porposal kajian tindakan

33
1.0 Pendahuluan Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang topik, hasil refleksi dan nilai pendidikan yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Bahagian ini terdiri daripada pengenalan tentang kajian yang dijalankan, refleksi kajian berkenaan pengalaman dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Masalah Pembelajaran dan refleksi nilai pendidikan. 1.1 Pengenalan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dengan bantuan gambar menggunakan teknik variasi Jadual SALAK. Seorang murid telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Ujian diagnostik, ujian pra dan analisis dokumen telah dijalankan sebagai tinjauan awal semasa pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil tinjauan awal mendapati sampel pelajar menghadapi masalah membina ayat mudah. Justeru itu, teknik variasi Jadual SALAK digunakan dalam kajian ini untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut. Variasi Jadual SALAK mengandungi lima lajur iaitu lajur ‘ Siapa’, Aktiviti’, ‘Lokasi’, ‘Alat’ dan ‘Keterangan’.

Upload: ezzani82

Post on 28-Sep-2015

352 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

PAGE

1.0 Pendahuluan

Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang topik, hasil refleksi dan nilai pendidikan yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Bahagian ini terdiri daripada pengenalan tentang kajian yang dijalankan, refleksi kajian berkenaan pengalaman dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Masalah Pembelajaran dan refleksi nilai pendidikan.

1.1 PengenalanKajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudahdengan bantuan gambar menggunakan teknik variasi Jadual SALAK. Seorang murid telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Ujian diagnostik, ujian pra dan analisis dokumen telah dijalankan sebagai tinjauan awal semasa pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil tinjauan awal mendapati sampel pelajar menghadapi masalah membina ayat mudah. Justeru itu, teknik variasi Jadual SALAK digunakan dalam kajian ini untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut. Variasi Jadual SALAK mengandungi lima lajur iaitu lajur Siapa, Aktiviti, Lokasi, Alat dan Keterangan. Murid dibimbing untuk menghasilkan perkataan-perkataan daripada gambar yang diberi dan menuliskannya ke setiap lajur dalam Jadual SALAK. Ayat mudah akan terbina setelah setiap lajur dalam variasi Jadual SALAK diisi dengan perkataan yang sesuai. Intervensi dijalankan sebanyak lapan kali interaksi pada kitaran pertama dan dua kali interaksi pada kitaran kedua. Empat jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil daripada ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran membina ayat mudah selepas intervensi. Murid memperoleh markah 45 peratus (Tahap Memuaskan) dalam ujian pra dan 90 peratus (Tahap Cemerlang) dalam ujian pos. Ini membuktikan bahawa dalam kajian ini, teknik variasi Jadual SALAK telah berjaya meningkatkan kemahiran membina ayat mudah kepada murid.Bagi memberi peluang kepada murid bermasalah pembelajaran mendapat pendidikan yang baik, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka kurikulum yang khusus untuk mereka dan sesuai mengikut tahap kanak-kanak. Selain itu,Kurikulum Alternatif digunakan sebagai pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan sedia ada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Oleh itu, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, atau masa dan suasana, aktiviti atau mata pelajaran atau bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan. Secara amnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengalami masalah dalam perkembangan bahasa. Masalah tersebut telah mempengaruhi proses pembelajaran serta pencapaian akademik murid (Hardman, M.L.m Drew, C.J., & M.W, 1993). Antara masalah tersebut merangkumi masalah ejaan, bacaan dan penulisan seperti pembinaan ayat mudah. Kemahiran membina ayat merupakan asas dalam kemahiran menulis. Menulis merupakan suatu kemahiran dan sebagai saluran untuk melahirkan idea serta perasaan. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, C.A., Mercer, C.D., Lenz, B.K. dan Hoffman, J.V. (1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Masalah yang dihadapi oleh subjek kajian telah mempengaruhi keupayaannya dalam mempelajari bahasa. Kanak-kanak mesti mendengar bagi membolehkan mereka bertutur untuk belajar membaca dan menulis (Mohd. Sharani bin Ahmad, 2004). Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji merasakan masalah utama yang akan difokuskan ialah bagi meningkatkan kemahiran subjek untuk membina ayat mudah berdasarkan gambar menggunakan variasi jadual SALAK yang telah diubah suai mengikut berkeperluan murid keperluan khas mengikut kurikulum alternatif.1.2 Pernyataan MasalahPengajaran yang dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang tempoh praktikum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, didapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh subjek kajian. Hasil pemerhatian pengkaji juga mendapati penguasaan Bahasa Melayu murid ini adalah lemah. Oleh itu pengkaji telah mengambil satu masalah yang dihadapi oleh subjek kajian bagi dijalankan kajian. Berdasarkan pemerhatian yang telah pengkaji jalankan selama tempoh menjalani praktikum selama 8 minggu, pengkaji mendapati subjek mengalami masalah untuk membina ayat mudah.

Faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini iaitu faktor murid dan persekitaran. Pengkaji mendapati murid bermasalah pembelajaran lebih cenderung kepada masalah tingkah laku semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana subjek kajian bukan sahaja mengalami masalah masalah hiperaktif. Subjek kajian tidak dapat memberikan tumpuan dan minat sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di samping banyak bercakap ketika di bilik darjah. Tidak dapat dinafikan bahawa bagi menjamin keberkesanan sesebuah pengajaran dan pembelajaran, persekitaran bilik darjah juga memainkan peranan yang penting. Oleh itu, bilik darjah yang kondusif dapat memberikan keselesaan kepada murid. Namun, kebanyakan bilik darjah tidakmemeberikan keselesaankepada murid dan murid belajar dalam keadaan bilik darjah yang sempit dan panas. Persekitaran tersebut menyumbang kepada masalah tingkah laku murid.

Hasil pemerhatian pengkaji mendapati murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam membina ayat mudah. Walaupun subjek kajian dalam kategori berkeupayaan tinggi, namun masih tidak mampu membina ayat mudah menyebabkan penggunaan tatabahasa, kosa kata dan struktur ayat menjadi tidak teratur dan tidak tersusun. Pada masa jangka panjang, masalah yang dialami oleh subjek kajian akan menyebabkan timbulnya masalah tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi dan tidak dapat membina ayat dengan betul dan tepat.

Semasa semakan latihan subjek kajian dibuat, masalah pembelajaran yang dikenalpasti dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran menulis dan membina ayat mudah jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Subjek kajian juga didapati kurang memahami bagaimana hendak membina ayat mudah dan mengingati penggunaan kosa kata. Berdasarkan lembaran kerja yang dilakukan oleh subjek kajian juga didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan yang salah di dalam ayat. Namun, kekerapan menggunaan kosa kata yang mudah dan selalu didedahkan penggunaan kosa kata dapat membantu subjek kajian membina ayat mudah.

Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa sesuatu usaha perlu dilakukan terhadap pengajaran dan pembelajaran melalui variasi jadual SALAK bagi memperbaiki dan membuat penambahbaikan bagi membolehkan subjek kajian dapat membina ayat mudah. Hal ni dikatakan demikian kerana kemahiran membina ayat sangat penting dalam komunikasi dan penggunaannya dalam Bahasa Melayu. Tanpa penguasaan kemahiran membina ayat mudah yang kukuh, sudah pasti perkembangan kepada ayat yang lembih kompleks tidak akan berhasil. Jelaslah, subjek kajian yang tergolong dalam kalangan murid bermasalah memerlukan pengajaran khusus bagi membantu subjek dalam pembelajarannya.

Sehubungan dengan itu, masalah yang dihadapi oleh subjek perlu dijalankan intervensi yang sewajarnya agar masalah tersebut dapat di atasi. Penggunaan teknik yang sesuai dengan masalah subjek dapat mengurangkan permasalahan subjek kajian agar dapat membina ayat mudah dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan masalah tersebut berlaku disebabkan subjek mengalami masalah menyusun ayat yang sesuai, kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan atau kosa kata yang tidak betul. Subjek kajian juga kurang memahami dalam memproses maklumat berdasarkan gambar bagi memindahkan maklumat yang diperolehi untuk membina ayat mudah dengan betul. Contohnya ketika subjek membina ayat mudah, ayat yang dibina terlalu ringkas, penggunaan ayat yang tidak tepat dan subjek kurang kemahiran dalam membina ayat mudah dengan baik. Mungkin disebabkan subjek keliru dan kurang penggunaan kosa kata dan tatabahasa, maka kadangkala subjek akan meniru jawapan rakan yang lain.

Rentetan itu, pengkaji telah mengambil satu kaedah yang bersesuaian dengan subjek kajian untuk dilakukan intervensi. Pengkaji telah menggunakan teknik variasi jadual SALAK untuk membantu subjek kajian membina ayat mudah dengan baik. Penggunaan variasi jadual SALAK dapat membantu subjek kajian membina ayat mudah dengan berstruktur dan tersusun. Pengkaji juga menggunakan gambar untuk membantu subjek kajian membina ayat mudah. Penggunaan gambar dikukuhkan dengan Teori Gestalt bahawa manusia menyususn persepsi mereka supaya apa yang dilihat menjadi mudah dan logik. 1.3OBJEKTIF KAJIANDalam objektif kajian ini, pengkaji akan menyatakan objektif umum, objektif khusus dan persoalan kajian.

1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dengan menggunakan gambar melalui variasi jadual SALAK bagi murid disleksia.

1.3.2 Objektif Khusus

1.3.2.1Menguasai penggunaan variasi jadual SALAK dalam membina ayat mudah.1.3.2.2Menguasai kemahian membina ayat mudah dengan menggunakan struktur ayat yang betul.1.4 PERSOALAN KAJIAN1.4.1 Adakah subjek kajian dapat menguasai penggunaan variasi jadual SALAK dalam membina ayat mudah?1.4.2 Adakah subjek kajian dapat menguasai kemahiran membina ayat mudah dengan menggunakan struktur ayat yang betul selepas menjalani intervensi variasi jadual SALAK?1.5 KEPENTINGAN KAJIANIsu kemahiran membina ayat dan keberkesanan penggunaan kaedah jadual variasi SALAK ini dikaji oleh pengkaji kerana menulis dan membina ayat merupakan satu kemahiran asas yang penting dan perlu diberikan penekanan. Pembinaan ayat penting untuk meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam memahami sesuatu maklumat. Oleh itu, kemahiran membina ayat perlu dikuasai oleh subjek kajian supaya dapat meningkatkan pengguasaan subjek kajian dalam berbahasa. Selain itu, kemahiran ini dapat membantu dalam memajukan kebolehan diri subjek kajian dalam berkomunikasi.

1.6BATASAN KAJIANKajian tindakan yang dijalankan ini mudah ditadbir kerana aktiviti yang telah dirancang merangkumi latih tubi dalam kemahiran membina ayat dan mudah diurus oleh pengkaji serta dilakukan oleh subjek kajian. Data yang diperlukan juga mudah diperolehi sepanjang proses pelaksanaan kajian dijalankan. Setiap data akan disimpan untuk dianalisis sebelum laporan ditulis. Data yang telah direkod dapat menunjukkan perbandingan keputusan subjek kajian sebelum dan selepas intervensi diberikan.

Untuk memastikan keberkesanan kajian dan kelancaran aktiviti, aspek kawalan adalah sangat penting. Kajian tindakan yang dijalankan ini bersifat mudah dikawal khususnya subjek kajian, peralatan dan kawasan pelaksanaan. Pengkaji telah memilih subjek kajian dari kelas Bahasa Melayu yang diajar supaya mudah untuk pengkaji menilai penguasaan kemahiran subjek kajian secara berperingkat serta dapat melaksanakan aktiviti intervensi terhadap subjek kajian secara sistematik.

Dari segi bahan rangsangan pula, pengkaji akan menggunakan gambar bagi memudahkan subjek kajian memindahkan maklumat ke dalam ayat yang mudah. Tempat pelaksanaan kajian juga memainkan peranan penting terutama untuk mengawal pergerakan subjek kajian. Pengkaji telah memilih untuk melaksanakan kajian di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, aspek pelaksanaan intervensi juga mudah dikawal kerana pengkaji menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran pengkaji sendiri bagi memudahkan kajian dilaksanakan tanpa mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran lain.

1.7RUMUSANRawatan atau intervensi kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ini dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa subjek kajian. Instrumen kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji juga sesuai dan boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu untuk menilai tahap penguasaan subjek kajian dalam membina ayat mudah. Kajian ini juga boleh digunakan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain mengenai permasalahan yang sama dihadapi oleh murid masalah pembelajaran.2.0 Tinjauan Literatur berkaitan Isu Kajian

Selepas menetapkan fokus kajian, tinjauan literatur dilakukan untuk melaksanakan kajian. Tinjauan literatur boleh dibahagikan kepada dua iaitu literatur berkaitan dan kajian berkaitan. Kajian yang telah dijalankan berbeza dengan kajian-kajian lepas dari beberapa aspek seperti dilakukan oleh pengkaji di tempat yang berbeza, kaedah penyelidikan yang berlainan, sampel kajian yang berbeza, cara analisis yang digunakan berbeza dengan penyelidikan yang dijalankan dan alat kajian yang digunakan berlainan (Rosinah Edinin, 2011).

2.1Teori/model/pendekatan/strategi berkaitan

Hukum Latihan Thorndike (1906 dalam Mok Soon Sang, 2008), menyatakan bahawa, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan latih tubi, aplikasi serta aktiviti pengukuhan yang berterusan diberikan. Hukum ini telah diterapkan oleh pengkaji dalam penggunaan rumus SALAK secara latih tubi selain di samping SALAK menjadi bahan rangsangan pembelajaran. Malahan, pengkaji turut menggunakan gambar sebagai bahan rangsangan untuk membina ayat mudah.

Mengikut Teori Pembelajaran Gagne (1974 dalam Mok Soon Sang, 2008), bahawa terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi adalah membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi antara unsur, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum.

Hal yang demikian, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Tambahan pula kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu. Teori ini bersamaan dengan konsep yang telah pengkaji terapkan dalam membantu subjek kajian membina ayat mudah. Penggunaan variasi jadual SALAK akan membantu subjek kajian dalam membina ayat. Sekali gus dapat mempengaruhi subjek kajian membina ayat dengan menggunakan struktur ayat yang betul.Mahzan Arshad (2003 dalam Hashim Othman, 2003), mengatakan terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu menulis bebas, berkolaboratif dan berkoperatif. Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru juga perlu menjadi fleksibel dan kreatif dalam pengubahsuaian teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang sesuai dengan tahap kemampuan murid. Menurut Mok Soon Sang (1992, dalam Rosinah Edinin, 2012) menyatakan bahawa guru harus mempunyai bakat atau seni mengajar iaitu kebolehan mengubah suai model dan teori pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Justeru itu penggunaan variasi jadual SALAK yang telah diubah suai mengikut keupayaan subjek kajian sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalahnya. Bahan pengajaran yang diubahsuai dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baru dan menarik minat subjek kajian untuk belajar.

Dalam menggunakan teknik variasi jadual SALAK, pengkaji turut mengaitkan dengan teknik latih tubi bagi membantu subjek kajian membina ayat. Menurut Kamaruddin Hj. Husin (2001), teknik latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Menurut beliau lagi, kaedah pengulangan ialah proses mengingati sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah pengulangan ini dapat menajamkan ingatan dan menambahkan kefahaman murid apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan teknik latih tubi adalah sesuai untuk diaplikasikan oleh subjek kajian dalam membina ayat mudah. Latihan yang berterusan dapat membantu subjek kajian mengangati dan memahami cara membina ayat mudah dengan mengaplikasikan variasi jadual SALAK dalam membina ayat. Menurut Laila Pungut (2001), kaedah latih tubi dapat memperbaiki kesalahan struktur ayat dalam penulisan. Manakala menurut Abdullah Yusoff (1993), kesalahan struktur ayat dalam kalangan murid ialah ayat jenis tunggal atau ayat majmuk yang tidak gramatis dari segi struktur ayat Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan idea yang hendak disampaikan sukar difahami dan mengelirukan.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih berkebolehan, iaitu guru, dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang menjalani pembelajaran. Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membantu subjek kajian memindahkan maklumat yang diperolehi kepada tulisan dan memudahkan subjek kajian membina ayat mudah yang menepati grafik.

2.2Kajian lepas yang berkaitan

Murid di sekolah yang sering menghadapi masalah dalam membina ayat dengan menggunakan struktur ayat yang betul kerana mengalami kecelaruan bahasa. Variasi jadual SALAK, merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu murid membina ayat mudah dengan menggunakan struktur ayat yang betul. Penggunaan kaedah ini dapat membantu murid membina ayat mudah dengan menggunakan struktur yang betul. Menurut A.Rahman Haron (2012), teknik SALAK dapat menjana idea dalam membina ayat dengan cepat dan efektif. Teknik SALAK yang digunakan sebagai pendekatan didik hibur dapat merangsang minat murid untuk membina ayat berdasarkan grafik dengan cepat dan efektif. Murid-murid dirangsang mengutarakan idea secara lisan bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian terlebih dahulu. Kemudian murid mengeja, menulis perkataan dan diikuti dengan membina ayat. Murid-murid berada dalam situasi ceria dan seronok untuk belajar dengan pendekatan didik hibur. Secara tidak langsung, murid berminat untuk membina ayat. Guru-guru Bahasa Melayu pula dapat memperkaya kaedah pengajaran di dalam bilik darjah dengan memperluas kefahaman strategi pengajaran dengan pendekatan didik hibur bagi membimbing murid untuk membina ayat. Sehubungan dengan itu lapan jenis ayat boleh dibina dengan menggunakan Teknik SALAK yang diperkenalkan kepada murid-murid.

Satu kajian lalu mengenai kesan rumus Pelaku + Perbuatan + Huraian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat karangan Bahagian A Bahasa Melayu, UPSR murid tahun 4 telah dijalankan oleh Adrian Stewart Ngau (2010). Kajian ini melibatkan seorang tahun 4 yang mengalami masalah membina ayat dalam karangan. Data kajian ini dikumpulkan melalui latihan murid yang diberikan pada setiap minggu yang dikumpul selama 2 bulan. Selain itu, temu bual turut dijalankan oleh pengkaji ini untuk mendapatkan dapatan sejauh mana rumus ini mampu untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa rumus Pelaku + Perbuatan + Huraian mampu untuk membantu murid untuk membina ayat di dalam karangan murid. Meskipun menggunakan nama yang berbeza, konsep penggunaan rumus tersebut masih lagi sama seperti variasi jadual SALAK. Hal ini demikian kerana kedua-dua kaedah tersebut menekankan penggunaan jadual untuk membantu murid membina ayat mengukit susunan yang betul.

Hukum pembinaan ayat merangkumi subjek dan predikat yang terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu frasa nama + frasa nama(FN + FN), frasa nama + frasa kerja (FN + FK), frasa nama + frasa adjektif (FN + FA) dan frasa nama + frasa sendi nama (FN + FS) (Nik Safiah binti Karim, Farid M. Onn, Hashim bin Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2008). Namun begitu, rumus-rumus ini sukar untuk difahami oleh murid-murid. Rumus yang digunakan beliau telah diubah suai khusus mengikut kefahaman murid. Pengubahsuaian ini membuatkan rumus tersebut lebih difahami oleh murid berbanding hukum pembinaan ayat sedia ada. Selain itu, rumus yang digunakan juga melibatkan bantuan gambar. Kaedah yang digunakan oleh beliau bertetapan dengan teknik variasi jadual SALAK yang turut menggunakan gambar sebagai bahan sokongan untuk membina ayat. Hasil dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa subejk kajiannya dapat mengaplikasikan konsep penggunaan rumus tersebut untuk membina ayat. Kesimpulannya, penggunaan rumus tersebut dilihat telah berjaya membantu dalam meningkatkan kemahiran membina ayat.

Kajian yang dijalankan oleh Rosanyanti binti Mokhtar dan Norwati binti Zainal Abidin (2011), turut menggunakan kaedah yang sama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian mereka menggunakan Jadual S-V-O untuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah. Konsep penggunan jadual tersebut adalah sama seperti konsep penggunaan rumus oleh Adrian Stewart Ngau (2010). Teknik Jadual S-V-O ini juga menggunakan gambar sebagai bahan sokongan untuk membina ayat. Dengan berpandukan gambar yang diberikan murid akan mengisi perkataan yang betul di dalam ruangan jadual yang betul. Dapatan menunjukkan bahawa, teknik tersebut sesuai diguna pakai kerana masih menggunakan asas dalam pembentukan ayat Bahasa Melayu.

Berdasarkan kajian oleh Abdul Rasid Jamian (Mei 2011), mengenai permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kegagalan murid menguasai kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik. Hal ini sudah pasti menjejaskan penghasilan penulisan karangan murid kerana tidak menguasai kemahiran asas dalam menulis. Kajiannya juga mendapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna. Walau bagaimanapun, responden berpendapat bahawa permasalahan dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu dapat diperbaiki dengan bantuan guru yang kreatif dan inovatif. Guru juga haruslah berusaha dalam membina persekitaran yang kondusif dan memberikan motivasi agar murid terus belajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lebih seronok jika guru kreatif membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan latihan dan memperbaiki kemahiran menulis. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan manakal penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid.

Kajian oleh Zalinawati Othman (2006) yang bertajuk meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Inggeris menggunakanLittle Book. Menunjukkan murid tidak mahir menulis ayat, banyak perkataan yang salah serta susunan ayat yang tidak tepat. Justeru itu, pengkaji tersebut telah memperkenalkan kaedahLittle Book. Melalui kaedah ini, murid dikehendaki menulis ayat mudah secara berulang-ulang serta melukis mengikut kreativiti mereka. Keputusan Ujian Pasca hasil kajian beliau juga menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid juga lebih berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati kaedah yang digunakan mempunyai perkaitan dengan variasi jadual SALAK. Dalam masa yang sama, guru dapat menegur kesalahan yang dilakukan oleh murid seperti ejaan dan struktur ayat.

2.3RUMUSAN

Kesimpulannya, teknik yang digunakan oleh pengkaji iaitu variasi jadual SALAK dapat membimbing subjek kajian untuk membina ayat mudah dengan betul. Tambahan pula, penggunaan gambar sebagai bahan sokongan dapat membantu subjek kajian untuk melengkapkan ruangan di dalam variasi jadual SALAK dan membina ayat. Dalam intervensi yang telah dirancang, pengkaji turut menggunakan kaedah latih tubi bagi membantu subjek kajian membina ayat. Unsur pengulangan yang digunakan akan dapat memperbaiki kesalahan struktur ayat yang dibina.3.0 FOKUS KAJIAN

Bahagian fokus kajian memperincikan tentang isu kajian terdiri daripada tinjauan awal, analisis tinjauan awal dan kriteria pemilihan fokus kajian. Tinjauan literatur dan istilah-istilah yang terdapat dalam pelaporan kajian ini juga diterangkan.

3.1 Isu kajian

Daripada pemerhatian pengkaji, didapati subjek kajian mengalami masalah dalam membina ayat mudah. Walaupun subjek kajian mempunyai tahap kognitif yang tinggi subjek turut bermasalah dalam membina dan menulis ayat mudah dengan baik. Subjek juga sudah boleh membina rangkai kata dan mampu membacanya dengan baik. Maka, pengkaji ingin mengetahui sama ada subjek akan dapat membina dan menulis ayat mudah dengan baik.

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman dan Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005 dalam Hashim Othman, 2003).

Dalam membina ayat mudah yang sesuai, subjek perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan gambar agar jelas dan menepati grafik. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa subjek kerana mengandungi tatabahasa dan kosa kata. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan subjek sukar hendak memindahkan maklumat dalam bentuk tulisan. Yap Kim Fatt (1991 dalam Azwan Wan Chik, 1986), berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa. Penulisan juga bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat.

Walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh subjek kajian, namun pengkaji hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah pembinaan ayat mudah. Ini kerana, hasil daripada tinjauan awal dan ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan subjek kajian mengalami masalah tersebut.

3.2Tinjauan Awal

Tinjauan awal yang telah dijalankan menunjukkan subjek kajian tidak dapat membina ayat mudah dengan baik dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Masalah ini disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh subjek kajian. Subjek kajian yang mempunyai slow learner menyukarkan subjek untuk membina ayat dengan baik. Tahap kecerdasan dan psikologi yang rendah dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran (Zulkifley, 2006 dalam Jamila K.A. Mohamad, 2005).

Sebelum menjalankan ujian diagnostik, pengkaji meminta subjek kajian membaca beberapa petikan ayat bagi memudahkan pengkaji membina instrumen ujian diagnostik dan menguji tahap penguasan subjek kajian. Instrumen ujian diagnostik merangkumi beberapa aspek kemahiran menulis. Pengkaji juga telah merancang dan menyusun instrumen ujian diagnostik mengikut kesukaran iaitu dari mudah ke sukar bagi melihat perkembangan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran menulis. Berdasarkan analisis tinjauan awal, didapati subjek kajian lemah dalam kemahiran menulis mentalis.

Pemerhatian pengkaji juga mendapati subjek kajian sudah boleh membaca dan menulis dengan baik. Dalam menulis ayat, subjek kajian sudah boleh membina rangkai kata dengan baik. Namun subjek kajian bermasalah dalam membina ayat mudah kerana subjek kajian tidak menepati grafik dan mempunyai masalah ejaan. Pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik terhadap subjek kajian. Ujian diagnostik telah dijalankan sebanyak satu kali bagi mengenal pasti kelemahan subjek kajian kajian tersebut. Menurut Heward (2003), pengujian diagnostik dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya. Menurut Mclean, Bailey & Wolery (1996), ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi.

Ujian yang diberi memerlukan subjek kajian menyambungkan titik, menulis perkataan, menulis ayat mudah, melengkapkan tempat kosong, menulis perkataan menjadi ayat yang betul, dan membina ayat. Dalam ujian ini, soalan satu hingga lima diberikan markah satu bagi setiap jawapan yang betul. Manakala bagi soalan nombor enam dan tujuh, subjek kajian akan membina sendiri ayat mudah dan jumlah skor markah dipadankan dengan jadual penskoran markah (rujuk jadual 1) untuk mengesahkan tahap penguasaan subjek kajian.

Ujian diagnostik yang telah dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian dan kelemahan yang dihadapi oleh subjek kajian. Kelemahan subjek kajian yang telah dikenal pasti akan dijalankan intervensi agar kelemahan tersebut dapat dikurangkan. Kaedah temu bual turut digunakan untuk menambahkan maklumat mengenai subjek kajian. Berdasarkan data yang diperolehi hasil daripada ujian diagnostik yang dilakukan oleh subjek kajian mendapati bahawa subjek kajian sememangnya lemah dalam penguasaan membina ayat mudah. Subjek kajian lemah dalam menyusun ayat dan menggunakan penggunaan bahasa yang tidak betul. Oleh itu, pengkaji akan merancang beberapa intervensi yang sesuai dengan subjek kajian menggunakan variasi jadual SALAK. Hal ini kerana, sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, 2005 dalam exceptional children). Berdasarkan jadual 1 menunjukkan penskoran markah yang dinilai hasil daripada ayat mudah yang dibina oleh subjek kajian. Pengkaji akan menjadikan panduan dalam pemberian markah ayat mudah yang dbina oleh subjek kajian.Jadual 1: Penskoran markah

PenskoranMarkahKriteria

Cemerlang4 Ayat jelas menepati bahan grafik.

Ejaan dan tanda baca yang betul

Sekurang-kurangnya 1 kesalahan tatabahasa.

Baik3 Ayat mudah, ringkas dan sesuai dengan bahan grafik.

Ada beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan yang tidak menjejaskan mutu ayat.

2 kesalahan tatabahasa.

Memuaskan2 Ayat kurang sesuai dengan grafik.

Banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

3 kesalahan tatabahasa.

Tahap Minimum1 Ayat tidak sesuai dengan grafik.

Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

4 kesalahan tatabahasa

(Sumber : Diubah suai daripada penskoran markah Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)3.3 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan subjek kajian tiada masalah bagi soalan nombor satu hingga lima. Namun subjek kajian mengalami masalah untuk membina ayat kerana terdapat masalah dari segi penggunaan perkataan yang sesuai, kesalahan ejaan dan kurang kosa kata. Ayat yang dibina juga memerlukan banyak bantuan daripada guru untuk membetulkan kesalahan dalam membina sesuatu ayat. Subjek kajian juga seperti kurang yakin terhadap ayat yang dibina dengan meminta bantuan daripada guru. Berdasarkan temu bual bersama guru yang mengajar juga mendapati subjek kajian merupakan seorang yang mempunyai prestasi yang baik dan boleh mendengar arahan.

Jadual 2: Analisis senarai semak markah ujian diagnostikNo.KemahiranMarkahPeratusan(%)

1.Menyambung titik-titik dan membuat garisan8/8100

2.Menyalin suku kata dan perkataan4/4100

3.Menulis ayat mudah4/4100

4.Melengkapkan tempat kosong8/8100

5.Menulis perkataan menjadi ayat yang betul4/4100

6.Menulis ayat berdasarkan gambar11/1669

7.Menulis ayat berdasarkan diri16/2564

Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2, didapati subjek kajian mendapat peratusan sebanyak 100 peratus bagi soalan nombor satu hingga lima. Walau bagaimanapun bagi soalan nombor enam, subjek kajian memperolehi 69 peratus dan 64 peratus bagi soalan nombor tujuh. Pencapaian ini disebabkan soalan satu hingga lima adalah mudah bagi subjek kajian kerana subjek kajian boleh membaca dan memahami kehendak soalan dengan baik. Namun, bagi soalan enam dan tujuh, subjek kajian mengalami masalah dalam kesalahan ejaan dan penggunaan ayat dengan betul. Ayat yang dibina mengandungi banyak kesalahan ejaan kerana subjek kajian mempunyai masalah slow learner.

Rajah 1: Peratusan markah ujian diagnostik

Dapatan yang dipaparkan dalam rajah 2 menunjukkan subjek kajian telah dapat menguasai kemahiran menyambung titik dan membuat garisan, menyalin suku kata dan perkataan, menulis ayat mudah, melengkapkan tempat kosong dan menulis perkataan menjadi ayat yang betul dengan peratusan sebanyak 100 peratus. Walau bagaimanapun, subjek kajian masih tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat dengan baik. Hasil kajian menunjukkan subjek kajian mendapat 69 peratus bagi menulis ayat berdasarkan gambar dan 64 peratus bagi menulis ayat berdasarkan diri. Ayat yang ditulis oleh subjek kajian mengalami masalah dari segi ejaan, penggunaan tatabahasa dan kosa kata.

Dapatan ujian diagnostik berdasarkan rajah 2 ini membolehkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa subjek kajian masih lemah dalam menguasai kemahiran membina ayat. Subjek kajian menunjukkan ketidakfahaman terhadap pembinaan ayat mudah. Daripada dapatan ujian diagnostik ini, pengkaji ingin memperbaiki kelemahan subjek kajian terhadap penguasaan kemahiran membina ayat agar subjek kajian tidak menghadapi masalah dalam membina ayat yang lebih gramatis dan tersusun.

3.4 Pemerhatian

Pengkaji juga telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengenal pasti kumpulan sasaran untuk dijadikan subjek kajian. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh subjek kajian. Pengkaji telah membuat satu senarai semak yang digunakan untuk melihat kelemahan subjek kajian untuk dijadikan kumpulan sasaran. Jadual 3 menunjukkan senarai semak kemahiran menulis yang telah dilakukan oleh pengkaji semasa ujian diagnostik.Jadual 3: Senarai semak kemahiran menulis

No.KemahiranMenguasaiTidak menguasai

1.Menyambung titik-titik /

2.Menyalin suku kata dan perkataan/

3.Menulis ayat mudah/

4.Melengkapkan tempat kosong/

5.Menulis perkataan menjadi ayat yang betul/

6.Menulis ayat berdasarkan gambar dengan betul/

7.Membina ayat mudah berdasarkan gambar /

Jumlah 52

Rajah 2: Peratusan kemahiran menulis yang dikuasai oleh subjek kajian

Data yang dipaparkan dalam rajah 3, menunjukkan peratusan kemahiran menulis yang dikuasai oleh subjek kajian. Berdasarkan data tersebut didapati bahawa subjek kajian telah dapat menguasai sebanyak 71.5 peratus kemahiran menulis dengan baik. Walau bagaimanapun, 28.5 peratus tidak dapat dikuasai oleh subjek kajian. Kemahiran menulis yang masih tidak dapat dikuasai oleh subjek kajian ialah kemahiran membina ayat.

Kesimpulannya, pengkaji akan menjalankan intervensi awal terhadap subjek kajian bagi mengurangkan masalah kemahiran membina ayat yang dihadapi. Intervensi awal dapat mengukuhkan penguasaan bahasa bagi tujuan mengurangkan masalah yang dihadapi daripada terus menjejaskan perkembangan murid. Menurut Hanson dan Lynch (1989), intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha, pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti.

RUJUKAN

A.Rahman Haron (Nov 2012). Teknik SALAK dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM. ISSN: 2180-4842. VOL.2, Bil.2 (Nov. 2012): 84-93.

Abdul Rasid Jamian (Mei 2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar Bandar. Jurnal pendidikan bahasa melayu. ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12.

Abdullah Yusoff (1993). Kesalahan sytruktur ayat di kalangan pelajar. Kuala Lumpur. Jurnal dewan bahasa.

Adrian Stewart Ngau dan Chua Kim Hwa (2010). Kesan rumus pelaku + perbuatan + huraian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat karanagan bahagian A UPSR Bahasa Melayu murid tahun empat. Seminar penyelidikan tindakan: buku koleksi artikel penyelidikan tindakan (ms. 13-26). Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Amilia Binti Mahali (2002). A study teachers utilize newspaper in the writing classroom. (tesis ijazah sarjana muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor. University kebangsaan Malaysia.

Anita bt. Mohyee (2002). Tinjauan strategi pengajaran tatabahasa dalam mata pelajran Bahasa Melayu oleh guru-guru pendidikan khas. (Tesis ijazah sarjana muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor. University kebangsaan Malaysia.

Azizi bin Yahya (2006). Psikologi sosial alam remaja. Batu Caves, Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur. PTS publications & distributors Sdn. Bhd.

Azwan Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1: Pengkaedahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PAGE 7