pembangunan laman web topik rukun haji dan umrah … · dalam pendidikan. sebagai contohnya,...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN LAMAN WEB TOPIK RUKUN HAJI DAN UMRAH
TINGKATAN EMPAT BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME
ZUAZLINA BINTI MOHD SADRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB TOPIK RUKUN HAJI
DAN UMRAH TINGKATAN EMPAT BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya ZUAZLINA BINTI MOHD SADRI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 50 FELDA SIANTAN JENGKA 19, AMINUDDIN BIN HEHSAN 28030 TEMERLOH, PAHANG. Tarikh: 20. APRIL. 2010 Tarikh: 21. APRIL. 2010
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan :______________________________
Nama Penyelia : UST.AMINUDDIN BIN HEHSAN
Tarikh : 21.APRIL. 2010
ii
PEMBANGUNAN LAMAN WEB TOPIK RUKUN HAJI DAN UMRAH
TINGKATAN EMPAT BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME
ZUAZLINA BINTI MOHD SADRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :_______________________________
Nama Pelajar : ZUAZLINA BINTI MOHD SADRI
Tarikh : 20. APRIL. 2010
iv
DEDIKASI
Khas buat suami tercinta…
Mohd Redzwan Bin Abd. Mutalib.
Terima kasih atas semangat, tunjuk ajar dan motovasi yang diberikan tatkala semangatku
tiba-tiba mengendur. Tidak lupa kepada permata hatiku Adam Alauddeen yang menjadi
penyejuk jiwaku.
Kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi…
En.Mohd Sadri Bin Hassan dan Pn Arba’yah Binti Hassan
Serta
Ayah bonda mertua
En.Abd. Mutalib Bin Rio dan Pn.Majidah Binti Sam
Pengorbanan dan doa kalian sumber kejayaanku mengharungi kehidupan.
Semoga Allah memberkati kalian.
Buat kekanda dan adinda tersayang,
ku doakan moga setiap langkah kehidupan kalian dihujani kabahagiaan dan kejayaan.
Kepada Guru-guru yang pernah mendidikku…
Jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian, moga dibalas denga Syurga
Illahi
Buat teman-teman…
Terima kasih di atas segala pertolongan kalian.
Tidak akan ku lupakan segala pengorbanan yang diberikan.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t yang telah mengurniakan saya kekuatan
untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w.
Setelah mencari, meneliti, berbincang serta melalui banyak rintangan dan dugaan,
maka akhirnya tugas ini dapat saya persembahkan. Segala yang saya rancang moga-moga
mendapat keredhaan Illahi. Saya berusaha, merancang dan bertawakal, Allah juga
merancang dan saya berdoa agar perancangan saya selari dengan perancangan Allah S.W.T.
Dalam tugasan ini, saya telah mengupas dengan lebih lanjut tentang proses Pembangunan
Laman Web Topik Rukun Haji Dan Umrah Tingkatan Empat Berdasarkan Teori
Kontruktivisme
Jutaan terima kasih dan pengnghargaan saya hulurkan buat Ustaz Aminuddin Bin
Hehsan selaku pensyarah,penasihat dan penyelia tugasan saya. Nasihat dan tunjuk ajar
beliaulah yang banyak mendorong saya untuk melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga
buat suami tercinta, keluarga dan rakan-rakan yang membantu. Jazakumullahu khairan
kathira. Segala jasa dan pengorbanan kalian moga dibalas dengan jutaan kebaikan.
Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan segala
kekurangan datang daripada diri saya yang dhaif.
vi
ABSTRAK
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah mendapat perhatian
khususnya web ini. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah laman web yang
bertajuk Pembangunan Laman Web Topik Rukun Haji dan Umrah Tingkatan Empat
Berdasarkan Teori Konsruktivisme. Pembinaan laman web ini bukan sahaja
berhasrat menghasilkan sebuah aplikasi PBK bahkan ingin menghasilkan laman
web yang, interaktif dan mampu dimanfaatkan oleh para pelajar. Di
samping itu, penggunaan laman web ini juga mampu memberikan kebebasan
kepada pelajar dari segi masa, tempat dan kadar pembelajaran. Teori
pembelajaran konstruktivisme telah diterapkan dalam perisian ini. Mo del
Rekabentuk Hannafin dan Peck telah digunakan sebagai model pembagunan
dalam proses pembinaan laman web. Laman web ini telah dibangunkan
dengan menggunakan perisian Joomla 1.5 dan perisian sokongan seperti,
Adobe Photoshop CS2, video daripada You Tube.com, Total Video Convertor,
Windows Movie Maker, Slide Share.com dan Quiz Creator. Penggunaan
perisian-perisian ini bertujuan untuk menghasilkan grafik, animasi, teks dan
audio yang interaktif serta menarik. Diharapkan laman web ini dapat
membantu pelajar mengukuhkan kefahaman, serta menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.
vii
ABSTRACT
Computer assisted learning (CAL) has become the most popular Teaching
Aids in the education field and it lead to the production of this courseware. The
purpose of this project is to build a Computer Based Learning (CBL) website
with the title is Pembangunan Laman Web Topik Rukun Haji dan Umrah
Tingkatan Empat Berdasarkan Teori Konsruktivisme. This website was also to
produce an interactive website. Furthermore, it enables students to control
their learning by giving them more freedom in t ime, locat ion and
learning rate. Constructive learning theory was adapted in this website.
Meanwhile, Hannafin and Peck model was used for the development of this
website. Web development software, Joomla 1.5 and a variety of
supportive software’s such as Adobe Photoshop CS2, video from You Tube.com,
Total Video Convertor and Windows Movie Maker, Slide Share.com and Quiz
Creator were used. There software’s are necessary for creating graphic,
animation, text and audio which are more interactive and attractive. It is hoped
that this website could help students to enhance their understanding and their
Propert ies in order to ensure the learning process becomes more
meaningful and enjoyable.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
DAFTAR SINGKATAN xv
BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Projek 11
1.7 Skop dan Batasan Projek 13
1.8 Kerangka Teori Projek 14
1.9 Definisi Istilah 15
1.9.1 Rukun 15
ix
1.9.2 Laman Web 15
1.9.3 Haji 15
1.9.4 Umrah 16
1.9.5 Teori Kontruktivisme 16
1.10 Kesimpulan 17
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Laman Web 19
2.3 Multimedia Dalam Laman Web Dan
Elemen-Elemennya 19
2.3.1 Teks 20
2.3.2 Grafik 21
2.3.3 Animasi 22
2.3.4 Video 22
2.3.5 Audio 23
2.3.6 Hipermedia 23
2.4 Laman Web Sebagai Media Dalam
Pendidikan 24
2.5 Tinjauan Kajian Lepas Mengenai
Laman Web 26
2.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 28
2.6.1 Aplikasi Prinsip Teori
Pembelajaran Konstruktivisme 30
2.5 Kesimpulan 31
BAB III REKABENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 32
x
3.2 Model Rekabentuk Hanaffin dan Peck 33
3.3 Fasa Analisis Keperluan 33
3.3.1 Pemilihan Topik dan Skop 34
3.3.2 Perisian 34
3.3.3 Pernyataan Objektif 34
3.3.4 Kumpulan Sasaran 35
3.4 Fasa Rekabentuk 35
3.4.1 Proses Rekabentuk 36
3.4.1.1 Carta Alir 36
3.4.1.2 Papan Cerita (Story Board) 39
3.4.2 Rekabentuk Antaramuka Pengguna. 39
