pkh kump assi
DESCRIPTION
Pendidikan KhasTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang menemui masalah
ketika mereka belajar. Masalah ini tidak memandangkan mereka mempunyai kecacatan tetapi
memerlukan pendidikan yang khas untuk membenarkan mereka belajar dan berkomunikasi
seperti pelajar lain yang biasa. Kanak-kanak yang masalah pembelajaran terdiri daripada
autisma, sindrom down, ADHD, disleksia dan sebagainya. Kejadian mungkin terdiri daripada
pelbagai faktor seperti keturunan, genetik dan faktor ibu yang tidak menjaga kesihatan ketika
mengandung menyebabkan masalah ini berlaku. Kanak-kanak ini memerlukan penggunaan
bahab-bahan khas dan kaedah pengajaran khusus untuk membantu mereka berkomunikasi
dengan orang lain seperti biasa. Terdapat peralatan berasaskan komputer, peralatan
berasaskan elektronik ,penggunaan cetakan besar dan kad imbasan dapat membantu mereka
mengatasi masalah ini.
1.1 CARA BAHAN SOKONGAN ATAU KOMUNIKASI DAPAT MEMBANTU KANAK-
KANAK BERKEPERLUAN KHAS UNTUK
PERALATAN BERASASKAN KOMPUTER DAN ELEKTRONIK
Perkembangan dan penggunaan ICT atau dipanggil sebagai “Teknologi Komunikasi dan
Maklumat” merupakan bahan yang kerap digunakan dalam negara Malaysia. Kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi banyak memudahkan orang ramai pada era moden ini.
Kecanggihan teknologi ini memudahkan orang untuk membuat dan meyiapkan sesuatu. Dalam
bidang pendidikan, teknologi ini juga banyak digunakan ketika ketika guru mengadakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam cabang pendidikan khas, teknologi ini juga banyak
membantu orang ramai tidak kira kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau guru-guru
pendidikan khas ini. Alatan ini digunakan untuk berkomunikasi sebagai penggunaan
terutamanya. Pencubaan teknologi baharu dalam pendidikan khas ini merupakan satu cabaran
dan dapat membawa perubahan yang baik sekiranya teknologi ini digunakan dengan cara yang
betul.
Perkembangan ICT ini juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan dengan
mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan maklumat
dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif dalam
mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua
1
peringkat sekolah termasuklah sekolah Pendidikan Khas. Sokongan daripada pelbagai pihak
juga banyak memainkan peranan penting sejauh mana penerimaan komputer dalam kalangan
guru dan pelajar pendidikan khas. Kemudahan ini membenarkan para pelajar mencuba cara
pembelajaran yang baru.
Peralatan berasaskan komputer dapat mencorak keperibadian pelajar dengan penggunaan
alatan tersebut kerana mereka dapat berkomunikasi ketika mereka tidak mahir dalam
komunikasi lisan. Guru pendidikan khas juga dapat menentukan minat pelajar pelajar terhadap
penggunaan pelajar. Komunikasi dapat dicapai ketika alat tersebut digunakan untuk membantu
mereka berkomunikasi dengan efektif. Kemahiran ICT dapat meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar dan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pendidikan khas
meneroka berdasarkan keupayaan mereka.
Peralatan berasaskan komputer mempunyai pelbagai jenis alatan yang boleh membantu kanak-
kanak bermasalah pembelajaran berkomunikasi dan belajar. Salah satu alatan ialah peralatan
bersuara. Peralatan bersuara ini membantu kanak-kanak tersebut dapat berkomunikasi dengan
orang lain ataupun guru kerana mereka tidah mahir dalam komunikasi lisan maka mereka boleh
berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan peralatan ini dan guru juga dapat lebih
memahami mereka dengan bantuan alatan ini. Penggunaan alat ini memudahkan para guru
semasa manjalankan tugas mereka dengan mendidik mereka. Peralatan bersuara ini boleh
mengeluarkan suara apabila mereka menaip perkataan yang ingin disebut pada skrinnya.
Peralatan ini memudahkan mereka dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kanak-kanak yang mengalami disleksia juga menghadapi masalah bersosial yang
serius. Kanak-kanak disleksia ini mereka tidak aktif semasa dalam kelas ataupun di rumah dan
sentiasa berpasif jika berbanding dengan kanak-kanak lain. Mereka kurang bergaul dengan
orang lain dan membuat hal sendiri kerana memulakan sesuatu perbualan atau komunikasi
agak sukar bagi mereka kerana perlu mengatur ayat dan untuk melahirkan sesuatu perkataan.
