preview percuma topik 1
TRANSCRIPT
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
1/29
1 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 1
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
2/29
2 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 2
Panduan Lengkap Buat Ebook dan
Jana Pendapatan Dengannya
FaizAlias
www.bisnesebook.com
www.faizalias.com
http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/ -
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
3/29
3 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 3
Penafian
Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan
maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk
kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan
yang bersifat khusus untuk diri anda..
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang
dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa
risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama
ada secara langsung atau tidak langsung.
Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk
setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu
kepada semua pihak.
Hak Cipta Terpelihara 2014www.bisnesebook.com
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan
apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.
Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena
mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.
Diterbitkan oleh AzZahra Creative Enterprise (RA0029102-D).
http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/ -
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
4/29
4 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 4
Penghargaan
Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah terlibat
secara langsung atau tidak langsung semasa saya siapkan ebook
panduan lengkap bagaimana cara nak buat ebook dan jana pendapatan
melaluinya.
Selama 5 bulan hasil kajian, pembacaan dan pengalaman sendiri yang
terlibat hampir dua tahun dalam dunia bisnes online, akhirnya siap juga
panduan yang saya buat secara terperinci ini. KHAS UNTUK YANG
BARU BERMULA. Jadi saya buat cara penyampaian yang agak panjang
lebar sikit supaya tiada ada info tertinggal.
Terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah menyokong
secara tidak langsung dari belakang. Tanpa sokongan daripada mereka,
tentu ebook ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
kawan-kawan yang mengenali saya kerana faham keadaan saya yang
sentiasa sibuk dan mereka banyak membantu dengan tidak
mengganggu untuk saya menyiapkan ebook ini.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
5/29
5 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 5
Tidak lupa juga kepada Abu Muhammad iaitu pengasas website
Murahnya.my kerana beliau turut membantu saya serba sedikit dalam
idea untuk siapkan panduan ebook secara langkah demi langkah ini.
Kepada anda, saya juga ucapkan ribuan terima kasih kerana percayakan
saya dengan mendapatkan ebook ini.
Semoga apa yang saya sampaikan nanti anda dapat baca, fahami dan
hadam ilmu buat ebook serta menjualnya. Keuntungan anda simpan100% dalam kocek anda.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
6/29
6 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 6
Kandungan
Pendahuluan---------------------------------------------------------------7
Topik 1:Rahsia Bisnes Ebook-------------------------------------------19
Topik 2:Mencari Idea Tajuk--------------------------------------------30
Topik 3:Tiga Cara Menjadi Penulis Ebook---------------------------37
Topik 4:Cara Hasilkan Ebook-------------------------------------------43
Topik 5:Plan A,B dan C Menjual Ebook---------------------------56
Topik 6:Membina Platform Jualan-----------------------------------64
Topik 7:Surat Jualan Memukau---------------------------------------67
Topik 8:Teknik Promosi-------------------------------------------------85
Topik 9:Cara Dapatkan Testimoni-----------------------------------109
Topik 10:Rahsia 25k----------------------------------------------------114
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
7/29
7 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 7
Pengenalan
Sebelum kita meneruskan pembelajaran cara buat ebook dan
menjualnya secara underground, ada baiknya saya menceritakan serba
sedikit kisah pahit hidup saya sepanjang menjadi Internet Marketer
secara underground selama hampir dua tahun.
Secara ringkas dan padat
Ouh ya, saya sarankan anda supaya print sahaja ebook ini dan jadikan ia
sebagai panduan anda untuk hasilkan ebook anda sendiri nanti. Baca di
Komputer atau smartfon anda akan menyebabkan mata anda cepat
letih.
Nama saya Faiz. Dalam dunia online ni saya telah
memperkenalkan diri saya sebagai FaizAlias. Saya ada satu blog
peribadi yang berkongsikan tentang bisnes internet, tutorial wordpress,
mengisahkan tokoh-tokoh bisnes dan lain-lain lagi yang berkaitan
dengan bisnes.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
8/29
8 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 8
Blog Peribadi >>>www.FaizAlias.com
Penglibatan saya dalam dunia perniagaan online ini adalah sayabermula denganJobdirumahiaitu selepas saya tamatnya pengajian
saya di Matrikulasi Kedah, Changlun. Melaluinya, saya buat kerja
seperti menaip, masukkan data dan lain-lain lagi. Senang kata saya di
sini adalah sebagai freelancer sambilan.
