rancangan pengajaran mingguan pj

8
Rancangan Pengajaran Mingguan M /Pel : Pendidikan Jasmani Tahap :1 Minggu Tunjang Tajuk Aktiviti (waktu 1) Aktiviti (waktu2) 1 Kemahiran Pergerakan asas Membuat aktiviti lokomoto - berlari anak - melompat dari satu tempat ke tempat lain Membuat aktivit bukan lokomoto - Mengilas - Menguak - Memusingkan badan 2 Kemahiran Pergerakan kreatif Melakonkan pergerakan berkaitan pekerjaan -penebar roti canai -tukang masak -polis Melakonkan aktiviti -menggiling - menyapu -memberus pakaian 3 Kecergasa n Daya tahan kardiovaskul ar Skip setempat secara serentak Skip satu kaki Skip sambil bergerak 20m Skip dan membentuk pelbagai corak mudah 4 Kecergasa n Koordinasi Melambung pundi kacang dan mengawal dengan tangan dan kaki Melambung pundi kacang sambil bertepuk tangan Melambung pundi kacang tinggi rendah secara berkumpulan 5 Kesukanan Keselamatan Demonstrasi menjaga Perbincangan dan menyenaraikan 3 KBSR

Upload: mellissa-perry

Post on 18-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

rph pj contoh

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Mingguan

3KBSRM /Pel : Pendidikan Jasmani Tahap :1

Minggu Tunjang Tajuk Aktiviti (waktu 1)Aktiviti (waktu2)

1Kemahiran Pergerakan asasMembuat aktiviti lokomoto- berlari anak- melompat dari satu tempat ke tempat lain

Membuat aktivit bukan lokomoto Mengilas Menguak Memusingkan badan

2Kemahiran Pergerakan kreatif Melakonkan pergerakan berkaitan pekerjaan-penebar roti canai-tukang masak-polis

Melakonkan aktiviti-menggiling - menyapu-memberus pakaian

3Kecergasan Daya tahan kardiovaskularSkip setempat secara serentakSkip satu kakiSkip sambil bergerak 20mSkip dan membentuk pelbagai corak mudah

4Kecergasan KoordinasiMelambung pundi kacang dan mengawal dengan tangan dan kakiMelambung pundi kacang sambil bertepuk tanganMelambung pundi kacang tinggi rendah secara berkumpulan

5Kesukanan KeselamatanDemonstrasi menjaga keselamatan di tempat permainan Perbincangan dan menyenaraikan langkah keselamatan

6Kesukanan PengurusanPerbincangan tentang amalan pemakanan sihat Mengumpul dan menampal gambar makanan sihat dan makanan tidak sihat

Rancangan Pengajaran Mingguan

4KBSRM /Pel : Pendidikan Jasmani Tahap :2

Minggu Tunjang Tajuk Aktiviti (waktu 1)Aktiviti (waktu2)

1Kemahiran PermainanKemahiran asas hokiPenerangan cara memegang kayu hoki dan melakukan hantaranMelakukan kemahiran pukulan kananMengelecek bola(hadapan, kiri dan kanan)

2 Kemahiran Gimnastik iramaKemahiran Imbangan-imbangan sebelah kaki -berdiri tegak-berdiri atas bebola kaki kekal selama 3 saat-turun kaki dan langkah ke haapanKemahiran melentik Melutut,melentink ke belakang Melutut, badan bersudut tegak dgn kaki Lunjur tanganke atas dab badan melentik ke belakang

3Kecergasan Kekuatan ototKetingting dalam jarak 10mLompat sebelah kaki dalam jarak 10m

Ketingting atas kaki kiri dan kananMelompat melepasi halangan gelung dan sketer

4Kecergasan Masa dan tindak balasBelalang belatuk Pukul berapa datuk harimau?

5KesukananRekreasi Kumpul dan tampal gambar sukan dan prmainan dalam portfolio

Berbincang dan rangcang aktiviti rekreasi

6Kesukanan Etika dalam sukan Perbincangan tentang semangat kesukanan Tanyangan video

