pembangunan dan penilaian sistem pengurusan · pdf file2.8.1 sistem pengurusan ko-kurikulum...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN
KOKURIKULUM BERASASKAN WEB
SOH PEN HOW
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN
KOKURIKULUM BERASASKAN WEB
SOH PEN HOW
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2010
iii
Untuk ayah, mak, isteri dan anak yang tersayang. Terima kasih atas segala pengorbanan dan sokongan kalian...
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada
penyelia saya iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad bin Bilal Ali atas segala tunjuk ajar,
bantuan, pandangan, nasihat dan dorongan dalam memantapkan projek ini.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada En. S. Irwan Bin Mohamad
dan Cik Mariyana Bte Zainal atas kerjasama yang diberikan kepada saya.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung di dalam menjayakan projek ini terutamanya rakan-rakan
seperjuangan iaitu Johnsen, Shufianah, Wong Cheui Keen, Sim Sze Kiong dan Wan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa,
Soh Lian @ Soo Eng Hwa, Tee Siew Lee, isteri, Ee Wai Sin dan anak, Soh Ning
saya yang tersayang atas sokongan yang diberikan selama ini.
v
ABSTRAK
Program kokurikulum memainkan peranan yang penting untuk membina sahsiah
pelajar dan pembentukan pelajar yang berakhlak mulia. Pengurusan kokurikulum
yang sistematik dan cekap adalah komponen yang penting untuk menjayakan
program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Justeru itu, pengkaji
menjalankan satu kajian untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem
pengurusan kokurikulum (Siskokum). Siskokum digunakan oleh pihak pengurusan
khasnya Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Kokurikulum, Guru Penasihat
dan Guru Tingkatan untuk pengurusan kokurikulum. Siskokum dibangunkan dengan
menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL. Tambahan
lagi, pengkaji menggunakan model ADDIE untuk pembangunan sistem tersebut.
Kemudahan dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem telah dinilai dengan
kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif. Berdasarkan hasil dapatan, semua
responden berpuas hati dengan sistem yang dibangunkan. Hasil daripada kajian ini
juga menunjukkan bahawa Siskokum dapat memberikan kemudahan kepada pihak
pengurusan kokurikulum di sekolah.
vi
ABSTRACT
Co-curriculum programme is important to build student’s personality and their
morale development. Systematic and efficient of co-curriculum management are the
important components to ensure the success of co-curriculum programme
implementation in school. Thus the researcher conducts a research to design and
develop a co-curriculum management system called “Siskokum”. Siskokum is
designed for the use of school management personnel especially for Co-curriculum
Senior Assistant, Co-curriculum Secretary, Advisor Teacher and Form Teacher
whom are directly in charge of co-curriculum and co-curriculum management. The
system is developed using PHP scripting language together with MySQL database
system. In addition researcher employ ADDIE model to develop the whole system.
The efficiency and satisfaction of the system been tested using both quantitative and
qualitative approaches. The finding shows that all the respondents are satisfied with
the system. The result of the research also shows that Siskokum able to facilitate
efficiently to co-curriculum management personnel.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xv
1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kerangka Teori
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Kokurikulum
