profesor datin dr. noran fauziah yaakub dan puan zahyah hanafi- memahami perhubungan anak dan ibu...
TRANSCRIPT
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
1/16
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
2/16
Memahami Perhubungan Anak dan Ibu Bapa di Kalangan Pelajar
Meiayu dari Sebuah Universit
Noran Fauziah Yaakub
Fakulti Sains K ognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan Idris
dan
Zahyah Hanafi
Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
Pengenalan
Ahli ekologi manusia seperti Bronfenbrenner (1986) bersetuju bahawa peranan keluarga
amat penting dalam pelbagai aspek atau dimensi perkembangan anak. Ibu dan ayah,
sebagai orang pertama yang penting dalam kehidupan anak, menyediakan ruang dan
persekitaran fizikal, sosial dan emosi yang boleh menggalak atau menghalang
perkembangan kanak-kanak secara optimum. Selain itu, ibu dan bapa juga menyalurkan
segala nilai, menetapkan peraturan, dan mengamalkan tradisi yang perlu diikut dan
diakur. Menurut sistem teori ekologi, kedudukan anak dalam sistem tersebut adalah di
tengah-tengah bulatan yang dinamakan sistem mikro, di mana terdapat tiga pengaruh
utama, iaitu keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Dalam bulatan sistem mikro tersebut,
anak mengalami pelbagai interaksi dengan keluarga, dan ini kemudiannya menyumbang
kepada perkembangan psikologi dan emosi mereka.
Kajian awal lagi kelasik tentang pengaruh ibu bapa terhadap perkembangan anak
adalah berdasarkan tipologi atau jenis gaya keibubapaan yang dikemukakan oleh
Baumrind (1967, 1971), iaitu autoritatif-autoritarian-permisif. Gaya keibubapaan enis
permisif kemudiannya dipecahkan kepada dua oleh Baumrind, (1978), iaitu permisif-
manja (indulgent ) dan permisif-berkecuali (indifferent). Ketiga-tiga jenis gaya
keibubapaan ini kemudiannya diperkembangkan oleh Maccoby dan Martin (1983)
menjadi empat gaya yang banyak digunakan oleh penyelidik lain kemudiannya. Maccoby
dan Martin mencadangkan dua dimensi yang terdapat dalam gaya keibubapaan, iaitu
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
3/16
desakan (demandingness) dan kemesraan (responsiveness). Gabungan dua dimensi
desakan dan kemesraan, sama ada tinggi dan rendah, menghasilkan empat gaya
keibubapaan: autoritatif, authoritarian, permisif, dan membiar (Rajah 1).
Ibu bapa yang dianggap sebagai autoritatif adalah mereka yang tinggi dari segi
desakan dan juga kemesraan. Ibu bapa autoritatif mengarah segala aktiviti anak secara
rasional dan boleh menerima atau mendengar pendapat anak. Gaya keibubapaan seperti
ini dianggap demokratik. Maksudnya di sini, ibu bapa menetapkan peraturan tetapi
peraturan tersebut boleh diubah berdasarkan kepada pendapat dan pandangan anak, dan
ibu bapa juga dapat memberi rasional atau penjelasan tentang peraturan yang ditetapkan.
Ibu bapa autoritatif menggalakkan anak mereka supaya menjadi berdikari, selain daripada
membenarkan anak mengambil bahagian dalam membuat keputusan keluarga (Darling &
Steinberg, 1993).
Mesra
Tinggi
Gaya Permisif Gaya Autoritatif
Desakan
Rendah
Desakan
Tinggi
Gaya Membiar Gaya Autoritarian
Mesra
Rendah
Rajah 1: Jenis-Jenis Gaya Keibubapaan
2
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
4/16
Sebaliknya pula, ibu bapa yang autoritarian adalah tinggi dari segi desakan tetapi
rendah dari segi kemesraan. Mereka tidak fleksibel dengan peraturan yang mereka
tetapkan dan anak terpaksa mengakuri peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu bapa.
Anak tidak ada peluang untuk berbincang tentang peraturan yang dikenakan ke atas
mereka, dan mereka dijangka mematuhinya tanpa banyak soal. Ibu bapa seperti ini
memberi keutamaan tinggi kepada disiplin, lazimnya secara kasar dan kurang
menunjukkan sokongan emosi.
Seterusnya, gaya keibubapaan yang permisif ialah di mana ibu bapa adalah rendah
dari segi desakan tetapi tinggi dari aspek kemesraan. Gaya ini juga dikenal sebagaikemanjaan (indulgent ). Anak dibenarkan untuk mengawal aktiviti mereka sendin dan
mereka juga tidak dijangka untuk mematuhi piawaian luaran. Persekitaran gaya
keibubapaan seperti ini lebih berkemungkinan mewujudkan iklim laissez-faire di mana
ibu bapa tidak menghukum atau mendenda.
Akhi nya, ibu bapa yang tidak mendesak dan juga tidak mesra dengan anak
mereka dinamakan sebagai ibu bapa yang membiar saja anak mereka. Ibu bapa dalam
kategori ini tidak menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan atau keperluan anak.
Tingkah laku anak sering tidak diawas dan anak boleh melakukan apa saja yang mereka
mahu.
Kajian juga telah menunjukkan kesan yang berbeza-beza kepada anak hasil
daripada gaya keibubapaan yang berlainan. Gaya autoritatif didapati lebih berkaitan
dengan tahap penyesuaian yang lebih tinggi (Steinberg, Mounts, Lambom, & Dombusch,
1991), kematangan psikososial (Steinberg, Elmen, & Mounts, 1989), harga diri (Bartle,
Anderson, & Sabatelli, 1989), dan kejayaan akademik (Dombusch, Ritter, Leiderman,
Roberts, & Fraleigh, 1987).
Dalam konteks masyarakat Melayu, perhubungan ibu bapa dan anak adalah
dipengaruhi oleh gaya keibubapaan yang telah diamalkan oleh ibu bapa sebelumnya
(Wan Abdul Halim Othman, 1985). Menurut Wan Abdul Halim lagi, ibu bapa Melayu
3
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
5/16
percaya bahawa segala tingkah laku negatif dan anti-sosial anak akan hilang apabila
mereka membesar menjadi orang dewasa. Oleh itu, ibu bapa Melayu dikatakan mereka
tidak perlu membentuk atau membetulkan tingkah laku salah semasa anak membesar.
Tanggung jawab utama ibu bapa lalah untuk memberi kasih sayang sepenuhnya selain
daripada memastikan keselamatan mereka.
Seorang lagi tokoh tempatan, Abdul Maulud Yusof (1976) menyatakan ibu
Melayu adalah lebih permisif, selalu mengalah kepada kehendak anak. Apabila mereka
tidak dapat mengawal anak, mereka akan meminta bantuan daripada bapa. Kajian Abdul
Maulud Yusof menunjukkan anak-anak lebih takut kepada bapa daripada ibu. Jika
didapatj bersalah, anak lelaki akan dirotan, tetapi anak perempuan kurang menenma
hukuman seperti ini. Sebaliknya, anak perempuan lebih banyak dimarah atau dileter oleh
ibu. Selain itu, ibu juga didapati akan melindungi anak jika bapa terlalu menghukum
anak.
Dalam konteks tempatan, tinjauan literatur mendapati tidak banyak kajian yang
telah dibuat dalam bidang gaya keibubapaan. Adalah menjadi minat kepada penulis untuk
mengenalpasti gaya keibubapaan bagi satu kumpuian pelajar Melayu yang telah beijaya
memasuki menara gading. Oleh itu, satu kajian yang menggunakar nstrumen Baumrind
telah dilakukan ke atas 866 pelajar Melayu dari sebuah universiti untuk mengukur gaya
keibubapaan bagi ibu dan bapa secara berasingan. Objektif kajian adalah untuk menjawab
soalan-soalan berikut:
1. Apakah gaya keibubapaan ibu dan bapa seperti yang dipersepsi oleh kedua-dua
kumpuian pelajar lelaki dan perempuan?
2. Apakah gaya keibubapaan ibu seperti yang dipersepsi oleh pelajar lelaki dan
perempuan secara berasingan?
3. Apakah gaya keibubapaan bapa seperti yang diperseps: oleh pelajar lelaki dan
perempuan secara berasingan?
4. Terdapatakah perbezaan gaya keibubapaan ibu dan bapa mengikut jantina?
4
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
6/16
5. Terdapatkah perkaitan antara gaya keibubapaan ibu dan bapa mengikut tahap
pendidikan mereka?
6. Terdapatkah perkaitan antara gaya keibubapaan ibu dan bapa mengikut jenis
persekoiahan anak?
7. Sejauh manakah pelajar puas hati dengan gaya keibubapaan ibu dan bapa mereka?
Metod
Ka(ian ini mengguna persampelan rawak berstrata mengikut tahun pengajian, jantina dan
pencapaian akademik dari segi purata mata keseluruhan (PMK). Sebanyak 866 pelajar
Melayu dari sebuah universiti telah dipilih untuk kajian ini. Mereka terdiri daripada 372
(42.9%) pelajar lelaki dan 494 (57.1%) pelajar perempuan. Pechahan mengikut tahun
pengajian menunjukkan 35% (305) dalam tahun pertama, 35% dalam tahun kedua dan
29% dalam tahun ketiga. Dar segi keputusan akademik, sebanyak 27.9% termasuk
dalam katgeori PMK hingga 2.49, 39.2% mempunyai PMK antara 2.50 hingga 2.99 dan
32.9% memperoleh PMK 3.00 dan ke atas.
Pelajar telah diedarkan soalselidik untuk mengukur persepsi mereka terhadap
gaya keibubapaan ibu dan ayah secara berasingan. Instrumen yang diguna ialah
nstrumen yang telah dibina oleh Baumrind dan telah diterjemah oleh kedua-dua
penyelidik. Hasil instrumen yang telah diteijemahkan kemudiannya diteijemah semula ke
dalam bahasa Inggeris, satu kaedah yang disarankan oleh Brislin.
Instrumen yang digunakan untuk mengukur gaya keibubapaan ibu terdiri daripada
15 item untuk mengukur kawalan atau desakan dan 15 item lagi untuk mengukur kadar
respons atau kemesraan. Ujian kebolehpercayaan dengan mengguna Cronbach alpha
memberi nilai sebanyak .69 bagi kawalan dan .71 bag, kemesraan. Item yang sama
digunakan untuk mengukur gaya keibubapaan bagi bapa, dan nilai kebolehpercayaan
adalah .73 bagi kedua-dua dimensi kawalan dan kemesraan.
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
7/16
Dapatan
Soalan Kajian 1: Apakah gaya keibubapaan ibu dan bapa seperti yang dipersepsi oleh
kedua-dua kumpuian pelajar lelaki dan perempuan?
Berdasarkan kepada kriteria pemberian skor, kedua-dua kumpuian pelajar lelaki dan
perempuan mempunyai persepsi bahawa 57.7% daripada ibu dilihat sebagai tergolong
dalam kategor kawalan rendah, manakala 14.5% daripada mereka termasul dalam
katgeori kemesraan yang rendah. Apabila skor bagi dimensi kawalan dicantumkan
dengan skor bagi dimensi kemesraan, maka keputusannya menunjukkan kebanyakan ibu
(54.2%) dilihat sebagai mempunyai gaya permisif, diikuti dengan 30.9% sebagai
autoritatif. Tidak ada seorang pun daripada responden menganggap ibu mereka sebagai
membiar. Sebaliknya pula, kebanyakan daripada kaum bapa (41.8%) dianggap sebagai
termasuk dalam kategori autoritatif, diikut: dengan 38.1% sebagai permisif. Terdapat
peratusan yang kecil (9.2%) yang merasakan bapa bersifat authoritarian terhadap mereka
(Jadual 1).
Jadual 1: Gaya Keibubapaan bagi Ibu dan Bapa
oleh Kedua-dua Kumpuian Pelajar
Gaya Ibu Bapa
Autoritatif 30.9% 41.8%
Autoritarian 4.5% 9.2%
Permisif 54.2% 38.1%Membiar 0.0% 10.9%
Soalan kajian 2: Apakah gaya keibubapaan ibu seperti yang dipersepsi oleh pelajar
lelaki dan perempuan secara berasingan?
Analisis seterusnya ialah meninjau gaya keibubapaan bagi ibu dan bapa mengikut jantina.Keputusan kajian menunjukkan pelajar lelaki melihat ibu mereka mempunyai gaya
permisif, diikuti dengan gaya autoritatif, authoritarian dan tiada yang menilai ibu mereka
6
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
8/16
sebagai membiar. Jadual 2 menunjukkan keputusan gaya keibubapaan ibu oleh pelajar
lelaki dan perempuan.
