penerapan konstruktivisme di dalam pengajaran …...pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima...
TRANSCRIPT
PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN ASID DAN BES DI LIMA BUAH
SEKOLAH DI PEKAN PAHANG
ZAITUN BINTI OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PENERAPAN KONSTRUKTIVISME DI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ASID DAN BES DI LIMA BUAH SEKOLAH DI PEKAN
PAHANG
ZAITUN BINTI OSMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
iv
DEDIKASI
Diabadikan buat insan yang sangat kukasih dan sangat kusayang…… Emak ku Puan Kamaliah binti haji Mahmud Kejayaanku di atas iringan doamu yang tidak pernah putus, Pengorbananmu mengorbankan wang ringgit untukku Kasih sayangmu menjadikan daku manusia Terima kasih yang tidak terhingga mak… Buat arwah ayahku yang sangat kurindui Pemergianmu menjadikan aku insan yang tabah Mengharungi hidup tanpa kasih sayang seorang ayah Ku sentiasa mendoakan rohmu dicucuri rahmat Ilahi Buat semua abang dan kakakku yang sangat ku kasih Terima kasih kerana sentiasa membantu Ku sangat bersyukur dikurniakan abang dan kakak seperti kalian Kudoakan kita mengecapi hari –hari yang cemerlang Buat insan yang teristimewa, Herwan Terima kasih atas kasih sayang, dorongan dan semangat yang diberikan Semoga hubungan kita berkekalan ke akhir hayat Buat anak - anak saudara yang sentiasa di hatiku Keletah dan gelak tawa kalian sentiasa mendatangkan girang di hati maksu Semoga kejayaan maksu menjadi pendorong supaya kalian lebih Berjaya Buat teman-teman 4spc yang sangat kuingati Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik Kenang daku dalam doamu Semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t sentiasa…amin
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., kerana dengan izinNya memberi
kekuatan dan ketabahan hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM)
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Kimia serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia yang
begitu banyak membimbing dan membantu dengan curahan idea-idea bernas dan
menarik. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada emak saya, Puan Kamaliah Binti
Haji Mahmud dan seluruh ahli keluarga saya kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya
dan menyokong saya dari belakang. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-
rakan seperjuangan terutama rakan di 4 SPC.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pengetua-pengetua, guru-guru serta
pelajar-pelajar yang terlibat sebagai responden. Jutaan terima kasih atas kerjasama dan
keikhlasan.
Akhir kata, kerjasama dan sokongan dari semua pihak sangat saya hargai. Saya
mendoakan anda semua diberikan kesejahteraan yang berkekalan di dunia dan akhirat.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan konstruktivisme semasa
pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang.
Sampel kajian terdiri daripada 201 orang pelajar tingkatan 4 (tahun 2008) yang
mengambil mata pelajaran kimia serta 11 orang guru kimia . Instrumen kajian yang
digunakan adalah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan
dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 10.0. Statistik
deskriptif dan inferensi telah digunakan. Terdapat enam dapatan dari kajian ini. Pertama,
penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di
kalangan guru adalah pada tahap yang tinggi. Kedua, penerapan konstruktivisme
semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di kalangan pelajar adalah pada tahap
yang tinggi. Ketiga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keempat,
tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar asrama dan luar asrama dalam
peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kelima, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di asrama
dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keenam, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di
luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kesimpulannya,
penerapan konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di
sekolah telah berlangsung dengan baik.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the instillation of constructivism in
teaching and learning of acid and base topic in 5 schools in Pekan Pahang. The sample
of this study comprised of 201 form 4 students (year 2008) who take chemistry subject
and 11 chemistry teachers. Research instrument is questionnaire. Data and information
obtained was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version
10.0. Descriptive and inference statistic were used. Six findings were obtained from this
research. First, the instillation of constructivism during acid and base teaching and
learning for teacher is at good level. Second, the instillation of constructivism during
acid and base teaching and learning for students is also at good level. Third, there is no
significant difference between male and female students in their role based on
constructivism theory. Fourth, there is no significant difference between students who
live in hostel and outside hostel in their role based on constructivism theory. Fifth, there
is no significant difference between male and female students that live in hostel in their
role based on constructivism theory. Sixth, there is no significant difference between
male and female students that live outside the hostel in their role based on
constructivism theory. As a conclusion, the instillation of constructivism in teaching and
learning of acid and base in schools is conducted successfully.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
AKUAN PENYELIA i
TAJUK TESIS ii
PENGAKUAN DIRI iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
ix
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Penerapan 10
1.9.2 Konstruktivisme 11
1.9.3 Pengajaran 11
1.9.4 Pembelajaran 11
1.9.5 Guru 11
1.9.6 Pelajar 12
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 13
2.2 Jenis Teori Pembelajaran 13
2.2.1 Teori Konstruktivisme 14
2.3 Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 15
2.4 Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 19
2.5 Peranan Guru Berdasarkan Teori Konstruktivisme 19
2.6 Peranan Pelajar Berdasarkan Teori Konstruktivisme 22
x
2.7 Perbandingan Antara Teori Pembelajaran 23
Tradisional dan Konstruktivisme
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Lokasi Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.4.1 Aspek Set Soal Selidik Bagi Pelajar 28
3.4.2 Aspek Set Soal Selidik Bagi Guru 30
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Prosedur Kajian 32
3.8 Kaedah Menganalisis Data 33
BAB 4 PENGANALISISAN DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Soal Selidik Untuk Pelajar 36
4.2.1 Analisis Bahagian A 36
xi
4.2.2 Analisis Bahagian B 38
4.2.3 Analisis Bahagian C 48
4.2.3.1 Analisis Perbezaan Pelajar Lelaki dan 51
Pelajar Perempuan
4.2.3.2 Analisis Perbezaan Pelajar Asrama dan 52
Luar Asrama
4.2.3.3 Analisis Perbezaan Pelajar Lelaki 53
dan Perempuan Yang Tinggal Di Asrama
4.2.3.4 Analisis Perbezaan Pelajar Lelaki 53
dan Perempuan Yang Tinggal Di Luar
Asrama
4.3 Analisis Soal Selidik Untuk Guru 54
4.3.1 Analisis Bahagian A 54
4.3.2 Analisis Bahagian B 55
4.4 Penutup 65
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 66
5.2 Kesimpulan 66
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 67
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian Pertama 68
dan Kedua
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Ketiga 69
xii
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Keempat 70
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Kelima 70
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Keenam 71
5.4 Cadangan Kajian 72
5.4.1 Cadangan Kepada Guru 72
5.4.2 Cadangan Kepada Pelajar 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN A-F 78-100
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan responden berdasarkan sekolah 27
3.2 Taburan item berkaitan penerapan 29
konstruktivisme di dalam bab asid dan bes
3.3 Taburan item berkenaan dengan peranan pelajar 30
berdasarkan teori konstruktivisme
3.4 Taburan item berkaitan dengan penerapan 31
konstruktivisme di dalam bab asid dan bes
3.5 Nilai skala Likert yang mewakili nilai maklum balas 33
3.6 Nilai skala yang mewakili tahap 34
4.1 Bilangan responden mengikut jantina 36
4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 36
4.3 Bilangan responden mengikut tempat kediaman 37
4.4 Bilangan responden mengikut persekitaran tempat tinggal 37
4.5 Bilangan responden mengikut sekolah 38
4.6 Nilai skala yang mewakili tahap 39
xiv
4.7 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 1 hingga 3 39
4.8 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 4 hingga 6 40
4.9 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 7 hingga 9 41
4.10 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 10 hingga 42
12
4.11 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 13 43
hingga 15
4.12 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 16 hingga 44
18
4.13 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 19 hingga 45
21
4.14 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 22 hingga 46
24
4.15 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 25 hingga 47
27
4.16 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 1 hingga 3 48
4.17 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 4 hingga 6 49
4.18 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 7 hingga 9 50
4.19 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 10 hingga 51
12
4.20 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar lelaki dan 52
pelajar perempuan
4.21 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar asrama dan 52
luar asrama
4.22 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar lelaki dan 53
pelajar perempuan yang tinggal di asrama
xv
4.23 Analisis Ujian t bagi perbezaan di antara pelajar lelaki dan 53
pelajar perempuan yang tinggal di luar asrama
4.24 Bilangan responden mengikut jantina 54
4.25 Bilangan responden mengikut bangsa 55
4.26 Nilai skala yang mewakili tahap 56
4.27 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 1 hingga 3 56
4.28 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 4 hingga 6 57
4.29 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 7 hingga 9 58
4.30 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 10 hingga 59
12
4.31 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 13 hingga 60
15
4.32 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 16 hingga 61
18
4.33 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 19 hingga 62
21
4.34 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 22 hingga 63
24
4.35 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi item 25 hingga 64
27
xvi
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual Krejcie dan Morgan 78
B Borang soal selidik bagi pelajar 79
C Borang soal selidik bagi guru 89
D Pengesahan borang soal selidik 96
E Surat kebenaran menjalankan kajian 97
daripada EPRD
F Surat kebenaran menjalankan kajian 99
daripada Jabatan Pelajaran Pahang
G Surat akuan Fakulti Pendidikan, UTM 100
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam usaha untuk mencapai hasrat sebagai sebuah negara maju menjelang
2020, pelbagai usaha perlu dilaksanakan. Rakyat memainkan peranan penting bagi
memastikan hasrat tersebut tercapai. Maka, rakyat yang cemerlang perlulah dibentuk
kerana kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada rakyat. Pendidikan adalah
salah satu faktor yang amat penting bagi melahirkan rakyat yang cemerlang.
Apabila kita memperkatakan mengenai pendidikan, kita tidak akan lari dari
membincangkan mengenai falsafah pendidikan negara. Falsafah Pendidikan negara
bolehlah dianggap sebagai proses aktiviti pendidikan yang secara tidak langsung
mencerminkan falsafah negara.
Kurikulum juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pendidikan.
Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), berpendapat bahawa kurikulum bertujuan
untuk mendedahkan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh. Ini
bermakna, pelajar juga belajar di luar bilik darjah dan bukan hanya di dalam kelas.
Ini dapat mengembangkan lagi minda pelajar kerana mereka akan memperolehi
2
pelbagai pengalaman baru yang berguna apabila pembelajaran dilakukan di luar
bilik darjah.
“curriculum as a set of intentions about opportunities for
engagement of persons to be educated with other person thing (all
bearers of information, process, technique, and values) in certain
arrangements of time and space”.
(Lewis dan Miel, 1972)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dirancang
bertujuan supaya pelajar sekolah rendah dapat menguasai asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Selain itu, KBSR juga dibentuk untuk mengembangkan aspek
intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sahsiah secara menyeluruh dan seimbang.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula digubal bagi
menyambung proses pengajaran yang berlaku dalam KBSR. KBSM turut
menekankan pemerolehan pengetahuan, kemahiran yang perlu dan nilai yang perlu
dikuasai oleh pelajar, secara bersepadu. Di dalam KBSR, corak pendidikan asas telah
diterapkan kepada pelajar. Namun dalam KBSM, corak pendidikan asas tersebut
telah dikembangkan secara meluas.
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan rakyat yang
cemerlang. Ini kerana guru dapat melahirkan pelajar yang berilmu dan mempunyai
nilai moral yang mengagumkan, seterusnya pelajar tersebut mampu untuk menjadi
rakyat yang cemerlang. Malaysia memerlukan lebih banyak guru yang mempunyai
daya pemikiran kreatif serta mampu menjadikan subjek yang diajar itu menarik
minat pelajar untuk mempelajarinya. Teori yang digunakan oleh guru sewaktu
mengajar turut memainkan peranan penting. Sama ada guru mengajar menggunakan
kaedah tradisonal yang melibatkan pembelajaran secara pasif atau guru
3
menggunakan teori konstruktivisme yang melibatkan penglibatan pelajar secara aktif
di dalam kelas boleh menentukan pembelajaran pelajar.
Pelajar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sewajarnya
supaya lebih ramai pelajar yang cemerlang dapat dilahirkan. Pelajar perlu melibatkan
diri secara aktif di dalam kelas, memberi perhatian yang sewajarnya ketika guru
mengajar serta pelajar perlulah rajin bertanya dan rajin mengulangkaji pelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Subjek kimia adalah salah satu subjek yang ditawarkan kepada pelajar di
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Subjek ini ditawarkan kepada
pelajar aliran sains. Bagi pelajar yang mendaftar subjek ini, mereka akan
mempelajari subjek ini selama dua tahun, iaitu semasa di tingkatan empat dan
tingkatan lima
Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa subjek kimia adalah subjek yang
sukar difahami. Menurut Abd Hamid (2000), walaupun pelbagai usaha dijalankan
oleh Kementerian Pendidikan, namun pelajar masih menganggap bahawa sains
(kimia) adalah sukar. Dalam kajian yang dijalankan oleh Norhashimah (1991)
mendapati bahawa sebahagian pelajar berminat dalam mempelajari kimia. Walaupun
begitu, kajian ini juga mendapati bahawa subjek ini sederhana mudah jika
dibandingkan dengan subjek lain seperti matematik moden, matematik tambahan,
fizik dan biologi.
Peranan guru sangat penting dalam menarik perhatian pelajar memahami
sesuatu mata pelajaran. Apabila guru kreatif semasa proses pengajaran, pelajar akan
berasa seronok dalam memahami mata pelajaran tersebut. Maka, pelajar memberi
4
sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan
pelajar akan berusaha untuk memahami subjek tersebut. Apabila pelajar telah
menguasai subjek tersebut, sudah pastilah pelajar akan berusaha untuk mendapatkan
keputusan yang terbaik. Menurut dapatan kajian Norhashimah (1991), analisis
korelasi perbandingan antara mata pelajaran kimia terhadap minat, didapati
korelasinya positif tetapi tidak begitu tinggi. Nilai korelasi yang positif menunjukkan
terdapat perkaitan antara pencapaian dan minat pelajar.
Namun, jika guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran, dan kurang
kreatif semasa mengajar, maka pelajar akan berasa bosan. Apabila pelajar mulai
berasa bosan, pelajar mula melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan proses
pembelajaran. Maka, tumpuan pelajar telah terganggu dan sudah pastilah pelajar
tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Maka,
natijahnya pelajar tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini
pastilah akan mengakibatkan pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang.
Atan long (1981), turut menegaskan bahawa salah satu sifat tenaga pengajar yang
penting adalah menimbulkan minat pelajar dalam pengajarannya.
Pelajar juga perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti di dalam kelas. Pelajar
perlu sentiasa berminat untuk mempelajari kimia. Berdasarkan kajian Norhashimah
(1991), analisis statistik mendapati bahawa seramai 74.3 % murid yang bersikap
ingin tahu lebih lanjut lagi sesuatu yang dipelajari dalam mata pelajaran kimia. Oleh
itu, pelajar perlulah sentiasa bertanya guru bagi mendapatkan penjelasan bagi
mengelakkan salah faham di kalangan pelajar mengenai sesuatu konsep.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Syarifah (1987), guru merupakan individu yang paling berpengaruh
dalam menentukan kejayaan pelajar. Guru merupakan tonggak inspirasi dan motivasi
5
dalam sesuatu pengajaran. Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada
pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada pendekatan
tradisional atau pendekatan konstruktivisme.
Pendekatan tradisional adalah pendekatan di mana guru bertindak sebagai
penyampai maklumat dan pelajar sebagai penerima maklumat. Dalam pendekatan
ini, pelajar memainkan peranan yang pasif. Pelajar hanya menerima maklumat yang
disampai oleh guru dan ini lebih dikenali sebagai „spoon feeding‟. Apabila pelajar
bertanya soalan, guru akan memberikan jawapan kepada pelajar tanpa pelajar perlu
memikirkan apakah jawapan kepada persoalan tersebut. Pelajar juga kurang
mempunyai inisiatif untuk mencari jawapan kerana semua jawapan kepada setiap
persoalan akan disediakan oleh guru. Kemahiran pelajar dalam menyelesaikan
masalah juga rendah. Pembelajaran secara tradisional ini menyebabkan pelajar
terlalu bergantung kepada guru dan tiada kreativiti pelajar yang dapat dikembangkan.
Berdasarkan modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme (2001) yang dikeluarkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, dalam pembelajaran secara tradisional, pelajar
diberi banyak latihan untuk mengukuhkan konsep. Ini bermakna, pelajar diberi latih
tubi supaya mahir mengenai sesuatu konsep. Selain itu, proses pembelajaran juga
berlaku secara deduktif.
Menurut pepatah Cina , “ I hear and I forget; I see and I remember; I do and
I understand’’. Pepatah ini sangat bersesuaian apabila kita membincangkan
mengenai pembelajaran secara konstruktivisme. Konstruktivisme diambil dari
perkataan konstruk yang membawa maksud membina. Menurut Poh Swee Hiang
(2005), konstruktivisme adalah teori yang menyatakan bahawa pengetahuan tidak
wujud di luar minda pelajar, tetapi pengetahuan dibina di dalam minda pelajar
berdasarkan pengalaman pelajar. Ini bermaksud, pelajar membina sesuatu
pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Teori ini juga menekankan
pembelajaran aktif di mana pelajar terlibat di dalam aktiviti yang diadakan di dalam
kelas. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai
fasilitator atau pembimbing. Abu Hassan (2003) berpendapat bahawa antara unsur
penting dalam konstruktivisme adalah guru mengambil kira pengetahuan sedia ada
6
murid, pembelajaran adalah hasil usaha murid sendiri, pembelajaran berlaku apabila
murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea
mereka dan seterusnya memberi peluang pelajar dan guru bekerjasama, berkongsi
idea, pengalaman dan membuat refleksi.
“Constructivism helps to explain why students bring misconceptions
to chemistry classes and where these misconceptions come from. It
also emphasizes the importance of the flow of knowledge between
teachers and students.”
(Acar and Tarhan, 2005)
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :
1. Mengenalpasti penerapan konstruktivisme di kalangan pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan
Pahang.
2. Mengenalpasti penerapan konstruktivisme di kalangan guru semasa
pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan
Pahang.
3. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori
konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di lima buah
sekolah di Pekan Pahang.
4. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar
asrama dan luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori
7
konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di
Pekan Pahang.
5. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan yang tinggal di asrama dalam peranan mereka
berdasarkan teori konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di
lima buah sekolah di Pekan Pahang.
6. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan yang tinggal di luar asrama dalam peranan mereka
berdasarkan teori konstruktivisme semasa proses pembelajaran asid dan bes di
lima buah sekolah di Pekan Pahang.