yang lepas hanya
sebuah sahaja pesawat digunakan iaitu pesawat yang berpangkalan
di TUDM Subang. Rentetan dari insiden kehilangan pesawat MH 370,
maka pesawat TUDM telah digunakan sepenuhnya untuk usaha
mencari dan menyelamat. Sehubungan itu operasi pembenihan awan
bergantung hanya kepada pesawat Cessna 340A milik syarikat
swasta yang mempunyai kontrak dengan kerajaan untuk operasi
pembenihan awan ini.
Memandangkan pesawat untuk melakukan pembenihan awan
memerlukan spesifikasi khas dan mempunyai lesen "airworthiness",
maka sebagai langkah tambahan, kerajaan telah bercadang untuk
menyewa pesawat dari negara Thai yang sememangnya telah
dilengkapi dengan keupayaan tersebut bagi persediaan kemungkinan
keperluan di masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua,
Peruntukan untuk operasi pembenihan awan setiap tahun adalah
sebanyak RM1.6 juta. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
menggunakan pesawat TUDM Charlie C130H yang mempunyai kuasa
4 enjin turbin yang mampu untuk terbang jauh dan menjalankan
operasi pembenihan awan ke seluruh negara berbanding pesawat
Cessna 340A milik syarikat swasta yang hanya menggunakan 2 enjin
piston. Kuasa enjin pesawat Charlie C130H yang beberapa kali ganda
lebih daripada pesawat Cessna 340A akan menyebabkan
penggunaan bahan bakar yang lebih banyak dan cepat. Dengan
menggunakan pesawat Charlie C130H, kawasan operasi pembenihan
awan adalah lebih besar, iaitu boleh meliputi sama ada seluruh
2
Semenanjung, Sa bah atau Sarawak bagi setiap operasi, berbanding
dengan kawasan yang hanya meliputi satu hingga tiga kawasan
empangan sahaja di satu-satu negeri jika pesawat Cessna 340A
digunakan.
Kos utama operasi pembenihan awan adalah kos bahan bakar dan
memandangkan pesawat Charlie C130H mempunyai kuasa enjin
yang lebih tinggi berbanding dengan pesawat Cessna 340A, maka
sudah tentulah kos bahan bakar bagi pesawat Charlie C130H lebih
tinggi berbanding dengan pesawat Cessna 340A. Oleh sebab itulah
kos pembenihan a wan menggunakan pesawat TUDM Charlie C 130H
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kos pembenihan awan
menggunakan pesawat Cessna 340A.
Sekian, terima kasih.
3