Selepas itu, saya mula terlibat dalam bisnes servis seperti design bannertimeline, buat website dan sebagainya. Saya cukup bertuah pada masa
itu kerana saya memasarkan bisnes servis saya ini di dua buah platform
jualan iaitu Fiverr.com dan juga Murahnya.my.
Kedua-dua buah platform inilah yang membantu saya mengumpulkan
modal sehingga saya mampu untuk buat modal bisnes yang lain tanpameminjam.
Nak buat bisnes dengan meminjam sebenarnya tidak digalakkan kerana
akan timbul banyak masalah. Jika anda yakin bisnes anda menjadi,
meminjam menjadi salah satu kaedah terbaik.
Kata otai, meminjam adalah untuk membesarkan perniagaan, bukan
untuk memulakan perniagaan.
http://www.faizalias.com/http://www.faizalias.com/http://www.faizalias.com/https://www.jobdirumah.com/masterbizhttps://www.jobdirumah.com/masterbizhttps://www.jobdirumah.com/masterbizhttps://www.jobdirumah.com/masterbizhttp://www.faizalias.com/ -
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
9/29
9 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 9
Tidak cukup dengan itu, saya juga buat bisnes servis di websitewww.i-
creative.mydan bisnes printing T-shirt di laman web rasmi saya
www.azzahracreative.com.Saya ada syarikat kecil sendiri iaitu Az Zahra
Creative Enterprise ( RA0029102-D )dengan dibantu oleh beberaparakan. InsyaAllahInilah bakal bisnes saya yang sebenar-benarnya
nanti.
Kisahnya bermula begini
Pada suatu hari, saya terbaca kisah Muaz Hadi, Jamaluddin Bahari,
Hafizi Zain (sepupu saya sendiri), Tengku Faris dan Gobala Krisnan
dalam menjual ebook.
Mereka ini semua boleh dikategorikan sebagai usahawan ebook yang
berjaya kerana mampu hasilkan 5 angka dalam masa sebulan. Ada jugayang mencecah 6 angka tidak sampai sebulan.
Kisah mereka ini, nanti saya akan selitkan dalam panduan ini untuk
menjadi motivasi kepada anda dan menjana idea untuk anda buat
ebook sendiri. Ada produk sendiri.
http://www.i-creative.my/http://www.i-creative.my/http://www.i-creative.my/http://www.i-creative.my/http://www.azzahracreative.com/http://www.azzahracreative.com/http://www.azzahracreative.com/http://www.i-creative.my/http://www.i-creative.my/ -
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
10/29
10 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 10
Dari situ saya mula melihat potensi menjual ebook dan saya mula cuba
buat bisnes ebook sendiri. Ebook yang saya hasilkan tersebut adalah
berdasarkan 100% pengalaman saya sendiri iaitu bagaimana cara saya
buat duit di internet tanpa modal.
Pada awal mulanya saya menjual ebook sendiri, sambutan tidak begitu
menggalakkan. Lebih kurang seminggu seorang saja ada pembeli.
Sedikit agak kecewa
Tetapi saya tidak berputus asa. Banyak kaedah cuba jaya yang saya buat
supaya jualan terus berlangsung dengan cara sendiri.
Dalam masa sebulan di lancarkan, ada sikit peningkatan berbandingpada mula-mula di lancarkan. Pertama sekali saya lancarkan ebook ini
adalah di wangcyber.com.
MaklumlahEbook yang saya buat tu adalah jenis ebook yang tidak
sesuai untuk mereka yang dah jana ribu-riban di internet. Ebook ini
sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari untuk jana pendapatanyang pertama di internet. Alhamdulillah. Ada yang berjaya.
Berbalik kepada kisah tadi
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
11/29
11 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 11
Akhirnya, kaedah cuba jaya saya menjadi apabila saya menjumpai
kaedah sebenar untuk jual ebook sendiri tanpa berJV dengan mana-
mana pakar jualan.
Ya! Sambutan yang amat menggalakkan menyebakan saya mampu
mengumpul sebanyak 5 angka BERSIHdalam masa 6-7 bulan sahaja
secara UNDERGROUNDtanpa berJV dengan mana-mana otai di
internet. Saya buat ebook sendiri dan saya sendiri berusaha
memasarkannya.
Lima angka tersebut saya simpan sepenuhnya dalam simpanan!
Menarik bukan? Tentu anda nak buat perkara yang sama bukan?
BerJV dengan otai atau jual ebook dengan usaha sendiri ni ada
kelebihan masing-masing. Tetapi ikutlah sesuai dengan ebook yang
anda hasilkan.
Jadi, dalam panduan lengkap ini, saya akan ceritakan kepada anda
langkah-langkah mudah buat ebook sehinggalah anda berjaya
memasarkannya secara underground.
Kepada anda yang tidak ada kemahiran IT langsung, saya nasihatkan
anda jangan risau kerana apa yang bakal saya tunjukkan ini adalah
sangat-sangat sesuai untuk newbie. Zero knowledge.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
12/29
12 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 12
Kaedah demi kaedah. Langkah demi langkah saya tunjukkan supaya
anda berjaya membuat ebook sendiri dan menjualnya. Asalkan anda
ikut 90% apa yang saya katakan ini dan 10% lagi gunakan idea kreatif
anda untuk mendapat jualan.
Saya tahu
Tidak semua manusia boleh ikut strategi orang lain 100%. Apa yang
penting adalah idea yang saya berikandan anda kembangkan sedikitidea yang saya sampikan nanti. Manipulasikan idea saya tersebut untuk
menghasilkan pendapatan yang lebih lumayan dengan ebook.
Dengan izin Allah.Amin
Kenapa saya keluarkan panduan ini?
Dari sehari ke sehari, apa yang saya perhatikan, bisnes ebook atau
produk digital kini menjadi satu trend bisnes pada masa kini. Ramai
yang ingin buat ebook atau produk digital sendiri tetapi tidak tahu cara
sebenar nak buatnya. Tools yang tidak cukup, tidak tahu membina
webjualan, kekurangan idea menulis dan sebagainya menyebabkan
mereka tergendala nak hasilkan produk digital sendiri.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
13/29
13 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 13
Jadi dalam panduan ini juga saya akan sediakan tools kepada anda.
Anda tidak perlu pening-pening kepala lagi dah nak cari itu ini nak
hasilkan sebuah ebook. Semuanya saya akan tunjukkan kepada anda.
Buat masa ini, ketepikan dahulu jika anda kata anda tidak ada satu idea
pun untuk hasilkan sebuah ebook. Saya akan tunjukkan tiga kaedah
atau tiga plan yang menarik kepada anda bagaimana anda boleh
menjadi penulis ebook. Saya akan terangkan dengan lebih mendalam
pada topik 2 nanti.
Bisnes paling efektif
Bisnes ebook ini juga adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk anda
yang ingin memulakan bisnes online. Ini kerana, ia adalah salah satu
bisnes yang berpotensi besar dan kurang risiko kerugian. Kosnya
hampir kosong jika anda ada kelebihan dalam kemahiran IT!
Ouh ya! Selain saya ceritakan bagaimana saya jual ebook dengan cara
saya sendiri secara underground, saya juga akan ceritakan kepada anda
bagaimana cara otai-otai buat dan jual ebook ni.
Saya buat penambahan ini sedikit supaya jualan ebook anda lebih
bagus daripada apa yang saya buat.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
14/29
14 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 14
Mitos Penjualan Bisnes Ebook
Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah
melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan
untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook
kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.
Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut
teruskan bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang
boleh membantu anda untuk membuang semua perasaan prasangka
terhadap perniagaan ebook. Berikut adalah tujuh mitos yangmenghalang anda dari memulakan perniagaan ebook.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
15/29
15 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 15
Mitos Pertama : Anda perlukan idea yang unik dan hebat.
Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli.
Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan
ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang
betul. Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di
dapati secara percuma di internet.
Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada
orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam
ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang
hebat untuk menulis ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari
sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook
berdasarkan maklumat tersebut.
Mitos Kedua: Anda perlu menjadi pakar.
Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang
anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu.
Kualiti ebook bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk
menyampaikan sesuatu kepada pembaca ebook.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
16/29
16 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 16
Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual
maklumat tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di
perkatakan di dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut
kefahaman anda sendiri dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang
ramai di internet. Tidak susah bukan?
