panduan pelaksanaan internship_ppg

31
TAKLIMAT PROGRAM INTERNSHIP PPG AMB. JUN 2011 PELAJAR 17 Januari 2015 PENSYARAH 22 Januari 2015

Upload: andy-peter

Post on 08-Aug-2015

108 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan pelaksanaan internship_ppg

TAKLIMAT PROGRAM INTERNSHIPPPG AMB. JUN 2011

PELAJAR

17 Januari 2015

PENSYARAH

22 Januari 2015

Page 2: Panduan pelaksanaan internship_ppg

SAYA BANGGA JADI GURU

Page 3: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PASUKAN PENGURUSAN PRAKTIKUM

• En. Sawal bin Achong ( Ketua Unit )082-661993019-4994852

• Pn. Norlia binti Putit ( Peg. Pengurusan )• Pn. Sh. Norhassikin bt. Wan Umar ( PT )• En. Kerumi bin Nawi ( PO )

Page 4: Panduan pelaksanaan internship_ppg

TEMPOH DAN PENEMPATAN INTERNSHIP

• 30 Mac 2015 – 24 April 2015• 4 minggu ( 20 hari )

• Penempatan di sekolah rendah tempat bertugas.

• Pegawai di pejabat dan sekolah menengah: cari sekolah rendah berdekatan

Page 5: Panduan pelaksanaan internship_ppg

KONSEP INTERNSHIP• Latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru.

• Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

• Perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

• Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.

Page 6: Panduan pelaksanaan internship_ppg

OBJEKTIF PROGRAM INTERNSHIP

• Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

• Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

• Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.

• Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.

Page 7: Panduan pelaksanaan internship_ppg

• Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

• Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.

• Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

Page 8: Panduan pelaksanaan internship_ppg

SYARAT MENJALANI INTERNSHIP

• Sedang berada dalam semester 8 pengajian.

Page 9: Panduan pelaksanaan internship_ppg

BILANGAN WAKTU MENGAJAR

• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah : jumlah waktu seperti biasa. (ambil 2-4 waktu untuk laksana Internship)

• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah rendah.

Page 10: Panduan pelaksanaan internship_ppg

MATA PELAJARAN INTERNSHIP

• Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.

Page 11: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PORTFOLIO INTERNSHIP

• Mesti sediakan portfolio untuk Internship- rujuk lampiran 3.

Page 12: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PROJEK INTERNSHIP

i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)

ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

iii.Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri.

iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi.

Page 13: Panduan pelaksanaan internship_ppg

v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

vi.Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat (tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1).

vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk dinilai.

Page 14: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PENETAPAN MENTORKategori Pelajar Mentor/Penilai Pengesah Markah

GURU PK / K.Panitia @ Guru senior 3 pengalaman dlm mp & Pensyarah IPGK

GB & KJ

KETUA PANITIA Guru Kanan & Pensyarah IPGK GB & KJ

PEN.KANAN Guru Kanan & Pensyarah IPGK GB & KJ

GURU BESAR Guru Kanan & Pensyarah IPGK G.Kanan & KJ

PPPBS DI PEJABAT/SM

Guru Kanan & Pensyarah IPGK GB & KJ

Page 15: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR

a. Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.

b. Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif Internship.

c. Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Internshipii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah berkenaan

d. Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.

Page 16: Panduan pelaksanaan internship_ppg

e. Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan.

f. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru/pegawai dan staf sokongan.

g. Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan,

Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah.

h. Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu.

Page 17: Panduan pelaksanaan internship_ppg

i. Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas. j. Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum

IPGK. k. Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu.

Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan. Contoh Projek Inovasi dalam PdP:i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan Islam)ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

l. Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama 20-30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH perlu disediakan untuk tujuan penilaian. ( Buat 3 salinan : mentor, pensyarah & sendiri/fail )

Page 18: Panduan pelaksanaan internship_ppg

m.Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai

n. Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat

penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).

o. Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor dalam tempoh seminggu ( 1) selepas tamat Internship. Seterusnya hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk dinilai pensyarah selewatnya dua ( 2 ) minggu selepas tamat Internship.

Page 19: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH

• Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah pencapaian matlamat dan objektif Internship.

• Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK. • Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan

tanggungjawab dan tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang tempoh Internship.

• Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua orang pelajar.

Page 20: Panduan pelaksanaan internship_ppg

• Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar berpotensi gagal.

• Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.

• g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.

• Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship

Page 21: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MENTOR

• Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.• Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan

projek inovasi yang dijalankan.• Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik

yang cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.• Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai

perkembangan dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.• Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship

dengan menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 4a.

Page 22: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENSYARAH

• Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.

• Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.

• Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek inovasi pelajar dalam PdP.

• Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit Praktikum.

Page 23: Panduan pelaksanaan internship_ppg

KEHADIRAN INTERNSHIPa) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah

JPN/ Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/ Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:

• Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

• Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

• Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian. (Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam – Bab Cuti)

• Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

Page 24: Panduan pelaksanaan internship_ppg

Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% ( 20 HARI )

Kehadiran Praktikum

Tindakan

90% ke atas(Tidak hadir 1-2 hari)

JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu melengkapkan kehadiran praktikum atau tidak.

70% - 89.9%(Tidak hadir 3-6 hari)

Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum.

Kurang daripada 69.9%(Tidak hadir > 6 hari)

Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum.

Page 25: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PENANGGUHAN INTERNSHIP• Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada

Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK.• Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang dibuat

oleh Rektor IPGM.• Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh

pengajian. • Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan

sebelum boleh dianugerahkan ijazah. • Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh

penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship. • Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali

dengan kelulusan Pengarah IPGK.• Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internship

kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.

Page 26: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PENILAIAN INTERNSHIP• Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.

• Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan refleksi.

• Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan 4a).

• Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh Guru Besar.

• Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan oleh Ketua Jabatan di IPGK.

Page 27: Panduan pelaksanaan internship_ppg

Wajaran Penilaian Internship

Kategori PelajarWajaran Penilaian

Sekolah IPG

PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah rendah

50% 50%

PPPBS (Guru Besar, Penolong Kanan, pegawai bertugas Bahagian-bahagian di KPM/ JPN/ PPD/SM

50% 50%

Page 28: Panduan pelaksanaan internship_ppg

Komponen Penilaian Internship

Aspek Penilaian Rujukan Markah

A. Perancangan Projek Inovasi Portfolio Internship/RPH 20%

B. Pelaksanaan Projek InovasiPortfolio Internship/RPH danrakaman video projek inovasi dalam PdP.

30%

C. Penilaian Projek Inovasi 30%

D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20%

JUMLAH 100%

Page 29: Panduan pelaksanaan internship_ppg

SYARAT PENENTUAN KEPUTUSAN

• Syarat penentuan keputusan • Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti

yang ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.

• Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-• Kehadiran 100 %. • Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)• Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan

disabitkan kesalahan.• Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-• Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat

penentuan lulus.• Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.• Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

Page 30: Panduan pelaksanaan internship_ppg

PERBELANJAAN INTERNSHIP

• Ditanggung sendiri oleh pelajar• Tiada tuntutan untuk mentor dan pensyarah

Page 31: Panduan pelaksanaan internship_ppg

SEKIAN, TERIMA KASIH