peringkat perkembangan guru

26
TAJUK 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Upload: imi-gorgomstore

Post on 06-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

edu3108

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

TAJUK 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatian (Fuller, 1969) Prihatin Diri : - Apakah pelajar suka saya? - Bolehkah saya mengajar apabila diselia? - Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya. - Apakah BBM saya sesuai dengan murid? Prihatin Terhadap Tugas: - Fokus kpd cara2 memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi kandungan pelajaran - Adakah bahan2 yg digunakan sesuai ? - Adakah masa mencukupi utk menyampaikan isi kandungan ? - Apakah cara yg paling baik utk saya mengajar topik ini ? Peringkat Impak : - Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya? - Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya? - Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) Peringkat novis Peringkat novis lanjutan Peringkat cekap Peringkat mahir Peringkat pakar

Guru Permulaan Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau universiti. Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru. Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi. Fokus isu - Guru baru sering menghadapi masalah - Guru Besar dan guru - Mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar - masalah pembelajaran dan disiplin murid 8

Guru Permulaan Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan - Kurang mahir urus Koku - Kurang mahir urus aktiviti sukan - Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah - Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah - Kurang teori dan amalan latihan - Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber - Kurang kemahiran sosial

Cabaran Guru Permulaan (Novis) - Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative - Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah - Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bilik darjah. - Mula mengaplikasikan kaedah mengajar - Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran - Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru - Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap (Competent) Menjadi guru cekap : - Kecekapan profesionalisme - Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip - Keutuhan peribadi - Kecekapan menggunakan teknologi maklumat Ciri-ciri guru cekap : Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Guru Cekap (Competent) Prinsip Guru Cekap : - Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap - Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh - Berkongsi visi yang sama - Bakti disemai bukti dituai - Penambahbaikan berterusan - Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah - guru perlu proaktif

Guru Mahir (Expert) Terbaik dalam bidang - Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima Menjadi teladan profesionalisme - Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik. - Guru Berintelek - Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date) Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum -

Guru Mahir (Expert) Guru mahir perlulah : - Mahir berkomunikasi - Guru yang mahir berkomunikasi dengan anak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik. - Dapat memberikan motivasi yang berkesan - Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah. - Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam p & p dan tahu kemahiran aplikasi Komputer. Kemahiran guru yang perlu ada : - Kemahiran penyampaian - Kemahiran penilaian - Kemahiran merangsang - Kemahiran pengurusan bilik darjah 8/1/2011 Nordin Tahir 11

Guru Pakar (Master) Definisi Guru Pakar : - Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam p & p. Menyerlahkan diri secara profesionalisme Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah. Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya. 8/

Guru Pakar (Master) Sahsiah guru pakar : - Sahsiah terpuji - Berketrampilan - Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam - Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar - Role model kepada warga pendidikan Pengetahuan guru pakar : - Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran - Menjadi pakar rujuk p & p - Bijak mengurus masa, bahan dan sumber - Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar. Guru Pakar (Master) Hasil kerja : - Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) - Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan. Potensi: - Berwawasan, proaktif, responsif, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara - Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Guru Berkesan (Effective) Amalan pengajaran-pembelajaran guru yang berkesan bermakna pengajaran guru tersebut di anggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak di ajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Pengajaranpembelajaran yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. 8/1/2011 Nordin Tahir 15

Guru Berkesan (Effective) Model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan oleh Carroll (1963, 1989). Mengikut Caroll (1963), pengajaran yang berkesan di pengaruhi oleh lima faktor, iaitu sikap (attitude), kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to understand), ketekunan (perseverance), peluang (opportunity) dan pengajaran yang berkualiti (Quality of instruction). Mengikut Carroll lagi, jika sikap pelajar terhadap pelajaran adalah tinggi, ia mudah untuk memahami pengajaran dan dengan demikian itu pelajar akan tekun belajar dan akhirnya mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran. Begitu juga jika pengajaran guru itu baik maka pelajar akan belajar dengan mudah.

Guru Berkesan (Effective) Slavin (1987, 1994) telah membina model pengajaran berkesan yang baru, yang memberi penekanan hanya kepada faktor pengajaran guru sahaja. Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa (time).

Guru Berkesan (Effective) Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan pelajar. Oleh itu, guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986); menggunakan bahasa yang jelas dan mudah (Land, 1987), penerangannya yang jelas, dan memberi contoh-contoh yang berkaitan (Mayer & Gallini, 1994); penekanan kepada isi-isi penting dan pelajaran itu cuba di kaitkan pula dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lalu dan yang sedia ada (King & Menke, 1992); dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi membantu menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Wearne & Taber, 1991; Kazna 1991). Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru perlu mengadakan penilaian atau peper

Guru Berkesan (Effective) Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.

Guru Berkesan (Effective) Guru juga boleh mengadakan pengajaran secara individu (Slavin, 1989), namun pengajaran secara individu tidak dapat menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar (Hartley, 1977; Horak, 1981). Satu cara pengajaranpembelajaran yang berkesan ialah melalui pembelajaran secara koperatif (cooperative learning group), yang mengumpulkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai, dan pelajar yang cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam kumpulannya. Dengan itu, guru akan dapat mengajar dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran. 8

Guru Berkesan (Effective) Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja- kerja yang di beri oleh guru. Terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin, 1994). Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat Bantu Mengajar (ABM). Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.

Guru Berkesan (Effective) Masa pengajaran-pembelajaran bermaksud masa yang cukup untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru di pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated time) oleh pihak sekolah kepada guruguru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (time on-task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa yang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran. 8

Tutorial Nyatakan kemungkinan aspek-aspek keprihatinan anda sebagai guru dalam tiga tahun pertama pengajaran. Pada pandangan anda apakah faktor penting yang menyokong perkembangan guru pada setiap peringkat? Adakah anda masih menganggap diri anda sebagai pelajar kaedah pengajaran walaupun merupakan guru yang bertauliah? Baca Artikel Beginning elementary teachers developnebt as teachers if Science. Rumuskan dapatan kajian tersebut & bincangkan kefahaman baru yang anda perolehi. Simpan hasil anda dalam portfolio.

Tutorial Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Baca artikel Change Agents. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio. Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang Program KIA2M. Bincangkan bagaimana guru boleh berfungsi sebagai agen perubahan dalam proses melaksanakan program KIA2M tersebut. 8

Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus Sekolah, Edisi Ke-3, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Appleton, K. & Kindt, I. (2002) Beginning elementary teachers development as teachers of science. Journal of Science Teacher Education, 13(1), 43-61. Borich, G.D., & Tombari, M.L. (1997). Educational psychology: A contemporary approach. New York: Longman. Borich, G. D. (1993). Clearly outstanding: Making each day count in your classroom. Boston: Allyn & Bacon

Carroll, J. (1963). A model of school learning. Teacher College Record, 64, 723-73. Carroll J. (1989). The Carroll model: A25 years restrospective and prospective view. Educational Reseacher, 18, 26-31. Eugene, C. et al. (1994). The contribution of classroom observation to school effectiveness research. Dalam E. Reynolds (Ed.), Advances in school effectiveness research and practice (hlm. 133-149). London: Pergamon. Fuller, F. F., Parsons, J. S., & Watkins, J. E. (1974), Concerns of Teachers: Research and Reconceptualization, Paper Presented at The Annual Meeting of The American Education Association, Chicago, IL. Havelock, R. G. (1995), The Change Agents Guide, Edisi ke-2, Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Hiebert, J. et al. (1991). Fourth graders gradual constructions of decimal fractions during instruction using different representation. Elementary School Journal, 97, 301-341. Kallison, (1986). Effect of lesson organization achievement . American Educational Research Journal, 23, 337-347. King, D. & Menke, J. (1992). Providing the instructors note: An effective additional to student notetaking. Educational Psychologist, 20,33-39. Kozma, R. (1991). Learning with media. Review of Educational Research; 1, 179-211 Land, M. L. (1987), Vagueness and clarity. Dalam Dunkin (Ed.), International encyclopedia 8/1/2011 26 of teaching and teacher education. N.Y:Pergamon. Nordin Tahir

Marliave, et al. (1978). Academic learning time and student achievement in the B-C period for West Laboratory. Educational Research and Development, technical Note, V-29. Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob (1993), Guru dan Perguruan, Edisi ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Omardin Ashaari (1998), Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shahril Marzuki (2005), Mengurus Kewangan Sekolah, Kuala Lumpur: PIS Slavin, R. (1987). A theory of school and classroom organization. Eduational Psychologist, 22, 89-108. Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin, (Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun. Stringfield, S (1994). A model of elementary school effect. Dalam R. Reynolds, (Ed.), Advances in school effectiveness research and practice. London: Pergamon. 8