projek psk.doc
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PERKHEMAHANUNIT-UNIT BERUNIFORM
08 – 10 Oktober 2010
PENDAHULUAN
Ke arah usaha untuk menjana dan melahirkan murid yang cemerlang, satu program untuk meningkatkan prestasi murid sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum perlu dilaksanakan. Dalam usaha ini, adalah wajar murid di beri pendedahan dan latihan yang secukupnya agar mampu memberi sumbangan yang lebih bermakna bukan sahaja kepada unit uniform, bahkan kepada bangsa dan negara.
Oleh itu, jawatan kuasa telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk merealisasikan program ini. Program ini dijangka mampu mendorong murid dalam memperteguhkan ketahan diri dari segi mental dan fizikal.
RASIONAL
Perkhemahan ini merupakan satu alternatif untuk melatih murid dengan ilmu unit beruniform yang semakin berkembang maju. Perkhemahan yang akan dijalankan ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menjanjikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Aktiviti ini juga akan mendorong bagi melahirkan pemimpin yang berkebolehan di kalangan murid.
MATLAMAT
Program ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Dengan adanya perkhemahan ini akan dapat merapatkan hubungan antara warga sekolah. Sikap toleransi dan semangat bekerjasama juga akan diterapkan dalam program ini bagi melahirkan warga sekolah yang penyayang dan cemerlang.
OBJEKTIF
1. Menyemai penekanan terhadap proses kepimpinan di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum.
2. Memberi pendedahan terhadap aktiviti perkhemahan dan cara pengendaliannya kepada murid.
3. Memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan cintakan alam sekitar dalam setiap aktiviti.
4. Memenuhi sebahagian daripada sukatan rancangan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan..
5. Membantu, Membina dan Membentuk motivasi diri murid bagi melahirkan warga sekolah yang cemerlang.
SASARAN
Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Penyertaan murid
adalah mengikut unit uniform yang disertai dalam aktiviti kokurikulum. Pihak jawatankuasa
telah menetapkan seramai 80 orang murid sahaja yang akan menyertainya. Bilangan guru
adalah bergantung kepada keperluan program.
SASARAN : 80 orang murid
: 10 orang guru
Jumlah : 90 orang
TARIKH DAN MASA
Jawatankuasa telah memilih untuk mengadakan perkhemahan ini mengikut ketetapan
seperti berikut :
Tarikh : 08 – 10 Oktober 2010
Hari : Jumaat – Ahad
Tempat : Akademik Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM)
PULAPES, Jugra, Banting.
Masa : Sepenuh masa ( Bertolak: 08/10/2010 jam 2.30 ptg dan
Tiba di sekolah: 10/10/2010 jam 1.00 tgh )
BAYARAN
Murid yang berminat untuk menyertai Perkhemahan ini akan dikenakan bayaran
sebanyak RM 40.00 untuk seorang. Bayaran akan mula dikutip selepas borang
penyertaan diedarkan dan murid boleh membuat pembayaran pada atau sebelum
05 Oktober 2010.
KEWANGAN
A) ANGGARAN PENDAPATAN
1. Bilangan peserta ( 80 orang x RM 40.00 ) = RM 3200.00
2. Peruntukan Kokurikulum = RM 3000.00
3. Sumbangan PIBG = RM 1000.00
____________
JUMLAH = RM 7200.00
-------------------
B) ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Penginapan RM 5.00 X 20 khemah X 2 hari = RM 200.00
( Sewa Tapak Perkhemahan )
RM 80.00 x 2 buah x 2 hari = RM 320.00
( Sewa Rumah Perwira )
2. Sewaan Dewan Jugra RM 100.00 x 2 hari = RM 200.00
( Dewan Jugra utk urusetia)
3. Bayaran Aktiviti RM 30.00 x 80 orang murid = RM 2400.00
( Kayak, Repelling, Flying Fox)
4. Makan dan Minum Murid RM 30.00 x 80 orang murid = RM 2400.00
( 11 x makan )
5. Pengangkutan RM 700.00 x 2 buah bas = RM 1400.00
6. Urusetia = RM 180.00
7. Peralatan / Bahan / Lain-lain = RM 100.00
------------------ JUMLAH = RM 7200.00 --------------
JAWATAN KUASA INDUK
Penasihat : Pn. Hjh. Isniwati Bt. Sanusi Guru Besar SK.Pendamaran Jaya
Pengerusi : Pn.Umadevi A/P Velayuthan
Naib Pengerusi : Pn. Rafeah Bt wahid : Pn. Norkhatimah Bt Mohd Sidek : Pn. Hjh. Robingah Bt Kartijo
Setiausaha : En. Afzainizam B Long
Pen. Setiausaha : En. Ahmad Nordin Jaafar
Bendahari : Pn.Umadevi a/p Velayuthan : En.Afzainizam Long(P)AJK
: En. Mohd Zamzuri B. Muhamad - Kem.Komandan
: En. Danial Heryanto B Zainal Abidin - Pen. Kem Kom
: En. Mohd Aswad B. Mansor - Penyelaras M/M
: En. Azman B. Abdul Azis - Alatan (Khemah)
: Pn. Faridah Bt Ismail - Buku Program
: En. Othman Zakaria - Pengangkutan
: En. Zulkifli Ibrahim -Aktiviti 1
: Pn. Ruzana Abdul Rahman
: En. Ishak Baharuddin -Aktiviti 2
: En. Mohd Yusof Othman
: Tn. Hj.Fadzli Saharani -Aktiviti 3
: En. Azman Abd Azis
: Cik. Atirah Mustafa -Aktiviti 4
: Cik. Nurnajwa Abdul Latif
: En. Hairul Nizam Mhd Noh -Aktiviti 5
: En. Vijaykumar
JAWATAN KUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn.Umadevi A/P VelayuthanPenyelaras : En. Afzainizam LongKem Komandan : En. Mohd Zamzuri Mohamad Pen. Kem.Kom : En. Danial Heryanto B Zainal Abidin AJK Kem Komandan : En. Azman Abdul Azis : En.Mohd Aswad MansorKetua Aktiviti : En.Zulkifli Ibrahim -Aktiviti 1 : Pn.Ruzana Abdul Rahman : En.Othman Zakaria
: En. Ishak Baharuddin -Aktiviti 2: En.Mohd Yusof Othman: Tn.Hj.Fadzli Saharani -Aktiviti 3: En. Azman Abd Azis : Cik. Atirah Mustafa -Aktiviti 4: Cik Nurnajwa Abdul Latif: En. Hairul Nizam Mhd Noh -Aktiviti 5: En.Vijaykumar
AJK Aktiviti : Pn. Maisarah Saifuddin : Pn. Siti Mariam Ismail : Pn. Sharifah Said : Pn. Siti Norbaya Ibrahim : Pn. Rafidah Kamarudin : Pn. Meera Nair
: Pn. Norlin Abdul Aziz : Pn. Sujatha a/p Bathmanaban : Pn. Husnazira Husain : Pn. Azwani Mohd Yusof : Pn. Nor’ayu Zakaria : Pn. Selvi a/p M.Muthuvelu : Pn. Ainul Farha Md Ramli : Pn. Norhasnita Ruhaiza : Cik Nora Mat Yazid : Pn. Norma Ab Talib : Pn. Wan Haniza Wan Johan : Pn. Noraisah Separi : Pn. Tati Fauziah Yahaya : Pn. Low Wei Li : Pn. Ehsah Saad : Pn. Rozana Ibrahim : Pn. Norehan Mohd Nor : Pn. Asliza Azim : Pn. Rojumah Tajit : Pn. Intan Mansor : Pn. Premala Devi : Pn. Rozila Mohd Khalid : Pn. Muhsonah Abdul Satar : Pn. Rosliza Mat AliPeralatan : En. Azman Abd Azis : En. Afzainizam LongKecergasan : En. Afzainizam Long : Cik. Nurnajwa Abdul LatifKeselamatan & Kebersihan : Kem.Komandan BertugasBuku Program : Pn. Faridah Ismail : En.Afzainizam LongKerohanian & Moral : Tn.Hj. Mohd Nazif Misron : En. Abdul Malek Rahmat
: En. Ridzuan Mat Ail
TENTATIF PROGRAM
2.30 ptg - Berkumpul di sekolah
2.45 ptg - Bertolak ke Kem ALIM, PULAPES
3.45 tpg - Tiba di Kem ALIM, PULAPES - Taklimat - Mendirikan Khemah / persiapan
6.30 ptg - Rehat / Persiapan Diri / Makan Malam / Solat
9.00 mlm - Aktiviti 1 ( Ice Breaking / LDK )
11.00 mlm - Minum malam / Rehat
5.30 pg - Pengurusan Diri / Solat
7.00 pg - Malaysia Cergas / Senaman Pagi
7.30 pg - Sarapan Pagi
8.30 pagi - Aktiviti 2 ( Berkayak / Meredah Hutan )
12.30 tgh - Makan Tengahari / Rehat / Pengurusan Diri / Solat
2.00 ptg - Aktiviti 3 ( Abseiling/Repelling )
6.30 ptg - Rehat / Persiapan Diri / Makan Malam / Solat
9.00 mlm - Aktiviti 4 ( Kebudayaan )
11.00 mlm - Refleksi / Laporan
12.00 mlm - Rehat / Persiapan Diri
5.30 pg - Aktiviti Kerohanian / Solat
7.00 pg - Malaysia Cergas / Senamrobik
7.30 pg - Rehat / Sarapan pagi
8.30 pg - Aktiviti 5 ( Flying Fox )
11.00 pg - Penutupan Kem
12.00 tgh - Bertolak ke sekolah
ALATAN YANG DIPERLUKAN
Bil Alat / Bahan Kuantiti
1. Khemah Biasa 20 biji
2. Khemah Besar 1 set
3. Pembesar Suara 4 biji
4. PA System 1 set
5. Lampu Suluh 3 biji
6. Kotak Ubat 1 set
7. Poket Fail 80 pcs
8. Kertas A4 1 rim
9. Kertas Mahjong 10 helai
10. Marker Pen 1 kotak
11.
12.
PERALATAN PESERTA
1. Pakaian 2. Peralatan Mandi
Pakaian Unit Uniform Berus Gigi / Ubat Gigi / SabunSeluar Trek Hitam/Biru TualaKasut / Kasut Sukan Kain BasahanStokin Lain-lain yang perluSeliparPakaian SolatPakaian Peribadi secukupnya
2. Lain-lain keperluan
Lampu SuluhBaju SejukAlat TulisPinggan / Cawan / SuduLain-lain yang diperlukan
MENU MAKANAN
Tarikh 8/10 9/10 10/10
Sarapan Pagi Bihun GorengAir Teh ‘O’
Mee GorengAir Teh ‘O’
Minum Pagi Roti BunAir Teh
BiskutAir Teh
Makan TghNasi Putih
Ikan Masak SambalSayur
Air / Buah
Minum Ptg BiskutAir Teh
SandwichAir Teh
Makan MlmNasi Putih
Ayam Masak KicapSayur
Air / Buah
Nasi PutihAyam Goreng
SayurAir / Buah
Minum Mlm BiskutAir Teh
BiskutAir Teh
PENUTUP
Adalah menjadi harapan dan kebanggaan kami, Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Pendamaran Jaya 2010 untuk melihat projek yang dicadangkan ini mendapat
kelulusan serta pengiktirafan daripada pihak Pentadbiran Sekolah.
Segala cadangan dan saranan yang telah dikemukakan adalah berdasarkaan idea dan
pendapat Ahli Jawatankuasa dan pihak Jawatankuasa bersedia untuk mengubah, menukar
atau menggugurkan mana-mana cadangan yang didapati kurang sesuai atau tidak perlu.
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk untuk perkhemahan ini akan diadakan
secepat mungkin setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Pentadbiran Sekolah. Segala
perubahan cadangan akan dikemukakan dalam mesyuarat dan semua keputusan yang
dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk adalah diterima untuk dilaksanakan.
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Berunifom 2010Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya telah disediakan oleh :
Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya 2010
Bertarikh : 8 Julai 2010
Kertas Kerja ini dibentang untuk dinilai kepada Pihak Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya
=============================================================
BAHAGIAN A : PENGERUSI / SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGELOLA
Data / maklumat yang diberikan adalah betul
Butiran kewangan yang diberikan adalah betul
Telah disemak dengan teliti
Lampiran Disertakan
.............................. ........................................... ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
BAHAGIAN B : PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
Disahkan betul
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Ulasan ( jika
ada ) : .........................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................
.............................. ........................................... ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
BAHAGIAN C : GURU BESAR
Tarikh sesuai / tidak sesuai
Masa sesuai / tidak sesuai
Tempat sesuai / tidak sesuai
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Ulasan ( jika ada ) : ............................................................................................................................................
............................................................................................................................................................................
