peranan guru dan ibu bapa dalam mengatasi isu buli di sekolah dan dalammasyarakat

4
PERANAN GURU DAN IBU BAPA DALAM MENGATASI ISU BULI DI SEKOLAH DAN DALAM MASYARAKAT. Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk dan memaki yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Perbuatan yang keji ini boleh mengakibatkan tekanan mental kepada mangsa. Sesetengahnya juga mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius sehingga membawa kepada kematian. Perbuatan buli ini mampu menyebabkan mangsa bertindak sehingga membunuh diri. Ibu bapa dan guru perlu mengembleng tenaga bagi mengatasi masalah buliini. Antara peranan ibu bapa dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh institusi keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia perlu mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku demikian kerana nilai-nilai murni adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang negatif. Ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk menangani masalah ini. Hal ini berlaku demikian kerana agama merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-anasir jahat. Agama akan melahirkan jati diri yang kukuh dan akhlak yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan tidak bermoral. Pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya. Ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada

Upload: siti-aminah-mat-nawi

Post on 03-Feb-2016

664 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

peranan guru

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Dan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Isu Buli Di Sekolah Dan Dalammasyarakat

PERANAN GURU DAN IBU BAPA DALAM MENGATASI ISU BULI DI SEKOLAH

DAN DALAM MASYARAKAT.

Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti

memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk dan memaki yang dilakukan oleh seseorang

terhadap pemangsanya. Perbuatan yang keji ini boleh mengakibatkan tekanan mental kepada

mangsa. Sesetengahnya juga mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius sehingga

membawa kepada kematian. Perbuatan buli ini mampu menyebabkan mangsa bertindak

sehingga membunuh diri. Ibu bapa dan guru perlu mengembleng tenaga bagi mengatasi

masalah buliini.

Antara peranan ibu bapa dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh

institusi keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia perlu mempraktikkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku demikian kerana nilai-nilai murni

adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang

negatif. Ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk menangani masalah

ini. Hal ini berlaku demikian kerana agama merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan

nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-anasir jahat. Agama akan melahirkan jati diri

yang kukuh dan akhlak yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan tidak

bermoral. Pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan

baik dengan sesiapa sahaja.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi pergerakan anak-anak.

Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar

kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh

rakan sebaya.  Ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada

setiap masa. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang

berkelakuan negatif sejak kecil lagi.

Ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.

Kejadian  ini berlaku  kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah

terpengaruh oleh  gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai

menatang minyak yang penuh. Di samping itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak

berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.  Seterusnya, ibu

bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu

bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Anak-anak akan

berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain.

Page 2: Peranan Guru Dan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Isu Buli Di Sekolah Dan Dalammasyarakat

Guru-guru turut harus peka mengenai masalah buli ini. Mereka harus mengetahui dan

memahami konsep, faktor penyebab, tempat insiden buli dan aspek berkaitan isu buli. Murid

perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Murid-murid

yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah

hendaklah memanggil ibu bapa murid berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak

wajar menyembunyikan kes buli dalam kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan

Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

Jika guru dapat mengesan kes buli berlaku di sekolah, perkara ini harus diambil berat

dan diberikan perhatian serius. Jika kes ini berlaku di dalam kelas tempat guru itu sedang

mengajar, guru perlu menghentikannya segera serta mengambil maklumat dan butiran. Guru

perlu membuat laporan dan hantar laporan berkenaan kepada pihak pentadbir supaya insiden

itu direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya. Sekolah perlu ada peraturan yang tegas yang

boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah

dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat

atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu, guru haruslah telus

dalam mengendalikan kes buli. Di samping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-

kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang

lain.

Guru perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-

masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para

pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis

kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini,

identiti pelajar perlulah dirahsiakan.

Kesimpulannya , kes buli perlu ditangani dengan segera demi ketenteraman para pelajar

dan menjaga imej institusi pendidikan . Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera , ia akan

menjejaskan imej sekolah dan pelajar berasa ketakutan untuk pergi ke sekolah . Oleh itu ,

kerjasama antara pihak ibu bapa , pihak sekolah dan pihak kerajaan untuk mengatasi kes buli

amat penting .

Page 3: Peranan Guru Dan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Isu Buli Di Sekolah Dan Dalammasyarakat

RUJUKAN

Abdul Latif Ahmad. (2005). Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap perlakuan buli di Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana Psikologi Pendidikan: Universiti

Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya etc. (2015). Tip Menangani Buli di Sekolah. Selangor: PTS Media Group Sdn. Bhd.

James Ang Jit Eng. (2013). Pengurusan Disiplin Murid: Edisi Kedua. Selangor: PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd.