paul benedict

3
PAUL BENEDICT Seterusnya, Bahasa Austronesia juga mendapat perhatian seorang tokoh yang mengkaji tentangnya dengan lebih mendalam iaitu Paul Benedict. Beliau telah mengemukakan pendapat beliau dengan mengatakan Bahasa Austronesia adalah berasal daripada Taiwan. Bukti yang menunjukkan perkara sedemikian adalah telah wujud pada tahun 4000-3000 BC dimana tembikar telah ditemui. Benedict mendukung gagasan adanya kaitan antara Bahasa Austronesia dengan bahasa-bahasa di Asia daratan pada tahun 1942. Pada ketika itu, dikatakan bahawa Asia tenggara masih lagi dihuni oleh masyarakat pemburu seperti orang Negrito di Filipina. Mereka adalah anatara golongan yang terawal yang masih mampu bertahan sehingga ke hari ini serta dikatakan masih menggunakan Bahasa Austronesia. Beliau juga telah mengemukakan Bahasa Austronesia, Thai dan sekelompok kecil Bahasa yang terpencil di Hainan dan China bahagian selatan (Kadai) dapat digolongkan dalam satu rumpun yang besar. 1 Melalui perkara tersebut, Benedict menyatakan Bahasa Hmong-Mien (Miao-Yao) di China Selatan dan di Asia Tenggara Daratan bahagian Utara pada rumpun Thai-Kadai-Austronesia dan membuat istilah “Austro-Thai” untuk mengacu pada seluruh kelompok. Beliau juga telah menyusun kembali sejumlah kosa kata daripada Proto-Austro-Thai yang meliputi perkataan ladang, sawah, kebun, bajak, padi, tebu, pinang, sapi, kerbau, busur dan panah, serta kapal dan perahu. 1 Peter Bellwood, 2000. Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia. Terbitan PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta. Hlm 161

Upload: harunzz-abdullah

Post on 30-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

paul

TRANSCRIPT

PAUL BENEDICTSeterusnya, Bahasa Austronesia juga mendapat perhatian seorang tokoh yang mengkaji tentangnya dengan lebih mendalam iaitu Paul Benedict. Beliau telah mengemukakan pendapat beliau dengan mengatakan Bahasa Austronesia adalah berasal daripada Taiwan. Bukti yang menunjukkan perkara sedemikian adalah telah wujud pada tahun 4000-3000 BC dimana tembikar telah ditemui. Benedict mendukung gagasan adanya kaitan antara Bahasa Austronesia dengan bahasa-bahasa di Asia daratan pada tahun 1942. Pada ketika itu, dikatakan bahawa Asia tenggara masih lagi dihuni oleh masyarakat pemburu seperti orang Negrito di Filipina. Mereka adalah anatara golongan yang terawal yang masih mampu bertahan sehingga ke hari ini serta dikatakan masih menggunakan Bahasa Austronesia. Beliau juga telah mengemukakan Bahasa Austronesia, Thai dan sekelompok kecil Bahasa yang terpencil di Hainan dan China bahagian selatan (Kadai) dapat digolongkan dalam satu rumpun yang besar.[footnoteRef:1] [1: Peter Bellwood, 2000. Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia. Terbitan PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta. Hlm 161 ]

Melalui perkara tersebut, Benedict menyatakan Bahasa Hmong-Mien (Miao-Yao) di China Selatan dan di Asia Tenggara Daratan bahagian Utara pada rumpun Thai-Kadai-Austronesia dan membuat istilah Austro-Thai untuk mengacu pada seluruh kelompok. Beliau juga telah menyusun kembali sejumlah kosa kata daripada Proto-Austro-Thai yang meliputi perkataan ladang, sawah, kebun, bajak, padi, tebu, pinang, sapi, kerbau, busur dan panah, serta kapal dan perahu. Beberapa dari istilah ini juga terdapat dalam bahasa Proto-Austronesia tetapi ada juga yang tidak termasuk seperti sapi dan kerbau.[footnoteRef:2] Kemungkinannya, haiwan-haiwan ini tidak dibawa dari daratan sewaktu perpindahan orang Austronesia. Pandangan-pandangan umum Benedict sebahagiannya mendapat sokongan daripada pakar lingguistik seperti Dahl (1973) dan Reid (1984-5).[footnoteRef:3] [2: Ibid, hlm 161] [3: Ibid, hlm 162]

Benedict juga telah mengambil pendapat daripada seorang tokoh yang bernama Charles Higham yang menyatakan Bahasa thai sebenarnya berasal daripada selatan china sebelum dibawa menyeberangi sungai Mekong dan sungai Chao Phraya untuk ke Thailand dan ia mengambil masa kira-kira satu abad. Antara kelompok yang terlibat dalam perpindahan tersebut adalah daripada golongan pahlawan dan saudagar.[footnoteRef:4] Setelah Bahasa Austronesia tersebar ke Taiwan, ia menuju ke Luzon, Filipina, kemudian dari Borneo ke Sulawesi merentas Jawa, Sumatera, Malaysia dan Vietnam. Seterusnya Bahasa ini tersebar dari Maluku, Sunda Kecil dan Halmera sebelum ke rantau Ocenia. [4: Charles Higham, 1989. The Archaeology of Mainland Southeast Asia: From 10,000 BC To The Fall of Angkor. London: Cambridge University Press. hlm 3]

ANDAIAN TEORI EKONOMIPenyebaran Bahasa Austronesia adalah berkemungkinan disebabkan oleh faktor ekonomi iaitu pertanian, pengumpulan hasil hutan serta perikanan. Hal ini dibuktikan melalui rujukan buku yang menyatakan bahawa Asia Timur menjadi pusat evolusi pertanian di Asia Timur yang terletak di antara Sungai Yangzi dan Sungai Kuning yang dikatakan millet pertama ditanam di Sungai Kuning manakala beras pula di Sungai Yangzi yang di tanam oleh beberapa kelompok etnik. Peter Bellwood juga mengemukakan pendapat beliau yang menyatakan penutur Bahasa Austronesia mengambil masa sekurang-kurangnya 4000 tahun untuk sampai ke New Zealand. Terdapat juga penemuan arkeologi yang mengesahkan pertanian beras yang dijalankan serta struktur sosial masyarakat yang menguasai adat resam disitu adalah antara salah satu punca kepada kemunculan penbangunan pertanian yang membenarkan dakwaan bahawa mereka adalah golongan yang terawal.[footnoteRef:5] Malahan, ada di sesetengah tempat yang menunjukkan terdapatnya pembuatan tembikar dan beliung batu yang diasah dari Taiwan hingga ke Oceania iaitu pada tahun 3000 BC selain daripada penduduk di situ yang hidup bersumberkan kepada perikanan, penternakkan, pertanian dan pembinaan rumah kayu yang baik.[footnoteRef:6] [5: Charles Higham, 2002. Linguistic & the Expansion of the East & Southeast Asian Neolithic dlm. Roger Blench & Matthew Spriggs (ed.). hlm 108 dan 109] [6: Ibid, hlmn 352]

Seterusnya, menurut kajian Blust terhadap penanaman padi dan lain-lain akhirnya telah mendapat kesimpulan bahawa ianya dibawa dari Sungai Yangzi ke Asia Tenggara dan dari Indis menyeberangi lautan dengan kemudahan pengangkutan air.[footnoteRef:7] Manakala, di Sabah, Sulawesi serta Timur sudah wujud kebudayaan yang menggabungkan antara pertanian, kegiatan maritim serta penternakkan. [7: Peter Bellwood, 2000. Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia. Terbitan PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta. Hlm 183-184]