penglibatan pelajar sekolah menengah kawasan … bin jemaan.tp.pdf · penglibatan pelajar sekolah...
TRANSCRIPT
PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN BAKRI
MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN
KECERDASAN EMOSI
MASRIF BIN JEMAAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪
JUDUL: PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN BAKRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KECERDASAN EMOSI
SESI PENGAJIAN : 2010/2013
Saya MASRIF BIN JEMAAN (MP101630) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan.
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : No115, JLN MURNI 10, PROF.MADYA DR. HAMDAN MD.SAID
TAMAN PUTERA MURNI 84000 MUAR JOHOR
Tarikh : 28 JANUARI 2013 Tarikh :
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : PROF MADYA DR HAMDAN BIN SAID
TARIKH : ..........................................
PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARLIMEN
BAKRI MUAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA
DENGAN KECERDASAN EMOSI
MASRIF BIN JEMAAN
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda Tangan :...........................................
Nama Penulis : MASRIF BIN JEMAAN
Tarikh : 28.01.2013
iii
DEDIKASI saya yang tidak terhingga kepada :
“Ayahnda, bonda, isteri dan anak-anak tersayang yang banyak
membantu dan memberi sokongan “ semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa
melimpahi kita di dunia dan di akhirat”
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas khas kepada Prof.
Madya Dr. Hamdan Said selaku penyelia kajian di atas bimbingan, nasihat, tunjuk
ajar dan dorongan sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi
Malaysia, teristimewa untuk Dr. M. Al-Muzammil Mohd Yassin, Dr. Lokman Tahir,
Dr. Khadijah Daud, Prof. Dr. Mohamed Najib Ghafar, Prof Madya Dr Abdul Rahim
Hamdan dan Prof Madya Dr. Yusof Boon yang telah mencurah ilmu tanpa mengira
penat lelah. Saya juga ingin meragkamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof.
Madya Dr. Hj. Mohd. Anuar Abdul Rahman, selaku penyelaras program atas segala
bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian dijalankan.
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua, guru-
guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat atas sokongan dan
kerjasama sehingga kajian ini berjaya disiapkan.
Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama mengikuti kursus Sarjana Pendidikan (Pengurusan
dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bantuan, dorongan,
humor dan cerita yang telah menjadi rangsangan kepada saya sepanjang tempoh
program pengajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan pelajar di sekolah menengah
dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi di sekolah-
sekolah menengah dalam kawasan Parlimen Bakri Muar, Daerah Muar, Johor. Kajian
ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang selidik sebagai
instrumen untuk mendapatkan data. Pemilihan sampel secara rawak bertujuan telah
digunakan dan seramai 306 pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan
telah dipilih sebagai responden. Kajian ini juga meneliti hubungan antara
pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dan hubungan antara pengetahuan kepentingan aktiviti
kokurikulum dengan faktor demografi respondan. Dapatan daripada kajian rintis
menunjukkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah masing-masing 0.968 .
Kesemua borang soal selidik yang lengkap telah dipulangkan. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences” ( SPSS )
versi 17.0 secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, min dan peratusan dan secara
inferensi dalam bentuk ujian-t dan Pekali Korelasi Pearson. Dapatan kajian
menunjukkan min pengetahuan terhadap kepentingan aktiviti adalah tinggi. Selain
itu, min penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah sederhana. Min tahap
kecerdasan emosi pelajar adalah tinggi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Berdasarkan ujian
Korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan kecerdasan emosi pada nilai
signifikan 0.000. Cadangan yang relevan berdasarkan dapatan kajian dikemukakan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the relationship between students in
co-curricular activities and emotional intelligence in secondary schools in the area of
Parlimen Bakri, Muar, Johor. This study was carried out quantitatively using a
questionnaire as an instrument to collect data. Random sample selection aims were
used and a total of 306 form four students from secondary schools were selected as
respondents. The study also examines the relationship between knowledge of the
importance of co-curricular activities with student involvement in co-curricular
activities and knowledge of the importance of the relationship between co-curricular
activities and demographic factors of respondents. Findings from the pilot study
show Alpha Cronbach coefficient was respectively 0.968. All completed
questionnaires were returned. Data were analyzed using the software "Statistical
Package For Social Sciences" (SPSS) version 17.0 using descriptive in terms of
frequency, percentage and mean and inference in the form of t-test and Pearson
correlation coefficient. The results showed the mean knowledge of the importance of
the activity is high. In addition, the mean student involvement in co-curricular
activities is modest. Mean level of emotional intelligence is high. The t-test results
showed no significant difference in the level of student involvement in co-curricular
activities among male and female students. Based on Spearman correlation test
showed a significant relationship between the level of student involvement in co-
curricular activities with a significant value of emotional intelligence in 0000.
Relevant recommendations based on the findings presented
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xviii
SENARAI RAJAH xxiii
SENARAI SIMBOL xxv
SENARAI LAMPIRAN xxvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 12
1.7 Kerangka Teori Dan Konsep 12
1.8 Kepentingan Kajian 14
1.9 Skop Kajian 16
1.10 Batasan Kajian 17
1.11 Definisi Istilah dan Operasi 17
1.11.1 Tahap Penglibatan 18
viii
1.11.2 Aktiviti Kokurikulum 19
1.11.3 Kecerdasan Emosi (EQ) 19
1.11.4 Kesedaran Kendiri 20
1.11.5 Pengawalan Kendiri 21
1.11.6 Motivasi Kendiri 21
1.11.7 Empati 22
1.11.8 Kemahiran Sosial 22
1.12 Penutup 22
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 24
2.2 Latar Belakang Pendidikan 24
Kokurikulum
2.3 Konsep Aktiviti Kokurikulum 25
2.4 Matlamat Aktiviti Kokurikulum 27
2.5 Objektif Aktiviti Kokurikulum 27
2.6 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 28
2.6.1 Menyemai kesedaran kepada 29
Agama dan Kepercayaan kepada
Tuhan
2.6.2 Menyeimbangkan Perkembangan 30
Rohani, Jasmani, Intelek dan Emosi
2.6.3 Mengukuhkan Perpaduan dan 32
Kerjasama
2.6.4 Membina dan Meningkatkan Disiplin, 33
Minat dan Bakat
2.6.5 Mewujudkan Budaya Sekolah Sihat 35
dan Berwatak
2.7 Strategi Dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 36
2.8 Kecerdasan Emosi (EQ) 38
2.9 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar Negara 40
ix
2.10 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Dalam Negara 43
2.11 Penutup 47
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk Kajian 51
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 52
3.4 Instrumen Kajian 54
3.4.1 Bahagian A - Maklumat Responden 55
3.4.2 Bahagian B - Pengetahuan Terhadap 55
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum
3.4.3 Bahagian C - Penglibatan Pelajar 57
Dalam Aktiviti Kokurikulum
3.4.4 Bahagian D - Kecerdasan Emosi (EQ) 58
3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 59
3.6 Cara Pemarkatan 59
3.6.1 Skala Pengetahuan Kepentingan 60
Pengetahuan Dalam Aktiviti
Kokurikulum
3.6.2 Skala Penglibatan Pelajar dalam 61
Aktiviti Kokurikulum
3.6.3 Skala Kecerdasan Emosi (EQ) 63
3.7 Kajian Rintis 64
3.8 Analisis Data 65
3.8.1 Analisis Deskriptif 66
3.8.2 Analisis Inferensi 67
3.9 Takwim Kajian 69
3.10 Penutup 70
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 73
4.2 Analisis Diskriptif Maklumat Diri 74
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 74
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 74
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 75
Pendidikan Ibu
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap 76
Pendidikan Bapa
4.3 Pengetahuan Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 76
4.3.1 PengetahuanTerhadap Kepentingan
Aktiviti Kokurikulum dari Aspek Jasmani dan
Kesihatan 77
4.3.2 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti
Kokurikulum dari Aspek Kerohanian 79
4.3.3 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti
Kokurikulum dari Aspek Emosi 79
4.3.4 Pengetahuan Terhadap Kepentingan Aktiviti
Kokurikulum dari Aspek Emosi Intelek/
Akademik 82
4.4 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Ko-kurikulum 84
4.4.1 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum 84
4.4.2 Kekerapan JumlahMasa Melibatkan Diri Dalam
Aktiviti Kokurikulum 84
4.4.3 Jumlah Aktiviti Yang Disertai Dalam Aktiviti
Kokurikulum 86
4.4.5 Jumlah Jawatan Dipegang Dalam Aktiviti
Kokurikulum 87
xi
4.4.6 Menjalankan Tugas Dalam Aktiviti
Kokurikulum 88
4.4.7 Dalam Penilaian Aktiviti Kokurikulum 90
4.5 Kecerdasan Emosi 91
4.5.1 Kecerdasan Emosi Dari Segi Intrapersonal 91
4.5.1.1 Keputusan Keupayaan Mengenal
Emosi Kendiri 91
4.5.1.2 Keputusan Keupayaan Mengurus Emosi
Kendiri 94
4.5.1.3 Keputusan Motivasi Kendiri 98
4.5.2 Tahap Kecerdasan Emosi Dari Segi
Interpersonal 100
4.5.2.1 Keupayaan Mengendalikan
Hubungan Yang Berkesan 100
4.5.2.2 Keupayaan Mengenal Emosi Orang
Lain 103
4.5.2.3 Rumusan Analisis Tahap 107
Kecerdasan Emosi
4.6 Analisis Hubungan 108
4.6.1 Hubungan Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum Dengan Kecerdasan
Emosi Intrapersonal dan Interpersonal 109
4.6.2 Analisis Hubungan Antara Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Dengan Kecerdasan Emosi 119
4.7 Hubungan Antara Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum Dengan Pengetahuan
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 110
4.8 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan Faktor
xii
Demografi 111
4.8.1 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum
Berdasarkan Faktor Jantina 111
4.8.2 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan
Faktor Kaum 112
4.8.3 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan
Pendidikan Ibu 114
4.8.4 Perbezaan Tahap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan
Tahap Pendidikan Bapa 115
4.9 Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar Berdasarkan
Faktor Demografi 116
4.9.1 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Berdasarkan Jantina 116
4.9.2 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
Berdasarkan Faktor Kaum 117
4.9.3 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu 118
4.9.4 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
BerdasarkanTahap Pendidikan Bapa 120
BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 122
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 122
5.2.1 Taburan Demografi Responden 123
5.2.2 Tahap PengetahuanTerhadap Kepentingan
Aktiviti Kokurikulum 124
xiii
5.2.3 Tahap PenglibatanPelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum 126
5.2.4 Tahap Kecerdasan Emosi Responden 128
5.2.5 Hubungan Antara Tahap Penglibatan
Pelajar Dalam Aktiviti Kokorikulum
Dengan Tahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) 128
5.2.6 Hubungan Antara Tahap Pengetahuan
Kepentingan Aktiviti kokorikulum
Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam
Aktiviti Kokurikulum 130
5.2.7 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
Mengikut Jantina 130
5.2.8 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
Mengikut Kaum 132
5.2.9 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
Mengikut Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu 133
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 134
5.4 Cadangan Tindakan 134
5.5 Kesimpulan 136
Rujukan 138
Lampiran
SENARAI JADUAL
xiv
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Populasi Kajian 53
3.2 Penentuan Saiz Sampel, Krejcie dan 53
Morgan (1970)
3.3 Instrumen Pengetahuan Kepentingan 56
Aktiviti Kokurikulum
3.4 Skor jawapan soal selidik Bahagian B 56
3.5 Item-Item Penglibatan Pelajar Dalam 57
Kokurikulum
3.6 Item-Item Kecerdasan Emosi 58
3.7 Skor jawapan soal selidik Bahagian D 59
3.8 Tahap Pengetahuan Kepentingan Aktiviti 60
Kokurikulum Min Tiga Skor
3.9 Pemarkatan item Positif dan Negatif Alat 60
Ukur Pengetahuan Terhadap Kepentingan
Aktiviti Kokurikulum
3.10 Kedudukan item-item positif dan negatif 61
bagi soal selidik Pengetahuan Kepentingan
Aktiviti Kokurikulum
3.11 Tahap Min Skor Penglibatan Pelajar 62
Dalam Aktiviti Kokurikulum
