penyuburan komponen
TRANSCRIPT
![Page 1: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/1.jpg)
Penyuburan Komponen Kompetensi Personal
MUHAMAD NUH BIN KASMURIMUHAMMAD HANIF BIN JUKI
![Page 2: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/2.jpg)
KompetensiPersonal
Menganalisis Kompetensi Emosi
Personal
Literasi Emosi
Mengenal Pasti Emosi
Melabel EmosiMenjustifikasi Emosi
Kesedaran Emosi
Mengurus Emosi
![Page 3: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/3.jpg)
Menganalisis Kompetensi Emosi Personal
• Analisis “Interpersonal” dan “Intrapersonal”
Intrapersonal- Kecerdasan yang berkait rapat dengan kecerdasan emosi kendiri
Interpersonal- Kebolehan memahami orang lain
Intrapersonal- Daya memahami perasaan diri, keupayaan membezakan antara perasaan diri dan menilainya seterusnya membuat pemilihansebagai panduan untuk memandu pelakuan sendiri
![Page 4: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/4.jpg)
• Intrapersonal- Kebolehan membentuk diri sebagai model yang sesuai, dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam kehidupan
![Page 5: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/5.jpg)
Literasi Emosi
• Kompetensi kecerdasan emosi merupakan kriteria utama untuk menilai penguasaan literasi emosi seseorang
![Page 6: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/6.jpg)
Perkataan Emosi
• Emosi
Suatu perasaan jiwa yang kuat
Perasaan apa sahaja yang meluap-luap seperti kasih, gembira, benci, takut dan sebagainya(Kamus Advanced Learner English-Malay 2001)
Sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak(Daniel Goleman)
![Page 7: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/7.jpg)
• Perkataan Emosi
Emosi yang terzahir daripada diri seseorang sama ada berbentuk lisan ataupun bukan lisan
Segala bentuk tindakan atau ujaran yang digunakan untuk menyatakan perasaan emosinya
![Page 8: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/8.jpg)
Mengenal Pasti Emosi
Jenis-jenis komunikasi untuk mengenal pasti dan melabel emosi :-
• Komunikasi secara lisan- melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar.
• Komunikasi secara bukan lisan- penyampaian mesej melalui gerak isyarat , seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya.
![Page 9: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/9.jpg)
Komunikasi Secara Lisan
![Page 10: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/10.jpg)
Komunikasi Secara Bukan Lisan
![Page 11: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/11.jpg)
Melabel Emosi
• Membaca, mengenali dan menyatakan emosi orang lain dengan cepat
• Tindak balas daripada perkataan emosi yang di tunjukkan oleh orang lain
• Angguk kepala tanda setuju, geleng kepala tanda tidak setuju
• Senyum tanda gembira, masam muka tanda marah
![Page 12: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/12.jpg)
Bina Kesedaran Emosi
• Kesedaran emosi merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan emosi orang lain
• Bina kesedaran emosi menggunakan pemikiran untuk mengenali emosi
![Page 13: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/13.jpg)
Pemikiran
John Dewey(1910)• Aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi
John Paul Guilford(1967)• Sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia
mempunyai pelbagai kemahiran berfikir
Roger Wolcott Sperry(1970)• Menghurai fungsi otak kiri manusia yang berfikir secara
kritis dan otak kanannya berfikir secara kreatif
![Page 14: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/14.jpg)
• Proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, perkataan, akal dan ransangan atau dorongan yang tersembunyi
![Page 15: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/15.jpg)
Konsep Kemahiran Berfikir
• Kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran
• Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan dengan tepat untuk melaksanakan tindakan
![Page 16: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/16.jpg)
Peringkat Pemikiran
1. Pemikiran kreatif – kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi atas tujuan mendapat idea baharu atau ciptaan asli
2. Pemikiran abstrak – kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk menyelesaikan masalah
3. Pemikiran konkrit – kemahiran berfikir di perngkat ingatan dan kefahaman sahaja
![Page 17: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/17.jpg)
Pemikiran Reflektif
Birchall(1992)
• Memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tinfakan seterusnya
Wilson J & Wing Jan L
• Berhubung rapat dengan aspek pemikiran lain, khasnya pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
![Page 18: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/18.jpg)
Pengurusan Emosi & Motivasi Kendiri
• Emosi manusia mesti diurus dengan baik dan bijaksana ( kecerdasan emosi)
• Emosi yang tidak berpatutan jika tidak diurus dengan baik akan mendatangkan kemudaratan.
• Emosi yang tertentu jika diluar kawalan, akan datang kegelisahan dan sebagainya.
![Page 19: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/19.jpg)
1. Mengurus Perasaan MARAH
• Mengapa marah?
• Apa sebab marah?
• Siapa yang marah?
• Kenapa boleh jadi marah?
• Boleh tak kalau tak marah?
• Bagaimana nak kawal marah?
![Page 20: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/20.jpg)
• Apakah itu marah?
• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal
![Page 21: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/21.jpg)
Apa yang berlaku apabila marah?
• Degupan jantung meningkat
• Tekanan darah meningkat
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek
• Mengalami ketegangan otot-otot
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas
![Page 22: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/22.jpg)
Apakah kebiasaan punca kemarahan?
• Dicederakan
• Ditipu
• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
• Terbiar tanpa diendahkan
• Hilang upaya mengawal
• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan
![Page 23: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/23.jpg)
• Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:
• Bersifat negatif
• Suka mengkritik
• Bersifat mengejek/ Suka menyindir
• Bersifat ganas
![Page 24: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/24.jpg)
3 cara yang boleh lakukan untuk mengatasi marah
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri
• Kenali diri sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana kita dilanda perasaan marah dan cara kita mengatasinya. Apabila telah mengenali diri kita mampu melakukan perkara – perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan menjadi marah.
![Page 25: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/25.jpg)
• bagaimana menangani kemarahan orang lain?
• Kenal pasti perasaan marah mereka.
• Tenangkan diri anda.
• Tinggalkan tempat tersebut jika merasa keselamatan terancam.
• Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?
• Berwaspada terhadap hal – hal yang boleh menyebabkan orang lain marah
• Elak lakukan perkara – perkara yang biasa membuat orang lain marah
![Page 26: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/26.jpg)
• Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
![Page 27: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/27.jpg)
Menenangkan Kebimbangan
Kebimbangan merupakan pemikiran berulang ulang ke atas sesuatu peristiwa yang kurang
baik, serta kurang keyakinan untuk memulihkannya. Jika kebimbangan dibiarkan
secara berterusan tanpa penyelesaian, ia akan melahirkan tabiat kegelisahan yang
kronik.
Borkovec dalam kajiannya mendapati beberapa langkah mudah berikut membantu
pembimbang supaya dapat mengawal emosi yang tidak diingini.
![Page 28: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/28.jpg)
Kajian BorkovecMenggunakan teknik kesedaran diri iaitu mengenal pasti
situasi yang menimbulkan kitaran kebimbangan atau kegelisahan. Kaedah mengendur (relaxation) dapat mengurangkan kadar kebimbangan.
ii) Memikir cara yang membina untuk mengatasi kebimbangan. Ia dilakukan dengan cara bisik membisik didalam hati pembimbang. Ini kerana kebimbangan adalah digambarkan dalam Hati Telinga dengan bahasa lisan dan bukan imej melalui mata. Melalui soal jawab dalam hati -telinga, pembimbang akan dibawa ke dalam suatu keadaan relaks, yang boleh membantu otaknya menghalang isyarat kebimbangan dihantar ke seluruh badan. Maka kesedaran diri tentang kebimbangannya akan beransur -ansur hilang atau berkurangan
![Page 29: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/29.jpg)
Mengurus Kesedihan
• Kesedihan yang tidak dapat dikawal atau dibendung akan mengakibatkan seseorang
mengambil jalan pantas dengan membunuh diri.
• kesedihan itu sebenarnya dapat dikawal dengan kecerdasan emosi yang ada.
• Menurut Tice, untuk menentang kesedihan, cara yang berkesan adalah dengan membuat sesuatu
aktiviti bersama kawan dan keluarga.
• membuat perbandingan diri dengan orang yang lebih malang
juga dapat meredakan kesedihan. Bagaimanapun, dalam Islam, kekuatan dari segi rohani
amat diperlukan untuk mengawal kesedihan yang ada.
• berzikir, bersolat, membaca A-Quran dan memikirkan segala yang berlaku adalah
ketentuan dari Allah akan membuat seseorang itu teguh dalam mengawal kesedihan sekaligus dapat mengurus kesedihan yang
![Page 30: Penyuburan Komponen](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061512/55721406497959fc0b93954a/html5/thumbnails/30.jpg)
Kesimpulan • Optimitisme / optimistik , mempunyai sifat
self-efficacy (percaya diri mampu hadapi cabaran sengit)
• Menurut Albert Bandura, orang yang bersifat self-efficacy boleh
• Belajar dari kekalahan
• Mengambil insiatif mencari punca kekalahan
• Memikir bagaimana membaikinya dan menukarnya kepada kemenangan.
•Belajar memandang sebarang perkara secara optmistik merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat.