ramadhan and puasa

7
Wahai orang-orang yang beriman..

Upload: uncle-william

Post on 10-Jul-2015

1.309 views

Category:

Spiritual


4 download

TRANSCRIPT

Wahai orang-orang yang beriman..

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik 2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan. 6) Di pilih untuk ibadat puasa. 7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberkatan 3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan 4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda 6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 7) Bulan menambah rezeki 8 ) Memberi berbuka banyak pahala 9) Bulan keampunan : - Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. - juga doa pada sepertiga malam. - 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, - 10 hari pertengahan - pengampunan, - 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu 8 ) Solat jemaah di masjid/surau 9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 10) Sahur diwaktu akhir 11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak 13) Kurangkan tidur 14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera 19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka 20) Hadiri majlis ilmu 21) Buat baik kepada ibubapa 22) Isteri hendaklah taat pada suami 23) Banyakkan bersedekah 24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api 25) Berbuka bersama org tua 26) Jemput tetamu berbuka 27) Kurangkan berat badan 28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 29) Baiki hubungan suami isteri 30) Baiki hubungan jiran

31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 32) Elakkan berbelanja berlebihan 33) Kuatkan kesabaran 34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih 35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar 37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu 38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu 40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri 41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia 42) Melazimkan solat waktu 43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 44) Elakkan banyak berhutang 45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 46) Mengeluarkan zakat fitrah

“Sebarkanlah risalah ini semoga

Kita sama mendapat menafaat daripadanya”

Disediakan oleh : MU -TAIPING.23-09-2005