1.9.2 Sistem Pengurusan Kokurikulum
(SisKokum)
1.9.3 Sistem Berasaskan Web
1.9.4 Sistem stand alone
1
4
8
9
10
11
13
13
14
14
15
15
15
viii
1.10 Ringkasan
15
2 KAJIAN LITERATUR 16
2.1 Pengenalan
2.2 Kokurikulum
2.2.1 Penglibatan Pelajar
2.2.2 Penilaian Aktiviti Kokurikulum
2.3 Internet
2.3.1 World Wide Web (WWW)
2.4 Sistem BerasaskanWeb
2.5 Kajian Terhadap Bahasa Pengaturcaraan
2.5.1 Kelebihan PHP
2.6 Model Reka bentuk Pembangunan Sistem
2.6.1 Model Air Terjun
2.6.2 Model ADDIE
2.7 Kajian Ke Atas Pangkalan Data
2.7.1 Teknologi Pangkalan Data
2.7.2 MySQL
2.8 Kajian Ke Atas Sistem Sedia Ada
2.8.1 Sistem Pengurusan Ko-Kurikulum (SPK)
2.8.2 Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah
(SPKS)
2.8.3 Sistem Maklumat Murid (SMM)
2.9 Ringkasan
16
16
18
21
21
22
23
24
26
27
27
30
32
32
33
35
35
36
37
38
3 METODOLOGI KAJIAN 39
3.1 Pengenalan
3.2 Model ADDIE
3.2.1 Fasa Analisis
3.2.1.1 Perbincangan
3.2.1.2 Temu Bual
3.2.1.3 Kajian Terhadap Rekod Fizikal
3.2.1.4 Analisis Sistem Sedia Ada
39
40
41
41
41
42
42
ix
3.2.1.5 Hasil Analisis
3.2.1.6 Keperluan Perkakasan dan
Perisian Pembangunan Sistem
3.2.2 Fasa Reka Bentuk
3.2.2.1 Reka Bentuk Sistem
3.2.2.2 Seni Bina Sistem
3.2.2.3 Reka Bentuk Pangkalan Data
3.2.2.4 Reka Bentuk Modul
3.2.2.5 Reka Bentuk Antara Muka
3.2.3 Fasa Pembangunan
3.2.4 Fasa Perlaksanaan
3.2.5 Fasa Penilaian
3.2.5.1 Respoden Kajian Penilaian Sistem
3.2.5.2 Instrumen Temu Bual
3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS
3.2.5.4 Analisis Data Temu Bual
3.2.5.5 Analisis Data Soal Selidik QUIS
3.3 Ringkasan
44
45
47
48
50
52
54
55
56
56
57
57
58
59
60
61
61
4 DAPATAN KAJIAN 62
4.1 Pengenalan
4.2 Modul Login/ Pelawat
4.3 Modul Admin
4.3.1 Sub Modul Pengguna
4.3.2 Sub Modul Jenis kokurikulum
4.3.3 Sub Modul Tingkatan
4.3.4 Sub Modul Gred
4.4 Modul Penolong Kanan Kokurikulum
4.4.1 Sub Modul Laporan Kokurikulum
4.5 Modul Setiausaha Kokurikulum
4.5.1 Sub Modul Guru Penasihat
4.5.2 Sub Modul Pelajar
4.5.3 Sub Modul Markah
62
62
63
63
65
65
66
67
67
69
70
70
71
x
4.5.4 Sub Modul Pengumuman
4.6 Modul Guru Penasihat/ Tingkatan
4.6.1 Sub Modul Tambah Aktiviti
4.6.2 Sub Modul Kehadiran
4.7 Modul Pelajar
4.7.1 Sub Modul Sijil
4.8 Perbandingan Siskokum Dengan Sistem Sedia Ada
4.9 Analisi Dapatan Temu Bual
4.9.1 Soalan 1
4.9.2 Soalan 2
4.9.3 Soalan 3
4.9.4 Soalan 4
4.9.5 Soalan 5
4.10 Analisis Dapatan Soal Selidik
4.10.1 Analisis Bahagian A
4.10.2 Analisis Bahagian B
4.10.3 Analisis Bahagian C
4.11 Ringkasan
72
72
74
74
75
76
77
77
78
79
80
82
83
85
85
86
87
88
5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 89
5.1 Pengenalan
5.2 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Sedia Ada
Dalam Pengurusan Maklumat Kokurikulum
5.3 Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Dalam Sistem
Pengurusan Maklumat Kokurikulum Pelajar
5.4 Siskokum Dalam Pengurusan Maklumat
Kokurikulum Pelajar
5.4.1 Tanggapan Pengguna Terhadap Siskokum
5.4.2 Bantuan Siskokum Dalam Urusan
Merekod Kehadiran, Jawatan Disandang,
Penglibatan Dan Pencapaian Pelajar
5.4.3 Bantuan Siskokum Dalam Urusan
Membuat Pengiraan Markah Kokurikulum
89
89
90
91
92
93
95
xi
5.5 Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Siskokum
5.5.1 Reaksi Keseluruhan Terhadap Sistem
5.5.2 Keupayaan Sistem Dalam Pemprosesan
Maklumat
5.5.3 Prestasi Sistem Dalam Merekod Dan
Menghasilkan Maklumat Yang
Dikehendaki
5.6 Kekangan dan Cabaran
5.7 Kelebihan Sistem
5.8 Kelemahan Sistem
5.9 Cadangan Penambahbaikan
5.10 Kesimpulan
5.11 Penutup
97
97
98
99
99
100
101
101
102
103
RUJUKAN 104
LAMPIRAN A 111
LAMPIRAN B 112
LAMPIRAN C 113
LAMPIRAN D 115
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peruntukan Masa Kegiatan Kokurikulum 20
3.1
3.2
Rumusan Soalan Soal Selidik
Kaedah Analisis Data
59
61
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Perbandingan Antara Sistem Sedia Ada
Jawapan bagi Soalan 1
Jawapan bagi Soalan 2
Jawapan bagi Soalan 3
Jawapan bagi Soalan 4
Jawapan bagi Soalan 5
Analisis Data Bagi Reaksi Keseluruhan
Analisis Data Bagi Keupayaan Siskokum
Analisis Data Bagi Prestasi Siskokum
77
78
80
81
83
84
85
86
87
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori 11
2.1 Model konsep hubungan kokurikulum
dengan kurikulum
19
2.2 Model Air Terjun 28
2.3 Model ADDIE 30
2.4 Antaramuka SPK 36
2.5 Antaramuka SPKS 37
2.6 Antara muka maklumat peribadi pelajar
SMM
38
3.1 Carta Alir Sistem 49
3.2 Senibina Sistem 50
3.3 Struktur Pangkalan Data (Perkaitan Antara
Jadual)
53
3.4 Struktur Hieraki SisKokum 54
4.1 Antara Muka Modul Login/ Pelawat 63
4.2 Antara Muka Modul Admin 64
4.3 Antara Muka Sub Modul Senarai
Pengguna
64
4.4 Antara Muka Sub Modul Jenis
Kokurikulum
65
4.5 Antara Muka Sub Modul Senarai
Tingkatan
66
4.6
4.7
Antara Muka Sub Modul Gred
Antara Muka Modul Penolong Kanan
Kokurikulum
66
67
xiv
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
Antara Muka Laporan Organisasi
Kokurikulum
Antara Muka Laporan Aktiviti
Antara Muka Laporan Pertandingan
Antara Muka Laporan Pencapaian
Antara Muka Modul Setiausaha
Kokurikulum
Antara Muka Sub Modul Tambah
Penasihat
Antara Muka Sub Modul Pelajar Baru
Antara Muka Sub Modul Lihat Markah
Antara Muka Sub Modul Pengumuman
Antara Muka Modul Guru Penasihat/
Tingkatan
Antara Muka Sub Modul Tambah Aktiviti
Antara Muka Sub Modul Kehadiran
Antara Muka Modul Pelajar
Antara Muka Sub Modul Sijil
68
68
69
69
70
71
71
72
73
73
74
75
75
76
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Senarai Semak Topik Perbincangan 111
B Senarai Semak Temu Bual Analisis
Keperluan 112
C Borang C dan Borang D 113
D Soalan Soal Selidik 115
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan perkembangan insan
secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah tertumpu kepada aspek kurikulum manakala
untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum memainkan
peranan yang penting. Kegiatan kokurikulum meliputi semua kegiatan di luar bilik
darjah. Kegiatan kokurikulum juga adalah lanjutan daripada kurikulum. Kerr (1971)
menyatakan bahawa kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang
dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan untuk mencapai sesuatu
tujuan. Aktiviti ini merupakan sesuatu pengalaman yang dilakukan secara
perseorangan atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Konsep kegiatan
kokurikulum adalah merupakan satu pengajaran yang praktik iaitu mengajar pelajar
apa yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah.
Mengikut Akta Pendidikan 1996, kokurikulum adalah satu kegiatan yang
wajib dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1998,
Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa pihak sekolah perlu
memberikan perhatian yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara gerak kerja
kokurikulum dengan akademik. Pihak sekolah perlu melibatkan semua pelajar untuk
menyertai dalam aktiviti kokurikulum. Pada tahun 2006, Mesyuarat Jawatankuasa
Kabinet telah membuat keputusan untuk mengambil kira penglibatan pelajar dalam
2
kokurikulum sebagai satu syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA). Pemberat bagi penglibatan pelajar dalam kokurikulum adalah sebanyak 10
peratus. Satu panduan penilaian aktiviti kokurikulum telah diberikan kepada sekolah
untuk diimplementasikan. Justeru itu, pengurusan maklumat kokurikulum pelajar
perlu dijalankan dengan lebih sistematik dan cekap.
Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada polisi dan pengurusan
maklumat yang cekap dan berkesan (Muhammad, Hanafi dan Rozhan, 2004).
Memandangkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah begitu penting dalam
memainkan peranan sebagai agen pemantau kepada pencapaian matlamat
perkembangan pelajar secara menyeluruh, maka adalah sangat perlu diwujudkan satu
sistem pengurusan kokurikulum yang bersistematik dan teratur di sekolah.
Penggunaan teknologi moden khasnya penggunaan komputer perlu diterapkan dan
diaplikasikan sepenuhnya dalam membantu meningkatkan kualiti pengurusan
kokurikulum pelajar di sekolah. Ini dapat dilihat apabila semakin ramai golongan
pentadbir di sekolah mulai sedar dan faham tentang potensi komputer sebagai alat
yang berguna dalam pentadbiran pendidikan sekolah.
Peningkatan beban tugas, pertambahan permintaaan terhadap penyelesaian
tugas seperti penyediaan laporan, memo dan dalam masa yang sama mengekalkan
dan mengemaskini data statistik untuk keperluan semua peringkat pentadbiran
menyebabkan meningkatnya kepentingan penggunaan komputer dalam tugas-tugas
pentadbiran (Cloke & Sharif, 2001). Kajian yang dijalankan oleh Muhammad,
Hanafi dan Rozhan (2004) telah menunjukkan bahawa penggunaan Sistem
Pengurusan Smart School di Smart School telah meningkatkan kecekapan
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Penggunaan sistem maklumat berkomputer
akan memperbaiki penyimpanan rekod dan pengurusan maklumat (Bisaso et al.,
2008). Penggunaan sistem maklumat berkomputer juga akan mengurangkan
kehilangan rekod yang akan menimbulkan banyak masalah. Dengan adanya sistem
pengurusan tersebut, pentadbir sekolah boleh melaksanakan tugas pentadbiran
dengan lebih berkesan.
3
Komputer adalah satu alat yang sangat berguna kerana keupayaannya untuk
memproses maklumat dan menyimpan banyak data dan maklumat. Komputer akan
menjadi lebih berkesan apabila berganbung dengan Internet. Internet adalah
rangkaian yang terbesar di dunia ini yang menghubungkan jutaan organisasi dan
individu. World Wide Web adalah aplikasi rangkaian sistem maklumat yang paling
popular dan berkesan yang memberi banyak maklumat atas talian. Pertumbuhan yang
pesat bagi Internet dan World Wide Web memberi peluang dan cabaran baru bagi
banyak bidang, salah satu bidang adalah pendidikan (Ayturk et al., 2009).
Pendidikan berasaskan web mempunyai banyak kelebihan seperti mengikuti kursus
tanpa meninggalkan tempat kerja dan menjimatkan kos (Berz, Erdelyi dan Hoefkens,
1999). Tambahan lagi guru-guru dan penyelidik pendidikan digalakkan untuk
mengintegrasikan rangkaian ke dalam bilik darjah dan sekolah (Chou, 1999).
Teknologi ICT diperlukan untuk mewujudkan jambatan di antara sekolah, pelajar,
ibu bapa dan juga komuniti. Ini akan menjadikan komunikasi lebih efisyen dan
mudah antara pelajar, sekolah dan ibu bapa (Muhammad, Hanafi dan Rozhan, 2004).
Sejak kebelakangan ini kebanyakan aplikasi sistem maklumat telah
diubahsuai daripada sistem stand alone kepada sistem berasaskan web (Tang and
Selwood, 2003). Sebagai contohnya pendaftaran peperiksaan PMR telah berubah
daripada pendaftaran secara stand alone kepada pendaftaran secara atas talian.
Perubahan ini adalah kerana kebaikan sistem berasaskan web berbanding dengan
sistem stand alone. Sistem stand alone mempunyai beberapa kelemahan seperti
menghadkan pencapaian pengguna dan juga memusatkan maklumat pada komputer
tempatan. Penggunaan sumber dan fungsi bagi sistem stand alone adalah terhad
kepada sesuatu tempat sahaja, oleh itu banyak masalah wujud. Salah satu masalah
adalah perkongsian maklumat dan penyampaian maklumat yang terhad (Zhu et al.,
2001). Manakala sistem berasaskan web boleh menyokong pengguna tanpa had dan
boleh diakses di mana- mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja melalui Web.
Pembangunan aplikasi berasaskan web telah menjadi keutamaan kepada
organisasi tidak kira di sektor swasta mahupun di sektor awam. Kebanyakan sektor
korporat telah menggunakan aplikasi berasaskan web untuk menyokong aktiviti
perniagaan mereka, contohnya perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh San
4
Francisco MPower dan Andover.net (Babcock, 2000). Tambahan pula, perintis
penggunaan aplikasi berasaskan web seperti Amazon.com, Dell dan Federal Express
telah menunjukkan kejayaan dalam perniagaan mereka dengan bantuan aplikasi
berasaskan web (Oppel, 1999).
Penggunaan sistem pengurusan berasaskan web membawa banyak kebaikan,
contohnya The Sergeant Bluff-Luto School telah mengimplementasikan Sistem
Pengurusan Pelajar berasaskan web di sekolahnya dan dengan adanya sistem tersebut
pengurusan sekolah telah menjadi lebih cekap dan sistematik (Media & Method,
2000). Namum, tidak banyak sekolah membangunkan aplikasi berasaskan web untuk
pengurusan maklumat pelajar (Media & Method, 2000).
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyedari kepentingan ICT dalam
pendidikan. Salah satu objektif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-
2010 adalah pembangunan ICT dalam pendidikan. Pembangunan ICT ini termasuk
menaik taraf infrastruktur ICT dan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan.
Jadi, adalah bersesuaian dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membangunkan satu Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum Pelajar berasaskan
web yang menguruskan maklumat kokurikulum pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Peranan komputer dalam membantu kerja-kerja pengurusan pentadbiran
sekolah telah diakui kesahihannya. Penggunaan komputer dalam pendidikan meliputi
bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan (Muhammad,
Hanafi dan Rozhan, 2004). Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), sekolah disarankan
menggunakan komputer sebagai alat pengendalian pengurusan dan pentadbiran
supaya meningkatkan kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pengurusan
kokurikulum pelajar yang juga merupakan sebahagian daripada pengurusan sekolah
juga harus menyahut saranan tersebut.
5
Kebanyakan sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan infrastruktur ICT
dan diberi perisian pengurusan maklumat pelajar. Antara sistem pengurusan pelajar
yang digunakan di sekolah adalah Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem
Disiplin Pelajar (SisDisp). Kedua-dua sistem tersebut adalah sistem stand alone dan
sistem tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dalam masa beberapa tahun
sebelum ini. Walaubagaimanapun adalah tidak memadai dengan hanya menggunakan
sistem stand alone untuk rekod kokurikulum pelajar. Peredaran teknologi maklumat
telah berkembang pesat dari semasa ke semasa di mana perisian pengurusan
maklumat secara stand alone telah ketinggalan zaman dan mempunyai kelemahan
dari segi capaian sistem tersebut dan ia perlu dinaik taraf supaya sistem pengurusan
sejajar dengan peredaran teknologi semasa.
Walaupun sekolah telah dilengkapi dengan infrasturktur ICT, namun melalui
tinjauan yang dibuat oleh pengkaji terhadap 11 buah sekolah menengah di daerah
Kudat, Sabah didapati semua sekolah masih menggunakan kaedah tradisional iaitu
menggunakan borang dan buku catatan dalam pengurusan maklumat kokurikulum
pelajar. Maklumat seperti biodata pelajar dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum
direkod dengan menggunakan borang atau buku rekod kehadiran kokurikulum dan
disimpan di dalam kabinet. Kaedah ini sebenarnya memakan masa dan prosesnya
adalah agak lambat. Proses pencarian semula rekod juga akan dilakukan secara
manual. Pencarian maklumat kokurikulum pelajar adalah sukar kerana perlu melihat
satu per satu rekod di dalam buku tersebut. Rekod yang tersimpan di dalam fail
kabinet perlu disediakan ruang fizikal yang besar dan pengguna perlu mengambil
masa yang lama untuk mendapatkan rekod yang diperlukan (John, 1998).
Pengurusan maklumat kokurikulum pelajar secara manual bukan sahaja
melemahkan sistem pentadbiran dan pengurusan malah pelbagai kelemahan akan
timbul dan sukar diatasi. Pernyataan ini dapat disokong dalam kajian Farzeli et al.
(2000) yang telah menggariskan contoh-contoh kelemahan yang telah wujud dalam
pengamalan sistem pengurusan kokurikulum pelajar secara kaedah konvensional.
Antaranya ialah:
6
i. Sistem pengurusan sedia ada masih menggunakan banyak borang dan
menimbulkan masalah dalam proses penyimpanan dan dokumentasi.
Terdapat sesetengah laporan kokurikulum pelajar hilang akibat
pertukaran guru yang terlibat dan fail yang sentiasa bergerak.
ii. Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penasihat tidak dapat
mengakses laporan kokurikulum pelajar secara komulatif kerana
kemasukan data adalah dibuat dalam bentuk borang dan bertulis
tangan.
iii. Penggunaan komputer dan sistem maklumat seperti Sistem Maklumat
Murid amat terhad, tidak boleh diaplikasikan untuk kegunaan dalaman
dan lebih bersifat pungutan data untuk kegunaan pihak atasan seperti
PPD, JPN dan KPM.
Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006, 10
peratus markah kemasukan ke IPTA diperuntukan kepada penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah
Menengah telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan diedarkan ke
sekolah. Pihak sekolah perlu membuat penilaian kokurikulum pelajar berdasarkan
ciri-ciri yang ditetapkan oleh KPM. Antara tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan
oleh guru-guru adalah seperti berikut:
i. Guru Penolong Kanan Kokurikulum perlu menyediakan laporan
individu dan markah CGPA kokurikulum pelajar.
ii. Guru penasihat perlu merekod kehadiran pelajar dan menyediakan
borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum.
iii. Guru Kelas perlu melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum.
7
Guru-guru tersebut perlu merujuk balik rekod pelajar satu per satu untuk
melengkapkan laporan yang dikehendaki. Pencarian maklumat sukar dan rumit
kerana maklumat yang direkod dan disimpan tidak disusunkan dengan sempurna.
Banyak masa diperlukan kerana semua kerja pencarian dan merekod dilakukan
dengan manual (Mohamad, 2001). Ini telah menambah beban kerja guru-guru
(NUTP, 2006).
Pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah masih lagi menjadi masalah
dan bebanan kepada guru yang selama ini memikul banyak tanggungjawab selain
mendidik. Hal ini menyebabkan pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah masih
kurang mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan kurikulum
akademik. Oleh itu kesedaran harus timbul mengenai kepentingan pengurusan
kokurikulum yang lebih cekap supaya pelaksanaannya dapat diimplementasikan
dengan sepenuhnya (Abdul, 1996). Institusi pendidikan perlu memikirkan aspek
dapatan semula maklumat, penciptaan, pengedaran, penggunaan, capai,
penyenggaraan dan penyimpan kerana itu adalah komponen penting yang menjadi
fokus dalam teori pengurusan maklumat. Maklumat yang tepat, terkini, boleh
dipercayai dan sedia untuk dicapai pada ketika diperlukan adalah dianggap kritikal
bagi membolehkan keputusan yang berkesan dilakukan (Mariah dan Zawiyah, 2006).
Menurut Ugboma (1997) penggunaan komputer memang dapat membantu
tugas-tugas pengurusan pendidikan di institusi-institusi pendidikan. Hallinger (1998)
pula menyatakan bahawa perlunya perubahan dalam pengurusan maklumat dalam
pendidikan jika ingin bersaing dalam era globalisasi. Kajian beliau menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang sangat rapat di antara kemajuan pendidikan dengan
penggunaan komputer dalam pengurusan maklumat yang diamalkan dalam
pentadbiran pengurusan pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat dalam
pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjamin keadaan di mana maklumat
yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan relevan (Rahman dan
Mohd., 2001). Tambahan lagi oleh mereka, dalam dunia serba canggih hari ini,
kepantasan memperolehi maklumat akan menentukan kedudukan sesebuah sekolah
di hadapan daripada barisan pesaingnya yang lain.
8
Justeru itu, satu sistem pengurusan maklumat kokurikulum pelajar yang
menggunakan komputer perlu dibangunkan untuk mengatasi masalah-masalah
pengurusan maklumat kokurikulum di sekolah agar pengurusan rekod pelajar dapat
dijalankan dengan lebih sistematik dan cekap.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengurusan kokurikulum di sekolah pada masa kini masih mengamalkan
kaedah lama iaitu pengurusan secara manual. Kaedah ini telah menimbulkan
pelbagai kelemahan seperti penggunaan borang yang banyak, masalah penyimpanan
borang dan tidak dapat mengakses laporan kehadiran pelajar secara cekap. Oleh itu,
satu kaedah yang lebih sistematik dan cekap harus digunakan.
Menurut Ramlan Abd. Wahab (2004), untuk memastikan perlaksanaan
kokurikulum di sekolah memberi impak positif atau sumbangan yang konstruktif
kepada pembangunan intelektual dan kemanusiaan pelajar, maka perlaksanaan dan
pengurusan kokurikulum perlu dilaksanakan secara terancang, sistematik, telus dan
mematuhi panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan atau diluluskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Oleh itu, sistem pengurusan maklumat kokurikulum pelajar yang cekap dan
berkesan adalah sangat penting bagi menjamin matlamat kokurikulum tercapai.
Gabungan teknologi pangkalan data dan web, Web-Database Management System
(Web-DBMS) telah diterima umum sebagai penyalur dan penyebar maklumat secara
interaktif dan berkesan. Kombinasi ini memberi satu alternatif menghasilkan suatu
sistem pengurusan rekod yang baik.
Justeru itu, pengkaji membangunkan satu sistem pengurusan kokurikulum
yang berasaskan web dan seterusnya membuat penilaian ke atas sistem tersebut
untuk menentukan sama ada sistem yang dibangunkan dapat membantu
memudahkan guru-guru dalam urusan merekod maklumat kokurikulum dan mengira
9
markah kokurikulum. Selain itu, penilaian juga dibuat untuk mengenalpasti tahap
penerimaan pengguna terhadap sistem yang dibangunkan.
Sistem yang dibangunkan ini bertujuan untuk menggantikan borang dan buku
catatan yang digunakan oleh sekolah. Melalui sistem ini, semua maklumat
kokurikulum disimpan dalam bentuk elektronik. Ini bagi memastikan pengurusan
kokurikulum yang lebih sistematik, selamat dan memudahkan guru-guru.
1.4 Objektif Kajian
Dalam usaha memastikan projek ini mencapai matlamat yang telah
ditetapkan, lima objektif dikenalpasti dan ianya adalah seperti berikut:
i. Mengkaji kelebihan dan kelemahan sistem sedia ada dalam
pengurusan maklumat kokurikulum.
ii. Mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem pengurusan
maklumat kokurikulum pelajar.
iii. Membangunkan satu sistem pengurusan maklumat kokurikulum
pelajar berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan Kokurikulum
(Siskokum) untuk membantu guru-guru dalam menguruskan
maklumat kokurikulum pelajar di sekolah menengah.
iv. Menilai Siskokum sama ada dapat membantu guru-guru dalam urusan
berikut:
a. merekod kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan
pencapaian pelajar.
b. membuat pengiraan markah kokurikulum.
10
v. Menilai tahap penerimaan pengguna terhadap Sistem Pengurusan
Kokurikulum dalam pengurusan maklumat kokurikulum pelajar dari
aspek:
a. reaksi keseluruhan.
b. keupayaan sistem dalam pemprosesan maklumat.
c. prestasi sistem dalam merekod dan menghasilkan maklumat
yang dikehendaki.
1.5 Persoalan Kajian
Hasil daripada dua objektif di atas terhasil persoalan kajian yang boleh
dinyatakan seperti berikut:
i. Apakah kelebihan dan kelemahan sistem sedia ada dalam pengurusan
kokurikulum?
ii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem pengurusan
kokurikulum?
iii. Adakah Siskokum dapat membantu memudahkan guru-guru dalam
urusan berikut:
a. merekod kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan
pencapaian pelajar?
b. membuat pengiraan markah kokurikulum?
iv. Apakah tahap penerimaan pengguna terhadap Sistem Pengurusan
Kokurikulum dalam pengurusan maklumat kokurikulum pelajar dari
aspek:
a. reaksi keseluruhan?
b. keupayaan sistem dalam pemprosesan maklumat?
c. prestasi sistem dalam merekod dan menghasilkan maklumat
yang dikehendaki?