op assign 1
DESCRIPTION
pembelajaranTRANSCRIPT
PPP6124: ORGANISASI PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER 2 SESI 2015/2016
Tugasan Kumpulan
TAJUK TUGASAN KBAT DAN KEPERLUAN DALAM ORGANISASI
PEMBELAJARAN
Pensyarah: PROF MADYA DR. JAMAL @NORDIN YUNUS
NAMA AHLI KUMPULAN Shanmuganathan a/l Rajoo (M20142001569)
Rathika a/p Chelebom (M20142001566)
Sivagami a/p Keenasan (M20142001576)
Sashitharan a/l Sumaranam (M20152001487)
TARIKH SERAHAN 23 APRIL 2016
1
1.0 ORGANISASI PEMBELAJARAN
Organisasi merupakan tunjang kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah
institusi. Organisasi mesti wujud berdasarkan suatu matlamat atau tujuan yang ingin dicapai.
Menurut James A.F. Stoner (1985) Organisasi ialah cara kerja diatur dan diperuntukkan di
kalangan para anggota organisasi supaya matlamat-matlamat organisasi berkenaan dicapai
dengan cekap.
Sesebuah organisasi pasti akan mengalami perubahan untuk maju ke hadapan.
Perubahan dalam organisasi memerlukan penyesuaian dari setiap anggota organisasi melalui
proses pembelajaran yang kemudian dikenal dengan proses pembelajaran organisasi. Menurut
Peter M. Senge dalam “The Fifth Discipline” (1990) mengatakan organisasi pembelajaran
ialah satu organisasi yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang selalu
memperkembangkan kapasiti untuk mendapatkan keputusan yang mereka inginkan,
perkembangan corak pemikiran yang baru disemai, aspirasi kolektif adalah bebas dan
anggota-anggotanya selalu belajar untuk belajar bersama-sama.
Menurut Richard Karash dalam “Learning Organization” (1994), organisasi
pembelajaran ialah satu organisasi di mana orang-orang di semua peringkat, sama ada secara
individu dan kolektif, selalu meningkatkan kapasiti untuk menghasilkan keputusan yang
mereka ingin capai. Manakala, David Gervin dalam “Building A Learning Organization”
(1995:2), organisasi pembelajaran ialah satu sistem yang memerlukan komitmen dan kapasiti
semua orang untuk belajar di semua peringkat dalam organisasi itu untuk mencari
matlamatnya.
Secara kesimpulannya, organisasi pembelajaran ialah satu organisasi yang terus
berfungsi, mengikuti perkembangan semasa, peka kepada perubahan menerima pendekatan
atau idea baru untuk pembaharuan dan berusaha secara kolektif untuk menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul dalam usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Organisasi pembelajaran ini merangkumi lima disiplin iaitu sistem pemikiran (system
thinking), perkongsian visi (shared vision), model mental (mental models), pembelajaran
pasukan (team learning) dan domain kendiri (personal mastery). Kelima – lima disiplin ini
saling berkait antara satu sama lain dan ia tidak boleh dipisah-pisahkan. Organisasi
pembelajaran yang memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana
pembelajaran di kalangan ahli-ahlinya dengan menekankan elemen kepimpinan (leadership),
2
mewujudkan strategi (emergent strategi), struktur mendatar (horizontal structure), budaya
yang kuat (strong culture), penurunan kuasa (empowerment) dan berkongsi maklumat (shared
information).
2.0 KBAT DALAM ORGANISASI PEMBELAJARAN
Proses penciptaan pengetahuan (knowledge creation) dapat dipraktikkan melalui
pembudayaan konsep organisasi pembelajaran (learning organisation) yang memberi
gambaran sebuah organisasi secara berterusan berusaha menekankan proses pembelajaran
berlaku bagi kecemerlangan sesebuah organisasi. Organisasi Pembelajaran menekankan
pengurusan maklumat sebagai sumber pengetahuan dan perkongsian maklumat . Oleh yang
demikian, sesebuah organisasi pembelajaran membudayakan pemikiran yang berorientasikan
kepada KBAT.
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. KBAT didefinisikan sebagai
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013).
Kemahiran ini kebiasaan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi
Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. Kemahiran kognitif
merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual
berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu
aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT dalam organisasi amat penting dalam
mencetuskan idea – idea kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah yang
wujud dalam organisasi secara kolektif.Kepakaran peribadi merupakan asas penting proses
pembelajaran di dalam organisasi. Ianya melebihi kompetensi dan kemahiran. Unsur utama
yang berkaitan adalah keupayaan kreatif dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Ianya akan
menjadi sebahagian daripada unsur inspirasi proses pembelajaran. Model mental pula
merupakan keupayaan seseorang untuk berfikir dan bertindak terhadap sesuatu perkara.
