pelan lantai.docxjhjhjhjg

3
Merancang dan melukis pelan lantai bilik darjah yang dapat memenuhi objektif KSSR aliran perdana yang mempunyai murid normal dan murid- murid keperluan khas (kelas inklusif) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi aliran perdana dan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan kami telah merangka satu pelan lantai yang menitikberatkan penguasan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu normal dan murid-murid inklusif bagi mencapai tahap kecemerlangan akademik yang merangsangkan, serta pencapaian pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif berdasarkan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Susun atur kerusi yang telah kami pilih adalah berdasarkan pendekatan yang kami ingin terapkan iaitu, pengaplikasian kemahiran berbahasa dengan berkesan oleh murid-murid, mengadakan komunikasi dua hala ataupun interaksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila dengan masyarakat majmuk seperti yang digariskan dalam objektif KSSR pembelajaran inklusif. Meja guru ditempatkan di bahagian paling depan manakala, murid-murid pula disusun dalam bentuk kumpulan yang mengandungi empat orang termasuk murid-murid aliran perdana dan inkludif. Dalam ruangan ini pula, murid inklusif dalam kelas dan murid yang boleh menjadi guru muda ataupun pembimbing rakan ditempatkan dalam setiap kumpulan Susunan ini membolehkan murid melaksanakan rangkaian kolaborasi, meningkatkan kemahiran berfikir daan memberi peluang untuk menggunakan peta visual yang dipelajari dalam kelas. Susunan ini juga membenarkan guru untuk memantau dengan mudah dan cepat setiap murid dalam kelas dan dapat mengekalkan kontak mata dengan murid- muridnya. Pemandangan setiap murid juga jelas dan tidak terhalang dan ruang trafik yang selesa juga membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat ang lain tanpa halangan. Secara tidak langsung lahirnya, murid-murid yang seimbang dari segi aspek JERIS seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor seterusnya yang dipertimbangkan oleh kami ialah kebersihan. Selaras dengan objektif KSSR iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani kebersihan kelas diberi perhatian. Tong sampah dan ruang pengurusan diri iaitu tandas disediakan dalam kelas yang dirangka oleh kami kerana kebersihan diri harus dipupuk dalam kalangan pelajar perdana dan inklusif. Tetapi hal ini lebih kepada pelajar inklusif kerana ada di antara mereka yang tidak pandai menguruskan diri dengan sendiri. Dengan adanya bakul sampah,

Upload: thillai-nayagi

Post on 30-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

gghju

TRANSCRIPT

Merancang dan melukis pelan lantai bilik darjah yang dapat memenuhi objektif KSSR aliran perdana yang mempunyai murid normal dan murid-murid keperluan khas (kelas inklusif) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi aliran perdana dan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan kami telah merangka satu pelan lantai yang menitikberatkan penguasan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu normal dan murid-murid inklusif bagi mencapai tahap kecemerlangan akademik yang merangsangkan, serta pencapaian pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif berdasarkan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Susun atur kerusi yang telah kami pilih adalah berdasarkan pendekatan yang kami ingin terapkan iaitu, pengaplikasian kemahiran berbahasa dengan berkesan oleh murid-murid, mengadakan komunikasi dua hala ataupun interaksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila dengan masyarakat majmuk seperti yang digariskan dalam objektif KSSR pembelajaran inklusif. Meja guru ditempatkan di bahagian paling depan manakala, murid-murid pula disusun dalam bentuk kumpulan yang mengandungi empat orang termasuk murid-murid aliran perdana dan inkludif. Dalam ruangan ini pula, murid inklusif dalam kelas dan murid yang boleh menjadi guru muda ataupun pembimbing rakan ditempatkan dalam setiap kumpulan Susunan ini membolehkan murid melaksanakan rangkaian kolaborasi, meningkatkan kemahiran berfikir daan memberi peluang untuk menggunakan peta visual yang dipelajari dalam kelas. Susunan ini juga membenarkan guru untuk memantau dengan mudah dan cepat setiap murid dalam kelas dan dapat mengekalkan kontak mata dengan murid-muridnya. Pemandangan setiap murid juga jelas dan tidak terhalang dan ruang trafik yang selesa juga membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat ang lain tanpa halangan. Secara tidak langsung lahirnya, murid-murid yang seimbang dari segi aspek JERIS seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor seterusnya yang dipertimbangkan oleh kami ialah kebersihan. Selaras dengan objektif KSSR iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani kebersihan kelas diberi perhatian. Tong sampah dan ruang pengurusan diri iaitu tandas disediakan dalam kelas yang dirangka oleh kami kerana kebersihan diri harus dipupuk dalam kalangan pelajar perdana dan inklusif. Tetapi hal ini lebih kepada pelajar inklusif kerana ada di antara mereka yang tidak pandai menguruskan diri dengan sendiri. Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. Memberi fokus terhadap aspek kemudahan pula, semasa menghasilkan pelan lantai ini, kami telah menyisipkan beberapa kemudahan bagi membolehkan situasi pembelajaran murid-murid lebih kondusif dan mereka tidak menghadapi sebarang komplikasi ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Tamsilnya kami telah menyediakan tandas di belakang kelas, seterusnya ruangan water cooler di sebelah tandas, ruangan komputer supaya murid-murid mudah mengakses dan menjengah informasi terkini dengan mudah dan penyediaan wifi portable hotspot di kelas bagi memaksimumkan penggunaan softboard oleh guru dan sebagainya seiring dengan objektif KSSR inklusif yang menguar-uarkan penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan perkembangan semasa. Kami juga telah menyediakan pendingin udara dalam kelas supaya murid-murid lebih kondusif dengan situasi pembelajaran yang sedia ada dan bagi mengelakkan muid-murid belajar dalam keadaan rimas dan panas. Unsur-unsur kemudahan ini dapat menyebabkan murid-murid perdana mahupun inklusif lebih seronok belajar tanpa sebarang halangan yang kemungkinan besar mengganggu proses pembelajaran ilmu mereka dalam bilik darjah.Pelan lantai yang kami telah lakar ini mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik kerana kelas ini dilengkapi dengan tingkap dan lampu yang terang supaya pelajar berasa selesa dalam kelas. Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi kami memastikan bahawa tingkap dan lampu mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.Selain itu, faktor seterusnya ialah keceriaan. Kami juga menyedikan ruang rehat dan ruangan hasil kerja murid yang ceria untuk pelajar dengan menggunakan kreativiti yang tinggi. Ruang tersebut meliputi pelbagai aktiviti yang menarik. Semua pelajar bebas menggunakannya semasa waktu rehat mereka dan semasa bermain atau melakukan aktiviti tersebut mereka harus melibatkan pelajar inklusif yang terdapat dalam kelas tersebut dan tidak meminggirkan mereka. Ini sejajar dengan objektif KSSR iaitu memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. Jadi ruangan ini disediakan bagi menarik perhatian pelajar untuk menggunakannya. Jadi aspek keceriaan amat diambil kira . Perkara ini sangat penting bagi memastikan keselesaan pelajar semasa mengadakan aktiviti terjamin. Pelajar inklusif dan perdana juga akan merasa kesepunyaan terhadap bilik darjah mereka dan sentiasa berusaha menghias sudut tersebut supaya sentiasa ceria dan menarik. Guru juga boleh menyuruh pelajar membawa buku-buku pelajaran atau buku cerita untuk dimuatkan di sudut pembelajaran tersebut.Pengurusan juga amat penting dalam pelaksanaan pendidikan inklusif dalam kelas perdana Rak fail pelajar diwujudkan dalam pelan lantai kami kerana laporan dan prestasi pelajar inklusif amat penting dan begitu juga dengan pelajar perdana. Kami ingin mereka sebuah kelas yang sistematik dengan pengurusan kelas yang sistematik. Guru harus menyimpan fail-fail ini secara peribadi di rak tersebut dan kami bercadang untuk menguncinya. Kerana maklumat murid dianggap sulit . pengurusan sistem fail juga mudah dikendalikan . Deduksinya, pelan yang telah kami reka bentuk ini dapat menghidupkan satu situasi pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan murid-murid aliran perdana mahupun inklusif berdasarkan objektif KSSR yang telah dikodifikasi berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kriteria-kriteria yang telah kami sisipkan ini dapat membolehkan aspirasi KPM yang ingin menawarkan pendidikan yang seimbang kepada setiap murid di Negara ini tidak kira normal ataupun sebaliknya tercapai juga. Pelan lantai yang kami berjaya cipta ini denagn mempertimbangkan keperluan fizikal, keperluan proses pengajaran dan pembelajaran dan juga keperluan pengurusan kedua-dua golongan ini dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, warganegara yang bertanggungjawab lagi yang dapat menampakkan kompetensi di arena global(global player) selaras dengan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah.