n.penerangan tj 2009 20-11-2009 · sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. kadar elaun...
TRANSCRIPT
- 1 -
2009
TJ 2009
HASiL
Nota Penerangan TJ 2009
Nota Penerangan TJ 2009
Nota Penerangan TJ 2009
Nota Penerangan TJ 2009
Pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi Tahun 2009:
Ruang Perkara Muka Surat A3a Kerugian tahun semasa dibawa ke belakang 2 & 3 G1a(i) Amaun dibawa ke belakang 9 Seksyen 109F 10 J1 Elaun Jadual 7A 11 Jadual Cukai 12
Kedudukan Cukai 1 A7a Alamat laman web / blog 3 Kod Tuntutan 140 13 Kod Tuntutan 141 13 Kod Tuntutan 217 13 Kod Tuntutan 218 13
TTJJ
KELUARGA SEKUTU HINDU
- 1 -
SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TJ Keluarga sekutu Hindu membawa maksud perwarisan bersama dalam sesuatu sistem undang-undang yang terdapat di India. Pengurus keluarga sekutu Hindu ini atau karta perlu melaporkan semua punca pendapatan dalam Borang TJ setiap tahun.
MAKLUMAT ASAS
1 - 2 Isikan nama keluarga sekutu Hindu sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Contoh: Isikan nombor rujukan pertubuhan sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Contoh:
KEDUDUKAN CUKAI Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan borang. Sila tandakan ‘X’ di petak yang berkenaan (satu petak sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 7 Borang TJ.
1 Nama Keluarga Sekutu Hindu
<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?G O P A L C H E T T I A R F A M I L Y
<>>>>>>>>? J 0 1 2 3 4 5 6 7 0 9 2 No. Rujukan
Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TJ bagi Tahun Taksiran 2009. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2009 adalah benar dan lengkap. Sekiranya layak menuntut bayaran balik seperti di ruang D7 borang nyata ini, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh diperoleh daripada Buku Panduan Borang TJ dalam laman web:- (a) Helaian Kerja HK-3 mengenai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen); (b) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan (c) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah
dibuat di negara asing. Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dalam kotak yang disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B33a hingga B34, C33a hingga C34, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja. Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67
Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C34) RM19,322.85
<>_>>_>>_>>?<>>>?B1 , , , Perniagaan 1 5 2 1 1 1
C34 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C33a hingga C33g ) ->>_>>_>>_>? , , , . C34
1 2 5 9 5 5
1 9 3 2 2 8 5
- 2 -
BAHAGIAN A MAKLUMAT KELUARGA SEKUTU HINDU A1
KARTA BERMASTAUTIN DI MALAYSIA
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya karta bermastautin di Malaysia dan isikan ‘2’ sekiranya tidak bermastautin di Malaysia. Karta ialah pengurus atau ketua keluarga sekutu Hindu. Taraf mastautin bagi keluarga sekutu Hindu bergantung kepada taraf mastautin karta. Sekiranya karta adalah bermastautin di Malaysia, keluarga sekutu Hindu juga dianggap bermastautin di Malaysia. Begitu juga sebaliknya. Sila rujuk cara penentuan taraf mastautin individu untuk menentukan taraf mastautin karta.
A2 NEGARA DI MANA KARTA BERMASTAUTIN
Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 ialah ‘1’. Sila rujuk kepada muka surat 12 nota penerangan ini atau Lampiran E Buku Panduan TJ untuk senarai terperinci.
A3
KETETAPAN UMUM DIPATUHI
Ketetapan Umum memberi panduan kepada orang awam yang menggariskan interpretasi Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berhubung peruntukan tertentu Undang-undang Cukai dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya. Sila rujuk senarai Ketetapan Umum di Lampiran H Buku Panduan Borang TJ. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web LHDNM. Isikan ‘1’ jika setiap ketetapan dipatuhi. Jika satu atau lebih ketetapan tidak dipatuhi, isikan ‘2’.
A3a PENYIMPANAN REKOD
Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.
A3b KERUGIAN TAHUN SEMASA DIBAWA KE BELAKANG
Jumlah kerugian tahun semasa tidak melebihi RM100,000 bagi tahun taksiran 2009 dibenarkan untuk dibawa ke belakang sebagai potongan daripada pendapatan agregat tertentu dalam tahun taksiran 2008. Syarat-syarat kelayakan di bawah seksyen 44B ACP 1967:- • Jumlah kerugian bagi tahun taksiran 2009 yang dibawa ke
belakang hendaklah:- (i) tidak melebihi RM100,000; atau (ii) di mana pendapatan agregat tertentu kurang daripada
RM100,000 bagi tahun taksiran 2008, tidak melebihi pendapatan agregat tertentu itu.
• Seseorang yang ingin menuntut kerugian bawa ke belakang dikehendaki membuat pilihan yang tidak boleh dibatalkan dalam ruangan ini; serta menyatakan amaun kerugian dibawa ke belakang di ruangan J1a(i) dan baki kerugian dihantar hadapan di ruangan J1a(ii).
Untuk petak yang disediakan di ruangan A3b:- - isikan ‘1’ jika layak dan ingin menuntut. - Isikan ‘2’ jika layak tetapi tidak ingin menuntut atau jika tidak
berkenaan. • Pindaan tidak boleh dibuat ke atas jumlah kerugian yang
dibawa ke belakang selepas membuat pilihan; atau sekiranya kerugian perniagaan bagi tahun taksiran 2009 meningkat akibat daripada rayuan atau audit.
- 3 -
• Penalti akan dikenakan untuk tahun taksiran 2008 sekiranya Ketua Pengarah membuat penemuan jumlah kerugian bawa dari tahun taksiran 2009 melebihi amaun sebenarnya. Amaun penalti yang dikenakan adalah bersamaan dengan jumlah cukai yang terkurang akibat penemuan tersebut. Kadar penalti yang dikenakan adalah mengikut Rangka Kerja Audit (Pindaan 2009).
Cara membuat tuntutan: • Kemukakan:-
- Salinan muka surat 1 dan 8 Borang TJ 2009 yang menunjukkan pilihan dan amaun kerugian dibawa ke belakang; serta
- Pindaan pengiraan cukai untuk tahun taksiran 2008 ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pada tarikh yang sama dengan tarikh pengemukaan Borang TJ 2009.
A4 ALAMAT SURAT-
MENYURAT KARTA
Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.
A5 ALAMAT PREMIS PERNIAGAAN KELUARGA SEKUTU HINDU
Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama keluarga sekutu Hindu dikendalikan, jika ada.
A6
ALAMAT DI MANA REKOD KELUARGA SEKUTU HINDU DISIMPAN
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan dokumen keluarga sekutu Hindu ini disimpan di alamat surat-menyurat atau ‘2’ sekiranya disimpan di alamat berdaftar atau ‘3’ jika disimpan di alamat lain.
A7 ALAMAT LAIN
Nyatakan alamat berkenaan sekiranya ruang A6 ialah ‘3’.
A7a ALAMAT LAMAN WEB / BLOG
Alamat laman web atau blog (jika ada)
A8 MAKLUMAT KARTA Isikan maklumat karta di mana yang berkenaan.
A8a NAMA
Nyatakan nama penuh karta seperti yang tertera di kad pengenalan atau pasport.
A8b NO. KAD PENGENALAN / POLIS / TENTERA
Isi nombor kad pengenalan atau nombor polis atau nombor tentera yang mana berkenaan.
A8c NO. PASPORT Isi nombor pasport seperti di buku pasport.
A8d NO. RUJUKAN
Isi nombor rujukan karta, sekiranya ada. Contoh: No. rujukan ialah SG 00123456090
A8e NO. TELEFON
Isi nombor telefon karta.
A9a NAMA BANK
Sekiranya layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank yang berkenaan supaya bayaran boleh dikreditkan ke dalam akaun tersebut.
<? <>>>>>>>>>? O G 0 0 1 2 3 4 5 6 0 9 0 SG/OG
- 4 -
A9b NO. AKAUN BANK Nombor akaun bank yang berkenaan.
A9c ALAMAT BANK Alamat bank yang dinyatakan dalam A9a.
BAHAGIAN B PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
ISI BAHAGIAN INI JIKA KARTA BERMASTAUTIN DI MALAYSIA (JIKA A1 = 1)
B1 –
B3
PERNIAGAAN
Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan. Sekiranya mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun N dari Helaian Kerja HK-1C / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D
B4 –
B6
PERKONGSIAN
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Sekiranya mempunyai lebih daripada 3 perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ. Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B
ELAUN MODAL
Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.
B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja. Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan amaun B7 dalam ruang ini.
B10 DIVIDEN Sekiranya pertubuhan mempunyai pendapatan berpunca dari dividen dan layak menuntut pembayaran balik, sertakan Helaian Kerja HK-3 bersama Borang TJ. Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3
B11 FAEDAH
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5
DISKAUN Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.