3.12 Tahap Skor Jawapan Penglibatan Pelajar 62
Dalam Aktiviti Kokurikulum
3.13 Tahap EQ berdasarkan min tiga skor 63
3.14 Pemarkatan item Positif dan Negatif
3.15 Kedudukan item-item positif dan negatif bag i 63
soal selidik Kecerdasan Emosi
3.16 Kaedah Penganalisisan Data 64
3.17 Interpretasi Kekuatan Sesuatu Hubungan 67
Berdasarkan Tafsiran
xv
3.18 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara 69
Dua Pembolehubah
3.19 Takwim Kajian 69
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 72
4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 73
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 74
Pendidikan Ibu
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap 74
Pendidikan Bapa
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan 76
Terhadap Kepentingan Aktiviti Kokurikulum
Aspek Jasmani dan Kesihatan
4.6 Taburan RespondenMengikut Pengetahuan 78
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Aspek
Kerohanian
4.7 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan 80
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Aspek
Emosi
4.8 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan 82
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Aspek
Intelek Akademik
4.9 Taburan Responden Mengikut Jumlah Masa 84
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.10 Taburan Responden Mengikut Jumlah Aktiviti 85
Yang Disertai Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.11 Taburan Responden Mengikut Jumlah Jawatan 88
Yang Dipegang Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.12 Taburan Responden Mengikut Menjalankan 89
Tugas Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.13 Taburan Responden Mengikut Dari Aspek 91
Penilaian Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.14 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 93
Mengenal Emosi Kendiri
xvi
4.15 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 96
Mengurusm Emosi Kendiri
4.16 Taburan Responden Mengikut Motivasi 100
Kendiri
4.17 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 103
Keupayaan Mengendalikan Hubungan Yang
Berkesan
4.18 Taburan Responden Mengikut Keupayaan 106
Mengenal Emosi Orang Lain
4.19 Tahap Kecerdasan Emosi Intrapersonal 109
4.20 Tahap Kecerdasan Emosi Interpersonal 110
4.21 Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal
dan Interpersonal)
4.22 Keputusan Ujian Korelasi Spearman 112
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum dengan Intrapersonal dan
Interpersonal
4.23 Keputusan Ujian Korelasi Spearman Bagi 112
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum dengan Kecerdasan
Emosi
4.24 Korelasi Hubungan Antara Pengetahuan 113
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dengan
Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
4.25 Keputusan Ujian-T Perbezaan Penglibatan 115
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Jantina
4.26 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 115
Penglibatan Aktiviti Kokurikulum
Mengikut Kaum
4.27 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 116
Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Berdasarkan
Pendidikan Ibu
4.28 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan Tahap 117
xvii
Penglibatan Aktiviti kokorikulum Berdasarkan
Pendidikan Bapa
4.29 Keputusan Ujian-T Perbezaan Kecerdasan 119
Emosi Mengikut Jantina
4.30 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 120
Kecerdasan Emosi Mengikut Kaum
4.31 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 121
Kecerdasan Emosi Berdasarkan
Tahap Pendidikan Ibu
4.32 Keputusan Anova Satu Hala Perbezaan 122
Tahap Kecerdasan Emosi Berdasarkan
Tahap Pendidikan Bapa
5.1 Tahap Pengetahuan Terhadap Kepentingan 126
Aktiviti Kokurikulum
5.2 Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti 128
Kokurikulum
5.3 Tahap Kecerdasan Emosi Responden 129
SENARAI RAJAH
xviii
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kajian 13
2.1 Hubungan Di Antara 26
Kurikulum Dan Kokurikulum
2.2 Aliran ciri kecerdasan emosi 40
3.1 Reka Bentuk Kajian 50
DAFTAR SINGKAT
xix
EQ Emotional Qoutient (Kecerdasan Emosi)
Ho Hipotesis nol
IQ Intelligence Quotient (Kecerdasan Intelek)
IPT Institut Pengajian Tinggi
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
p Signifikan
S Setuju
SP Sisihan Piawai
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UIA Universiti Islam Antarabangsa
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UM Universiti Malaya
UTM Universiti Teknologi Malaysia
UPM Universiti Putra Malaysia
% Peratus
SENARAI SIMBOL
xx
% - Peratus
r Pekali Kolerasi
f - Kekerapan
α - Alpha
df - Darjah Kebebasan
p - Nilai Signifikan
SENARAI LAMPIRAN
xxi
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Nilai Analsis Data- Kajian Sebenar
C Analisis Data Korelasi Spearman
D Nilai Analisis Data- T-Test dan ANOVA
E Surat Kelulusan Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan
social yang dikemukakan oleh Thorndik pada tahun 1920an (Goleman, D. 1995).
Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk
kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner,
H (1982) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan
intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka “Pelbagai Kecerdasan” nya.
(Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan oleh Goleman, D. (1998)
dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan
kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya “Emotional Intelligence”, maka kecerdasan
emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.
Kecerdasan emosi merupakan satu cabang ilmu yang masih baru dalam
disiplin psikologi. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang
terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi
manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan
klinikal. Malah ia turut dilihat dalam pelbagai pespektif sains sosial dan kemanusiaan
seperti sosiologi, geografi, pendidikan, linguistik, sejarah dan sebagainya. Pendek
kata emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam pelbagai disiplin
pengetahuan. Justeru itu, tidak hairanlah menurut sebuah klise yang diungkapkan
2
oleh Plato iaitu “emosi hanya dimiliki oleh manusia, namun tidak semua manusia
memiliki kemanusiaan”.
Bagaimanapun menurut Goleman, D. (1995), kejayaan seseorang individu,
secara keseluruhanya sebanyak 20% bergantung pada tahap Kecerdasan Intektual
(IQ), manakala sebanyak 80% bergantung kepada keberkesanan seseorang mengurus
dan mengawal emosi (EQ). Kecemerlangan akademik memainkan peranan untuk
mendapatkan sesuatu pekerjaan tetapi ianya tidak menjamin seseorang itu dapat
menunjukkan prestasi kerja yang baik. Goleman, D. (1998), juga menegaskan
bahawa individu yang cemerlang memiliki kelebihan berbanding dengan individu
lain dalam mengawal emosi. Mereka mampu melaksanakan tugasan yang sukar tanpa
bersungut dan rasa terbeban, boleh menjalinkan kerjasama sebagai satu pasukan
untuk mencapai matlamat hidup dan matlamat organisasi. Ringkasnya kecerdasan
emosi boleh mempengaruhi keupayaan individu untuk menguasai cabaran dan
tekanan dalam persekitaran.
Di peringkat Pendidikan Nasional pula, usaha kerajaan untuk menyediakan
tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seimbang kepada
pihak industri dijelmakan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara inti pati
falsafah tersebut ialah melahirkan individu yang seimbang daripada segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks inilah peranan kokurikulum sebagai
pelengkap kepada kurikulum memainkan peranannya. Ini kerana menerusi kurikulum
semata-mata adalah sukar untuk sesebuah institusi pendidikan melahirkan individu
yang seimbang secara sempurna. Intelligence Quotient (IQ) boleh dikembangkan
menerusi kurikulum tetapi Emotional Quotient (EQ) agak sukar dikembangkan
menerusi kurikulum, EQ lebih mudah dikembangkan menerusi kokurikulum. IQ
penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam alam persekolahan
tetapi EQ penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam alam pekerjaan dan
kehidupan sebenar (Tuan Ismail Tuan Soh, 1999). Peri pentingnya kokurikulum
dalam pembangunan diri individu dan melahirkan individu yang seimbang turut
disokong oleh Teng Bon Tong (1984) dan Vasudevan T. Arosoo (1988) yang
menyatakan antara keunikan kokurikulum ialah di dalamnya terkandung
pembangunan psikomotor (fizikal), kognitif (intelek) dan afektif (emosi dan rohani).
Yusoff Ismail (1993) pula menyatakan pelajaran dalam bilik darjah ialah asas
3
pengetahuan tetapi perkembangan potensi diri individu adalah menerusi
kokurikulum. Sekiranya kita melihat aspek intelligence dalam ruang lingkup lebih
luas seperti diutarakan oleh Gardner (1982) menerusi konsep Multiple Intellegence
yang merangkumi kecerdasan linguistik, kecerdasan matematik-logik, kecerdasan
ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik-fizikal, kecerdasan interpersonal dan
kecerdasan intrapersonal, maka peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada
kurikulum akan lebih diperlukan.
Sehubungan dengan itu, dunia pendidikan masa kini berhadapan dengan
cabaran untuk melahirkan generasi muda yang seimbang, harmonis, berilmu
pengetahuan, memiliki kecerdasan intelek serta kecerdasan emosi yang baik dalam
usaha merealisasikan aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju tahun
2020. Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1987) yang memberi penekanan kepada aspek kecerdasan emosi sebagai
salah satu potensi individu yang ingin dikembangkan dalam sistem pendidikan di
Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara merupakan
wadah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya
serta alam sekeliling serta untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai–nilai positif untuk
perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda akan datang. Bagi menghasilkan
satu sistem pendidikan seimbang dan sempurna, maka penekanan kepada kedua-dua
aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberatkan agar tahap kecerdasan
emosi pelajar dapat memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan
jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan
dan ketrampilan intelek.
4
Sehubungan dengan itu kokurikulum adalah sangat penting dalam
menstabilkan emosi untuk merealisasikan konsep pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran merentasi kurikulum di mana ia merangkumi aktiviti pendidikan jasmani,
seni dan rekreasi, aktiviti sains dan teknologi serta aktiviti kumpulan dan sosial.
Menurut Hairunnaja Najmuddin (2004), kegelisahan atau ketidakstabilan emosi
terjadi akibat kegagalan seseorang pelajar yang mengendalikan sikap positifnya
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Oleh kerana keupayaan
dan daya tahan seseorang pelajar berbeza, kegelisahan boleh menjadi penyakit yang
merbahaya dan menyebabkan penderitaan serta menjejaskan keharmonian hidup.
Maka kegelisahan ini perlulah diatasi dengan wajar agar mereka dapat meneruskan
hidup ini dengan ceria dan positif. Bagi Mohamed Alfian dan Mohamed Shariff
(2006) pula, kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah
laku atau kecenderungan gaya berfikir. Walau bagaimanapun orang yang mengalami
kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu meneruskan hidupnya tetapi yang
membezakannya dengan orang lain adalah penderitaannya yang tidak mampu hidup
bergembira, riang, yakin, bersemangat dan bahagia.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bidang ini berupaya
memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan jasmani, menguatkan
keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi seterusnya kepada kemantapan
rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan pegangan kepada agama
yang dianuti. Proses pembinaan individu ini perlu berterusan dan menyeluruh tanpa
ada pemisahan antara kurikulum dan kokurikulum (Ab.Alim Abd Rahim, 1999).
Kini, kokurikulum dan tahap kecerdasan emosi telah menjadi keutamaan
dalam pendidikan. Kajian oleh Yusnizam, (2008) dalam Wong Huey Ling (2007),
mendapati, penglibatan dalam kokurikulum menggalakkan perkembangan
keseluruhan individu murid. Ia juga memudahkan pencapaian matlamat akademik
dan bukan akademik. Kokurikulum berupaya menghasilkan kesan positif seperti
membentuk keupayaan mengawal kehidupan sendiri, aspirasi pendidikan yang tinggi
dan mengurangkan masalah keciciran. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia begitu serius berusaha dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah
untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan
5
peribadi unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara
kolektif dan bersepadu.
Persoalannya di sini, adakah pelajar-pelajar yang mempunyai tahap
kecerdasan emosi yang rendah turut dikaitkan dengan pelajar-pelajar yang
mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Ini mungkin kerana mereka
mempunyai kurang daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, sentiasa
berfikiran negatif, sukar menjalinkan persahabatan dengan orang lain dan juga
terdorong untuk melakukan kegiatan jenayah yang kian berleluasa di Negara ini.
Sebagai bukti yang nyata, terpampang jelas didada-dada akhbar, yang menunjukkan
semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dengan melakukan rompakan,
perkosaan, dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan
perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami,
walhal untuk perkara yang kecil sekalipun. Akibatnya, bukan sahaja prestasi
pembelajaran mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan
masyarakat sekitar. Salah perilaku yang berlaku seperti contoh di atas, mungkin
disebabkan mereka terjebak dalam pelbagai penyakit masyarakat seperti pengaruh
rakan sebaya, masalah kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap
kecerdasan emosi yang terlalu rendah dan lain-lain lagi yang mencetuskan kepada
beberapa masalah tertentu, seterusnya menggugat prestasi akademik pelajar
berkenaan. Hasil daripada pendapat dan kajian tersebut, penyelidik cuba untuk
meninjau perkaitan hubungan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian
akademik pelajar.
Mohd. Najib Abd Ghafar (2007) menyatakan pendidikan seimbang
seharusnya menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti
kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa
Malaysia yang harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa
kecerdasan emosi generasi hari ini dapat melahirkan pemimpin masa depan. Apa
yang menarik untuk kita ketahui daripada kenyataan ini ialah sejauh manakah
generasi muda hari ini sedar akan hakikat bahawa mereka kelak akan menjadi
pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan tanggungjawab kepimpinan kepada
masyarakat? Ramai pelajar berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan
satu aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan
6
objektif yang nyata (Faridah Karim, 1988) dalam kajian Wong Huey Ling (2007).
Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada pemburuan keputusan akademik
cemerlang sahaja. Ada juga pelajar berpendapat pelajar yang aktif dalam
kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi akademik. Walau
bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim Yen Yen (1991) dalam
kajiannya yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam pencapaian
akademik bagi pelajar yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Walaupun ramai pelajar mengakui akan kepentingan aktiviti kokurikulum
dalam pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran dan menghayati nilai-
nilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai kemahiran dan kompetensi,
namun sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan penegasan yang sewajarnya
dalam mengimbangi antara kepentingan akademik dengan aktiviti kokurikum. Hasrat
untuk mewujudkan satu generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang
unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang tidak
akan tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang lebih hanya
diberikan kepada bidang akademik. Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya diberikan
pendidikan yang mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek kurikulum dan
kokurikulum supaya lebih ramai tenaga profesional dan separuh profesional dapat
dilahirkan bagi memastikan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran negara.
Menurut Adnan Sharif (1988) walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum
kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang
masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak
menghairankan jika programnya dilaksanakan secara ambil lewa sahaja dan aktiviti
dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti mata pelajaran
akademik. Dapatan Adnan Sharif (1988) disokong oleh Abu Bakar Nordin (1991).
Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan pihak yang tidak memahami dan
tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila mereka merasakan
kokurikulum membuang masa pelajar, menggunakan wang yang banyak dan terlalu
banyak tanggungjawab. Pelaksanaan kokurikulum di universiti tidak begitu
mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak
terutamanya pengurusan mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil
bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat
7
kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar menyakini bahawa kecenderungan
tenaga pengajar terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan
beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.
Menurut Azizah Nordin (1991), kokurikulum memberi ruang kepada pelajar
untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat menyemai,
memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan perasaan kekitaan
di kalangan pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya bersikap berdisiplin,
berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi (Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,1979). Asiah Abu
Samah (1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan mereka tentang
keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena penglibatan
yang tidak seimbang dalam aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar berlaku kerana
kegagalan pihak pengurusan sekolah melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam
aktiviti kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan peluang pelajar
memupuk sifat kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di kalangan pelajar.
Menurut Mohd.Nordin Mohd Nasir (1986), kecerdasan emosi yang tumbuh dalam
diri pelajar-pelajar akan mempengaruhi tahap insiatif pembelajaran pelajar. Rasa
tanggungjawab menjalankan tugas, rasa hormat menghormati antara warga sekolah
dipengaruhi oleh kesedaran yang ada pada pelajar sendiri. Dengan melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum, sikap-sikap dalam kemahiran generik ini akan dapat
disemai, disubur dan akhirnya dibentuk. Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata
kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung
di dalam pembentukan diri dan personaliti pelajar.
Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002) dan Sumarni Dahrir dan
Borhan Yusof (2002) pula menyatakan kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti
yang dapat mengembangkan kemahiran sosial, bercampur gaul, berhubung mesra,
personaliti positif, kepimpinan, kemasyarakatan dan sifat bertanggungjawab dan
akhirnya dapat membentuk pelajar yang mahir dalam perhubungan awam
(interpersonal). Ketua Unit Kokurikulum Mohd. Hanafi Majid menyatakan menerusi
kegiatan perkhemahan akademik di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat
mewujudkan ciri-ciri kemahiran generik seperti pembinaan sahsiah, kepimpinan,
akhlak mulia, membina potensi pelajar, jaya diri, yakin diri, disiplin, ketokohan, daya
8
kepimpinan, amal muafakat, keprihatinan, budaya penerokaan ilmu pengetahuan dan
kemahiran berfikir kritis dan kreatif (Torek Sulong, 2001). Idea tersebut selari
dengan pandangan yang dikemukakan oleh Wan Abd. Aziz Wan Mohd. Akib, et al
(1999), yang berpendapat kegiatan kokurikulum yang efisien dapat melahirkan
lulusan universiti yang mempunyai personaliti kemesraan, personaliti keberanian,
personaliti disiplin diri, personaliti tahu tanggungjawab, personaliti kompromi,
personaliti dedikasi, personaliti berinovasi dan bermotivasi.
Sehubungan dengan konteks kokurikulum melahirkan pelajar yang
mempunyai motivasi, Ishak Othman dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002),
mengemukakan pandangan bahawa dalam kegiatan sukan, seseorang dapat
meningkatkan motivasi dalaman dan luaran. Selanjutnya Zainuddin Mohamad dan
Mohd Sofian Omar Fauzee (2002), berpendapat bahawa dalam kegiatan sukan
terdapat faktor motivasi, proses latihan, kepuasan kendiri dan hidup, hubungan
personal dan pencapaian prestasi yang merupakan antara penentu imej kendiri positif
dan seterusnya melahirkan pemikiran positif serta menjamin pencapaian sesuatu
matlamat.
Omardin Ashari (1996) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum yang
diadakan di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat
pelajar untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan. Kokurikulum juga
dilihat sebagai satu konsepsi, orientasi dan bayangan yang hendak dicapai melalui
program pendidikan. Kokurikulum yang dirancang bukan sahaja dapat melahirkan
pelajar yang berilmu malah memiliki sifat-sifat kepimpinan yang terserlah. Semua ini
menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum diharapkan akan dapat membentuk
personaliti pemimpin pada diri pelajar. Ini selaras dengan dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang mensasarkan beberapa
objektif yang boleh dicapai berhubungan dengan pembentukan daya kepimpinan di
kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum yang memberi peluang kepada pelajar
melibatkan diri dengan aktif, meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan
pemupukan nilai dengan sikap positif dan memupuk daya kepimpinan di kalangan
mereka. Secara umumnya kita menyedari bahawa daya kepimpinan dalam diri
seseorang tidak wujud secara semulajadi. Menyedari realiti ini pihak berwajib telah
9
berusaha untuk menyemai dan menyuburkan pembentukan kecerdasan emosi
tersebut dalam aktiviti kokurikulum.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar yang cemerlang biasanya dikaitkan dengan tahap kecerdasan emosi
yang tinggi. Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum, tahap kecerdasan emosi pelajar
dapat membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyemai
kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan; menyeimbangkan
perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi; mengukuhkan perhubungan dan
pergaulan dalam kalangan murid; membina dan meningkatkan minat dan bakat;
membina dan meningkatkan disiplin; mewujudkan budaya sekolah yang sihat;
membina dan meningkatkan kerjasama; dan mewujudkan sekolah berwatak telah
dilakukan melalui aktiviti kokurikulum.
Dalam kajian ini penyataan masalah yang hendak ditimbulkan ialah mengenal
pasti keberkesanan aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri iaitu tahap
kecerdasan emosi intrapersonal dan interpersonal dikalangan pelajar.
Pengkaji berkeyakinan bahawa penglibatan dalamn aktiviti kokurikulum
berupaya membentuk kecerdasan emosi pelajar. Berdasarkan pendapat Salovey &
Mayer (1990) kecerdasan emosi interpersonal dan intrapersonal dikategorikan
kepada lima domain utama iaitu mengenal diri, mengurus emosi kendiri,
memotivasikan diri, empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan. Empati
dan mengendalikan hubungan yang berkesan adalah dikategorikan dalam kecerdasan
interpersonal sementara tiga lagi iaitu mengenal diri, mengurus emosi dan
memotivasikan diri adalah di dalam kategori intrapersonal. Oleh yang demikian,
kajian uni dijalankan untuk membuktikan terdapatnya hubungan antara penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi pelajar.
10
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melihat kecerdasan emosi pelajar dan
hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-
sekolah yang menjadi tempat kajian. Kajian ingin melihat bagaimana sumbangan
yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan
dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu meningkatkan
tahap kecerdasan emosi pelajar. Secara terperinci objektif kajian ialah:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan terhadap kepentingan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum
1.4.2 Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
1.4.3 Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi pelajar (Intrapersonal dan
Interpersonal)
1.4.4 Mengenalpasti perkaitan antara tahap pengetahuan terhadap
kepentingan penglibatan dalam kokurikulum dengan tahap
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
1.4.5 Mengenalpasti hubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dengan tahap kecerdasan emosi.
1.4.6 Mengenalpasti perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan faktor demografi ( (jantina, kaum, tahap pendidikan
ibu dan bapa).
1.4.7 Mengenalpasti perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum berdasarkan faktor demografi (jantina, kaum, tahap
pendidikan ibu dan bapa).
11
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang akan
dijalankan dan ianya bergantung kepada objektif kajian iaitu untuk mengetahuai
kecerdasan emosi pelajar dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah yang menjadi tempat kajian. Secara terperinci
persoalan kajian ialah:
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan aktiviti
kokurikulum?
1.5.2 Apakah tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum?
1.5.3 Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar (Intrapersonal dan
interpersonal) ?
1.5.4 Apakah terdapat perkaitan antara tahap pengetahuan terhadap
kepentingan aktiviti kokurikulum dengan tahap penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum?
1.5.5 Apakah tahap hubungan antara penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan kecerdasan emosi ?
1.5.6 Apakah terdapat perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum berdasarkan faktor demografi demografi (jantina, kaum,
tahap pendidikan ibu dan bapa) ?
1.5.7 Apakah terdapat berbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan
faktor demografi (jantina, kaum, tahap pendidikan ibu dan bapa)?
12
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini akan menguji tiga hipotesis bagi melihat hubungan antara
pembolehubah dengan menggunakan pernyataan hipotesis berikut:
Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan
terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan penglibatan pelajar
dalam aktiviti ko-kurikulum..
Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan
pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum dengan faktor kecerdasan emosi
pelajar
Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan
terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan faktor demografi
( jantina, kaum, tahap pendidikan ibu dan tahap pendidikan bapa).
Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan
terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum dengan faktor kecerdasan
emosi pelajar.
1.7 Kerangka Teori Dan Konsep
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah
menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan
kecerdasan emosi. Pengkaji ingin memperjelaskan bagaimana sumbangan yang dapat
dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan
permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform
13
INTERPERSONAL 1. Mengendalikan
perhubungan berkesan
2. Mengenal emosi orang lain
Rajah 1.1: Kerangka Kajian
PERBEZAAN
AKTIVITI KOKURIKULUM
HUBUNGAN
EQ
Pembolehubah Bersandar I iaitu tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum merangkumi aspek dengan menilai jumlah masa melibatkan diri,
jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan
tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum. Pembolehubah Bersandar II merupakan
tahap kecerdasan emosi intrapersonal yang terdiri dari mengenal emosi kendiri,
mengurus emosi kendiri dan motivasi kendiri. Sementara dalam Interpersonal pula,
mengendalikan hubungan berkesan dan mengenal emosi orang lain.
Demografi
Jantina
Kaum Tahap Pendidikan Ibu dan bapa
Pembolehubah Bersandar I
INTRAPERSONAL 1. Mengenal emosi
kendiri 2. Mengurus emosi
kendiri 3. Motivasi kendiri
EQ
Pembolehubah
Bebas
Pembolehubah
Bersandar II
14
1.8 Kepentingan Kajian
Kegiatan kokurikulum melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (BSSK 2009). Kepelbagaian persatuan yang
ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada matapelajaran yang diajar di sekolah, hobi
dan rekreasi, sukan dan permainan, badan beruniform serta apa-apa persatuan lain
yang diluluskan oleh pendaftar berserta kepelbagaian aktiviti yang berupaya
memberi manfaat kepada murid dalam meningkatkan disiplin dan perpaduan,
membina pengetahuan, minat dan bakat, membentuk sahsiah, mengukuhkan
pegangan keagamaan dan sebagainya.
Adalah diharap kajian tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
dan hubungan dengan kecerdasan emosi pelajar dapat memberi kepentingan kepada;
i. Kepentingan Kepada Pelajar
Kajian ini dapat member maklumat mengenai pembentukan
kecerdasan emosi amat penting untuk memberi kesedaran kepada
pelajar-pelajar tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum, di mana dengan melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum ianya dapat menyeimbangkan antara perkembangan
mental dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani;
menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan; membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-
murid dalam aktiviti yang diceburi dan seterusnya membina dan
meningkatkan displin pelajar.
ii. Kepentingan Kepada Sekolah
Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah
untuk memberi keutamaan yang sewajarnya dalam aktiviti
15
kokurikulum antaranya mewujudkan budaya sekolah yang sihat,
membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan
masyarakat; dan mewujudkan sekolah berwatak
iii. Kepentingan Kepada guru-guru Penasihat Kokurikulum
Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru
penasihat kokurikulum untuk merancang atau melaksanakan aktiviti
kokurikulum berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
iv. Kepentingan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menetapkan dasar menggalakkan
penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum dan
objektif yang dinyatakan tersebut adalah bersesuaian dengan Dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang
seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
v. Kepentingan Kepada Penyelidikan
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada
penyelidikan mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi. Diharapkan
ia akan menenjadi salah satu bahan rujukan untuk penyelidik lain
yang berminat untuk membuat kajian lanjutan.
16
1.9 Skop Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum dan hubungannya dengan kecerdasan emosi pelajar. Lima faktor tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum telah dikaji. Faktor-faktor tersebut
adalah jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan
yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas, dan penilaian aktiviti kokurikulum.
Berkaitan dengan hubungan dengan kecerdasan emosi pula, sejak kebelakangan ini
kajian berhubung dengan kecerdasan emosi mula mendapat perhatian daripada
pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian ilmiah sangat diperlukan untuk pengesahkan
kebenaran sesuatu fakta atau isu yang diketengahkan. Seperti yang diketahui topik
EQ mendapat perhatian menyeluruh disebabkan penghasilan buku oleh Goleman
pada tahun 1995 yang membincangkan peranan EQ dalam menentukan kejayaan
seseorang, dimana menurutnya tahap IQ yang tinggi bukanlah peramal mutlak
kepada kejayaan dalam hidup. Untuk melihat kecerdasan emosi di kalangan pelajar,
kajian ini memfokus kepada Secara umumnya EQ boleh dibahagikan kepada dua
bahagian utama, iaitu emosi perhubungan kendiri (Intrapersonal) dan emosi untuk
perhubungan dengan orang lain (Intrapersonal).
Intrapersonal boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mengenal emosi
kendiri, mengurus emosi kendiri dan memotivasikan emosi kendiri. Manakala
Intrapersonal pula boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu mengendalikan
perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Mohd. Najib Ghafar,
2002). , penulis telah menggunakan instrumen yang digunakan oleh Mohd Najib
Ghafar (2002) untuk melihat tahap kecerdasan emosi responden manakala instrumen
Wong Huey Ling (2007) telah diubah suai untuk melihat tahap dan hubungan
kokurikulum responden untuk memperjelaskan hasil kajian. Responden-responden
ini juga berbeza dari segi pencapaian akademik dan mereka dianggap terlibat dalam
aktiviti kokurikulum. Oleh itu hasil kajian tidak dapat menggambarkan secara
menyeluruh tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya
dengan kecerdasan emosi pelajar yang dilihat dari sudut interpersonal dan
intrapersonal di sekolah-sekolah lain di daerah ini.
17
1.10 Batasan kajian
Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 4 di enam buah
Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Parlimen Bakri di daerah Muar berkaitan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungan dengan kecerdasan
emosi di sekolah mereka. Pihak pentadbir tidak terlibat dalam kajian ini.
Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang soal selidik yang
diedarkan kepada guru kaunseling di sekolah yang dijalankan kajian dan seterusnya
guru kaunseling akan memberi penerngan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat
yang dipilih secara rawak mudah tujuan kajian dijalankan. Maka, dapatan yang
diberikan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat adalah bergantung kepada keikhlasan
mereka semasa menjawab soal selidik yang dikemukakan.
Selain itu, kajian yang dijalankan hanya melibatkan ke atas pelajar tingkatan
4 kerana ianya tidak melibatkan kelas peperiksaan utama (SPM dan PMR). Selain
daripada itu pemilihan pelajar tingkatan empat dianggap mereka sudah matang dan
faham akan tujuan kajian. Kajian ini juga tidak melibatkan guru-guru di sekolah
menengah.
1.11 Definisi Istilah dan Operasi
Dalam kajian ini, definisi-definisi berikut digunakan bagi menjelaskan
maksud aktiviti kokurikulum dan kecerdasan emosi (Intrapersonal dan
Interpersonal).
18
1.10.1 Tahap Penglibatan
Astin (1984) mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
ialah sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman
kokurikulum. Dia mengakui terdapat empat unsur penting iaitu:
i. Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi
dalam pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan.
ii. Tanpa mengira objeknya, penglibatan berlaku berterusan. Tahap
penglibatan pelajar adalah berbeza untuk setiap individu walaupun
dalam aktiviti yang sama.
ii. Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh
mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur
secara kuantitatif dan kualitatif.
iv. Banyaknya pembelajaran pelajar dan perkembangan kendiri berkaitan
dengan mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan
kuantiti dan kualiti penglibatan pelajar.
Dalam kajian ini, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dilihat
dengan menilai jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah
jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas dan penilaian aktiviti
kokurikulum. Mashitah Ghazali (1994) dalam kajiannya telah menetapkan kriteria
pelajar aktif sebagai pelajar yang menjadi ahli biasa atau memegang tidak lebih
daripada dua jawatan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dari
tingkatan dua hingga kini sama ada dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan
dan kelab, dan badan beruniform. Kriteria yang ditetapkan sebagai pelajar sangat
aktif pula ialah pelajar yang memegang jawatan penting seperti pengerusi, ketua
pasukan, setiausaha, bendahari atau ahli jawatankuasa dalam aktiviti kokurikulum.
Pelajar-pelajar ini mungkin memegang lebih daripada empat jawatan penting tidak
kira sama ada jawatan dalam mana-mana bidang aktiviti kokurikulum.
19
1.10.2 Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia dianggap sebagai sebahagian
daripada kursus pendidikan murid di sekolah (Warta Kerajaan, 1998). Kokurikulum
adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan
dan pembangunan insan yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,
kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan kepada bangsa dan negara, dan
sebagainya akan membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya
(Ramlan, 2002).
Collins (1973 dalam Abdullah, 2004) merumuskan bahawa apa jua aktiviti
selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap
sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan sama
ada ianya di dalam pembelajaran formal atau tidak formal. Menurut Mohd. Najib
Ghafar (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan pengalaman bagi
perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani pelajar.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan
tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan mental, bakat,
sosial, jasmani, dan rohani.
Aktiviti kurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi
yang berikut:
i. Penyertaan dalam sukan dan permainan;
ii. Penyertaan dalam persatuan dan kelab;
ii. Penyertaan dalam badan beruniform; dan
iv. Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh
Menteri (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan,
1997).
20
Secara amnya aktiviti kokurikulum adalah merujuk kepada aktiviti yang
dilakukan di luar waktu pembelajaran formal walaupun hakikatnya guru boleh
menjalankan aktiviti ini dalam waktu formal.
1.10.3 Kecerdasan Emosi (EQ)
Menurut Kamus Dewan (1999), kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal
untuk berfikir dan mengerti. Emosi pula membawa maksud perasaan atau jiwa yang
kuat seperti sedih, marah, gembira dan lain-lain. Kecerdasan emosi adalah konsep
kecerdasan yang luas dan ada kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan
dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan intelektual. Konsep
kecerdasan emosi mengikut Mayer dan Salovey (1997) bermaksud satu bentuk
kebolehan memantau dan meregulasikan emosi diri dan emosi orang lain, dapat
membezakan antara keduanya dan boleh menguruskan maklumat itu untuk mengarah
pemikiran dan tindakannya. Dalam konteks kajian ini, kecerdasan emosi difokuskan
kepada lima komponen iaitu Kesedaran Kendiri, Pengawalan Kendiri, Motivasi
Kendiri, Empati dan Kemahiran Sosial. Lima komponen kecerdasan emosi ini adalah
merujuk kepada lima faktor atribusi kecerdasan emosi seperti yang disarankan oleh
Goleman (1999).
1.10.4 Kesedaran Kendiri (self-awareness)
Konsep kesedaran kendiri bermakna kebolehan mengawal diri (perasaan)
dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat membantu individu membuat
keputusan yang kongruen dengan pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung
ia juga membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik.
Individu yang memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan
21
kelemahan dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang
lain dan bersedia untuk belajar dari pengalaman yang dilalui (Goleman, 1999).
Dalam kajian ini, definisi operasi kesedaran kendiri diertikan sebagai keupayaan
pelajar untuk mengenali perasaan yang dialami olehnya. Selain itu, kesedaran kendiri
juga merujuk kepada kemampuan seseorang pelajar untuk menggendalikan emosi
dirinya dengan lebih baik.
1.10.5 Pengawalan Kendiri (self-regulation)
Pengawalan kendiri bererti mengawal emosi sendiri supaya tidak dicampur
adukkan dengan tugas dan tekanan emosi yang dihadapi. Pengawalan kendiri
sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat.
Keupayaan mengawal emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi
dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat
bebas daripada kitaran emosi yang kritikal (Goleman, 1999). Dalam konteks kajian
ini, definisi operasi pengawalan kendiri bermaksud kebolehan seseorang pelajar
untuk mengawal emosinya dan mengarah emosinya untuk berfikir sebelum
bertindak.
1.10.6 Motivasi Kendiri (self-motivation)
Konsep motivasi kendiri adalah merujuk kepada kecenderungan emosi yang
menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga memandu kita
mengambil inisitif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam
menghadapi kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya
lebih mudah dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah
berputus asa (Goleman, 1999). Dalam kajian ini, motivasi kendiri adalah bermaksud
22
kebolehan seseorang pelajar menggunakan dorongan dalaman dalam menggerakkan
diri sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat.
1.10.7 Empati (empathy)
Konsep empati adalah diertikan sebagai satu kebolehan untuk mengenali dan
memahami orang lain dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap
mereka. Manusia jarang mempamerkan gangguan emosi yang dialami secara
berterus terang. Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti
perubahan nada suara dan ekspresi wajah. Kebolehan individu merasai situasi-situasi
emosi ini telah membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka
menguruskan situasi emosi ini. Perasaan empati ini akan memudahkan seseorang
individu menjalin perhubungan dengan individu lain (Goleman, 1999). Dalam
konteks kajian ini, definisi operasional empati diertikan sebagai keupayaan pelajar
untuk memahami perasaan orang lain serta meletakkan situasi orang lain dalam
situasi diri sendiri.
1.10.8 Kemahiran Sosial (social skill)
Kemahiran sosial bermakna kebolehan mengurus emosi orang lain dalam
perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial
serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga memberi kelebihan
kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan perbalahan
dengan individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat diwujudkan.
Individu yang dapat menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam
perhubungan sosialnya dan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya
(Goleman, 1999). Dalam kajian ini, definisi operasi kemahiran sosial adalah merujuk
23
kepada kebolehan pelajar berinteraksi dengan orang lain dalam suasana yang positif
dan produktif.
1.11 Penutup
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah diharap aktiviti
kokurikulum berupaya memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan
jasmani, menguatkan keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi
seterusnya kepada kemantapan rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni
berlandaskan pegangan kepada agama yang dianuti. Proses pembinaan individu ini
perlu berterusan dan menyeluruh tanpa ada pemisahan antara kurikulum dan
kokurikulum (Ab.Alim, 2004, Tam Yeow Kwai, 2010) dan akhirnya dapat
membantu mempertingkatkan tahap kecerdasan emosi.
Kenyataan-kenyataan yang diberikan membuktikan dengan jelas bahawa
peranan EQ sememangnya penting di dalam diri seseorang individu. Justeru itu,
kesedaran terhadap peranan EQ sebagai penentu keupayaan hidup perlu ditetapkan di
dalam jiwa generasi hari ini. Maka pengkaji amat berharap kajian ini dapat memberi
manfaat kepada pembaca melalui maklumat-maklumat yang diperolehi sebagai
persediaan untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks dan mencabar.
Oleh yang demikian, kajian yang akan dijalankan ini akan mengkaji tahap
hubungan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan
tahap kecerdasan emosi (EQ). Ini adalah kerana kecerdasan emosi merupakan suatu
kebangkitan diri seseorang terhadap satu tindakbalas atau reaksi melalui sesuatu
benda atau keadaan yang dialami. Kecerdasan emosi akan membentuk nilai peribadi
seseorang dan juga akan membentuk nilai dikalangan masyarakat (Mohd. Najib
Ghafar, 2000).
Rumusannya, kokurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia sebagai satu
aktiviti pembelajaran sistematik dan terancang yang menyokong dan melengkapkan
24
kurikulum dan dijalankan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah, sama ada pada
waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan serta diuruskan oleh organisasi
sekolah atau organisasi yang mendapat keizinan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kokurikulum sewajarnya mempunyai kurikulumnya sendiri yang selari
dengan ajaran Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam
konteks melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek dan dimanifestasikan menerusi sukan, permainan, persatuan, kelab dan unit
beruniform yang dilaksanakan sama ada dalam lingkungan sekolah, dalam dan luar
sekolah dan antara sekolah.