Mitos ketiga : Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama.
Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri
anda sebagai penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda
cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual
penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan ebook adalah
sangat mudah.
Mitos Keempat : Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam
sesuatu tajuk untuk memulakan penulisan ebook.
Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula
melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan
melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah
faham mengenai tajuk tersebut.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
17/29
17 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 17
Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu
serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah
memberangsangkan untuk di baca.
Mitos Kelima : Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan
perniagaan ebook.
Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook
kerana tidak tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang
sahaja, anda tulis ebook anda dan beri ia kepada beberapa orang yang
berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri
anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan
jaminan anda mencukupi.
Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback daripembeli untuk di jadikan testimoni.
Mitos keenam : Niche tertentu telah tepu.
Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang
adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. DI dalam
industri informasi, semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam
niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
18/29
18 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 18
Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook
orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta
minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan
mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi.
Mitos ketujuh : Susah untuk menemui USP
USP adalah unique selling point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang
pesaing anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada
pengguna. Di dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP.
Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan
USP di dalam ebook anda.
Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang
senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat
menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda
anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan
mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
19/29
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
20/29
20 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 20
Apa yang dijual dalam ebook sebenarnya adalah informasi dan ilmu
yang ada dalam ebook tu. Informasi atau ilmu inilah yang kita jual
kepada mereka yang berminat.
Seperti keadaan sekarang ini. Anda sedang membaca ebook saya
tentang informasi yang saya jual. Informasi yang saya jual adalah
bagaimana cara nak buat ebook dan memasarkannya secara
underground.
Memang betul kos buat ebook yang anda sedang baca ini adalah RM0
tetapi banyak masa sudah saya habiskan dengan melakukan kajian dan
cuba jaya sendiri selama 5-6 bulan merancang untuk siapkannya.
Menulis ebook ini saya hanya mengambil masa seminggu setelah
maklumat telah lengkap semuanya.
Akhirnya, pada penghujung tahun 2013 barulah dapat disiapkan
sepenuhnya untuk dijadikan panduan lengkap bisnes ebook untuk
anda.
Pernah ada seorang pembeli ni, perempuan, dia menghantar email
kepada saya dengan nada yang marah bahawa ebook yangditempahnya tidak pernah sampai ke rumahnya setelah seminggu
ditempah.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
21/29
21 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 21
Maka saya dituduh sebagai penipu dan sebagainya. Sedangkan dalam
masa sehari sahaja saya telah menghantar link download kepadanya
untuk beliau download dan baca apa informasi yang saya ingin
sampaikan dalam ebook tersebut.
Jadi di sini tiada istilah menipu. Mungkin dia tersalah faham apa yang
saya jual sebenarnya. Lepas saya terangkan sebaik mungkin, barulah dia
boleh faham dan boleh terima.
Rupanya masih ada lagi yang tidak tahu apa itu istilah ebook. Jika ada
pelanggan anda seperti ini di kemudian hari, anda bolehlah terangkan
sebaiknya kepada mereka. Mungkin mereka baru berjinak-jinak dengan
dunia internet.
Rahsia Ebook
Kini fenomena bisnes ebook tidak lagi menjadi rahsia kerana sudah
banyak mereka yang biasa-biasa di luar sana menjana pendapatan yang
luar biasa dengan hanya bisnes ebook atau produk digital anda
sendiri.
Mereka pada mulanya tidak dikenali oleh sesiapa pun. Bermula dengan
bisnes ebook dan ebook mereka laku keras di pasaran, mereka mula
dikenali oleh usahawan-usahawan tempatan.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
22/29
22 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 22
Kenapa ebook mereka boleh laku keras?
Ini adalah kerana mereka pandai buat kajian sebelum melakukansesuatu ebook.
Bagi mereka, Masalah adalah peluang
Perniagaan ebook sudah tidak releven?
Perniagaan ebook yang mula-mula diperkenalkan di Malaysia adalahotai Internet Marketer, Mohd Suhaimy a.k.a SHUTH. Beliau adalah
pelopor pertama dalam dunia bisnes ebook di Malaysia di mana ebook
pertama beliau yang ditulis adalah Maskahwin Yang Hilang.
Jika anda nak tahu, itulah ebook pertama di Malaysia dan sehingga kini
masih lagi bertahan di pasaran.