.............................. ........................................... ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )
DENGAN KERJASAMA AGENSI BERIKUT
1. Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Pendamaran Jaya,
42000 Pelabuhan Klang, Selangor.
03-31673389 begin_of_the_skype_highlighting 03-31673389 end_of_the_skype_highlighting
2. Pejabat Pelajaran Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor.
3. Pusat Latihan PenguatKuasa Selangor (PULAPES)
Kampung Permatang Pasir Jugra,
42700 Banting, Selangor.
4. IPD Kuala Langat
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat
Jalan Morib, Off Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor.
5. Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah
42700 Banting, Selangor.
03-31871333 begin_of_the_skype_highlighting 03-31871333 end_of_the_skype_highlighting
6. Bomba Dan Penyelamat Banting
Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
03-31871444 begin_of_the_skype_highlighting 03-31871444 end_of_the_skype_highlighting / 03-31815055
begin_of_the_skype_highlighting 03-31815055 end_of_the_skype_highlighting (Fax)
7. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Selangor.
03-31878772/ 03-31817787 begin_of_the_skype_highlighting 03-31817787 end_of_the_skype_highlighting (Fax)
CONTOH LAPORAN AKTIVITI
Ahli Jawatankuasa Projek Khidmat MasyarakatPengerusi :Yu Ai LoonNaib Pengerusi :Teoh Kah ChengSetiausaha :Phuah YingJiaBendahari :Tan Yann YuanAJK Dokumentasi :Kit Jou Win Ong Siew Phing
Teoh Khai FernAJK Keselamatan :Loo Rui YiAJK Cenderamata :Lai Yuh Hwan Lee Chee HongAJK Makanan :Teoh Saw Ean Chin Yeong ChyiAJK Sukaneka :Chew Hue Shan
Ooi Hooi San Gooi Pei Xian Chan Si Ying Ng Lee Leen Neoh Zhen Yi Tan Yong Ling
AJK Gotong-Royong :Neoh Zhen Yi Chin Yeong Chyi Lee Chee Hong Tan Yann Yuan
Jadual
Masa Aktiviti
8.00 pagi Bertolak dari IPG KSAH
10.00 pagi Tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik
10.15 pagi Sarapan pagi
10.45 pagi Aktiviti Gotong-royong
12.30 tengahari Makan tengah hari
1.00 petang Aktiviti Gotong-royong
2.00 petang Berinteraksi dengan kanak-kanak dan aktiviti sukaneka
4.00 petang Penutup dan penyampaian cenderahati kepada pihak pusat harian kanak-kanak spastik
4.30 petang Bertolak pulang ke IPG KSAH
7.00 petang Tiba di IPG KSAH
Laporan Aktiviti - Sebelum Projek Khidmat Masyarakat merupakan projek yang wajib dilaksanakan oleh
guru pelatih PISMP- 6A bagi memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek PSK 3104.
Pensyarah penasihat projek ini ialah Dr. Malar A/P Muthiah. Selepas perbincangan
dengan pensyarah, projek khidmat masyarakat pada kali ini akan dijalankan di Pusat
Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh.
Ahli Jawatankuasa ditubuhkan untuk merancang dan mengelola aktiviti
khidmat masyarakat pada kali ini. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan ialah
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Makanan, AJK
Dokumentasi, AJK Keselamatan, AJK Cenderamata AJK Sukaneka dan AJK
Gotong-royong. Selepas AJK ditubuhkan, ahli-ahli telah menjalankan tugas mereka
untuk melicinkan projek pada kali ini.
Ahli-ahli Jawatankuasa telah berbincang dengan pensyarah mengenai tugas-
tugas yang akan dijalankan masing-masing. Selepas itu, AJK berbincang dalam
kumpulan untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Selepas
siap berbincang dalam kumpulan, ketua dikehendaki membentangkan hasilan
perbincangan mereka kepada pensyarah dan kelas.
Sebagai contoh, ahli jawatankuasa sukaneka telah menyatakan aktiviti-
aktiviti permainan yang disediakan adalah seperti “Kawan Saya”, “Cari-cari”, “Ular
Makan Getah”, “Kumpul Emas” dan “Rebut Kerusi”. Di samping itu, bendahari telah
mencadangkan kutipan wang setiap orang RM15 untuk membeli cenderamata dan
sumbangan kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Maka, pensyarah
telah memberi komen dan cadangan yang bernas kepada AJK mengenai
kesesuaian aktiviti yang dijalankan semasa berada di Pusat Harian Kanak-kanak
Spastik.