Jadual 2: Gaya Keibubapaan Ibu oleh Pelajar Lelaki dan Perempuan Secara Berasingan
Gaya Ibu Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
Autoritatif 30.5% 45.0%
Autoritarian 5.9% 3.7%
Permisif 52.0% 45.0%Membiar 0.0% 0.0%
Soalan kajian 3: Apakah gaya keibubapaan bapa seperti yang dipersepsi oleh pelajar
lelaki dan perempuan secara berasingan?
Keputusan kajian tentang gaya keibubapaan bapa mengikut jantina boleh dilihat dalam
Jadual 3. Dari segi urutan, kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan menilai bapa masing-
masing sebagai autoritatif, diikuti oleh permisif, authoritarian dan membiar.
Jadual 3: Gaya Keibubapaan Bapa oleh Pelajar Lelaki dan
Perempuan Secara Berasingan
Gaya Bapa Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
Autoritatif 46.3 54.3
■ Autoritarian 11.5 9.8
Permisif 31.0 29.1
Membiar 11.2 6.8
Soalan kajian 4: Terdapatakah perbezaan gaya keibubapaan ibu mengikut jantina?
Langkah seterusnya ialah membuat analisis ujian-t bagi ke empat-empat tipologi gaya
keibubapaan ibu mengikut jantina. Keputusan menunjukkan perbezaan yang signifikan
bagi gaya autoritatif ibu mengikut jantina. Skor min bagi gaya autoritatif adalah lebih
7
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
9/16
tinggi di kalangan pelajar perempuan. Sebaliknya pula, skor min bagi pelajar lelaki
adalah lebih tinggi bagi gaya permisif dan perbezaan tersebut adalah signifikan (Jadual
4).
Jadual 4: Ujian-t bagi Gaya Keibubapaan Ibu mengikut Jantina
Gaya Ibu Jantina N Min t Sig.MUMTIVE Lelaki 371 .30 -3.73 .00
Perempuan 493 .42
MUMRIAN Lelaki 371 .05 1.57 .11Perempuan 493 .04
MUMLECT Lelaki 371 .00
Perempuan 493 .00
MUMSIVE Lelaki 371 .52 2.03 .04
Perempuan 493 .45
Soalan kajian 5: Terdapatakah perbezaan gaya keibubapaan bapa mengikut jantina?
Keputusan ujian-t bagi gaya keibubapaan bapa mengikut jantina dapat d lihat dalam
Jadual 5. Skor min bagi pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki
bagi gaya autoritatif, dan perbezaan tersebut adalah signifikan. Akan tetapi, skor min
pelajar lelaki adalah lebih tinggi bagi gaya permisif dan perbezaan tersebut adalah
sigufikan. Tidak terdapat perbezaan signifikan bagi gaya authoritarian dan membiar
untuk bapa mengikut jantina.
Jadual 5: Ujian-t bagi Gaya Keibubapaan Bapa mengikut Jantina
Gaya Bapa Jantina N Min t Sig.
DADTIVE Lelaki 365 .46 -2.31 .02
Perempuan 488 .54
DABRIAN Lelaki 365 r .11 1.57 .43
Perempuan 488 .09
DADLECT Lelaki 365 .11 2.30 .02
Perempuan 488 .06
DADSIVE Lelaki 365 .30 .59 .55
Perempuan 488 .29
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
10/16
Soalan kajian 6: Terdapatkah perkaitan antara gaya keibubapaan ibu dan bapa mengikut
tahap pendidikan mereka?
Keputusan analisis jadual silang bagi keempat-empat gaya keibubapaan ibu dengan tahap
pendidikan ibu tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan bagi kedua-dua
pembolehubah tersebut. Keputusan yang sama juga diperoleh bagi keempat-empat gaya
keibubapaan bapa dengan tahap pendidikan mereka.
Soalan kajian 7: Terdapatkah perkaitan antara gaya keibubapaan ibu dan bapa mengikut
jenis persekolahan anak?