- 5 -
B12 SEWA Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B
ROYALTI
Royalti bermaksud:- (a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk
penggunaan atau hak untuk menggunakan: (i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk
atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;
(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;
(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5
B13 ANUITI
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah. Anuiti juga boleh diperoleh dari pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
BAYARAN BERKALA LAIN
Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas. Helaian Kerja HK-6 dan dokumen yang berkenaan perlu dikemukakan semasa pengembalian borang sekiranya layak menuntut pembayaran balik.
B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)
Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.
Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.
Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.
Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.
Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA
Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada jumlah pendapatan agregat/terkumpul. Contoh: kerugian perniagaan pada tahun 2009 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2009. Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Amaun B18 terhad kepada amaun B17. Jika amaun di ruang B18 melebihi amaun di ruang B17, masukkan amaun B17 ke ruang ini.
B20 PERBELANJAAN MENCARIGALI - JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)
Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagai potongan. Amaun ini terhad kepada B19 Borang TJ. Baki yang tidak boleh ditolak (jika ada) dimasukkan ke ruang J3 Borang TJ.
- 6 -
B22 – B28 DERMA DAN HADIAH Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)
Hadiah Wang Kepada Institusi Atau Organisasi Diluluskan Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6) Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Aktiviti Sukan Atau Badan Sukan Yang Diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen 44(11B) Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)
Terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat di ruang B17
HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A) HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8) HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11) ZAKAT PERNIAGAAN Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17. Subseksyen 44(11A) B31 PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada karta sekiranya sesebuah
keluarga sekutu Hindu berkenaan adalah bermastautin di Malaysia untuk tahun semasa. Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM8,000.
B33a
CUKAI KE ATAS YANG PERTAMA
Sesuaikan amaun di B32 (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 12 nota penerangan ini). Contoh: Pendapatan bercukai di B32: RM35,500 Guna pengiraan di kategori F jadual cukai seperti berikut:
Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM1,525.00 Cukai ke atas baki RM 500 @ 12% RM 60.00 Jumlah cukai pendapatan RM1,585.00
B33b CUKAI KE ATAS BAKI
B34 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
- 7 -
Masukkan di ruang B33a, B33b dan B34 dalam Borang TJ seperti berikut:
BAHAGIAN C PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
ISI BAHAGIAN INI JIKA KARTA TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA (JIKA A1 = 2)
C1 – C28
Sila rujuk penerangan dalam Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di muka surat 4 hingga 6 nota penerangan ini.
C31 PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN
Bagi keluarga sekutu Hindu yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar selain daripada 27%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.
C31a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.
C31b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.
C31c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A
Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai: balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan
penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;
balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, venture, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau
sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.
C31d PENDAPATAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas. Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 27%.
B33b Cukai ke atas baki
B34 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( B33a + B33b )
Cukai ke atas yang pertama B33a
Atas Kadar (%)
->>_>>_>>_>?, , , .
<?->>_>>_>>?, , ,
->>_>>_>>?, , ,
->>_>>_>>_>?, , , .
->>_>>_>>_>?, , , .
B34 1 5 8 5 0 0
3 5 0 0 0 1 5 2 5 0 0
5 0 0 1 2 6 0 0 0
- 8 -
C33–
C34
PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing. Rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TJ atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.
Contoh:
Karta bermastautin di India dan keluarga sekutu Hindu ini menerima pendapatan faedah dan royalti.
Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 27% di C30: RM50,500 Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C31a: RM10,000 Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C31b: RM25,000.
Masukkan di ruang C33a, C33d, C33f dan C34 dalam Borang TJ seperti berikut:
BAHAGIAN D CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK D1 JUMLAH CUKAI YANG
DIKENAKAN Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B34 bagi keluarga sekutu Hindu yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C34 jika TIDAK BERMASTAUTIN.
D2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)
Sertakan Helaian Kerja HK-3 sekiranya pertubuhan ini layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang D7 Borang TJ. Amaun D dari Helaian Kerja HK-3.
D3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)
Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah. Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6
D4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132
Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk Lampiran F Buku Panduan TJ untuk menentukan negara-negara yang memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.
1 3 6 3 5 0 0 5 0 5 0 0
2 5 0 0 0
1 0 0 0 0
2 5 0 0 0 0
1 5 0 0 0 0
1 7 6 3 5 0 0
C33a
C33f
C33d
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain
Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
27
10
15
<>_>>_>>_>>?<>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?->>_>>_>>_>?
, , ,
, , , , , ,
, , ,
C34 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C33a hingga C33g ) C34 ->>_>>_>>_>?, , , .
.
.
<>_>>_>>_>>?, , , ->>_>>_>>_>?, , , .
- 9 -
D5 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133
Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.