Pengurusan model mental akan berusaha untuk mengambil tindakan ke atas apa yang
difikirkan dan dilihat terhadap gambaran sebenar sesuatu permasalahan dan seterusnya
berusaha untuk membangunkan organisasi pembelajaran. Perkongsian visi pula bukan hanya
3
satu idea tetapi merupakan satu kuasa (power) daripada hati seseorang untuk berkongsi
pandangan bagi
menyelesaikan sesuatu isu. Mereka bersama-sama melihat visi atau permasalahan organisasi
dan akan mencetuskan keupayaan untuk belajar. Kerjasama untuk terlibat di dalam proses
perubahan dan inovatif akan memberi kesan positif kepada organisasi.
Rajah : Kaitan Lima Disiplin Proses Pembelajaran (Senge, 1999) dengan KBAT
Aspek Pasukan pembelajaran (Learning team) adalah penting di dalam pembelajaran
organisasi (Organisational Learning) Ini dibentuk dengan disiplin perkongsian visi dan
kepakaran peribadi. Pasukan ini akan meneliti secara mendalam permasalahan, memikirkan
secara kreatif dan menyelaras tindakan dengan melibatkan semua ahli-ahli di dalam proses
pembelajaran. Saluran komunikasi dan pengagihan tugas yang jelas serta peranan kepimpinan
adalah penting bagi menentukan perjalanan pasukan pembelajaran lebih berkesan dan
mencapai objektifnya. Sistem pemikiran akan merangsang proses mengkaji corak perubahan
yang kompleks akibat daripada perubahan persekitaran yang dinamik. Ianya menekankan
pertalian di antara berapa aspek (interconnectness) yang berlaku dan yang memberi kesan
kepada perjalanan organisasi.
4
Oleh yang demikian, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini ditekankan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 dalam melahirkan modal
insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. PPPM ini
merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan Negara
dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara
Enam aspirasi murid dalam PPPM
Menyeluruh. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap
murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Daripada enam aspirasi ini ,
penguasaan kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan
murid kreatif dan inovatif yang berdaya saing menjelang abad ke-21.
Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan
pedagogi amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang
sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru. Inovasi kurikulum yang meliputi
inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu
dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum,
kokurikulum dan pedagogi yang berkesan dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar.
Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan
5
bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
pelajar.
Dalam organisasi pembelajaran seperti sekolah, Pengetua atau Guru Besar Sebagai
Pemikir Yang Kritis Dan Berkonsep berlandaskan KBAT mengurus sesebuah
sekolah.Seorang pengetua mestilah berupaya memecahkan sesuatu masalah kepada
komponen-komponennya yang tertentu, menganalisis komponen-komponen itu dan
kemudian dapat memikirkan cara yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Organisasi pembelajaran merupakan satu sistem yang diharap dapat
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah. Ini adalah dengan
andaian bahawa matlamat-matlamat telah ditetapkan dan kerjasama semua ahli yang
menganggotai organisasi itu terjalin sesama sendiri. Pengetua sekolah haruslah berupaya
menggunakan kebijaksanaan berfikir beliau untuk menangani sebarang masalah yang wujud
demi kemajuan dan perkembangan organisasi pembelajaran tersebut. Ini seterusnya akan
membawa kepada pencapaian matlamat organisasi tersebut.
Sejajar dengan ciri-ciri organisasi pembelajaran, pengetua adalah seperti seorang
pereka bentuk (designer), guru dan pelayan (steward). Selain itu, pengetua memainkan
peranan yang utama dalam menyediakan perkongsian visi, membantu individu dalam
organisasi memahami matlamat dan berfungsi sebagai pelayan yang bekerjasama untuk
menjayakan visi tersebut.Pengetua juga bertanggungjawab membentuk struktur mendatar,
pemula kepada perubahan dan memperkembangkan kebolehan individu dalam organisasi
tersebut.
Kesimpulannya, organisasi pembelajaran merupakan satu proses transformasi dalam
membantu menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada konsep organisasi
berasaskan pengetahuan. Organisasi pembelajaran memerlukan satu perubahan paradigma
pembangunan sumber insan khususnya kebolehan penciptaan ilmu dengan berfikiran kritis,
kreatif dan inovatif .Ianya juga akan meningkatkan kebolehan dan keupayaan mereka untuk
terus mencari penyelesaian kepada satu masalah dan dengan ini budaya pembelajaran itu
akan digabungkan dengan strategi organisasi.
6
3.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
ORGANISASI PEMBELAJARAN
Inovatif merupakan elemen penting yang diberi tumpuan dalam masa tiga ke lima
tahun akan datang. Oleh itu,bukan sahaja kemahiran asas seperti membaca, menulis dan
mengira perlu dikuasai oleh pelajar malah mereka perlu menguasai kemahiran tinggi untuk
pembangunan ekonomi negara. Rakyat yang berpotensi tinggi dan mempunyai minda yang
cerdas akan menjadi penyumbang terbesar kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah
negara. Ekonomi sesebuah negara boleh dikembangkan dengan adanya pendidikan yang
sistematik. Menurut Rajendran (2001), ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat
merupakan kekuatan sebenar sesebuah negara. Dalam menghadapi persaingan global, rakyat
yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berkompetensi mampu membawa kejayaan
kepada ekonomi sesebuah negara. Untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat
antarabangsa yang berasaskan inovasi, pelbagai strategi yang sistematik untuk
membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi amat diperlukan (Low & Lay, 2013).
Oleh itu, peningkatan kualiti pendidikan negara yang mampu bersaing di peringkat global
telah menjadi hasrat utama Kementerian Pelajaran Malaysia (Low & Lay, 2013). Untuk
meningkatkan kualiti pendidikan negara, maka sistem pendidikan negara telah mengalami
transformasi yang bertujuan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi cabaran abad ke-
21. Menurut Perdana Menteri Malaysia ( PPPM 2013-2025),
“Pendidikan merupakan penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi
negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang
melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing
dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi
keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem
pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru
Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang
menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.”
Maka Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diterapkan untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai modal insan dan intelektual yang tinggi. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menggubal satu pelan pembangunan iaitu Pelan Pembangunan
7
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara
serta menambahbaik sistem pendidikan negara secara berterusan.
Salah satu objektif asas sistem pendidikan sesebuah negara ialah melahirkan murid
yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran agar mereka dapat berjaya dalam kehidupan.
Seperti negara lain, sistem pendidikan negara kita juga amat memberi penekanan kepada
mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Namun, pada peringkat global, kemahiran asas
murid iaitu membaca, menulis dan mengira tidak mencukupi apabila mereka meninggalkan
alam persekolahan. Sistem pendidikan Malaysia bukan hanya memberi tumpuan kepada
pemerolehan ilmu pengetahuan malah ia lebih kepada menguasai Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) .Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini berhasrat
untuk menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia dengan mencapai lima keberhasilan
teras pendidikan. Akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan merupakan lima teras
pendidikan yang ingin dicapai oleh pelan pembangunan ini. Laporan awal PPPM 2013-2025
telah menggariskan enam aspirasi yang membimbing murid bersaing pada peringkat
antarabangsa yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, identiti nasional dan etika
dan kerohanian. Untuk membuat perbandingan kualiti keberhasilan sistem pendidikan,
Pentaksiran Antarabangsa Murid iaitu Programme International Student Assesment (PISA)
dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) telah digunakan.
Menurut Funke (2013), PISA dijalankan untuk membanding dan memperbaiki kualiti
pendidikan negara. PISA mengukur pencapaian murid yang berumur 15 tahun dalam literasi
Matematik, Sains dan Bacaan serta mengukur sajauh manakah pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki oleh pelajar mampu menjadikannya masyarakat yang berjaya. PISA lebih
menekankan keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar.
TIMSS pula memberi tumpuan kepada pentaksiran berasaskan kurikulum sekolah bagi subjek
Sains dan Matematik. Pentaksiran ini mengukur prestasi pelajar yang merangkumi
pengetahuan dan kandungan seperti algebra dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran,
penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Beberapa dekad yang lalu, prestasi murid
Malaysia telah meningkat dan mununjukkan pencapaian yang membanggakan. Tetapi kini,
keputusan pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid negara kita semakin
merosot. Ini dibuktikan dengan pencapaian murid dalam TIMSS pada tahun 1999, dimana
skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Tetapi pada
tahun 2007, skor purata murid telah menurun bawah purata antarabangsa dalam Matematik
8
dan Sains. Yang paling menyedihkan ialah, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai
tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains. Keputusan PISA (2009) pula
menunjukkan hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai
tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam
Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. . Menurut Duncan (2010), pelajar perlu
memiliki kemahiran seperti menganalisis, menyelesaikan masalah yang mencabar minda,
berkomunikasi secara efektif, mentafsir maklumat, mengaplikasi pengetahuan dan membuat
kesimpulan generalisasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
berhasrat untuk mencapai aspirasi terutamanya dari aspek kualiti untuk berada dalam
kalangan negara sepertiga teratas berdasarkan penilaian global dalam tempoh 15
tahun dan menonjol sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan paling cekap
dan cepat berkembang di dunia (KPM, 2012). Untuk mencapai hasrat PPPM, kita
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT membantu pelajar mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran membuat penaakulan dan refleksi untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan yang bernas, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu secara kreatif
(Agensi Inovasi Malaysia (AIM), 2013). Oleh yang demikian satu usaha perlu dijalankan
untuk meningkatkan dan memupuk KBAT di kalangan pelajar supaya mereka dapat
merealisasikan aspirasi negara.
