penglibatan orang sikh dalam tiga pasukan

23
PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN KESELAMATAN KOLONIAL BRITISH DI MALAYA SEHINGGA 1919* Sarjit S. Gill 1 Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor Abstrak Majoriti orang Sikh yang awal berhijrah ke Tanah Melayu berkhidmat dalam bidang keselamatan sama ada sebagai polis, tentera mahupun ‘jaga’ (watchmen). Maka artikel ini bermula dengan sejarah penglibatan orang Sikh dalam tiga buah pasukan keselamatan kolonial British di Tanah Melayu. Antaranya, pasukan Perak Armed Police (PAP), First Batallion Perak Sikhs (FBPS) dan Malay States Guides (MSG), kesemuanya berpusat di Taiping, Perak. Peranan dan penglibatan orang Sikh untuk meluaskan kuasa dan menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Sehingga kini ada yang tidak mengetahui mengapa pihak kolonial British memilih orang Sokh untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan berbanding dengan bangsa lain. Masalah ini berlaku mungkin kerana sumbangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan kolonial British tidak digarap dalam penulisan pendidikan sejarah Malaysia. Kesungguhan dan kepercayaan British kepada golongan ‘martial race’ ini sekali gus telah memperlihatkan penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan di seluruh jajahan empayar British seperti seperti di India, Kanada, Fiji, Burma, Hong Kong, New Zealand dan Australia. Bahagian kedua artikel ini membincangkan kesan penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan di Tanah Melayu. Misalnya, pembinaan institusi gurduwara bagi memenuhi keperluan agama dan sosial merupakan salah satu kesan sosial terpenting penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan. Akan tetapi, kehebatan nama golongan martial race semakin pudar dan ditelan dek zaman kerana generasi muda Sikh kini tidak gemar mewarisi pekerjaan dalam bidang keselamatan yang suatu masa dahulu dimonopoli oleh nenek moyang mereka. PENDAHULUAN Tulisan ini merangkumi dua bahagian utama. Bahagian pertama memfokus kepada penglibatan komuniti Sikh dalam tiga buah pasukan keselamatan kolonial British sehingga tahun 1919 di Malaya. Penglibatan dalam konteks ini merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh komuniti Sikh dalam menjaga dan mengawal keamanan terutama di Negeri-negeri Melayu. Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884, First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896 dan Malay States Guides (MSG) 1896- 1

Upload: vophuc

Post on 28-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN KESELAMATAN KOLONIAL BRITISH DI MALAYA SEHINGGA 1919*

Sarjit S. Gill 1

Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor

Abstrak Majoriti orang Sikh yang awal berhijrah ke Tanah Melayu berkhidmat dalam bidang keselamatan sama ada sebagai polis, tentera mahupun ‘jaga’ (watchmen). Maka artikel ini bermula dengan sejarah penglibatan orang Sikh dalam tiga buah pasukan keselamatan kolonial British di Tanah Melayu. Antaranya, pasukan Perak Armed Police (PAP), First Batallion Perak Sikhs (FBPS) dan Malay States Guides (MSG), kesemuanya berpusat di Taiping, Perak. Peranan dan penglibatan orang Sikh untuk meluaskan kuasa dan menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Sehingga kini ada yang tidak mengetahui mengapa pihak kolonial British memilih orang Sokh untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan berbanding dengan bangsa lain. Masalah ini berlaku mungkin kerana sumbangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan kolonial British tidak digarap dalam penulisan pendidikan sejarah Malaysia. Kesungguhan dan kepercayaan British kepada golongan ‘martial race’ ini sekali gus telah memperlihatkan penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan di seluruh jajahan empayar British seperti seperti di India, Kanada, Fiji, Burma, Hong Kong, New Zealand dan Australia. Bahagian kedua artikel ini membincangkan kesan penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan di Tanah Melayu. Misalnya, pembinaan institusi gurduwara bagi memenuhi keperluan agama dan sosial merupakan salah satu kesan sosial terpenting penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan. Akan tetapi, kehebatan nama golongan martial race semakin pudar dan ditelan dek zaman kerana generasi muda Sikh kini tidak gemar mewarisi pekerjaan dalam bidang keselamatan yang suatu masa dahulu dimonopoli oleh nenek moyang mereka.

PENDAHULUAN

Tulisan ini merangkumi dua bahagian utama. Bahagian pertama memfokus kepada

penglibatan komuniti Sikh dalam tiga buah pasukan keselamatan kolonial British

sehingga tahun 1919 di Malaya. Penglibatan dalam konteks ini merujuk kepada

peranan yang dimainkan oleh komuniti Sikh dalam menjaga dan mengawal keamanan

terutama di Negeri-negeri Melayu. Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884,

First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896 dan Malay States Guides (MSG) 1896-

1

Page 2: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

1919 yang berpusat di Taiping2 merupakan tiga buah pasukan yang majoritinya

dianggotai oleh orang Sikh ketika itu. Apa yang pasti, sejarah orang Sikh di negara ini

tidak dapat dipisahkan dari sejarah garison Taiping, Perak.3 Sungguhpun komuniti

Sikh telah banyak memainkan peranan dan menyumbang bakti dalam bidang

keselamatan di Malaya, namun masih ramai di kalangan masyarakat Malaysia

terutama komuniti Sikh sendiri yang tidak mengetahui aspek sejarah ini.

Bahagian kedua artikel ini penting untuk mengupas kesan penglibatan orang

Sikh di dalam tiga buah pasukan keselamatan tersebut. Ada beberapa kesan sosial

yang berlaku sepanjang pembabitan mereka dalam pasukan kolonial British tetapi

tidak banyak disentuh dalam kajian lepas.4 Sungguhpun terdapat 20 buah kajian,

namun masih ramai warga Malaysia yang kurang mengetahui sumbangan dan peranan

yang dimainkan oleh orang Sikh dalam sejarah keselamatan negara. Misalnya, semasa

menjalankan kajian di Muzium Polis Kuala Lumpur, didapati pihak muzium

menghadapi kesukaran untuk menjawab pertanyaan pelancong tempatan dan asing

mengenai penglibatan besar askar dan polis Sikh di Malaya. Masalah ini berlaku

mungkin kerana sumbangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan kolonial British

tidak banyak digarap dalam buku teks pendidikan sejarah di Malaysia. Hakikatnya,

masih wujud banyak ruang kekosongan mengenai kajian komuniti minoriti Sikh sama

ada dari segi pembabitan mereka dalam bidang sosial, ekonomi mahupun politik di

Malaysia.

SEJARAH PENGLIBATAN KOMUNITI SIKH DALAM PASUKAN KESELAMATAN KOLONIAL BRITISH DI MALAYA

Dalam tahun 1865 telah bermula proses migrasi 5 komuniti Sikh dari Punjab, India ke

bidang pekerjaan pasukan keselamatan dalam Empayar British. Pemerintah British

telah menyediakan bukan sahaja peluang kepada orang Sikh untuk berkhidmat

sebagai tentera bahkan memberi peluang kepada mereka untuk berhijrah ke seluruh

Empayar British. Tanah Melayu merupakan salah satu daripada pusat kedatangan

tentera Sikh, dan tempat perpindahan lain termasuk Fiji, New Zealand, Australia dan

Kanada.6 Sepanjang pemerintahan British di Tanah Melayu, simbol kepada

keselamatan kuasa kolonial mereka di utara Tanah Melayu terletak di Taiping, Perak.

2

Page 3: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Peranan Taiping sebagai garison tentera Sikh banyak meninggalkan kesan-kesan

sejarah.7

Peranan Kapten James Speedy8di Perak menandakan satu permulaan awal

kedatangan orang Sikh dan penglibatan mereka dalam pasukan keselamatan kolonial

British di Malaya. Kapten Speedy telah bersetuju untuk bekerja dengan Ngah Ibrahim

(Menteri Larut) dengan syarat beliau akan diberi gaji yang tetap serta satu per tiga

(1/3) pendapatan yang akan diperolehi dari kegiatan perlombongan bijih di Larut.9

Kapten Speedy telah meminta £15,000 daripada Ngah Ibrahim sebagai wang

perbelanjaannya ke India untuk merekruit sepoi-sepoi dari India. Walaupun

menghadapi masalah kewangan, Ngah Ibrahim terpaksa bersetuju dengan permintaan

Kapten Speedy.10

Pada 27 Julai 1873, Kapten Speedy telah berlepas ke India untuk merekruit

pasukannya.11 Beliau mempunyai pengetahuan yang luas tentang kekuatan orang

Punjabi kerana pernah berkhidmat dalam pasukan tentera di India sebelum bekerja di

Pulau Pinang. Di samping itu, beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Hindi.12 Kapten

Speedy telah membawa masuk 110 orang Punjabi dan Pathan untuk menyelesaikan

pertelingkahan di antara kongsi gelap Cina pada 1870-an mengenai masalah

perlombongan bijih timah di Larut.13 Walau bagaimanapun dasar beliau ialah tidak

membenarkan sepoi-sepoi ini membawa isteri dan anak-anak mereka ke Perak.

Para pegawai British di Negeri-negeri Selat termasuk Gabenor Andrew Clarke

tertarik dengan sifat-sifat orang Sikh dari Punjab. Mereka mempunyai ketinggian dan

kekuatan yang agak luar biasa. Ketinggian mereka yang tiada kurang dari 5 kaki 8 inci

serta saiz badan yang besar lagi tegap telah menyebabkan kekuatan mereka dikenali di

Negeri-negeri Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu, Cina dan India.

Walaupun ada sebilangan kecil masyarakat Melayu dan Tamil yang berbadan besar

tetapi mereka tidak suka bekerja di bawah panas matahari yang terik serta dimaki

hamun oleh pegawai-pegawai polis British. Tambahan pula, Pasukan Polis Sikh di

Hong Kong telah menjalankan tugas mereka dengan cekap. Ini telah mendorong

pegawai Negeri-negeri Selat untuk menggunakan perkhidmatan mereka dalam

pasukan polis di Perak. Justeru anggota polis Sikh juga telah diambil bekerja di

negeri-negeri lain yang dijajah oleh pemerintah British.14 Menurut Inder Singh

(1965),15

3

Page 4: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

The Sikhs made good military policeman. There was Sikh Military Police from Rangoon to Shanghai. The Sikhs were well known for obeying orders. They were never supposed to do anything on their own.

Pada 29 September 1873, Kapten Speedy bersama pasukannya berjaya

menyelesaikan masalah pertelingkahan masyarakat Cina di Larut.16 Namun,

pemerintah British sedar pasukan Ngah Ibrahim dan Kapten Speedy tidak cukup

efisyen untuk mewujudkan keamanan di Larut. Jumlah anggotanya yang terhad

menyebabkan pasukan ini hanya sesuai digunakan untuk mengatasi pemberontakan-

pemberontakan yang kecil sahaja. British tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada

kekuatan pasukan ini untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud di Negeri-negeri

Melayu terutama di Perak.17

Kemudian, Kapten Speedy dilantik sebagai Penolong Residen Perak dan

diarahkan untuk mengerah kembali seramai mungkin tentera Menteri (Ngah Ibrahim)

untuk menjadi pengawal Residensi, iaitu nukleus cadangan Pasukan Polis Perak.

Pengambilan seterusnya telah dilakukan oleh Kerajaan British pada tahun 1880an

untuk berkhidmat di Jelebu dan sungai Ujung.18

Sebenarnya Gabenor Andrew Clarke telah mengarahkan Kapten Speedy untuk

membubarkan pasukannya yang terdiri dari sepoi-sepoi India kerana perkhidmatan

mereka tidak lagi diperlukan untuk menentang kumpulan Ghee Hin. Pihak British

berpendapat kongsi-kongsi gelap ini tidak akan berani mencetuskan masalah di Larut

kerana adanya undang-undang British yang ketat yang telah diimplementasikan di

negeri ini. Gabenor Andrew Clarke sedar bahawa orang-orang Sikh dari pasukan

Speedy boleh digunakan untuk tugas-tugas lain di Perak. Oleh itu, beliau telah

mengambil mereka untuk bekerja di rumah residen, dan pejabat-pejabat kerajaan,

mengawal pusat-pusat kastam serta kawasan-kawasan perlombongan bijih di Larut.

Kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah British menyebabkan

Gabenor Andrew Clarke tertarik dengan sifat mereka itu.19

Gabenor Negeri-negeri Selat yang baru, Sir William Jervois yang

menggantikan Gabenor Andrew Clarke pada 10 Mei 1875 sedar bahawa tiada satu

pasukan keselamatan yang teratur di Perak. Beliau menegaskan betapa perlunya satu

pasukan yang efisyen di Perak. Gabenor Jervois berpendapat perlu ditubuhkan sebuah

pasukan bersenjata yang lebih cekap di Perak kerana pada tahap ini, pihak British

4

Page 5: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

telah mula meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu yang lain. Ini terbukti kerana

sehingga akhir tahun 1874, Perak, Selangor dan Sungai Ujung telah jatuh ke dalam

perangkap British. British telah menjalankan sistem residen di ketiga-tiga buah negeri

tersebut.20

Selepas berjaya meluaskan pengaruh mereka di Perak, Selangor dan Sungai

Ujung, British telah bercita-cita untuk menguasai seluruh Tanah Melayu. Bagi

mencapai matlamat ini, Gabenor Jervois telah mengarahkan J.W.W Birch, Residen

British yang pertama di Perak untuk menubuhkan satu pasukan bersenjata yang lebih

lengkap di Perak. Anggota pasukan ini harus terdiri dari 500 orang Sikh dan Pathan

serta 200 lagi orang Sikh yang akan dikerahkan untuk berkhidmat sebagai pengawal

di rumah residen dan pejabat-pejabat kerajaan. Gabenor Jervois juga sedar bahawa

orang Sikh dari pasukan Kapten Speedy mempunyai potensi untuk menjadi anggota

polis yang berkaliber kerana mereka mempunyai ketinggian dan kekuatan yang luar

biasa. Matlamat utama rancangan Gabenor Jervois adalah supaya keamanan dan

keselamatan di Negeri-negeri Melayu khasnya di Perak dapat dijaga dengan lebih

licin. Walau bagaimanapun, Birch tidak mengambil sebarang usaha untuk

melaksanakan saranan yang disyorkan oleh Gabenor Jervois kerana terlalu sibuk

dengan usahanya untuk memperkenalkan undang-undang Barat di Perak.21

Cadangan Jervois hanya mendapat perhatian yang serius dari kerajaan Negeri-

negeri Selat selepas peristiwa pembunuhan Birch.22 Selepas sahaja berita mengenai

pembunuhan Birch diterima oleh Kerajaan British di London, mereka telah

menghantar beberapa pasukan askar dari Hong Kong, India, Pulau Pinang dan

Singapura untuk menangkap para pembunuh Birch.23 Sebahagian dari pasukan ini

masih ditempatkan di Perak sehingga awal tahun 1876 kerana pada ketika itu, tiada

pasukan keselamatan yang teratur di negeri tersebut. Apabila pasukan-pasukan

tersebut pulang ke negeri asal mereka, Kerajaan British telah menyedari kekosongan

yang wujud. Kepulangan pasukan tentera dari Hong Kong dan India menyebabkan

Kerajaan British mula mengkaji semula masalah keselamatannya dengan lebih

terperinci. Mereka sedar tanpa adanya satu pasukan yang cekap, kedudukan British di

Negeri-negeri Melayu tidak selamat. 24

Pembunuhan Birch yang berlaku pada 2 November 1895, mempercepat

penubuhan pasukan ini. Pada 21 Oktober 1876, Residen James G. Davidson dan

penolongnya, John Douglas telah menerima arahan daripada Gabenor Jervois untuk

5

Page 6: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

menubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada 200 orang pengawal, dan 800 lagi

anggota bagi satu pasukan bersenjata di Perak. Gabenor Jervois juga mencadangkan

nama Leftenan Swinburne dari pasukan 18th Regiment Tentera India sebagai

pengawai pemerintah pasukan para militer polis yang ditubuhkan itu.25

PENUBUHAN PERAK ARMED POLICE (PAP) 1877-1884

Pada awal tahun 1877, pasukan polis bersenjata pertama ditubuhkan di Perak yang

dikenali sebagai Polis Bersenjata Perak atau lebih dikenali sebagai Perak Armed

Police (PAP). Pesuruhjaya Polis bagi pasukan ini ialah Leftenan Paul Swinburne.

Beliau adalah seorang pegawai polis yang berkaliber dan boleh berbahasa Hindi dan

Melayu. Inilah faktor yang menyebabkan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir William

Jervois memilih Leftenan Swinburne sebagai Pesuruhjaya Polis PAP. Sementara

Robert Sandilands Frowd Walker26dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis PAP

pada bulan Januari 1879. Pusat bagi pasukan ini terletak di Taiping yang pada masa

itu juga merupakan ibu negeri Perak.27Sejak tahun 1877 Taiping telah mula muncul

bukan saja sebagai pusat pemerintahan British di Perak bahkan telah memulakan

sejarahnya sebagai sebuah bandar garison.28

Pada akhir tahun 1877, terdapat lebih kurang 300 orang Sikh yang

menganggotai pasukan PAP. Sebahagian besar daripada orang Sikh yang berkhidmat

di Perak sebelum ini telah pulang ke Punjab, India kerana mereka telah berjaya

mengumpulkan wang yang secukupnya untuk mendapatkan kembali tanah mereka

yang tergadai di Punjab. Ada juga sebilangan kecil yang terpaksa meletakkan jawatan

di atas sebab-sebab kesihatan. Ramai juga di kalangan orang Sikh yang mendapat

tawaran untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan di negara lain, misalnya di

Hong Kong.29

Gaji yang tinggi ditawarkan di Hong Kong menyebabkan ramai di kalangan

komuniti Sikh dari Perak berhijrah ke Hong Kong. Walau bagaimanapun, pasukan

Kapten Speedy yang terdiri daripada kalangan komuniti Sikh dan Pathan yang

dipusatkan di Larut tetap menjadi nukleus utama kepada penubuhan pasukan PAP.

Ramai dari kalangan orang Sikh dari pasukan PAP telah membawa masuk saudara

mara dan rakan sekampung mereka untuk menjadi anggota pasukan ini. Dengan cara

ini, kekurangan anggota dalam pasukan PAP dapat diatasi.30

6

Page 7: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Pada 1 Julai 1878, jumlah anggota Sikh dalam pasukan PAP adalah seramai

247 orang berbanding 220 orang Melayu. Jumlah ini terus meningkat sehingga tahun

1895, kepada 774 orang Sikh berbanding dengan 266 orang Melayu. Mereka

ditempatkan di seluruh daerah negeri Perak tetapi kontigen terbesar (sebahagian

daripada pasukan) bertempat di Taiping. Mereka berperanan sebagai anggota polis

dan tentera untuk mengawal residensi, perbendaharaan dan pejabat kastam, mengiring

pengiriman wang dari stesen ke stesen dan membuat rondaan di jalan raya. Tetapi

tugas utama mereka ialah untuk mengawal berlakunya kekacauan buruh-buruh Cina

di kawasan tumpuan utama di bandar, lombong-lombong dan estet-estet.31

Pada bulan Januari 1879, Leftenan Walker32 telah dilantik sebagai Timbalan

Pesuruhjaya PAP kerana Swinburne telah jatuh sakit dan perlu pergi bercuti.33

Sebahagian besar daripada kerja mengorganisasi serta mengukuhkan pasukan

dilaksanakan oleh Leftenan Walker. Beliau telah melantik dua orang Inspektor yang

berpengalaman iaitu C. Taylor dan W.J. Buswell pada 31 Oktober 1879. Leftenan

Walker juga telah membina dua buah berek di Taiping dan Kuala Kangsar untuk

menempatkan anggota Sikh dan pasukan PAP. Berek-berek ini dapat memuatkan

lebih kurang dua puluh keluarga. Beberapa buah balai polis juga telah didirikan di

Ipoh dan Gopeng.34

Menjelang tahun 1881, bilangan anggota pasukan PAP berjumlah 576 orang.

Jumlah ini tidak memadai sekiranya dibandingkan dengan pertambahan penduduk

Cina yang semakin meningkat terutama di pelbagai kawasan perlombongan. Orang

Cina seringkali menimbulkan masalah di Perak. British juga menghadapi masalah

untuk mendapatkan pegawai-pegawai yang bertauliah dari Perak kerana mereka tidak

sanggup bekerja dengan bayaran gaji yang rendah.35

Fenomena kekurangan anggota dalam pasukan PAP berterusan pada tahun-

tahun berikutnya. Kekurangan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah

kebanyakan calon tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi. British mendapati

ada banyak kekosongan dalam jawatan kumpulan pertama. Ini kerana ramai daripada

anggota dalam kumpulan ini telah pulang ke Punjab selepas tamat tempoh

perkhidmatan mereka. Masalah kekurangan ini juga timbul akibat sebahagian kecil

anggota pasukan PAP mengambil cuti separuh gaji.36 Kekosongan juga wujud dalam

jawatan Inspektor. Inspektor-inspektor Eropah yang berpengetahuan dan

berpengalaman amat diperlukan untuk melatih anggota baru pasukan PAP. Namun

7

Page 8: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

bayaran gaji yang rendah dan keadaan cuaca yang panas terik tidak berjaya menarik

minat orang Eropah untuk berkhidmat dalam pasukan PAP.37

Perkembangan pasukan PAP antara 1878-1883 agak lembab kerana British

menghadapi banyak masalah ketika itu. Walau bagaimanapun, keanggotaan baru

dalam pasukan PAP tetap meningkat setiap tahun. Pada akhir 1882, keanggotaan

pasukan PAP terdiri daripada:38

1 Pesuruhjaya Polis

1 Penolong Pesuruhjaya Polis

1 Penguasa Polis di Bahagian Inteligen

1 Ketua Inspektor

5 Inspektor

3 Pegawai Bertauliah (Sikh)

2 Sarjan-Mejar (Sikh)

1 Inspektor Drill (Sikh)

16 Sarjan (Sikh)

17 Koperal (Sikh)

23 Penolong Koperal (Sikh)

38 Prebet Kelas Pertama (Sikh)

107 Prebet Kelas Kedua (Sikh)

269 Prebet Kelas Ketiga (Sikh)

12 Pegawai Tidak Bertauliah (Melayu)

36 Penolong Koperal dan Prebet Kelas Pertama (Melayu)

66 Prebet Kelas Kedua (Melayu)

17 ‘Boatmen’ (Melayu)

12 Pemain Drum, fifles dan buglers

627 Orang

PENUBUHAN FIRST BATTALION PERAK SIKHS (FBPS) 1884-1896

Pada 15 Mei 1884, Pasukan Polis Bersenjata Negeri Perak (PAP) yang mempunyai

ciri-ciri tentera, yang dianggotai oleh sebahagian besar komuniti Sikh yang

8

Page 9: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

menganggap diri mereka lebih sebagai askar dari anggota polis, telah ditukarkan nama

kepada First Battalion Perak Sikhs (FBPS)39 Jawatan Pesuruhjaya ditukarkan kepada

Komandan dengan perlantikan Mejar Walker sebagai Komandan Pertama FBPS.

