peraturan umum berhubung aktivti sukan memancing oleh komisi
TRANSCRIPT
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
DI KUALA ROMPIN
ISMAIL BIN HAJI MUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ABSTRAK
Laporan ini merupakan kajian penilaian berhubung potensi aktiviti memancing
laut dalam sebagai satu tarikan pelancongan di Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
Melalui laporan yang dihasilkan ini, pengkaji cuba menilai sejauhmana aktiviti
memancing laut dalam yang dijalankan, mampu memenuhi ciri-ciri sebuah destinasi
tarikan pelancongan yang berasaskan sumber marin iaitu aktiviti memancing laut dalam
sebagai produk pelancongan yang baru di Kuala Rompin.
Kajian ini juga cuba untuk mendapatkan pandangan umum daripada pelbagai
sudut terutamanya yang berkaitan dengan potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai
tarikan pelancongan selain isu-isu dan masalah yang mungkin wujud dalam usaha
membangunkan aktiviti memancing laut dalam sebagai tarikan pelancongan di Kuala
Rompin.
Setelah analisis dibuat, terbukti Kuala Rompin adalah sangat berpotensi untuk
dijadikan sebagai salah sebuah destinasi tarikan pelancongan melalui aktiviti memancing
laut dalam (Deep Sea Fishing). Malah jika usaha mempromosikan aktiviti memancing
laut dalam di Kuala Rompin oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama
Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) serta badan-badan dan syarikat swasta dan
kerajaan dijalankan secara menyeluruh dan bersepadu, tarikan aktiviti memancing laut
dalam di Kuala Rompin ini mampu diperkembangkan ke peringkat antarabangsa dengan
lebih cepat dan berkesan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan usaha menjadikan Kuala Rompin serta
lain-lain detinasi pelancongan di Malaysia melalui aktiviti memancing laut dalam perlu
diberi perhatian oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung agar
potensi produk pelancongan yang baru ini dapat menjana ekonomi negara melalui
aktiviti pelancongan berasaskan sumber marin ini.
ABSTRACT
This report studies the potential of deep sea fishing for the tourism attraction in
Kuala Rompin, Pahang Darul Maklmur. Through this report, the researcher try to
evaluate the potential of deep sea fishing activity to generate tourist arrival (anglers) to
Kuala Rompin for performing the deep sea fishing activity.
This study tries to get public overview in every angle especially the potential of
deep sea fishing for tourism attraction beside others issues and related problems. It is
conducted by using several information from several of resources such as printed
material from government, private sectors, internet, articles and other information which
is related to this study.
Based on the analysis, it is proved that the deep sea fishing activity in Kuala
Rompin is potentially to be introduce as the tourism attraction. Furthermore, if the
promotion effort by the Tourism Malaysia and collaboration with PeMM being
implement constancy and continuously, the potential of deep sea fishing in Kuala
Rompin can be introduce to the global tourist especially those who are interested in
fishing activity.
Thus, to ensure Kuala Rompin and other fishing destinations in Malaysia
as the popular tourism attraction, all the agencies especially those who are directly or
indirectly engage in this industry should play their role seriously in order to generate
Malaysia economy through tourism activity using the marine resources such as deep sea
fishing activities.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL I
PENGAKUAN II
DEDIKASI III
PENGHARGAAN IV
ABSTRAK V
ABSTRACT VI
KANDUNGAN VIII
SENARAI JADUAL XV
SENARAI RAJAH XVI
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Kepentingan Kajian 5
1.3 Penyataan Masalah Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Lokasi Kajian 8
1.7 Kaedah Kajian 9
1.8 Rangka Kerja Penyelidikan 12
1.8.1 Peringkat Pertama: Kajian Awal. 12
1.8.2 Peringkat Kedua: Sorotan Literatur
dan Teori.
13
1.8.3 Peringkat Ketiga: Kaedah dan
Prosedur Kajian.
14
1.8.4 Peringkat Keempat : Analisis Data
dan Penemuan Kajian
14
1.8.5 Peringkat Kelima: Cadangan dan
Kesimpulan Kajian.
15
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 17
2.2 Definisi 18
2.3 Definisi Perundangan dan Skop
Memancing Laut (Sea Fishing) Untuk
Tujuan Rekreasi Berbanding Memancing
Komersial
25
2.4 Peraturan Umum Berhubung Aktivti Sukan
Memancing Oleh Komisi Yang dilantik
oleh California Department Of Fish and
Game.
31
2.5 Undang-undang Dan Peraturan Bagi
Perikanan dan Memancing Rekreasi di
Malaysia (Draf) Oleh PeMM.
32
2.6 Cadangan Oleh Persatuan Memancing
Malaysia (PeMM)
33
2.7 Aspek Perlesenan 34
2.7.1 Maklumat Lesen 34
2.7.2 Memaparkan Lesen Sukan
Memancing
34
2.8 Perniagaan Dalam Aktiviti Memancing 37
Laut Dalam Di Malaysia
2.9 Kajian Kes Terpilih Berhubung Potensi
Perniagaan Melalui Aktiviti Memancing
Laut Dalam.
38
2.10 Lokasi Aktiviti Memancing Laut dalam Di
Malaysia
39
2.11 Jenis-Jenis Spesisi Ikan Laut Dalam Yang
Terdapat Di Perairan Malaysia Dan Kuala
Rompin.
42
2.12 Royal Pahang Billfish International
Challenge (RPBIC)
49
2.13 Persatuan Memancing Malaysia 53
2.14 Ciri-Ciri Umum Aktiviti Memancing laut
dalam di Malaysia
55
2.14.1 Jenis Trip 55
i. Trip Balik Hari (Day Trips) 55
ii. Trip Bermalam (Overnight Trips) 56
iii. Trip Live-On-Boat 56
2.15 Kemudahan-Kemudahan Penting Bagi Bot
Memancing Laut Dalam
56
BAB 3 KAEDAH DAN PROSEDUR KAJIAN
3.1 Pengenalan. 62
3.2 Lokasi Kajian 62
3.3 Kaedah Kajian :Kualitatif 63
3.4 Teknik Temubual Semi-Struktur In-dept 63
3.4.1 Temubual Dengan Agensi Kerajaan 64
3.4.2 Temubual Dengan Kumpulan
Rujukan
64
3.5 Teknik Pemerhatian 65
3.6 Teknik Pengumpulan Maklumat Kedua 66
3.7 Kaedah Analisis Temubual kualitatif 67
3.8 Merekabentuk Soalan-soalan. 68
3.8.1 Soalan-Soalan Yang Ditanya
Kepada Mejar (B) Ismail Feisol (Presiden
Persatuan Memancing Malaysia (PeMM).
69
3.8.2 Soalan-Soalan Yang Ditanya
Kepada Encik Mohd. Kamal Ahmad
(Editor/Projek Unit Joran-NSTP).
70
3.8.3 Soalan-soalan Yang Ditanya
Kepada Pembekal Bot (Encik Mike Thein
(Pengarah Urusan Syarikat Boat Explorer
Malaysia)
71
3.8.4 Soalan-Soalan Yang Ditanya
Kepada Operator Bot.
72
3.8.5 Soalan-Soalan Yang Ditanya
Kepada Pegawai Dari LKIM Kuala
Rompin.
72
3.8.6 Soalan-Soalan Yang Ditanya
Kepada Pegawai Dari Jabatan Perikanan
Kuala Rompin (Puan Rokiah Binti Omar).
73
3.9 Justifikasi Pemilihan Kaedah Kajian 74
3.10 Justifikasi Pemilihan Sampel Kajian 75
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 80
4.2 Analisis Potensi Aktiviti Memancing Laut
Dalam Sebagai Tarikan Pelancongan Di
Kuala Rompin
81
4.2.1 Tema 1: Bekalan Sumber Ikan Laut
Dalam Yang Banyak
81
4.2.2 Tema 2: Aktiviti Pertandingan
Memancing
82
4.2.3 Tema 3: Peranan Persatuan
Memancing Malaysia
83
4.2.4 Tema 4: Fungsi Media 85
4.2.5 Tema 5: Perkhidmatan Operator Bot 86
4.2.6 Tema 6: Peranan Agensi-Agensi
Kerajaan
89
4.2.7 Tema 7: penyediaan Infrastruktur
Dan Perkhidmatan Bagi Aktiviti
Memancing
91
4.2.8 Tema 8: Kemudahsampaian
(Accessibility)
92
4.3 Analisis Cabaran Aktiviti Memancing Laut
alam Sebagi Tarikan Pelancongan di Kuala
Rompin
92
4.3.1 Tema 1: Ancaman terhadap Sumber
Ikan Laut Dalam
92
4.3.2 Tema 2: Penyediaan Keperluan
Asas Bagi Aktiviti Memancing Laut dalam
93
4.3.3 Tema 3: Tiada Bantuan Dan Insentif
Pembelian Bot
94
4.3.4 Tema 4: Penyediaan Operator
Bot/Kapten Terlatih
95
4.3.5 Tema 5: Tiada Akta Khusus 96
Larangan Penangkapan Ikan Layaran
4.3.6 Tema 6: Kelemahan
Penguatkuasaaan Dan Pemantauan Aktiviti
Penangkapan Ikan Di Kuala Rompin
97
BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 101
5.2 Cadangan-Cadangan 102
5.2.1 Membangunkan Operasi Aktiviti
Memancing laut Dalam di Kuala Rompin
102
i. Menubuhkan Akademi Sukan
Memancing Atau Pusat latihan
102
ii. Menubuhkan Syarikat Pemberi
Khidmat Utama Untuk Aktiviti Memancing
Laut Dalam
103
5.2.2 Membangun Pelan Pengurusan Di
Kawasan Perikanan
104
i. Mengenalpasti Kawasan Ikan (Lubuk
Ikan) Mengikut Spesisi
104
ii. Mengenalpasti Jenis Aktiviti
Memancing
105
iii. Kajian Terhadap Ikan Bermusim 105
iv. Menjaga Dan Memelihara Kawasan
Pemakanan Dan Pembiakan Ikan Menerusi
Peruntukan Undang-Undang.
105
v. Penetapan Zon Ekslusif Memancing
Di Kawasan Tertentu
103
vi. Garis Panduan Memancing 106
5.2.3 Promosi Dan Pemasaran 106
i. Strategi Pemasaran 106
ii. Membuat Pakej Pelancongan Dan 107
Promosi
iii. Penerbitan Dan Penulisan 107
iv. Pangkalan Data Melalui Laman Web 108
5.2.4 Kemudahan Infrastruktur 109
5.2.5 Kemudahan Pinjaman Pembelian
Bot
110
5.2.6 Menubuhkan Muzium Sukan
Memancing Di Kuala Rompin
111
5.3 Kesimpulan 112
Rujukan Dan Lampiran
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Definisi Memancing, Angling, Sukan
Memancing dan Memancing Rekreasi.
22
2.2 Definisi Penangkap Ikan Rekreasi dan
Aktiviti Memancing.
23
2.3 Peraturan-peraturan dan Aspek Perundangan
Aktiviti Memancing Yang Diamalkan Oleh
Beberapa Negara Dalam Kesatuan Eropah.
26
2.4 Fee Lesen Sukan Memancing di Lautan di
California Amerika Syarikat.
35
2.5 Fee Lesen Bot Menangkap Ikan Tempatan Di
Malaysia.
36
2.6 Statistik Aktiviti Memancing dan “Tagging”
Ikan Layaran.
51
2.7 Kemudahan Asas Yang Diperlukan Bagi
Sesebuah Bot Memancing Laut Dalam
57
3.1 Senarai Dan Justifikasi Pemilihan Respondan
Bagi Kajian
76
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model Kajian 11
1.2 Rangka Kerja Kajian 15
2.1 Foto Mejar (B) Ismail Feisol Ketika
Memancing Ikan Layaran Di Kuala
Rompin-2006
39
2.2 Foto Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Hj. Abdullah Ahmad Badawi (Memancing
Di Perairan Pulau Langkawi)
40
2.3 Aksi Pemancing Ikan Layaran 41
2.4 Kertang (Epinephelus Lanceolatus) 42
2.5 Kertang (anak) (Epinephelus Lanceolatus) 42
2.6 Kerapu (Epinephelus Malabaricus) 42
2.7 Kerapu Balong (Epinephelus Coioides) 43
2.8 Kerapu Pisang (Plectropomus Maculatus) 43
2.9 Kerapu Sunuh (Plectropomus Pessuliferus) 43
2.10 Kerapu Bara (Cephalopholis Sonnerati) 44
2.11 Kerapu Belang (Epinephelus Amblycephalus) 44
2.12 Kerapu Pulut (Epinephelus Epistictus) 44
2.13 Ikan Merah Mentimun (Symphorus
nematophorus)
45
2.14 Jenahak (Lutjanus Johnii) 45
2.15 Merah Pucat (Lutjanus Erythropterus) 45
2.16 Kakap Merah (Lutjanus Argentimaculatus) 46
2.17 Merah Mata Hitam (Lutjanus Malabaricus). 46
2.18 Merah Suman (Pinjalo Pinjalo) 46
2.19 Gerepoh, Among-among (Caranx Ignobilis) 47
2.20 Geropoh Sirip Biru (Caranx Melampygus) 47
2.21 Talang (Scomberoides Commersonnianus). 47
2.22 Kakap Batu/Siakap Karang (Plectorhinchus
Gibbosus).
48
2.23 Ikan Layaran (Istiophorus Paltypterus) 48
2.24 Ikan Senangin (Eleutheronema tetradactylum) 48
2.25 Contoh Bot Memancing Laut Dalam Keluaran
Syarikat Boat Eexplorer, Melaka
61
2.26 Bot Memancing Laut Dalam Yang Digunakan
Untuk Aktiviti Memancing Laut Dalam Di
Sepanyol.
61
4.1 Tema Penemuan Berhubung Potensi Aktiviti
Memancing Laut Dalam Sebagai Tarikan
Pelancongan di Kuala Rompin
99
4.2 Tema Penemuan Berhubung Cabaran Aktiviti
Memancing Laut Dalam Sebagai Tarikan
Pelancongan Di Kuala Rompin.
100
cxÇwt{âÄâtÇ
Bab 1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Malaysia amat bertuah kerana dianugerahkan dengan kawasan yang kaya dengan
sumber ikan air tawar dan ikan air masin yang rata-rata spesisnya sesuai untuk dijadikan
sebagai spesis tarikan bagi aktiviti memancing khususnya di laut dalam. Sebagai sebuah
negara yang mempunyai iklim khatulistiwa (panas dan lembab sepanjang tahun) aktiviti
memancing boleh dijalankan di negara ini sepanjang setahun di mana-mana lokasi marin
sama ada di perairan Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak.
Kajian oleh PeMM (2004), menunjukkan terdapat 386 spesis ikan air tawar
dengan 63 spesis ikan yang boleh dipancing dan 26 daripada spesis ikan tersebut telah
didaftarkan dengan Persatuan Sukan Memancing Antarabangsa (IGFA). Spesis seperti
Giant Snakehead, Malayan Jungle Perch, Malaysian Mahseer, Giant Featherback,
Arawana dan sebagainya adalah antara spesis ikan air tawar yang menjadi buruan setiap
pemancing ikan air tawar ( Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), 2007).
Manakala di kawasan perairan (air masin) pula, Malaysia tidak kurang hebatnya
berbanding dengan negara-negara luar kerana dianugerahkan lebih daripada 100 spesis
ikan laut yang boleh dipancing. Antara spesis yang popular seperti Marlin Hitam,
Layaran , Aruan Tasik, Giant Travellys, Tuna Sirip Kuning, Tenggiri, Aji-aji, Kerapu
dan banyak lagi (PeMM, 2007).
Menerusi Kementerian Pelancongan Malaysia, pelbagai agenda pembangunan
produk pelancongan berasaskan sumber semulajadi telah dijalankan sejak sekian lama
terutamanya dalam mempelbagaikan lagi produk-produk pelancongan yang sedia
ada.Malangnya, produk pelancongan yang bersifat “High Yield” seperti sukan
memancing yang ternyata telah terbukti menjana pulangan yang besar kepada negara-
negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada belum diekplotasi sepenuhnya
oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai produk pelancongan yang baru dan
berpotensi untuk diperkenalkan ke peringkat antarabangsa.
Di Amerika Syarikat contohnya, laporan ekonomi dari American Sports
Association (ASA) mengesahkan analisis ekonomi terkini yang dijana kepada ekonomi
negeri dan negara melalui aktiviti memancing adalah sebanyak USD116 billion.
Laporan secara detail ASA juga menunjukkan bagaimana 45 juta rakyat Amerika
membelanjakan sejumlah lebih daripada USD 42 billion hanya untuk aktiviti
memancing, trip memancing dan perkhidmatan yang berkaitan aktiviti memancing pada
tahun 2001.
Manakala menurut Dillon (2004), jumlah perbelanjaan dalam aktiviti rekreasi
memancing di Eropah contohnya telah mencecah lebih daripada €25 billion setahun.
Malah, aktiviti rekreasi memancing menurut Dillon, dapat menyumbang kepada aktiviti
sosial dan juga ekonomi di negara-negara Eropah sejak sekian lama. Pada 1998, nilai
pendaratan ikan untuk tujuan komersial daripada 15 buah negara anggota Kesatuan
Eropah (EU) telah mencecah sehingga €20 billion (Megapesca, 2004).
Laporan yang dikeluarkan oleh Australian Sports National Fishing Association
menunjukkan bahawa perbelanjaan tahunan untuk aktiviti memancing dan yang
berkaitan pada tahun 1998 ialah sebanyak USD 2.96 billion setahun dan menyediakan
peluang pekerjaan kepada 42,000 penduduk Australian secara langsung dan 40,000
secara tidak langsung.
Jangkaan perbelanjaan bagi aktiviti sukan memancing diMalaysia pula
dianggarkan lebih kurang RM 2 billion. Walau bagaimanapun perbelanjaan ini dijangka
akan terus meningkat melalui pengurusan yang baik serta aktiviti promosi yang meluas
(Persatuan Memancing Malaysia, 2007).
Malaysia sangat berpotensi dalam bidang pelancongan berasaskan aktiviti
memancing ini berdasarkan kemampuan daripada segi sumber ikan di semua lokasi
perairan seperti sungai, tasik atau pun laut. Namun, buat masa kini hanya terdapat
beberapa kemudahan atau operasi yang menawarkan perkhidmatan dalam industri
memancing bagi menarik minat pemancing khususnya dari luar negara.
Di Malaysia, lokasi-lokasi perairan yang kaya dengan sumber ikan seperti di
Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan juga Sabah semakin terkenal di kalangan
pengemar aktiviti memancing laut dalam ekoran terdapat banyak spesis ikan yang
bersesuaian dengan aktiviti memancing laut dalam seperti ikan Layaran (Istiophorus
paltypterus) dan Mersuji di Kuala Rompin dan beberapa kawasan perairan di Malaysia.
Menerusi “Misi Nasional” di bawah Pelan Rancangan Malaysia ke- 9 yang
diumumkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan
pembentangan Belanjawan Malaysia pada 30 September 2005, kerajaan telah
meletakkan sasaran pendapatan sebanyak RM59.4 juta dengan kehadiran pelancong
sebanyak RM24.6 juta menjelang tahun 2010 (Malaysia National Budjet 2006).
Menjelang 2010, sumber perikanan dijangka penyumbang utama kepada sektor
pertanian Malaysia. Sektor perikanan pada tahun lalu (2006) sahaja telah mencatatkan
peningkatan sebanyak 250,000 (2005) tan metrik tangkapan ikan kepada 650,000 tan
metrik (2006) yang bernilai RM 6.5 billion. Dengan adanya kemudahan pelabuhan yang
lengkap dan moden, prestasi penangkapan ikan laut dalam akan terus berkembang
dengan pesat dan menguntungkan. Buktinya kerajaan telah membina sebuah palabuhan
canggih di Sarawak iaitu, Pelabuhan Nelayan Tanjung Manis yang bernilai RM 332 juta
bakal meningkatkan lagi prestasi negara dalam bidang perikanan laut dalam ( Star, 6
Mac 2007).
Menyedari potensi besar yang boleh disumbangkan oleh aktiviti perikanan ini
kepada bidang pelancongan, Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Berita Harian
telah melancarkan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) pada tahun
2004 iaitu acara pertandingan memancing ikan Layaran peringkat antarabangsa.
Pada awal penganjurannya, RPBIC telah berjaya menarik penyertaan seramai 66
orang peserta dari negara Malaysia, Singapura, dan Zimbabwe dengan menggunakan 30
buah bot sewa. Pada tahun 2005, bilangan peserta telah meningkat kepada 100 orang
dengan peningkatan penyertaan dari beberapa negara seperti Singapura, Filipina,China,
Kanada, United Kingdom, Australia dan Jepun ( Berita Harian, 6 Jun 2006).
Penglibatan secara langsung oleh Tourism Malaysia dalam menjayakan Royal
Pahang Billfish International Challenge 2006 telah meningkatkan lagi imej serta aktiviti
promosi sukan memancing khususnya RPBIC di Kuala Rompin ke peringkat
antarabangsa. Menurut menterinya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur, RPBIC yang
dianjurkan di Kuala Rompin sebelum ini telah membuka mata dan minda Tourism
Malaysia tentang potensi sukan memancing sebagai tarikan pelancongan dan Tourism
Malaysia bersedia untuk membantu dalam mempromosikan RPBIC di peringkat
antarabangsa (Berita Harian, Jun 2006).
Dengan gelaran ‘di raja’ dan perkenan DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji
Ahmad Shah, selaku penaung, RPBIC yang dianjurkan pada 2005 telah mendapat
pengiktirafan daripada The Billfish Foundation beribu pejabat di Fort Lauderdale,
Florida di Amerika Syarikat. Ini dinyatakan melalui sepucuk surat daripada Pengarah
Keahliannya, Deborah Cummings, kepada Presiden PeMM, Mejar (B) Ismail Feisol.
Menurut Mejar (B) Ismail Feisol , pertandingan bertaraf antarabangsa di Labuan
dan Phuket, Thailand sebelum ini masih belum mendapat pengiktirafan The Billfish
Foundation tetapi RPBIC berupaya memperolehi hanya selepas pertama kali
dianjurkan.“PeMM sudah melaporkan penganjuran RPBIC 2004 kepada Billfish
Foundation dan tahun ini (2005) dan mereka mengiktiraf acara itu. Selain itu, beliau juga
menegaskan PeMM akan berusaha membantu Unit Joran untuk mendapatkan
pengiktirafan International Game Fish Association (IGFA) sekali gus menjadikan
RPBIC antara Sirkit Rolex peringkat antarabangsa (News Strait Times Ogos 2005).
1.2 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian Potensi Aktiviti Memancing Laut Dalam Sebagai Tarikan Pelancongan Di
Kuala Rompin ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya kepentingan kajian ini
ialah:
i. Menyediakan penilaian di peringkat pertama tentang ciri-ciri aktiviti memancing
laut dalam serta sumbangan aktiviti ini kepada sektor pelancongan berasaskan
marin di Kuala Rompin.
ii. Hasil kajian yang diperolehi boleh digunakan sebagai garis panduan untuk
meningkatkan potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai produk tarikan
pelancongan.
iii. Langkah-langkah serta cadangan dariapda kajian ini penting untuk perhatian dan
tindakan pihak-pihak yang berkait langsung dengan industri pelancongan
berasaskan sumber marin seperti aktiviti memancing laut dalam.
iv. Sebagai rujukan kepada pengkaji-pengkaji seterusnya yang berminat untuk
mendalami bidang kajian ini pada masa akan datang.
1.3 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN.
Malaysia amat bertuah kerana dianugerahkan dengan pelbagai sumber flora dan
fauna yang boleh dipasarkan sebagai produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa.
Salah satu produk pelancongan yang masih baru di negara ini dan dilihat berpotensi
untuk dipasarkan kepada pelancongan antarabangsa ialah aktiviti memancing laut dalam.
Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan gagal
mengesan potensi industri ini di mana tiada usaha untuk mempromosikan aktiviti
memancing laut dalam program-program pemasaran produk-produk pelancongan
mereka sebelum ini.
Negeri Pahang memang terkenal dengan tarikan-tarikan yang berasakan sumber
semulajadi seperti Taman Negara Pahang yang sudah terkenal di kalangan pelancong
dalam dan luar negara. Sementara produk pelancongan berasaskan sumber marin seperti
aktiviti memancing laut dalam masih lagi baru dan memerlukan strategi pemasaran dan
promosi yang berterusan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Justeru, pelbagai
cabaran pasti akan dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pahang khususnya daerah Kuala
Rompin dalam menjual imej pelancongan dengan menjadikan aktiviti memancing laut
dalam sebagai produk tarikan pelancongan.
Bagi mana-mana pengunjung atau pelancong, aspek kemudahan, perkhidmatan
dan infrastruktur pelancongan yang berkualiti dan mencukupi merupakan elemen
penting yang perlu diberi perhatian di mana-mana destinasi pelancongan. Bagi Kuala
Rompin, kualiti dan kuantiti kemudahan dan perkhidmatan terutamanya yang berkaitan
dengan aktiviti memancing laut dalam perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang
berkaitan bagi memastikan Kuala Rompin dapat memenuhi kehendak peminat aktiviti
ini terutamanya dari luar negara.
1.4 PERSOALAN KAJIAN.
Berdasarkan pernyataan masalah di atas, persoalan yang cuba untuk
diketengahkan oleh pengkaji melalui kajian ini ialah:
i. Adakah aktiviti memancing laut dalam di Kuala Rompin berpotensi sebagai
tarikan pelancongan di kawasan tersebut?
ii. Apakah bentuk-bentuk cabaran terhadap potensi aktiviti memancng laut dalam
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
iii. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin berpotensi dijadikan sebagai tarikan
pelancongan di Kuala Rompin?
1.5 OBJEKTIF-OBJEKTIF KAJIAN.
i. Menilai potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai tarikan pelancongan di
Kuala Rompin.
ii. Mengenalpasti bentuk-bentuk cabaran terhadap potensi aktiviti memancng laut
dalam sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin.
iii. Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin terus mendapat sambutan di peringkat
tempatan dan antarabangsa.
1.6 LOKASI KAJIAN.
Kajian ini akan dijalankan di Daerah Kuala Rompin Pahang di mana aktiviti
memancing laut dalam khususnya aktiviti memancing ikan Layaran, Mersuji Hitam serta
lain-lain spesis ikan laut dalam yang begitu popular di kalangan pengemar aktiviti
memancing samada dari dalam mahupun luar negara. Antara aspek yang akan diberi
tumpuan dalam kajian lokasi ini termasuklah latarbelakang lokasi kajian, kemudahan
dan prasarana untuk aktiviti memancing selain meninjau institusi-institusi yang
signifikan dengan aktiviti penangkapan ikan laut dalam di Kuala Rompin.
Pemilihan lokasi kajian di Kuala Rompin ini juga dibuat memandangkan Kuala
Rompin merupakan destinasi tetap bagi penganjuran Royal Pahang Billfish International
Challenge (RPBIC) iaitu pertandingan memancing ikan layaran antarabagsa yang
menarik minat penyertaan pemancing dari pelbagai negara sejak pelancarannya pada
tahun 2004.
Selain itu, kemudahan bot sewaan, kawasan pembiakan ikan atau “lubuk ikan” di
kawasan perairan laut dalam Kuala Rompin juga memainkan peranan dalam pemilihan
lokasi bagi tujuan kajian ini bagi memastikan maklumat, data dan pelbagai aspek yang
dapat membantu pengaji adalah mencukupi terutamanya dalam membuat analisis,
memperolehi dapatan, membuat rumusan serta mengunjurkan cadangan-cadangan yang
bersesuaian dan serta menepati aspek kajian ini.
1.7 KAEDAH KAJIAN.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu Temubual Semi- struktur In-
depth bagi mendapatkan maklumat pertama berhubung segala aspek yang hendak
diperolehi dan dikaji dalam kajian ini. Kaedah temubual kajian kualitatif adalah satu
cara untuk mendapatkan apakah yang dirasakan dan difikirkan oleh orang lain
berdasarkan perspektif mereka sendiri. Menerusi temubual kualitatif, pengkaji akan
mendalami serta memahami pengalaman yang mana pengkaji sendiri tidak terlibat
(Rubin and Rubin, 1995). Penggunaan kaedah kajian Temubual Semi- struktur In-
depth ini akan dijelaskan oleh pengkaji dalam Bab 3.
Melalui kaedah ini, pengkaji akan menggunakan teknik temuduga dengan
mengadakan sesi temubual dengan individu, pegawai daripada jabatan kerajaan,
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dengan kajian ini.
Pengkaji juga akan menjalankan tinjauan dan pemerhatian (survey and
observation) sepanjang berada di lokasi kajian (Kuala Rompin) bagi mengenalpasti
aspek-aspek yang boleh dijadikan maklumat tambahan dan sokongan sebagai penguat
kepada dapatan dan analisis data dalam kajian ini.
Seterusnya pengumpulan data-data dan maklumat sekunder pula akan dibuat oleh
pengkaji yang melibatkan pengumpulan maklumat-maklumat serta menerusi laporan
rasmi agensi kerajaan, terbitan, laporan-laporan persatuan memancing dalam dan luar
negara, jurnal, artikel serta rujukan daripada kajian-kajian terdahulu dari dalam dan luar
negara yang berkaitan dengan bidang kajian ini.
Laporan adalah berdasarkan jawapan dan kenyataan sebenar daripada respondan
yang terlibat dengan menggunakan olahan ayat pengkaji tanpa menjejaskan maklumat
asal yang diperolehi semasa sesi temuramah dijalankan serta pemerhatian di lokasi
kajian.
Maklumat dan data sekunder ini adalah maklumat sokongan bagi mengukuhkan
dapatan kajian selain membantu pengkaji menghasilkan laporan yang baik dan tahap
kesahan yang memenuhi kriteria kajian ilmiah sebagaimana yang telah digariskan oleh
pihak institusi pengajian yang akan menilai hasil kajian oleh pengkaji.
Rumusan berhubung dapatan yang cuba diperolehi oleh pengkaji melalui kajian
Potensi Aktiviti Memancing Laut Dalam Sebagai Tarikan Pelancongan di Kuala
Rompin ditunjukkan melalui rajah 1.
Rajah 1.1 Model Kajian
• Perniagaan dalam sukan
memancing.
• Tren aktiviti memancing
laut dalam di Malaysia dan
luar negara.
• Permintaan terhadap aktiviti
memancing laut dalam di
Kuala Rompin.
FAKTOR-FAKTOR PERMINTAAN
potensi aktiviti memancing laut dalamsebagai tarikan pelancongan di kuala
rompin
• Faktor sumber untuk aktiviti
memancing laut dalam.
• Royal Pahang Billfish
International Challenge
(RPBIC).
• Fasiliti aktiviti memancing
di Kuala Rompin.
• Peranan agensi-agensi yang
berkaitan dengan aktiviti
memancing laut dalam.
• Polisi-polisi dan aspek
perundangan aktiviti
memancing laut dalam.
• Promosi
FAKTOR-FAKTORPENAWARAN
(Sumber : Olahan Pengkaji, 2007).
1.8 RANGKA KERJA PENYELIDIKAN.
Rangka kerja penyelidikan ini sangat penting sebagai panduan kepada pengkaji
yang menunjukkan tahap-tahap yang akan dilalui oleh pengkaji dalam menyiapkan
laporan kajian ini.
Rangka kerja ini merupakan rumusan berhubung langkah-langkah dan tindakan
yang akan dilakukan oleh pengkaji sebagai memberi gambaran yang jelas terhadap
struktur penyelidikan yang disusun atur oleh pengkaji.
Secara amnya methodologi yang akan dilaksanakan dalam menghasilkan kajian
ini dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu:
i. Peringkat I : Kajian Awal
ii. Peringkat II : Sorotan Literatur dan Teori.
iii. Peringkat III : Kajian Lapangan.
iv. Peringkat IV : Analisis dan Penemuan Kajian.
v. Peringkat V : Cadangan dan Kesimpulan.
1.8.1 Peringkat Pertama: Kajian Awal.
Pada peringkat kajian melibatkan pengenalpastian isu dan permasalahan yang
ditimbulkan serta perlu dibuat penyelesaian melalui kajian.Bagi memudahkan pengkaji
mengupas maklumat untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang ditimbulkan,
sorotan literatur atau kajian secara teori diperlukan.Untuk tujuan ini, pengkaji akan
mengupas segala maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media bagi mendapatkan
gambaran secara menyeluruh berhubung isu dan permasalahan yang cuba untuk
diselesaikan.
Setelah pernyataan permasalah dan isu telah dikenalpasti, pengkaji seterusnya
akan membentuk matlamat dan tujuan kajian bagi menerangkan tentang apa yang ingin
diperolehi (dapatan) oleh pengkaji dalam kajian ini nanti.
Seterusnya, pengakaji akan mengemukakan beberapa persoalan kajian yang
mana jawapan untuk persoalan berhubung kajian akan diperolehi pada akhir kajian
setelah analisis berhubung maklumat yang diperolehi dibuat oleh pengkaji.
1.8.2 Peringkat Kedua: Sorotan Literatur Dan Teori.
Sorotan literatur serta teori berhubung kajian amat penting buat pengkaji sebagai
pemberi gambaran secara menyeluruh tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian
ini.Kefahaman yang mendalam berhubung kajian ini sangat bergantung kepada
maklumat yang diperolehi oleh pengkaji dalam sorotan literatur ini.
Pada peringkat kedua ini pengkaji akan mengupas dan mengulas setiap
maklumat berupa artikel, kajian ilmiah dari luar dan dalam negara,laporan rasmi
kerajaan atau badan bukan kerajaan,terbitan dari internet, suratkhabar, majalah dan
sebagainya yang berkaitan secara langsung dengan kajian yang dibuat.
Antara aspek yang akan diberi perhatian oleh pengkaji dalam sorotan literatur
dan teori ini ialah angkubah yang telah ditetapkan dalam skop kajian iaitu Potensi
Aktiviti Memancing Laut dalam Sebagai Tarikan Pelancongan di Kuala Rompin.
1.8.3 Peringkat Ketiga: Kaedah Dan Prosedur Kajian.
Berbanding dengan dua peringkat di atas, peringkat ketiga ini memerlukan
pengakaji menjalankan kajian di luar untuk mendapatkan maklumat daripada pihak-
pihak yang telah dikenalpasti untuk ditemuramah selain berada di lokasi kajian (Kuala
Rompin) untuk menjalankan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang
boleh membantu pengkaji dalam kajian ini nanti.
Bagi tujuan kajian ini, pengkaji akan menjalankan sesi temuduga dengan
individu, syarikat, badan kerajaan melalui soalan-soalan yang berkaitan dengan aspek
yang ingin dibuat kajian. Antara individu yang akan ditemuramah ialah Presiden
Persatuan Memancing Malaysia, Pengarah Urusan Boat Explorer, Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia, Jabatan Perikanan, Editor GP Joran ( NSTP), Pengusaha Bot Memancing
(Kuala Rompin), Nelayan (Kuala Rompin) dan masyarakat tempatan di Kuala Rompin.
Peringkat ini amat penting dan memerlukan pelaksanaan yang rapi kerana
maklumat yang diperolehi pada peringkat ini digunakan untuk analisis bagi
mendapatkan hasil kajian atau dapatan kajian di peringkat selanjutnya terusnya.Untuk
itu jenis dan bentuk soalan yang akan dikemukakan kepada respondan mestilah relevan
dan mampunyai kesahan yang tinggi bagi menghasilkan dapatan yang akan menjawab
persoalan kajian yang dikemukakan pada peringkat awal kajian ini.
1.8.4 Peringkat Keempat: Analisis Data dan Penemuan Kajian.
Pada peringkat ini pengkaji akan menjalankan analisis terhadap data dan
maklumat yang diperolehi dalam kajian lapangan serta maklumat sekunder daripada
sorotan literatur. Memandangkan kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini melalui
temuramah dan juga pemerhatian oleh pengkaji, analisis yang dibuat adalah bergantung
sepenuhnya dengan jawapan yang diperolehi semasa temuramah, pemerhatian serta
maklumat sekunder di peringkat kajian lapangan dan sorotan literatur sebelum ini.
Hasil analisis itu nanti akan meninjukkan sama ada aktiviti memancing laut
dalam berpotensi atau sebaliknya sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin.Analisis
ini juga akan mengandungi rumusan penemuan kajian yang menentukan strategi
tindakan, langkah-langkah serta cadangan-cadangan yang perlu dipertimbangankan bagi
meningkatkan potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai tarikan di Kuala Rompin.
1.8.5 Peringkat Kelima: Cadangan dan Kesimpulan Kajian.
Merupakan peringkat terakhir dalam kajian ini. Pada peringkat ini pengkaji akan
mengemukakan cadangan-cadangan atau langkah-langkah tertentu bagi meningkatkan
potensi memancing laut dalam sebagai produk pelancongan yang mampu menarik
kehadiran pelancong ke Kuala Rompin. Cadangan-cadangan atau langkah-langkah
tersebut dibuat dengan berpandukan penemuan atau dapatan kajian melalui hasil
daripada analisis yang dilakukan pada peringkat keempat sebelum ini.
Rajah 2, menunjukkan rangka kerja kajian sebagai rujukan pengkaji dan
pembaca kajian ini bagi memudahkan kefahaman terhadap proses penghasilan kajian ini.
Rajah 1. 2. Rangka Kerja Kajian.
I
T
• Perniagaan dalam sukan memancing. • Tren aktiviti memancing laut dalam di
Malaysia dan luar negara. • Permintaan terhadap aktiviti memancing laut
dalam di Kuala Rompin.
• Kajian terdahulu yang berkaitan dengan aktiviti memancing laut dalam dari luar dan dalam negara.
• Maklumat dari agensi-agensi kerajaan dan NGO • Artikel dan terbitan dari laman web. • Artikel serta terbitan bercetak.
Potensi Tarikan– menggunakan maklumat yang diperolehi melalui temuduga, pemerhatian dan data sekunder
• Dapatan hasil kajian melalui analisis maklumat dan data-data prima dan sekunder. • Potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin.
FAKTOR PENAWARAN
•••
••
• Sesi temubual melalui soalan-soalan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian daripada individu,institusi dan kumpulan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kajian ini.
SOROTAN LITERATUR
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
PENGUMPULAN MAKLUMA
ANALISIS DATA
…………………………PENEMUAN KAJIAN
FAKTOR PERMINTAAN
data sekunder
Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC). Fasiliti bagi aktiviti memancing di Kuala Rompin. Peranan agensi-agensi yang berkaitan dengan aktiviti
memancing laut dalam. Faktor sumber ikan untuk aktiviti memancing laut dalam. Polisi dan aspek perundangan aktiviti memancing laut
dalam.
temuduga
……………………………………………………………………………………………….PERINGKAT
……………………………………………………………………………………………….. PERINGKAT II
…………………………………………………………………………………………………PERINGKAT
……………………………………… ……………………… ….PERINGKAT IV
……………………………………………………………………………………………… PERINGKAT VCADANGAN DAN KESIMPULAN
PERSOALAN DAN SKOP KAJIAN
BAB II
SOROTAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Sorotan literatur serta teori berhubung kajian ini amat penting buat pengkaji
sebagai gambaran secara menyeluruh tentang aspek yang hendak dikaji selain
menyelesaikan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan melalui kajian
ini.Kefahaman yang mendalam berhubung idea, maklumat, serta dapatan daripada
kajian-kajian terdahulu, terbitan, artikel dan sebagainya akan dikupas dan dihuraikan
oleh pengkaji menerusi sorotan literatur ini.
Secara amnya bahagian ini akan mengandungi rumusan daripada pembacaan dan
kajian ilmiah yang dilakukan oleh pengkaji berdasarkan sumber sekunder.hasil dari
pembacaan ini akan dapat membantu di dalam penemuan matlamat kajian secara
sistematik meliputi skop kajian dan selaras dengan objektif seperti yang telah dinyatakan
dalam bab1.
2.2 DEFINISI
Perkataan rekreasi adalah datang daripada perkataan latin iaitu “recreation” yang
membawa maksud “penyegaran semula” atau “penyihatan semula” badan seseorang. Ini
kerana aktiviti rekreasi samada dilakukan secara individu mahupun berkumpulan akan
menyegarkan serta menyihatkan badan mereka selepas aktiviti rekreasi dilakukan.
Perkataan rekreasi biasanya mempunyai makna yang luas. Rekreasi adalah
merujuk kepada sikap dan gaya hidup seseorang. Jika aktiviti rekreasi dilakukan pada
masa lapang untuk tujuan santai, seseorang akan menikmati keseronokan dan kepuasan
dan pada masa yang sama membolehkan seseorang menunjukkan kreativiti, kekuatan
fizikal dan mental selain kemampuan bersosial yang baik. Aktiviti rekreasi merangkumi
aktiviti prestasi rendah dan juga tinggi (Mohd Zainal Mohammed Arshed, 1998).
Menurut Mohd Zainal Mohammed Arshed (1998), terdapat beberapa ciri-ciri
rekreasi iaitu:
i. Ianya mungkin aktiviti yang pasif atau aktif.
ii. Ianya mungkin melibatkan kreativiti atau aktiviti rekreasi.
iii. Biasanya dilakukan pada masa lapang.
iv. Jika dilaksanakan dengan betul aktiviti ini cukup untuk menggalakkan
seseorang untuk menjalankan gaya hidup yang sihat dan kreatif.
Perkembangan aktiviti memancing rekreasi di Malaysia sangat menggalakkan
serta menarik minat penglibatan daripada beberapa pihak di negara ini seperti akhbar
Berita Harian yang begitu terkenal dengan segmen “Joran” yang memuatkan pelbagai
maklumat tentang aktiviti memancing di Malaysia. Selain itu, penglibatan Berita Harian
dalam penganjuran aktiviti memacing di peringkat kebangsaan (GP Joran) serta
Royal Pahang Billfish International Challenge (bermula 2004) adalah bukti aktiviti
memancing sangat diminati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.
Memancing rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan di luar yang melibatkan
pemgetahuan dan kepakaran untuk berjaya menangkap ikan. Dalam aktiviti memancing
rekreasi, objektif penangkapan ikan adalah untuk keseronokan dan melapangkan fikiran
kerana individu akan terlibat secara langsung dalam penangkapan ikan tersebut daripada
pelbagai sumber memancing.
Aktiviti ini amat berlawanan dengan memancing untuk tujuan komersial kerana
pemancing akan menangkap ikan untuk tujuan pendapatan sebagai meneruskan
kelangsungan hidup mereka. Menurut Ambak (1984) dan Che Hamid (1992), saiz dan
jumlah tangkapan yang diperolehi semasa aktiviti memancing memain peranan dalam
pencapaian kepuasan dan keseronokan seseorang pemancing.
Menurut Kamus English Oxford, aktiviti memancing diterangkan sebagai “Aksi,
atau amalan menangkap ikan”. Walau bagaimanapun, definisi yang lebih lengkap
daripada aspek spesis tangkapan yang khusus untuk aktiviti memancing boleh diambil
daripada US National Marine Fisheries Service (NMFS) (http://www.nwfsc.noaa.gov,
2007), yang mendefinisikan memancing (Fishing) atau fisheries sebagai “Industri atau
pekerjaan yang tetap dalam penangkapan, pemprosesan atau penjualan ikan,
hidupan bercengkerang atau lain-lain hidupan akuatik.”
Menurut Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) (2007), definisi aktiviti
memancing ialah “Memancing ikan dengan menggunakan tali (line) dan mata kail
(hook) untuk tujuan rekreasi, hobi dan pendapatan tambahan”.
Terdapat juga pelbagai definisi bergubung dengan ‘recreational fishing’. Sebagai
contoh, European Commission (2001), mendefinisikan ‘recreational and game
fisheries’ sebagai “Semua aktiviti memancing yang dilakukan bukan untuk tujuan
komersial”
Beberapa definisi berhubung memancing rekreasi di terangkan dengan lebih
lanjut berdasarkan cirri-ciri aktiviti memancing seperti melalui penggunaan jenis
peralatan dan kaedah menangkap serta tujuan memancing seperti “Menangkap ikan
untuk kegunaan persendirian, keseronokan, dan cabaran” (Roberts et al, tiada tarikh).
Manakala Witzi (2004) pula mendefinisikan aktiviti memancing rekreasi sebagai aktiviti
memancing untuk “keseronokan, berehat, kegembiraan atau kegunaan di rumah (hasil
tangkapan)”.
Bagi memudahkan kefahaman berhubung definisi aktiviti rekreasi, ringkasan
berhubung definisi yang digunakan untuk mengkategorikan aktiviti Memancing
Rekreasi, Agling dan Sukan Memancing ditunjukkan dalam jadual 1 berikut.
Jadual 2.1: Definisi Memancing, Angling, Sukan Memancing dan Memancing
Rekreasi.
Terma Definisi Sumber
• Menerangkan aktiviti memancing sebagai “Aksi,
seni atau amalan penangkapan ikan”.
Oxford
English
Dictionary Memancing
• Memancing ikan dengan menggunakan tali pancing dan mata kail bertujuan untuk rekreasi, hobi dan pendapatan tambahan.
PeMM (2007)
“Game” dan
Perikanan
Rekreasi
• Semua aktiviti memancing yang dijalankan bukan
bertujuan untuk komersial.
European
Commission
(2001)
• Merupakan aktiviti menangkap ikan atau
organisma laut yang mana bukan bertujuan untuk
dikormersilkan seperti menangkap ikan untuk
tujuan menyara hidup.
EAA (2004)
• Memancing rekreasi ialah aktiviti memancing
yang tidak bertujuan kormersial atau keuntungan.
M.G Person
et al (2004)
Memancing
rekreasi
• Penangkapan ikan untuk kegunaan sendiri,
keseronokan dan cabaran. • Memancing rekreasi tidak melibatkan penjualan
hasil yang ditangkap.
Roberts et al (tiada tarikh)
Angling
• Angling, merupakan penggunaan jaring, tali
pancing, dari bot kecil atau menangkap ikan
dengan mengunakan kaedah selaman bebas atau
penyelam yang menggunakan spear guns di mana
EAA (2004)
tidak melibatkan penjualan ikan.
Angling
• Angling ialah aktiviti penangkapan atau
percubaan penangkapan ikan dengan
menggunakan mata kail, secara prinsipnya
menggunakan joran dan tali pancing yang mana
pemancing (anglers) tidak menjual ikan yang
ditangkap.
M.G Person
et al (2004)
Sukan
Memancing
• Sukan memancing secara umumnya dianggap
sebagai sub set kepada rekreasi angling,
walaupun terdapat beberapa perbezaan mengikut
negara. Ia biasanya dikaitkan dengan
pertandingan dan mungkin melibatkan
penangkapan ikan dasar laut (spear fishing).
M.G Person
et al (2004)
Memancing
Rekreasi
Marin
• Aktiviti memancing menggunakan mata pancing
dan tali pancing bertujuan untuk santai,
keseronokan, berehat atau kegunaan di rumah.
• Sekiranya sebahagian atau kesemua hasil
tangkapan dijual, hasil jualan tersebut bukanlah
dijadikan sebagai pendapatan utama penangkap
ikan tersebut.
Witzig (2004)
(Sumber: M.G Person et al, 2004)
Jadual 2.2: Definisi Penangkap Ikan Rekreasi dan Aktiviti Memancing.
Penangkap
Ikan
Rekreasi
• Nelayan yang menangkap ikan pada masa
lapang dan tidak memangkap ikan untuk dijual.
Toivonen et
al (2000)
Penangkap
Ikan Untuk
Kehidupan
(survival)
• Nelayan rekreasi yang biasanya menggunakan
alat tangkapan ikan yang statik seperti pukat.
Toivonen et
al (2000)
Penangkap
Ikan Untuk
Tujuan
Sukan
• Nelayan rekreasi yang biasanya menggunakan
joran dan tali pancing untuk menangkap ikan.
Toivonen et
al (2000)
Penangkap
Ikan Umum
• Penangkap ikan yang menggunakan semua jenis
peralatan untuk menangkap ikan.
Toivonen et
al (2000)
• Memancing dengan joran dan tali pancing dalam
jarak yang dekat.
Toivonen et
al (2000)
Angling
• Memancing dengan mata kail sama ada dengan
joran atau tali pancing atau tali pancing
tangan.sama ada untuk tujuan komersial atau
tidak.
EAA (2004)
Angling
Rekreasi
• Aktviti memancing bukan untuk komersial
dengan menggunakan tali pancing dan mata kail.
• Tangkapan mungkin dilepaskan atau digunakan
untuk kegunaan sendiri tetapi bukan dijual untuk
mendapatkan barangan lain.
• Motivasi bagi aktiviti angling rekreasi
termasuklah untuk cabaran, pencapaian, sukan,
rekreasi, berehat, aktivti sosial yang melibatkan
air dan sebagainya.
• Angling rekreasi merupakan salah satu bentuk
memancing rekreasi.
EAA (2004)
Pemancing
Rekreasi
Marin
• Seseorang yang memancing di kawasan perairan
bertujuan untuk rekreasi.
• Ikan yang ditangkap biasanya dijadikan sebagai
kegunaan rumah dan mungkin sebahagian dijual.
Witzig
(2004)
(Sumber: M. G. Pawson, at. al, 2004)
2.3 DEFINISI PERUNDANGAN DAN SKOP MEMANCING LAUT (SEA
FISHING) UNTUK TUJUAN REKREASI BERBANDING MEMANCING
KOMERSIAL.
Bahagian ini menerangkan perbezaan dalam aspek perundangan antara
pemancing rekreasi dan komersial. Ianya menerangkan secara secara ringkas tentang
aspek perundangan dan bukan perundangan dari negera-negara eropah sebagai sumber
kedua dalam kajian ini.
Menurut M. G. Pawson, et al (2004) Kesatuan Eropah (EU) merupakan pemain
utama dalam membentuk perundangan perikanan untuk tujuan kormesial melalui Polisi
Umum Perikanan.Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum ada satu peruntukan
undang-undang yang dibuat khusus untuk aktiviti perikanan rekreasi. Perundangan yang
berkaitan dengan perikanan kormersial juga dilihat mampu mempengaruhi aktiviti
memancing rekreasi melalui beberapa peruntukan seperti bilangan minimum pendaratan
ikan, larangan penangkapan terhadap spesis tertentu, musim larangan penangkapan,
kawasan larangan tangkapan dan spesifikasi peralatan yang digunakan untuk menangkap
ikan.
Selain itu, ini juga adalah bukti bahawa perbezaan antara memancing untuk
rekreasi dan kormesial kini merupakan satu cara bagaimana aspek perundangan dan
peraturan dapat mengawal aktiviti penangkapan ikan di peringkat kebangsaan atau
wilayah. Aktiviti memancing rekreasi telah muncul dan berkembang dalam negara-
negara kesatuan Eropah dan keperihatinan juga telah meningkat khususnya kesan
terhadap simpanan ikan untuk tujuan komersial. Dalam pada masa yang sama telah
wujud badan-badan kerajaan yang membuat undang-undang di peringakat kebangsaan
berhubung aktviti memancing rekreasi marin.
Jadual 2.3: Peraturan-peraturan dan Aspek Perundangan Aktiviti Memancing
Yang Diamalkan Oleh Beberapa Negara Dalam Kesatuan Eropah .
Negara Peraturan Jenis
Permit/lesen
Denmark
• Perlu mematuhi saiz minima ikan yang
boleh dinaikkan.
• Mematuhi musim-musim penangkapan
lesen ikan seperti salmon, Sea trout,
Ikan Putih, plaice, flounder dan
viviparous blenny.
• Semua pemancing yang tidak berdaftar
tidak dibenarkan belayar atau
menjalankan sebarang aktiviti
penangkapan ikan.
• Status sama ada penangkapan ikan
separuh atau sepenuh masa perlu
didaftarkan.
• Bot memangkap ikan perlu didaftarkan
dan mempunyai lesen.
• Peralatan yang dibenarkan ialah Joran,
dan mata kail
• Dua joran untuk seorang pemancing.
• Hanya 4 joran sahaja dibenarkan dalam
• Permit
Tangkapan
Harian
• Permit
Tangkapan
Mingguan
• Permit
Tangkapan
Tahunan
sebuah bot.
German
• Pemancing di kawasan laut perlu
mendapatkan lesen penangkapan ikan dari
kerajaan negeri sama ada untuk rekreasi
atau tidak.
• Hanya penangkap ikan yang professional
sahaja dibenarkan untuk menggunakan
jaring berukuran 1.5 meter tinggi, 250 mata
kail per unit atau pukat hanyut sepanjang 90
meter per unit.
• Lesen
penangkapan
ikan di
perairan
milik
persendirian
–kurang 500
batu nautika
Sepanyol
• Semua aktiviti memancing perlu mendapat
kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa
Sepanyol.
• Bot pemancing rekreasi perlu mendapat
permit tahunan.
• Had tangkapan 5 kilogram sehari (untuk
pemancing rekreasi).
• Jika terdapat lebih 5 orang yang berlesen
dalam sebuah bot, hanya 25 kilogram
sehari tangkapan sahaja dibenarkan.
• Maksimum tangkapan (tuna dan hake) 20
kilogram sebuah bot.
• Pemancing spesis marlin, dan layaran
perlu dapatkan permit tangkapan yang
• Lesen agling
tahunan
untuk
pemancing
rekreasi.
• Permit
tahunan (bot
pemancing
rekreasi)
• Permit
professional
untuk
tangkapan
spesis
hidupan
bercengkerang
lengap dengan pendaratan.
• Pemancing bawah laut hanya dibenarkan
menjalankan aktiviti pada siang hari
sahaja.
• Sesiapa yang ingin memasuki perairan
Sepanyol untuk tujuan tangkapan
komersial perlu berdaftar mempunyai sijil
menangkap ikan.
• Hanya empat orang dibenarkan untuk
sebuah bot.
• Pemancing berbot hanya dibenarkan
menggunakan tali pancing dengan enam
kail sahaja.
Finland
• Pemancing tidak dibenarkan untuk menjual
tangkapan mereka.
• Setiap pemancing perlu mematuhi had
minimum saiz tangkapan, musim larangan
memancing, dan sebagainya.
• Sesiapa yang ingin memancing untuk
tujuan komersial perlu mendapat lesen.
• Pelancong yang ingin memancing perlu
bersama dengan penduduk yang
mempunyai permit memancing.
• Tiket
memancing
• Lesen
memancing
umum
• Lesen
tangkapan
individu
United
Kingdom
• Setiap pemancing tidak dibenarkan
memancing di kawasan yang telah
ditetapkan oleh undang-undang awam
(common law) iaitu di kawasan perikanan
shellfish (hidupan bercengkerang)
• Tangkapan ikan oleh pemancing rekreasi
tidak boleh dijual.
• Pemancing rekreasi perlu mematuhi had
minimum saiz tangkapan, spesifikasi
peralatan, spesis ikan Cod tidak
dibenarkan ditangkap oleh pemancing
rekreasi (kecuali pemancing di laut).
• Setiap bot untuk aktiviti tangkapan ikan
bagi tujuan kormersial perlu didaftarkan.
• Bagi pemancing rekreasi pula, hanya
dibenarkan memancing antara 12 batu
nautika.
• Lesen
tangkapan
ikan salmon
dan sea trout
(untuk
pemancing
rekreasi)
• Lesen bot
tangkapan
ikan untuk
komersial)
Greece
• Semua individu sukan memancing perlu
ada lesen.
• Ibu bapa perlu mendapatkan lesen untuk
anak mereka yang berusia bawah 18 tahun.
• Tidak dibenarkan memancing pada waktu
malam, memancing dengan bantuan cahaya
(kecuali memancing spear (selam).
• Tidak dibenarkan menjual hasil tangkapan.
• Perlu mematuhi had saiz, berat maksima
tangkapan.
• Bot tangkapan ikan perlu didaftarkan.
• Setiap pemancing perlu mematuhi peraturan
berkaitan peralatan menangkap ikan yang
dibenarkan, musim larangan memancing,
amalan dan etika memancing
• Lesen
memancing
individu dan
bot
Itali
• Pemancing Sukan hanya dibenar
menggunakan tali pancing (line) dan mata
kail.
• Berat tangkapan sehari di benarkan untuk
pemancing rekreasi ialah 3 kilogram.
• Terdapat 12 kategori peralatan
• Lesen bot
untuk
penangkapan
ikan
komersial.
penangkapan ikan yang dibenarkan untuk
menangkap ikan.
• Tiada sesiapa dibenarkan menangkap ikan
bawah laut (memancing spear) tanpa
kebenaran khusus oleh pihak berkuasa.
(Sumber: M.G Person et al, 2004)
2.4 PERATURAN UMUM BERHUBUNG AKTIVTI SUKAN MEMANCING
OLEH KOMISI YANG DILANTIK OLEH CALIFORNIA
DEPARTMENT OF FISH AND GAME.
Komisi adalah terdiri oleh 5 orang ahli yang diberi kuasa oleh gabenor dan
disahkan oleh Senat negeri. Mereka bertindak membuat peraturan sebagai tambahan
kepada polisi umum yang sedia ada. Peraturan berhubung aspek perikanan untuk tujuan
komersial turut melibatkan komisi ini. Mereka akan menetapkan bayaran terhadap set
memburu dan peraturan sukan memancing seperti musim memburu, had bag, kaedah
tangkapan dan kawasan tangkapan yang terlibat.
Setiap tiga tahun, komisi ini akan bermesyuarat bagi menetapkan jumlah bayaran
atau perubahan bayaran selain mendapatkan. Mesyuarat biasanya akan dijalankan pada
awal Ogos, Oktober, November dan Disember. Orang awam boleh mengetengahkan
cadangan secara bertulis pada atau sebelum mesyuarat atau menyatakan cadangan
secara lisan semasa mesyurat dijalankan pada bulan Ogos. Cadanagan-cadangan yang
dibuat akan dibincangkan dalam mesyuarat pada bulan Oktober dan November.
Hanya cadangan-cadangan yang diterima pada awak bulan Ogos sahaja yang
akan dipertimbangkan. Komisi ini juga akan mendapat testimoni pada mesyuarat utama
pada bulan Disember setiap tahun untuk meluluskan peraturan-peraturan baru jika
terdapat sebarang perubahan atau cadangan.
2.5 Undang-undang Dan Peraturan Bagi Perikanan dan Memancing Rekreasi di
Malaysia (Draft) OLEH PeMM.
i. Menyediakan lesen untuk pemancing di kawasan perairan sahaja.
ii. Menetapkan had berhubung saiz tangkapan.
iii. Menetapkan kawalan tangkapan terhadap spesis tertentu.
iv. Menetapkan had Kawalan terhadap muatan dalam sesebuah bot memancing
kepada, 5-10 per bot bagi bot 10 Grt dan 15 per bot bagi bot 40 Grt.
v. Menetapkan bayaran lesen memancing sebanyak RM 10.00.
vi. Menetapkan bayaran berdasarkan kategori bot iaitu RM 30.00 hingga RM
400.00 bagi bot 10Grt -100 Grt.
vii. Menetapkan bayaran untuk peserta pertandingan sebanyak RM 200.00 bagi
setiap pertandingan memancing.
viii. Menetapkan bahawasa semua bot mesti mempunyai lesen operasi yang sah
serta dilengkapi dengan peralatan keselamatan.
2.6 CADANGAN OLEH PERSATUAN MEMANCING MALAYSIA (PEMM).
Peraturan dan perundangan seperti yang telah didrafkan perlu memperuntukan
peraturan tambahan iaitu:
i. Had Beg. (Had tangkapan yang boleh dibawa pulang)
ii. Pengecualaian yuran terhadap golongan kurang upaya, polis, dan angota
tentera.Keperluan untuk mendapatkan meklumat yang betul dan berbincang
dengan pemain industri (stakeholders) sebelum sebarang undang-undang dan
peraturan berhubung aktiviti memancing diluluskan.
iii. Keperluan membentuk komisi bagi membawa cadangan peraturan dan undang-
undang selain memantau keberkesanan yuran yang telah ditetapkan.
iv. Semua kutipan yuran daripada pemancing perlu dimasukkan ke dalam akaun
memancing rekreasi untuk diuruskan oleh panel atau komisi bebas dengan
kerjasama kerajaan, PeMM dan lain-lain badan bukan kerajaan bagi kegunaan
membina lebih banyak kawasan-kawasan batu karang, aktiviti dan program
penyelidikan, mengadakan semula sumber ikan, serta lain-lain program yang
boleh memberi manfaat kepada hidupan lautkhususnya sepsis ikan yang
dijadikan sebagai sumber untuk aktiviti memancing laut dalam.
2.7 ASPEK PERLESENAN
2.7.1 Maklumat Lesen.
Maklumat sesuatu lesen memancing perlu dinayatakan dengan jelas
sebagaimana yang telah termaktub melalui keperluan untuk memaparkan lesen sukan
memancing seksyen 700 dalam Title 14, California Code of Regulations. (California
Department of Fish and Game, 2006).
2.7.2 Memaparkan Lesen Sukan Memancing.
Setiap orang pada setiap masa ketika menjalankan aktiviti memancing ikan atau
hidupan invertebrate (termasuk moluska), amfibia atau raptelia dikehendaki memaparkan
lesen sukan memancing yang sah dengan meletakkannya pada bahagian pakaian luar
supaya dapat dilihat dengan jelas oleh penguatkuasa atau pegawai-pegawai yang
menjalankan tugas (kecualai semasa menyelam) seperti yang termaktub dalam seksyen
7145 dalam Fish and Game Code. Seseorang yang melakukan aktivti selaman dari bot
atau pantai mesti mempunyai lesen dalam bot atau dalam lingkungan kawasan 500 kaki
meter dari pantai (seksyen 7145).
Peraturan ini juga memperuntukkan seseorang boleh membeli peralatan untuk
memburu atau untuk sukan memancing dengan menggunakan lesen orang lain selagi
permohonan lesen tersebut mempunyai nama dan alamat sebenar pemohon.
Jadual 2.4: Fee Lesen Sukan Memancing di Lautan di California Amerika Syarikat.
JENIS LESEN KATEGORI LESEN FEE
Lesen memancing bagi penduduk tetap USD 34.90
LESEN TAHUNAN Lesen memancing bagi bukan penduduk tetap USD 94.00
Lesen memancing untuk tempoh 10 hari –bagi bukan penduduk tetap
USD 34.90
Lesen memancing untuk tempoh 2 hari USD 17.60
LESEN JANGKA PENDEK
Lesen memancing untuk tempoh 1 hari USD 11.30
Umur 9 tahun atau kurang USD 389.25
Umur 10 hingga 39 tahun USD 639.75
Umur 40 hingga 61 tahun USD 575.75 LESEN SEUMUR HIDUP
Umur 62 ke atas USD 389.25
(Sumber: California Department of Fish and Game, 2006)
Jadual 2.5: Fee Lesen Bot Menangkap Ikan Tempatan Di Malaysia.
KUASA KUDA FEE SETAHUN
TIADA ENJIN RM 1.00
ENJIN SANGKUT RM 2.00
Di bawah 10 k.k RM 3.00
10 k.k dan bawah 20 k.k RM 5.00
20 k.k dan bawah 30 k.k RM 10.00
30 k.k dan bawah 40 k.k RM 12.50
40 k.k dan bawah 50 k.k RM 15.00
50 k.k dan bawah 75 k.k RM 20.00
75 k.k dan bawah 100 k.k RM 25.00
100 k.k dan bawah 125 k.k RM 30.00
125 k.k dan bawah 150 k.k RM 35.00
150 k.k dan bawah 175 k.k RM 40.00
175 k.k dan bawah 200 k.k RM 45.00
200 k.k dan bawah 250 k.k RM 70.00
250 k.k hingga 299 k.k RM 95.00
300 k.k hingga 349 k.k RM 120.00
350 k.k hingga 399 k.k RM 145.00
400 k.k hingga 449 k.k RM 170.00
450 k.k hingga 499 k.k RM 195.00
500 k.k hingga 549 k.k RM 220.00
550 k.k hingga 559 k.k RM 245.00
600 k.k hingga 649 k.k RM 270.00
650 k.k hingga 699 k.k RM 295.00
Sebagai tambahan:
a) RM 25.00 bagi tiap-tiap tambahan 50 k.k. atau mana-mana bahagian
daripadanya.
b) Fee sebanyak RM 5.00 hendaklah dibayar bagi 1 pasang patil lesen yang
dikeluarkan.
(Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, Kuala Rompin, 2007)
2.8 PERNIAGAAN DALAM AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM
MALAYSIA.
Memang tidak dapat dinafikan, potensi faedah daripada aktiviti memancing laut
dalam telah menjana kesan positif yang baik kepada negara khususnya kepada pihak
yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Menurut Mejar (B) Ismail Feisol (2007),
Secara umumnya terdapat beberapa potensi faedah melalui aktiviti memancing laut
dalam kepada Malaysia terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam industri memancing laut dalam ini. Antara faedah-faeadah
yang telah dikenalpasti ialah:
i. Malaysia mampu menempatkan diri sebagai salah sebuah destinasi tarikan
untuk aktiviti memancing laut dalam yang popular di peringkat tempatan
dan antarabangsa.
ii. Mampu meningkatkan imej negara di kalangan pelancong asing.
iii. Menjana peningkatan pendapatan negara melalui tukaran wang asing.
iv. Menjana peluang pekerjaan dalam negara khususnya di kalangan penduduk
tempatan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
v. Menjana peluang ekonomi kepada sektor perkhidmatan.
vi. Menggalakkan pembangunan terhadap industri tempatan yang perkaitan
dengan sukan memancing seperti pembekal peralatan memancing, pakaian,
marina (jeti pelabuhan) industri bot dan sebagainya.
vii. Meningkatkan kesan berganda terhadap sektor-sektor lain seperti retoran
makanan, pengangkutan dan perjalanan, insuran, penginapan dan
sebagainya.
2.9 KAJIAN KES TERPILIH BERHUBUNG POTENSI PERNIAGAAN
MELALUI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM.
a).Kajian kes 1:
Ah Liang, Kuala Rompin Pahang. (Operator bot dan pemandu pemancing)
! Sewaan bot sehari RM 750.00
! Jumlah hari sewaan setahun 200 hari
! Pendapatan kasar RM 150,000.00
Nota :
• Ah Liang mempunyai 5 bot memancing laut dalam yang sentiasa mendapat tempahan penuh sepanjang masa.
b) Kajian kes 2:
Mat Hong Thong, Pak Bara, Satun, Thailand. (Operator bot dan pemandu pemancing)
! Sewaan bot sehari RM 600.00
! Jumlah hari sewaan setahun 120 hari
! Pendapatan kasar RM 72,000.00
Nota:
• Menjalankan aktiviti memancing pada pertengahn Oktober hingga Mei.
• Masa lain digunakan untuk menangkap ikan bagi tujuan komersial.
(Sumber: Mejar (B) Ismail Feisol, 2007)
2.10 LOKASI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM DI MALAYSIA
Lokasi Malaysia yang mempunyai gugusan kepulauan menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang unik dan sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat
sukan memancing di peringkat global. Berbekalkan limpahan sumber ikan dan “lubuk
ikan” yang popular seperti Terengganu (Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Redang,
Pulau Tenggol dan Pulau Jara), Pahang (Kuala Rompin dan Pulau Tioman), Johor
(Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Sibu Pulau Sibu Besar dan
Pulau Sibu Tengah) Langkawi, Perak (Pulau Pangkor dan Pulau Pangkor), Kepulauan di
Sabah dan Sarawak merupakan kawasan lubuk ikan yang popular yang membolehkan
aktiviti memancing dapat dilakukan sepanjang masa.
Rajah 2.1: Photo Mejar ( B) Ismail Feisol ( 3 dari kiri) ketika Memancing Ikan
Layaran di Kuala Rompin, 2006.
(Sumber: Majer (B) Ismail Feisol, 2007)
Bagi pemancing yang lebih serius dengan aktiviti sukan memancing ini lokasi
lubuk-lubuk ikan seperti The Luconia Shoals, Louisa, Royal Challotte, Terumbu
Layang-Layang, Pulau Jarak, Pulau Pemanggil adalah beberapa nama yang lokasi
memancing laut dalam yang terkenal. Tiga destinasi ini memerlukan pemancing berada
dalam bot sekurang-kurangnya 5 hari. Selain itu, beberapa kepulauan di Sabah dan
Sarawak juga adalah antara lokasi aktiviti memancing laut dalam seperti di Pulau
Sipadan (Sabah) dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kawasan atau lokasi aktiviti memancing di laut dalam ini bukan sahaja
mempunyai tarikan terhadap spesis ikan yang terdapat di situ sahaja, peranan operator
bot untuk aktiviti memancing laut dalam itu juga amat penting dalam menjayakan
sesuatu trip memancing oleh seseorang atau kumpulan. Bagi setiap lokasi aktiviti
memancing laut dalam, operator bot untuk aktiviti memancing di kawasan tersebut
adalah mereka yang pakar tentang lokasi, corak dan jenis pemancingan yang sesuai
selain mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi bagi memastikan sesuatu aktiviti
memancing dapat memberi kepuasan kepada pemancing.
Rajah 2.2 : Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Hj. Abdullah bin Hj. Ahmad
Badawi Ketika Memancing di Pulau Langkawi.
(Sumber: Majer (B) Ismail Feisol, 2007)
Bagi Kuala Rompin, operator bot yang menawarkan aktiviti memancing laut
dalam bukan sahaja mempunyai kepakaran dan pengalaman yang tinggi dalam aktiviti
memancing laut dalam, mereka juga mempunyai bot-bot laju yang khusus untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Bot-bot tersebut juga disewa kepada pihak penganjur
aktiviti memancing laut dalam seperti dalam Royal Pahang Billfish International
Challenge (RPBIC) sejak 2004 sehingga kini.
Antara operator bot yang popular di kalangan pemancing tempatan dan
antarabangsa ialah Encik Chong Mah Sin, Encik Steven Chong, Encik Ah Liang dan Pak
Jangut. Berdasarkan pengalaman pengkaji ketika menemubual Encik Chong Mah Sin
dan Pak Janggut, mereka telah berkecimpung hampir 30 tahun sebagai pemancing dan
juga operator bot. Lebih membanggakan pengkaji, nama Pak Janggut itu sendiri sangat
sinonim kepada pemancing dalam dan luar negara yang selalu berkunjung ke kuala
rompin untuk menjalankan aktiviti memancing laut dalam seperti memancing ikan
layaran di Kuala Rompin.
Rajah 2.3: Salah Satu Aksi Pertarungan Ikan Layaran Dengan Pemancing Di
Kuala Rompin.
(Sumber: Mike Thien, 2007)
2.11 JENIS-JENIS SPESIS IKAN LAUT DALAM YANG TERDAPAT DI
PERAIRAN MALAYISA DAN KUALA ROMPIN.
Rajah 2.4: Ikan
Kertang
(Epinephelus
Lanceolatus)
Nama umum:
Giant Grouper.
Rajah 2.5: Ikan
Kertang (anak)
(Epinephelus
Lanceolatus)
Nama mum:
Giant Grouper
(Juvenile)
Rajah 2.6:
Kerapu
(Epinephelus
Malabaricus)
Nama umum:
Malabar
Grouper
Rajah 2.7:
Kerapu Balong
(Epinephelus
Coioides)
Nama umum :
Orange-spotted
Rajah 2.8:
Kerapu Pisang
(Plectropomus
Maculatus)
Nama umum :
Spotted
Coralgrouper
Rajah 2.9:
Kerapu Sunuh
(Plectropomus
Pessuliferus)
Nama umum :
Roving
Coralgrouper
Rajah 2.10:
Kerapu Bara
(Cephalopholis
Sonnerati).
Nama
umum:Tomato
Hind
Rajah 2.11:
Kerapu Belang
(Epinephelus
Amblycephalus)
Nama umum :
Banded
Grouper
Rajah 2.12:
Ikan Kerapu
Pulut
(Epinephelus
Epistictus)
Nama umum:
Dotted
Grouper.
Rajah 2.13
Ikan Merah
Mentimun
(Symphorus
Nematophorus).
Rajah 2.14
Ikan Jenahak
(Lutjanus
Johnii)
Nama umum:
John's Snapper
, Golden
Rajah 2.15
Ikan Merah
Pucat (Lutjanus
Erythropterus)
Nama umum :
Red Snapper
Snapper
Rajah 2.16 :
Ikan Kakap
Merah
(Lutjanus
Argentima
culatus)
Nama umum:
Mangrove Jack
Rajah 2.17
Merah Mata
Hitam
(Lutjanus
Malabaricus)
Nama umum:
Malabar
Blood Snapper
Rajah 2.18
Merah Suman
(Pinjalo
Pinjalo)
Nama umum :
Japanese Red
Rajah 2.19
Ignobilis)
N
Giant Trevally.
Gerepoh
(Caranx
ama umum:
Rajah 2.20
Geropoh Sirip
Biru (Caranx
Melampygus)
Nama umum:
Bluefin
Trevally
Rajah 2.21:
Talang
(Scomberoides
mersonnianus)
Nama umum:
Queenfish,
Queenie.
Rajah 2.22
Kakap
Batu/Siakap
Karang
(Plectorhinchus
Gibbosus)
Nama umum :
Harry Hotlip
Rajah 2.23
Ikan Layaran
(Istiophorus
Paltypterus)
Nama Umum :
Billfish
Rajah 2.24 Ikan
Senangin
(Eleutheronema
tetradactylum)
Nama umum :
Four finger
threadfin
(Sumber: http://www.fishing.net.my)
2.12 ROYAL PAHANG BILLFISH INTERNATIONAL CHALLENGE
(RPBIC)
Merupakan penganjuran pertandingan memancing ikan layaran peringkat
antarabangsa yang terkenal di Malaysia dan antarabangsa. Serkit kejohanan yang
dianjurkan oleh Berita Harian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Persatuan
Memancing Malaysia (PeMM) dilancarkan pada September 2004 dan memilih Kuala
Rompin sebagai lokasi pertandingan setiap tahun.
Menurut Encik Kamal Ahmad ( Berita Harian, 6 Jun 2006), pada awal
penganjurannya, RPBIC telah berjaya menarik penyertaan seramai 66 orang peserta dari
negara Malaysia, Singapura, dan Zimbabwe dengan menggunakan 30 buah bot sewa.
Pada tahun 2005, bilangan peserta telah meningkat kepada 100 orang dengan
peningkatan penyertaan dari beberapa negara seperti Singapura, Filipina,China, Kanada,
United Kingdom, Australia dan Jepun.
Penglibatan secara langsung oleh Tourism Malaysia dalam menjayakan Royal
Pahang Billfish International Challenge 2006 telah meningkatkan lagi imej serta aktiviti
promosi sukan memancing khususnya RPBIC di Kuala Rompin ke peringkat
antarabangsa. Menurut menterinya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur (Berita
Harian, Jun 2006), RPBIC yang dianjurkan di Kuala Rompin sebelum ini telah
membuka mata dan minda Tourism Malaysia tentang potensi sukan memancing sebagai
tarikan pelancongan dan Tourism Malaysia bersedia untuk membantu dalam
mempromosikan RPBIC di peringkat antarabangsa.
Selain sebagai medan menguji kecekapan dan kemahiran para peserta, RPBIC
dengan kerjasama PeMM menjalankan aktiviti pengumpulan data dan maklumat tentang
corak migrasi dan ekologi ikan layaran serta lain-lain spesis ikan berparuh melalui
perlabelan atau “tagging” pada setiap ikan layaran atau spesis ikan berparuh lain yang
berjaya ditangkap oleh pemancing.
Menurut Zahaitun Mahani Zakariah (September 2006) melalui artikel “Securing
the future of billfish agling in Kuala Rompin”, PeMM telah mengenalpasti bahawa
ancaman sebenar kepada populasi ikan layaran adalah kegiatan penangkapan ikan
dengan menggunakan pukat tarik yang mana hasilnya dijadikan sebagai bahan pembuat
keropok yang hanya bernilai RM 6.00 sekilo. Konsep tangkap dan lepas yang
diwajibkan bagi penangkapan ikan layaran oleh pemancing amatur dan pengurus
perikanan di Malaysia merupakan amalan yang penting dan kesedaran ini perlu
diperluaskan kepada semua aktiviti memancing laut dalam.
Walaupun amalan dalam teknik tangkap dan lepas ini ada dicadangkan dalam
draf enakmen oleh Jabatan Perikanan pada tahun 1985, namun sehingga kini belum ada
usaha untuk membentangkannya di peringkat parlimen. Buat masa ini, PeMM terus
bertindak sebagai NGO yang mengambil inisiatif untuk menjalankan usaha
pemeliharaan ikan layaran dengan mempraktikkannya dalam setiap RPBIC yang
dianjurkan di Kuala Rompin.
Usaha pemeliharaan ini juga mendapat sambutan daripada syarikat swasta seperti
McDonald’s Malaysia yang menyumbang tabung untuk aktiviti pemeliharaan yang di
jalankan dalam RPBIC. Sehingga kini McDonalds Malaysia adalah badan korporat yang
masih aktif dalam memberi bantuan berbentuk tajaan kepada usaha-usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan sumber marin yang dijalankan oleh PeMM sama ada diperingkat
tempatan mahupun antarabangsa.
Antara aktiviti yang mendapat tajaan terus McDonals Malaysia ialah aktiviti
“Tagging” ikan layaran yang dijalankan di Kuala Rompin dengan kerjasama PeMM
semasa RPBIC dijalankan setiap tahun.
Jadual 2.6: Statistik Aktiviti Memancing dan “Tagging” Ikan Layaran.
SPESIS JUMLAH PERATUS (%)
Ikan Layaran 392 98.2 Ikan Merlin Hitam 4 1 Ikan Merlin Biru 3 0.8
Senarai Top 5 (kapten)
Steven Chong 135 33.8 Toh Seng Ho 93 23.3 Ah Liang 46 11.5 Lain-lain 3 8.5 Pak Janggut 9 2.3
Senarai Top 5 (lokasi) JUMLAH PERATUS (%)
Kuala Rompin 137 34.3 Pulau Jarak 110 27.6 Karang D.O. 61 15.3 Karang DO 29 7.3
Senarai Top 5 (bot) JUMLAH PERATUS (%)
--Unknown--1 107 26.8 GT Chaser 92 23.1 Sailfish 1 76 19 Sailfish 2 23 5.8
Senarai Top 5 (pemancing) JUMLAH PERATUS (%)
Christopher Tan 28 7 Ong Boo Soon 16 4 Ong Boo Say 7 1.8 Karim Abdul Mutalib 6 1.5 Shinsuke Ota 6 1.5
KEADAAN PELEPASAN JUMLAH PERATUS (%)
Hidup 386 96.7 Marginal 9 2.3 Mati 2 0.5 Tidak diketahui 2 0.5
JENIS MATA KAIL (HOOK) JUMLAH PERATUS (%)
Bulat 261 65.4 J 94 23.6 Lain-lain 10 2.5
TAHUN JUMLAH PERATUS (%)
2000 51 12.8 2001 14 3.5 2002 57 14.3 2003 140 35.1 2004 58 14.5 2005 79 19.8
BULAN JUMLAH PERATUS (%)
Ogos 153 38.3 Oktober 63 15.8 Januari 60 15 September 40 10 April 19 4.8 Disember 16 4 November 15 3.8 Februari 15 3.8 Jun 6 1.5 Mei 5 1.3 Julai 5 1.3 Mac 2 0.5
(Sumber: PeMM, 2005)
2.13 PERSATUAN MEMANCING MALAYSIA (PeMM).
Persatuan Memancing Malaysia atau PeMM merupakan organisasi yang sangat
sinonim dengan aktiviti memancing di Malaysia. Nama PeMM secara rasminya didaftar
pada 25 Jun 1990. Objektif awal penubuhannya adalah bertujuan untuk menggalakkan
aktiviti memancing (angling) dikalangan masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun
fungsi PeMM pada masa kini telah berkembang dan telah bergerak sebagai badan bukan
kerajaan (NGO) yang memplopori usaha pemeliharaan dan penjagaan sumber dan
persekitaran bagi memastikan kelangsungan aktiviti memancing di negara ini terus
berkembang pada masa hadapan.
Berdasarkan pemikiran ini, PeMM menjalankan misi untuk mendidik orang
awam tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar terutamnya apabila spesis ikan
tempatan telah mengalami ancaman daripada kewujudan spesis ikan asing yang
menjadikan anak-anak ikan tempatan sebagai mangsa atau sumber membuat makanan
bagi spesis ikan asing yang diternak.
Amalan “Tangkap dan Lepas” juga telah diperkenalkan kepada pemancing di
Malaysia yang mendapat banyak tentangan oleh para pemancing, namun dengan usaha
yang berterusan oleh PeMM melalui program-program dan aktiviti-aktiviti penerangan
di peringkat tempatan, telah berjaya menjadikan amalan “Tangkap dan Lepas” ini
menjadi budaya kepada ahli PeMM. Malah amalan ini turut diwajibkan dalam Royal
Pahang Billfish International Challenge di mana ikan layaran yang ditangkap hanya
boleh diphoto, label (tag) sebelum dilepaskan semula ke laut oleh pemancing.
Visi dan usaha PeMM sebagai NGO dalam isu-isu alam sekitar telah mendapat
perhatian oleh syarikat McDonalds Malaysia yang telah menaja Program Pemeliharaan
Billfish sejak tahun 2003. Usahasama ini terbukti berjaya dan sehingga kini McDonalds
Malaysia terus menyokong PeMM melalui tajaan-tajaan kepada aktiviti pemuliharaan
dan pemiharaan sumber memastikan populasi ikan layaran di perairan Malaysia terus
berkembang biak.
Sehingga kini, jumlah pemancing yang bernaung di bawah PeMM dianggarkan
seramai 1 juta orang daripada 2 juta pemancing di negara ini (Majer Ismail Feisol
(2007). Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan trip memancing luar
dan dalam negara untuk ahli, klinik, workshop dan sebaginya.
Dalam perjumpaan tahunan PeMM pada 24 Mac 2007, Presiden PeMM Mejar
(B) Ismail Feisol telah menyenaraikan beberapa sasaran untuk dicapai oleh PeMM iaitu:
• Menjadikan PeMM sebagai persatuan yang mempunyai kuasa dalam aktiviti
sukan memancing di Malaysia.
• Mendidik dan melantik pengadil (Marshalls) yang setara (stardardize)
bertauliah, profesional, dalam mengadili sebarang acara pertandingan
memancing di Malaysia.
• Menjadi penyampai suara para pemancing kepada pihak berkuasa.
• Menjadi pemandu kepada amalan memancing secara beretika secara beransur-
ansur.
• Membangun dan melatih pemandu pemancing menjadi seorang profesional dan
bertaraf dunia.
• Memberi perkhidmatan kepada ahli.
• Menjaga persekitaran dan sumber semulajadi supaya khazanah yang tidak
ternilai tidak dimusnahkan sewenang-wenangnya.
2.14 CIRI-CIRI UMUM AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM DI
MALAYSIA
2.14.1 Jenis trip
Secara umumnya aktiviti sukan memancing menawarkan tiga jenis trip iaitu:
i. Trip Balik Hari (Day Trips).
• Trip ini biasanya menggunakan kemudahan bot laju untuk sampai ke
kawasan memancing. Aktiviti memancing dijalankan dalam masa sehari.
• Biasanya menjalankan aktiviti memancing dalam lingkungan 30 batu
nautika dari kawasan pantai. Perjalanan biasanya bermula pada sebelah
pagi dan pemancing akan balik pada sebelah petang.
ii. Trip Bermalam (Overnight Trips)
• Pemancing akan menuju ke destinasi memancing dalam lingkungan 50
batu nautika dengan menggunakan bot laju yang dilengkapi dengan
kemudahan asas untuk bermalam seperti tandas serta tempat memasak.
• Jangka masa aktiviti memancing biasanya antara 2 hingga 3 hari.
• Jumlah minima pemancing dalam sebuah bot ialah 4 orang.
iii. Trip Live-On-Boat
• Trip ini menggunakan bot yang bersaiz besar.
• Jumlah minima pemancing ialah 10 orang.
• Menjalankan aktiviti memancing dalam lingkungan 100 batu nautika.
• Para pemancing akan tinggal dalam bot dan menjalankan aktiviti
memancing antar 5 hingga 10 hari.
• Bot ini dilengkapi dengan kemudahan memasak, tandas, peti simpanan
ikan serta mempunyai kelengkapan hiburan.
2.15 Kemudahan-Kemudahan Penting Bagi Bot Memancing Laut Dalam
Terdapat beberapa kemudahan dalam sebuah bot untuk aktiviti memancing laut
dalam yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh operator bot. Penyediaan
kemudahan-kemudahan ini amat penting terutamanya dalam memastikan faktor-faktor
keselamatan, keselesaan dan kepuasan setiap pemancing sentiasa diutamakan serta dapat
dioptimakan. Jadual 2.7 memaparkan beberapa kemudahan asas yang perlu ada dalam
sesebuah bot untuk aktiviti memancing laut dalam.
Jadual 2.7: Kemudahan Asas Yang Diperlukan Bagi Sesebuah Bot Memancing
Laut Dalam
a) Kemudahan
Tandas
(Sumber: Majer (B) Ismail Feisol, 2007).
b) Kompas
(Sumber:http://www.jmsonline.net)
c) GPS
(Global Positioning
Systems)
(Sumber:http://www.epinions.com)
d) Alat
Telekomiunikasi
(Telefon Satelit)
(Sumber:http://www.allcellrentals.com)
e) Pengesan Ikan
(Depth Sounders)
(Sumber:http://www.allcellrentals.com)
Kecemasan
(First Aid Kit)
(Sumber: Majer (B) Ismail Feisol, 2007).
(Sumber:http://www.allcellrentals.com
f) Set Bantuan
g)
(Rod Holder)
)
Pemegang Joran
h) Fish Fighting Chair
(Sumber:http://www.allcellrentals.com)
i) Jaket Keselamatan
( Personal Floatation
Device)
(Sumber: Majer (B) Ismail Feisol, 2007).
j) Alat Pemadam Api
(Sumber:http://www.jmsonline.net)
k) Peti Simpanan Ikan.
Fish Containers ( Ice
box)
(Sumber:http://www.jmsonline.net)
Rajah 2.25: Salah satu model bot Memancing Laut Dalam Keluaran Syarikat Boat
Explorer, Melaka.
(Sumber: Mike Thien, 2007)
Rajah 2.26: Bot Memancing Laut Dalam Yang Digunakan Untuk Aktiviti
Memancing Laut Dalam Di Sepanyol.
(Sumber: http://www.bluemarlin3.com)
^txwt{ WtÇ cÜÉáxwâÜ ^t}|tÇ
Bab 3
BAB III
KAEDAH DAN PROSEDUR KAJIAN
3.1 PENGENALAN.
Kaedah dan prosedur kajian merupakan bahagian yang amat penting
memandangkan maklumat yang diperolehi pada tahap ini membantu pengkaji bagi
menguatkan dan menyokong hujah yang dikemukakan terutamanya dalam menjawab
persoalan dan objektif kajian yang telah dinyatakan pada bab pertama kajian ini.
Terdapat beberapa aspek penting yang akan dimuatkan dalam bahagian ini. Berikut
adalah spek-aspek yang terkandung dalam bahagian Kaedah dan Prosedur Kajian ini.
3.2 LOKASI KAJIAN.
Pengkaji telah memilih Daerah Kuala Rompin sebagai lokasi kajian
memandangkan status Kuala Rompin yang popular sebagai pilihan pengunjung
terutamanya daripada kalangan peminat aktiviti memancing laut dalam. Selain daripada
itu, Kuala Rompin juga merupakan satu-satunya pangkalan tetap dalam penganjuran
aktiviti pertandingan memancing laut dalam peringkat antarabangsa iaitu Royal Pahang
Billfish International Challenge (RPBIC). Faktor-faktor inilah yang mendorong pengkaji
untuk memilih Daerah Kuala Rompin sebagai lokasi dalam kajian ini.
3.3 KAEDAH KAJIAN: KUALITATIF.
Kaedah temubual kajian kualitatif adalah satu cara untuk mendapatkan apakah
yang dirasakan dan difikirkan oleh orang lain dalam perspektif mereka sendiri (dunia
mereka sendiri). Menerusi temubual kualitatif, pengkaji akan dapat memahami
pengalaman yang mana pengkaji sendiri tidak terlibat (Rubin and Rubin, 1995).
3.4 TEKNIK TEMUBUAL SEMI- STRUKTUR IN-DEPTH.
Teknik temubual semi-struktur akan membenarkan orang menceritakan
pengalamannya sendiri dan membentuk data yang penuh dengan deskripsi (Phillimore
and Goodson, 2004). Kajian kualitatif adalah kajian interpretatif, yang mana
penemubual (pengakaji) bertindak sebagai pemberita. Semasa temubual, penemubual
akan bertanya soalan dan orang yang ditemubual akan menjawab dan menerangkan
tentang pandangan-pandangan mereka berhubung isu dan persoalan yang dikemukakan
oleh pengkaji. Mereka akan cuba memastikan penemubual memahami dunia mereka
(Rubin and Rubin, 1995). Temubual In-depth merujuk kepada temubual tidak terarah,
tidak berstruktur, tidak selaras dan temubual terbuka (Taylor and Bogdan, 1984).
Panduan temubual selalunya digunakan sebagai panduan untuk memastikan
pengkaji akan meliputi isu-isu yang sama bagi setiap temubual untuk
membandingbezakan data yang dikumpul (Phillimore and Goodson, 2004). Biasanya
tidak berstruktur. Panduan ini hanya memberi peringatan kepada penemubual untuk
bertanyakan soalan yang berkaitan dalam skop kajian (Taylor and Bogdan, 1984)
Panduan temubual seringkali dirangka dalam bentuk yang berbeza-beza untuk
mendapatkan sesetengah perkara atau isu secara terperinci.
Bagi tujuan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kajian ini, pengkaji
telah memilih beberapa respondan yang akan ditemubual dengan menggunakan Teknik
Temubual Semi- Struktur In-depth. Antara yang akan ditemubual oleh pengkaji ialah:
3.4.1 Temubual Dengan Agensi Kerajaan.
Pengkaji akan menemubual pegawai-pegawai atau wakil pegawai daripada
agensi kerajaan di Kuala Rompin bagi tujuan mendapatkan maklumat, data serta
pandangan berhubung kajian ini. Antara agensi yang terlibat ialah:
• Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Rompin.
• Jabatan Perikanan, Kuala Rompin.
3.4.2 Temubual Dengan Kumpulan Rujukan.
Salah satu kaedah pengumpulan maklumat bagi tujuan kajian ini ialah pengkaji
akan menemu bual beberapa individu yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas
dengan aktiviti memancing laut dalam selain terlibat secara langsung dengan aktiviti
tersebut. Pemilihan untuk menemubual individu-individu ini sangat penting terutamanya
dalam membantu menjawab persoalan kajian. Antara indivudu yang terlibat dengan soal
selidik bagi kajian ini ialah:
• Mejar (B) Ismail Feisol - Presiden Persatuan Memancing Malaysia (PeMM).
• Encik Mohd. Kamal Bin Ahmad - Editor/Projek Unit Joran Berita Harian.
• Encik Mike Thein - Pengarah Urusan Syarikat Boat Explorer Malaysia.
• Encik Chong Man Sin -Operator Bot di Kuala Rompin.
3.5 TEKNIK PEMERHATIAN.
Selain teknik temubual kajian ini juga akan menggunakan Teknik
Pemerhatian.Teknik ini melibatkan pengumpulan maklumat oleh pengkaji melalui
pemerhatian berhubung aspek penyediaan kemudahan dan perkhidmatan kepada
pelancong khususnya kepada pemancing yang menjalankan aktiviti memancing di Kuala
Rompin. Antara aspek yang akan dibuat tinjuan dan pemerhatian termasuklah:
• Kemudahan tandas awam.
• Kemudahan jeti.
• Kemudahan Ramp (tempat menaik dan menurun bot).
• Kemudahan tong-tong sampah.
• Perkhidmatan sewaan bot.
• Perkhidmatan pengangkutan awam.
• Perkhidmatan penginapan.
• Perkhidmatan restoran makanan dan minuman.
• Perkhidmatan bank.
• Lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti
memancing.
3.6 TEKNIK PENGUMPULAN MAKLUMAT KEDUA (MAKLUMAT
SEKUNDER ).
Sebagai penambahan maklumat-maklumat penting untuk menyokong hujah dan
huraian fakta dalam kajian ini, pengkaji juga akan menggunakan teknik pengumpulan
maklumat daripada sumber kedua menerusi terbitan, artikel, jurnal, keratan akhbar, serta
kajian-kajian terdahulu yang mengandungi pelbagai maklumat penting dan berguna bagi
membantu pengkaji membuat analisa dan kupasan berhubung aktiviti memancing laut
dalam.
3.7 KAEDAH ANALISIS TEMUBUAL KUALITATIF.
Kaedah temubual kualitatif dianalisis menggunakan rangka kerja sebagaimana
yang dikemukakan oleh Ritchie dan Spencer (1994, p.177). Peranan utama analisis data
kualitatif telah didefinisikan oleh Ritchie dan Spencer sebagai mengesan (detection) dan
mereka mencadangkan analisis mestilah termasuk mentakrif (defining), mengkategori
(categorizing), menjelaskan (explaining), menghuraikan (exploring) dan melakukan
pemetaan (mapping). Melalui proses ini maka rumusan-rumusan secara umum dapat
dicapai.
Pengesanan grounded themes diambil daripada temubual yang memerlukan
kaedah analisis data yang memenuhi keperluan untuk mentakrif konsep, mencari
associations (gabungan/sekutu) dan penjelasan. Pada akhir kajian rumusan isu dan
strategi cadangan akan dikeluarkan. Menurut Ritchie dan Spencer analisis data dibuat
berasaskan 5 langkah berikut:
i. Data mentah telah didengar, disalin dan dibaca untuk mencapai persamaan. Idea-idea
utama disenaraikan mengikut tema-tema.
ii. Rangka kerja berasaskan tema telah dikenalpasti menerusi bahan-bahan yang boleh
disusun. Ini terutamanya topik-topik yang mana ianya belum boleh ditentukan di
mana pengkaji memerlukan maklumbalas terlebih dahulu.
iii. Data telah diindeks dengan mengaplikasikan rangka kerja teori. Kaedah Veal untuk
membuat nota dan flagging transkrip telah diambil (Veal, 1992, p.99).
iv. Data telah diambil daripada transkrip dan disusun mengikut rujukan tema.
v. Data dan tema-tema melalui peringkat interpretasi bagi memastikan keseluruhan
penemuan diperolehi. Pandangan-pandangan informants telah di cross-reference
bagi mendapatkan pemahaman ke atas pelbagai sudut pandangan ke atas tema yang
telah dikenalpasti.
Bagi tujuan kandungan analisis, data disusun mengikut rangka kerja tema
(thematic framework) dalam bentuk jadual. Informant by theme matrices telah
dilukis/dilakar, digabungkan dengan progresi logical berdasarkan tajuk-tajuk tema.
Tajuk-tajuk tema dinomborkan contohnya dari 1 hingga 14 dan dibina (established)
mengikut kategori tema dalam temubual.
Setiap sel diletakkan label tema contohnya “lokasi” dan quotations yang
berkaitan daripada transkrip, contohnya “strategik”. Dalam setengah kes, terdapat lebih
dari satu label tema yang mana tajuk tema difikirkan meliputi lebih daripada satu isu.
3.8 MEREKABENTUK SOALAN-SOALAN.
Peringkat merekabentuk soalah-soalan ini begitu rumit kerana maklumat yang
diperolehi daripada soalan yang dikemukakan menentukan dapatan yang akan digunakan
oleh pengkaji semasa membuat analisis maklumat serta data pada peringkat yang
selanjutnya. Pada pandangan pengkaji adalah amat penting untuk memastikan jawapan
daripada setiap respondan merangkumi semua aspek yang hendak dikaji serta dapat
menjawab persoalan dan objektif kajian.
Bagi tujuan ini, pengkaji telah mereka bentuk soalan-soalan yang mencakupi
pelbagai aspek kajian serta disesuaikan dengan latarbelakang serta kategori respondan
yang akan ditemubual. Ini dilakukan supaya soalan tersebut mempunyai kesahan yang
tinggi serta memenuhi ciri-ciri kaedah kajian yang digunakan iaitu Teknik Temubual
Semi- Struktur In-depth.
Soalan-soalan yang dikemukakan mempunyai keseragaman daripada segi bentuk
walaupun disoal kepada respondan yang berlainan latarbelakang. Bentuk soalan yang
sedemikian rupa penting bagi memastikan jawapan-jawapan yang diberikan dapat
memberi gambaran atau menjawab isu penting dan persoalan yang dikemukakan selain
memudahkan pengkaji membentuk dapatan bagi kajian ini.
Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan kepada respondan yang terlibat
dalam kajian ini.
3.8.1 Soalan-Soalan Yang Ditanya Kepada Mejar (B) Ismail Feisol (Presiden
Persatuan Memancing Malaysia (PeMM).
a) Terangkan latarbelakang penubuhan Persatuan Memancing Malaysia (PeMM)
dan apakah aktiviti yang dijalankan?
b) Terangkan senario aktiviti sukan memancing pada masa kini?
c) Apakah isu aktiviti sukan memancing di Malaysia pada masa kini?
d) Apakah cabaran-cabaran dalam menjadikan aktiviti memancing laut dalam
sebagai tarikan di Kuala Rompin?
e) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin terus berkembang?
f) Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam mengembangkan potensi aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin?
g) Secara peribadi, adakah aktiviti memancing laut dalam ini mampu dijadikan
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
3.8.2 Soalan-Soalan Yang Ditanya Kepada Encik Mohd. Kamal Ahmad
(Editor/Projek Unit Joran-NSTP).
a) Ceritakan sejarah pembabitan NSTP dalam aktiviti memancing laut dalam?
b) Terangkan senario aktiviti sukan memancing pada masa kini?
c) Apakah isu aktiviti sukan memancing di Malaysia pada masa kini?
d) Apakah cabaran-cabaran dalam menjadikan aktiviti memancing laut dalam
sebagai tarikan di Kuala Rompin?
e) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin terus berkembang?
f) Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam mengembangkan potensi aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin?
g) Secara peribadi, adakah aktiviti memancing laut dalam ini mampu dijadikan
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
3.8.3 Soalan-soalan Yang Ditanya Kepada Pembekal Bot (Encik Mike Thein
(Pengarah Urusan Syarikat Boat Explorer Malaysia).
a) Ceritakan sejarah pembabitan Boat Explorer dalam industri bot dan
pelancongan?
b) Terangkan senario aktiviti sukan memancing pada masa kini?
c) Apakah isu aktiviti sukan memancing di Malaysia pada masa kini?
d) Apakah cabaran-cabaran dalam menjadikan aktiviti memancing laut dalam
sebagai tarikan di Kuala Rompin?
e) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin terus berkembang?
f) Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam mengembangkan potensi aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin?
g) Secara peribadi, adakah aktiviti memancing laut dalam ini mampu dijadikan
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
3.8.5 Soalan-Soalan Yang Ditanya Kepada Operator Bot.
a) Ceritakan sejarah pembabitan anda sebagai bot operator?
b) Siapakah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bot?
c) Apakah jenis pakej yang ditawarkan?
d) Adakah aktiviti memancing laut dalam memberi kebaikan kepada operator bot?
e) Adakah bentuk bantuan yang diterima oleh pengusaha bot?
f) Bagaimanakah sambutan pemancing terhadap aktiviti memancing laut dalam di
Kuala Rompin?
g) Apakah bentuk masalah yang dihadapi oleh pengusaha bot?
h) Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan Kuala Rompin terus
menjadi destinasi aktiviti memancing laut dalam?
i) Secara peribadi, adakah aktiviti memancing laut dalam ini mampu dijadikan
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
3.8.6 Soalan-Soalan Yang Ditanya Kepada Pegawai Dari LKIM Kuala Rompin.
a) Terangkan objektif Penubuhan dan aktiviti yang dijalankan oleh jabatan ini?
b) Adakah aktiviti memancing laut dalam memberi kesan kepada aktiviti nelayan di
Kuala Rompin?
c) Adakah LKIM terlibat dalam aktiviti memancing laut dalam?
d) Adakah LKIM mempunyai perancangan untuk memperkenalkan aktiviti
memancing laut dalam kepada nelayan?
e) Bagaimanakah sambutan nelayan terhadap aktiviti memancing laut dalam di
Kuala Rompin?
f) Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan Kuala Rompin terus
menjadi destinasi aktiviti memancing laut dalam?
g) Secara peribadi, adakah aktiviti memancing laut dalam ini mampu dijadikan
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
3.8.7 Soalan-Soalan Yang Ditanya Kepada Pegawai Dari Jabatan Perikanan
Kuala Rompin (Puan Rokiah Binti Omar).
a) Terangkan objektif Penubuhan dan aktiviti yang dijalankan oleh jabatan ini?
b) Adakah aktiviti memancing laut dalam memberi kesan kepada nelayan di Kuala
Rompin?
c) Adakah Jabatan Perikanan terlibat dalam aktiviti memancing laut dalam?
d) Adakah Jabatan Perikanan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan
aktiviti memancing laut dalam kepada nelayan?
e) Bagaimanakah sambutan nelayan terhadap aktiviti memancing laut dalam di
Kuala Rompin?
f) Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan Kuala Rompin terus
menjadi destinasi aktiviti memancing laut dalam?
g) Secara peribadi, adakah aktiviti memancing laut dalam ini mampu dijadikan
sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin?
3.9 JUSTIFIKASI PEMILIHAN KAEDAH KAJIAN.
Pemilihan kaedah kualitatif oleh pengkaji bagi kajian ini adalah faktor bentuk
kajian yang lebih menjurus kepada penilaian tentang potensi. Walaupun kebanyakan
pengkaji lebih cenderung menggunakan kaedah kuantitatif, namun penerimaan penilaian
kajian menerusi kaedah kualitatif semakin popular sejak kebelakangna ini. Menurut
Bryman and Burgess (Phillimore dan Goodson, 2004), kaedah kualitatif telah mula
diperkenalkan dan diterima dalam kajian kehidupan sosial sejak dua (2) dekad yang lalu.
Beliau turut menyatakan pada masa ini, pengkaji-pengkaji kajian sosial adalah
lebih cenderung memilih kajian berasaskan kualitatif sebagai strategi kajian distinctive,
yang mana membolehkan teori-teori dikemukakan dari kajian. Oleh itu, keputusan
memilih pengunaan kaedah kualitatif bagi kajian ini adalah paling sesuai dan berkesan
untuk mengkaji potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai tarikan pelancongan di
Kuala Rompin.
Selain itu, faktor kekangan masa yang singkat iaitu selama empat (4) bulan tidak
mencukupi bagi pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif terutamanya untuk
mendapatkan saiz sampel kajian yang mencukupi bagi mendapatkan tahap signifikan
yang dikehendaki menerusi kaedah kuantitatif bagi tempoh tersebut. Menurut Taylor dan
Bogdan (1984), menerusi temubual, pengkaji akan dapat menggunakan masa dengan
berkesan bagi tempoh kajian yang terhad.
3.10 JUSTIFIKASI PEMILIHAN SAMPEL KAJIAN.
Pemilihan respondan dalam Kajian Potensi Aktivti Memancing Laut Dalam
Sebagai Tarikan Pelancongan Di Kuala Rompin, telah dibuat oleh pengkaji setelah
perbincangan dilakukan dengan penyelia (Prof. Dr. Amran bin Hamzah) sebelum proses
pengumpulan maklumat dan temuduga terhadap respondan dijalankan oleh pengkaji.
Pemilihan respondan ini mengambilkira faktor-faktor seperti pengalaman,
kepakaran, pengetahuan dan pelbagai aspek penting yang dimiliki oleh respondan bagi
membolehkan pengkaji membuat analisis dan dapatan secara menyeluruh untuk kajian
ini. Jadual 3.1 menunjukkan senarai dan justifikasi pemilihan respondan bagi tujuan
kajian ini.
Jadual 3.1: Senarai Dan Justifikasi Pemilihan Respondan Bagi Kajian
Bil Respondan Justifikasi pemilihan
1.
Mejar (B) Ismail Feisol
(Presiden Persatuan
Memancing Malaysia).
• Merupakan Presiden Persatuan memancing
Malaysia iaitu satu-satunya persatuan
memancing yang berdaftar di Malaysia serta
mempunyai hubungan yang rapat dengan
persatuan memancing antarabangsa seperti
International Game Fish Association (IGFA)
serta lain-lain persatuan memancing peringkat
antarabangsa.
• Merupakan satu-satunya pemancing di
Malaysia yang mendapat pengiktifaran
antarabangsa sebagai Pemancing Profesional.
• Sehingga kini beliau masih dan sangat aktif
dalam usaha mengembangkan industri
memancing di Malaysia termasuklah
pembentukan polisi, pembentangan kertas
kerja, program pendidikan, dan pembangunan
aktiviti memancing di peringkat tempatan dan
antarabangsa.
• Pelbagai maklumat penting diperlukan
daripada respondan ini khususnya berhubung
dengan perspektif, isu serta senario secara
global tentang aktiviti memancing di
peringkat tempatan dan luar negara.
2.
Encik Mohd. Kamal Bin
Ahmad
(Editor/Projek Unit Joran-
Berita Harian).
• Merupakan editor tetap dan Ketua Projek GP
Joran Akhbar Berita Harian Kumpulan News
Strait Times.
• Belaiau adalah salah seorang yang
bertanggungjawab mencetuskan idea untuk
memperkenalkan Royal Pahang Billfish
International Challenge (RPBIC) yang
menjadikan di Kuala Rompin pangkalan.
• Maklumat daripada respondan ini amat
penting bagi mengetahui tentang potensi
aktiviti memancing laut dalam melalui
sambutan terhadap penganjuran pertandingan
memancing di Malaysia umumnya dan di
Kuala Rompin khasnya.
3.
Encik Mike Thein
(Pengarah Urusan Syarikat
Boat Explorer Malaysia.
• Belaiau mempunyai pengalaman yang luas
(lebih 30 tahun) sebagai pengeluar bot dan
peralatan yang berkaitan dengan aktiviti
marin termasuk pengeluaran bot khusus bagi
aktiviti memancing laut dalam dalam dan luar
negara.
• Maklumat daripada respondan ini amat
penting terutamnya dalam mengenalpasti ciri-
ciri bot yang sesuai bagi aktiviti memancing
laut dalam selain potensi aktiviti memancing
laut dalam di Kuala Rompin dan peringkat
antarabangsa.
4.
Operator Bot
Encik Chong Man Sin
• Belaiau mempunyai pengalaman yang luas
(lebih 30 tahun) sebagai operator bot dan
pemancing bagi aktiviti memancing laut
dalam.
• Terlibat secara langsung sebagai kapten
dalam Royal Pahang Billfish International
Challenge (RPBIC).
• Mempunyai pelbagai maklumat tentang
kegiatan memancing laut dalam khususnya di
Kuala Rompin yang boleh membantu
pengkaji dalam kajian ini.
• Maklumat daripada operator bot ini amat
penting bagi mengetahui secara terperinci
berhubung perkembangan dan permintaan
aktiviti memancing laut dalam di Kuala
Rompin serta maklumat-maklumat penting
yang diperlukan dalam kajian ini.
5.
Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia, Kuala Rompin.
• Merupakan agensi yang bertanggungjawab
dalam menguruskan aktiviti nelayan di Kuala
Rompin.
• Maklumat daripada agensi ini amat penting
bagi mengetahui sejauh mana penglibatan
agensi ini dan nelayan di bawah kelolaan
mereka dalam aktiviti memancing.
6.
Jabatan Perikanan, Kuala
Rompin.
• Agensi kerajaan yang terlibat secara
langsung dalam aspek undang-undang dan
peraturan penangkapan ikan di laut.
• Agensi ini juga terlibat secara langsung
dalam pemantauan terhadap aktiviti
penangkapan ikan di perairan Kuala Rompin.
• Maklumat daripada agensi ini amat penting
bagi meninjau aspek perundangan dan
peraturan penangkapan ikan serta aktiviti
penguatkuasaan dan pemantauan selain
maklumat khusus tentang aktiviti memancing
laut dalam di bawah bidang kuasa jabatan ini.
(Sumber: Olahan Pengkaji, 2007)
TÇtÄ|á|á WtÇ cxÇxÅâtÇ ^t}|tÇ
Bab 4
BAB IV
ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN.
Analisis dan penemuan dalam kajian ini dibuat berdasarkan jawapan daripada
setiap soalan yang telah direka bentuk oleh pengkaji mengikut kategori respondan yang
telah ditemuramah semasa kajian lapangan dilakukan. Selain daripada analisis terhadap
soalan-soalan daripada respondan, pengkaji juga telah membuat analisis berdasarkan
maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian dan juga maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada sumber-sumber terbitan, artikel, keratan akhbar, bahan-bahan
daripada internet serta laporan-laporan daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan
sebagai sokongan dan pengukuhan analisis serta penemuan kajian.
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji dengan mengunakan
kaedah kualitatif iaitu Temubual Semi-Struktur In-depth pengkaji telah mengenalpasti
tema-tema yang penting dalam kajian Potensi Aktiviti Memancing Laut Dalam Sebagai
Tarikan Pelancongan di Kuala Rompin. Terdapat lapan (8) tema telah dikenalpasti bagi
analisis tentang potensi, sementara enam (6) tema dapat di kenalpasti bagi analisis
tentang cabaran terhadap potensi aktiviti memancing laut dalam di Kuala Rompin.
Huraian berhubung setiap tema yang dikenalpasti adalah menurut jawapan yang
diperolehi menerusi soalan-soalan yang dikemukakan kepada setiap respondan dalam
kajian ini.
4.2 ANALISIS POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM
SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN.
4.2.1 TEMA 1: BEKALAN SUMBER IKAN LAUT DALAM YANG BANYAK.
Berdasarkan temubual yang dijalankan oleh pengkaji dengan respondan 1 iaitu
Mejar (B) Ismail Feisol, beliau menerangkan bahawa perairan Malaysia secara amnya
dan Kuala Rompin khususnya amat berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi
pelancongan dengan menjadikan aktiviti memancing laut dalam sebagai tarikan kerana
dilimpahi dengan sumber ikan daripada pelbagai spesis ikan laut dalam yang banyak dan
mencukupi bagi menampung permintaan aktiviti memancing laut dalam. Menurut beliau
dianggarkan lebih daripada 100 spesis ikan air masin yang boleh dipancing di sekitar
perairan Malaysia.
Beliau juga turut mendakwa bahawa kawasan habitat ikan laut dalam seperti di
kawasan Karang Do, Karang Cha, Karang Batu Mati, Karang Luas, Karang Batu
Berhala, Karang Rompin, Tukun Tayar dan Batu Saga merupakan “lubuk” ikan layar
terbaik dunia yang ada di Kuala Rompin. Selain itu terdapat juga tempat pembiakan
pelbagai spesis ikan yang termasuk dalam kategori “Game Fish” seperti Giant Trevally
(Caranx Ignobilis), Kakap Batu (Plectorhinchus Gibbosus), Kertang (Epinephelus
Lanceolatus), Jenahak (Lutjanus Johnii ) dan sebagainya yang begitu popular di
kalangan pemancing dalam dan luar negara ada di perairan negara ini khususnya di
Kuala Rompin.
Pendapat ini juga di sokong oleh respondan kedua iaitu Encik Mohad Kamal yang
mendakwa bahawa Kuala Rompin adalah pusat ikan layaran yang terbaik berdasarkan
jumlah ikan yang berjaya dipancing serta sentapan ikan layaran setiap hari. Sebagai
contoh, daripada rekod yang diperolehi oleh PeMM, sekurang-kurangnya 20 ekor ikan
layaran dapat dipancing sehari. Dakwaan ini dikukuhkan lagi dengan catatan rekod
sentapan dalam Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) tahun 2006 di
Karang DO dan Batu Saga yang mencatatkan 290 sentapan dengan 108 ekor ikan
layaran dapat ditangkap pada hari kedua. Pada hari pertama pertandingan sebayak 146
sentapan direkodkan dengan 77 ekor ikan layaran berjaya dipancing.
4.2.2 TEMA 2: AKTIVITI PERTANDINGAN MEMANCING.
Menurut Mejar (B) Ismail Feisol, untuk meningkatkan potensi memancing laut
dalam di Kuala Rompin, penganjuran aktiviti pertandingan memancing yang kerap sama
ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa perlu dipergiatkan. Malah, menurut
beliau lagi, sebahagian besar daripada pemancing laut dalam yang terlibat dengan
aktiviti memancing bukan sekadar hobi semata-mata sebaliknya didorong oleh keinginan
untuk memenangi wang tunai dan pelbagai hadiah lain yang bakal diraih oleh pemenang
dalam setiap aktiviti pertandingan memancing laut dalam sama ada di peringkat
tempatan mahupun antarabangsa. Beliau merujuk kepada jumlah hadiah wang tunai
yang ditawarkan dalam acara memancing layaran di Kuala Rompin iaitu RM33,900
adalah salah satu faktor peningkatan jumlah penyertaan pemancing antarabangsa dalam
RPIBC setiap tahun sejak mula diperkenalkan pada tahun 2004.
Menurut Encik Mohd. Kamal, pertandingan memancing laut dalam yang dianjurkan
oleh Berita Harian menerusi GP Joran pada setiap tahun semakin mendapat sambutan.
Di anggarkan lebih daripada 2000 peserta yang mendaftar sebagai peserta dalam setiap
edisi GP Joran yang menjalankan konsep jelajah Malaysia. Menurut beliau lagi, faktor
jumlah hadiah wang tunai yang besar sehingga RM 10,000 bagi juara individu kategori
laut dalam serta hadiah kereta, motosikal dan barangan elektrik bagi juara keseluruhan
amat menarik minat para peserta atau pemancing menyertai setiap acara memancing
anjuran GP Joran.
Oleh yang demikian, menurut kedua-dua respondan, melalui kekarapan
pertandingan memancing di peringkat tempatan dan antarabangsa bukan sahaja akan
meningkatkan potensi aktiviti memancing laut dalam di Kuala Rompin sahaja, malah
memberi faedah potensi kepada industri memancing laut dalam di Malaysia secara
keseluruhan.
4.2.3 TEMA 3: PERANAN PERSATUAN MEMANCING MALAYSIA (PEMM).
Menurut Encik Mike Thein (respondan ketiga), peranan yang dimainkan oleh
Persatuan Memancing Malaysia khususnya sebagai pemangkin kepada aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan sumber marin khususnya spesis ikan, membolehkan
aktiviti memancing bukan sahaja menyeronokkan tetapi pada masa yang sama
melahirkan kesedaran di kalangan pemancing serta orang awam tentang perlunya
memelihara sumber ikan daripada kepupusan.
Malah menurut respondan pertama Mejar (B) Ismail yang merupakan Presiden
PeMM menegaskan bahawa antara objektif penubuhan PeMM itu sendiri ialah untuk
membangunkan aktiviti memancing (angling) di Malaysia selain berusaha memastikan
sumber ikan di perairan Malaysia sentiasa dijaga serta terpelihara melalui amalan
“Tangkap dan Lepas”.
Melalui kempen kesedaran serta program-program yang menjurus kepada
pemeliharaan sumber ikan di peringkat remaja sehinggalah kepada golongan pemancing
sendiri peranan PeMM memang tidak dapat dinafikan sebagai sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab meningkatkan potensi aktiviti memancing
khususnya di laut dalam sebagai tarikan pelancongan di Kuala Rompin khasnya dan di
Malaysia amnya.
Selain itu, Encik Mike Thien secara peribadi berpendapat bahawa PeMM dilihat
berjaya membawa memainkan peranan sebagai badan utama dalam industri memancing
terutamnya dalam memperkenalkan aktiviti memancing di Malaysia khususnya di Kuala
Rompin ke peringkat antarabangsa melalui penglibatan secara langsung dalam acara-
acara pertandingan memancing peringkat antarabangsa seperti RPBIC.
Kesungguhan PeMM dalam mempromosikan aktviti memancing laut dalam tidak
hanya di peringakat nasional sahaja, yang terbaru ialah melalui Langkawi-Adang-Satun
International Fishing Challenger 2007 (LASIFC 2007) yang melibatkan kerjasama
Malaysia dan Thailand dalam penganjuran aktiviti memancing laut dalam peringkat
antarabangsa di mana sebanyak 132 pemancing mewakili 21 pasukan dari Iraq, India,
Australia, Amerika, Pakistan, Singapura, Thailand dan Malaysia telah mengesahkan
penyertaan mereka dalam pertandingan tiga hari itu.
Pertandingan yang julung kalinya melibatkan penganjuran dari dua buah negara
melalui pembukaan perairan bagi kedua-dua negara (Malaysia dan Thailand)
dilancarkan bersempena dengan tahun Melawat Malaysia 2007 dengan menawarkan
hadiah wang tunai RM6,000 bagi juara kumpulan, RM2,500 naib johan dan ketiga
RM1,000. Manakala juara kategori individu bakal menerima hadiah wang tunai
berjumlah RM4,000, RM2,000 bagi pemenang kedua dan RM1,000 bagi tempat yang
ketiga (Bernama 28 April 2007).
Menurut Majer (B) Ismail, berdasarkan jumlah pemancing di Malaysia yang
dianggarkan 2 juta orang, industri memancing di Malaysia tampak sangat berpotensi
untuk dikembangkan bagi tujuan tarikan pelancongan terutamanaya kategori laut dalam
yang menunjukkan peningkatan daripada segi penglibatan dan penyertaan pemancing
melalui acara pertandingan yang dianjurkan diperingakat tempatan dan antarabangsa.
4.2.4 TEMA 4: FUNGSI MEDIA.
Berdasarkan temuduga yang dijalankan, kebanyakan respondan berpendapat
bahawa fungsi media sebagai saluran promosi seperti penggunaan internet, televisyen,
radio atau media cetak secara bersepadu ternyata berjaya memberi impak yang besar
terhadap aktiviti memancing laut dalam di negara ini terutamanya dalam penyebaran
maklumat tentang aktiviti memancing laut dalam di Kuala Rompin dan kawasan lain.
Melalui program “Jom Ngail” terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Saluran 2 yang di acarakan sendiri oleh Mejar (B) Ismail Feisol, “Joran Ria” terbitan
ASTRO, Majalah Pancing, Sirip dan lain-lain merupakan bukti betapa peranan media
elektronik dan cetak dalam memperkenalkan aktiviti memancing di Malaysia kepada
peminat aktiviti memancing seluruh dunia sangat berkesan .
Melalui penggunaan laman web pula, PeMM, Malaysian Fishing Net Forum
serta pelbagai blog yang berkaitan dengan aktiviti memancing di Malaysia mampu
menarik minat pemancing dalam dan luar negara untuk mendapatkan pelbagai maklumat
serta berkongsi ilmu pengetahuan melalui ruang forum yang disediakan kepada
pengunjung.
Menurut Mejar (B) Ismail, laman web PeMM sangat membantu dalam
mempromosikan aktiviti memancing laut dalam di Malaysia selain memuatkan pelbagai
maklumat tentang aktiviti yang diajurkan oleh PeMM di peringkat tempatan dan
antarabangsa. Beliau berharap lebih banyak laman web serta blog dibangunkan
khususnya yang berkaitan dengan destinasi memancing di Malaysia pada masa akan
datang yang dapat menambah maklumat tentang aktiviti memancing laut di Malaysia
khususnya di Kuala Rompin yang secara tidak langsung dapat mempromosikan aktiviti
memancing laut dalam ke seluruh dunia.
4.2.5 TEMA 5: PERKHIDMATAN OPERATOR BOT.
Berdasarkan temubual yang dijalankan, respondan pertama menjelaskan bahawa
perkhidmatan yang diberikan khususnya oleh operator bot yang menawarkan
perkhidmatan bot laju kepada pemancing laut dalam di Kuala Rompin amat memuaskan.
Beliau mengatakan hampir kesemua operator bot yang menjalankan menawarkan
perkhidmatan untuk aktiviti memancing laut dalam sangat berpengalaman khususnya
yang berkaitan dengan lokasi “lubuk ikan” bagi memastikan pelanggan mereka
mendapat kepuasan semasa menjalankan aktiviti memancing. Pendapat ini juga di
sokong oleh beberapa respondan lain yang berpendapat kemudahan bot serta kemahiran
operator bot sangat membantu menarik minat pemancing dari luar Kuala Rompin untuk
menjalankan aktiviti memancing.
Respondan pertama juga memberi contoh operator bot yang berjaya dalam
perniagaan sebagai penyedia perkhidmatan bot sewa bagi tujuan memancing sama ada
untuk rekreasi ataupun pertandingan (RPBIC) seperti Encik Ah Liang, Encik Chong
Mah Sin, Pak Janggut (Encik Khoo Choon Song), Steven Chong dan Toh Seng Ho
merupakan antara operator bot yang begitu berpengalaman, mahir serta terkenal di
kalangan pengemar aktiviti memancing laut dalam daripada dalam dan luar negara.
Selain menyediakan perkhidmatan bot sewa, operator bot ini juga memberi
pelbagai bantuan kepada para pemancing yang ingin menggunakan perkhidmatan
mereka termasuklah khidmat nasihat tentang teknik memancing serta peralatan khusus
bagi jenis-jenis aktiviti memancing yang berbeza.
Menurut Encik Chong Mah Sin yang juga salah seorang respondan dalam kajian
ini, beliau mempunyai pelanggan tetap dari luar negara seperti Australia, Singapura,
Kanada, Jepun, German dan bebarapa pemancing dari negara eropah yang menggunakan
perkhidmatan beliau sejak lima tahun yang lalu. Menurut beliau lagi, kebanyakan
pelanggan beliau menggunakna perkhidmatan ejen dari Singapura untuk berurusan
secara terus dengan beliau.
Lebih membanggakan Encik Choong lagi, ramai pemancing yang menggunakan
perkhidmatan beliau serta lain-lain operator bot di Kuala Rompin sangat tertarik dengan
populasi ikan Layaran yang begitu banyak di Kuala Rompin dan sentiasa puas dengan
pengalaman memancing sepanjang berada di Kuala Rompin. Beliau juga turut
mendakwa bahawa pemancing dari dalam dan luar negara yang mengunjungi Kuala
Rompin untuk menjalankan aktiviti memancing adalah “Repeat Angler”.
Menurut salah seorang pemancing Singapura yang sempat ditemubual oleh
pengkaji berhubung perkhidmatan bot yang beliau sering gunakan bagi tujuan
memancing laut dalam di Kuala Rompin, beliau menjelaskan bahawa beliau dan rakan-
rakan sering menggunakan perkhidmatan bot Pak Janggut kerana pengalaman, serta
sikap profesional yang ditunjukkan oleh operator tersebut selain suka berkongsi ilmu
memancing menjadikan beliau dan rakan-rakan selesa menggunakan perkhidmtan
operator bot tersebut (Pak Jangut).
Berdasarkan soalan yang diajukan kepada Encik Chong Mah Sin berhubung
perkhidmatan bot yang digunakan untuk tujuan memancing, beliau kini mempunyai 5
buah bot laju khusus untuk memancing laut dalam yang mampu bergerak dengan purata
kepantasan 80-100 km sejam membolehkan beliau mampu membawa pemancing dari
satu lokasi ke lokasi memancing yang lain dalam masa yang singkat. Selain itu,
penggunaan bot laju yang dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) oleh
operator bot di Kuala Rompin, memudahkan operator bot untuk mengenalpasti lokasi di
perairan Kuala Rompin yang menjadi “lubuk” ikan laut dalam seperti ikan Layaran dan
lain-lain spesis yang diminati oleh golongan “Sport Fishing Angler”.
Menurut Mejar Ismail, penggunaan bot laju yang dilengkapi dengan kemudahan
GPS (Glbal Positioning System), alat komunikasi serta peralatan keselamatan adalah
penting kerana para pemancing khususnya dari luar negara amat menitikberatkan soal
keselamatan, keselesaan dan pengalaman memancing yang paling optima semasa
mereka menjalankan aktiviti memancing di laut dalam. Kenyataan ini juga diakui oleh
Encik Chong sendiri yang mendakwa kesemua pelanggan beliau dari luar negara
sebelum ini amat menitikberatkan soal keselamatan dan keselesaan semasa menjalankan
aktiviti memancing sebelum mereka bersedia menggunakan perkhidmatan bot beliau.
Menurut Encik Chong juga, purata trip memancing yang beliau kendalikan
seminggu ialah 5 kali termasuk Sabtu dan Ahad yang merupakan hari tempahan penuh
bagi bot-bot memancing di Kuala Rompin sepanjang tahun. Sementara bayaran yang
dikenakan untuk setiap trip (day Trip) biasanya antara RM200-RM300 bagi sebuah bot.
Sementara purata pendapatan setahun yang diperolehi daripada trip memancing laut
dalam ialah antara RM 100,000 hingga RM 150,000. Menurut Encik Mohd Kamal
(respondan kedua) , sehingga kini terdapat 44 buah bot laju khusus untuk aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin dan lebih 50 buah bot laju di Tanjung Gemuk
yang turut digunakan dalam acara pertandingan RPBIC setiap tahun.
4.2.6 TEMA 6: PERANAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN.
Menurut respondan pertama, kesungguhan yang ditunjukkan oleh agensi-agensi
kerajaan seperti Tourism Malaysia dalam mempromosikan aktiviti memancing laut
dalam di Kuala Rompin seperti RPBIC keperingkat antarabangsa adalah satu usaha bijak
dan mampu meningkatkan potensi Kuala Rompin sebagai destinasi pilihan utama
pemancing tempatan dan antarabangsa bagi memenuhi hobi serta merasai cabaran
memancing di kawasan perairan Kuala Rompin.
Malah menurut beliau lagi jaminan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia
untuk menjadikan RPIBC sebagai acara rasmi dalam kalender pelancongan Malaysia
mulai 2007 adalah bukti kesungguhan agensi kerajaan itu dalam memperkenalkan Kuala
Rompin sebagai destinasi memancing peringkat antarabangsa. Ketua Pengarah Tourism
Malaysia iaitu Datuk Kamaruddin Siaraf telah memberi jaminan bahawa Tourism
Malaysia akan mempromosikan RPIBC 2007 melalui 43 pejabat cawangan di seluruh
dunia bagi memperkenalkan acara itu secara agresif.
Selain Tourism Malaysia empat respondan menyatakan bahawa peranan agensi
kerajaan yang lain seperti Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) dan Majlis Tempatan di Kuala Rompin sangat penting dalam
menjadikan Kuala Rompin sebagai destinasi tarikan pelancongan melalui aktiviti
memancing laut dalam seperti aktiviti rondaan dan pemantauan oleh Jabatan Laut dan
Perikanan, peruntukan undang-undang dan penguakuasaanya, penyediaan kemudahan
pelancong dan pemancing, bantuan bot laju kepada nelayan untuk sewaan kepada
pemancing serta peruntukan khusus untuk acara penganjuran pertandingan memancing
di Kuala Rompin.
Berdasarkan temubual dengan wakil daripada Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia, Kuala Rompin iaitu Encik Ridhuan, beliau menerangkan bahawa LKIM
sentiasa memberi galakan kepada nelayan untuk terlibat dalam aktiviti memancing laut
dalam sebagai operator. Sementara dalam usaha untuk mempromosi Kuala Rompin
menerusi aktiviti memancing, LKIM telah mengadakan kerjasama dengan PeMM untuk
menganjurkan pertandingan memancing iaitu Cabaran LKIM La Tour D’Pancing
Kuala Rompin pada bulan Ogos 2007.
Menurut beliau lagi LKIM begitu bersungguh dalam mempromosikan aktiviti
memancing di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan menganjurkan pertandingan
memancing. Sebelum ini pada 2-3 Disember 2006, Cabaran LKIM La Tour D’Pancing
telah berjaya dianjurkan di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Menurut Encik Wan lagi,
sambutan yang amat menggalakkan seperti yang ditunjukkan pada pertandingan di Pulau
Pinang menjadi sandaran kepada kejayaan LKIM dalam menganjurkan aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin pada bulan Ogos nanti.
Sementara temubual dengan pegawai dari Jabatan Perikanan kuala Rompin
mendapati, kawalan yang ketat terhadap pengeluaran lesen penangkapan ikan
terutamanya pembekuan pengeluaran lesen pukat tunda kepada nelayan baru di Kuala
Rompin merupakan langkah yang mampu mengawal kegiatan tangkapan terhadap
sumber ikan di Kuala Rompin. Ini kerana ancaman utama kepada sumber ikan di
perairan Kuala Rompin ialah aktiviti penangkapan ikan melalui pukat tunda.
4.2.7 TEMA 7: PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR DAN PERKHIDMATAN BAGI AKTIVITI MEMANCING.
Berdasarkan kepada temubual dan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji di
Kuala Rompin, terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang membantu dalam aktiviti
memancing seperti Perhentian bas dan teksi, kemudahan bank, penginapan, restoran
makanan dan minuman, kedai barangan harian serta kedai menjual peralatan pancing
dan kelengkapan pancing di Kuala Rompin. Menurut respondan pertama, kemudahan-
kemudahan ini sangat penting kerana Kuala Rompin terletak jauh dari pusat bandar.
Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, pemancing tidak perlu
menyediakan pelbagai keperluan sendiri, sebaliknya boleh menyewa kemudahan
(penginapan dan bot sewa) atau membeli keperluan untuk memancing (kedai peralatan
memancing) serta lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh pemancing sepanjang
mereka berada di Kuala Rompin untuk menjalankan aktiviti memancing.
4.2.8 TEMA 8: KEMUDAHSAMPAIAN (ACCESSIBILITY).
Faktor kemudahsampaian atau accessibility menurut respondan pertama sangat
penting bagi memastikan Kuala Rompin dapat dikunjungi dengan mudah melalui jalan
darat udara dan laut. Selain dapat dihubungi melalui pengangkutan darat, laut dan air,
kelonggaran untuk memasuki negara ini kepada pelancong asing atau pemancing
antarabangsa juga menyumbang kepada potensi Kuala Rompin sebagai dentinasi pilihan
untuk menjalankan aktiviti memancing laut dalam.
Menurut respondan kedua faktor politik di Malaysia yang begitu stabil telah
menarik minat para pemancing antarabangsa untuk memasuki Malaysia melalui pintu
masuk seperti Melaka (pemancing Indonesia), Lapangan Antarabangsa Sepang
(pemancing dari seluruh dunia) , Johor (pemancing dari Singapura) , Kelantan
(pemancing dari Thailand) dan pemancing-pemancing tempatan yang menggunakan
pengangkutan sendiri untuk sampai ke Kuala Rompin.
4.3 ANALISIS BERHUBUNG CABARAN TERHADAP POTENSI AKTIVITI
MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
DI KUALA ROMPIN.
4.3.1 TEMA 1: ANCAMAN TERHADAP SUMBER IKAN LAUT DALAM.
Berdasarkan temubual dengan respondan pertama, ancaman cabaran utama
kepada kesinambungan atau kemampanan aktiviti memancing laut dalam di mana-mana
lokasi termasuklah di kuala Rompin ialah kehabisan sumber akibat kerakusan nelayan-
nelayan laut dalam yang menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan.
Menurut respondan pertama, sebanyak 45 peratus ikan untuk sukan memancing
telah pupus akibat penangkapan ikan menggunakan pukat tunda dan jika tidak
dibendung adalah sukar untuk mengadakan atau mengekalkan sumber ikan untuk
dipancing pada masa akan datang. Dakwaan ini juga disokong oleh respondan kedua dan
ketiga yang mengatakan bahawa aktiviti penangkapan ikan yang menggunakna pukat
tunda telah memusnahkan semua jenis hidupan laut termasuk batu karang yang menjadi
habitat untuk ikan mencari makanan dan membiak.
Berdasarkan kenyataan daripada pegawai dari Jabatan Laut yang ditemuduga,
kegiatan bot pukat tunda didapati telah memusnah dan merosakkan terumbu karang
selain itu merosakkan “Unjam” atau tukun-tukun yang telah dibina sebagai kawasan
pembiakan ikan di dasar laut. Penggunaan Pukat Ikan Bilis juga merupakan ancaman
kepada sumber ikan khususnya ikan Layaran di Kuala Rompin kerana ikan bilis adalah
makanan utama ikan layaran dan juga sepsis-spesis ikan laut dalam yang lain. Menurut
respondan pertama, kekurangan sumber makanan kesan daripada kemusnahan “unjam”
dan kawasan karangan menyebabkan migrasi terhadap sumber ikan yang sedia ada di
Kuala Rompin ke kawasan lain seperti Thailand dan Myanmar.
4.3.2 Tema 2: penyediaan keperluan asas bagi aktiviti memancing laut dalam.
Menurut respondan kedua dan ketiga, ketiadaan Ramp iaitu landasan untuk
menaik dan menurunkan di Kuala Rompin juga merupakan cabaran terhadap imej dan
status Kuala Rompin sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti memancing laut dalam.
Kemudaha asas ini dilihat penting memandangkan terdapat pemancing dari luar daerah
Kuala Rompin dan pemancing dari Singapura yang membawa bot mereka sendiri untuk
menjalankan aktiviti memancing. Menurut Encik Chong Mah Sin (respondan keempat),
ramai pemancing persendirian mengadu tentang ketiadaan kemudahan Ramp di Kuala
Rompin.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan sendiri oleh pengkaji, memang tidak
terdapat kemudahan Ramp tersebut walaupun pada pengamatan pengkaji di sepanjang
tebing pantai Kuala Rompin memang boleh dan perlu disediakan kemudahan Ramp
tersebut bagi kemudahan pemancing persendirian yang mungkin bercadang untuk
menggunakan bot mereka sendiri bagi menjalankan aktiviti memancing di perairan kuala
Rompin.
4.3.3 TEMA 3: TIADA BANTUAN DAN INSENTIF PEMBELIAN BOT.
Menurut Encik Choong Mah Sin, sehingga hari ini beliau dan pengusaha-
pengusaha bot sewaaan untuk aktiviti memancing tidak mendapat sebarang bantuan dari
mana-mana isntitusi kewangan dan dan bank untuk membeli atau sekurang-kurangnya
mendapat skim pembelian bot yang menyediakan pelan pembayaran yang membolehkan
operator bot membiayai pembelian bot bagi menambah bilangan atau menaik taraf bot-
bot sedia ada yang mereka miliki. Menurut beliau, antara alasan mengapa permohonan
mereka untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembelian bot tidak mendapat
perhatian pihak bank atau isntitusi-institusi kewangan tempatan ialah faktor insurans
aktiviti yang memancing yang mereka jalankan.
4.3.4 TEMA 4: PENYEDIAAN OPERATOR BOT/KAPTEN TERLATIH.
Menurut respondan pertama, kebanyakan operator bot di Kuala Rompin tidak
mendapat latihan sebagai pengendali atau operator bot bagi aktiviti memancing secara
formal sama ada oleh PeMM atau mana-mana pusat latihan marin yang menjalankan
latihan khusus untuk aktiviti memancing laut dalam. Sebaliknya, mereka menjalankan
operasi hanya berbekalkan pengalaman sendiri sebagai pengendali bot sewa. Ini
disebabkan tiadanya kemudahan atau pusat latihan profesional yang khusus
dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan secara formal bagi menyediakan
operator bot yang berkelayakan dan profesional dalam kerjaya mereka sebagai operator
bot atau pemandu pelancong.
Pendapat ini disokong oleh respondan yang mengatakan bahawa kekurangan
kemahiran dalam mengendalikan aktiviti memancing laut dalam seperti kelemahan
dalam berbahasa asing, pengendalian aspek penyediaan makanan, keselamatan dan ilmu
pengendalian bot semasa aktiviti memancing laut dalam dijalankan merupakan faktor
yang menghalang kepada perkembangan potensi aktiviti memancing laut dalam di Kuala
Rompin.
Respondan pertama memberi contoh bahawa operator bot dari luar negara
mempunyai kemahiran mengendalikan bot yang amat baik dan sangat membantu
pemancing yang menggunakan bot mereka. Mereka dikatakan akan membantu
pelanggan mereka ketika cuba menaikkan ikan layaran yang ditangkap dengan
menggerakkan bot ke kiri, kanan depan atau pun belakang bagi mengurangkan risiko
ikan yang ditangkap akan terlepas. Ini juga membolehkan pemancing menggurangkkan
penggunaan tenaga mereka ketika bertarung untuk menaikkan ikan yang berjaya mereka
tangkap.
Sebaliknya, operator bot di Malaysia termasuk di Kuala Rompin biasanya akan
memberhentikan bot ketika pelanggan mereka bertarung untuk menaikkan ikan yang
mereka tangkap serta membiarkan mereka menaikkan sendiri tanpa memberi bantuan
melalui pengendalian bot sebagaimana yang diamalkan oleh operator bot di luar negara.
Menurut responden kedua, keadaan ini mendedahkan pemancing dengan risiko seperti
terlepas ikan yang ditangkap serta boleh terjatuh kerana faktor kestabilan serta
kehilangan tenaga akibat pertarungan yang panjang semasa mereka menjalankan aktiviti
memancing ikan yang mempunyai daya tarung (fighting spirit) yang tinggi seperti ikan
layaran dan GT.
4.3.5 TEMA 5: TIADA AKTA KHUSUS LARANGAN PENANGKAPAN IKAN
LAYARAN.
Menurut respondan keenam (pegawai dari Jabatan Perikanan) Puan Rokian
Omar, setakat ini belum ada akta khusus yang diperuntukkan untuk mengharamkan
penangkapan terhadap spesis-spesis ikan tertentu di negara ini. Menurut beliau, buat
masa ini ikan layaran yang merupakan spesis ikan yang popular untuk aktiviti “sport
fishing” masih boleh ditangkap untuk tujuan sumber makanan sebagaimana yang
peruntukan dalam akta sedia ada.
Pendapat ini disokong oleh kenyataan oleh respondan pertama yang mengatakan
bahawa PeMM ada mencadangkan draf undang-undang bagi menghalang penangkapan
terhadap spesis ikan berparuh seperti layaran di perairan Malaysia bagi menghalang
kepupusan spesis ini akibat penangkapan oleh nelayan bagi tujuan membuat keropok
ikan.
Walaubagaimanapun, sehingga kini draf undang-undang tersebut masih belum
diperbahaskan untuk kelulusan di peringkat parlimen. Menurut beliau lagi, ketiadaan
undang-undang khusus bagi penangkapan spesis ikan tertentu ini menyukarkan pihak
PeMM ataupun pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mana-
mana nelayan atau individu yang menangkap ikan layaran bagi tujuan komersial
sebagaimana yang berlaku hari ini.
4.3.6 TEMA 6: KELEMAHAN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN
AKTIVITI PENANGKAPAN IKAN DI KUALA ROMPIN.
Menurut respondan pertama, walaupun terdapat peruntukan undang-undang
berhubung pengharaman penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tarik di
kawasan zon larangangan penangkapan ikan dengan peralatan tersebut di perairan di
negara ini, namun aktiviti ini masih terus berlaku. Ini disebabkan kelonggaran dalam
aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi kerajaan
yang terlibat seperti Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan.
Kenyataan ini diakui sendiri oleh respondan keenam yang mendakwa bahawa
sejak penubuhan Angkatan Pengguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang
mengambilalih tanggungjawab untuk memantau semua aktiviti berkaitan marin
termasuklah penangkapan ikan di perairan Malaysia khususnya di Kuala Rompin,
aktiviti pemantau amat longgar dan kurang dijalanakan berbanding sebelum ini. Jika
sebelum ini ini aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan amat berkesan kerana berada
dibawah tanggungjawab Jabatan Perikanan Kuala Rompin yang lebih fokus dan sering
menjalankan operasi pemantauan dan pengguatkuasaan terhadap aktiviti nelayan di
Kuala Rompin.
Selain itu menurut respondan keenam juga, tindakan menyerahkan
tanggungjawab menjaga perairan serta penguatkuasaan aktiviti di perairan kepada
APMM telah menyebabkan Jabatan Perikanan kehilangan staf dan bot untuk
menjalankan operasi pemantauan dan penguatkuasaan kerana telah diserahkan kepada
APMM.
Tindakan ini telah membataskan usaha Jabatan Perikanan Kuala Rompin dalam
menjalankan rondaan dan pemantauan terhadap aktiviti penangkapan ikan secara haram
atau penggunaan peralatan penangkapan ikan yang dilarang di zon-zon tertentu
sebagaimana yang telah ditetapkan kepada nelayan-nelayan laut dalam.
Rajah 4.1: Tema Penemuan Berhubung Potensi Aktiviti Memancing Laut Dalam
Sebagai Tarikan Pelancongan di Kuala Rompin.
TEMA 1 TEMA 2
TEMA 3
TEMA 5
TEMA 7
bekalan sumber ikan laut dalam yang banyak
perkhidmatan operator bot
(Sumber: Olahan Pengka
aktiviti pertandingan memancing
TEMA 4
TEMA 6
TEMA 8
fungsi media
penyediaan infrastruktur danperkhidmatan bagi aktiviti
memancing
peranan persatuan memancing malaysia
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAMSEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA
ROMPIN
peranan agensi–agensi kerajaan
kemudahsampaian (accessibility)
ji, 2007)
Rajah 4.2: Tema Penemuan Berhubung Cabaran Aktiviti Memancing Laut Dalam
Sebagai Tarikan Pelancongan Di Kuala Rompin.
sumber ikan laut dalam
CABARAN TERHADAP POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA
TEMA 1 TEMA 2
ancaman terhadap penyediaan keperluan asas bagi
aktiviti memancing laut dalam
TEMA 3 TEMA 4
penyediaan operator bot/kapten terlatih
promosi
TEMA 5 TEMA 6
tiada akta khusus larangan penangkapan
ikan layaran
kelemahan penguatkuasaan
dan pemantauan aktiviti
penangkapan ikan
(Sumber: Olahan Pengkaji, 2007)
VtwtÇztÇ WtÇ ^xá|ÅÑâÄtÇ
Bab 5
BAB V
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN
Aktivti memancing laut dalam seperti sukan memancing perlu dibangunkan
sebagai produk pelancongan yang penting kepada Malaysia secara keseluruhan.banyak
isu-isu yang memerlukan penyelesaian seperi kekurangan infrastruktur, kualiti operator
bot, pemberi perkhidmatan yang lain, maklumat, pemasaran dan sebagainya perlu
ditangani dengan baik dan berkhemah.
