tahap penglibatan pelajar dalam amali sains · pdf file2. perpustakaan universiti teknologi...
TRANSCRIPT
TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA
PELAJARAN BIOLOGI KBSM
MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Biologi)”.
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelia I : PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM
Tarikh : ................................................................
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 3 JLN RAHMAT, PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM KG MELAYU MAJIDEE, Nama Penyelia 81100 JOHOR BAHRU. Tarikh: Tarikh: ________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
iii
TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA
PELAJARAN BIOLOGI KBSM
MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iv
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...................................................................
Nama Penulis : MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN
Tarikh : ....................................................................
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke kepada Allah kerana dengan keizinan dan
limpah kurnianya dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan jayanya.
Dalam ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Abu Hassan Bin Kassim selaku pensyarah
pembimbing atas tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, nasihat serta teguran-teguran yang
membina. Segala ilmu yang dicurahkan akan saya jadikan sebagai panduan dalam
menempuh cabaran dalam profesion yang akan saya ceburi kelak.
Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan
Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) atas kebenaran yang diberi untuk menjalankan kajian ini.
Kepada para pengetua, penolong kanan, guru-guru serta para pelajar yang terlibat, terima
kasih kerana memberikan peluang dan kerjasama sepanjang proses kajian yang
dijalankan.
Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga hasil yang diperolehi dapat
dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha memartabatkan profesion perguruan di
negara ini.
vi
ABSTRAK
Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah. Di sekolah, kaedah-kaedah ini dilaksanakan dalam pengajaran
semasa aktiviti amali. Namun, banyak kajian terdahulu menunjukkan kepincangan dalam
pelaksanaan aktiviti tersebut. Persoalannya, adakah aktiviti amali yang dijalankan dapat
mencapai objektifnya dalam menyediakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
kepada para pelajar? Justeru, satu kajian diperlukan untuk meninjau tahap penglibatan
pelajar dalam amali sains bagi mata pelajaran Biologi KBSM. Kajian ini memberi
tumpuan terhadap penglibatan pelajar dalam aspek merancang dan melakukan
eksperimen, serta aktiviti perbincangan semasa dan selepas amali. Kajian yang
berbentuk tinjauan ini melibatkan 182 orang pelajar Tingkatan 4 daripada empat buah
sekolah menengah kebangsaan di sekitar daerah Johor Bahru, yang dipilih secara rawak
mudah (kaedah loteri). Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan
sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.
Data mentah yang diperolehi di analisis dengan mengira frekuensi, peratusan serta
kekerapan tertinggi (Mod), menggunakan Perisian SPSS 11.0 for Window dan penilaian
diberikan berdasarkan peratus responden yang setuju. Hasil kajian mendapati tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti amali biologi adalah baik. Beberapa implikasi kajian,
kekangan dan cadangan-cadangan kajian lanjutan dikemukakan di bahagian akhir.
vii
ABSTRACT
Science is a process that emphasis on inquiry and problem solving method. In the
Integrated Secondary School Curriculum (KBSM), the inquiry-discovery method is been
implemented in lab activities in school. The question is, does the activity implemented
reach the objectives to provide knowledge, skills and understanding of science to the
student? However, past researches shown flaws in implementing those activities. Thus,
a research is needed to determine students’ involvement in lab activities for Biology
subject. This research focuses on student’s participation in planning and carrying out the
experiment, also in discussion during and after the experiment. The respondents of the
study have been chosen from 4 secondary schools in Johor Bahru district that consists of
182 form four students. The schools were randomly selected using the lottery sampling
method. One set of questionnaires comprising two parts was used to collect the data. Data
collected were processed using SPSS 11.0 for Window by analyzing the frequency value,
the percentage and the mod value. This research finds the good level of student’s
participation in Biology lab activities. Some implications are stated, limitations are cited
and some suggestions for further research are attached in the last chapter of this research.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL ix
SENARAI LAMPIRAN x
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi istilah 9
vii
1.8.1 Kerja Amali 9
1.8.2 Hipotesis 10
BAB II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kerja Amali Sains 11
2.3 Penglibatan Pelajar Dalam Merancang
dan Melakukan Amali 13
2.4 Penglibatan Pelajar Dalam Sesi Perbincangan
Semasa dan Selepas Amali 15
BAB III METODOLOGI KAJIAN 17
3.1 Pengenalan 17
3.2 Reka Bentuk Kajian 17
3.3 Instrumen Kajian 18
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 20
3.5 Prosedur Kajian 21
3.6 Kajian Rintis 21
3.7 Analisis Data 22
viii
BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
HASIL 24
4.1 Pengenalan 24
4.2 Analisis Data 24
4.2.1 Latar Belakang Responden 25
4.2.2 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Amali
Biologi 26
4.3 Perbincangan Hasil 28
4.3.1 Latar Belakang Responden 28
4.3.2 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Amali
Biologi 28
4.3.2.1 Penglibatan Pelajar Dalam
Merancang Dan Melakukan Eksperimen 29
4.3.2.2 Penglibatan Pelajar Dalam Perbincangan
Semasa Dan Selepas Eksperimen 30
BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 33
5.0 Pengenalan 33
5.1 Rumusan 33
5.2 Implikasi Kajian 34
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 35
RUJUKAN 37
ix
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Jadual Taburan Item Mengikut Aspek Yang Dikaji 19
3.2 Jadual Penilaian Mengikut Peratusan 23
4.1 Latar Belakang Responden 25
4.2 Kekerapan Dan Peratusan Respons Para Pelajar
Mengenai Penglibatan Dalam Amali Biologi 27
x
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A : Item Soal Selidik 41
B : Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan UTM 47
C : Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. 48
D : Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 50
E : Dapatan Kajian Dalam Bentuk Skala 5 Mata 51
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains merupakan bidang ilmu pengetahuan yang membekalkan satu rangka
konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Sains juga
merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah
(Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM, 2001). Justeru, sains yang dipelajari melalui
kaedah ini dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang
melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu
pengetahuan dan kemahiran diperoleh sebagai hasil daripada aktiviti penyiasatan.
Dalam usaha negara mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, pendidikan
merupakan salah satu aspek terpenting yang perlu diambil kira. Lantaran itu, kurikulum
negara ini digubal dengan teliti dan disemak semula bagi memastikan ia sesuai dengan
keperluan semasa. Kurikulum sains bermatlamat untuk melahirkan para pelajar yang
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, di samping
2
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat
ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab dan mengkagumi penciptaan tuhan
(Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM, 2001). Dengan ini, diharapkan negara dapat
mengatasi kesemua 9 cabaran dalam wawasan 2020 di mana salah satu daripadanya
ditujukan khas untuk para pendidik dalam bidang sains dan teknologi. Cabaran ke-6
tersebut adalah untuk mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif iaitu masyarakat
yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan dapat menjadi penyumbang kepada bidang
sains dan teknologi.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan seluruh warganegara ke arah matlamat
tersebut, para pendidik di negara ini perlu memberi sokongan penuh dalam mencapai
matlamat pendidikan sains negara. Para pelajar yang bakal menjadi tonggak negara perlu
berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara terutamanya
dalam aspek sains dan teknologi. Generasi pelapis juga perlu mampu untuk
mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam apa jua aspek kehidupan dan
bukannya sekadar menghafal teori semata-mata. Dengan ini, kita akan mengorak
selangkah ke hadapan dari negara pengguna teknologi kepada penghasil teknologi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak diperkenalkan pada 1931, kurikulum sains di sekolah telah mengalami
banyak perubahan. Pada ketika itu, cuma terdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri
Melayu Bersekutu yang menawarkan kursus dalam bidang sains berdasarkan Kurikulum
Sains Asas. Kedatangan Jepun pada 1941 telah menyebabkan pelaksanaan program sains
terhenti sementara waktu sehingga Perang Dunia Kedua tamat pada 1945. Kurikulum
sains dilaksanakan semula dan di kenali sebagai Kurikulum Sains Am. Kursus empat
3
tahun ini ditawarkan di sekolah-sekolah menengah bercorak kurikulum di England (Abu
Hassan 2001).