Selepas perbincangan dengan pensyarah, setiap AJK telah menjalankan
tugas masing-masing. Misalnya, AJK Keselamatan telah meminjam peti
keselamatan dari IPG KSAH sebelum pergi ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Manakala, AJK Sukaneka telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk
aktiviti permainan. AJK Cenderamata telah membeli barang-barang harian sebagai
sumbangan kepada pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Pengerusi memastikan semua AJK telah menjalankan tugas masing-masing
sepanjang proses penyediaan projek khidmat masyarat tersebut supaya projek
tersebut dapat dijalankan dengan licin. Akhirnya, semua ahli telah bersiap sedia
untuk pergi ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Gambar
AJK Sukaneka sedang menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk
aktiviti permainan.
Laporan Aktiviti - Semasa
Pada 22 Jun 2011 (Khamis), kami telah menjalankan projek khidmat
masyarakat di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh. Sebanyak tiga orang
pensyarah dan 19 orang peserta dari kelas PISMP – 6A telah berkumpul di depan
kantin pada pukul 7.45 pagi untuk mengambil kedatangan. Tepat pukul 8.00 pagi,
kami bertolak dari IPG KSAH ke Pusat Harian Kanak-kanak Spastik, Ipoh.
Pada pukul 10.00 pagi, kami telah tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik telah mengalu-alukan kedatangan kami
dengan hati terbuka. Selepas itu, Majlis perasmian telah dijalankan. Pengerusi Pusat
Harian Kanak-kanak Spastik, Puan Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT telah dijemput
untuk telah memberi ucapan. Beliau telah memperkenalkan sejarah pusat dan
menggalakkan para guru pelatih mendapat pengalaman dengan kanak-kanak
spastik melalui aktiviti kali ini. Diikutinya adalah pensyarah penasihat, Dr. Malar A/P
Muthiah dijemput untuk memberi ucapan. Beliau telah mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak pusat dan menggalakkan guru pelatih dapat memperoleh
pengalaman yang berharga melalui projek ini.
Pada pukul 10.15 pagi, kami telah dijemput memakan sarapan pagi yang
disediakan oleh pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik. Selepas mengambil
sarapan pagi, kami memulakan aktiviti gotong-royong bersama dengan murid-murid
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, Kedah. Antara aktiviti-aktiviti gotong-
royong yang dijalankan ialah membersihkan kawasan persekitaran pusat, mengutip
sampah sarap di kawasan persekitaran, mengangkat jubin terbuang ke tempat yang
selamat dan membersihkan perpustakaan pusat. Kerja-kerja ini telah ditolong oleh
pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok. Maka, kerja gotong-
royong telah dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukkan.
Pada pukul 12.30 tengahari, aktiviti gotong-royong diberhentikan untuk
makan tengahari. Selepas itu, aktiviti gotong-royong telah disambung pada pukul
1.00 petang. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti berinteraksi dengan kanak-kanak dan
aktiviti sukaneka telah dijalankan. AJK Sukaneka membahagikan kanak-kanak
kepada dua kumpulan berdasarkan warna mahkota, iaitu mahkota biru dan merah
jambu. AJK Sukaneka membantu kanak-kanak memakai mahkota secara rawak.
Kemudian, ketua AJK Sukaneka menerangkan permainan ini dengan meminta
kanak-kanak mencari ahli kumpulan masing-masing berdasarkan warna mahkota.
Selepas itu, kanak-kanak diminta untuk memperkenalkan diri.
Permainan yang seterusnya ialah “Cari-cari”. Kanak-kanak dikehendaki
menunjukkan bahan yang betul mengikuti arahan AJK Sukaneka lalu mengejakan
nama bahan itu. Semua kanak-kanak dapat menjawab dengan baik dan betul.
Permainan yang berikutnya adalah “Ular Makan Getah”. Kanak-kanak dikehendaki
berdiri dalam satu barisan dalam kumpulan masing-masing. Sebahagian guru pelatih
juga bermain bersama-sama dengan kanak-kanak. AJK Sukaneka membuat
demonstrasi cara bermain lalu memulakan pertandingan. Permainan ini telah
dimenangi oleh kumpulan merah jambu.
Permainan yang keempat adalah “Kumpul Emas”. Permainan ini juga
dipertanding dalam kumpulan. AJK Sukaneka telah mendemonstrasikan cara
permainan ini sebelum memulakan pertandingan ini. Kumpulan yang memenangi
permainan ini ialah kumpulan biru. Permainan yang terakhir ialah “Rebut Kerusi”.