Dilaporkan juga, dari tahun 2005 sehingga sekarang, sebanyak berbelas
ribu salinan yang telah terjual!
Jadi adakah anda nampak potensi menjual ebook tersebut?Persoalanya, adakah perniagaan ebook sekarang sudah tidak releven?
http://www.maskahwin.com/http://www.maskahwin.com/ -
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
23/29
23 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 23
Tidak sama sekali. Selagi mana manusia ada masalah dan ebook anda
mampu menyelesaikan masalah tersebut, ebook anda pasti laku di
pasaran.
Dalam panduan ini, anda bukan buat ebook sahaja. Saya juga sediakan
anda satu software di mana anda boleh buat panduan dalam bentuk
video. Jual panduan anda tersebut!
Lima Kelebihan Bisnes Ebook
Berikut adalah senarai kelebihan apabila anda buat bisnes ebook.
1.
Kos rendah
Bisnes ebook merupakan bisnes yang paling efektif untuk anda yang
ingin mulakan bisnes internet. Cuba anda bayangkan, anda hasilkanebook ini hanya dengan menggunakan perisian Microsoft dan
menukarkannya ke dalam bentuk PDF. Tiada kos pun yang terhasil.
Apa yang anda perlukan adalah hanya nama domain, hosting serta
design sebuah web jualan untuk anda memasarkannya. Jika saya buat
kira-kira, anda yang buta IT hanyamemerlukan kos seminimum bawahRM400 sahaja untuk mulakan bisnes ebook ini.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
24/29
24 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 24
Jika anda mahir dalam bidang IT, anda boleh minimumkan lagi kos
tersebut sehingga hampir kosong kosnya.
Tetapi saya ada kaedah lain untuk anda benar-benar nak buat bisnes
ebook tetapi tiada modal pun nak beli nama domain dan bina
webjualan yang mampu menjual. Topik tersebut akan dibincangkan
dalam topik 5.
Saya tidak bercakap kosong. Ia adalah benar dan ramai sudah berjayawalaupun kosnya adalah RM0.
2.Risiko minimum
Bisnes ebook membawa kepada anda risiko yang paling minimum. Hal
ini kerana jika anda habis sebanyak RM400 (bajet saya) semuanya
untuk siapkan sebuah ebook yang lengkap termasuk sebuah minisite
jualan, anda tidak akan mengalami kerugian yang teruk jika dikatakan
tiada yang berminat dengan ebook anda.
Tapi saya rasakan ia mustahil jika tiada seorang pun yang akan membeli
ebook anda. Pada bab yang seterusnya lagi, saya akan tunjukkan
kepada anda cara bagaimana anda hanya perlu menulis sahaja dan
pihak lain akan membantu anda dalam membina minisite dan juga
jentera affiliate akan membantu anda dalam jualan.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
25/29
25 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 25
Kerja anda cuma perlu hasilkan ebook sahaja! Tiada modal langsung
yang akan dikenakan.
3.Untung lumayan
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, sudah ramai mereka dari
golongan yang tidak dikenali kepada golongan yang dikenali setelah
jualan ebook mereka laku keras di pasaran.
Cuba bayangkan anda mampu menulis sebuah ebook yang banyak
permintaan di pasaran. Harga sebuah ebook yang anda jual adalah
sebanyak RM30 sahaja. Katakan anda mampu menjual sebanyak 3000
hingga 4000 salinan dalam masa setahun. Anda sudah menjana
diantara RM90,000 hingga RM120,000 dalam masa setahun. Tidak
perlu pandang cara otai buat 5 angka sebulan kerana ebook mereka
memang banyak permintaan.
Sekarang ini pandang diri anda dulu. Adakah ebook anda mampu
mencapai angka sebanyak itu dalam masa setahun? Tidak mustahil jika
ebook anda ada permintaan.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
26/29
26 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 26
4.Senang Urus
Ebook adalah dalam bentuk digital yang berformat PDF atau exe. Tetapi
format yang paling popular adalah PDF. Ia pula bersaiz lebih kecil dan
anda hanya memerlukan beberapa spacesahaja di computer anda
untuk menyimpan file ebook anda.
Apabila ada yang menempah pesanan ebook anda, anda hanya perlu
menghantar link download sahaja kepada mereka melalui email.