Mereka kini dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan bersenjata dengan

pemeriksaan tahunan oleh Pegawai Pemerintah Negeri-negeri Selat. Tentera Sikh

Perak mengandungi tiga pasukan iaitu infantri, artileri dan tentera darat yang

menjalankan tugas-tugas sebagai tentera dan polis. Nisbah orang-orang Sikh dan

Melayu dalam pasukan ini ialah 3:1. Antara tahun 1884 hingga 1896, Pasukan Sikh

Perak berjaya dalam memerangi jenayah dan membantu dari segi keanggotaan kepada

mana-mana tempat yang mempunyai masalah di Tanah Melayu termasuk mengambil

bahagian dalam peperangan di Pahang pada tahun 1889 hingga 1894.40

Peranan Taiping sebagai bandar garison ini telah menarik ramai orang Sikh

dari Punjab untuk berhijrah ke Taiping dengan perbelanjaan sendiri kerana ingin

berkhidmat dalam pasukan FBPS. Kegiatan memilih rekrut di India telah dihentikan

pada tahun 1885 dan 1886 kerana ramai calon yang datang dengan perbelanjaan

sendiri ke Taiping. Bilangan pemuda Punjabi semakin bertambah pada tahun-tahun

1887, 1889 dan 1890 apabila didapati ramai antara calon yang datang dengan

perbelanjaan sendiri ini kurang memenuhi kriteria yang dikehendaki. Mereka datang

ke Taiping setelah gagal dalam pemilihan bagi pasukan Tentera India. Tidak kurang

pula yang mempunyai rekod jenayah dan ada antara mereka merupakan ‘army

deserters’. Kehadiran golongan ini dalam pasukan FBPS telah menjejaskan prestasi

dan disiplin pasukan. Dilaporkan dalam tahun 1885 sahaja terdapat 374 kes

melanggar disiplin yang berlaku dalam FBPS.41 Pada tahun 1887, 15 anggota telah

disingkirkan kerana kerap melakukan kesalahan tatatertib. Maka itu demi

mendapatkan rekrut-rekrut yang baik amalan pemilihan di Punjab dihidupkan semula

pada tahun-tahun berikutnya di samping pemilihan di Taiping sendiri seperti

digambarkan dalam statistik berikut:

9

Page 10: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

ORANG SIKH YANG MEMOHON UNTUK MEMASUKI LATIHAN REKRUT FBPS

Tahun Bil. Pemohon Pengambilan

Perak Perak Punjab

1885 251 82 -

1886 148 41 -

1887 221 113 50

1888 364 129 -

1889 306 119 50

1890 376 112 49

1891 328 114 -

1894 439 187 -

Sumber: SSGG 1886-1887; dan PGG 1888-1893; dan Annual Report of Sikhs for the year 1893, by Commandant Walker, PGG 1894 (Taiping: Government Printing Office 1895), hlm. 332. (Dipetik daripada Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 42).

Amalan pemilihan rekrut bagi FBPS di India telah dihentikan semula mulai

pada tahun 1891 kerana masalah kewangan. Pemberhentian ini menyebabkan lebih

ramai pemuda Sikh yang datang dengan perbelanjaan sendiri ke Taiping untuk

memohon menjadi rekrut tentera dalam FBPS.42 Ringkasnya, komuniti Sikh telah

memonopoli pekerjaan dalam bidang keselamatan di Tanah Melayu seperti

pernyataan berikut:

In Malaya during the period of the British Residential system the word police was almost synonymous with the Sikhs. Looking back, it seems the Sikhs had almost the sole monopoly on the Police services on the Straits Settlements and the Federation on Malaya.43

Pada tahun 1892 dan 1894, pasukan FBPS dengan pasukan polis dari Selangor,

Sungai Ujung dan Pahang di bawah kepimpinan Leftenan Kolonel Walker berjaya

mematahkan dua pemberontakan yang berlaku di Pahang, iaitu pemberontakan

Bahaman (Orang Kaya Semantan), Tok Gajah dan Mat Kilau.44

10

Page 11: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

PENUBUHAN MALAY STATES GUIDES (MSG) 1896-1919

Pada tahun 1896 Malay States Guides (MSG) ditubuhkan di bawah Kolonel Walker

menggantikan pasukan FBPS. Majoriti dari MSG adalah orang-orang Sikh yang

berasal dari Punjab.45 Pasukan ini umumnya dianggotai oleh orang-orang Sikh,

Pathan dan Hindu dari Punjab, India. MSG adalah sebuah pasukan keselamatan yang

penting di Tanah Melayu dan berjaya bertahan selama 23 tahun sehingga dibubarkan

pada tahun 1919.

Pasukan MSG telah ditubuhkan berikutan daripada suatu Perjanjian

Persekutuan (Federation Treaty) yang telah ditandatangani oleh para Sultan dari

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pada Julai 1895. Semasa

menandatangani perjanjian ini, keempat-empat Sultan telah bersetuju menerima syarat

bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1896, satu pasukan

bersenjata India akan dibawa berkhidmat di Tanah Melayu. Tujuan penubuhan

pasukan MSG ialah untuk menangani sebarang masalah jika berlaku kekacauan di

antara Kerajaan British dengan sebarang kuasa lain.46

Dari segi organisasi pasukan MSG menetapi doktrin organisasi ketenteraan

kolonial seperti dalam kebanyakan unit tentera India itu sendiri. Pasukan MSG

mempunyai empat kompeni Sikh dan dua kompeni Punjabi Muslim dan Pathan. Unit-

unitnya terdiri daripada infantri dan artileri tetapi tidak ada unit kavalri seperti yang

terdapat dalam pasukan Guides di utara India. Unit kavalri kurang sesuai dalam

suasana di negeri-negeri Melayu berbanding dengan keadaan di Northwest Frontier

India di mana pasukan Guides pernah ditugaskan. Terdapat juga dua kategori

kepegawaian iaitu pegawai India yang lebih dikenali sebagai native officers dan

pegawai British yang lebih dikenali sebagai King’s commissioned officers. Nama bagi

pangkat-pangkat dalam kedua-kedua kategori ini juga berbeza apabila pegawai British

mengekalkan pangkat-pangkat seperti yang terdapat dalam regimen British, manakala

native officers menggunakan pangkat yang terdapat dalam Tentera India seperti naik,

havildar, jemadar, subedar dan sebagainya. Perbezaan ini menentukan kuasa perintah

power of command sesuatu kategori itu. Dari segi struktur perintahnya pasukan MSG

sama seperti pasukan tentera kolonial British yang lain, iaitu di bawah kuasa Gabenor

Negeri-negeri Selat dan juga General Officer Commanding (GOC) Negeri-negeri

Selat.47

11

Page 12: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Kedudukan Taiping sebagai bandar garison terus kekal dengan pembinaan

kemudahan-kemudahan seperti berek tentera, kelab pegawai, hospital dan keperluan

atau kemudahan lain yang biasa diberi kepada anggota dan pegawai tentera. Taiping

merupakan ibu pejabat dan depot rekrut bagi pasukan MSG. Sebahagian besar

anggota MSG berada di Taiping manakala beberapa kontinjen ditempatkan di Pulau

Pinang, Kuala Lumpur dan satu kontinjen ditugaskan di Kuala Kangsar bagi

mengendalikan tugas-tugas ceremonial.48

Pasukan MSG juga menjalankan tugas secara aktif di beberapa buah negara

asing. Misalnya, mereka telah berkhidmat selama setahun di Afrika Selatan, iaitu

sejak tahun 1899 sehingga 1900, di China pada bulan Julai 1900 dan Somaliland pada

bulan Jun 1903.49 Apabila Perang Dunia Pertama meletus, pasukan MSG telah

ditempatkan di Singapura bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh regimen

British yang diarahkan ke medan perang. Semasa di Singapura timbul isu pasukan

MSG membantah satu arahan dari London untuk bersiap sedia ke medan perang.

Pembantahan arahan dari London menimbulkan kemarahan Kolonel C.H.B. Lees,

Komandan MSG, dan juga pegawai-pegawai Inggeris yang lain. Ekoran peristiwa

bantahan ini pasukan MSG telah diperintahkan balik ke Taiping.50

Pada 15 Februari 1915, pasukan Fifth Light Infantri yang majoriti anggotanya

beragama Islam dan sepatutnya berlepas ke Hong Kong telah melancarkan

pemberontakan di Singapura.51 Dalam masa dua hari, mereka telah membunuh

beberapa orang pegawai Inggeris dan orang awam. Sementara pasukan Mountain

Battery MSG yang bertempak di berek Alexandra telah bergerak ke Johor untuk

bersama rejimen MSG yang lain untuk pulang ke Taiping. Namun, ada beberapa

orang anggota unit Mountain Battery telah bersatu dengan pemberontak dari pasukan

Fifth Light Infantri.52 Perkembangan ini menjejaskan reputasi pasukan MSG dan

perbincangan tentang pembubarannya berlaku antara pihak tentera di Singapura

dengan Pejabat Perang di London. Dalam laporannya, Kolonel Lees menyatakan

anggota pasukan MSG yang menolak tawaran untuk berkhidmat ke Afrika

kemungkinannya telah terpengaruh oleh hasutan Komagata Maru dan Parti Ghadr.53

Oleh sebab masalah ketenteraan yang dihadapi oleh British agak serius, maka Pejabat

Perang telah mengarahkan supaya pembubaran pasukan MSG ditangguhkan sehingga

peperangan tamat. Sementara itu suatu kekacauan telah berlaku di Kelantan pada

12

Page 13: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

tahun 1915 dan 200 orang anggota MSG dari Taiping telah dikerahkan dua minggu

kemudian.54 Pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di Kelantan telah berjaya

dipatahkan oleh pasukan MSG.

Pada 26 September 1915, garison Taiping telah menjadi lengang apabila lebih

kurang 700 pegawai dan anggota MSG telah berlepas ke Aden, Turki.55 Sepanjang

penglibatan mereka di Aden dalam Perang Dunia Pertama, pasukan MSG telah

berkhidmat dengan berani dan cemerlang.56 Pada bulan April 1918, Gabenor

menyampaikan maklumat kepada Legislative Council bahawa:57

the reliance placed by His Majesty on their loyalty and valour has been justified, and I think we should record our appreciation of the very good work which has been carried out by the Regiment. By doing so, we shall bring home to them that Malaya appreciates what has been done and is interested in them.

The Guides served in Aden till November 1919 and left with the thanks and praise of Major-General Stewart. His routine orders read that 58the Malay States Guides are leaving Aden immediately. They have been with the field force since October 1915, over four years. During this time they have been engaged continually with the enemy and have sufferred considerable hardship. In action and in camp they have shown themselves brave, loyal and willing soldiers. They have rendered most valuable service to the Empire.

Ada beberapa sebab penting yang membawa kepada pembubaran MSG. Salah

satu sebab utama ialah pembabitan sebahagian kecil regimen MSG semasa Peristiwa

Dahagi 1915 di Singapura.59 Selepas pembubarannya, sebahagian besar anggotanya

pulang ke India untuk menyertai pasukan Tentera India (Indian Army). Sebahagian

kecil lagi pulang semula ke Tanah Melayu untuk menyertai pasukan polis Negeri-

negeri Melayu Bersekutu dan bagi mereka yang layak ada yang memohon geran tanah

untuk menjalankan aktiviti penanaman getah di Perak. 60

KESAN SOSIAL PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM PASUKAN

KESELAMATAN KOLONIAL BRITISH DI MALAYA

Penglibatan besar orang Sikh dalam pasukan PAP, FBPS dan MSG telah

meninggalkan beberapa kesan sosial yang penting di Malaya. Pertamanya, komuniti

Sikh yang dibawa masuk dari Punjab telah membawa masuk bersama-sama agama

13

Page 14: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

mereka, iaitu agama Sikh . Mereka tidak boleh dipisahkan dari agama Sikh dan sangat

berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang terdapat di dalamnya. Pada peringkat

awal penghijrahan orang Sikh ke Perak, agama Sikh telah menjadi elemen penting

dalam perpaduan di kalangan orang Sikh terutamanya yang berada dalam pasukan

PAP. Faktor agamalah faktor utama yang telah membantu menjalinkan hubungan

yang erat di kalangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan.61

Agama Sikh mengajar penganutnya mengamalkan pelbagai sifat kemanusiaan

yang baik dan terpuji seperti bersikap jujur, bermurah hati, bersabar dan bersikap

rendah diri. Orang Sikh dalam pasukan PAP telah mempraktikkan ciri-ciri ini dalam

kehidupan mereka. Seseorang penganut agama Sikh boleh menjadi insan yang baik

jika dia menyemaikan semangat dan sifat-sifat yang baik di dalam kegiatan seharian

mereka. Agama Sikh juga menolak segala bentuk ritual kerana prinsip utama dalam

agama Sikh ialah seseorang itu harus berkelakuan baik untuk mendapatkan balasan

yang baik pada kemudian hari. Atas sebab ini, orang Sikh dalam pasukan PAP tidak

pernah mengamalkan sebarang bentuk ritual seperti menyembah gambar-gambar

Tuhan atau dewa-dewi sebelum mereka memulakan tugas mereka.62

Komuniti Sikh amat menghormati simbol 5K63 dan anggota pasukan PAP

telah mengekalkan identiti agama mereka. Pegawai British juga menghormati ajaran

agama yang dianuti oleh anggota Sikh dalam pasukan keselamatan di Tanah Melayu.

Misalnya, Leftenan Swinburne dan beberapa orang pegawai British lain yang pernah

bekerja dalam pasukan tentera di India juga mengetahui prinsip-prinsip dalam agama

Sikh dan tidak melarang orang Sikh dari mengamalkan ajaran agama mereka. Malah

ada yang memandang tinggi dan mulia prinsip keagamaan yang terkandung dalam

ajaran agama Sikh yang jauh berbeza dari ajaran agama lain.64

Selepas pembubaran MSG, ramai anggotanya terus menetap di Tanah Melayu

dan menceburkan diri dalam bidang yang lain. Terdapat beberapa buah keluarga Sikh

di Malaysia yang berasal dari keturunan anggota pasukan MSG seperti tergambar

dalam pernyataan berikut:

Many soon returned to Malaya to seek their fortunes in other fields. Some settled down permanently. A considerable number of the old Sikh families established in Malaya today descend from these Sikhs.65

14

Page 15: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Kesan seterusnya menyentuh aspek pembinaan institusi gurdwara (pusat ibadat

Sikh). Pusat-pusat petempatan komuniti Sikh yang terawal di Tanah Melayu adalah di

berek-berek polis dan kawasan lombong bijih timah.66 Mereka mendirikan gurdwara,

iaitu tempat bersembahyang komuniti Sikh di kawasan petempatan mereka untuk

memenuhi keperluan kerohanian dan penyatuan komuniti Sikh. Gurdwara yang

pertama di Malaya telah didirikan oleh anggota polis Sikh berhampiran dengan berek-

berek polis. Misalnya, di negeri Selangor, gurdwara pertama didirikan pada 1890 oleh

anggota polis Sikh. Pada tahun 1898 telah didirikan sebuah lagi gurdwara di Selangor,

iaitu di Kelang dan sebuah lagi di Ibu Pejabat Polis High Street pada 1904.67 Ada juga

beberapa buah gurdwara polis yang lain dibina di Malaya ketika itu seperti Gurdwara

Polis Pulau Pinang, Gurdwara Polis Ipoh dan Gurdwara Polis Depot.68 Kesemua

gurdwara polis tersebut masih lagi wujud dan mengekalkan struktur pembinaan yang

asal. Kebanyakan ahli Jawatankuasa Gurdwara tersebut terdiri daripada kalangan

anggota polis. Orang Sikh yang tidak menjadi polis juga boleh bersembahyang di

gurdwara-gurdwara polis tersebut tanpa sebarang halangan.

Penganut Sikh menghormati institusi gurdwara kerana ia tempat ibadat dan

pusat pertemuan bagi memenuhi keperluan agama dan sosial. Ringkasnya, di mana

sahaja ada orang Sikh, di situ mesti ada gurdwara. Penganut Sikh mematuhi dan

menghormati ajaran sepuluh orang Guru mereka yang termaktub dalam kitab suci

agama Sikh, Sri Guru Granth Sahib Ji. Pemerintah British juga tidak menghalang

komuniti Sikh untuk mendirikan gurdwara kerana gurdwara dilihat sebagai pusat

penyatuan masyarakat Sikh.69 Ringkasnya, institusi gurdwara memainkan pelbagai

peranan sosial yang penting dalam masyarakat Sikh. Gurdwara bukan sahaja menjadi

pusat keagamaan malah menjadi pusat pengajaran sekolah gurmukhi, pusat penyatuan

sosial dan juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan umum yang menyentuh

perkara yang memberi kesan kepada kehidupan komuniti Sikh. Setiap gurdwara

ditadbir oleh Jawatankuasa Gurdwara yang dipilih oleh sanggat (congregation).

Granthi Sahib atau ketua agama juga dipilih oleh Jawatankuasa Gurdwara.70

Ringkasnya, kehidupan orang Sikh tidak boleh dipisahkan dari gurdwara kerana

segala upacara keagamaan yang bermula dari peringkat kelahiran sehingga kematian

berlangsung di gurdwara.

15

Page 16: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Satu ciri penting dalam hubungan Sikh dengan pihak kerajaan British ialah

kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan British kepada keupayaan, sumbangan dan

komitmen tinggi orang Sikh dalam melaksanakan tugas mereka. Ada beberapa sebab

mengapa komuniti Sikh digemari oleh kolonial British untuk diserapkan ke dalam

pasukan keselamatan di seluruh empayar British termasuk Malaya. Di antara faktor

yang menarik minat pihak British untuk merekruit komuniti Sikh ialah kesetiaan dan

keberanian askar Sikh. Ini dapat dilihat melalui dua pernyataan berikut:

The Mutiny of the Bengal Army in 1857 saw the beginning of the mass recruitment of Sikhs for the Indian Army. In less than ten years the Sikhs had become so grateful for the benefits of British rule that they were happy to fight for it. They were simple, manly and upright fellows. The army was considered as their natural profession. They were hardy, brave and intellegent, obedient to discipline; attached to their officers; and careless of caste prohibitions. They were considered to be thoroughly reliable and useful soldiers.71

When the Indian Mutiny broke out in 1857, only the Punjabis remained loyal to the British, while the rest of Northern Indian rebelled against their rule. The Sikhs especially, helped the British in supressing the Mutiny and were rewarded for their services. Furthermore, they were eagerly sought for their recruitment in the British Army because of their proven loyalty and bravery.72

Pihak British juga mendapati komuniti Jawa, Filipina, Boyan dan Bugis tidak

sesuai untuk dijadikan tentera dan polis kerana British mendakwa mereka tidak

berminat dan tidak suka dengan disiplin ketat yang telah dikenakan oleh British.

Pekerjaan polis dan tentera juga memerlukan waktu yang berbeza dengan corak

kehidupan seharian yang dijalankan oleh kaum-kaum tadi. Pihak British menganggap

masyarakat Melayu sebagai ‘malas’ dan tidak berkesan dalam menghadapi ancaman

kongsi-kongsi gelap Cina. Oleh kerana faktor inilah pihak British telah mengalih

pandangan mereka ke wilayah-wilayah Utara India, khususnya Punjab untuk

mendapatkan anggota polis dan tentera bagi menjaga kepentingan British di Tanah

Melayu.73 Mereka juga dipilih untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana

mempunyai susuk badan yang tegap dan berani.74

16

Page 17: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Keberanian orang Sikh dalam menjaga keselamatan di Tanah Melayu juga

diberi pengiktirafan oleh kerajaan British dan Malaysia. Keberanian orang Sikh bukan

sahaja terbukti di negeri India malah di China, Burma dan kawasan-kawasan tanah

jajahan British yang lain. Kejayaan Sikh di China terbukti selepas ditandatangani

Perjanjian Tienstin bila beberapa pasukan Sikh telah diberi “penghormatan

peperangan”. Di antara pasukan yang mendapat penghargaan tersebut ialah The First

Sikh Cavalry dan dua rejimen infantri dari Punjab.75 Di Malaysia, misalnya, pada 11

November setiap tahun satu perbarisan hormat akan diadakan sempena mengingati

jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang

Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Daripada 232 nama yang

telah tersemadi di Tugu Negara, 33 daripadanya terdiri daripada orang Sikh.76

Komuniti Sikh yang menganggotai pasukan keselamatan kolonial British

terutamanya MSG telah juga mengukir nama dalam bidang sukan. Dalam tahun 1896,

1898, 1903 dan 1905 anggota MSG telah memenangi Warren Shield.77 Pada tahun

1906, pasukan MSG di bawah Kapten Barret telah ke Bisley, England untuk

menyertai pertandingan menembak bagi meraih Piala Kolapore dan Mackinon tetapi

mereka gagal memenangi pertandingan untuk piala tersebut. Sebaliknya mereka

hanya memenangi beberapa acara individu. Sementara pada tahun 1908, pasukan

penembak rifle MSG telah memenangi Robert Competition di Bisley, England.

Mereka turut memenangi beberapa pingat dalam acara sukan seperti bola sepak dan

hoki. Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh orang Sikh menyebabkan

kontinjen polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang majoriti anggotanya

orang Sikh memenangi acara Warren Shield, bola sepak dan hoki pada tahun 1929,

1932 dan 1933. Terbukti bahawa orang Sikh ketika itu begitu aktif dalam acara sukan

sehingga mereka turut memonopoli pelbagai acara sukan di Malaya.

Penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan British turut membawa

kesan sosial yang dirasai oleh masyarakat tempatan terutama dalam aktiviti

peminjaman wang. Ramai daripada anggota Sikh yang telah berkhidmat dalam

pasukan FBPS dan MSG terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang dengan

kadar faedah yang tinggi (10 peratus) sebulan. Hasil siasatan yang telah dijalankan

mendapati di antara sebab mengapa sebilangan besar anggota Sikh dalam MSG

membantah perintah perkhidmatan di medan perang pada tahun 1914 dahulu adalah

kerana keterlibatan mereka dalam kegiatan peminjaman wang kepada masyarakat

17

Page 18: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

tempatan. Golongan Sikh yang terlibat khuatir dengan pemergian mereka ke medan

perang mereka kehilangan wang pokok yang telah dipinjamkan serta bunga yang

dijangka akan diperolehi setiap bulan.78 Sehingga kini kegiatan peminjaman wang

masih lagi dilakukan oleh sebahagian kecil komuniti Sikh di Malaysia.

KESIMPULAN

Penglibatan orang Sikh dalam pasukan keselamatan kolonial British telah mewarnai

sejarah kedatangan komuniti Sikh di Malaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

kejayaan British menjajah Malaya secara evolusi sangat bergantung kepada peranan

penting yang telah dimainkan oleh orang Sikh. Bantuan yang diberikan orang Sikh

telah menjadi perangsang kepada pemerintahan kolonial British untuk meluaskan

kuasanya di kawasan-kawasan yang boleh membawa keuntungan kepada pedagang-

pedagang mereka. Ini terbukti oleh penglibatan besar orang Sikh dalam pasukan

keselamatan di seluruh jajahan British seperti di India, Kanada, Fiji, Burma, Hong

Kong, New Zealand dan Australia. Ringkasnya, penglibatan komuniti Sikh dalam

pasukan keselamatan kolonial British di Malaya memang perlu dikaji oleh sarjana dari

pelbagai bidang sama ada sejarah, antropologi mahupun sosiologi. Sebenarnya

komitmen dan pengorbanan yang telah diberikan oleh komuniti Sikh dalam bidang

keselamatan di Malaysia tidak banyak diketahui oleh anggota masyarakat Malaysia

termasuk komuniti Sikh itu sendiri.