BAHAGIAN E KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2009
E1 –
E4
Pelarasan antara cukai kena dibayar dan cukai yang telah dibayar (melalui skim ansuran) dibuat dalam bahagian ini. Sila isi ‘0’ dalam ruang ini jika layak mendapat bayaran balik seperti di ruang D7. Masukkan bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2. Baki cukai kena dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang dilampirkan bersama borang apabila membuat bayaran di kaunter bayaran LHDNM atau menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank sekiranya membuat bayaran di kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank) dan EON Bank.
Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, tuan dinasihatkan supaya mengisi Bahagian “Kedudukan Cukai” di muka surat 1 Borang TJ.
BAHAGIAN F PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN
F1 –
F5
Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan sebelum ini. Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2008 tetapi baucar hanya diterima dalam tahun 2009. Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN G MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN G1a BAKI KERUGIAN
TAHUN SEMASA Kerugian perniagaan/perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.
G1a(i) Amaun dibawa ke belakang
Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3
G1a(ii) Baki hantar hadapan Amaun H dari Helaian Kerja HK-1.3
G1b BAKI KERUGIAN TAHUN KEBELAKANGAN
Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap. Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3
G1c KERUGIAN HANTAR HADAPAN
G1a(ii) campur G1b Amaun J dari Helaian Kerja HK-1.3
G2a –
G2f
ELAUN MODAL Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.
Elaun diserap Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa. Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q5 dari Helaian Kerja HK-1C / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D
- 10 -
Baki hantar hadapan Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q6 dari Helaian Kerja HK-1C / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D
G3a – G3d MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN
Seksyen 107A Bayaran kontrak kepada kontraktor bukan mastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967: 10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut Campur 3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut. Seksyen 109 Bayaran faedah/royalti kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan TJ. Seksyen 109A Bayaran berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967). Seksyen 109B Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan seperti yang ditetapkan dalam Bahagian V, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. Rujuk Lampiran F Buku Panduan TJ. Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.
JUMLAH KASAR DIBAYAR Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan. JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.
BAHAGIAN H PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI
H1 – H5
Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 13 nota penerangan ini.
- 11 -
BAHAGIAN J TUNTUTAN INSENTIF J1 ELAUN JADUAL 7A
Insentif ini diberi kepada peniaga individu yang menjalankan perniagaan penternakan ayam dan itik yang menukar daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup; atau membesarkan sistem reban tertutup sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Hanya perniagaan yang menjalankan operasi bagi tempoh sekurang-kurangnya 36 bulan sahaja yang layak memohon insentif ini. Rujuk kepada seksyen 133A dan perenggan 1C Jadual 7A ACP 1967 untuk menentukan kelayakan; perenggan 1 dan perenggan 3 Jadual 7A ACP 1967 serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1C untuk membuat pengiraan. Simpan dokumen asal berhubung dengan perbelanjaan modal yang layak serta borang permohonan dan pengiraan elaun tersebut untuk semakan.
J2 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN
Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk membuat pengiraan.
J3 PERBELANJAAN JADUAL 4
Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.
BAHAGIAN K MAKLUMAT KEWANGAN KELUARGA SEKUTU HINDU K1 –
K50
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya keluarga sekutu Hindu ini mempunyai punca pendapatan perniagaan.
Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan.
BAHAGIAN L MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN L1 –
L5
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya keluarga sekutu Hindu ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.
AKUAN KARTA
Isikan nama tuan selaku karta kepada keluarga sekutu Hindu ini. Karta atau pengurus keluarga sekutu Hindu adalah bertanggungjawab secara individu ke atas segala urusan percukaian ke atas keluarga sekutu Hindu ini. Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada tuan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata ini kepada LHDNM. MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.
- 12 -
JADUAL CUKAI
KATEGORI BANJARAN
PENDAPATAN BERCUKAI (a)
PENGIRAAN RM (b)
KADAR % (c)
CUKAI RM (d)
A 0 - 2,500 2,500 pertama 0 0 B 2,501 - 5,000 2,500 berikutnya 1 25
C 5,001 - 10,000 5,0005,000
pertama berikutnya
3
25 150
D 10,001 - 20,000 10,00010,000
pertama berikutnya
3
175 300
E 20,001 - 35,000 20,00015,000
pertama berikutnya
7
475 1,050
F 35,001 - 50,000 35,00015,000
pertama berikutnya
12
1,525 1,800
G 50,001 - 70,000 50,00020,000
pertama berikutnya
19
3,325 3,800
H 70,001 - 100,000 70,00030,000
pertama berikutnya
24
7,125 7,200
I 100,001 - 150,000 100,00050,000
pertama berikutnya
27
14,325 13,500
J 150,001 - 250,000 150,000100,000
pertama berikutnya
27
27,825 27,000
K Lebih 250,000 250,000 pertama
setiap ringgit berikutnya
27 54,825
..............