Keputusan jadual silang bagi keempat-empat gaya keibubapaan ibu dengan jenis
persekolahan anak semasa sekolah menengah (sekolah harian atau sekolah asrama penuh)
tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan bagi kedua-dua pembolehubah tersebut.
Keputusan yang sama juga diperoleh bagi keempat-empat gaya keibubapaan bapa dengan
jenis persekolahan pelajar semasa di sekolah menengah.
Soalan kajian 8: Sejauh manakah pelajar puas hati dengan gaya keibubapaan ibu dan
bapa mereka?
Respons yang diberikan kepada item yang meminta pelajar menyatakan sejauh manakah
mereka berpuas hati dengan gaya keibubapaan ibu mereka menunjukkan 88.71% yang
telah menjawab soalan ini. Secara keseluruhan, kebanyakan pelajar berpuas hati dengan
gaya keibubapaan ibu mereka. Kepuasan tersebut disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu
mengambil berat tentang anak, bertanggungjawab, bertolak ansur, menyayangi anak,
mesra, memaham masalah anak, memberi perhatian, memberi bantuan bila diperlukan,
memberi semangat supaya belajar bersungguh-sungguh, memben nasihat, memberi
pendidikan agama, bertolak ansur, bantu dalam pelajaran dan banyak berkorban untuk
kebajikan dan kebaikan anak. Jika dilihat kepada respons kepada soalan terbuka ini,
jawapan-jawapan tersebut berkaitan dengan dimensi kemesraan dan desakan.
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
11/16
Akan tetapi, terdapat sebilangan kecil pelajar yang menyatakan tidak puas mereka
dengan gaya keibubapaan ibu mereka. Sebab-sebab yang diberikan ialah ibu dikatakan
terlalu mengongkong dan tidak memberi kebebasan, pemarah, menunjukkan pilih kasih
kepada anak yang tertentu, pemarah, tidak tegas dan tidak mengambil berat dalam
pelajaran anak.
Respons yang diberikan responden tentang kepuasan mereka dengan gaya
keibubapaan bapa mereka adalah sebanyak 87.45 peratus. Peratusan yang puas hati
dengan gaya keibubapaan bapa adalah juga lebih tinggi daripada tidak puas. Sebab-sebab
yang diberikan adalah bapa dilihat sebagai orang yang banyak berkorban dari segi
kewangan untuk pelajaran anak, mengambil berat tentang kebajikan anak, memahami
anak, bertanggungjawab dan memberi bantuan bila diperlukan. Selain itu, mereka yang
puas dengan gaya keibubapaan bapa mereka juga mengatakan bapa mereka menunjukkan
kasih sayang kepada anak, baik, mendorong anak supaya belajar dengan lebih tekun, dan
tegas.
Sebab-sebab yang diberikan responden kenapa mereka tidak puas dengan gaya
keibubapaan bapa adalah lebih banyak daripada yang mereka berikan untuk ibu.
Ketidakpuasan itu boleh dibahagikan kepada dua. Pertama ialah tidak puas dengan bapa
yang dikatakan telah mengecewakan ibu. Kedua ialah persepsi yang ada kaitan dengan
diri mereka sendiri, iaitu bapa dikatakan tidak memberi dorongan, tidak percayakan anak,
kurang prihatin, kurang berkomunikasi dengan anak, tidak ambil tahu tentang pelajaran
anak, lebih sayangkan anak lelaki daripada anak permpuan, enggan mendengar luahan
anak, kurang mesra, garang, dan terlalu tegas.
Perbincangan dan Implikasi
Tujuan utama artikel ini ialah untuk meneliii tentang gaya keibubapaan ibu dan bapa
seperti yang diperseps oleh satu kumpuian pelajar lelaki dan perempuan dari sebuah
universiti. Dengan mengkaji pola gaya keibubapaan secara berasingan bagi ibu dan bapa,
kajian ini telah memberi sedikit pemahaman tentang gaya keibubapaan di kalangan orang
Melayu dan bagaimana anak lelaki dan perempuan menilai ibu dan bapa mereka.
10
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
12/16
Kedua-dua kumpuian responden menilai bu dan bapa secara berbeza. Lebih
separuh daripada responden melihat ibu mereka sebagai permisif, dan hampir satu
pertiga melihat ibu mereka sebagai autoritatif. Tidak ada yang mengatakan ibu sebagai
membiarkan mereka. Akan tetapi, lebih banyak daripada responden melihat bapa mereka
sebagai autoritatif, diikuti sebagai permisif, membiarkan mereka dan autoritarian.