3.5 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 40
3.5.1 Bahan dan Media yang digunakan 40
3.6 Penilaian dan Pengulangan 41
3.7 Kesimpulan 42
BAB VI PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 43
4.2 Perbincangan Persembahan Perisian 44
4.2.1 Menu Utama 44
4.2.2 Menu “Nota” 46
4.2.3 Menu “Forum” 52
xi
4.2.4 Menu “Video” 53
4.2.5 Menu “Pautan” 56
4.2.6 Menu “Latihan” 57
4.3 Antara Komponen Pembangunan 62
4.3.1 Grafik 62
4.3.2 Teks 62
4.3.3 Resolusi Skrin 62
4.4 Kesimpulan 63
BAB V PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan 65
5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 68
5.3.1 Kepakaran Terhad 68
5.3.2 Kekangan Masa 69
5.3.3 Kekurangan Sumber 69
5.4 Cadangan Projek Lanjutan 70
5.5 Kesimpulan 72
BIBLIOGRAFI 73
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK JADUAL
MUKA SURAT
2.1 Peratusan penglibatan deria dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (Teh Hoi Ling, 1998)
25
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Rekabentuk Hanaffin dan Peck 33
3.2 Carta alir menu “Utama” 36
3.3 Carta alir menu “Nota” 36
3.4: Carta alir menu “Forum” 37
3.6 Carta alir menu “Video” 37
3.7 Carta alir menu “Latihan” 38
3.8 Carta alir menu “Pautan” 38
4.1 Paparan menu “Utama” 45
4.2 Paparan submenu “Utama” iaitu “Nasyid” 45
4.3 Paparan submenu “Nota” iaitu “Objektif” 47
4.4 Paparan submenu “Nota” iaitu “Rukun Haji” 47
4.5 Paparan submenu “Nota” iaitu “Niat Ihram” 48
4.6 Paparan submenu “Nota” iaitu “Wukuf” 48
4.7 Paparan submenu “Nota” iaitu “Tawaf” 49
4.8 Paparan submenu “Nota” iaitu “Saei” 49
4.9 Paparan submenu “Nota” iaitu “Bercukur” 50
4.10 Paparan submenu “Nota” iaitu Tertib” 50
4.11 Paparan submenu “Nota” iaitu Rukun Umrah” 51
4.12 Paparan menu “Forum” 52
xiv
4.13 Paparan submenu “Video” iaitu “Niat Ihram” 53
4.14 Paparan submenu “Video” iaitu “Wukuf” 53
4.15 Paparan submenu “Video” iaitu “Tawaf” 54
4.16 Paparan submenu “Video” iaitu “Saie” 54
4.17 Paparan submenu “Video” iaitu “Bercukur” 55
4.18 Paparan menu “Pautan” kepada laman web “Tabung
Haji”
56
4.19 Paparan menu “Pautan” kepada laman web “Al-
Islam”
56
4.20 Paparan menu “Pautan” kepada laman web
“Motivasi Haji”
57
4.21 Muka pertama paparan “Latihan” 59
4.22 Paparan skor latihan 59
4.23 Paparan “Latihan” dan ikon-ikon yang terdapat
dalam paparan “Latihan”
60
4.24 Paparan “Submit” 60
4.25 Paparan keputusan yang mempunyai ikon “Review”
dan “Finish
61
4.26 Paparan “Review” 61
xv
DAFTAR SINGKAT
APD Alat Pandang Dengar
CAL Computer Aided Learning
CBL Computer Based Learning
CD-ROM Compact Disk ROM
GIF Graphics Interchange Format
ICT Information and Communication Technology
IT Information Tecnology
JPEG Joint Photographic Experts Group
KBSM Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah
LCD Liquid Crystal Display
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
PJJ Pusat Pengajian Jarak Jauh
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
TSS Telekom Smart School
USM Universiti Sains Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sepuluh tahun lagi menjelang Wawasan 2020 antara cabaran yang cuba untuk
dicapai ialah menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan negara maju
sepenuhnya. Mewujudkan masyarakat progresif dan saintifik adalah cabaran keenam
Wawasan 2020 daripada sembilan cabaran yang telah ditetapkan. Cabaran ini adalah
bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran tinggi dan
berpandangan ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun sains iaitu berinovasi dalam penciptaan teknologi.
Justeru, bagi merealisasikan cabaran wawasan tersebut masyarakat perlu berhijrah ke
arah literasi teknologi iaitu celik teknologi, berpengetahuan dan mampu
menggunakan kemudahan teknologi yang tersedia (Amini Amir Abdullah, 2009).
