perutusan sambutan hari guru ppdkbb 2014
DESCRIPTION
fgbfghbedfbedrfgbdfbtdgbdfbedfbccbdfcbdfbdcfbdfbdfhbtdghTRANSCRIPT
-
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 oleh
ABD AZIZ BIN SELAIMAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KULIM BANDAR BAHARU
Bismillahir-rahmanir-rahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia-Nya kita dapat meraikan hari yang sangat penting
dan bersejarah kepada seluruh warga pendidik iaitu sambutan hari guru
tahun ini yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi. Sambutan pada setiap 16 Mei merupakan suatu pengiktirafan
dan penghargaan kepada warga pendidik dalam memacu dan memikul
tanggungjawab untuk membangunkan modal insan dalam kita
menempuh milenium yang serba mencabar ini. Kita bersyukur ke hadrat
Illahi kerana dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan mental-
emosi bagi terus mengharungi dunia pendidikan yang dinamik dan segar
dengan pelbagai kreativiti dan inovasi untuk terus mempertajamkan
kekuatan mendidik anak bangsa. Sambutan hari guru tahun ini diharap
dapat meniupkan azam dan semangat kita untuk lebih kuat bekerja
dengan penuh beretika seterusnya menjadi pendidik yang lebih
cemerlang dan gemilang. Ekosistem pendidikan yang terbilang selaras
dengan hasrat dan aspirasi negara yang kita cintai adalah idaman kita
semua.
Saudara dan saudari yang saya hormati,
Tema sambutan hari guru iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi bertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan
-
Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tahun 2013-2025. Untuk maju,
Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan
seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Enam ciri
utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada
peringkat global iaitu mempunyai pengetahuan aras tinggi, kemahiran
berfikir yang mampu mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara
kreatif di luar konteks akademik, menguasai kemahiran dwibahasa,
berkemahiran untuk memimpin, beretika dan mempunyai kerohanian
yang tinggi serta semangat identiti nasional yang kukuh untuk
menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi menetapkan suatu
harapan supaya warga pendidik dapat memberi fokus kepada inisiatif
yang mempunyai impak paling tinggi kepada keberhasilan murid. Oleh itu,
perancangan kerja para guru haruslah berfokuskan kepada inisiatif yang
paling utama dengan meletakkan amalan-amalan berfikir aras tinggi
(KBAT) di bilik darjah serta penggunaan tools pengajaran yang terkini
diperhebat penggunaanya. Ia juga boleh dijadikan Sasaran Kerja
Tahunan yang mesti dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
Dalam hal ini, semua guru dengan pemahaman yang sama meletakkan
keutamaan tentang bagaimana ia boleh dicapai, siapa yang
bertanggungjawab dan sasaran yang mesti diberi keutamaan
menggunakan bajet mengikut keperluan. Saya yakin dan percaya, para
pemimpin sekolah dan guru-guru yang berada di daerah Kulim Bandar
Baharu sudah siapsiaga untuk memainkan peranan penting untuk
melaksanakan tanggungjawab merealisasikan kumpulan anak pelajar
yang kreatif dan inovatif sebagaimana yang direncanakan. Idea dan
inovasi baharu serta pemikiran di luar kotak perlu diperkenalkan kepada
-
murid-murid. Peranan guru amat besar demi keberhasilan murid-murid
kita. Pelaburan yang besar dalam pendidikan ini juga mencerminkan
hasrat kerajaan sentiasa meletakkan pembangunan modal insan sebagai
suatu keutamaan.
Sambutan hari guru ini seharusnya menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan murid-murid untuk maju ke hadapan. Peranan guru pada
hari ini amat mencabar. Dalam usaha membangunkan modal insan murid,
kita mendepani cabaran kebejatan sosial yang tinggi. Oleh itu, murid-
murid harus dilatih mendepani segala cabaran yang mendatang dengan
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
kukuh. Selain itu, semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri dengan
memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama tanpa
mengira etnik, agama atau status sosioekonomi untuk masa depan
negara. Kejayaan kita dalam merealisasikan Dashboard sekolah dan
Dashboard PPDKBB memberi petunjuk kejayaan murid dan guru serta
pengurusan sekolah dalam aspek kualiti pengurusan sekolah,
peningkatan akademik, sahsiah dan pelbagai aktiviti kokurikulum di
semua peringkat sama ada di peringkat daerah, kebangsaan dan
antarabangsa. Ini membuktikan kita boleh berdiri sama tinggi dengan
daerah-daerah pendidikan lain di seluruh negara. Saya yakin melalui
perubahan besar dari segi strategi dan hala tuju dalam Program
Transformasi Daerah (DTP) pendidikan di daerah kita akan dapat
memberi impak kepada lima keberhasilan sistem yang dinyatakan.
Saudara dan saudari yang saya hormati,
Sempena sambutan hari guru ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari
Guru kepada semua warga pendidik di daerah Kulim Bandar Baharu ini.
Semoga semua guru dapat meneruskan tekad dan iltizam tanpa
-
mengenal erti jemu untuk memberikan sumbangan dan khidmat bantu
dengan penuh hormat, sabar dan kasih sayang demi anak bangsa
Malaysia yang tercinta. Saya ingin mengambil kesempatan untuk
menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan
demi kejayaan pendidikan daerah Kulim Bandar Baharu ini. Marilah kita
bersama-sama seia sekata sehati sejiwa untuk terus memberikan
perkhidmatan yang berintegriti, cemerlang, profesional dan amanah
dalam menjalankan tugas sebagai pendidik demi memastikan organisasi
pendidikan terus unggul dan memberi impak kepada negeri Kedah serta
merealisasikan impian kita KBB Top 2 dan Kedah Top 5 menjelang
2015.
Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu