slide kump 7
DESCRIPTION
lokomotor dan bukan lokomotorTRANSCRIPT
PSIKOMOTOR DAN
PERGERAKAN (KAF2023)
NAMA AHLI KUMPULAN
Nasimah binti Haji Zainal Abidin (D20082033941)
Ida Azwani binti Mohd Yunus (D20082033942)
Khairani binti Muhamod (D20082033947)
Jumiyati binti Amil (D2008203356)
Faizah binti Md Zain (D20082033965)
Amalina binti Mohamad Saim (D20082033979)
Disediakan untuk : Cik Norly binti Jamil
DEFINISI
Pergerakan yang melibatkan kanak-kanak pergi ke
satu tempat ke tempat yang lain.
Contohnya: berjalan, berlari, melompat dan
sebagainya.
Pergerakan yang dilakukan kanak- kanak itu akan
menyebabkan dia akan berubah kedudukan.
Perlakuan yang memerlukan penyokong atau titik
pusat berubah mengikut pergerakan tertentu.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong
perilaku pergerakan yang dirancang.
KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau
aliran.
Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam
persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan
dalam persembahan itu.
Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam
gerakan lokomotor yang melibatkan:
Arah (tinggi, sederhana, rendah)
Aliran (awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag)
Beban (halus-ringan, berat-kuat)
Masa (cepat, lambat)
CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR
BERJALAN
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas.
Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan danmekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang ituberjalan dengan gaya yang betul.
Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasiruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satukaki ke kaki yang lain.
Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijakyang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripadarebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dandalam keadaan yang lega.
BERLARI
ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi
lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan
meninggi dapat dicapai.
Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan
kemudian kaki dihulur untuk memcecah tempat
berpijak.
Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah
setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk
bergerak maju.
MELOMPAT
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat
badan ke udara daripada tempat berpijak dengan
tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua
belah kaki.
Badan berada di udara buat seketika, kemudian
turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki.
Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak
hadapan atau ketinggian lompatan.
SKIP
Skip adalah gabungan berjalan dan melompat
ketinggian.
Melangkah dengan sebelah kaki, kemudian
ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang
pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi.
Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang
bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu
bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat
badan pada setiap pertukaran langkah.
GALOP (BERLARI SEPERTI KUDA)
Cara-cara
- Satu kaki bergerak kehadapan dan berat badan dipindah
padanya. Kaki belakang digerakkan kehadapan
dibelakang tumit kaki hadapan.
- Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki
diangkat kehadapan dan berat badan diletakkan pada
kaki belakang (kaki hadapan sentiasa dihadapan)
- Menolak dan mendarat-menolak dengan bebola kaki
belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan.
- Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan
semasa pergerakan dilakukan
HOP (MELOMPAT DENGAN SEBELAH KAKI)
Cara-cara:
- Mata melihat ke hadapan, berdiri dengan betul dan
kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi
badan.
- Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut
dibengkokkan kebelakang.
- Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan
bergerak ke hadapan.
SLIDE (BERJALAN DI ARAH TEPI)
Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan
kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan
arah tepi (kiri atau kanan).
Badan dibengkokkan samada mengikut bahu
kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan.
Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan
mengembangkan koordinasi mata dan kaki.
LEAP (BERLARI SAMBIL MELONJAK)
o Hampir serupa dengan berlari.
o Cuma ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih
kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
o Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan kemudian kaki dihulur
untuk memecah tempat berpijak.
o Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil
kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.
o Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas
satu kaki yang lain.
o Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa
langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.
DEFINISI
Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan
dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan
penyokong atau titik pusat pelaku.
Keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan
tanpa beralih tempat.
KONSEP PERGERAKKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi
penekanan kepada keseimbangan.
Membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk
badan yang menarik dan badan seharusnya berada
dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang.
Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan
kurang tekanan.
CONTOH-CONTOH PERGERAKKAN BUKAN
LOKOMOTOR
Memutar gelung di tangan
Menampar bola ke pasangan
Imbangan Y
Meregang dan mengendur
Melambung bola
Twist
Menarik
Imbangan satu tapak
Twist
- Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri
secara statik. (video)
Imbangan Y
- Kaki berdiri statik sambil kedua belah tangan
membuat bentuk Y.(aksi)
Menarik
- Kanak-kanak menarik tangan pasangan sambil
berdiri statik. (aksi)
Meregang dan mengendur
- mengecilkan atau merapatkan badan dalam
keadaan mencangkung, kemudian meregang
seperti melompat bintang.(aksi)
-tegak sambil bola
diangkat tegak diatas
kepala.
berdiri setempat, tangan
kanan memegang bola dan
tangan kiri mencapai kaki
kiri dan imbangan satu
tapak sokongan dilakukan.
Imbangan satu tapak
Memutar gelung di tangan
- Putarkan gelung dengan menggunakan sebelah
tangan dalam keadaan berdiri statik.
Melambung bola
- Melambung bola sesuka
hati sama ada pada arah
belakang,depan,kiri atau
kanan dalam keadaan
berdiri statik.
Menampar belon ke
pasangan
- Menampar belon secara
bergilir-gilir dengan
pasangan