penguasaan permainan jurnal.pdf
Post on 13-Apr-2018
233 views
TRANSCRIPT
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 1/12
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 2/12
pertama dan kedua pengkaji masuk ke kelas untuk mengajar di samping mengenali murid denganlebih dekat dan memerhatikan keadaan serta masalah yang dihadapi oleh murid.
Terdapat empat orang murid dalam kelas ini dan mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan
2 orang murid perempuan. Mereka juga mempunyai masalah dan umur yang berbeza-beza. Mereka
berusia dalam lingkungan 8 hingga 13 tahun dan terdapat murid yang mempunyai masalah lemah pembelajaran, sindrom down dan autisme.
Pengkaji tertarik dengan keadaan seorang murid yang bermasalah lemah pembelajaran di dalamkelas Melati yang bernama Aqilah. Pada minggu pertama dan kedua pengkaji tidak dapatmengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Aqilah selain dari berkelakuan agak pasif dan kelihatanagak kurang yakin apabila bertutur dengan guru di dalam kelas. Pengkaji merasakan bahawa itumerupakan masalah biasa kerana pada pengalaman praktikum yang lepas, terdapat beberapa orang
murid yang berkelakuan seperti itu semasa berinteraksi dengan guru atau orang yang baru merekakenali.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Aqilah merupakan seorang murid yang boleh memberikan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan oleh guru. Semasa di soal
mengenai soalan yang berkaitan dengan mengenal nombor, Aqilah didapati tidak dapat menyusunnombor di dalam lingkungan 1 hingga 9 mengikut tertib yang betul. Kelebihan yang dapatdikenalpasti ialah Aqilah didapati dapat mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 9 yangditunjukkan oleh pengkaji tetapi tidak mengetahui nilai yang sebenar. Perkara ini telah dapat dikenalpasti apabila pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap responden semasa diminta untuk
masuk ke kelas Melati bagi kelas ganti.
Untuk mengetahui masalah dan mengenali Aqilah dengan lebih lanjut pengkaji telah menemuramahguru-guru PPKIBP sekolah tersebut bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan jelas
mengenai masalah yang dihadapi oleh murid. Terdapat guru yang menyatakan bahawa Aqilahsememangnya mempunyai masalah untuk menyusun nombor 1 hingga 9 dengan mengikut tertib.
Aqilah murid yang paling pandai di kelasnya kerana rakan-rakannya yang lain merupakan muridyang mengalami masalah pembelajaran yang agak kronik dan tidak boleh belajar dengan baik.Daripada temubual yang dilaksanakan dengan guru, guru menyatakan Aqilah boleh mengenal
nombor dengan baik dan menghafal nombor tetapi dia tidak tahu bilangan sebenarnya nombor yangdisebut olehnya.
Antara masalah lain yang di beritahu oleh guru mengenai Aqilah ialah dia hanya mengenal nombordan tidak memahami nilai nombor tersebut. Apabila Aqilah tidak dapat mengenal pasti bilangansebenar nombor yang dinyatakan, ia akan mendatangkan masalah kepada dirinya untuk menyusun
nombor mengikut urutan yang betul sama ada dalam urutan menaik ataupun menurun.
Oleh itu, pengkaji telah merancang dan merangka satu kaedah yang boleh dilaksanakan dan bersesuaian yang boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusunnombor bagi responden yang ingin dikaji.
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 3/12
SOROTAN LITERATUR
Pembelajaran melalui bermain menggunakan alat bantu mengajar akan membantu guru mencapaiobjektif yang dikehendaki. Ini bersesuaian dengan pandangan tokoh John Locke (dalam Azizah2002), beliau mengakui tentang kepentingan permainan dalam pengajaran yang menggunakankaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Ini kerana
pengajaran yang menggunakan kaedah permainan sebagai medium pengajaran dan menjadikankanak-kanak belajar dengan cepat dan mereka akan lebih seronok.
Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi instruksional yang efektif dalam pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak. Permainan boleh diintegrasikan dalam aktiviti
pengajaran untuk meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak serta usaha untuk menyelesaikansesuatu tugasan pembelajaran. (Rosiadi Tajudin, 2008)
Kajian-kajian yang dijalankan oleh Roskos dan Christie (2007) serta Sawyer dan DeZutter (2007)aktiviti bermain merupakan elemen penting dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak
seperti dinyatakan dalam Muhammad Ridhuan (2011). Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satusama lain semasa bermain, kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur,
bekerjasama dan berkongsi sesuatu Smidt (2010).
Selain daripada pandangan pengkaji-pengkaji barat, tokoh psikologi Islam iaitu Al-Ghazali juga
menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain. Bermain penting menurut Al-Ghazali (1988) dalam Santrock, J.W. (2006) kerana ia berupaya merehatkan fizikal dan mindadaripada keletihan yang dialami di sekolah. Menurutnya lagi, sekiranya kanak-kanak dilarang
bermain dan hanya dipaksa belajar, ini akan mematikan hatinya, melemahkan otaknya dankecerdasannya akan terjejas.
Permainan jigsaw puzzle merupakan salah satu usaha untuk membantu kanak-kanak menguasai
konsep nombor 1 hingga 9. Melalui permainan jigsaw puzzle, secara tidak langsung akan membantukanak-kanak memahami konsep nombor dengan mudah. Tambahan pula kebosanan kanak-kanakakan dapat dikurangkan dan penumpuan akan dapat ditingkatkan. Ini kerana kanak-kanak tidakhanya menggunakan deria pendengaran sahaja malahan deria penglihatan dan sentuhan juga turutdigunakan sewaktu permainan jigsaw puzzle ini dijalankan.
Secara umumnya, antara kebaikan jigsaw puzzle ialah melatih koordinasi mata dan tangan danmeransang motor halus kanak-kanak kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan
puzzle ke tempat yang betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan-kepingan kecil puzzle, meningkatkan pengetahuan tentang bentuk dan ruang dengan meneliti
kepingan dan bentuk-bentuk puzzle serta melatih kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah.Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka
lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut.
Dengan adanya permainan jigsaw puzzle ini, diharapkan dapat membantu kanak-kanak bagimenguasai kefahaman dalam konsep awal matematik dan sekali gus mengurangkan peratusankanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran numerasi dalam program Literasi dan Numerasi(LINUS) yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 4/12
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada maklumat yang dikumpul daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran. Berikutan dengan itu, kelemahan paling ketara yang dikenalpasti adalah dari segikemahiran mengenal nilai nombor 1 hingga 5 dan menyusunnya mengikut urutan yang betul. Tujuan
utama kajian ini ialah meningkatkan penguasaan mengenal nilai nombor 1 hingga 5 bagi murid bermasalah lemah pembelajaran.
Objektif
i. Meningkatkan kemahiran murid bermasalah slow learner mengenal pasti nilai nombor 1hingga 5 dengan menggunakan alat ‘ JigPuNo’.
ii.
Meningkatkan kemahiran murid bermasalah slow learner menyusun nombor 1 hingga 5
mengikut urutan yang betul dengan menggunakan alat‘ JigPuNo’.
Persoalan Kajian
i. Bagaimana penggunaan permainan ‘JigPuNo’ dapat membantu murid-murid slow learner mengenal nilai nombor 1 hingga 5?
ii. Bagaimana penggunaan permainan ‘JigPuNo’ dapat membantu murid-murid slow learner menyusun nombor 1 hingga 5?
METODOLOGI KAJIAN
Bagi menyokong dan memperkukuhkan kajian, beberapa instrumen kajian yang dirasakan bersesuai
telah dipilih oleh pengkaji sebagai prosedur mengumpul data yang diperlukan oleh pengkaji. Antarainstrumen yang dipilih adalah pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan Ujian Pra dan UjianPasca.
Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkahlaku dan interaksi responden dalam kajian yang
dijalankan. Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turutserta. Dalam pemerhatian tidak turut serta , pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi
yang diperhatikan (Gay & Airasian) manakala pemerhatian turut serta, pemerhati terlibat secaralangsung dalam situasi yang diperhatikan.
Antaranya pemerhatian yang telah diperhatikan oleh pengkaji ialah cara responden mengirakepingan alat ‘JigPuNo’ dengan menjumlahkannya kepada nilai nombor berdasarkan arahan guru.Dengan menggunakan alat ‘JigPuNo’ , responden akan menyatakan dahulu nombor yangdiperolehnya dan akan mengira bilangan puzzle berdasarkan nombor pada alat ‘JigPuNo’ . Pengkaji
akan mencatat segala peristiwa yang berlaku semasa perlaksanaan aktiviti tersebut dengan teliti.Catatan tersebut kemudiannya dijadikan data untuk dianalisis kemudian hari.
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 5/12
Temu Bual
Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa struktur,temu bual tidak berstruktur. Temu bual tidak berstruktur biasanya digunakan untuk mendapatkan
maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian).
Hasil analisis data temu bual juga dipersembahakan dalam bentuk memerihalkan semula ataumenggunakan kekerapan tema yang diperoleh melalui traskripsi temu bual. Kesemua jenis temu
bual boleh dianalisis mengikut proses yang sama iaitu dengan menghasilkan tema-tema ataudipersembahkan dalam bentuk petikan percakapan peserta kajian.
Temubual bertujuan mendapatkan respon dan tindak balas sebelum dan selepas aktivitidilaksanakan. Temubual dijalankan kepada guru dan penolong pembantu murid bagi mengetahuikeberkesanan kaedah yang digunakan oleh pengkaji semasa kajian. Temubual yang dijalankan akandicatat untuk dijadikan bahan bukti dan rujukan kepada pengkaji.
Analisis Dokumen
Kaedah ini digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang
berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak. Data dianalisis menggunakan
kekerapan atau peratus mengikut keperluan. Selain itu, dokumen juga boleh dianalisis menggunakantema-tema secara naratif.
Analisis dokumen dilaksanakan terhadap kesemua hasil kerja murid sebelum dan selepas
menjalankan aktiviti pemulihan dan rawatan. Antara data-data sampingan ialah foto dan videosemasa aktiviti dijalankan menggunakan alat dan tanpa menggunakan alat.
Ujian Pra dan Pasca
Pengkaji menjalankan dua jenis ujian terhadap responden iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pra
akan dilaksanakan sebelum penggunaan alat ‘JigPuNo’ untuk melihat tahap penguasaan respondensebelum menggunakan alat ‘JigPuNo’ manakala ujian pasca dijalankan selepas penggunaan alat‘JigPuNo’ bagi melihat tahap keberkesanan penggunaannya dalam merawat masalah yang dihadapioleh responden.
SPESIFIKASI INTERVENSI
Pengkaji telah merancang beberapa sesi intervensi bagi melaksanakan kajian ini. Berikut merupakanaktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa sesi intervensi dilaksanakan.
Minggu 1/ Intervensi 1:Memperkenalkan alat ‘JIGPUNO’ kepada peserta kajian.
Minggu 4/ Intervensi 4:Menggunakan alat ‘JigPuNo’ bagi mengenal nilai 1 hingga 5
Minggu 3/ Intervensi 3:Menggunakan alat ‘JigPuNo’ bagi mengenal nilai 1 hingga 3
Minggu 2/ Intervensi 2:Menggunakan kad nombor bagi mengira nombor mengikut turutan yang
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 6/12
Minggu 1: Memperkenalkan alat ‘JIGPUNO’ kepada peserta kajian.
Pada minggu 1, responden telah diperkenalkan dengan alat ‘JIGPUNO’ dan cara penggunaannya.
Rajah 1: Alat ‘JigPuNo’ dan Kad Nombor
Selain daripada itu, responden juga telah di minta untuk menyatakan nombor yang ditunjukkankepadanya dan mengenal pasti nombor yang ditunjukkan. Pengkaji menguji responden denganmenunjukkan setiap nombor pada kad nombor dan meminta responden menyebut dan menyatakannombor yang ditunjukkan. Rajah 1 menunjukkan kad nombor dan alat “JigPuNo’ yang digunakan.
Minggu 2: Menggunakan kad nombor bagi mengira nombor mengikut turutan yang betul
Aktiviti intervensi yang dilaksanakan pada minggu kedua kajian ialah menggunakan kad nombor
bagi mengira nombor mengikut turutan yang betul. Responden dibekalkan dengan kad nombor 1hingga 5. Pengkaji memberikan kad nombor kepada responden dan memintanya untuk menyusun
kad nombor tersebut mengikut urutan yang betul. Rajah 2 menunjukkan kad nombor.
Rajah 2: Kad Nombor
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 7/12
Minggu 3: Menggunakan alat ‘JigPuNo’ bagi mengenal nilai 1 hingga 3
Intervensi pada minggu ketiga ialah menggunakan alat ‘JigPuNo’ bagi mengenal nilai 1 hingga 3.Kaedah ansur maju dilaksanakan bagi mengenal pasti nilai nombor 1 hingga 5. Responden
dibekalkan dengan alat “JigPuNo’ bagi membantunya mengenal nilai nombor berdasarkan kad
nombor yang diberikan. Rajah 3 dan 4 menunjukkan responden menggunakan alat ‘JigPuNo’bagimengenal pasti nilai nombor 1 hingga 3.
Rajah 4: Responden menggunakan alat ‘JigPuNo’ nombor 3
Minggu 4:Menggunakan alat ‘JigPuNo’ bagi mengenal nilai 1 hingga 5
Intervensi pada minggu keempat ialah menggunakan alat ‘JigPuNo’ bagi mengenal nilai 1 hingga
5. Responden dibekalkan dengan alat “JigPuNo’ bagi membantunya mengenal nilai nombor berdasarkan kad nombor yang diberikan. Rajah 5 menunjukkan responden menggunakan alat
‘JigPuNo’bagi mengenal pasti nilai nombor 1 hingga 5.
Rajah 5: Responden menggunakan alat ‘JigPuNo’ nombor 5
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 8/12
DAPATAN KAJIAN
Intervensi 1
Pada sesi intervensi 1 responden telah diperkenalkan dengan alat ‘JigPuNo’ yang terdiri daripadakad nombor 1 hingga 5 dan alat ‘JigPuNo’ itu sendiri. Pengkaji telah menerangkan cara
penggunaannya kepada responden. Fokus yang ingin dicapai pada sesi intervensi ini ialah untukmemastikan responden dapat menyebut dan mengenal pasti nombor yang ditunjukkan dengan
menggunakan kad nombor. Rajah 1 menunjukkan item yang diperhatikan menggunakan senaraisemak.
Rajah 1: Senarai semak
Intervensi 2
Sesi intervensi yang kedua yang dilaksanakan pada minggu kedua berfokuskan kepada menyusun
nombor mengikut urutan yang betul. Responden telah dibekalkan dengan kad nombor dan diminta
untuk menyatakan nombor yang diberikan dan menyusunnya mengikut turutan yang betul. Aktivitidiulang sehingga responden dapat menguasai kemahiran menyusun nombor dengan baik. Bagi
menguji tahap penguasaan responden untuk menyusun nombor mengikut urutan pengkaji telah
memberikan soalan latihan berkaitan dengan menyusun nombor kepada responden. Rajah 2
menunjukkan bukti, analisis dokumen yang menunjukkan murid dapat menguasai kemahiran
menyusun nombor 1 hingga 5 dengan baik.
Rajah 2: Analisis dokumen hasil kerja responden
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 9/12
Intervensi 3
Sesi intervensi ketiga dijalankan bagi membantu responden mengenal nilai nombor 1 hingga 3
dengan menggunakan alat ‘JigPuNo’. Responden menjalankan sesi intervensi dengan menyatakannombor yang terdapat pada kad nombor. Seterusnya responden diberikan alat ‘JigPuNo’ dan diminta
untuk mengira bilangan kepingan yang terdapat padanya. Responden akan menyatakan bilangan
yang telah dikira olehnya dan mencantumkan kepingan-kepingan alat ‘JigPuNo’. Jawapan yang
diberikan akan diketahui kesahihannya setelah kepingan alat ‘JigPuNo’ dicantumkan. Rajah 3
menunjukkan responden sedang menggunakan alat ‘JigPuNo’ untuk mengenal pasti nilai nombor 1
hingga 3.
Rajah 3: Penggunaan alat ‘JigPuNo’ oleh responden
Rajah 4 menunjukkan bukti analisis dokumen berdasarkan soalan latihan yang berkaitan dengan
mengenal pasti nilai nombor 1 hingga 3. Responden telah diminta untuk memadankan nombordengan bilangan yang mewakili nilainya.
Rajah 4: Analisis dokumen
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 10/12
Intervensi 4
Sesi intervensi yang terakhir dijalankan bagi membantu responden mengenal nilai nombor 1 hingga
5 dengan menggunakan alat ‘JigPuNo’. Responden melalui sesi intervensi yang sama seperti padasesi intervensi 3 tetapi telah ditingkatkan tahap latihan intervensinya. Ini adalah kerana responden
perlu mengenal pasti nilai nombor 1 hingga 5. Rajah 5 menunjukkan analisis dokumen hasil kerja
responden setelah menggunakan alat ‘JigPuNo’ untuk mengenal pasti nilai nombor 1 hingga 5.
Rajah 5: Analisis dokumen
Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dan pasca dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan responden terhadap
keberkesanan penggunaan alat ‘JigPuNo’ untuk mengenal pasti nilai nombor 1 hingga 5. Berikut
adalah dokumen yang diambil melalui rakaman foto untuk membuktikan keberkesanan alat yang
digunakan.
Rajah 6 : Ujian pra Rajah 7 : Ujian pasca
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 11/12
Rajah 6 dan 7 menunjukkan berlakunya perubahan kepada jawapan yang diberikan oleh responden
mengenai bilangan bulatan yang perlu dilukis berdasarkan nombor yang telah dinyatakan. Bagi ujian
pos responden hanya menjawab soalan yang diberikan secara sambil lewa dan mengira nilai nombor
tanpa mengikut turutan. Setelah didedahkan dengan penggunaan alat ‘JigPuNo’ responden di lihat
dapat mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan yang betul dan mengenal pasti nilai sesuatu
nombor dengan baik. Pengkaji berpendapat penggunaan alat ‘JigPuNo’ dan kad nombor di lihat
dapat membantu murid pendidikan khas bermasalah lemah pembelajaran bagi mengenal pasti nilai
nombor 1 hingga 5 dengan baik.
KESIMPULAN
Berdasarkan analisis dan dapatan kajian yang telah diperolehi daripada setiap sesi intervensi,
pengkaji dapat merumuskan bahawa persoalan kajian yang dinyatakan dapat dijawab dengan baik
dan sempurna. Dengan menggunakan alat ‘JigPuNo’ , pengkaji secara tidak langsung telahmembantu responden untuk menyelesikan masalah yang dihadapi olehnya yang berkaitan dengan
masalah mengenal nilai nombor 1 hingga 5. Penekanan haruslah diberikan kepada murid pendidikan
khas yang mengalami masalah berkaitan mengenal pasti nilai nombor, ini adalah kerana dengan
mengenal nilai nombor murid pendidikan khas akan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka. Persekitaran yang melibatkan penggunaan nilai nombor seperti urusan jual beli
dan mengira bilangan sesuatu objek merupakan perkara yang akan dihadapi oleh murid pendidikan
khas. Oleh itu, dengan adanya alat ‘JigPuNo’ ini, diharap murid pendidikan khas akan dapat
mengenal pasti nilai nombor sesuatu nombor dengan lebih mudah.
7/21/2019 penguasaan permainan jurnal.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/penguasaan-permainan-jurnalpdf 12/12