Semua kanak-kanak dan sebahagian guru pelatih bermain bersama-sama dalam
permainan ini. Apabila muzik disiarkan, semua pemain dikehendaki berjalan
mengeliling kerusi yang disediakan. Apabila muzik dihentikan, pemain dikehendaki
duduk atas kerusi. Sesiapa yang gagal duduk atas kerusi akan disingkir. Pemain
yang terakhir ialah pemenang, dan permainan ini telah dimenangi oleh wakil
kumpulan merah jambu.
Selepas semua permainan dijalankan, semua guru pelatih, kanak-kanak
spastik, pihak pusat dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok
bersama-sama menari “Chicken Dance”. Diikutinya adalah penyampaian hadiah
kepada kumpulan yang menang dalam permainan, tetapi hadiah sagu hati juga
disediakan kepada kumpulan yang kalah.
Pada pukul 4.00 petang, majlis penutup dan penyampaian cenderamata
telah dijalankan. Selepas bersalam-salaman dengan pihak Pusat Harian Kanak-
kanak Spastik dan kanak-kanak , kami pun bertolak untuk balik ke IPG KSAH.
Gambar Sebelum Bertolak Dan Semasa Dalam Bas
Guru pelatih mengangkat barang ke atas bas untuk dibawa ke Ipoh.
Pengerusi memberi taklimat kepada guru pelatih semasa dalam bas.
AJK membuat persiapan akhir sebelum tiba di Pusat Harian Kanak-kanak Spastik,
Ipoh.
Menangkap gambar sebelum bertolak.
Gambar Selepas Tiba Di Pusat Kanak-Kanak Spastik
Pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik mengalu-alukan kedatangan kami.
Pensyarah memberi taklimat kepada guru pelatih sebelum memulakan aktiviti.
Barang-barang yang dibawa telah dikumpulkan bersama.
Pensyarah dan Pihak pusat sedang berbincang tentang aktiviti yang akan dijalanan.
Guru pelatih mengeluarkan barang-barang yang disediakan untuk diberi kepada
pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik.
Aktiviti Gotong-Royong
anak Spastik, Puan Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT dan pensyarah penasihat, Dr.
Malar A/P Muthiah memberi ucapan semasa majlis perasmian.
Aktiviti Sukaneka
Aktiviti “Kawan Saya” & Sesi Memperkenalkan Diri
Aktiviti “Cari-cari”
Aktiviti “Ular Makan Getah”
Aktiviti “Kumpul Emas”
Aktiviti “Chicken Dance”
Aktiviti “Rebut Kerusi”
Laporan Aktiviti - Selepas
Selepas balik ke IPG KSAH, kami telah mengadakan mesyuarat untuk
membuat refleksi mengenai projek ini. Tujuan membuat refleksi adalah mengetahui
kelemahan dan kelebihan sepanjang menjalankan projek ini. Sementara itu, laporan
refleksi harus disediakan sebagai rujukan pada masa depan. Jadi, semua AJK
dikehendaki membuat refleksi dan menyediakan laporan.
Pensyarah Pembimbing memberi galakan dan bimbingan kepada guru pelatih selepas tamat aktiviti.
Majlis Penutup
Pada pukul 4.00 petang, Majlis Penutup telah diadakan. Pengerusi Pusat
Harian Kanak-kanak Spastik, Pn. Hasmah binti Haji Hamzah.,PPT telah memberi
ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan sumbangan para
guru pelatih. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan para guru pelatih pada masa
depan. Selepas itu, Beliau telah menyampaikan cenderahati kepada Dr. Malar A/P
Muthiah sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Di samping itu, beliau juga
menyampaikan cenderahati kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok,
Kedah.
Pada akhirnya, semua orang dikumpul bersama untuk mengambil gambar.
Selepas bersalam-salaman dengan pihak Pusat Harian Kanak-kanak Spastik dan
kanak-kanak , kami pun bertolak untuk balik ke IPG KSAH.
Menangkap gambar bersama dengan Pusat Harian Kanak-kanak Spastik serta
pelajar SMK Merbok.
Aktiviti bersalam-salaman sebelum balik ke IPG KSAH.
Cenderahati diberi daripada Pengerusi Pusat Harian Kanak-kanak Spastik kepada
pensyarah pembimbing IPG KSAH dan wakil SMK Merbok, Kedah.