Melalui Perakuan Penyata Razak pada tahun 1956, kurikulum sains di seragam
dan diwajibkan kepada semua peringkat persekolahan. Sejak peristiwa itu, kurikulum
sains di Malaysia mengalami perubahan yang pesat. Kurikulum Sains Paduan telah
diperkenalkan pada tahun 1969, diikuti oleh Kurikulum Sains Moden pada tahun 1972
sehinggalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) dilaksanakan sepenuhnya
pada 1989. Penekanan yang diberikan adalah kepada kesepaduan antara pengetahuan,
kemahiran dan nilai. KBSM juga menekankan kepada kesepaduan antara teori dan
praktis serta kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum.
Bagi mengatasi kepincangan dan kegagalan pelaksanaan kurikulum sains di
sekolah menengah, kurikulum sains KBSM telah disemak semula dan dilaksanakan
kepada pelajar tingkatan 4 pada 2002. Kurikulum baru ini masih lagi menekankan
konsep kesepaduan sebagaimana kurikulum sains KBSM yang lepas, di samping
penekanan terhadap pembelajaran berfikrah (Abu Hassan dan Rohana, 2003).
Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains
teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual, konstrukstivisme, pembelajaran
mastery dan pembelajaran bermakna (Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM, 2001).
Sebagaimana yang telah dibincang, kurikulum sains bermatlamat untuk
melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi. Lantaran itu, para pendidik perlu berusaha sedaya upaya untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak penggubal. Tugas utama para guru sains di
negara ini adalah bertindak sebagai navigator dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran ilmu sains perlu berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang
mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan. Melalui pendekatan ini, pelajar perlu
4
diberi peluang untuk mengenal pasti masalah, merancang dan seterusnya menjalankan
penyelidikan melalui usaha sendiri. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang haruslah melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan
pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif (Abu Hassan, 1999).
Ahli pendidikan berpendapat, untuk menanamkan sikap sains dan amalan dalam
kaedah saintifik, kaedah pengajaran harus memberi kesempatan kepada ‘membuat’ sains
(Tamby Subahan, 1999). Kaedah ini sudah tentu berlainan dengan kaedah tradisi yang
menggunakan cara pendedahan untuk menyampaikan pengetahuan. Pendekatan yang
lebih baik adalah dengan menggalakkan pelajar memperolehi pengetahuan melalui
aktiviti dengan mengerjakan sesuatu tugasan pembelajaran. Melalui cara ini pelajar dapat
mempelajari fakta, konsep, prinsip dan teori sains serta memperoleh kemahiran untuk
menemui dan menyelesaikan masalah.
Cara terbaik untuk mempelajari sesuatu termasuk sains adalah melalui aktiviti, di
mana pelajar perlu belajar melalui pengalaman (experiental learning). Sebagaimana kata
pepatah Melayu, “Tempat jatuh lagikan diingat, inikan pula tempat bermain”. Perkara ini
bukan lagi sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan sains, malah telah diperkatakan
sejak abad ke 20 lagi oleh para pendidik, terutamanya dari pergerakan heuristik yang
dipelopori oleh Amstrong (Abu Hassan, 1999).
Kepentingan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran sains tidak dapat
dipersoalkan lagi. Oleh itu, pelbagai aktiviti termasuklah kerja lapangan, permainan,
lawatan dan pelbagai lagi perlu dirancang oleh guru bagi mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang aktif. Aktiviti-aktiviti ini perlu diperbanyakkan bagi menggantikan
kaedah pengajaran secara tradisi (pendekatan didaktik) yang sering digunakan oleh para
pendidik di sekolah. Salah satu dari aktiviti yang telah menjadi rutin di sekolah adalah
kerja amali. Kerja amali merupakan salah satu daripada teknik pembelajaran yang
5
berasaskan inkuiri-penemuan. Dengan melakukan sendiri aktiviti ini, pelajar dapat
belajar melalui pengalaman dan memperoleh kepuasan jika dapat memperoleh sesuatu
konsep dengan sendiri. Konsep ini lebih mudah difahami dan diingati kerana ia
merupakan hasil usaha mereka sendiri (Chong, 2003). Dalam aktiviti amali, sesi
perbincangan memainkan peranan yang penting dalam membantu aktiviti tersebut
mencapai objektifnya. Semasa perbincangan, guru dapat membimbing pelajar untuk
menemui konsep yang ingin disampaikan di samping meningkatkan KBKK, pemikiran
saintifik serta mengesan kerangka alternatif yang mungkin timbul. Guru sepatutnya tidak
memonopoli sepenuhnya pengajaran dengan memberi arahan dan pelajar hanya
mengikutinya.
1.3 Penyataan Masalah
Pada masa ini, kerja amali sains telah menjadi satu perkara wajib bagi pelajar
yang mengambil mata pelajaran sains terutamanya di sekolah menengah. Mulai tahun
1999, Penilaian Kerja Amali (PEKA) telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 4 dan 5. Matlamat utama pelaksanaan PEKA adalah untuk menilai penguasaan
kemahiran saintifik dan penerapan nilai murni, yang dilakukan secara formatif di
peringkat sekolah, kerana kedua-dua kertas serta peperiksaan amali dalam SPM dilihat
kurang berkesan dalam menilai kedua-dua aspek tersebut (Abu Hassan, 2001). Pada
tahun 2002, PEKA telah dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan amali bertulis
iaitu kertas tiga yang perlu diambil oleh pelajar dalam peperiksaan SPM. Walau
bagaimanapun, mulai tahun 2003, PEKA dilaksanakan semula bagi memastikan para
pelajar dapat menguasai kemahiran saintifik di samping kertas tiga masih dikekalkan
semasa peperiksaan SPM.
6
Persoalannya, adakah aktiviti amali cuma bertujuan untuk membolehkan pelajar
menjawab soalan berkaitan amali dan membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan ?
Sedangkan amali sains adalah satu aktiviti yang sepatutnya dapat membantu pelajar
dalam memahami suatu konsep dan menguasai pelbagai kemahiran. Tujuan sebenar
amali ini dilihat kurang disedari oleh para guru sains ketika ini. Sesetengah guru
berpendapat bahawa meninggalkan aktiviti amali boleh membantu mereka menghabiskan
sukatan pelajaran. Sesetengah guru pula tidak bersetuju untuk diadakan penilaian kerja
amali dalam SPM (Mohd Azizan, 1999). Guru kurang sedar bahawa aktiviti amali dapat
menjimatkan masa pengajaran jika ia dirancang, dikendalikan dan dirumuskan dengan
baik (Emmer et al., 1970).
Disebabkan oleh pelbagai kekangan seperti masa, tahap akademik pelajar, disiplin
pelajar, peralatan dan sebagainya, aktiviti amali dilakukan seolah-olah sekadar
melepaskan batuk di tangga. Keadaan ini mendorong guru untuk tidak melakukan
aktiviti amali atau sekadar menggunakan teknik demonstrasi. Kebanyakan aktiviti amali
yang dilakukan hanyalah seperti mengikut buku resipi dan pelajar mendapatkan data
tanpa sebarang pertimbangan makna (Lee, 2003). Keadaan ini menjadi salah satu faktor
yang menyebabkan kebanyakan pelajar tidak menguasai kemahiran mengeksperimen,
terutamanya dalam menguji hipotesis dan merancang prosedur eksperimen (Abu Hassan
dan Rohana, 2003).
Berdasarkan senario di atas, satu kajian amat diperlukan bagi meninjau sejauh
manakah pelajar dilibatkan secara aktif dalam pelaksanaan amali sains bagi mata
pelajaran Biologi di sekolah. Kajian yang dilakukan berpandukan persoalan-persoalan
berikut :
i. Adakah pelajar diberi peluang untuk merancang dan melakukan eksperimen di sekolah ?
ii. Adakah pelajar diberi peluang untuk bertanya dan mengemukakan pendapat dalam
perbincangan semasa aktiviti amali ?