petua batuk

3
Rohailizam Bin Zainal with Waznah Mamat. February 11 · Kuala Lumpur · ANAK BATUK DAN SELSEMA Batuk dan selesema memang penyakit biasa yang kerap menyerang anak- anak kecil. Biasanya kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit ini tanpa mengira masa. Bila dengar sahaja si kecil sudah mula batuk-batuk dan hidung meleleh dengan hingus, ibu dan ayah sudah susah hati. Mulalah terbayang kesukaran untuk menberi anak minum ubat atau lebih teruk perlu mengambil nebulizer di klinik bagi melegakan lendir dan kahak yang tersekat dalam paru-parunya. Bagaimanapun doktor pakar kanak-kanak tidak membenarkan pengambilan sirap ubat batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia bawah dua tahun. Batuk dan selesema yang dialami oleh kanak-kanak sukar untuk sembuh. Biasanya ia mengambil masa yang lama. Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan cara rawatan moden terlalu kerap kerana bimbang kesan sampingan kepada anak mereka. Lepas ini kalau anak anda batuk dan selesema, anda tak perlu risau kerana ada kaedah merawat batuk dan selesema anak tanpa menggunakan ubat. Hanya menggunakan bahan semula jadi yang murah dan mudah diperolehi. Bahkan ia boleh menyembuhkan batuk dan selesema anak dalam masa satu malam selepas mencubanya!

Upload: muhammad-izuddin

Post on 09-Jul-2016

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Petua Batuk

Rohailizam Bin Zainal with Waznah Mamat.February 11 · Kuala Lumpur · 

ANAK BATUK DAN SELSEMA

Batuk dan selesema memang penyakit biasa yang kerap menyerang anak-anak kecil. Biasanya kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit ini tanpa mengira masa.

Bila dengar sahaja si kecil sudah mula batuk-batuk dan hidung meleleh dengan hingus, ibu dan ayah sudah susah hati. Mulalah terbayang kesukaran untuk menberi anak minum ubat atau lebih terukperlu mengambil nebulizer di klinik bagi melegakan lendir dan kahak yang tersekat dalam paru-parunya.

Bagaimanapun doktor pakar kanak-kanak tidak membenarkan pengambilan sirap ubat batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia bawah dua tahun.

Batuk dan selesema yang dialami oleh kanak-kanak sukar untuk sembuh. Biasanya ia mengambil masa yang lama. Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan cara rawatan moden terlalu kerap kerana bimbang kesan sampingan kepada anak mereka.

Lepas ini kalau anak anda batuk dan selesema, anda tak perlu risau kerana ada kaedah merawat batuk dan selesema anak tanpa menggunakan ubat. Hanya menggunakan bahan semula jadi yang murah dan mudah diperolehi.

Bahkan ia boleh menyembuhkan batuk dan selesema anak dalam masa satu malam selepas mencubanya!

Rawatan ini berkesan memulihkan penyakit berkaitan saluran pernafasan pada kanak-kanak disebabkan kesan melegakannya yang sangat luar biasa.

Rawatan ini menggunakan balutan yang diperbuat daripada madu. Kehadiran madu sangat penting dalam cara rawatan ini kerana ia mempunyai aktiviti bio yang tinggi dan membantumenghapuskan mukus/lendir dengan cekap.

Bagi melegakan batuk dan menyembuhkan selesema, rawatan ini berguna untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Page 2: Petua Batuk

Bahan yang diperlukan:

2 sudu besar madu1 sudu kecil minyak sayuran3 - 4 sudu besar tepung1 helai napkin1 Pelekat (Band-Aid) Pembalut luka

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk

gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan

pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam

sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di

rumah.