REFLEKSISetelah mendengar taklimat awal daripada pensyarah saya dan ahli kumpulan yang lain berbincang dan membahagikan tugasan. Saya telah diberi tanggunag jawab untuk membuat bahagianpendekatan pengajaran dan pembelajaran. Pada mulanya, saya mengalami pelbagai kesukaran dalam memahami tugasan yang diterima ini. Ini termasuklah beberapa perkara penting yang dikehendaki dalam tugasan ini terutamanya hal berkaitan mengenai pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini. Hasil daripada perbincangan dengan rakan sekalas yang lain saya dapat memahami kehendak soalan berkaitan pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Selain itu juga saya dan rakan sekumpulan turut mempunyai masalah dalampembinaan Rancangan Pengajaran Harian. Lebih malang lagi, format Rancangan Pengajaran Harian bagi subjek major saya amat berbeza dengan format yang dicadangkan. Hasil perbincangan dan perkongsian idea dengan rakan-rakan masalah tersebut dapat saya atasi. Menurut pensyarah pembimbing saya iaitu En. Khairuddin bin Mat Hassan, format yang digunakan dalam perlaksanaan Rancangan Pengajaran Harian subjek major saya tidak sama dengan format Rancangan Penganjaran bagi subjek ini.Selain itu, masalah juga timbul semasa pembinaan Rancangan Pengajaran Harian. Ini kerana saya dan rakan sekumpulan perlu membina pelbagai aktiviti menarik untuk satu proses pengajaran 60 minit mengikut Huraian Sukatan Pendidikan Jasmani . Dalam pada masa yang sama kami perlu memikirkan aktiviti yang menarik serta berlainan dengan sebelumnya. Di samping itu, pandangan awal saya mengenai topik yang diterima oleh saya adalah agak sukar untuk dibina pelbagai aktiviti memandangkan topik ini hanya topik yang biasa sahaja.. Namun setelah saya memulakan proses mencari maklumat, saya mendapati tajuk ini amat bersesuaian serta terdapat sumber sumber rujukan yang boleh membantu saya dan rakan sekumpulan yang lain.Setelah memasuki proses yang kedua iaitu membuat tugasan berkaitan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, walaupun saya mempunyai masalah dari segi kekurangan sumber untuk melaksanakannya namun saya berasa gembira kerana terdapat pelbagai input input baru yang saya peroleh terutamanya dalam memahami konsep serta jenis pendekatan pengajaran dan pembelajaranseperti pendekatan humanistic, pendekatan bagungan dan sebaginya. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, perkara yang utama perlu dihadapi adalah kekangan waktu disamping pelbagai lagi kerja kursus bagi subjek lain. Namun, semua itu saya ambil sebagai cabaran kepada seorang pelajar seperti saya malahan mendidik saya agar lebih menghargai setiap detik dan waktu. Hasil bantuan pensyarah bimbingan terutamanya saya serta rakan rakan seperjuangan saya, kerja yang susah dapat dipermudahkan. Selain itu juga saya turut berbincang dengan pelajar majorPendidikan Jasmani berkaitan dengan pendekatan ini dan hasil pertukaran idea saya dapat menyiapkan tugasan ini pada waktu yang ditetapkan.Akhir sekali, saya berharap agar terhasilnya kerja kursus saya ini dapat membantu saya dan rakanrakan lain dalam subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani seterusnya memberikan sedikit manfaat yang boleh dikongsi bersama sekaligus dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak supaya lebih menarik.

RUMUSAN

Berdasarkan tugasan ini dapat dirumuskan bahawa dalam membuat rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah mengetahui dan menghayati organisasi dan kandungan sukatan pelajaran sekolah rendah. Elemen yang terkandung dalam kedua-dua perkara tersebut akan membimbing guru untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang sangat baik dan berkesan kerana ia merangkumi dan meliputi seluruh aspek seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam menyediakan rancangan pengajaran harian, kesemua elemen dalam Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah perlu dianalisis sebelum disesuaikan dengan aktiviti yang akan dijalankan. Dengan adanya RPH, guru juga akan memberi pengajaran yang terbaik kepada pelajarnya . Pemahaman dan penghayatan mengenai Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah amat penting untuk menghasilkan pengajaran pembelajaran dan pengajaran yang terbaik. Sebagaimana RPH, RPM iaitu rancangan pengajaran mingguan juga dapat membantu guru dalam proses pengajaran serta memberi kesan besar dalam keberkesanan proses P&P.Elemen yang terkandung dalam pengajaran Pendidikan Jasmani iaitu kaedah, strategi serta teknik dan pendekatan banyak membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain membantu guru untuk merangka cara mengajar kepada murid, elemen-elemen ini juga memberi kesan kepada murid iaitu mereka dapat menjalani pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih baik dan bersemangat. Ini di sebabkan oleh, teknik yang digunakan oleh guru seperti yang terdapat dalam huraian di atas dapat menjadi mereka lebih seronok mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran gurunya. Di samping itu, dengan adanya teknik-teknik pengajaran ini, guru dapat menjadikan pengajaran mereka lebih menarik dan secara tidak langsung akan menjadikan mereka seorang guru yang kreatif dan ktiris.Selain itu, strategi yang digariskan ini turut membantu guru-guru Pendididak Jasmani untuk merancang dan menguruskan kaedah serta teknik pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pada hari ini, strategi pemusatan murid adalah strategi yang sangat berguna kepada murid kerana strategi ini memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk menjalani pembelajaran pada hari tersebut dan masih lagi di bawah pemantauan gurunya. Selain itu, strategi ini juga memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk mencuba, merasa, meneroka dengan usaha mereka sendiri tentang konsep atau sesuatu perkara baru yang diberikan oleh guru. Secra langsungnya, keadaan ini akan menjadikan murid lebih ingat tentang perkara yang dipelajari kerana mereka mencuba dengan usaha diri mereka sendiri. Di samping itu, dapat menjadikan mereka seorang murid yang aktif serta meningkatkan banyak kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Begitu juga dengan kaedah pengajaran yang dapat memberi garis panduan kepada guru untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka pada hari tersebut. Secara keseluruhahnya, dapat dirumuskan juga dengan adanya ketiga-tiga elemen ini perjalanan pengajaran pada hari tersebut dan hari seterusnya lebih tersusun.