pedagogi abad ke-21
TRANSCRIPT
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
1/12
Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21
Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media danteknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and
career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasaikemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut; Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration) Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy) Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction) Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills) Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahuiciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
Berupaya membuat hubung-kait Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif Mampu bekerja dengan orang lain
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
2/12
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
3/12
Pembelajaran Abad Ke-21
Pengenalan
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap
bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara,
kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan
supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan
tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada
penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor
perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan
keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan.
Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan
oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan
dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan
warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapatmenangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu
membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka
dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar
dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus
pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
kemahiran berkomunikasi secara berkesan
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
4/12
kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
kemahiran kepimpinan dan pengurusan
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan
untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan
secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek
tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-
galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21
perlu memiliki aspek seperti :
1.
Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan
keadaan sekeliling.
2.
Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam
bilik darjah.
4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan
oleh guru dan juga berani mencuba.
5.
Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6. Mempunyai perasaan ingin tahu.
7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
8. Tidak pernah berputus asa.
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
5/12
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P
dijalankan.
10.Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
11.Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12.Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha
untuk membuat perubahan.
13.Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar
bilik darjah.
Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan
proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru
untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.
2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
5.
Memiliki kemahiran kaunseling.
6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan
dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia,
cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada
abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan
guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
6/12
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi
komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas
dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat
memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar
maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu
setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu
pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua
sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan
pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru
memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar
sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah.
Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan
berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina
dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya
bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya
sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan
meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/gurudi sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang
pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar.
Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan
amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar.
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
7/12
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
8/12
diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya
kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam
beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau
kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding
iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut
kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh
mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik
Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk
menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian.
Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan,
kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak
mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar
menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur
dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut
a) Penilaian Berasaskan Sekolah
b) Penilaian Berterusan
c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
e) Authentic Assessment
f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
9/12
g) Bench Marking
h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online
PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidakakan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam
bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan
mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat
penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada
pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan
kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan
komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
10/12
Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran berasaskan Projek
Saya telah pun menulis tentang beberapa kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dengan
mengambil kira tuntutan kemahiran pendidikan abad ke 21 iaitumelibatkan pembelajaran berpusatkan murid, , pemikiran kritikal,
inkuiri dan penyelesaian masalah, amalan koperatif dan
kolaboratif. Adalah diharapkan para pembaca telah dapat memahami
serta telah cuba melaksanakannya di dalam kelas. Selain daripada
menguasai kandungan mata pelajaran utama yang melibatkan
kemahiran 3M, murid perlu dilatih untuk menjadi pemikir kritikal
berteraskan kepercayaan (aqidah) dan peraturan kesejahteraan
(syariat Islam).
Sebelum meneruskan tulisan ini, elok rasanya kita semak semula
apa yang disarankan oleh Bernie Trilling dan Charles Fidel
(2009) berkaitan kemahiran abad ke 21. Menurut mereka berdua,
murid pada abad 21 perlu menguasai kemahiran-kemahiran berikut: Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah Kreativiti dan inovasi Kolaborasi, kerja berpasukan dan kepemimpinan Pemahaman antara budaya Literasi komunikasi, maklumat dan media Literasi pengkomputeran dan TMK
Kerjaya dan belajar tanpa pergantungan (Career and learning
self-reliance)
Apabila guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah inkuri
atau penyelesaian masalah, pastikan bahawa guru-guru akan
melibatkan ketujuh-tujuh kemahiran di atas meskipun sebenarnya
tidaklah mesti kesemuanya sekali dalam satu pengajaran, tetapi
kemahiran-kemahiran tersebut tidak seharusnya ditinggalkan atau
hanya sekadar mengambil satu atau dua kemahiran sahaja.
Dalam penulisan kali ini, saya akan menulis tentang satu lagi
kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam
untuk abad ke 21 iaitu kaedah projek.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di
mana guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-
murid. Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang
projekyang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan.
Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan
minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah
-
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
11/12
projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui
proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses
maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan
perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan
amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik
dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah
projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks
dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam
melaksanakan projek, murid mungkin akan menggabungkan maklumat
daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti Kajian Tempatan,
Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran
Pendidikan Islam itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid
berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan masalah atau
bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.
Lazimnya kaedah projek melibatkan masa yang lebih panjang
daripada satu atau dua waktu pembelajaran mengikut jadual waktu.
Murid perlu belajar merancang dan menguruskan masa serta kerja-
kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek dibuat dalam
bentuk kumpulan kecil wealaupun ada kalanya ia juga dilaksanakan
secara individu. Sama ada secara individua tau kumpulan kecil,
murid masih perlu berkolaborasi dengan orang lain untuk
menghasilkan projek berkenaan.
Semasa melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya
dengan bersungguh-sungguh dan secara mendalam tentang projek
berkenaan kerana: ia disusun atur sekitar persoalan terbuka atau cabaran yang
membuatkan murid fokus dengan kerja atau tugas pembelajaran
seperti menyoal, mengakses maklumat, merefleksi dan sebagainya.
http://4.bp.blogspot.com/-RUXYSkilFFA/UAgm8b_IUzI/AAAAAAAAAFo/TT1bSVx-7eU/s1600/PBL.png -
8/10/2019 Pedagogi Abad Ke-21
12/12