Dari segi urutan, kedua-dua kumpuian pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan
penilaian yang sama terhadap ibu mereka dan segi urutan iaitu pertama sebagai permisif,
autoritatif, dan autoritarian. Tidak ada pelajar lelaki dan perempuan yang merasakan ibu
mereka telah membiarkan mereka.
Penilaian tentang gaya keibubapaan bapa bagi kedua-dua kumpuian responden
juga menunjukkan urutan yang sama. Majoriti melihat bapa mereka sebagai autoritatif,
diikuti dengan permisif, autoritarian dan akhir sekali membiar. Peratusan pelajar yang
mengatakan bapa mereka tidak mengambil berat tentang mereka adalah lebih tinggi
berbanding pelajar perempuan.
Dari segi gaya autoritatif, skor min pelajar perempuan adalah lebih tinggi
daripada pelajar lelaki bagi ibu dan juga bapa, mencadangkan responden perempuan
dalam kajian ini merasakan ibu dan bapa mereka adalah mendesak tetapi mesra.
Seterusnya, responden lelaki merasakan ibu mereka lebih permisif berbanding responden
perempuan. Dan segi gaya membiarkan saja anak, lebih banyak pelajar lelaki yang
merasakan bapa mereka tidak mengambil berat tentang mereka, berbanding pelajar
perempuan.
Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan gaya keibubapaan
dari segi tahap pendidikan ibu dan bapa. Selain itu, tidak terdapat juga perkaitan gaya
keibubapaan dengan jenis sekolah anak semasa di sekolah menengah.
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
13/16
Sebab-sebab yang diberikan kenapa mereka puas dengan gaya keibubapaan ibu
adalah jauh lebih banyak daripada apa yang diberikan untuk bapa. Lebih banyak sebab
yang diberikan kenapa mereka tidak puas dengan bapa berbanding dengan ibu.
Dapatan kajian ini menyokong pandangan yang dikemukakan oleh Wan Abdul
Halim Othman bahawa kebanyakan ibu Melayu adalah bersifat permisif. Dalam konteks
ini, ibu mungkin menunjukkan banyak kemesraan dan kurang mendesak terhadap anak
kerana anak mereka adalah baik dari segi pelajaran. Apabila dirujuk kepada keputusan
kekerapan bagi item-item bagi dimensi mendesak, hampir dua-pertiga daripada ibu (64%)
dan bapa (67.2%) didapati membuat sedikit sahaja peraturan untuk anak-anak mereka.
Selain itu, kebanyakan ibu (62%) dan bapa (67%) juga didapati tidak membuat peraturan
tentang peraturan menonton televisyen semasa mereka masih berada di peringkat sekolah
menengah.
Kumpuian ibu didapati bersifat lebih permisif terhadap anak lelaki. Kenyataan ini
disokong daripada keputusan analisis yang lebih terperinci kepada item-item yang
terdapat bagi dimensi ini. Ibu didapati lebih mendisiplinkan anak perempuan dan kurang
memberi kebebasan kepada mereka. Begitulah juga halnya dengan anak lelak: kurang
ditekankan untuk membuat keija-keija rumah atau tidak kisah sama ada anak lelaki
membantu keria-keria rumah. Dapatan ini mencadangkan nilai berlainan yang diberikan
oleh kedua-dua ibu bapa terhadap anak lelaki. Dalam masyarakat yang masih memberi
layanan dan nilai yang berlainan terhadap anak lelaki dan perempuan, maka dapatan ini
tidaklah begitu memeranjatkan.