Menurut Stein dan Lane (1996), tugasan kognitif aras tinggi (high-level cognitively
complex task ) merupakan landasan untuk melahirkan pelajar yang boleh berfikir, menaakul
dan menyelesaikan masalah. Di Malaysia, kurikulum Sains sekolah menengah memberi
peluang kepada murid untuk memperolehi ilmu tentang Kemahiran Sains dan meningkatkan
kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan agar pelajar dapat mengatasi
cabaran kehidupan harian. (KPM, 2013). Melahirkan pelajar yang berfikir secara kreatif
dan kritis (KBAT) merupakan suatu perkara penting dalam sistem pendidikan seluruh dunia.
Pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dapat menilai sesuatu masalah
dengan logik dan munasabah. Selain itu, ,mereka juga akan memiliki kemahiran-kemahiran
berikut :
Mengkaji sesuatu masalah secara menyeluruh dan terperinci
Membuat aktiviti-aktiviti banding beza
Menyusun isi secara menaik atau menurun
Membuat keputusan yang munasabah
Pelajar yang berfikir secara kreatif pula dapat memiliki kemahiran-kemahiran berikut:
9
Mencari idea baru untuk sesuatu situasi yang berbeza
Membuat inferens terhadap sesuatu masalah
Membuat ramalan masa hadapan
Membuat hipotesis
Kemahiran berfikir harus diterapkan di kalangan pelajar kerana ia telah termaktub dalam
objektif sistem pendidikan negara iaitu untuk mempertingkatkan daya fikir di kalangan
pelajar. Bukan sahaja kemahiran berfikir ditekankan dalam objektif sistem pendidikan
Negara, malah ia juga turut digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2015, di mana pelajar bukan hanya bergantung kepada pemerolehan ilmu
pengetahuan sahaja, malah perlu menekankan pembangunan KBAT serta membangunkan
pendidikan bertaraf dunia. Ya, menurut Bekas Timbalan Perdana Menteri (PPPM 2013-
2025),
“ Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga dan negara, serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan.”
Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pelajar yang
berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Jaffar et al., (2012), guru merupakan pemangkin
dalam transformasi sistem pendidikan sesebuah negara agar dapat menghasilkan generasi
muda yang berkompeten, berdaya saing serta berintelektual tinggi dalam semua perkara.
Teknik pengajaran yang kurang berkesan akan menyebabkan murid tidak berminat untuk
belajar, sering ponteng, kurang bertanya dan membuat nakal di dalam kelas (Abdul Ghani,
2009). Ini diikuti dengan laporan pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA (2011) yang
menunjukkan guru merupakan salah satu faktor kemerosotan prestasi pelajar. Selari dengan
hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru yang berkualiti yang seterusnya membantu
membangunkan ekonomi negara, maka PPPM 2013-2025 (KPM, 2012) telah memberi
10
keutamaan kepada pembangunan professional guru. Pelbagai program latihan untuk
meningkatkan profesionalisme telah dirancang oleh kerajaan untuk guru. Latihan sebegini
membantu guru meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan mereka. Guru yang
mempunyai kemahiran KBAT boleh menangani pelbagai cabaran yang timbul dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Guru juga boleh menggunakan pelbagai teknik yang menarik
dalam kelas seperti teknik penyoalan yang memberi motivasi kepada murid untuk belajar
serta meneroka. Inovasi yang dilakukan oleh guru juga dapat menjadikan pdp dalam kelas
bertambah menarik. Ilmu yang diberikan juga dapat meningkatkan keupayaan dan kebolehan
sedia ada pada murid.
4.0 TUNTUTAN SEMASA YANG MENYARANKAN KEPERLUAN KBAT DALAM
ORGANISASI PEMBELAJARAN
11
Perkembangan dan proses globalisasi merupakan satu ideologi perubahan budaya,
sosial dan politik yang dicetus daripada perkembangan pesat dalam teknologi maklumat.
Antara tiga bentuk utama yang terdiri daripada kemajuan teknologi maklumat ialah teknologi,
ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini mempunyai hubungan dengan dunia pendidikan
secara langsung. Perkembangan dan proses globalisasi yang pesat menuntut perubahan dalam
sistem pendidikan. Tujuannya ialah untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan
dan pada masa yang sama memiliki kemahiran berfikir aras tinggi, kebolehan menyelesaikan
masalah, dan boleh berfikir serta boleh mencipta sesuatu yang baru. Kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) adalah salah satu kemahiran penting dan utama dalam komponen kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.
Bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan
“ Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia sistem
pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan
pada peringkat global.”
(PPPM 2013-2025)
Jadi, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi perlu diberi penekanan melalui pendidikan di alam
persekolahan untuk mencapai hasrat negara.
Inovatif merupakan elemen penting yang perlu diberi tumpuan dalam menghadapi
cabaran dunia pada masa kini. Oleh itu, bukan sahaja kemahiran asas seperti membaca,
menulis dan mengira perlu dikuasai oleh pelajar malah mereka perlu menguasai kemahiran
berfikir aras tinggi untuk pembangunan ekonomi negara. Rakyat yang berpotensi tinggi dan
mempunyai minda yang cerdas akan menjadi penyumbang terbesar kepada kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara. Ekonomi sesebuah Negara boleh dikembangkan dengan
adanya pendidikan yang sistematik. Hasnah et al., (2009) menyatakan salah satu tonggak
kepada peningkatan daya saing negara ialah melalui sistem pendidikan. Dalam proses
memajukan sesebuah negara, ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat mampu bersaing
di peringkat global. Menurut Rajendran (2001), ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat
merupakan kekuatan sebenar sesebuah Negara. Dalam menghadapi persaingan global, rakyat
12
yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berkompetensi mampu membawa kejayaan
kepada ekonomi sesebuah Negara.
“Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat
kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi
global pada masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, negara
yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomiyang
lebih tinggi ”
(PPPM 2013-2025)
Ekonomi Malaysia beralih menuju kepada perkembangan industri berteknologi tinggi
dan ke arah negara berinovasi pada tahun 2012. Jadi ia memerlukan tenaga manusia yang
berkemahiran tinggi serta berjiwa kental bagi menghadapi sebarang cabaran dalam dunia ini.
Perkins (1986) menyarankan beberapa kemahiran yang diperlukan iaitu pengendalian
maklumat, menyelesaikan masalah dengan cekap, bekerjasama, berkomunikasi dengan baik,
berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran ini diutamakan untuk menghadapi sebarang
cabaran dalam dunia ini.
Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Malaysia yang melangkaui
Tahun 2020 globalisasi telah menuntut perubahan dalam landskap serta ekosistem institusi
pengajian tinggi secara revolusi bagi membolehkan modal insan juga berubah daripada
ekonomi berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Kemahiran-
kemahiran yang diterapkan melalui pelaksanaan KBAT dapat menyokong pembangunan
modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan inovasi dan pembangunan
masyarakat berbudaya ilmu. Ini kerana KBAT membantu pelajar mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran membuat penaakulan dan refleksi untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan yang bernas, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu secara kreatif
(Agensi Inovasi Malaysia (AIM), 2013)
Kemahiran berfikir aras tinggi juga merupakan salah satu kemahiran ‘employability’
yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Perubahan persekitaran,
teknologi dan pasaran menyebabkan kemahiran “employability” juga berubah selaras dengan
13
perubahan tersebut. Pelbagai kemahiran ‘employability’ telah dikenal pasti oleh pelbagai
pengkaji. Walaubagaimanapun, senarai ‘employability’ yang paling kerap disebut dan diguna
pakai ialah ‘Kemahiran employability menurut Robinson’. Ia dibahagikan kepada tiga
bahagian seperti mana ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual : Kemahiran ‘employabiliti’ menurut Robinson.
Kemahiran asas Kemahiran berfikir tahap
tinggi
Kemahiran peribadi dan
sikap
Berkomunikasi Berfikiran Kritikal Kemahiran Sosial
Membaca, memahami arahan Belajar Sikap kerja yang baik
Asas aritmetik Menyelesaikan masalah Bekerjasama
Menulis Membuat keputusan Keyakinan diri
Bertanggungjawab
Disiplin
Boleh menyesuaikan diri
(Robinson, 2000)
Robinson (2000) menjelaskan kemahiran yang lebih penting untuk memperoleh
pekerjaan adalah kemahiran berfikir tahap tinggi(higher-order thinking skills). Kebolehan
untuk berfikir secara kreatif, belajar, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang
baik adalah penting bagi seseorang untuk bekerja dengan baik. Pekerja yang dapat berfikir
secara kreatif, bertindak logik, mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ini
menyebabkan alam pekerjaan kini lebih dikehendaki pekerja yang mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai kemahiran asas
pengetahuan.
