pendidikan pergerakan
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN PERGERAKAN
Apakah pendidikan pergerakan ?
Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam
Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak
begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah
menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti
berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan
adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas
ini.
Tujuan Pendidikan Pergerakan
Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar
mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan
menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan
membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-
pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma,
aliran dan kesinambungan pergerakan.
Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung
antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu
rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-
faktor tersebut ialah Kesedaran Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan,
Masa dan Aliran.
Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan
(flick), daya memedap (dab), daya berapung (float), daya meluncur
(glide), daya menolak (thrust), daya menekan (press), daya mengelar
(slash) dan daya memerah (wring).
Pergerakan Kreatif
Pergerakan Kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan
deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia memberi
keutamaan kepada keempat-empat unsur asas pengenalan iaitu ruang,
rasa, tubuh badan dan tenaga.
Keempat-empat unsur ini merupakan perbendaharaan pergerakan untuk
memeudahkan remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-
potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui
pergerakan.
Objektif utama pendidikan pergerakan kreatif ialah :
1. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan
daya cipta kreatif
2. Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan
dalam penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan
idea.
3. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu
serta semangat berkumpulan dalam pergerakan
4. Memperkembangkan imaginasi pergerakan
5. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif
6. Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu
daya, masa dan ruang.
7. Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif
terhadap rangsangan bunyi (muzik, suara) dan visual (design)
Gimnastik Pendidikan.
Gimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta
memberi kepuasan dan mempunyai manfaatnya tertentu. Pelajar dapat
mencipta rangkaian-rangkaian pergerakan dengan atau tanpa alat
hanya dengan mempelajari gimnastik pendidikan.
Bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan,
sokongan dan rangsangan perlu diberi setiap masa kepada pelajar agar
mereka boleh mencipta dan mengubahsuai. Pelajar juga harus
disedarkan bahawa semua pergerakan adalah berkait antara satu sama
lain dalam rangkaian yang licin dan efisien.
Pelajar adalah dibenarkan melakukan apa yang mereka yakin di dalam
kemampuan mereka. Mereka tidak harus dipaksa atau digertak untuk
melakukan perkara diluar kemampuan mereka.
Ruang juga penting kerana pelajar mesti berkeyakinan bahawa mereka
dapat bergerak dengan bebas dan tidak terasa diri mereka diperhati
atau dihalang oleh apa jua halangan yang mungkin menyebabkan
ketakutan atau kerisauan.
Atas sebab keselamatan dan untuk mengelak berlakunya kecwederaan
seperti terhantuk, tidak boleh digunakan untuk memberi alas yang
selamat serta membina keyakinan pelajar.
Gimnastik Irama
Gimnastik Irama ialah suatu pergerakan yang dilakukan segerak dengan
ritma pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan
alatan secara licin dan berterusan.
Pergerakan dalam gimnastik irama lebih menggunakan peralatan
tertentu seperti bola, gelung, tali, riben dan belantan. Dengan
menggunakan alatan tersebut, pelbagai pergerakan dapat dicipta.
Antaranya melantun, melambung, menyambut, menggolek, memutar,
helikopter, aksi angka 8, skip, aksi ular dan banyak lagi.
Gimnastik Artistik
Gimnastik Artistik merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran
secara formal dan terancang. Ia menggunakan teknik dan gaya
pelaksanaan sesuatu kemahiran pergerakan adalah khusus.
Aktiviti utama yang ditekankan dalam gimnastik artistic ialah
ketangkaasn, lombol dan imbangan. Dalam aktiviti ketangkasan, antara
yang diperkenalkan ialah guling depan, guling balak, guling belakang
dan banyak lagi. Manakala pergerakan asas bagi aktiviti lombol ialah
lombol bujur lalu, lombol kangkang, lombol hamburan kepala dan lombol
hamburan tangan. Imbangan asas yang dipelajari ialah imbangan
kepala, imbangan tangan, imbangan bahu, imbangan harimau dan
sebagainya.