pnp cakera.doc
TRANSCRIPT
PERSEDIAAN MENGAJAR OLAHRAGA ACARA PADANG
PERSEDIAAN MENGAJAR OLAHRAGA ACARA PADANG
Tajuk/kemahiran : Lempar Cakera
Tarikh : 3 Oktober 2006
Masa : 8.00 11.00 pagi
Bil. Pelajar : 34 orang
Alatan : 1. Caker
2. Skitle
Objektif : Semasa dan selepas sesi latihan ini diharap agar pelajar dapat:
Psikomotor
1. Melakukan balingan dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan teknik yang betul.
Kogniti
1. Memahami dan melakukan asas pemindahan daya semasa melakukan aktiviti melempar cakera.Afektif
1. Memupuk nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama serta kepimpinan, disamping mementingkan aspek keselamatan.FASA/ MASA AKTIVITIBUTIRAN MENGAJARPENGELOLAAN/ ORGANISASIALATANCATATAN
1. MEMANASKAN BADAN
2.ANSUR MAJU PERTAMA
3.ANSUR MAJU KEDUA
4.ANSUR MAJU KETIGA.
5.ANSUR MAJU KEEMPAT.
6.PENUTUP
GERAK LENTUR
COOLING DOWN
1.1Membuat pemanasan dan regangan
Mula dari otot-otot leher hingga ke otot-otot kaki
1.2Regangan
khusus untuk acara lempar cakera.
2.1 Lambung rendah dengan memutar cakera
2.2 Menggolek cakera
2.3 Lontar kehadapan
3.0 Balingan sisi
3.1 Kedudukan membelakang arah balingan
3.2Fasa lemparan
5.1Fasa hayunan swing dan fasa berpusing turning.
5.2Fasa lajakan.
Membuat kelonggaran
cooling down
a) Sendi leher
b) Bahagian tangan
c) Bahagian sendi pinggang
d) Bahagian sendi lutut dan kaki
Guru membuat warm-up yang menjurus kepada aktiviti regangan khusus untuk lempar cakera.
Cakera dilambung ke atas dengan memutar cakera dengan hujung jari.
Pegang cakera dengan permukaan tapak tangan melindungi dan menyentuh plet loyang yang berada di tengah cakera, kemudian putar ke arah atas dengan menggunakan jari-jari.
Memegang cakera dan menggolekkannya kearah pasangan yang berada dihadapan.
Cakera harus bergolek kehadapan yang dilepaskan daripada jari telunjuk dengan tarikan.
Badan menghadap
kearah balingan dengan
kaki dibuka seluas bahu.
Cakera dihayun ke aras bahu dan dilempar ke hadapan dengan luncuran menaik.
Semasa membuat hayunan atau lemparan lutut perlu dibengkokkan sedikit.
Badan menghadap ke arah sisi kawasan balingan.
Skitle dihayun ke arah bahu dan dilempar ke hadapan.
Kedudukan badan menghadap ke belakang arah balingan.
Skitle dihayun keparas bahu, kaki dibengkokkan.
Berdiri dengan gaya menghalakan bahu kiri (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat.
kedudukan kaki kiri dihadapan sedikit dari kaki kanan.( bergantung kepada kaki dominan) .
Semasa hayunan ke belakang, badan direndahkan sedikit dengan membengkokkan lutut.
Cakera dilempar dengan kuat ke hadapan dengan tangan yang lurus.
Sudut lemparan atau pelepasan cakera adalah 30- 35.
.
Mata memerhatikan pergerakan cakera.
Setelah berpuas hati dengan kedudukan berdiri pada tempat permulaan, peserta akan memulakan hayunan cakera sebagai persediaan untuk memusingkan badan.
.Pusingan badan bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang memindahkan berat badan ke kaki hadapan dan kaki belakang diubah kepada posisi baru mengikut pergerakan pusingan badan.
Pelajar harus memusingkan badan dengan pantas dan lurus ke depan.
Cakera dilepaskan selepas menamatkan 1 pusingan.Teknik pelepasan cakera adalah hampir sama dengan teknik berdiri tetap.
Kedua-dua belah kaki lurus selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera.
Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunannya sampai ke aras bahu.
:
Badan pelajar akan terlonjak ke hadapan sehingga berdiri di atas kaki kanan semula secara menjengket selepas lontaran.
Pelajar hendaklah dalam keadaan terkawal dan tidak terus terlajak sehingga memijak garisan bulatan atau terkeluar daripada bulatan.
.Pandangan pelajar hendaklah pada penerbangan cakera
Kepala digerakkan ke kiri dan ke kanan, kemudian tunduk dan dongak ke atas.
Tangan diangkat ke atas, depan, ke sisi kiri dan kanan sehingga menimbulkan kesan rasa pada otot biceps dan triceps.
Pinggang dibengkokkan kea rah hadapan, sisi, kanan dan sisi dalaman.
Lutut diangkat mencecah dada
Tapak kaki buat pergerakan eversi, fleksi,dan ekstensi ke depan dan belakang
Tarik nafas kemudian hembus. (Buat sebanyak tiga kali)G
X X X X X
X X X X
X X X
X X
G : Guru
X : Pelajar
X X X X
X X X X
X X X X G
X X X X
X X X X
X X X X - Mula
G : Guru
X : Pelajar
G
X X X X X X
X X X X X X
X X X X X X
G : Guru
X : PelajarCakera
Cakera
Cakera
Cakera
Cakera
Cakera
Cakera
Cakera
Cakera
Cakera Warm up berpusatkan kepada pelajar.
Berpasangan
Pelajar diarah membuat barisan.
Pelajar diarah membuat barisan.
Pelajar dikehendaki membuat lemparan.
Pelajar tidak dibenarkan mengambil cekera sebelum semua selesai membuat balingan.
Aspek keselamatandiutamakan.
Guru memerhatikan setiap teknik dan lakuan peiajar serta membetulkan kesalahan.
Aspek keselamatan mesti diutamakan.
Lemparan dilakukan mengikut giliran.
Pelajar lain memerhati balingan yang dilakukan.
Organisasi pelajar adalah sama seperti teknik berdiri tetap.
Setelah semua teknik selesai dipelajari, aktiviti lemparan seterusnya dilakukan.
Semua pelajar dikehendaki melakukannya dan guru membetulkan teknik lakuan yang salah.
Aktiviti
cooling down dan memastikan semua pelajar melakukan aktiviti ini.
Aktiviti dilakukan secara berpasangan.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
(QSS 1121)
TAJUK
LEMPAR CAKERADISEDIAKAN OLEH
MOHD SHAHRUL NIZAL B. MAAT RIPIN D20052024587
WAN MOHD HAIRULZAIM B. WAN HUSSIN D20052024589
NORAZWARUDIN BIN ABD. RAHMAN D20052024598
MUHAMMAD ZULKARNAIN B. SALLEH D20052024593
DISEDIAKAN UNTUK
EN. JEFFREY LOW FOK LEE