*Penghargaan Penghargaan ditujukan kepada beberapa orang sarjana yang telah memberi komen kepada deraf awal artikel ini. Mereka adalah Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail, kedua-duanya penyelia tesis Ph.D penulis, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Ong Puay Liu dan Prof. Madya Dr. Awang Hasmadi Awang Mois dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sdri. Fatan Hamamah Yahaya dari Universiti Sains Malaysia.

18

Page 19: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

1Penulis telah berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah daripada Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 2Taiping diberi nama oleh Kapten Speedy dan dalam bahasa Cina bermaksud Kedamaian Abadi (everlasting peace) menggantikan nama Melayunya Kelian Pauh sempena tamatnya Perang Larut pada bulan April 1874. Taiping begitu bersejarah kerana ia merupakan pusat pemerintahan British dan ibukota negeri Perak pertama sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Untuk keterangan lanjut mengenai sejarah Taiping, sila rujuk Khoo Kay Kim, 1991. ‘Taiping (Larut): the early history of a mining settlement,’ dlm. JMBRAS 64(1): 1-32; dan Khoo Kay Kim, 1992. ‘Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Taiping,’ dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah, Jil. 20, hlm. 48-58. 3 Nadzan Haron, 1992. ‘Garison Taiping 1874-1941,’ dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah, Jil. 20, hlm. 47. 4 Setakat ini penulis telah mengenalpasti 20 buah kajian yang sedikit sebanyak telah menyentuh tema mengenai penglibatan komuniti Sikh dalam pasukan keselamatan kolonial British di Malaya. Antaranya ialah kajian J.M. Gullick, 1953. “Captain Speedy of Larut”, JMBRAS, Jil. 26 (3): 5-103; Abdul Karim bin Bagoo, 1962. “The Origin and Development of The Malay States Guides”, JMBRAS, Jil. 35 (1): 51-94; Patrick Morrah, 1963. “The History of The Malayan Police”, JMBRAS, Jil. 36 (2): 5-172; Inder Singh, 1965, History of Malay States Guides 1873-1919; Emily Sadka, 1968, The Protected Malay States 1874-1895; Kernial Singh Sandhu, 1969, Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement (1786-1957); Malkiat Singh Dhalliwal dan Mukhtiar Kaur Sandhu, 1971. Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaya; Amarjit Kaur, 1973. ‘North Indian in Malaya: A Study of Their Economic, Social and Political Activities With Special Reference to Selangor 1870s-1940s’, Tesis Sarjana Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya; J. M. Gullick, 1978. “Syers and The Selangor Police 1875-1897”, JMBRAS Reprint No. 5; Nicholas Tarling, 1982. “The Singapore Mutiny, 1915”, JMBRAS 55(2): 26-59; Briged Jeneral Rajban Singh Gill, 1984. ‘The Participation of Indian Nationals in Military Organisations Before 1919’, TRISULAWIRA, Jurnal Muzium Angkatan Tentera, Jil. 1: 60-74; Mohamed Juhari Haji Shaarani, 1985. ‘Sejarah Pasukan Polis Zaman British: Satu Kajian Penglibatan, dan Peranan Mereka Dalam Pemberontakan Pahang (1891-1895)’, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia; Nadzan Haron, 1988, ‘The Raising of Volunteer Corps in Malaya’, dlm. Nik Hassan et.al. (ed.) Sumbangsih: Kumpulan Esei Sejarah, Bangi: Jabatan Sejarah, UKM; Nadzan Haron, 1989, ‘The Classic Ingredients of Muntiny in the Indian Army: the case of the 5th Light Infantry’, JEBAT, Jil. 17: 3-16; Sushila Kaur, 1990. ‘First Battalion Perak Sikhs,’ Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia; Nadzan Haron, 1991, ‘High Noon of the Sikhs in the Armed Establishments of British Malaya’, Malaysia Dari Segi Sejarah, Jil. 19: 65-78; Khoo Kay Kim, 1991. “Taiping (Larut): The Early History of a Mining Settlement”, JMBRAS 64(1): 1-32; Nadzan Haron, 1992, ‘Garison Taiping 1874-1941’, Malaysia Dari Segi Sejarah, Jil. 20: 38-47; Hasan Yusoff, 1993. “Perkembangan Polis DiRaja Malaysia di Semenanjung Tanah Melayu Pada Zaman Darurat 1945-1963”. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia; dan terakhir Mohd. Fadil bin Talib, 1994. ‘Sejarah Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896-1941),’ Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. 5 Untuk keterangan lanjut mengenai sejarah awal kedatangan orang Sikh ke Tanah Melayu sila rujuk, Sarjit Singh, 2001. ‘Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah Melayu,’ dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah, Jil. 29: 31-42. 6 Cohen, Robin, 1997. Global Diasporas: An Introduction. London: UCL Press, hlm. 109 7 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 38-47. 8 Untuk keterangan lanjut mengenai biografi Kapten Speedy sila rujuk, J.M. Gullick, 1953. “Captain Speedy of Larut”, JMBRAS, Jil. 26 (3): 5-103. 9 J.M. Gullick, “Captain Speedy of Larut”, hlm. 32. 10 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 11.

19

Page 20: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

11 Patrick Morrah, “The History of The Malayan Police”, hlm. 45. 12 J.M. Gullick, “Captain Speedy of Larut”, hlm. 33. 13 Ibid, hlm. 34. Ada juga sumber lain yang menyatakan Kapten Speedy membawa 95 orang Sikh, Pathan dan Punjabi-Muslim dari India, sila lihat Kernial Singh Sandhu, 1993. “Sikhs in Malaysia: A Society in Transition”, dlm. K.S. Sandhu & A. Mani (eds,). Indians communities in Southeast Asia. Singapura: Time Academic Press, hlm. 560. 14 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 16. 15 Inder Singh, History of Malay States Guides, hlm. 36. 16 Untuk keterangan lanjut mengenai persengketaan di Larut sila rujuk, Khoo Kay Kim, 1991. “Taiping (Larut): The Early History of a Mining Settlement”, JMBRAS 64(1): 1-32 dan Mohd. Zamberi A. Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 45-70. 17 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 23. 18 Kernial Singh Sandhu, “Sikhs in Malaysia: A Society in Transition”, hlm. 560. 19 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 29-30. 20 Ibid. hlm. 30. 21 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 31. 22 Untuk keterangan lanjut mengenai peristiwa pembunuhan Birch sila rujuk, Abdullah Zakaria Ghazali, 1997. Pasir Salak Pusat Gerakan Menentang Gerakan British di Perak. Perak: Yayasan Perak, hlm. 127-146. 23 Emily Sadka, 1968. The Protected Malay States 1874-1895. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, hlm. 91; Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 55. 24 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 32. 25 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 40. 26 Pada tahun 1874, Walker telah berkhidmat dalam pasukan tentera di Hong Kong, Pada tahun 1878 rejimen beliau dihantar ke Singapura. Dari tahun 1882-1884, Walker menjadi Pesuruhjaya bagi pasukan PAP. Pada tahun 1884, beliau dilantik sebagai Komandan pasukan ‘First Battalion Perak Sikhs (FBPS) dan pasukan Malay States Guides (MSG) pada tahun 1896. 27 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 36-49. 28 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 40. 29 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 37. 30 Ibid. hlm. 38. 31 Emily Sadka, ‘The Protected Malay States 1874-1895’, hlm. 238. 32 Leftenan Walker adalah seorang pegawai yang mementingkan disiplin dan berminat dalam acara sukan seperti kriket dan bola sepak. Untuk keterangan lanjut mengenai Leftenan Walker, sila lihat Patrick Morrah “The History of The Malayan Police”, hlm. 62.

