pengenalan kepada wacana
DESCRIPTION
2232TRANSCRIPT
WACANA
Definisi :-Ucapan ,pertuturan, percakapan,
keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan
Keseluruhan terbitan atau hasil karya dlm sesuatu bahasa
( kamus Dewan,edisi
baru,1989 )
WACANA
Unit bahasa yang melebihi batas ayat- sejumlah ayat, ceraian , bab, buku, cerita, dialog, siri buku dsb
Di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang beruturan
satu satuan bahasa yang lengkap
( Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan1985 )
PENDAPAT AHLI BAHASA
1. ‘ wacana adalah satu bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan kalimat, memiliki kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yg jelas, berkesinambungan, dan dapat disampaikan secara lisan atau
tertulis ’ Henry Guntur Tarigan ( 1987:27)
PENDAPAT AHLI BAHASA
2. ‘ wacana sebagai rentetan kalimat yg berkaitan sehingga terbentuklah makna yg serasi di antara kalimat-kalimat itu. Dengan demikian sebuah rentetan kalimat tidak dapat disebut wacana jika tiada ada keserasian makna.Sebaliknya , rentetan kalimat membentuk wacana kerana dari rentetan tersebut terbentuk makna yg serasi’
Hasan Alwi ( 2000:41)
WACANA
Unit bahasa yg lengkap - mempunyai tubuh teks spt berikut :-
a. Pendahuluanb. Tubuh ( isi, munasabah, menarik,berkesan,unsur-unsur paralinguistik – tanda
bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal
c. Penutupd. graf, jadual, peta dan statistik
WACANA
Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan :-
a. Naratif ( pemerian)b. Deskriptif ( penggambaraan)c. Eksposisi ( pendedahan )d. Penghujahan Wacana mempunyai penanda –
penanda wacana
PENANDA WACANA
Fungsi Contoh
1. Tambahan Dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
2. Urutan Pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula
Iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
PENANDA WACANA
Fungsi Contoh
4. Contoh Contohnya, seperti, ibatat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan
Rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat Berhamiran dengan, bersebelahan dengan , bertentangan dengan
PENANDA WACANA
Fungsi Contoh
7. Waktu Apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8. Sebab dan kesan
Oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan Seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
PENANDA WACANA
Fungsi Contoh
10. Pertentangan Tetapi, sebaliknya, sungguhpun. walaubagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
11. Pengesahan Sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya
WACANA
CIRI-CIRI WACANA :-1)Tiap-tiap Wacana Mesti Ada
Tujuan- Sekiranya tujuan penutur utk
dapatkan maklumat - timbul ayat tanya
- Sekiranya tujuan utk menyempurkan sesuatu perbuatan - ayat perintah
WACANA
2) Wacana mesti berlandaskan hubungan di antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca di dalam bahasa tulisan
WACANA
3)Hubungan dan kedudukan penutur dalam masyarakat pada amnya
- Ini akan menentukan samada gaya wacana tersebut gaya formal atau sebaliknya.
Contoh gaya formal : a. Murid berhubung dgn gurub. Pekerja berhubung dgn majikan
WACANA
Contoh gaya bersahaja/ tidak formal :-a. Perhubungan biasa antara kawan-
kawan- Ini akan menimbulkan kesan dialek
sosial atau geografis di dalam pertuturan.- akan membentuk ayat, frasa dan kepanjangan yang berlainan
WACANA
4) Wacana haruslah mempunyai ciri “unsur susun atur “
- Pengertian unsur-unsurnya yang jelas yang boleh disusun atur mengikut waktu, tempat, keutamaan, sebab, akibat dsb.
- Urutan mesti berkait rapat
WACANA
Contoh :-1. Ali belajar bersungguh-sungguh.Beliau mendapat kejayaancemerlang dan diberi penghargaan
Dapat lihat ada hub. sebab dan akibat
WACANA
5)tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai satu maklumat yang baru yang belum ada dalam ayat sebelumnya.
Contoh:-a.Saya bekerja sehari suntuk.Saya
bekerja dari awal pagi hingga lewat petang
WACANA
6.Wacana tidak boleh memasukkan maklumat yang berlawanan dengan logik akal,iaitu bertentangan dengan maklumat yang ada dlm ayat sebelumnya.
Contoh:-a.Semalam saya bekerja sehari
suntuk.Semalam saya bekerja sehingga jam 10.00 pg.
WACANA
7.Wacana mempunyai andaian dan inferensi/aseri
Informasi asal/pertama dalam wacana disebut andaian
Informasi baru disebut inferensi/aseriTatabhs tradisional andaian judul
inferensi komen
WACANA
Keutuhan wacana- Satu aspek yg penting kerana ia
menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur
- Dapat dilihat drp wujudnya hubungan-hubungan dr aspek semantik,leksikal,gramatikal dan fonologis ant. bhgian-bhgian dlm wacana
KEPENTINGAN ANALISIS WACANA
1. Utk melihat perkaitan ujaran-ujaran atau ayat-ayat di dalam satu satuan yg dapat dianggap sebagai wacana.
2. Utk memahami dengan mendalam sesuatu wacana.
3. Utk menghuraikan atau menjelaskan kekeliruan makna yg mgkin timbul.
KEPENTINGAN ANALISIS WACANA
4.Utk membezakan jenis wacana yg berlainan – cth : pidato, komen, novel, cerpen, ulasan dsb.
5.Utk melihat keutuhan wacana.6.Utk memudahkan perlakuan
metabahasa spt mencari inti sari teks, membuat kesimpulan, menterjemah dsb.
KEPENTINGAN ANALISIS WACANA
7. Utk memahami hub.bahasa dengan faktor-faktor di luar bahasa dr aspek sosial dan budaya.
8.Utk memahami keterbatasan bahasa dalam melaksanakan fungsi-fungsinya yg berbagai.
9.Utk memahami dan menentukan makna sesuatu ujaran yg ada kaitannya dgn konteks situasi atau konteks ujaran itu sendiri.
KESIMPULAN
- Wacana adalah rangkaian kalimat yg serasi dan menghubungkan proposisi satu dengan proposisi lain dan kalimat satu dengan kalimat lain, sehingga membentuk satu kesatuan.
- Kesatuan wacana mengikat kalimat-kalimat tersebut menjadi sebuah teks dan menyebabkan pendengar atau pembaca mengetahui bahwa ia sedang berhadapan dengan sebuah teks atau wacana