Berdasarkan Kajian kemahiran kritikal yang dilaksanakan oleh American
Management Association (AMA) dan Partnership for 21st Century Skills, P21 (2010),
majikan dikehendaki pekerja yang boleh memenuhi permintaan keperluan industri. Menurut
kajian tersebut 97% majikan meminta kemahiran kritikal sebagai kemahiran yang terpenting
dalam membangunkan ekonomi dan syarikat. Ini diikuti pula kemahiran komunikasi iaitu
95%, kreativiti dan inovasi iaitu 92% dan kerjasama dalam kumpulan iaitu 92%. Kajian yang
sama ini juga menjelaskan 76% majikan percaya matlamat organisasinya dapat dicapai
dengan memilih pekerja yang memiliki kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah,
komunikasi, bekerjasama dan kreatif.
14
Permintaan dengan penawaran dan pewujudan sistem sokongan pasaran buruh yang
komprehensif merupakan salah satu ciri bagi pasaran buruh negara maju. Jadi, kerajaan
Malaysia memberi penekanan bagi keperluan tenaga kerja industri dalam ekonomi.
Berdasarkan Kertas Strategi 8: Pasaran Buruh untuk Negara Maju dalam Rancangan
Malaysia Ke-11 kita didapati bahawa negara kita menjangka komposisi pekerjaan
berkemahiran tinggi 35% pada tahun 2020. Jadi, kerajaan bermotif untuk menarik pelaburan
baharu secara terpilih dengan memberikan keutamaan kepada aktiviti berintensifkan
pengetahuan yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016-2020. Jangkaan ini hanya boleh dicapai melalui
peningkatan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan dengan melahirkan tenaga pekerja
yang boleh berfikir secara aras tinggi.
Secara kesimpulannya, Kerajaan perlukan sumber manusia yang boleh berfikir aras
tinggi untuk ekonomi yang berdaya saing kini. Jadi kerajaan berusaha untuk membangunkan
kurikulum yang bersesuaian dengan kemahuan industri dengan mengambil beberapa strategi
melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Bantuan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) dan
Academia-Industry Graduate Development Centre (AIGDC) diguna pakai sebagai pengajaran
dalam mengatasi ketidakpadanan dalam pasaran buruh supaya hasrat negara dapat dicapai.
Kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Kemahiran Kritikal yang dipengerusikan
bersama oleh Talent Corporation dan ILMIA untuk mengumpulkan maklumat mengenai
situasi pasaran buruh dan kekurangan kemahiran kritikal. Maklumat ini boleh membantu
institusi pendidikan dan latihan untuk melahirkan modal insan yang bersesuaian dengan
keperluan industri.
5.0 PELAKSANAAN KBAT DALAM ORGANISASI PEMBELAJARAN
15
Bukti pelaksanaan KBAT dalam organisasi pembelajaran adalah kewujudan Sekolah
Kluster yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Ia merupakan satu
jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada
aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan
melonjakan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar
klusternya.
Elemen-elemen KBAT diterapkan dalam organisasi pembelajaran sekolah kluster
supaya menjadikan sekolah ini cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid
yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini
juga mempunyai kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.
Pewujudan sekolah kluster dalam sistem pendidikan Malaysia bermatlamat
merealisasikan Teras Strategik Ke-6, PIPP. Sekolah ini diwujudkan bertujuan, melonjakan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia, membangunkan sekolah yang
boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain diluar kelompok
serta menjadi showcase di peringkat antarabangsa.
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang
melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan
stakeholder seperti PIBG, Alumni, pentadbir sekolah dan guru serta staff sokongan diambil
kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Organisasi sekolah yang memiliki kemahiran aras
tinggi berbanding dengan sekolah biasa, dapat memenuhi syarat-syarat kelayakan sekolah
kluster. Prasyarat untuk menjadi sekolah kluster adalah, sekolah mestilah mencapai sekurang-
kurangnya taraf cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Salah satu bukti yang lain, sekolah yang menerapkan KBAT dalam organisasi
pembelajaran adalah menerima Tawaran Baru (New Deal) atau lebih dikenali Bai’ah.
Tawaran baru (Bai’ah). Ia merupakan suatu usaha baru kerajaan bagi memberi insentif
kewangan kepada Pengetua atau Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian
yang cemerlang melebihi sasaran yang ditatapkan berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan
Pencapaian (Performance Based Assesment).
Konsep Bai’ah ini amat mudah. Sekiranya presatasi sekolah melepasi tahap
kecemerlangan yang ditetapkan, mereka akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan.
16
Jumlanya amat menarik iaitu mereka layak menerima RM7,500 seorang. Sementara itu, lima
peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan guru lain diberikan
RM900 seorang.
Apa yang jelas, tawaran ini akan membuka satu lembaran baru kepada tanggungjawab
pemimpin dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pengetua atau guru besar bukan
setakat menduduki kerusi teratas dalam hierarki organisasi sekolah, tetapi kualiti mereka akan
menentukan sama ada sekolah yang mereka terajui berada di tahap cemerlang.
Mereka tidak lagi dianggap sebagai pentadbir sekolah semata-mata tetapi juga sebagai
pemimpin yang mampu membangunkan sumber manusia. Guru dan murid menjadi aset
utama yang perlu dibangunkan keupayaan dan kebolehan mereka ke tahap maksimum supaya
dapat berkongsi membangunkan sekolah ke arah kecemerlangan.
Pengetua atau guru besar yang berfikiran tinggi dan berkesan akan menjadikan diri
mereka sebagai pemimpin instruksional dan pemimpin komuniti yang cekap. Faktor kejayaan
sekolah bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik dan kokurikulum tetapi dinilai
dari segi kejayaan sekolah membentuk murid yang holistik, serba boleh dan memiliki sahsiah
terpuji. Keupayaan mereka untuk mempengaruhi ibu bapa supaya turut terlibat dalam aktiviti
sekolah merupakan satu bonus dan kualiti pemimpin yang diperlukan.
Pencapaian yang membanggakan itu menunjukkan bahawa tiada sempadan atau
halangan untuk meraih kejayaan. Sesiapa sahaja boleh menjadikan sekolah mereka cemerlang
sekiranya ada kemampuan dan diusahakan bersungguh-sungguh.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab organisasi sekolah supaya apa yang telah disediakan
itu digembleng secara berkesan hingga ke tahap maksimum. Sekolah adalah sama seperti
organisasi lain yang perlu diurus dengan baik dan teratur. Dengan itu, pengetua atau guru
besar hendaklah melengkapkan diri mereka dari aspek strategi pengurusan dan pentadbiran
terkini.
Di samping itu juga, penggunaan aplikasi KBAT yang berkesan dalam pengurusan
sekolah dapat mewujudkan Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT), yang mempunyai etos, watak,
identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini
mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan
nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saiang di
persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.
17
Sekolah -sekolah yang berprestasi tinggi dapat menghasilkan murid cemerlang yang
berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di
dunia dan seterusnya menjadi personailiti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
Ia juga dapat merapatkan jurang antara sekolah-sekolah dalam sistem, menjadi
inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang
lebih tinggi melalui penandarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.
Di Malaysia, tiga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPG menubuhkan
Sekolah Nukleus yang akan menjadi showcase pelaksanaan KBAT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran abad ke 21. Dua Sekolah Nukleus yang dipilih setelah mengambil kira
aspek komposisi etnik murid dan lokasi sekolah ini akan melaksanakan pembudayaan KBAT
bagi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.
Sk Sungai Lui, misalnya sekolah luar bandar yang ada murid Orang Asli justeru
pelaksanaan KBAT dapat diterapkan mengikut situasi sebenar di sekolah. Sekolah Nukleus
dilaksanakan oleh tiga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir secara kolaboratif dengan
‘sekolah angkat’ sama ada sekolah rendah atau menengah bagi membudayakan amalan
KBAT.
Ketiga-tiga kampus IPG ini dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemangkin bagi
meningkatkan dan membudayakan KBAT kepada siswa pendidik khusus dalam aspek
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Pada peringkat awal, pihak IPG telah melatih guru
sekolah untuk melaksanakan semua elemen KBAT dalam PdP antaranya termasuklah aspek
penyampaian, pentaksiran dan penilaian.
Syarikat teknologi pendidikan, iaitu Frog Asia berhasrat menjayakan KBAT di
peringkat sekolah dengan memperkenalkan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih
menarik dan berkesan melalui Progam Frog Vle. Frog Asia adalah syarikat pertama di dunia
yang menghubungkan 10,00 buah sekolah di seluruh negara dalam sati platform
pembelajaran tunggal yang berasaskan teknologi awan, yang membentuk komuniti
pemebelajaran terdiri daripada pelajar, guru dan ibu bapa.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ini ringkas, menyeronokan dan menarik- yang
menjadi antara sebab mengapa sekolah-sekolah di seluruh dunia menjadikan Frog sebagai
platform pilihan mereka.
18
Impaknya amat positif iaitu dapat mengikis sikap malu pelajar untuk bertanya kerana
melalui persidangan video pelajar boleh terus mengajukan soalan sama ada dengan menaip
atau secara lisan tanpa perlu angkat tangan. Selain itu, Frog Asia juga menyediakan
kemudahan khidmat sokongan dalam bentuk video yang diakses menggunakan internet.
Penggunaan Chromebook sejak tahun 2012 sekolah-sekolah di negara ini telah
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktivit berkaitan ICT. Ia
dapat membina satu generasi pelajar yang mampu berfikir secara positif dan berkesan serta
bersaing dalam abad ke -21.
Penerapan elemen-elemen KBAT dalam organisasi dapat meningkatkan kualiti dari
segi pengurusan dan pentadbiran. Ini boleh dilakukan melalui memberi latihan, lawatan
sambil belajar, membanyakkan pembacaan dan perbincangan serta program-program yang
berkualiti.
6.0 PENUTUP
Setiap pihak harus memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan dan
kelestarian tranformasi sistem pendidikan. Melalui transformasi sistem pendidikan ini, murid
19
dapat belajar dalam keadaan persekitaran yang kondusif dan berasa terdidik dengan
pengalaman pembelajaran di sekolah. Penerapan KBAT dalam pelajaran akan melahirkan
murid yang berpengetahuan dan berkemahiran bertaraf dunia, bernilai moral tinggi serta
berupaya berdaya saing pada peringkat global apabila mereka menamatkan alam
persekolahan. Guru yang mempunyai KBAT pula dapat melahirkan murid yang dihasratkan.
Guru berpuas hati dengan tugas yang mereka jalankan serta dapat bekerja dalam keadaan
yang menyeronokkan. Oleh itu, murid dan guru digalakkan menggunakan KBAT dalam PDP
kerana ia membantu menjana idea yang baru dan mencabar. Mereka juga disarankan
menggunakan teknik penyoalan agar PdP yang menyeronokkan dapat dijalankan di dalam
kelas. Ia merupakan salah satu teknik pembelajaran yang efektif yang mencabar pemikiran
murid. Murid yang berfikiran tinggi inilah akan mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi,
mengeluarkan produktiviti yang tinggi, berupaya mentadbir sesebuah organisasi yang cekap
dan bertanggungjawab (Newmann, 1990).
BIBLIOGRAFI
Abd Ghani Abdullah & Abd Rahman Abd Aziz. (2009). ‘Mengurus Tingkah laku Pelajar.’
PTS Profesional.
20
David Gervio (1995). Building A Learning Organization. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates.
Duncan,(2010). Investing in Preschool Programs. Journal of Economic Perspectives—
Volume 27, Number 2—Spring 2013—Pages 109–132.
Finger, M. and Brand, S. B. (1999). ‘The concept of the “learning organization” applied to
the transformation of the public sector’ in M. Easterby-Smith, L. Araujo and J.
Burgoyne (eds.)Organizational Learning and the Learning Organization, London:
Sage.
Funke, J. (2013). Perspectives on Problem Solving in Educational Assessment: Analytical,
Interactive, and Collaborative Problem Solving. The Journal of Problem Solving •
volume 5, no. 2 (Spring 2013).
Hussein Mahmood (1997). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). ‘Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).’ Kuala Lumpur.
Newmann, F. M. (1990). “Higher Order Thinking In Teaching Social Studies: A Rationale
for The Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of Curriculum Studies. 22.
41-56.
Owens,R.G.(1995). Organizational Behavior In Education,(5th Ed). Boston,MA : Allyn and
Bacon.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020.
Peter M. Senge (1990). The Fifth Discipline. London: Century Business.
21
Rajendran, N.S. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Kesediaan Guru
Menyediakan Proses Pengajaran Pembelajaran. Pembentangan Kertas Kerja Dalam
Seminar/Pameran Projek KBKK: Poster ‘Warisan-Pendidikan-Wawasan’Anjuran
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1 hingga 2 Ogos
2011.
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) 2016 – 2020 ‘Kertas Strategi 8: ‘Pasaran Buruh untuk Negara Maju’.
Stein & Lane, (1996). ‘Instructional Tasks and the Development of Student Capacity to Think
and Reason : An Analysis of the Relationship Between Teaching and Learning in a
Reform Mathematics Project.’ Educational Research and Evaluation 2 (1996): 50-80.
Suhaimi Zakaria @ Othman1 , Baharuddin Aris2 , Hasnah Mohammed3 , Norasykin Mohd Zaid4 , Zaleha Abdullah. Ogos 2014. ‘Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi Pelbagai Mod Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014’, 11-13 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia.
Website
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/29/analisis-laporan-timss-2011-
dan-pencapaian-malaysia/
http://www.innovation.my
.
.
22