20

Page 21: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

33 Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 58. 34 Ibid., hlm. 58-59. 35 Report on the Revenue and Expenditure on the State of Perak for the year 1881, Hugh Low, Straits Settlements Sessional Papers 1882 (Singapore: Government Office Printing, 1883), hlm. 344. (Dipetik dari Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs,’ hlm. 53). 36 Reports on the State of Perak for the year 1882, Hugh Low, PLCSS 1883 (Singapore: Government Office Printing, 1884), hlm. 562. (Dipetik dari Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs,’ hlm. 53). 37 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs,’ hlm. 53-54. 38 Annual Report for Perak for the year 1882, Hugh Low, SSGG 1883 (Singapore: Government Office Printing, 1884), hlm. 1095. (Dipetik dari Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs,’ hlm. 55). 39 Amarjit Kaur, 1973, ‘North Indian in Malaya: a study of their economic, social and political activities with special reference to Selangor 1870s-1940s’, Tesis Sarjana Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 154. 40 Hasan Yusoff, 1994. “Pasukan Polis di Negeri-negeri Melayu (1870-1941)” dlm. Malaysia in History, Jil 22, hlm. 37. 41 Annual Report for Perak for the year 1885, SSGG 1886, hlm. 918. (Dipetik dari Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm 40. 42 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 42. 43 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, 1971. Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia. Pulau Pinang: Lopo Ghar, hlm. 25. 44 Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 68; Untuk keterangan lanjut mengenai pemberontakan Pahang sila rujuk, J. de Silva, 1962. “British Relations With Pahang, 1884-1895”, JMBRAS, Jil. 35 (1): 23-44. 45 INTAN, 1980. Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, hlm. 5. 46 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia, hlm. 51. 47 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 44. 48 Ibid. hlm. 44. 49 Amarjit Kaur, ‘North Indian in Malaya,’ hlm. 159. 50 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 45. 51 Untuk keterangan lanjut mengenai pemberontakan ini yang dikenali sebagai Peristiwa Dahagi di Singapura 1915, sila rujuk Nicholas Tarling, 1982. “The Singapore Mutiny, 1915”, JMBRAS 55(2): 26-59; Nadzan Haron, 1989. ‘The Classic Ingredients of Mutiny in the Indian Army’, JEBAT, 17: 3-16; dan juga Nadzan Haron, 1988. ‘The Raising of Volunteer Corps in Malaya’, Nik Hassan et.al. (ed.) Sumbangsih: Kumpulan Esei Sejarah, Bangi: Jabatan Sejarah, UKM: 28-39. 52 S.S. Annual Report, 1915, hlm. 94 dan 97; Straits Times, 8 Mac 1915, hlm. 8: Berikut adalah nama anggota MSG yang terlibat dan didapati bersalah dalam Peristiwa Dahagi, mereka adalah sepoi Baggat

21

Page 22: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

Singh, Tamar Singh, Rulah Singh, Attar Singh, Hazara Singh, Tamar Singh dan Veer Singh (Dipetik dari Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 75). 53 Nicholas Tarling, 1982. “The Singapore Mutiny, 1915”, hlm. 41-42; Untuk keterangan lanjut mengenai penglibatan orang Sikh dalam Parti Ghadr di Malaya sila rujuk Azharudin Mohamed Dali, 2000. “Masyarakat India dan Gerakan Politik di Tanah Melayu, Tahun 1910-1920-an Dengan Tumpuan Kepada Masyarakat Sikh”, dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah, Jil. 28: 60-71. 54 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 45. Ada juga sumber lain menyatakan 100 orang askar bangsa Sikh dan satu pasukan sukarelawan Melayu tiba di Kota Bharu pada bulan Jun 1915. Dari Kota Bharu, askar Sikh dan sukarelawan Melayu berjalan kaki menuju ke Pasir Putih untuk menangkap Tok Janggut dan rakan-rakannya, sila rujuk Haji Buyong bin Adil, 1985. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 228. 55 Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 76. Untuk maklumat mendalam mengenai pembabitan MSG di Aden sila rujuk Inder Singh, History of Malay States Guides, hlm. 54-84. 56 Persatuan Muzium Negara, 1994. Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara dan Muzium PDRM Malaysia, hlm. 39. Ada juga sumber lain yang menyatakan pasukan MSG mengalami kekalahan dan gagal menunjukkan taraf profesionalismenya. Walaupun keanggotaanya sentiasa ditambah bagi menggantikan mereka yang terkorban sepanjang peperangan itu. Terdapat cuma 400 anggota saja yang masih hidup pada tahun 1918. Kematian anggota yang begitu besar menyebabkan pembubarannya ketika masih berada di Aden, sila lihat Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 45. 57 Legislative Council Proceedings, F. M. S. , 1918, B. 29. (Dipetik dari Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 76). 58 F. M. S. Government Gazette, (Dipetik dari Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 76-77). 59 Sila rujuk Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 77-78 dan Nicholas Tarling “The Singapore Mutiny 1915”, hlm. 34-35. 60 Inder Singh, History of Malay States Guides, hlm. 84-84. 61 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 43-44. 62 Ibid. hlm. 44. 63 Untuk keterangan lanjut mengenai simbol 5K, sila lihat Sarjit Singh, 1998. ‘Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia,’ Latihan Ilmiah, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sesi 1997/1998, hlm. 103. 64 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs’, hlm. 46-47. 65 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia, hlm. 16. 66 Amarjit Kaur, 1983. “Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya,” dlm. Malaysia in History, Jil. 26, hlm. 32-33. 67 Amarjit Kaur, “Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya,” hlm. 37-38.

22

Page 23: PENGLIBATAN ORANG SIKH DALAM TIGA PASUKAN

68 Malkiat Singh Lopo dan Mukhtiar Kaur Sandhu, Some Sikh Culture, Customs and Traditions in Malaysia, hlm. 135. 69 Sarjit Singh, 1999. Diaspora dan Masalah Identiti Sikh di Malaysia. Akademika. Jil 55, hlm. 186. 70 Kernial Singh Sandhu, 1993. “The Coming of the Indian to Malaysia”, dlm. K.S. Sandhu dan A. Mani (eds,). Indian Communities in Southeast Asia. Singapura: Time Academic Press, hlm 181. 71 Nadzan Haron, “High Noon of The Sikhs” hlm. 68. 72 Amarjit Kaur, ‘North Indian in Malaya,’ hlm. 24; Sila rujuk juga Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs,’ hlm. 69-70. 73 Untuk keterangan lanjut sila rujuk, Ranjit Singh a/l Malkiat Singh, ‘Jagat Singh 1886-1956: Satu Kajian Biografi Tentang Peranan dan Sumbangan Seorang Tokoh Sikh Tempatan’. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Sesi 1997/98, hlm. 4-6. 74 Sarjit Singh, ‘Identiti Sikh,’ Kertas Projek Ijazah Sarjana Sastera, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sesi 1999, hlm. 53. 75 Sushila Kaur, ‘First Battalion Perak Sikhs,’ hlm. 70. 76 Sarjit Singh, 2000. Diaspora Sikh ke Tanah Melayu. Research Bulletin, Jil. 2 (1), hlm. 3-4. 77 Warren Shield adalah pertandingan sukan menembak menggunakan rifel. Perkataan Warren diambil sempena nama Sir Charles Warren, General Officer Commanding (G.O.C.) di Negeri-negeri Selat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk, Malayan Police Magazine, 1929, Jil. 2 (8): hlm. 348 dan Abdul Karim bin Bagoo, “The Origin and Development of The Malay States Guides”, hlm. 72. 78 Nadzan Haron, ‘Garison Taiping 1874-1941’, hlm. 45. Nota Penyunting: Makalah ini telah diterbitkan dalam Jurnal e-Sumber, iaitu jurnal elektronik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi, pada tahun 2003, Jilid 1. Sebanyak enam makalah diterbitkan dalam keluaran jilid 1 ini. Walau bagaimanapun, Jurnal e-Sumber tidak lagi wujud sebagai jurnal elektronik FSSK dan laman sesawangnya kini tidak dapat diakses. Sidang penyunting Jurnal e-Bangi FSSK, jurnal elektronik semasa FSSK, memutuskan untuk memuatkan enam makalah Jurnal e-Sumber ini dalam Bahagian Arkib, Jurnal e-Bangi.

23