Kajian ini dianggap unik kerana ia memberi gambaran tentang perhubungan ibu
bapa dan anak bagi satu kumpuian pelajar Melayu yang telah beijaya melanjutkan
pelajaran mereka hingga ke peringkat universiti, Dapatan ini penting kerana ia memberi
maklumat terperinci tentang jenis-jenis gaya keibubapaan bagi ibu dan bapa secara berasingan. Analisis yang berasingan menunjukkan gaya perm isif berkaitan secara
signifikan dengan pencapaian akademik anak, satu dapatan yang agak berbeza dengan
apa yang didapati bagi pelajar kulit putih (gaya autoritatif) dan pelajar Cina di Amerika
12
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
14/16
Syarikat dan Hong Kong (gaya autoritarian). Gaya autoritat if yang teiah berulang kaii
menunjukkan perhubungan positif dengan pencapaian akademik bagi kalangan pelajar
kulit putih di Amerika adalah tidak benar dalam kajian ini. Dapatan ini mencadangkan
ibu bapa yang mesra dengan anak dan tidak mendesak dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan anak. Hasilnya, anak merasa selamat dan tidak terancam, maka implikasinya
mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran yang secara langsung atau tidak
langsung berkaitan secara positif dengan pencapaian akademik.
Satu lagi perkara menarik tentang dapatan kajian ini ialah walaupun terdapat
pelajar lelaki dan perempuan yang beipendapat bapa mereka mengamalkan gaya
membiar, mereka masih beijaya dalam pelajaran mereka. Nampaknya kumpuian pelajar
ini tidak begitu tergugat dengan kurang perhatian daripada bapa, kerana kajian ini juga
menunjukkan tidak ada seorang ibu bapa yang dikategori sebagai membiarkan anak. Oleh
itu, walaupun pelajar-pelajar ini tidak mendapat kasih sayang daripada bapa mereka dan
pada masa yang sama tidak didesak untuk mencapai sesuatu, implikasinya ialah peranan
ibu yang banyak memberi kasih sayang kepada anak telah dapat mengatasi kekosongan
tersebut.
Akhir sekali dapatan kajian ini mempunyai implikasi kepada teori dan juga
amalan. Dari segi teorinya, ibu bapa yang autoritatif dikatakan lebih beijaya
menghasilkan anak yang berjaya dalam pelajaran. Akan tetapi, teori ini mungkin kurang
sesuai bagi budaya orang bukan kulit putih. Memandangkan kajian dalam bidang ini
masih berkurangan di Malaysia, maka dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasi
kepada seluruh orang Melayu. Masih banyak kajian seumpama ini perlu dilakukan untuk
mendapat gambaran yang lebin jelas tentang fenomena ini.
13
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
15/16
Rujukan
Abdul Maulud Yusof. (1976). An Urbanizing Malay Village: Some Aspects of Its
Social Organization. In Dahlan, H.M. The Nascent Malaysian Society. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bartle, S.E., Anderson, S.A. & Sabatelli, R.M. (1989). A model of parenting style,
adolescent individuation and adolescent self-esteem: Preliminary findings. Journal of
Adolescent Research, 4,283-198.
Baumrind, D. (1967). Child care practices anteceding three patterns o f preschool
behaviour. Genetic Psychological Monograph, 75: 43-88.
Baumrind, D. (1971). Current patterns of parental authority. Developmental
Psychological Monograph, 4(1, part 2), 1-103.
Bronfenbrenner, U. (1986). Ecology of the family as a context for hum an development:
Research perspectives. Development Psychology, 22: 723-742.
Darling, N. & Steinberg, L. (1993). Parenting style as context: An integrative model,
Psychological Bulletin, 113,487-496.
Dombusch, S.M., Ritter, P.L., Leiderman, P.H., Roberts, D.F. & Fraleigh, M.J. (1987).
The relation of parenting style to adolescent school performance. Child Development, 58,
1244-1257.
Maccoby, E. dan Martin, J. (1983). Socialization in the context o f the family: Parent-
child interaction. In Hetherington, E. (vol. ed.), Mussen, P. (series ed.), Handbook of
Child Psychology, Vol. IV: Socialization, Personality, and Social Development.
14
-
8/17/2019 Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub dan Puan Zahyah Hanafi- Memahami Perhubungan anak dan ibu bapa di…
16/16
Steinberg, L., Elmen, J. & Mounts, N (1989) Am™-;tnrr •^ Autoutatif parenting, psychosocial
maturity, and academic success among adolescents. Chili Development, 60, 1424-1436,
Steinberg, L„ Mounts, N„ Lambom, S. & Dombusch, S.M. (1991). Authoritative
parentmg and adolescent adjustment across various ecological niches. Journal of
Research on Adolescence. 1, 19-36.
Wan Halim Othman. (1993). Psikologi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
15