Oleh itu, peralatan pengimbas perkataan boleh membantu mereka mengatasi masalah ini.
Mereka boleh mencari perkataan tersebut apabila menemui perkataan yang ingin disebut tetapi
tidak faham. Jadi komunikasi boleh berlaku dengan secara tidak langsung. Peralatan ini dapa
membenarkan mereka mengenal perkataan pada bila-bila masa. Komunikasi guru dengan
murid-murid tersebut juga disenangkan. Mereka dapat memahami pemikiran mereka dan
masalah mereka dengan bantuan peralatan ini. Guru dapat membantu mereka apabila mereka
menemui masalah dan berkomunikasi dengan orang lain.
2
Sesetengah murid-murid bermasalah pembelajaran juga mempunyai masalah fonologi yang
serius. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain dan tidak
dapat bercakap dengan menggunakan perkataan dan sebutan yang tepat dan betul. Secara
tidak langsung komunikasi terbatas dan terhad apabila mereka bercakap dengan orang lain
manakala orang tidak memahami maksud mereka dan interaksi yang dijalankan terhad. Alatan
yang disebut sebagai pengimbas perkataan dapat membantu mereka mengatasi masalah ini
dan mengubah keadaan mereka. Pengimbas perkataan ini membantu mereka dengan
membetulkan perkataan yang disebut dengan fonologinya tanpa membebankan mereka.
Komunikasi dapat dijalankan sekiranya terdapat alat bantuan ini dan kanak-kanak juga dapat
mengatasi masalah fonologi mereka dengan bantuan alatan ini .
Penggunaan komputer juga dapat mengembangkan komunikasi. Komputer memainkan
peranan penting kerana komputer dapat memberi peluang kepada mereka untuk
berkomunikasi. Komputer boleh memasukkan program seperti VOCA untuk menghasilkan
pertuturan. Komputer dapat membantu mereka yang lemah dalam komunikasi. Dengan bantuan
tersebut, kanak-kanak yang terbantut dalam berkomunikasi dengan orang lain akan berkurang.
Mereka juga boleh berkomunikasi dengan orang lain untuk mendapatkan maklumat dan
meluahkan pendapat dan pandangan sendiri. Dengan ini, mereka dapat berkomunikasi dengan
orang lain tanpa berasa kekok dan susah untuk menyatakan sesuatu.
Salah satu peralatan ialah buku elektronik adalah barangan berteknologi tinggi terhadap
pendekatan untuk membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan
sesuatu yang diperlukan mereka hanya perlu menggunakan buku elektronik dengan menyentuh
gambar yang terdapat di skrin, dengan demikian orang lain akan memahami akan apa yang
mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknya apabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada
mereka, penyampai hanya perlu taip perkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya
mereka faham akan apa yang ingin dituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat lihat
bahawa komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan bantuan buku elektronik walaupun
kanak-kanak tersebut mengalami masalah bahasa dan komunikasi.
3
CETAKAN BESAR
Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi semakin mendorong kepada pembaharuan
pelbagai teknologi.Pembaharuan-pembaharuan teknologi ini amat dimanfaatkan dalam proses
pembelajaran.Kemajuan di bidang teknologi pendidikan,mahupun teknologi pembelajaran boleh
membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk memajukan diri mereka. Antaranya, kepada
kanak-kanak yang cacat penglihatan, peralatan-peralatan canggih seperti kanta pembesar,
cetakan besar amat membantu dalam memajukan diri .
Cetakan besar lazimnya digunakan dalam alatan elektronik seperti computer untuk
menghasilkan bahan bacaan yang mempunyai cetakan tulisan yang besar.Cetakan besar
digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran untuk melihat dan
mengetahui perkataan itu dengan cepat.Beberepa penyelidikan di luar Negara menunjukkan
bahawa penggunaan cetakan besar memberi implikasi yang besar kepada murid-murid di
negaranya.Antaranya adalah meningkatkan prestasi sekolah.
Cetakan besar banyak membantu dalam meningkatkan tahap peperiksaan sesebuah sekolah.
Atas tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 oleh Madhavi Jayanthi , Michael Epstein ,
Edward Polloway ,dan William Bursuck daripada 708 pusat pendidikan umum, penggunaan
ujian cetakan besar menerima keputusan yang menggalakkan,terutamanya daripada sekolah
rendah dan menengah( sekolah tinggi). Secara prinsipnya, 401 guru menyatakan bahawa
penggunaan Cetakan Besar adalah sangat berguna kepada pelajar-pelajar mereka untuk
mudah membaca serta memahaminya dengan pantas.
Selain itu, menurut penyelidikan oleh Martha Thurlow , Allison House, Dorene Scott, dan James
Ysseldyke (2000),mereka mendapati bahawa menukar susun atur ujian terutamanya mengenai
penggunaan cetakan besar adalah yang paling banyak digunakan secara universal di Amerika
Syarikat untuk memenuhi keperluan pelajar biasa dan berkeperluan khas.Daripada penyelidikan
yang telah dibuat kita boleh buat kesimpulan bahawa penggunaan cetakan besar memastikan
keberkesanan akademik yang diuji di kalangan bukan pelajar kebolehan visual. Cetakan besar
memanfaatkan pembaca juga dengan membantu mereka mengesan bacaan mereka pada
setiap soalan dan mendapatkan jawapan dengan senang .
4
Menurut Havens (1987),penggunaan cetakan besar di kalangan kanak-kanak menjadi semakin
momentum. The Northland Perpustakaan Koperasi di Alpena, Michigan, melaporkan pada awal
1987 bahawa buku yang menggunakancetakan besar membolehkan kanak-kanak disleksia
untuk membaca dengan jelas dan fasih. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa cetakan
besar adalah bahan yang diperlukan dalam program membaca untuk pelajar dari semua
peringkat umur tidak kira mempunyai kecacatan penglihatan atau tidak. Selain itu, beberapa
perkataan pada satu halaman mengurangkan tahap kebimbangan dalam kalangan
pembaca.Oleh itu, mereka dengan rasa positif " saya boleh lakukan ini!" akan membaca
sesebuah buku dengan seronok dan dengan selesa. Akhirnya, cetakan besar membantu pelajar
mendapat dan membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi berjaya, yakin, dan
pembaca sepanjang hayat .
Cetakan besar membantu kanak-kanak berkeperluan khas seperti tuna lihat yang mengalami
kerabunan yang teruk untuk melihat dan membaca dengan mudah.Ini memberikan kekuatan
dalaman kepada tunalihat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan lebih dan boleh
melanjutkan pelajaran seperti orang biasa.Kanak-kanak tuna lihat seperti ini akan mempunyai
semangat untuk memberi sumbangan kepada keluarga,masyarakat dan Negara seperti yang
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Khas.Selain itu,keinginan mereka untuk belajar seperti
orang biasa akan tercapai dan mereka boleh seperti orang normal tanpa perlu menyusahkan
orang lain.Perkomunikasian antara tuna lihat dengan orang lain juga dapat dilaksanakan
dengan mudah dengan adanya bantuan seperti cetakan besar untuk
membaca,mengetahui ,menganalisis,mengeinterprestasi dan berkomunikasi dengan pihak lain
dengan lebih efektif.
KAD IMBASAN
Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran
dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar.
Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar
mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik
minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan.
Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang
guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis
dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam
5
pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan
dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin
hj. Hussin, 1986)
Penggunaan kad imbasan juga merupakan salah satu alat bantu mengajar (ABM). Kad imbasan
dan kad cantuman adalah yang terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna
di belakangnya.Kad imbasan digunakan untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru
kepada pelajar Kad cantuman pula dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di
atas kad dan kemudian kad itu dipotong Pelajar akan diminta mencantumkan semula keratan-
keratan kad supaya membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki.
Penggunaan kad imbasan di kalangan murid-murid berkeperluan khas membolehkan
rangsangan otak kanak-kanak tersebut meningkat.Kanak-kanak lebih suka akan melihat
gambar untuk berkomunikasi.Oleh itu,kad imbasan akan menarik minat mereka tentang apa
yang hendak diajar oleh guru.Kegunaan gambar juga aka memberi pendedahan kepada kanak-
kanak tersebut akan rupa, saiz dan bentuk sesebuah benda yang diajar.Maka kanak-kanak
akan berfikir apakah yang ingin diajar oleh guru.Keinginan untuk mengetahui akan membuat
kanak-kanak tersebut untuk fokus pada waktu guru mengajar.Hal ini akan menyebabkan
rangsangan otak berlaku dengan lebih baik.Maka,kanak-kanak akan cuba untuk melibatkan diri
dalam situasi di mana mereka akan mencuba untuk berkomunikasi menggunakan
perkataan ,lukisan atau muzik untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka.Lama-
kelamaan mereka akan berani untuk bercakap dengan orang lain serta keyakinan diri
seseorang kanak-kanak berkeperluan khas itu pun akan meningkat.
Hal ini akan menyebabkan mereka untuk meningkatkan tahap pembelajaran mereka serta taraf
hidup mereka.Mereka bolehh meberi sumbangan kepada keluarga,masyarakat dan Negara
tanpa merasa malu.Penggunaan kad imbasan boleh merangsang penggunaan saraf otak dan
merangsang penggunaan motor halus dengan efektif.Kanak-kanak berkeperluan khas ini akan
dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan menunjukkan gambar untuk mengekspresikan
emosi atau benda yang dikehendaki.Penggunaan kad imbasan ini adalah sebuah metodologi
yang sesuai dan baik untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas untu berkomunik
6
1.2 KESIMPULAN
Penggunaan peralatan beasaskan computer,peralatan berasaskan elektronik,cetakan besar
dan kad imbasan memberi kanak-kanak berkeperluan khas untuk berkomunikasi dengan orang
lain dengan senang dan tanpa perlu rasa kekok.Sebagai seorang guru pendidikan khas kita
perlu memdedahkan kanak-kanak ini akan teknologi –teknologi yang boleh membantu mereka
untuk memajukan diri.Barulah kanak-kanak berkeperluan khas ini akan mencuba untuk
berkomunikasi dengan orang biasa dengan lebih mudah dan tidak akan tersisih.
7
2.0 PENGENALAN
Pelajar istimewa yang mengalami hiperaktif dan austisme selalunya lebih cenderung
kepada bidang teknikal seperti komputer, telefon bimbit mahupun kamera. Oleh itu, kita perlu
mengambil inisiaif untuk mengajar mereka membuat latihan menggunakan komputer.
Sementara itu, bagi pelajar sindrom Down, mereka pula perlu diajar melukis atau membuat
contengan bebas atau membuat latihan memegang bola atau alat permainan.
2.1 PERBANDINGAN AKTIVITI SUKAN,PERMAINAN DAN REKREASI
Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi
individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik
dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau
permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah
untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain,
Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang
eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang
yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan.
Masa dan ruang akan dihadkan semasa sesuatu permaianan dijalankan serta ditetapkan
dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur. Justeru, terdapat hasil selepas sesuatu
permainan dijalankan iaitu sama ada menang ataupun kalah. Hal ini bukan sahaja dapat
mencerdaskan minda malah jugda dapat belajar perancangan strategi dan juga dapat mencari
jalan keluar semasa menghadapi perubahan yang tidak dijangka.
Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti yang telah dirancang serta dilakukan untuk
memenuhi masa lapang. Aktiviti ini dijalankan tidak semata-mata bertujuan pertandingan tetapi
untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan . Aktiviti rekreasi
terbahagi kepada 2 jenis iaitu rekreasi dalam rekreasi luar. Dalam aktiviti rekreasi, tidak wujud
peraturan tertentu. Oleh itu, aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan dihentikan pada bila-bila masa
kerana ianya berbentuk sejagat. Aktiviti rekreasi bukan sahaja dapat menenangkan minda
malah ia juga mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran yang kreatif dalam
kalangan masyarakat.
Seterusnya, jika ketiga-tiga aspek tersebut dikaitkan dengan kanak-kanak
8
berkeperluan khas seperti hiperaktif dan autisme, jelaslah terdapat banyak perbezaan
antaranya. Biasanya, aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung
kepada bersifat lebih lasak dan mencabar sekiranya dibandingkan dengan kanak-kanak
autisme. Ini adalah kerana kanak-kanak autisme mempunyai ketidakupayaan untuk
berkomunikasi dengan orang ramau yang akan mengehadkan penggunaan semua deria yang
ada secara sepenuhnya.
Selain itu, aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak hiperaktif dan kanak-kanak
autisme terutamanya permainan juga mempunyai perbezaan dari segi tahap pemikiran yang
diperlukan. Permainan yang dimain oleh kanak-kanak hiperaktif memerlukan daya pemikiran
yang kurang tinggi berbanding dengan kanak-kanak berkeperluan khas autisme. Hal ini
demikian kerana, daya permikiran kanak-kanak autisme adalah lebih bagus din=bandingkan
dengan kanak-kanak hiperaktif. Perbezaan ini wujud sejajar dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak hiperaktif yang lebih kepada bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam
sekelip mata. Contohnya, permainan magic cube yang memerlukan daya pemikiran dan
penggunaan ilmu matematik yang tinggi untuk menyamakan keenam-enam permukaan kub
dengan warna yang sama.
Aktiviti sukan, permainan dan rekreasi juga boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang
mempunyai masalah juga boleh menikmati. Antara aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan oleh
murid berkeperluan khas ialah perkhemahan. Aktiviti ini membolehkan individu berkeperluan
khas mendedahkan diri kepada pengalaman baharu yang menyeronokkan. Aktiviti rekreasi ini
melibatkan penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat
dan objektif pendidikan. Dalam aktiviti perkhemahan, kanak-kanak berkeperluan khas boleh
mempelajari cara-cara membina khemah, menyediakan makanan sendiri serta kemahiran hidup
di dalam hutan.
Sukaneka merupakan aktitviti rekreasi yang boleh membentuk kecerdasan kanak-
kanak berkeperluan khas. Aktiviti ini membolehkan mereka bergiat dengan lebih aktif selain
membentuk fizikal yang kuat dan sihat. Mereka juga akan berasa seronok sepanjang
pelaksanaan aktiviti ini. Sukaneka merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi memenuhi
tunjang perkembangan fizikal dan kesihatan seseorang individu. Umumnya, aktiviti ini dilakukan
oleh kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Pakar tertentu juga
9
menggunakan aktiviti sukaneka untuk berinteraksi dengan kanak-kanak serta membantu
mereka meluahkan perasaan dan emosi selain digunakan untuk mengembangkan kemahiran
motor kasar dan halus serta perkembangan deria kanak-kanak berkeperluan khas.
Aktiviti merentas halangan merupakan aktiviti yang agak mencabar kerana melibatkan
kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal. Dan aktiviti seperti ini lebih sesuai untuk kanak-
kanak hiperaktif. Selain itu, aktiviti ini penting bagi membentuk kecergasan seseorang individu
serta memupuk semangat kerjasama dalam menjalankan aktiviti. Kebiasaanya, aktiviti ini
dijalankan secara latihan individu dan berkumpulan dimana peserta perlu melepasi setiap
halangan yang dibentuk, iaitu sekurang-kurangnya tujuh halangan. Contoh aktiviti halangan
adalah seperti memanjat tembok, bergayut, merangkak di bawah dawai duri, berjalan di atas titi
goyang dan sebagainya.
Terdapat juga aktiviti kecergasan fizikal yang boleh membentuk tubuh badan sihat
kanak-kanak berkeperluan khas. Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan
seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa berasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk
melakukan aktiviti kesenggangan. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan
prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Antara contoh aktiviti
kecergasan fizikal adalah seperti aktiviti senamrobik, merentas halangan dan mendaki gunung .
Aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran motor kasar murid berkeperluan khas.
Aktiviti kembara hutan dapat melatih kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-
kanak hiperaktif untuk mematuhi arahan yang diberi dan membentuk ketahanan diri, fizikal dan
mental. Aktiviti kembara melibatkan aktiviti berjalan atau pergerakan secara individu dan
berkumpulan. Biasanya, aktiviti ini mempunyai matlamat tertentu pada akhir aktiviti. Kanak-
kanak perlu melepasi sesuatu halangan serta mencari sesuatu dengan mengikut arahan yang
telah ditetapkan. Aktiviti ini menekankan konsep aplikasi pengalaman dan pengetahuan serta
kerjasama dalam kumpulan. Contoh aktiviti ini adalah ekspedisi mendaki seperti mendaki bukit
atau gunung dan ekspedisi berbasikal.
Selain aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal, terdapat juga aktiviti yang lebih
bermakna. Sekolah pendidikan khas boleh menjalankan aktiviti malam persembahan atau
malam kebudayaan yang dapat mengembangkan kebolehan murid di samping menonjolkan
10
bakat kanak-kanak berkeperluan khas untuk kanak-kanak autisme. Mereka juga perlu dilatih
agar berani berhadapan dengan orang ramai atau penonton mengikis sikap malu dan
membentuk keyakinan diri. Selain itu, aktiviti membuat kraf tangan juga boleh dijalankan untuk
melengkapkan diri murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran tertentu. Di samping itu,
aktiviti ini akan menjadikan mereka besifat lebih sabar dan teliti dalam melakukan sesuatu kerja.
Untuk menjamin keselamatan dan mendatangkan kesan baik kepada murid, aktiviti
yang dilakukan perlu diubahsuai dengan menyesuaikan masalah yang dialami oleh kanak-
kanak berkeperluan khas dengan aktiviti yang dirancang. Namun, adaptasi dan modifikasi
seharusnya tidak menjejaskan bentuk rekreasi atau permainan dan kesenorokan aktiviti. Kita
mesti mendukung prinsip bahawa adaptasi dan modifikasi hanya dilakukan apabila diperlukan.
Antara adaptasi yang paling penting dalam sesuatu aktiviti ialah modifikasi cara
panduan pengajaraan. Sebagai guru pendidikan khas, kita mesti mengubahsuai peraturan serta
cara penyampaian sesuatu ilmu atau kemahiran. Peraturan yang ditetapkan perlu bersifat boleh
dipatuhi dan mengikut keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Cara penyampaian perlulah
mudah difahami dan disertai dengan contoh cara-cara aktiviti dilakukan. Jika seseorang murid
tidak mempunyai kemampuan untuk menghabiskan sesuatu tugasan, guru boleh
membahagikan tugasan kepada beberapa subtugasan.
Untuk memastikan persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pelaksanaan aktiviti
fizikal, beberapa aspek mesti diperhati dan diubah. Contohnya, untuk murid yang mempunyai
masalah pembelajaran, guru pendidikan khas perlu memastikan tidak ada bunyi yang tidak
berkaitan sepanjang perjalanan aktiviti kerana gangguan bunyi tersebut akan menyebabkan
murid menjadi sukar untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan. Untuk
menarik perhatian murid-murid berkeperluan khas, guru boleh menggunakan alat yang
berloceng atau mempunyai beeper.
Selain itu, peraturan dan borang skor dalam kod braille boleh digunakan untuk
membantu murid yang mengalami masalah penglihatan supaya lebih memahami peraturan.
Penggunaan bendera merah atau putih akan membantu murid yang mempunyai masalah
pendengaran untuk mengetahui masa untuk mula dan henti.
Persekitaran untuk melaksanakan aktiviti fizikal mesti dikaji supaya tidak ada faktor-
11
faktor yang akan menyebabkan kecederaan seperti pecahan kaca yang akan mencederakan
kaki seseorang murid. Seterusnya, penggunaan alatan tajam dalam sesuatu aktiviti juga mesti
diperhatikan. Contohnya, dalam aktiviti kraf tangan, penggunaan gunting mesti diawasi oleh
guru pendidikan khas dan pembantu.
Aktiviti sukan, permainan dan rekreasi yang dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas perlulah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek
supaya dapat memenuhi minat, kehendak dan keupayaan mereka. Di samping itu, dengan
penyertaan kanak-kanak berkeperluan khas dalam aktiviti tersebut, mereka akan memperoleh
pelbagai faedah dalam meneruskan kehidupan serta mampu berdikari dalam kehidupan agar
tidak bergantung kepada orang lain pada kemudian hari.
Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal
kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian
mereka kita dapati bahawa permaianan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti
main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan
main di luar bilik darjah.
2.2 KESIMPULAN
Terdapat banyak aktiviti yang lebih sesuai bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang
terdiri daripada berlainan kecacatan. Guru haruslah sentiasa memberi bimbingan semasa
aktiviti dijalankan oleh kanak-kanak berlainan kecacatan. Guru perlulah lebih prinhatin terhadap
mereka yang tidak mampu menjalankan hidup dengan sendiri. Banyak lagi aktiviti sukan,
permainan dan juga aktiviti rekreasi yang sesuai bagi kanak-kanak hiperaktif dan juga autisme.
Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak biasa tidak bermakna tidak sesuai bagi kanak-kanak
berkeperluan khas. Yang paling penting adalah cara aktiviti tersebut dijalankan dan perlulah
diubahsuai ke arahan yang lebih senang difahami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.
12
3.0 REFLEKSI
Nama: Vijayalechumy Sugumaran
Saya berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus Hidup Berkualiti Untuk Kanak-
kanak Berkeperluan Khas (PKH 1044) yang diedarkan oleh pensyarah kami, Encik Abdul Aziz
Bin Shamsuddin telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.Ketika saya baru
mendapat tugasan ini, bagi saya rasa ia adalah satu bebanan. Walau bagaimanapun, bebanan
ini tidak menghalang saya untuk menjalankan tugasan ini sebaliknya ia menjadi satu
momentum bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dengan adanya
bantuan daripada rakan sekelas yang sangat prihatin.
Pertama sekali, Encik Aziz telah menjelaskan bagaimana cara-cara untuk menjalankan
kerja kursus ini. Contohnya,beliau telah menerangkan soalan yang ditanya dengan
memberitahu contoh –contoh yang releven.Beliau telah menerangkan tentang bahan-bahan
sokongan atau keadah komunikasi yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak
berkeperluan khas untuk berkounikasi. Seterusnya, saya dan rakan-rakan sekumpulan saya
iaitu Nyam dan Sharon membentuk satu kumpulan untuk mencari maklumat di pusat sumber
Institut Pendidikan Perguruan Kampus Ipoh.Kami mencari tentang bahan sokongan yang
disenaraikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas untuk berkomunikasi.Tetapi saya
menghadapi kesulitan ketika hendak mencari maklumat tersebut kerana soalan meminta
bahawa bagaimana bahan sokongan tersebut membantu kanak-kanak berkeperluan khas.
Manakala,saya pula mencari maklumat tentang bahan sokongan tersebut.Saya sememangnya
kurang mahir dalam penulisan.Oleh itu,saya menghadapi kesusahan dalam menulis esei
tersebut.
Akan tetapi masalah ini dapat diatasi dengan adanya bantuan daripada rakan-rakan
saya.Mereka membantu saya dengan menerangkan tentang apakah tersebut bahan sokongan
tersebut serta bagaimana bahan sokongan tersebut membantu kanak-kanak berkeperluan
khas untuk berkomunikasi.Mereka memberikan pendapat mereka dan pendapat –pendapat
mereka membantu saya untuk memperbaiki lagi penulisan saya yang kurang baik.
Disebabkan saya kurang faham tentang soalan yang ditanya saya melayari laman
sesawang dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.Dari segi untuk mendapatkan maklumat, kami telah membuat rujukan dengan dua
cara iaitu mencari maklumat di perpustakaan dan mencari maklumat menerusi laman
13
sesawang. Tidak sukar untuk mendapatkan bahan tetapi agak sukar untuk kami memilih bahan
dan sumber yang paling tepat dan bagus untuk menyelesaikan tugasan ini.
Kami percaya bahawa semakin banyak rujukan yang kami lakukan,semakin bertambah
ilmu pengetahuan yang kami dapat. Contohnya saya secara peribadinya mendapat tahu
bahawa penggunaan bahan sokongan seperti ini mampu membantu kanak-kanak berkeperluan
khas untuk berkomunikasi dengan lebih mantap.Sebagai guru kita perlu peka akan komunikasi
murid-murid kita supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik.
Di samping itu, kerja kursus ini sebenarnya telah banyak memberi faedah kepada saya
dalam meningkatkan kemahiran saya dalam mencari maklumat, berkomunikasi semasa
perbincangan serta memberi pendedahan awal dalam profesion perguruan. Saya telah dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan saya.
Akhir kata , komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan tugasan yang
telah diamanahkan hendaklah diterapkan dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru
yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi
akan datang kelak. Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian, seorang guru itu harus tabah
dalam meneruskan misi sebagai pendidik anak bangsa. Dalam hal ini, saya telah cuba sedaya
upaya untuk diri saya. Segala halangan dan cabaran yang telah saya tempuhi akan saya
jadikan sebagai iktibar dan pengalaman serta dijadikan sebagai kayu ukur untuk memperbaiki
lagi diri ini. Sekian.
14
Nama : Sharon Ng Jing Min
Sepanjang perjalanan saya menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai rintangan
serta dugaan yang telah saya harungi demi menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan
kepada saya. Antara masalah-masalah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan
tersebut ialah saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Saya mengatasi
masalah tersebut dengan malayari internet serta banyak bertanya kepada rakan-rakan serta
mendapatkan pandangan daripada pensyarah. Selain itu, saya dapat mempelajari bahawa
saya perlu menggandakan usaha dalam mencari maklumat serta perlu mempunyai
kemahiran mengesan isi-isi penting.
Saya juga berhadapan dengan masalah kerana di awal waktu perjalanan tugasan
saya, saya benar-benar memahami tajuk tugasan yang diberikan. Bagi mangatasi masalah
tersebut, saya memperbanyakkan lagi pencarian maklumat serta membaca dengan lebih
mendalam mengenai tajuk-tajuk tugasan. Saya juga mendapatkan tunjuk ajar daripada
pensyarah serta belajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah
tugasan yang diberikan.
Selain itu, saya juga perlu bersikap positif dan bersemangat untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan. Masalah yang paling utama yang saya hadapi ialah kesukaran
untuk mendapatkan tempat mencari maklumat yang strategik yakni mempunyai kemudahan
WiFi serta bahan-bahan rujukan. Sejak akhir-akhir ini, perkhidmatan WiFi sering tergendala.
Ini menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat serta memuat naik
maklumat saya ke dalam blog.
Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah menggunakan masa serta
kesempatan yang sesuai dengan bijak serta mencari alternative untuk perkhidmatan Wifi
iaitu, menyewa Broadband milik rakan saya. Di sebalik masalah yang dihadapi tersebut, ia
melatih saya supaya membuat perancangan awal tentang perkara yang berkaitan dengan
masa dan tempat untuk melaksanakan tugasan.
Di sebalik masalah-masalah yang saya hadapi ini, ia sedikit sebanyak
mematangkan saya serta memberikan pengalaman kepada saya dalam melaksanakan
15
tugasan-tugasan yang diberikan serta dapat saya amalkan kelak dalam alam pekerjaaan
saya sebagai seorang guru.
16
Nama: Nyam Tze Nann
Saya Nyam Tze Nann dari unit P2 berasa syukur dan bangga kerana dapat menyiapkan kerja
kursus dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
Encik Abdul Aziz bin Mahyuddin kerana dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar dan tanpa menemui halangan.
Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak kemahiran
mengenai komunikasi kanak-kanak berpendidikan khas dan inisiatif yang dapat membantu
mereka mempunyai kehidupan seperti manusia biasa. Golongan ini mengalami diskriminasi
daripada masyarakat kerana mereka mempunyai perbezaan daripada orang lain. Oleh itu,
peranan sebagai guru penting dalam membimbing golongan ini ketika dalam proses
mengajaran dan pembelajaran.
Kita harus bersabar dan memberi perhatian kepada mereka sekiranya mereka tidak pandai
berkomunikasi dengan orang lain dan juga harus mengajar mereka cara untuk berkomunikasi
walaupun menggunakan bantuan lain seperti peralatan dan pergerakan badan. Mereka
mempunyai hak sama seperti insan biasa. Oleh itu, pentingnya bagi mereka berinteraksi
dengan orang lain dan mempunyai kawan-kawan dalam kehidupan mereka.
Dalam kerja kursus ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
sekumpulan dengan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah
ditetapkan. Tanpa mereka, saya akan menemui banyak masalah ketika menyiapkan kerja
kursus ini dan mereka banyak mengemukakan cadangan ketikan saya menyiapkan kerja kursus
ini. Dalam tempoh masa ini, hubungan kami telah dieratkan.
Kesimpulannya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini dan berasa gembira kerana
dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditentukan.
17
4.0 Bibliografi
Abbott, C. (2007). Keperluan Pendidikan Khas dan Internet. Wangsa Maju: Percatakan Halim
Sdn. Bhd.
Byers, R. and Rose, R. (2nd ed). 2004. Planning The Curiculum for Pupils With Special
Education Needs. London: David Fulton Publisher.
Heward, W. L. 2006. (ed). Exeptional Children An Introduction To Special Education.
Boston: Prentice Hall.
Iman, N. (2013). MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN
KHAS. Retrieved from http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/masalah-bahasa-dan-
komunikasi-kanak.html
Khairulameera . Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM) .
http://khairulameera.wordpress.com/kemahiran-pemilihan-dan-aplikasi-alat-bantu
-mengajar-abm/
Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Razhiyah, K. A. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn
18
5.0Lampiran
19