Mudah dan senang nak urus bukan?
Tidak seperti buku fizikal. Jika ada yang menempahnya, anda
memerlukan kos penghantaran dan pergi ke pejabat pos untuk dihantar
kepada pelanggan anda.
5.
Pendapatan Pasif
Adakah anda tahu apa itu pendapatan pasif? Pendapatan pasif adalah
anda hanya buat sekali kerja dalam sesuatu masa dan anda boleh
nikmati secara berterusan wang masuk ke dalam poket anda.
Masa anda sedang makan, masa anda sedang tidur, masa anda sedangbershopping dengan keluarga dan lain lain lagi, duit akan sentiasa
masuk saja pada bila-bila masa ke dalam bank anda tanpa anda sedari
pun.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
27/29
27 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 27
Kerja anda nanti, semak saja email tempahan dan hantar link download
kepada mereka yang telah membuat tempahan.
Bunyi macam menarik dan tidak masuk akal kan? Tapi itulah realitinya
seorang usahawan ebook! Saya dah alami. Anda bila lagi?
Bagaimana nak mulakan bisnes ebook ini?
Tahniah! Anda semakin menghampiri pembelajaran cara-cara mudah
buat ebook dan menjual ebook.
Nak mulakan bisnes ebook ini hanya ada tiga turutan langkah mudah.
Pilih Tajuk Ebook
Perkara yang paling penting dalam bisnes ebook adalah memilih idea
tajuk ebook. Inilah yang paling penting sekali dalam bisnes ebook.
Adakah tajuk yang anda pilih itu menjadi permintaan ramai? Adakah
tajuk yang anda pilih itu berdasarkan pengalaman anda yang sebenar?
Adakah anda expert dalam topic yang dibincangkan tersebut? Jika tidak
ada semua itu bagaimana caranya nak buat ebook? Saya akan ceritakan
nanti dalam bab seterusnya.
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
28/29
28 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Hakcipta Terpelihara www.bisnesebook.com Page 28
Bina Minisite
Bina sebuah laman webjualan yang mampu menjual. Tidak semua
orang boleh hasilkan sebuah ministe kerana tiada kemahiran. Anda
tidak perlu risau. Dalam bab yang seterusnya, saya akan ceritakan
kepada anda tiga plan yang menarik dan mampu untuk anda mulakan
bisnes ebook anda sendiri dengan kos RM0.
Topik ini adalah hanya intro sahaja supaya anda rasa ada getaran dan
tak sabar nak hasilkan ebook sendiri.
Promosi
Produk dah ada iaitu ebook anda. Laman webjualan sudah ada iaitu
sebuah minisite yang diyakini dan yang ketiga sudah semestinya
promosi.
Bahagian inilah jantung atau nadi sesebuah bisnes ebook. Tiada guna
anda ada sebuah ebook yang hebat dan sebuah minisite dengan ayat
jualan memukau tetapi tidak pandai promosi. Tidak ada seorang pun
yang menjumpai website anda. Jadi bagaimana jualan boleh berlaku
jika trafik kurang?
Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika
anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang
gagal.
Donald Trump, Billionaire Amerika
-
7/21/2019 Preview Percuma Topik 1
29/29
29 Langkah demi langkah buat ebook cara mudah dan jual
Sama-sama kita fikirkan.
Baiklah, sebelum kita mula nak hasilkan ebook ni, saya nak anda semakbahawa dengan pakej ini anda telah menerima bonus seperti berikut
untuk memudahkan pembelajaran anda nanti. Sila semak dalam folder
anda sekarang juga.
Kisah Kejayaan 10 Orang Usahawan Ebook
Software VideoscribeSoftware Camtasia Studio 8
Action Script Buat Cover Ebook beserta Video Panduan
MagicecoverCreator
Skript Auto Update Tarikh dan Masa
Kesimpulan
Pada topik ini saya telah menerangkan kepada anda apa itu ebook,
mengapa ia boleh dijual dan kenapa ia boleh dijadikan sebagai produk
anda sendiri yang sangat menguntungkan. Saya juga telah
menerangkan kepada anda kelebihan menjadi seorang usahawan
ebook supaya fikiran anda lebih terbuka untuk menjadi seorang
usahawan ebook.
Full Version >>>>http://www.bisnesebook.com
http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/http://www.bisnesebook.com/