KOD NEGARA Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TJ untuk mendapatkan senarai lengkap.
Nama Negara Kod Negara Nama Negara Kod
Negara Nama Negara Kod Negara
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of
- 13 -
KOD TUNTUTAN TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS
Kod Tuntutan
101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya
102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)
104 Perbelanjaan kebajikan
105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri
106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan
107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing: • terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan • terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing
110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik
114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat
116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius
117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja
120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka
121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja
122 Kos membangunkan laman jaring
137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus 140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan
pengambilan pekerja
141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja
POTONGAN SELANJUTNYA
Kod Tuntutan
201 Premium insurans bagi pengimportan kargo
202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya
204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo
205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu
208 Premium insurans bagi kredit eksport
212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia
216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia
217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja
218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja
POTONGAN DUA KALI
Kod Tuntutan
301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan
302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak
306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional
Talian Utama : 1-300-88-3010 Talian Utama - Panggilan dari Luar Negara : 603-4289-3500 Laman Web : http://www.hasil.gov.my Laman Web e-Filing : https://e.hasil.gov.my
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Nama
No. Rujukan No. K/P
No. Pendaftaran Perniagaan Tahun Taksiran
Kemukakan Helaian Kerja ini jika tuan layak menuntut bayaran balik (Gunakan HK-3 berasingan bagi dividen yang perlu dikasarkan semula)
A. Senarai pendapatan dividen:
Bil. Tarikh
Bayaran No. Waran /
No. Siri Nama Syarikat Dividen Kasar
RM sen RM sen RM sen
!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!
HK-3: TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)
Bagi Tahun Berakhir
Kadar Cukai
Cukai Dipotong Dividen Bersih
JUMLAH DIVIDEN BERSIH
Jumlah Dikasar Semula X [ amaun dari B(i) ] Y [ amaun dari B(ii) ]
Nota: Teruskan pengiraan di muka surat sebelah jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa
B. Pengiraan dividen dikasarkan dan cukai dipotong
Jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa, sila gunakan formula berikut untuk mendapatkan jumlah dividen yang dikasarkan semula dan cukai dianggap telah dipotong:-
(i) Dividen dikasar semula (X)
(ii) Cukai dianggap telah dipotong (Y)
C. Pengiraan Pendapatan Berkanun Dividen
D. Seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (Dividen)
= Dividen bersih
= (X)
= X
= (Y)
* Di mana Z ialah kadar cukai tahun taksiran semasa syarikat
(i) Dividen Kasar (X)
(ii) Faedah atas pinjaman yang dilakukan semata-mata dalam menghasilkan pendapatan dividen tersebut
(iii) Pendapatan Berkanun
(amaun Y di atas)
x Z *
( 1 – Z * )
Tolak:
Contoh jumlah dividen yang perlu dikasarkan semula: Butir-butir dari baucar dividen:
VOUCHER NO.
DIVIDEND NO.
TYPE OF DIVIDEND
FOR YEAR ENDED
FOR SHARES REGISTERED ON
DATE OF PAYMENT
12345 67 FOURTH INTERIM 30 JUNE 2009 23 MARCH 2009 4 MAY 2009
SHAREHOLDING GROSS DIVIDEND RATE
INCOME TAX RATE
GROSS DIVIDEND (RM)
INCOME TAX (RM)
NET DIVIDEND (RM)
5000 16% 26% 800.00 208.00 592.00 Tahun berakhir - 30/06/2009 Tarikh dividen dibayar - 04/05/2009 Tempoh asas syarikat yang membayar dividen - 01/07/2008 - 30/06/2009 Tarikh dividen dibayar iaitu 04/05/2009 jatuh dalam tempoh asas 01/07/2008 - 30/06/2009 iaitu tahun taksiran 2009 di mana kadar cukai syarikat ialah 25%. Oleh kerana kadar cukai yang ditolak dari dividen ialah 26%, dividen tersebut perlu dikasarkan semula pada kadar 25%. Pengiraan dividen dikasarkan dan cukai dipotong: (i) Dividen dikasar semula (X)
= 592 x = = 789.33* * Amaun yang perlu dipindahkan ke ruangan Pendapatan Berkanun Dividen
dalam borang nyata adalah RM789 (mengambil kira nilai ringgit sahaja)
(ii) Cukai dianggap telah dipotong (Y)
= 789.33 x 25% = 197.33
1 ( 1 – 0.25)
1 ( 1 – Z * )
x = Dividen bersih
592 0.75