Pengaruh teknologi masa kini menyelinap ke segenap aspek kehidupan,
daripada segi perhubungan, sosial, ekonomi sehinggalah kepada menberi kemudahan
dalam pendidikan. Sebagai contohnya, kurikulum sekolah telah diserapkan dengan
aspek-aspek teknologi. Aspek teknologi ini telah digabungkan ke dalam kurikulum
sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap
yang positif terhadap perkembangan teknologi. Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mewujudkan Sekolah Bestari sekaligus bertindak sebagai pengisi perancangan,
perlaksanaan Koridor Raya Mutlimedia (Multimedia Super Coridor ). Perlaksanaan
2
Sekolah Bestari telah membuka ruang teknologi komputer yang membawa fleksibiliti
dan kepelbagaian dalam sistem pendidikan. Justeru itu, peranan pendidikan dan
profesion perguruan memerlukan suatu perubahan dan anjakan agar mampu seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Rusmini Ku Ahmad,
2009).
Era pendidikan pada masa kini telah melangkah setapak demi setapak
bersama dengan perkembangan teknologi multimedia, yang mana salah satu daripada
aplikasi penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan
memanipulasikan penggunaan Komputer atau lebih dikenali sebagai Pengajaran
Berbantukan Komputer (PBK). Demi mencapai kecemerlangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini pelbagai usaha dilakukan bagi
menjadikan penggunaan teknologi dalam pendidikan diperluaskan. Dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam, pelbagai aspek teknologi boleh digunakan bagi
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan Internet
dalam Pendidikan Islam bagi memberikan pengetahuan kepada pelajar seperti
menonton video, membaca nota atau membuat latihan secara dalam talian.
Penggunaan teknologi komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mampu membina asas konsep secara berkesan (Alessi S.M. dan Trollip S.R. 1985).
Penggunaan teknologi yang terkini seperti penggunaan komputer, Internet
dalam pengajaran berupaya meningkatkan tahap pembelajaran yang efektif dan
cekap kerana ia memberikan kelainan daripada sistem pembelajaran yang biasa
digunakan oleh guru di sekolah seperti memberi syarahan, perbincangan dan
sebagainya, sekurang-kurangnya ia memberikan kepelbagaian pilihan kepada pelajar
untuk memilih cara yang mereka fikirkan sesuai dengan minat mereka (Rozinah
Jamaludin, 2003). Sebagaimana diketahui umum setiap sekolah diwajibkan
mempunyai makmal komputer serta kelengkapan lain yang berupa penggunaan
Liquid Crystal Display (LCD) Projektor di sediakan di dalam bilik Alat Pandang
Dengar (APD), ini adalah kerana Pengajaran Berbantukan Komputer amat
digalakkan dikalangan guru-guru. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
(2003), pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih
berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Antara kaedah berkenaan adalah
penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran yang mampu mencapai
3
tujuan tersebut. Lima elemen utama multimedia yang sering digunakan iaitu teks,
grafik, animasi audio dan video. Ini dapat meningkatkan kefahaman serta menambah
baik kaedah pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Latarbelakang Masalah
Dalam sistem pendidikan Malaysia, perisian yang berbentuk multimedia
interaktif telah dibangunkan untuk empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik. Perisian-perisian ini dibangunkan oleh
Telekom Smart School (TSS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ini adalah satu usaha bagi membuktikan Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam
perkembangan teknologi perkomputeran yang semakin canggih. Selain itu,
pembangunan pembelajaran melalui multimedia ini sebenarnya menyahut seruan
kerajaan ke arah negara maju pada tahun 2020. Keadaan ini digambarkan oleh
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mana pada ketika itu,
rakyat Malaysia mampu bersaing di arena globalisasi yang berasaskan teknologi
maklumat (Mahathir Mohammad, 1998).
Kebelakangan ini minat terhadap penggunaan multimedia di dalam
pendidikan semakin meningkat. Pakar-pakar perisian telah menambahkan suara,
grafik, gambar foto dan video ke dalam perisian yang dahulunya didominasikan oleh
teks sahaja. Kini perisian yang dikenali sebagai multimedia itu lebih bersifat
interaktif. Dengan menggunakan multimedia interaktif, ianya memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari, seterusnya memahami sesuatu topik dalam
pelajaran tanpa bantuan orang lain (Laszlo & Castro, 1995). Teknologi multimedia
menjadi popular kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an,
walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih
terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia
yang memiliki gabungan pelbagai media; teks, audio, animasi dan video dalam satu
perisian (Jacobs, 1992).
4
Penggunaan multimedia interaktif juga membolehkan seseorang itu
berinteraksi terus dengan komputer atau perisian bagi mendapatkan maklumat atau
ilmu pengetahuan semaksima mungkin. Ini sudah tentu lebih menarik jika
dibandingkan dengan kaedah konvensional yang menggunakan bahan bercetak bagi
menyampaikan maklumat. Disetopikkan teknologi multimedia interaktif ini lebih
menarik dan canggih, pelbagai perisian pendidikan bagi pelbagai mata pelajaran
telah dibangunkan berasaskan teknologi interaktif ini (Noraini Mohd Lazim, 2006).
Penggunaan perisian multimedia interaktif di dalam bidang pendidikan sudah
tentu mendapat pandangan positif beberapa pihak. Perisian multimedia interaktif ini
mampu mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Pelajar lebih kerap
belajar dengan menggunakan komputer yang serba canggih. Markah ujian pelajar
akan meningkat, pelajar akan mengingat lebih banyak maklumat dan belajar dengan
kadar yang lebih cepat (Hokanson & Hooper, 2000). Seterusnya, pembelajaran
berbantukan komputer ini diandaikan akan menyediakan pelajar untuk memasuki dan
bersaing di arena globalisasi yang serba moden (Oppenheimer, 1997).
Menurut Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), sistem pendidikan
masa kini mengalami perubahan pesat dengan pelbagai kaedah baru telah
diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih
berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Para pelajar diberi
peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka,
membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami
suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Teknologi komputer dan multimedia adalah salah satu medium pembelajaran
baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks,
audio, imej, grafik dan animasi. Selain gabungan itu, satu lagi keistimewaan utama
multimedia ialah kebolehan interaktif. Kebolehan interaktif dapat menarik minat
pelajar serta menyokong perkembangan pelajar dalam pendidikan serta menjadikan
pendidikan lebih produktif serta bersifat individu dan boleh memberi pengajaran
yang lebih saintifik kepada para pelajar (Rozinah Jamaludin, 2003)
5
Pembelajaran yang menggunakan elektronik sebagai alat pengantar umumnya
difahami sebagai pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang disokong oleh
penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia yang menggabungkan
kombinasi elemen-elemen pendidikan dan teknologi elektronik yang melibatkan
komputer dan Internet (Noraini Mohd Lazim, 2006). Kaedah pembelajaran melalui
elektronik ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan
keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual dan kelas yang ditetapkan (Rozinah
Jamaludin, 2003). Matlamat utama pembelajaran elektronik adalah untuk
membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan tanpa batasan tempat dan masa.
Pembelajaran melalui elektronik berupaya memainkan peranan membantu setiap
aktiviti dalam proses pendidikan iaitu pembangunan bahan pembelajaran,
penyampaian pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian.
(Mohamed Noor Hassan, 2000).
Fokus utama pembelajaran melalui elektronik adalah menyediakan
persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Suasana pembelajaran melalui
elektronik dapat merangsang pelajar untuk memainkan peranan yang lebih aktif
dalam proses pembelajaran dengan membuat perancangan dan mencari maklumat
berkaitan pembelajaran dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Jabar sidek, 2009).
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dan komunikasi
merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi, dan
teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari
bahan yang disediakan. Walaupun pemebelajaran melelui elektronik bukan
penyelesai yang menyeluruh bagi mengatasi kelemahan-kelemahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, namun ia merupakan suatu pilihan yang terbaik untuk
merealisasikan hasrat mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan sebagai alternatif kepada kaedah pembelajaran tradisional (Noraini Mohd Lazim,
2006).
Oleh itu sebagai guru, perkembangan teknologi masa kini di bidang
pendidikan harus dianggap sebagai suatu peluang untuk mempelbagaikan kaedah dan
strategi pengajaran dan memantapkan lagi penyampaian pengajaran ke arah yang
lebih berkesan, dinamik, menarik dan menghiburkan. Maka, penggunaan PBK
6
sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran adalah releven
dalam era sains dan teknologi masa kini (Rozinah Jamaludin, 2003).
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran
sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan
komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses
pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk
kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu
diberi „sentuhan‟ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran
yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka bukan
seperti sistem pendidikan masa kini memberikan tekanan kepada pelajar lemah dan
menghalang kemajuan pelajar pintar (Rozinah Jamaludin, 2003).
Pelajar hilang minat terhadap pengajaran dan pembelajaran disetopikkan oleh
pelbagai faktor antaranya, seperti bahan pengajaran yang tidak menarik, organisasi
isi kandungan tidak sistematik dan tidak menepati objektif pengajaran, persekitaran
pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik.
Faktor-faktor tersebut akan menyetopikkan keciciran pelajar dalam pembelajaran.
Manakala guru akan merasa beban untuk memenuhi keperluan pelbagai keperluan
pelajar. Pelajar juga terlampau terikat dengan silibus dan tempoh waktu pengajaran
dan pembelajaran. Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap
oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah (Mohd Zaaba Ismail et.al. 2009)
Menurut Zawawi Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-
mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada
muridnya. Menurutnya lagi, seseorang guru yang hanya berbuat demikian maka
langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada
itu, konsep „pengajaran guru dan pembelajaran murid‟ merupakan konsep
menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid
disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini
juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti
7
pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran
yang disampaikan.
Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan
merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan
dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam
bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat
pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran dan pembelajaran (V. Pang, et
al, 1992). Jelas di sini bahawa penggunaan komputer secara meluas telah
memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang
dapat membantu ke arah mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti Internet,
Power Point, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan
keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang.
Justeru, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas
baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan
pemerolehan ilmu pengetahuan dikalangan mereka (Noraini Mohd Lazim, 2006).
Menurut Esah Sulaiman, (2004) dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam, terdapatnya kelemahan dan halangan yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Antara
faktor yang menyumbang kepada kurangnya minat pelajar terhadap Pendidikan Islam
ialah kebanyakan guru Pendidikan Islam masih menggunakan pendekatan pengajaran
sehala yang berpusatkan guru seperti kuliah, demostrasi atau tunjuk cara. Pendekatan
pengajaran berpusatkan guru adalah sebuah pengajaran di mana guru yang aktif
dalam penyampaian pengajaran sementara pelajar mendengar dan menerima sahaja
(Azmi Nor, 2006). Oleh itu, guru perlulah lebih kreatif dan sedia untuk melakukan
perubahan dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi terkini seperti komputer,
multimedia dan Internet di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini secara
tidak lansung ia akan menarik minat pelajar untuk mengetahui dan mendalami
kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam sama seperti mata pelajaran yang lain
(Esah Sulaiman, 2004).
8
Sesetengah pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam
tidak begitu penting kerana ia tidak dijadikan syarat utama untuk memasuki Instituti
Pengajian Tinggi (IPT) dalam jurusan tertentu atau ketika memohon sesuatu
pekerjaan. (Azmi Nor, 2006). Maka, tidak hairanlah mengapa pelajar-pelajar tersebut
tidak menitik beratkan tentang pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam kerana mereka tidak nampak keperluannya di dalam kehidupan. Nanum begitu,
apa yang ingin difokuskan di sini adalah kerana matapelajaran Pendidikan Islam
yang diajar di sekolah, adalah bertujuan untuk mendidik moral dan nilai dalam diri
pelajar. Ini bertepatan dengan konsep Falsafah Pendidikan Islam dimana ia
menekankan pendidikan seumur hidup, membangunkan seluruh potensi secara
bersepadu mencakupi aspek kognitif, efektif dan volitional dan kesempurnaan iman,
ilmu dan amal soleh. (Mohd Kamal Hassan, 1987).
Sehubungan dengan itu, dalam menangani masalah ini, guru-guru Pendidikan
Islam telah berusaha keras untuk membetulkan persepsi pelajar-pelajar agar
matlamat Pendidikan Islam yang tersebar tercapai, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang turut berteraskan Islam dalam usaha melahirkan insan
yang percaya dan patuh kepada Allah (Ahmad Mohd Salleh, 2004). Kepentingan
mata pelajaran Pendidikan Islam tidak seharusnya dipandang daripada skop yang
kecil seperti menganggap ianya hanya sebagai satu mata pelajaran agama semata-
mata yang hanya membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
aspek agama seperti tauhid, ibadah dan akhlak sahaja, sebaliknya ia dikaitkan dengan
kehidupan manusia seharian kerana seluruh sistem kehidupan seharusnya
dilaksanakan berpandukan apa yang diperintahkan oleh agama itu sendiri (Tajul
Ariffin Nordin, 1988).
Pembangun laman web memilih topik Rukun Haji dan Umrah dari bahagian
ibadat kerana kebanyakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek
ibadat adalah bersifat sehala dan berpusatkan guru dan hanya menggunakan kaedah
“call and talk” (Jabar Sidek, 2009). Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
seperti ini, guru mengajar dengan kawalan ketat terhadap kelas dan kesemua pelajar
tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan aktif. Selain itu,
perhubungan pelajar dengan guru terbatas kepada pendengaran, pengamatan dan
asimilasi sahaja (Ea Ah Meng, 1995).
9
1.3 Penyataan Masalah
Penggunaan multimedia dalam pendidikan dapat menyumbang dalam
meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru serta menambah minat serta
kefahaman pelajar. Selain itu, penggunaan multimedia dalam pengajaran juga dapat
memudahkan guru membuat persediaan yang lebih awal sebelum memulakan kelas
pengajaran. Pelajar juga dapat membuat ulangkaji matapelajaran terlebih dahulu
sebelum kelas bermula atau selepas sesi pengajaran dilaksanakan oleh guru.
Sehubungan itu, pembangunan laman web yang berterusan perlu
dilaksanakan oleh guru-guru bagi mendapatkan keputusan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif bagi menjana kefahaman dan pengetahuan dalam
pelajaran. Guru yang masih menggunakan pendekatan tradisional membuatkan
pelajar semakin kurang berminat dengan matapelajaran pendidikan Islam seterusnya
menyumbang kepada penularan gejala sosial yang kian meningkat.
Oleh itu, pembangunan laman web ini bertujuan untuk membuka mata para
guru, terutamanya guru Pendidikan Islam supaya perlu meningkatkan kaedah
pengajaran mereka dengan menggunakan laman web interaktif. Seterusnya,
penggunaan laman web interaktif ini dapat menarik minat para pelajar agar
berterusan mengamalkan pelajaran yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berteraskan Islam dalam usaha melahirkan insan yang percaya dan
patuh kepada Allah.
10
1.4 Objektif
Diharapkan dengan projek pembinaan laman web ini dapat:
1.4.1 Membangunkan sebuah laman web yang berunsurkan multimedia interaktif
bagi Topik Rukun Haji dan Umrah.
1.4.2 Menghasilkan sebuah laman web berdasarkan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Bagaimanakah sebuah laman web yang berunsurkan multimedia interaktif
bagi Topik Rukun Haji dan Umrah dibangunkan?
1.5.2 Bagaimanakah sebuah laman web berdasarkan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme dihasilkan?