Mekanisma perlu dirancang dengan teliti, tersusun dan dilaksanakan. Ianya juga
perlu diuruskan secara profesional. Candangan-cadangan yang dikemukakan adalah
berdasarkan penilaian daripada analisis maklumat, pendapat respondan berhubung
permasalahan yang wujud di Kuala Rompin serta lain-lain aspek yang berkaitan dengan
memancing laut dalam selain pemerhatian dan pendapat sendiri tentang keperluan-
keperluan atau cadangan-cadangan bagi memampankan industri memancing laut dalam
di Kuala Rompin khasnya dan di Malaysia amnya.
Bagi memastikan aktiviti memancing laut dalam berpotensi dijadikan sebagai
tarikan pelancongan di Kuala Rompin berikut merupakan cadangan yang perlu
dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
5.2 CADANGAN-CADANGAN
5.2.1 MEMBANGUNKAN OPERASI AKTIVITI MEMANCING LAUT
DALAM DI KUALA ROMPIN.
Menurut respondan pertama, pembangunan operasi aktiviti memancing laut
dalam boleh dilakukan dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut iaitu:
I. Menubuhkan Akademi Sukan Memancing Atau Pusat Latihan.
• Akedemi ini akan menyediakan latihan kepada seseorang yang akhirnya dapat
menjadi seorang pemberi khidmat dalam industri sukan memancing dengan
berkesan. Antara latihan-latihan yang berkaitan ialah seperti berikut:
a) Latihan kemahiran pelayaran.
b) Kemahiran mengendali bot.
c) Kemahiran teknikal menyelenggara enjin dan bot.
d) Kemahiran memancing dan mengendalikan peralatan memancing.
e) Kemahiran menyediakan makanan.
f) Kemahiran asas dalam pertolongan cemas.
g) Kemahiran berkomunikasi dan perhubungan awam.
h) Kemahiran asas aktiviti memancing dan jenis-jenisnya.
i) Kemahiran tetang spesis ikan dan gelagat ikan di kawasan mereka.
j) Pengetahuan tentang persekitaran dan pemeliharaan.
k) Pengetahuan tentang aspek keselamatan
l) Pengetahuan dalam aspek perundangan dan peraturan.
ii. Menubuhkan Syarikat Pemberi Khidmat Utama Untuk Aktiviti Memancing
Laut Dalam.
Menubuhkan syarikat yang dilengkapi dengan kemudahan bagi menyediakan
perkhidmatan yang professional kepada para pemancing di Kuala Rompin khususnya
bagi membina reputasi terntang kualiti aktiviti memancing di negara ini.
Pengurusan syarikat pula mestilah diserahkan kepada mereka yang mempunyai
pengetahuan tentang industri memancing laut dalam dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya bagi memastikan operasi syarikat berjalan lancar dan tiada pengaruh politik
yang boleh memberi kesan terhadap keberkesanan operasi syarikat.
5.2.2 MEMBANGUN PELAN PENGURUSAN DI KAWASAN PERIKANAN.
Pelan pengurusan kawasan perikanan amat penting bagi memastikan usaha untuk
memudahkan aktiviti memancing dijalankan selain mengawal habitat ikan daripada
musnah atau pupus. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam membangun
pelan pengurusan kawasan perikanan ini ialah:
i. Mengenalpasti Kawasan Ikan (Lubuk Ikas) Mengikut Spesis.
Untuk tujuan ini, satu inventori terhadap “lubuk ikan” yang popular berdasarkan
spesisi ikan perlu dikenalpasti bagi memudahkan pemandu pemancing membawa
pelangan mereka ke kawasan yang betul mengikut kehendak atau jenis aktiviti
memancing yang mereka ingin jalankan. Inventori ini juga penting bagi mengenalpasti
peralatan memancing yang tepat bagi membantu pengurusan ikan di kawasan tersebut
secara keseluruha.
ii. Mengenalpasti Jenis Aktiviti Memancing.
Adalah perlu mengenalpasti pelbagai bentuk aktiviti memancing yang khusus.
Maklumat ini perlu disediakan bagi memudahkan pemancing bersedia dalam semua
aspek untuk mengelakkan kekecewaan mereka kerana jangkaan yang tinggi terhada hasil
atau pengalaman yang akna mereka perolehi dalam aktiviti memancing tersebut.
iii. Kajian Terhadap Ikan Bermusim.
Kajian harus dilakukan bagi membuat carta tentang beberapa spesis yang hanya
ditemui atau muncul pada musim-musim tertentu sahaja di kawasan yang
berkenaan.maklumat ini sangat penting kerana ia memberi impak yang baik terhadap
kepuasan para pemancing yang memburu spesis tersebut.
iv. Menjaga Dan Memelihara Kawasan Pemakanan Dan Pembiakan Ikan
Menerusi Peruntukan Undang-Undang.
Bagi memampankan industri memancing laut dalam ini, kawasan pembiakan dan
sumber pemakanan ikan perlu dijaga dan dipelihara bagi memastikan bekalan ikan di
perairan dapat menamun permintaan terhadap aktiviti memancing laut dalam.
Bagi tujuan ini perlu diwujudkan undang-undang larangan tangkapan ikan
layaran untuk sebarang tujuan kecuali untuk pertandingan yang mempraktikkan konsep
Tangkap dan Lepas sahaja.
v. Penetapan Zon Ekslusif Memancing Di Kawasan Tertentu.
Zon memancing adalah zon larangan bagi aktiviti penangkapan ikan dengan
menggunakan sebarang jenis pukat.
Hanya aktiviti penangkapan ikan dengan teknik pancing (joran dan tali) sahaja
dibenarkan di zon sukan memancing ini.
vi. Garis Panduan Memancing
Satu set garis panduan yang disahkan oleh undang-undang perlu disediakan
sebagai langkah kerajaan untuk mengawal dan menguatkuasakan kawalan dan peraturan
terhadap aktiviti memancing laut dalam di kalangan pemancing .
5.2.3 PROMOSI DAN PEMASARAN
Bagi memastikan aktiviti memancing laut dalam di Kuala Rompin dapat
diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan tempatan secara meluas dan berterusan,
usaha promosi dan pemasaran perlu dilaksanakan secara bersepadu. Antara strategi-
strategi yang perlu dilaksanakan melalui promosi dan pemasaran ini ialah:
i. Strategi Pemasaran.
Adalah perlu untuk membangun dan melaksanakan strategi pemasaran yang tepat
bagi mempromosikan peluang-peluang aktiviti memancing laut dalam di
Malaysia.Antara kaedah yang boleh digunakan ialah:
a) Bahan promosi bercetak seperti pamplet, leaflet dan lain-lain.
b) Pengkilanan menerusi media elektronik seperti TV, video, Cakera Padat (CD),
dan sebagainya.
c) Penggunaan Laman Web.
d) Mengadakan Road shows di peringkat tempatan dan antarabangsa.
e) Promosi melalui media khusus seperti majalah pancing tempatan dan
antarabangsa, laman web dan lain-lain.
ii. Membuat Pakej Pelancongan Dan Promosi .
a) Membuat pakej fly- fish melalui perkhidmatan penerbangan Malaysia.
b) Menganjurkan pertandingan memancing laut dalam di peringakat tempatan dan
antarabangsa secara kerap selain RPBIC dan GP Joran yang sedia ada.
c) Membawa masuk operator pelancong dari luar negara yang terlibat dalam aktiviti
memancing.
d) Memperkenalkan Kuala Rompin sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti
memancing layaran.
e) Mempromosikan RPIBC dalam pakej pelancongan mereka.
iii. Penerbitan Dan Penulisan.
Samada berbayar atau tidak, penulisan dan penerbitan tentang aktiviti
memancing laut dalam di Kuala Rompin perlu dilakukan secara berulang dalam majalah
memancing antarabangsa.
Ia juga boleh dilakukan dengan membawa wakil majalah memancing dari
seluruh dunia bagi membuat penulisan atau menyediakan bahan yang boleh dimuatkan
dalam majalah memancing mereka.
iv. Pangkalan Data Melalui Laman Web
Membina pangkalan data yang menyediakan maklumat seperti berikut:
a) Perkhidmatan aktiviti memancing yang ditawarkan Kuala Rompin
dan kawasan lain.
b) “Lubuk ikan” Kuala Rompin dan kawasan lain.
c) Musim memancing di Kuala Rompin dan kawasan lain.
d) Jenis aktiviti memancing Kuala Rompin dan kawasan lain.
e) Jenis-jenis ikan Kuala Rompin dan kawasan lain.
f) Maklumat perjalan
g) Peralatan yang disediakan
h) Panduan daa sistem perudangan
i) Keselamatan
j) Senarai Pemandu Perjalanan (Aktiviti memancing)
k) Kos dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
Maklumat ini perlu disediakan dalam laman web dan sentiasa dikemaskini selain
mudah untuk dicapai oleh pemancing dari dalam dan luar negara. Pangkalan data ini
juga perlulah disediakan dalam pelbagai bahasa utama dunia.
5.2.4 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR.
Kemudahan infrastruktur adalah perlu bagi memebri kemudahan dan keselesaan
kepada pemancing-pemancing yang berkunjung di Kuala Rompin untuk menjalankan
aktiviti memancing. Antara jenis-jenis kemudahan infrastruktur yang perlu dibina ialah:
Membina jeti baru bagi mengantikan jeti yang telah usang. Berdasarkan tinjauan
pengkaji, jeti nelayan yang sedia ada tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk
menempatkan bot-bot sewaan bagi aktiviti memancing laut dalam di Kuala Rompin. Ini
kerana keadaan yang terlalu uzur itu boleh mengundang bahaya kepada pemancing dan
sesiapa yang menggunakannya.
Menyediakan kemudahan Ramp. Melalui pembinaan ramp di kawasan-kawasan
tertentu di Kuala Rompin, pemancing persendirian boleh menggunakan kemudahan ini
sekiranya mereka bercadang untuk membawa bot meraka sendiri. Kemudah ramp ini
penting bagi mengelakkan bot rosak apabila diturunkan selain mengurangkan risiko
keselamatan kepada pemancing yang menurunkan bot mereka.
Menyediakan kemudahan tandas-tandas awam di kawasan jeti dan pekan Kuala
Rompin. Melalui pemerhatian pengkaji, tandas-tandas awam perlu disediakan khususnya
di kawasan jeti di mana bot-bot sewaan ditempatkan.
Menyediakan kemudahan tong sampah di kawasan jeti. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji, tidak terdapat kemudahan tong-tong sampah disediakan di kawasan jeti.
Penyediaan tong sampah ini amat penting bagi mengekalkan kebersihan di kawasan jeti
selaian memudahkan pemancing membuang sampah apabila mereka kembali daripada
aktiviti memancing
5.2.5 KEMUDAHAN PINJAMAN PEMBELIAN BOT
Pihak bank dan institusi kewangan harus menyediakan skim khas bagi
memudahkan operator bot membuat pinjaman tampa melalui prosedur ketat dan tidak
munasahab.
Melalui kemudahan pinjaman atau skim khas ini, operator bot yang baru akan
dapat beroperasi sementara operator bot yang sedia ada boleh membeli bot yang baru
selain dapat meningkatkan teknologi bot yang sedia ada bagi memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan mereka.
5.2.6 Menubuhkan Muzium Sukan Memancing di Kuala Rompin.
• Memaparkan perlbagai maklumat tentang spesis ikan yang ada di Malaysia.
• Boleh dijadikan sebagai pusat interpretasi kepada pelawat dalam dan luar negara
tentang koleksi ikan serta maklumat-maklumat yang bermakna tentang ikan
marin di Kuala Rompin dan perairan malysia secara umumnya.
• Hasil daripada pendapatan jualan tiket boleh digunakan untuk tujuan
pembangunan, kempen pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar serta pelbagai
aktiviti yang mendatangkan faedah kepada industri memancing laut dalam di
Kuala Rompin. dan negara.
5.3 KESIMPULAN
Potensi aktiviti memancing laut dalam sebagai satu produk tarikan pelancongan
khususnya di Kuala Rompin memang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan sumber ikan
yang pelbagai spesis di perairan negara termasuk Kuala Rompin, aktiviti mamancing
laut dalam sama ada untuk rekreasi atau sukan akan terus berkembang di Kuala Rompin
khususnya dan di Malaysia amnya. Walau bagaimanapun, untuk memastikan industri
memancing laut dalam ini kekal dan mampan, usaha keras dan berterusan perlu diambil
oleh kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat swasta, pemancing dan masyarakat secara
keseluruhan harus bergerak bersama-sama.
Pemain utama dalam industri ini iaitu PeMM, Tourism Malaysia , Jabatan
Perikanan, Jabatan Laut, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan lain-lain dilihat mampu
memberi impak yang besar terhadap meningkatkan potensi aktiviti memancing laut
dalam, bukan sahaja untuk Kuala Rompin tetapi untuk mengembangkan potensi ke
seluruh negara. Jika ini dapat direalisasikan, tidak maustahil industri ini akan memberi
pulangan yang besar kepada seluruh masayarakat di Malaysia kerana telah terbukti
berjaya di negara-negara luar seperti Amerika, Australia, German, Jepun dan lain-lain.
Di harap, kajian yang dilakukan ini akan dapat dimanfaatkan bersama oleh
semua bagi meningkatkan kesedaran, minat, sikap dan persepsi masyarakat terhadap
aktiviti memancing laut dalam pada masa akan datang. Segala cadangan dan langkah-
langkah yang dikemukan perlu diambil serius oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi
membolehkan kajian seumpama ini dapat memberi manfaat kepada industri dan bukan
sebagai teori atau memenuhi keperluan akademik semata-mata.
eâ}â~tÇ WtÇ _tÅÑ|ÜtÇ
RUJUKAN
Senarai Rujukan
Aarlinghaus, R. and Mehner, T. (2004). Testing the reliability and construct validity of a
simple and inexpensive procedure to measure the use value of recreational fishing.
Management and Ecological Note. Fisheries Management and Ecology, 11: 61-64.
Anagnopoulos, N. (Co-ordinator), Papaconsantinou, K., Oikonomou, A., Fragoudes, K.,
Stephanos, K., Markatatos, G., Laliotou, V., Theodorou, J., Congolani, N.,
Belardinelli, A.,Santojanni, A., Colella, S., Donato, F., Penna, R. and Sdogati, C.
(1998). Sport fisheries in eastern Mediterranean (Greece and Italy). Final Report.
Project No. EC/96/018. 234pp.
Appelblad, H. 2001. The Spawning Salmon as a Resource by Recreational Use. The case
of the wild Baltic salmon and conditions for angling in north Swedish rivers.
Doctoral thesis. Gerum 2001:3. Department of Social and Economic Geography,
Umeå University.
Arrow, K., Solow, R., Portney, P., Learner, E., Radner, R. and Schuman, H. (1993).
‘Report of the NOAA Panel on contingent valuation’, Federal Register, vol. 58, p.
4607
Bass Anglers’ Sportsfishing Society. (2004). A review of the recreational and economic
status of bass (Dicentrarchus labrax) in England and Wales and proposal for
revisedmanagement of the UK bass fishery. Report prepared by the B.A.S.S.
Restoration Committee for submission to Defra, the UK Government and the
Devolved Administrations. 65pp.
Bateman, I., Nishikawa, N. and Brouwer, R. (1999). ‘Benefits Transfer in Theory and
Practice: A Review’, Faculty of Environmental Sciences, University of East
Anglia, mimeo.
Brouwer, R and Spannincks, F. (1999). ‘The Validity of Environmental Benefits
Transfer: Further Empirical Testing’. Environmental and Resource Economics, 14:
95-117.
Cantrell, R.N., Garcia, M, Leung, P-S. and Ziemann, D. (2004). Recreational anglers’
willingness to pay for increased catch rates of Pacific threadfin (Polydactylus
sexfilis) in Hawaii, Fisheries Research 68(1-3): 149-158.
Cappell, R. and Lawrence, R. (2005). The motivation, demographics and views of south
west recreational sea anglers and their socio-economic impact on the region. Invest
in Fish South West Report, 118pp.
Che Hamid, A.B (1992). Potensi Perikanan Tasik Chini. Fakulti Perikanan Sains
Samedera. Universiti Pertanian Malaysia. Serdang. Selangor.
Coglan, L. and Pascoe, S. (1999). Separating resource rents from intra-marginal rents in
fisheries economics survey data, Agricultural and Resource Economics Review
28(2): 219-228.
Coll, J., Linde, M., García-Rubies, A., Riera, F. and Grau, A. (2004). Spear fishing in
the Balearic Islands (west central Mediterranean): species affected and catch
evolution during the period 1975-2001. Fisheries Research 70: 97-111.
Crabtree, B., Willis, K, Powe, N., Carman, P., Rowe, D., MacDonald, D. and Usher-
Benwell, Y.(2004). Research into the economic contribution of sea angling. Final
report to UK Department for Environment Food and Rural Affairs, March 2004, 71
pp. plus 7 annexes.
Curtis, J. (2002). Estimating the Demand for Salmon Angling in Ireland. The Economic
and Social Review, Vol. 33, No. 3, Winter, 2002: 319-332.187.
Diogo, H. & Pereira, J. (2002). Spear fishing: does it have impact? Research in S.
Miguel (Azores, Portugal). University of Azores: Ponta Delgada.
Dunn, M. R., Potten, S. D., Whitmarsh, D. (1995). Further economic evaluation of the
bass fishery in England and Wales 1992/93. CEMARE Research Report R30,
CEMARE, University of Portsmouth, UK.
Ramos, H. and Pereira, J. (2003). Report on bluefin tuna (Thunnus thynnus) catches on
sport caught cyprinids in large keepnets. Fisheries Management and Ecology 4:
355-368,
Reed, J.K. (2002). Deep-water Oculina coral reefs of Florida: biology, impacts, and
management. Hydrobiologia 471: 43-55,
Sargent, F.J., Leary, T.J., Crewz, D.W. and Kruer, C.R (1995). Scarring of Florida's
seagrasses: assessment and management options. Florida Marine Research Institute
Technical Reports TR-1. Florida Department of Environmental Protection, St.
Petersburg, FL.
Schroeder, D.M. and Love, M.S. (2002). Recreational fishing and marine fish
populations in California. CalC0FI Report 43: 182-190.
Shepherd, P.C.F. and Boates, J.S. (1999). Effects of a commercial baitworm harvest on
semipalmated sandpipers and their prey in the Bay of Fundy Hemispheric
Shorebird Reserve. Conservation Biology 13: 347-356.
Sluka, R.D. and Sullivan, K.M. (1998). The influence of spear fishing on species
composition and size of groupers on patch reefs in the upper Florida Keys. Fishery
Bulletin 96: 388-392.
Smith, T.D. (2002). A history of fisheries and their science and management. In: Hart,
P., Reynolds, J.(Eds.), Handbook of Fish Biology and Fisheries, vol. II. Blackwell
Science, Oxford, pp. 61-83.
Smith, J.R., Murray, S.N. (2005). The effects of experimental bait collection and
trampling on a Mytilus californianus mussel bed in southern California. Marine
Biology 147: 699-706.
Young, G.C., Wise, B.S. and Ayvazian, S.G. (1999). A tagging study on tailor
(Pomatomus saltatrix) in western Australian waters: their movement, exploitation,
growth and mortality. Marine and Freshwater Research 50: 633-642.
Youngson, A.F., MacLean, J.C. and Fryer, R.J. (2002). Rod catch trends for early
running MSW salmon in Scottish rivers (1952-1997): divergence among stock
components. ICES Journal of marine Science 59: 836-849.
http://ec.europa.eu/fisheries/cfp/research_en.htm
http://mystar.com.my
http://www.billfish.org/new/index.asp
http://www.fishing.net.my
http://www.igfa.org
http://www.jmsonline.net
http://www.pemm.org.my
http://www.bluemarlin3.com http://www.epinions.com
http://www.allcellrentals.com
DAY 12.30 am Departure from Melaka6.30 am Expected arrival at Rompin Jetty7.00 am Breakfast 8.00 am Embark on Chartered Angling Boat1.30 am Lunch on Boat
‘ANGLING SESSION’
5.00 pm Arrival at Rompin Jetty5.30 pm Check in at Lanjut Beach & Golf Resort
DAY 28.00 am Breakfast at Resort
‘LIGHT & EASY’
12.00pm Check OUT & Head back home
7 days after8.00 pm Post Trip Dinner at Seafarer Restaurant