rbt pasaran instrumen dan institusi kewangan
DESCRIPTION
pasaran instrument dan institusi kewanganTRANSCRIPT
Pada akhir tajuk ini, anda boleh:
menghuraikan proses pembiayaan langsung dan pembiayaan tidak
langsung
menyatakan fungsi dan jenis-jenis pasaran kewangan
menyatakan ciri-ciri dan kepentingan instrumen kewangan
menyatakan jenis-jenis instrumen kewangan berserta dengan
contoh instrumen kewangan
menyatakan jenis-jenis institusi kewangan
menyatakan peraturan-peraturan kewangan serta tujuannya
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 1
2.0
Objektif Pengajaran :
Pembiayaan Langsung – proses pertukaran bon / sekuriti antara pemberi
pinjaman dengan peminjam secara langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 2
Di Malaysia, sistem kewangan terbahagi kepada dua iaitu pasaran
kewangan dan institusi kewangan yang menjalankan proses petukaran
instrumen kewangan antara pihak yang mempunyai banyak dana
(surplus) dan pihak yang mempunyai sedikit dana (deficit).
2.0.1 Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak
Langsung
a. Pembiayaan langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti
(instrumen kewangan) antara pemberi pinjaman dengan peminjam secara
langsung (rajah 1). Proses ini akan berlaku di pasaran kewangan di mana
pemberi pinjam akan membeli sekuriti atau bon dari peminjam dalam
pasaran kewangan tanpa sebarang orang pertengahan. Contohnya, Abu
membeli bon dari Ali di pasaran kewangan. Perlu diambil perhatian
bahawa pertukaran wang tunai BUKAN dikenali sebagai pembiayaan
langsung kerana urusan tersebut perlu meliputi instrumen kewangan
seperti bon dan sekuriti.
b. Pembiayaan tidak langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti
antara pemberi pinjam dengan peminjam secara tidak langsung (rajah 1).
Proses ini akan berlaku di perantaraan/institusi kewangan di mana pemberi
pinjam dan peminjam bertemu melalui perantaraan kewangan. Contohnya,
Ashiq menyimpan duit dalam bank (perantaraan kewangan) dan pihak
bank akan memberi pinjam duit tersebut kepada Ahmad. Dalam keadaan
ini, Ashiq dan Ahmad tidak berjumpa satu sama lain. Dalam keadaan yang
Pembiayaan Tidak Langsung - proses
pertukaran bon/sekuriti antara pemberi pinjam dengan peminjam secara tidak
langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 3
lain, Ashiq menyimpan duit dalam bank dan pihak bank membeli sekuriti
atau bon dalam pasaran kewangan dengan menggunakan duit tersebut.
1. Terangakan proses pembiayaan langsung.
2. Terangkan proses pembiayaan tidak langsung.
3. Terangkan fungsi pasaran kewangan dalam proses pembiayaan
langsung.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 4
Pembiayaan Tidak Langsung
Pasaran Kewanga
n
Pemberi pinjam – Penabung
Isi rumah
Firma perniagaan
Kerajaan
Orang asing
Peminjam – Pembelanja
Firma perniagaan
Kerajaan
Isi rumah
Orang asing
Pembiayaan Langsung
Pembiayaan tidak langsung
Pembiayaan langsung
Perantaraan/ Institusi
Kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 4
Rajah 1: Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak Langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 5
2.1
PASARAN KEWANGAN
Definisi Fungsi Jenis-jenis
Kecairan untuk
proses jual beli
Pertukaran risiko
antara penjual dan
pembeli
Maklumat melalui
harga
Pasaran utama
vs
Pasaran kedua
Pasaran hutang
vs
Pasaran ekuiti
Pasaran tunai
vs
Pasaran terbitan
Pasaran wang
vs
Pasaran modal
Pasaran pertukaran
vs
Pasaran melalui kaunter
Pasaran Bon
Pasaran Stok
Pasaran
Pertukaran Asing
Pasaran ‘offshore’
Struktur
Pasaran kewangan – tempat dana ditukarkan daripada
golongan yang mempunyai lebihan dana kepada golongan yang mempunyai sedikit dana
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 6
2.1.1 Definisi Pasaran Kewangan
Pasaran di mana dana ditukarkan daripada golongan yang mempunyai lebihan
dana (surplus) kepada golongan yang mempunyai dana yang sedikit (deficit)
Dana tersebut dikenali sebagai aset bagi pemberi pinjaman dan liabiliti bagi
peminjam
Terdapat juga proses jual beli sekuriti, komoditi dan aset pada kos transaksi
yang rendah.
Peranan pasaran kewangan adalah asas bagi pembangunan sesebuah negara
Pasaran kewangan utama di Malaysia adalah seperti pasaran bon, pasaran stok,
pasaran pertukaran asing dan pasaran ‘offshore’.
Pasaran kewangan juga memainkan peranan dalam proses pembiayaan langsung
(direct finance)
Terdapat pelbagai struktur pasaran kewangan iaitu pasaran hutang, ekuiti, wang,
modal, komoditi, terbitan, pertukaran asing, OTC, utama dan kedua.
Setiap jenis pasaran memainkan peranan masing-masing dalam pasaran tersebut.
Pasaran kewangan juga mempunyai beberapa fungsi penting dalam ekonomi
memudahkan pemindahan dana antara dua pihak (negara)
membantu sesebuah negara untuk mengatasi masalah kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 7
2.1.2 Fungsi Pasaran Kewangan
Pasaran kewangan mempunyai beberapa fungsi iaitu:-
i. Kecairan
Pasaran kewangan membekalkan mekanisma untuk jual beli
sekuriti dengan lebih cepat dan murah
Sekuriti yang dijual beli dalam pasaran kewangan berbentuk
kecairan tinggi di mana individu boleh menjual beli sekuriti
tersebut dengan lebih cepat.
Disebabkan kecairan tinggi, sekuriti tersebut juga boleh dijual beli
dengan lebih murah.
ii. Menawarkan maklumat penting
Pasaran kewangan membenarkan interaksi antara penjual dan
pembeli untuk menentukan harga terhadap instrumen kewangan
yang hendak dijual beli.
Dengan adanya interaksi, maklumat penting terutamanya
maklumat tentang harga boleh ditukar antara penjual dan pembeli.
Maka, ia memudahkan seseorang individu untuk membuat
keputusan terhadap jual beli instrumen kewangan tersebut
berdasarkan harga.
iii. Pertukaran risiko
Dengan mekanisma jual beli instrumen kewangan, penjual dan
pembeli akan menukarkan risiko antara satu sama lain.
Jika, penjual menjual instrumen kewangan yang berisiko, maka
risiko instrumen kewangan tersebut ditukarkan kepada pembeli.
Apakah dimaksudkan dengan pasaran kewangan?
Nyatakan fungsi-fungsi pasaran kewangan
Apkah yang dimaksudkan dengan kecairan?
Pasaran bon - penting untuk ekonomi di mana syarikat & kerajaan meminjam untuk
membiayai projek
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 8
2.1.3 Empat Jenis Pasaran Kewangan Utama
a. Pasaran Bon
Pasaran ini penting untuk aktiviti ekonomi di mana syarikat dan
kerajaan meminjam untuk membiayai projek mereka.
Tujuan utama pasaran bon adalah menjadi orang pertengahan bagi
pelabur dan penyimpan
Pasaran bon dipantau oleh Jawatankuasa Pasaran Bon Nasional
(NBMC)
Pasaran bon di Malaysia terdiri daripada bon kerajaan
(MTB,MGS) dan bon korporat atau swasta (PDS)
Kedua-dua bon sektor awam dan sektor swasta terkandung dalam
pasaran bon ini iaitu 55.5% disumbang oleh sektor awam dan 45.5% pula
disumbang oleh sektor swasta.
Pelbagai jenis sekuriti hutang terdapat di pasaran bon seperti bon
boleh ditukar (convertible bond), sekuriti disandar aset (asset backed
securities) dan sebagainya.
Pasaran bon juga menawarkan bon Islam dengan berdasarkan
hukum syariah
Contohnya, Pasaran Bon Ringgit di Malaysia (kerajaan) dan
PLUS (swasta)
b. Pasaran Stok
Pasaran ini membantu orang ramai untuk mendapat pendapatan
yang lain daripada pekerjaan seharian mereka.
Tempat ini juga dikenali sebagai tempat jual beli saham oleh
pelabur
Bursa Malaysia Berhad diperintah oleh Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Security Industry Act
1983) dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (Security Commission)
Pasaran stok – membantu orang ramai untuk mendapat
pendapatan lain daripada pekejaan seharian mereka
Pasaran Pertukaran Asing – tempat berlaku pertukaran
antara satu jenis mata wang dengan jenis mata wang yang
lain
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 9
Sebenarnya, saham dan stok adalah sama di mana ia boleh
digunakan saling berganti
Seseorang hanya boleh melabur stok melalui pertukaran stok di
mana proses jual beli stok akan berlaku di bawah beberapa peraturan dan
undang-undang
Tempat pertukaran stok Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia
Berhad (BMB)
Terdapat enam jenis stok di BMB iaitu stok biasa (ordinary
stock), stok utama (preferential stock), terbitan bonus (bonus issue), terbitan
hak (rights issue), terbitan (derivatives) dan jaminan (warrants)
c. Pasaran pertukaran asing
Pasaran di mana berlaku pertukaran antara satu jenis mata wang
dengan jenis mata wang yang lain.
Kadar pertukaran asing adalah harga satu jenis mata wang yang
dinyatakan dalam harga jenis mata wang yang lain
Terdapat dua jenis kadar pertukaran iaitu kadar ‘spot’ dan kadar
‘forward’
Kadar ‘spot’ terlibat dalam proses jual beli mata wang yang
berlaku berdasarkan kadar pasaran semasa di mana proses jual beli perlu buat
dalam tempoh kurang daripada dua hari
Contohnya, proses pertukaran mata wang (money changer)
Kadar ‘forward’ terlibat dalam proses jual beli mata wang yang
berlaku berdasarkan kadar pertukaran yang telah dipersetujui dahulu di mana
proses jual beli boleh berlaku dalam tempoh lebih daripada dua hari
Contohnya, perniagaan FOREX
Contoh pasaran pertukaran asing, Maybank, HSBC.
Pasaran ‘offshore’ – kumplan syarikat yang diiktiraf oleh
undang-undang sebagai entiti yang berasing serta dengan
liabiliti yang terhad
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 10
d. Pasaran ‘offshore’
Pasaran ‘offshore’ adalah kumpulan syarikat yang diiktiraf oleh
undang-undang sebagai satu entiti yang berasing serta dengan liabiliti yang
terhad
Pasaran ini berniaga dalam transaksi bukan ringgit dan dengan
bukan pemastautin sahaja
Pasaran ini bertujuan untuk mempromosikan pembangunan
ekonomi di Labuan dan meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat
perniagaan.
Pasaran ini dimiliki penuh oleh Bursa Malaysia Berhad
Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) adalah
badan utama bagi kesemua syarikat-syarikat ‘offshore’ di mana terdapat 1,600
syarikat’offshore’
2.1.4 Struktur Pasaran Kewangan
a. Pasaran Hutang vs Pasaran Ekuiti
i. Pasaran Hutang
Pasaran yang menjual beli instrumen hutang seperti bon atau
gadaian
Pasaran hutang juga dikenali sebagai pasaran bon
Terdapat dua jenis sekuriti hutang iaitu sekuriti hutang awam
(MGS) dan sekuriti hutang swasta (PDS)
Pasaran hutang – pasaran menjual beli instrumen hutang
seperti bon / gadaian
Pasaran ekuiti – tuntutan daripada pendapatan bersih &
aset sesebuah pertubuhan / perniagaan seperti stok biasa
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 11
Instrumen hutang adalah perjanjian kontrak peminjam untuk
membayar satu jumlah wang (kadar faedah dan nilai muka) pada tarikh
tertentu.
Aliran tunai instrumen hutang adalah tetap
Suatu kelemahan instrumen hutang adalah pihak yang
menerbitkan instrumen hutang hanya akan menerima bayaran tetap sahaja
walaupun untung atau pendapatan peminjam meningkat
ii. Pasaran Ekuiti
Pasaran ekuiti atau stok adalah tuntutan daripada pendapatan
bersih dan aset sesebuah pertubuhan / perniagaan seperti stok biasa
Kebiasaannya, ekuiti membuat pembayaran pada masa tertentu
(dividen) kepada pemegang saham dan ia merupakan sekuriti jangka panjang
kerana ia tidak mempunyai tarikh matang
Kelemahan ekuiti adalah pemegang ekuti merupakan penuntut baki
(residual claimant) iaitu pemegang ekuiti hanya akan menerima tuntutan
selepas membayar segala hutang
Maka, aliran tunai pemegang ekuiti adalah tidak tetap dan berubah
mengikut untung yang diterima oleh perniagaan
Kelebihan ekuiti adalah pemegang ekuiti akan mendapat kebaikan
daripada peningkatan untung syarikat atau nilai aset
b. Pasaran Utama vs Pasaran Kedua
i. Pasaran Utama
Pasaran ini adalah sebahagian daripada pasaran modal
Anda boleh
mendapatkan maklumat lanjut
tentang pasaran kedua, Cagamas
Berhad di laman web
http://www.cagamas.com.my/
Pasaran utama – menerbitkan sekuriti baru &
menjual kepada pihak pertama
Pasaran kedua – menjual semula sekuriti yang diterbitkan sebelumnya / sedia ada dalam pasaran kepada pihak kedua
atau seterusnya
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 12
Pasaran yang menerbitkan sekuriti baru dan menjual kepada pihak
pertama
Institusi kewangan (bank pelaburan) membantu dalam proses
penjualan sekuriti kepada pembeli pertama
Bank pelaburan akan menanggung sekuriti baru di mana ia
membeli sekuriti dari badan penerbit sekuriti dan menjual kepada orang
awam.
Bank pelaburan mengenakan bayaran kepada perkhidmatan
tersebut dan juga akan mendapat keuntungan dari penjualan terbitan yang
berharga tinggi
Contohnya, Bursa Saham Kuala Lumpur
ii. Pasaran Kedua
Pasaran yang menjual semula sekuriti yang diterbitkan sebelumnya
atau sekuriti sedia ada dalam pasaran kepada pihak kedua atau seterunya
Terdapat dua pihak berperanan dalam pasaran kedua iaitu peniaga dan orang
tengah
Orang tengah (broker) adalah wakil bagi pelabur yang menyesuaikan antara
penjual dan pembeli sekuriti
Peniaga (dealer) pula menghubungkan pembeli dan penjual dengan membeli
dan menjual sekuriti pada harga tertentu
Dua fungsi utama pasara kedua adalah, pertama, penjualan instrumen
kewangan adalah cepat dan mudah ; kedua, menentukan harga kepada
sekuriti yang firma penerbit jual dalam pasaran utama
Contoh, Cagamas Berhad
Pasaran wang – menjual beli instrumen kewangan jangka
pendek sahaja
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 13
c. Pasaran Wang vs Pasaran Modal
i. Pasaran Wang
Pasaran di mana hanya instrumen kewangan jangka pendek sahaja
dijual beli
Instrumen dalam pasaran ini dijual beli dengan lebih umum
berbanding pasaran modal
Instrumen kewangan dalam pasaran ini lebih cair dan mempunyai
tahap perubahan harga yang rendah
Ciri-ciri ini menyebabkan instrumen kewangan dalam pasaran ini
lebih selamat untuk pelaburan
Oleh itu, kebanyakan syarikat dan bank menggunakan pasaran
wang dengan aktif untuk mendapat kadar faedah ke atas dana lebihan semasa.
Kebiasaanya, instrumen kewangan pasaran wang diterbitkan oleh
kerajaan, bank dan firma swasta yang lain.
Contohnya, bil perbendaharaan, sijil deposit dan sebagainya
Contoh pasaran adalah Bank HSBC
ii. Pasaran Modal
Pasaran yang memindahkan sekuriti jangka panjang yang
diterbitkan oleh kerajaan dan badan perdagangan swasta kepada pelabur
Instrumen kewangan hutang dan ekuiti diniagakan dalam pasaran
ini
Kebiasaannya, instrumen kewangan dalam pasaran ini berisiko
tinggi serta membawa kegagalan besar kepada pemegang instrumen tersebut
Pasaran modal – menjual beli instrumen keangan jangka
panjang sahaja
Pasaran pertukaran – pembeli & penjual sekuriti bertemu di suatu lokasi tertentu dengan
tujuan berdagang
Terdapat pasaran modal Islam (Islamic Capital Market) di Malaysia yang ditubuhkan khas untuk golongan Muslim yang ingin membuat pertukaran
atau proses jual beli instrumen kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 14
Tetapi, instrumen kewangan pasaran modal memberi pulangan
yang lebih tinggi berbanding pasaran wang
Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk
mendapatkan dana bagi pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam
alat, teknologi dan loji iaitu mereka menerbitkan bon dan ekuiti untuk
membiayai projek dengan pulangan jangka panjang
Contohnya, Malaysian Central Depositary (MCD)
d. Pasaran Pertukaran vs Pasaran Melalui Kaunter (OTC)
i. Pasaran Pertukaran
Pasaran di mana pembeli dan penjual sekuriti (atau orang
tengah)
bertemu di suatu lokasi tertentu dengan tujuan berdagang
Pertukaran berlaku antara saham yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat besar
Pada masa sekarang, pasaran ini tidak begitu terkenal di
kalangan penjual dan pembeli saham serta pelabur kerana kewujudan cara
pertukaran melalui kaunter (OTC)
Contohnya, Bursa Malaysia Berhad (BMB)
ii. Pasaran Melalui Kaunter (OTC)
Pasaran melalui kaunter – peniaga dari lokasi yang
berbeza menjual beli sekuriti mereka
Pasaran tunai – pembeli saham / bon, membayar serta merta kepada penjual saham /
bon tersebut
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 15
Pasaran di mana peniaga dari lokasi yang berbeza menjual
beli sekuriti mereka
Ia juga satu sistem perhubungan komputer di kalangan
peniaga berbeza yang mampu untuk membeli atau menjual inventori mereka.
Baru-beru ini, pasaran melalui kaunter semakin meningkat.
Keiasaannya, saham syarikat kecil diniagakan dalam
pasaran ini.
e. Pasaran Tunai vs Pasaran Terbitan
i. Pasaran Tunai
Pasaran di mana pembeli yang membeli saham atau bon,
membayar serta merta kepada penjual saham atau bon tersebut
Jika seseorang membeli bon korporat (corporate bond), dia
akan
berniaga di pasaran tunai di mana dia perlu bayar untuk bon tersebut pada
masa pembelian berlaku
Pasaran terbitan – proses perniagaan yang berlaku di bawah
beberapa syarat pada masa sekarang manakala pembayaran
dan penghantaran instrumen tersebut akan berlaku pada tarikh
tertentu masa depan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 15
ii. Pasaran Terbitan Proses perniagaan yang berlaku di bawah beberapa syarat pada masa
sekarang manakala pembayaran dan penghantaran instrumen tersebut akan
berlaku pada tarikh tertentu masa depan
Terbitan termasuk kewangan masa depan dan pemilihan (options)
Kewangan masa depan merupakan pembelian sesuatu instrumen
kewangan pada tarikh tertentu masa depan dan harga yang ditentukan pada
awalnya.
Pemilihan adalah kontrak yang memberi hak kepada pemilik untuk beli
atau jual asset kewangan dalam suatu jangka masa dan pada harga yang
ditentukan.
Contohnya, Malaysia Derivative Exchange (MDEX)
Jelaskan tentang dua jenis pasaran utama di Malaysia.
Nyatakan perbezaan antara pasaran utama dengan pasaran kedua
Apakah kelebihan dan kelemahan pasaran ekuiti?
Jelaskan pasaran wang dan pasaran modal.
Apakah kelebihan pasaran OTC berbanding pasaran pertukaran?
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 16
2.2
INSTRUMEN KEWANGAN
Definisi
Ciri-ciri
Kegunaan
Penilaian
Jenis-jenis
Kecairan
Risiko
Hasil
Hubungan
kecairan, risiko
dan hasil
Untuk urusan
pembayaran dan
urusniaga
Memindahkan
risiko
Sebagai
penyimpan
nilai
Saiz
Masa
Kepastian
Instrumen pasaran
wang
Sekuriti pasaran
modal
Instrumen Kewangan – satu perjanjian bertulis di mana satu pihak berjanji untuk
memindahkan sesuatu yang bernilai kepada pihak lain pada masa depan; di
bawah syarat-syarat tertentu
Kecairan – kesenangan / kemudahan sesuatu aset dapat ditukar ke dalam bentuk wang
dalam jangka masa yang singkat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 17
2.2.1 Definisi Instrumen Kewangan
2.2.2 Ciri-ciri Instrumen Kewangan
a. Kecairan (liquidity)
Kesenangan atau kemudahan sesuatu aset dapat ditukar ke dalam bentuk
wang (akaun bank dan mata wang) dalam jangka masa yang singkat.
Sesuatu instrumen kewangan mestilah mempunyai tiga syarat untuk
dikategorikan sebagai mempunyai kecairan yang tinggi:-
Instrumen tersebut mestilah senang ditukar kepada wang.
Kos untuk penukaran (kos transaksi) haruslah rendah.
Harga atau prinsipal instrumen kewangan haruslah stabil.
Untuk memahami bagaimana pasaran kewangan menjalankan peranan penting
dalam menyalurkan dana daripada pemberi pinjam atau penabung kepada peminjam
atau pengguna, kita perlu mengetahui sekuriti-sekuriti (instrumen) yang terdapat
dalam pasaran kewangan.
Instrumen kewangan merupakan satu perjanjian bertulis di mana satu pihak
berjanji untuk memindahkan sesuatu yang bernilai (wang) kepada pihak lain pada
masa hadapan di bawah syarat-syarat tertentu.
Anda boleh
mengetahui lebih lanjut tentang
risiko default dengan melayari
laman web
http://www.defaultrisk.com/
Risiko – kebarangkalian pemiliknya tidak mendapat kembali nilai penuh bagi
wang yang dilaburkan
Risiko ‘default’ – pelabur tidak menerima bayaran faedah secara kontrak dalam suatu jangka masa atau tidak dapat semula prinsipal
berpunca daripada kerosakan instrumen kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 18
Pasaran sekunder yang sangat membangun di mana instrumen kewangan
senang dijualbeli, menyumbang kecairan.
Instrumen pasaran wang (jangka pendek) khasnya dengan harga yang lebih
stabil adalah lebih cair daripada instrumen pasaran modal (jangka panjang).
b. Risiko (risk)
Risiko dalam instrumen kewangan diterbitkan daripada kebarangkalian di
mana kemungkinan besar pemiliknya tidak mendapat kembali nilai penuh
bagi wang yang dilaburkan.
Suatu kemungkinan berlakunya sisihan antara pulangan yang dijangka
dan pulangan yang diterima oleh seseorang pelabur dalam tempoh tertentu.
Risiko dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
i Risiko ‘Default’
Merupakan risiko di mana pelabur tidak menerima bayaran
faedah secara kontrak dalam suatu jangka masa atau tidak
dapat semula prinsipal berpunca daripada kerosakan instrumen
kewangan.
Akaun simpanan mempunyai risiko ‘default’ yang lebih rendah
berbanding municipal bon atau bon korporat kerana Syarikat
Insurans Deposit Pusat (Federal Deposit Insurance
Corporation) menjamin deposit simpanan dalam bank-bank
perdagangan sehingga $100,000 per akaun.
Risiko pasaran – harga sesuatu instrumen kewangan
akan berubah-ubah
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 19
Bon korporat mempunyai risiko ‘default’ yang lebih rendah
berbanding dengan ekuiti korporat kerana pemegang bon akan
dibayar faedah sebelum pemegang saham jika mempunyai
masalah kewangan.
ii Risiko pasaran
Risiko di mana harga sesuatu instrumen kewangan akan
berubah-ubah.
Risiko yang berpunca daripada tanggapan berbanci para
pelabur terhadap turun naik harga saham ekoran daripada
perkembangan semasa.
Buku deposit simpanan di dalam bank perdagangan
mempunyai risiko pasaran yang lebih rendah berbanding
kebolehpasaran kerajaan jangka panjang atau bon
korporat.
Saham biasa memunyai risiko pasaran yang lebih tinggi
berbanding bon korporat kerana harga saham adalah
berubah-ubah setiap masa.
c. Hasil (yield)
Kadar pulangan sesuatu aset.
Dikira dalam bentuk peratusan setiap tahun.
Hasil semasa dikira dalam pulangan tahunan terhadap
sesuatu
instrumen (dalam RM) dibahagikan dengan harga atau prinsipal
pertama.
Hasil kepada kematangan (Yield to
maturity) adalah purata pulangan tahunan termasuk sebarang
keuntungan atau kerugian atas modal dalam tempoh matang
apabila nilai muka bon ditebus balik.
Untuk bon yang dibeli lebih rendah daripada nilai muka, hasil
kepada kematangan / kadar pulangan purata untuk jangka hayat instrumen
melebihi hasil semasa.
Instrumen pasaran kewangan di malaysia, diniagakan di pasaran untuk kadar faedah, pasaran ekuiti, pasaran untuk pelaburan dan pasaran wang saham/unit dana,
pasaran pertukaran asing dan pasaran kewangan yang lain.
Hasil – kadar pulangan sesuatu aset
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 20
Untuk bon yang dibeli melebihi nilai muka, hasil kepada
kematangan adalah lebih rendah daripada hasil semasa kerana kerugian dalam
modal pada tempoh matang
d. Hubungan Kecairan, Risiko dan Hasil
Pelabur pada mulanya akan menerima satu hasil yang lebih rendah dalam
pertambahan kecairan bagi sesuatu aset.
Buku akaun simpanan mempunyai hasil yang lebih rendah berbanding
sijil deposit 3 tahun, di mana secara relatifnya tidak cair kerana bank akan
menghukum penyimpan yang mengaut keuntungan daripada sijil deposit (CD)
sebelum tempoh matang.
Risiko dan hasil berhubung secara positif.
Semakin besar risiko sesuatu instrumen kewangan, semakin tinggi
hasil atau pulangan daripada instrumen kewangan tersebut
Kecairan dan risiko berhubung secara negatif
Instrumen kewangan yang lebih cair adalah kurang berisiko kerana
boleh ditukarkan kepada wang dalam jangka masa pendek pada
satu harga yang paling hampir denga harga belian asal.
Hasil dan kecairan berhubung negatif
Pelabur biasanya menerima hasil yang lebih rendah begi instrumen
kewangan yang mempunyai kecairan tinggi
Buku akaun simpanan mempunyai hasil yang lebih rendah
berbanding sijil deposit yang mempunyai tempoh matang selama 3
tahun, di mana sijil deposit adalah kurang cair kerana pihak bank
akan mengenakan caj atau denda kepada pendeposit yang
menyimpan wang dalam sijil deposit bank sebelum tempoh
matang.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 21
2.2.3 Kegunaan Instrumen Kewangan
Untuk urusan pembayaran atau urus niaga
Tetapi kurang cair daripada wang.
Sebagai penyimpan nilai
Adalah lebih baik daripada wang, tetapi mempunyai risiko yang
lebih besar.
Memindahkan risiko
Pembeli memindahkan risiko kepada penjual.
Contoh: polisi insurans, kontrak pada masa hadapan.
2.2.4 Menilai Instrumen Kewangan
Saiz (sizing)
Lebih banyak aliran tunai, lebih besar nilai instrumen kewangan
tersebut.
Masa (timing)
Semakin cepat penerimaan aliran tunai, semakin besar nilai
instrumen kewangan.
Kepastian (certainty)
Semakin kerap pembayaran dibuat, nilai instrumen kewangan lebih
besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen kewangan?
Nyatakan ciri-ciri instrumen kewangan.
Mengapakah instrumen kewangan digunakan dalam pasaran?
Instrumen pasaran wang – bersifat tempoh matang pendek,
kurang mengalami turun naik dalam harga dan merupakan pelaburan kurang berisiko
Bil Perbendaharaan – diterbitkan oleh benk pusat dan bersifat sekuriti hutang jangka
pendek, kecairan tinggi dan paling selamat bagi pelaburan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 22
2.2.5 Jenis-jenis Instrumen Kewangan
2.2.5.1 Instrumen Pasaran Wang
Oleh kerana tempoh matang dalam instrumen pasaran wang adalah
pendek, maka sekuriti hutang yang diniagakan dalam pasaran wang
kurang mengalami turun naik dalam harga.
Merupakan pelaburan yang kurang berisiko.
Pasaran wang telah mengalami perubahan yang besar sejak tiga dekad
yang lalu, dengan sebahagian besar jumlah instrumen kewangan
mengalami pertumbuhan yang cepat.
Jenis-jenis Instrumen Pasaran Wang
a. Bil Perbendaharaan (Treasury Bills)
Diterbitkann oleh bank pusat sesebuah negara sahaja.
Di Malaysia, bil perbendaharaan dilaksanakan oleh Bank Negara melalui tender
orang perseorangan, agensi kerajaan dan syarikat.
Paling selamat dan ada kalanya disifatkan sebagai pelaburan risiko-bebas kerana
ia disokong penuh oleh kerajaan.
Mempunyai darjah kecairan yang tertinggi di kalangan pelaburan yang ada di
negara kita.
Merupakan sekuriti hutang jangka pendek yang diterbitkan dalam tempoh matang
selama 1 bulan / 3 bulan / 6 bulan untuk membiayai kerajaan.
Pemegang sekuriti akan membayar jumlah yang ditetapkan pada tempoh matang
dan tidak dikenakan bayaran faedah.
Tetapi, pemegang sekuriti membayar faedah dengan menjual bil pada harga yang
lebih rendah daripada jumlah yang dibayar pada tempoh matang.
Kertas dagangan – sekuriti pasaran wang yang diterbitkan
oleh bank dan juga syarikat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 23
Contoh: Pada Jun 2008, pemegang sekuriti membeli bil perbendaharaan bernilai
RM900 yang mempunyai tempoh matang 1 tahun dan menebus balik bil tersebut
pada Jun 2009 dengan nilai RM1000.
Tidak begitu popular di kalangan orang perseorangan kerana ia memerlukan wang
pokok yang besar dan biasanya antara $50,000 hingga $100,000.
Semakin lama tempoh kematangannya bererti semakin tinggilah kadar faedahnya.
Kerajaan dapat membayar balik hutang-hutang kerana ia dapat meningkatkan
cukai atau menerbitkan mata wang (wang kertas dan duit syiling) untuk
membayar hutang-hutang tersebut.
Bil perbendaharaan ditawarkan di bank-bank, isi rumah, syarikat-syarikat dan
juga pengantara kewangan yang lain.
Digemari oleh pelabur institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
tabung-tabung amanah dan syarikat-syarikat insurans kerana memenuhi keperluan
saluran pelaburan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
b. Kertas Dagangan (Commercial Paper)
Merupakan sekuriti pasaran wang yang diterbitkan oleh bank dan juga syarikat-
syarikat.
Ditawarkan oleh perbadanan swasta yang telah mempunyai nama dalam dunia
korporatnya.
Syarikat pengeluar akan menjual kertas dagangan kepada pelabur individu atau
institusi sama ada melalui rangkaian pasaran peniaga atau penjualan terus.
Biasanya, ia tidak digunakan untuk pelaburan kewangan jangka panjang tetapi
lebih kepada membeli inventori atau untuk menguruskan hasil modal.
Pada umumnya, dokumen ini dibeli untuk tujuan pembiayaan wang (jumlah yang
diterbitkan sering kali terlalu tinggi untuk pelabur individu).
Dianggap sebagai pelaburan yang selamat dan kurang berisiko.
Anda boleh melihat contoh kertas perdagangan
konvensional dan Islam dengan melayari laman web
http://www.cagamas.com.my/caga-docs/pictures/pr_7
aug08.pdf
(konvensional)
http://www.cagamas.com.my/caga-docs/pictures/pr_2
8may08.pdf
(Islam)
Sijil deposit bank – sekuriti hutang yang dijual oleh bank kepada pendeposit yang membayar suatu jumlah faedah tahunan berserta dengan harga asal pada tempoh
matang
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 24
Oleh itu, pulangan terhadap dokumen perdagangan tidak besar.
Terdapat empat jenis dokumen perdagangan iaitu nota perjanjian, draf, cek dan
sijil deposit.
c. Sijil Deposit Bank (Negotiable Bank Certificates of Deposit)
Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh bank kepada pendeposit yang
membayar suatu jumlah faedah tahunan serta membayar balik harga belian asal
pada tempoh matang.
Sijil ini adalah sumber tabungan atau pembiayaan yang penting untuk bank
perdagangan, syarikat-syarikat, institusi kebajikan dan juga agensi kewangan.
d. Penerimaan Bank (Banker’s Acceptance)
Merupakan satu draf masa (time draft) yang dikeluarkan dan diterima oleh pihak
bank.
Sebelum penerimaan, draf tersebut bukanlah tanggungan daripada bank; sekadar
suatu perintah oleh penyuruh bayar cek kepada bank untuk membayar suatu
jumlah wang tertentu pada tarikh tertentu kepada si pemegang draf tersebut.
Penerimaan berlaku apabila bank menerima, mengesahkan dan menandatangani
draf tersebut, dan draf itu akan menjadi satu liabiliti tidak bersyarat kepada bank.
Jika sesebuah bank tersebut terkenal dan mempunyai reputasi yang baik, draf
Penerimaan bank – satu draf masa yang dikeluarkan dan diterima oleh pihak bank
Perjanjian pembelian semula – perjanjian antara penjual dan pembeli di mana penjual akan membeli semula sekuriti yang dijual pada masa depan dengan
harga yang lebih tinggi
Dana persekutuan – pinjaman untuk satu malam
oleh bank untuk mengekalkan rizab bank pada rizab
persekutuan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 25
yang diterima itu mungkin mudah dijual di dalam pasaran.
Merupakan sekuriti pasaran kewangan – satu sekuriti diskaun jangka pendek yang
lazimnya muncul dalam perdagangan antarabangsa.
e. Perjanjian Pembelian Semula (Repurchase Agreements - Repos)
Adalah pinjaman jangka pendek.
Tempoh matang kurang daripada 2 minggu.
Suatu proses penjualan dan pembelian semula pinjaman di mana mempunyai
seorang peminjam yang menjual sekuriti untuk mendapatkan tunai kepada
seorang pemberi pinjam dan bersetuju untuk membeli semula sekuriti-sekuriti
tersebut pada masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi.
Kadar repos merupakan perbezaan di antara tunai yang dipinjam dan tunai yang
dibayar balik yang diungkapkan dalam bentuk peratusan.
f. Dana Persekutuan (Federal Funds)
Merupakan pinjaman untuk satu malam oleh bank untuk mengekalkan rizab
bank pada rizab persekutuan.
Bank menyimpan rizab di rizab Bank Persekutuan untuk menyesuaikan dengan
keperluan rizab dan juga untuk menjelaskan urus niaga kewangan.
Urus niaga dalam pasaran dana persekutuan membolehkan institusi penyimpan
dengan baki rizab dalam lebihan dari keperluan rizab untuk meminjamkan rizab
kepada institusi yang kekurangan rizab.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 26
Pinjaman tersebut biasanya dibuat untuk sehari sahaja. Contoh: selama satu
malam.
Kadar faedah yang dikenakan di mana urus niaga tersebut berlaku dikenali
sebagai kadar dana persekutuan.
Urus niaga dana tidak meningkatkan atau mengurangkan jumlah rizab bank.
Sebaliknya, dana persekutuan membahagikan semula rizab dan membolehkan
pembiayaan yang sia-sia untuk menghasilkan pulangan.
Bank boleh meminjam tabungan (fund) ini untuk mengelakkan overdraf dalam
akaun rizab atau untuk menyesuaikan rizab yang diperlukan.
Dana persekutuan adalah wang pasti (definitive) – sedia ada untuk melakukan
perbelanjaan yang mana cek dan bentuk wang yang lain perlu dijelaskan oleh
bank dan mengambil masa selama beberapa hari sebelum boleh digunakan untuk
melakukan perbelanjaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen pasaran wang?
Jelaskan dua jenis instrumen pasaran wang.
3. Jelaskan tentang instrumen kewangan yang bersifat draf masa.
Sekuriti pasaran modal – sekuriti hutang dan ekuiti
dengan tempoh matang lebih daripada 1 tahun
Saham – tuntutan ekuiti di atas pendapatan bersih dan
aset daripada sebuah syarikat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 27
2.2.5.2 Sekuriti Pasaran Modal dan Jenis-jenisnya
Merupakan sekuriti hutang dan ekuiti dengan tempoh matang lebih
daripada 1 tahun.
Mengalami turun naik harga yang lebih luas.
Pelaburan yang berisiko.
Jenis-jenis Instrumen Pasaran Modal
a. Saham (Stocks)
Merupakan tuntutan ekuiti di atas pendapatan bersih dan aset daripada sebuah
syarikat.
Aset kewangan yang pemiliknya berkongsi bersama terhadap perniagaan
sesebuah syarikat.
Saham juga dikenali sebagai syer.
Berhak ke atas pemilikan untuk berkongsi keuntungan daripada firma.
Bahagian yang lebih besar dalam urus niaga saham dilakukan dalam pasaran
sekunder (secondary markets).
Apabila harga saham meningkat, firma akan menerbitkan syer baru.
Peningkatan nilai dalam aset modal benar menggambarkan peningkatan dalam
harga syer akan mendorong firma untuk meningkatkan perbelanjaan dalam
pelaburan.
b. Gadai janji atau cagaran (Mortgages)
Pinjaman kepada isi rumah atau firma untuk membeli rumah, tanah atau aset lain,
di mana aset atau tanah tersebut dijadikan jaminan untuk sesuatu pinjaman yang
dibuat.
Kadar faedah bagi cagaran adalah tetap terhadap jangka hayat gadai janji tersebut.
Pasaran cagaran Islam beroperasi secara luas di Malaysia iaitu bukan sahaja
menawarkan perkhidmatan cagaran kepada golongan Muslim malah juga kepada
golongan bukan Muslim.
Gadai janji atau cagaran – pinjaman kepada isi rumah / firma untuk membeli aset di mana aset itu akan dijadikan jaminan bagi pinjaman itu
Bon korporat – bon jangka panjang yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat dengan kadar kepercayaan kredit yang kuat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 28
Sejenis bon bercagar yang syarikat pengeluar menyandarkan aset tetapnya sebagai
jaminan untuk membayar faedah dan wang pokok kepada pembelinya.
c. Bon Korporat (Corporate Bonds)
Bon jangka panjang ini diterbitkan oleh syarikat-syarikat dengan kadar
kepercayaan kredit yang kuat.
Merupakan hutang jangka panjang yang dituntut ke atas aset syarikat tetapi
tuntutan tersebut mungkin atau mungkin tidak dijamin dengan cagaran atau aset
lain.
Bon korporat biasanya mempunyai tempoh matang di antara 10 hingga 30 tahun.
Bon korporat yang khas menyediakan pemegang bon bayaran bunga sebanyak
dua kali setahun dan nilai muka bon dibayar dengan penuh apabila bon tersebut
matang.
Terdapat sesetengah bon korporat, dikenali sebagai ‘bon boleh tukar’, mempunyai
ciri tambahan iaitu mengizinkan pemegang bon untuk menukarkan bon kepada
saham biasa mengikut nisbah atau harga tukaran yang telah ditetapkan oleh
syarikat pengeluar berdasarkan pilihan pemegang bon.
Ciri ini membuatkan ‘bon boleh ditukar’ ini diingini oleh pembeli pada masa
hadapan dan boleh mengurangkan bayaran faedah kerana bon ini boleh
meningkatkan nilai jika harga saham meningkat.
Contohnya, Citigroup corporate bonds
Sekuriti kerajaan MGS dan MTB adalah sekuriti konventional manakala GII dan MITB adalah
sekuriti Islam
Sekuriti kerajaan – instrumen hutang pasaran yang
diterbitkan oleh kerajaan
Sekuriti Agensi Kerajaan Malaysia – diterbitkan oleh
pelbagai agensi kerajaan untuk membiayai cagaran, pinjaman
perladangan / peralatan janakuasa
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 29
d. Sekuriti Kerajaan ( Government Securities)
Sekuriti kerajaan Malaysia adalah instumen hutang pasaran yang diterbitkan oleh
kerajaan
Tujuan pengeluaran sekuriti kerajaan ialah untuk mengumpul dana dari pasaran
domestik untuk membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan dan modal kerja
Bank Negara Malaysia memainkan peranan sebagai bank induk dan penasihat
bagi kerajaan
Contoh sekuriti kerajaan adalah sekuriti kerajaan Malaysia (MGS), bil
perbendaharaan Malaysia (MTB), isu pelaburan kerajaan (GII) dan bil
perbendaharaan Islam Malaysia (MITB)
e. Sekuriti Agensi Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Agency
Securities)
Diterbitkan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk membiayai cagaran, pinjaman
perladangan atau peralatan janakuasa
Dijamin oleh kerajaan persekutuan.
Contoh, Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti pasaran modal?
Jelaskan dua jenis instrumen sekuriti pasaran modal.
Bezakan antara saham, gadaian atau cagaran dan bon.
Bon ‘Municipal’ – dibeli oleh bank pelaburan & kemudian dijual
kepada bank perdagangan, syarikat insurans & individu-individu yang
berpendapatan tinggi
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 30
g. Bon ‘Munisipal’Bon Negeri dan Perbandaran (Municipal Bonds / State and Local
Government Bonds)
Municipal bonds dibeli oleh bank pelaburan dan kemudian dijual semula kepada
bank perdagangan, syarikat-syarikat insurans dan individu-individu yang
berpendapatan tinggi.
Pasaran bagi municipal bonds adalah kecil kerana jumlah bank yang menyertai
pasaran ini adalah terhad.
Jumlah pembeli yang mengendalikan sekuriti adalah terhad dan kebanyakan
pembeli memegang inventori yang kecil sahaja.
Sekuriti hutang pasaran modal diterbitkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan
tempatan untuk membiaya perbelanjaan ke atas pembinaan sekolah, jalan dan
juga program-program besar.
Ciri penting bon ini ialah bayaran faedah dikecualikan daripada cukai pendapatan
negeri dan tempatan di perbandaran yang menerbitkan bon-bon tersebut.
Sekuriti hutang jangka panjang yang mewakili suatu tuntutan ke atas sebuah
bandar atau satu kawasan pentadbiran sesebuah negeri.
Bon yang baru diterbitkan akan dibeli oleh bank-bank pelaburan dan kemudian
akan dijual semula kepada bank-bank perdagangan, firma insurans dan harta serta
individu yang berpendapatan tinggi.
Pasaran bon ini adalah kecil kerana jumlah yang menyertai pasaran ini adalah
terbatas.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 31
2.3
INSTITUSI KEWANGAN
Definisi Fungsi Jenis-jenis
Perkongsian
risiko
Maklumat tidak
bersimetrik
Kos
transaksi
Sistem
perbankan
Institusi kewangan
bukan bank
Institusi kewangan – satu perniagaan yang melakukan aktiviti jual, beli & simpan aset / instrumen kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 32
2.3.1 Definisi Institusi Kewangan
Suatu perniagaan di mana berlaku aktiviti jual, beli dan simpan aset atau
instrumen kewangan
Institusi kewangan juga dikenali sebagai perantara kewangan (perniagaan
yang menghubungkan penabung dan peminjam)
Institusi ini berfungsi sebagai pihak perantara antara individu, firma atau
pasaran kewangan
Institusi kewangan berperanan dalam proses pembiayaan tidak langsung iaitu
menerima atau melabur dana melalui institusi pihak ketiga seperti bank
dan dana secara besaran (mutual funds)
Institusi kewangan memainkan peranan penting dalam perkembangan
sesebuah ekonomi negara.
Urusan kewangan institusi kewangan akan mempengaruhi bekalan wang
dalam ekonomi yang seterusnya akan dapat mempengaruhi tingkat
pelaburan, guna tenaga, keluaran negara dan pendapatan negara
2.3.2 Fungsi Institusi Kewangan
a. Kos Transaksi
Kos transaksi adalah masa dan duit yang dibelanjakan dalam transaksi
kewangan di mana ia adalah masalah utama bagi individu yang meminjamkan
dana lebihan
Institusi kewangan boleh mengurangkan kos transaksi dengan membagunkan
kepakaran dan saiz institusi kewangan yang besar amemudahakan mereka
untuk mengambil kesempatan terhadap skala ekonomi
Anda boleh
mengetahui lebih lanjut tentang
perkhidmatan kecairan dengan
melayari laman web
http://www.maybank2u.com.my/
Kos transaksi – masa & duit yang dibelanjakan dalam
transaksi kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 33
i. Kepakaran
Individu yang hendak memberi pinjam kepada peminjam perlu
membuat surat perjanjian di mana ia akan berkos tinggi
Jika individu menyimpan duit di dalam bank, pihak bank akan
menyediakan pinjaman kepada peminjam pada kos transaksi yang
rendah
Pihak bank akan menyediakan surat perjanjian pada kos yang
rendah dengan menggunakan kepkaran.
ii. Skala ekonomi
Pengurangan dalam setiap ringgit kos transaksi diikuti dengan
peningkatan dalam saiz transaksi
Dengan pengurangan kos transaksi, institusi juga dapat menawarkan
perkhidmatan kecairan
Perkhidmatan kecairan adalah memudahkan pelanggan untuk membuat
transaksi seperti pembayaran bil
Maklumat tidak simetrik – satu pihak tidak mempunyai maklumat yang secukupnya tentang pihak satu lagi untuk
membuat keputusan
Adverse selection – situasi di mana individu (peminjam) mempunyai
ciri-ciri tersembunyi
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 34
b. Perkongsian Risiko
Institusi kewangan boleh membantu para pelabur daripada tidak terdedah
kepada risiko iaitu kepastian tentang pulangan yang diterima oleh pelabur
Institusi kewangan menerbitkan dan menjual aset yang berisiko dan membeli
lagi aset yang lebih berisiko dengan menggunakan dana yang diterima dalam
jualan aset.
Disebabkan transaksi kos yang rendah, institusi kewangan berkongsi risiko
pada kos yang rendah lalu pihak institusi mendapat untung daripada pulangan
ke atas aset yang berisiko dan bayaran yang diterima ke atas aset yang dijual.
Perkongsia risiko juga dikenali sebagai transformasi aset di mana aset yang
berisiko akan menjadi aset yang lebih selamat bagi pelabur kerana aset
tersebut boleh membawa pulangan yang tinggi.
Institusi juga mengurangkan risiko dengan membantu pelabur untuk
mempelbagaikan aset (portfolio) supaya risiko yang terdedah pada diri mereka
boleh dikurangkan
c. Maklumat Tidak Simetrik
Maklumat tidak simetrik bermaksud satu pihak tidak mempunyai maklumat
yang secukupnya tentang pihak satu lagi untuk membuat sesuatu keputusan
Keadaan ini berlaku sama ada sebelum berlaku transaksi (adverse selection)
atau selepas transaksi dibuat (moral hazard)
‘Adverse selection’ berlaku apabila institusi kewangan memberi pinjaman
kepada peminjam yang berkeupayaan atau berpotensi untuk menghasilkan
risiko yang tidak diingini
Apakah yang dimaksudkan dengan institusi kewangan?
Jelaskan fungsi-fungsi institusi kewangan.
Jelaskan dua keadaan dalam maklumat tidak simetrik.
Moral Hazard – situasi di mana individu mengambil
tindakan yang tidak bermoral
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 35
Disebabkan ‘Adverse selection’, pinjaman yang diberi akan menjadi risiko
kredit yang buruk
‘Moral Hazard’ merupakan satu risiko (hazard) apabila peminjam mungkin
melakukan aktiviti yang tidak diingini atau tidak bermoral dari segi
pandangan pemberi pinjam seperti tidak membayar balik pinjaman
Maka, institusi kewangan membantu individu yang ingin menawarkan dana
kerana institusi kewangan lebih dapat mengenali risiko kredit yang buruk
dengan risiko kredit yang baik
Dengan menggunakan kepakaran untuk memantau pihak peminjam, institusi
kewangan mengurangkan kerugian melalui masalah ‘Moral Hazard’
Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26 Januari 1989 di bawah Ordinan Bank Pusat Malaya
1958 (Central Bank of Malaya Ordinance 1958)
Bank Pusat – institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk
mentadbir urusan kewangan kerajaan & mengawaal
keseluruhan sistem kewangan negara
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 36
2.3.3 Jenis-jenis Institusi Kewangan
2.3.3.1 Sistem Perbankan
a. Bank Pusat
Sebuah institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk mentadbir urusan
kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.
Bank Pusat di Malaysia ialah Bank Negara Malaysia.
Fungsi-fungsi Bank Negara Malaysia
i. Mengeluarkan mata wang negara
BNM mesti memastikan bahawa jumlah mata wang yang dikeluarkan
adalah setakat mencukupi sahaja mengikut keperluan ekonomi.
ii. Jurubank kepada kerajaan
Mentadbirkan akaun kerajaan
Mentadbirkan hutang negara
Memberikan pendahuluan sementara
iii. Mengawasi kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran
BNM menjaga kestabilan kadar pertukaran asing antara Ringgit
Malaysia dengan mata wang asing.
iv. Mengawasi aktiviti bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta
menjalankan dasar kewangan
Menjalankan dasar kewangan bertujuan untuk mencapai kestabilan
dan pertumbuhan ekonomi.
v. Jurubank kepada bank-bank perdagangan
Mengawal rizab berkanun
Mengawal harta mudah tunai/harta cair
Bank Perdagangan – institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta dan bertujuan untuk mencari
keuntungan
Syarikat Kewangan – perantara yang menaikkan jumlah wang melalui
penjualan bon dan sekuriti & hasilnya digunakan untuk memberikan pinjaman
kepada isi rumah & perniagaan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 37
b. Bank Perdagangan
Merupakan institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta dan bertujuan
untuk mencari keuntungan.
Bank Perdagangan juga merupakan perantara kewangan yang menerima deposit
iaitu deposit semasa, tabungan dan tetap dari orang ramai untuk memberikan
pinjaman kepada para pelabur, membeli harta tetap, inventori, saham dan
membuat pelaburan lain.
Penyimpan memperoleh faedah perkongsian risiko daripada pihak bank.
Manakala pemimjam pula memperolehi tabungan untuk kewangan untuk membeli
kenderaan, inventori atau perancangan dan peralatan.
Bank Perdagangan memberikan pinjaman kepada para pelabur melalui akaun
semasa, kemudahan overdraf dan mendiskaunkan bil-bil pertukaran.
Bank Perdagangan menawarkan fungsi yang khusus dalam menyediakan kredit
kepada peminjam dengan mengurangkan kos transaksi dan kos maklumat dengan
moral hazard.
Pihak bank juga menyediakan perkhidmatan kecairan seperti menyemak akaun
dimana deposit penyimpan sedia ada untuk diminta.
Terdapat 35 jenis bank perdagangan di Malaysia, contohnya, Bank CIMB Berhad
c. Syarikat Kewangan
Syarikat kewangan merupakan perantara yang menaikkan jumlah wang melalui
penjualan bon dan sekuriti dan hasilnya digunakan untuk memberikan pinjaman
kecil kepada isi rumah dan perniagaan.
Terdapat 25 syarikat kewangan di Malaysia, contohnya EON Finance Berhad
Syarikat Kewangan Pengguna – membuat pinjaman kepada
pengguna untuk membeli aset
Syarikat Kewangan Perniagaan – pinjaman kepada firma perniagaan
untuk membeli aset mahal
Syarikat Kewangan Jualan – mempromosikan perniagaan
pengeluar / peruncit
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 38
Terdapat tiga jenis syarikat kewangan iaitu :
i. Syarikat kewangan Pengguna
- Syarikat kewangan pengguna membuat pinjaman bagi membolehkan
pengguna atau isi rumah untuk membeli kenderaan, perabot, dan perkakas
lain, membiayai peningkatan kemudahan kediaman dan membayar hutang.
Pelanggan syarikat kewangan ini mempunyai risiko munkir yang lebih
tinggi dan pinjaman yang dubuat dikenakan kadar faedah yang amat tinggi.
- Arab – Malaysian Finance Berhad (AFMB)
ii. Syarikat Kewangan Perniagaan
- Syarikat kewangan ini membuat pinjaman bagi membolehkan firma-firma
perniagaan membeli peralatan perniagaan yang mahal seperti mesin
teknologi, kenderaan perniagaan dan sebagainya. Pinjaman biasanya dibuat
dalam jangka pendek, tapi tempoh kontrak boleh menjadi lima tahun atau
lebih.
- Hong Leong Finance Berhad
iii. Syarikat Kewangan Jualan
- Syarikat kewangan jualan bergabung dengan pengeluar penjualan barangan
yang besar yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan pengeluar
atau peruncit.
- CNI Enterprise (M) Sdn. Bhd
d. Bank Islam
Di Malaysia terdapat sistem perbankan Islam yang berlainan daripada sistem
perbankan konvensional di mana mempunyai perundangan dan peraturan yang
berasingan
Bank Negara Malaysia yang menyelia bank Islam sama seperti menyelia bank-
bank lain
Aktiviti bank Islam dilakukan berdasarkan hukum syariah (hukum Islam)
Anda boleh
mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan di Bank
Islam dengan melayari laman web
http:// www.bankislam.com.my
Bank Islam – berlainan daripada sistem perbankan
konvensional
Bank Pelaburan – membantu perniagaan dalam
meningkatkan modal baru dalam paaran-pasaran utama
dan menaihatkan mereka tentang cara untuk berbuat
demikian
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 39
Bank Islam yang pertama di Malaysia adalah Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB) dan diikuti dengan Bank Muamalat
Bank Islam merupakan salah satu daripada bank perdagangan tetapi operasinya
berbeza daripada bank perdagangan
Selain daripada bank Islam, institusi kewangan lain juga menawarkan
perkhidmatan perbankan Islam melalui skim perbankan Islam
Segala entiti bank Islam ditawarkan dengan berdasarkan hukum Islam seperti Al-
Wadiah, Al-Mudharabah, Al-Murabahah, Bai’ Bithaman Ajil, Al-Ijarah dan Al-
Musyarakah.
e. Bank Pelaburan
Bank-bank pelaburan membantu perniagaan dalam meningkatkan modal baru
dalam pasaran-pasaran utama dan menasihatkan mereka tentang cara untuk
berbuat demikian.
Bank pelaburan memperolehi pendapatan dengan menjamin sebuah saham
syarikat baru atau terbitan bon, memberi jaminan harga untuk firma pengeluaran,
menjual terbitan dengan harga yang lebih tinggi dan menyimpan keuntungan.
Jelaskan fungsi-fungsi Bank Pusat.
Nyatakan jenis-jenis syarikat kewangan berserta dengan contoh.
Terangkan setiap entiti dalam Bank Islam secara ringkas.
Pejabat Wakilan Bank Asing di Malaysia – pejabat perhubungan & tidak
menawarkan sebarang produk perbankana kepaa pasaran
Malaysia
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 40
Selain itu, bank pelaburan menetapkan syarat-syarat lain di bawah satu terbitan.
Contohnya, kekuatan bank pelaburan tidak menjamin harga bagi terbitan-terbitan
baru kerana terdedah kepada risiko turun naik harga. Risiko ini telah meyebabkan
bank pelaburan berhati-hati dalam membuat satu komitmen yang tetap kepada
firma pengeluaran.
Secara relatifnya, terbitan kecil dijamin oleh jurubank tunggal manakala terbitan
yang besar dijual oleh kumpulan jaminan bank pelaburan iaitu sindiket.
Penanggung jaminan dapat mengurangkan kos maklumat antara peminjam-
peminjam dan memberi keyakinan kepada pelabur tentang terbitan baru.
Bank pelaburan menetapkan peraturan kepada pengeluar sekuriti agar
mendedahkan maklumat tentang saham-saham atau bon-bon untuk dimaklumkan
kepada pelabur tentang risiko selain dapat mencegah sebarang penipuan
f. Pejabat Wakilan Bank Asing di Malaysia
Terdapat 32 bank asing yang menubuhkan pejabat wakilan di Malaysia
Kebanyakkan bank dari negara Eropah dan Jepun
Pejabat wakilan hanya sebagai pejabat perhubungan dan tidak menawarkan
sebarang produk perbankan kepada pasaran Malaysia
Contohnya, Citibank
Syarikat insurans – perantara kewangan yang khusus untuk melindungi pemegang
polisi daripada risiko seperti kerugian harta benda
Syarikat Insurans Nyawa – melindungi individu daripada risiko kematian & memberi
perlindungan masa tua
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 41
2.3.3.2 Institusi Kewangan Bukan Bank
a. Syarikat insurans
Syarikat insurans merupakan perantara kewangan yang khusus untuk melindungi
pemegang polisinya daripada risiko-risiko ekonomi seperti kerugian harta benda,
kehilangan nyawa dan sebagainya.
Contohnya, MAA Insurance Berhad
Sumber kewangan utama syarikat insurans ialah daripada Premium pemegang
polisinya. Syarikat insurans akan membesarkan dana premium yang diterima
melalui pelaburannya dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta
tetap dan lain-lain.
Syarikat insurans berfungsi menggerakkan pembangunan ekonomi negara kerana
institusi kewangan ini mendorong membiayai projek-projek pembangunan sektor
awam dan swasta.
Keuntungan syarikat insurans bergantung kepada keupayaan syarikatnya untuk
mengurangkan kos maklumat pemilihan kesan dan kelakuan bahaya.
Syarikat insurasns dapat dibahagi kepada dua iaitu, syarikat insurans nyawa dan
syarikat insurans kebakaran dan kecelakaan.
b. Syarikat Insurans Nyawa
Syarikat insurans ini melindungi individu daripada risiko kematian dan memberi
perlindungan masa tua.
Syarikat ini memperolehi dana daripada premium yang dibayar oleh individu ke
atas polisi dan menggunakannya untuk membeli bon korporat dan membuat
cagaran.
Contohnya, Alliance Life Insurance Malaysia Berhad
Syarikat Insurans Kebakaran & Kecelakaan – melindungi pemegang
polisi daripada kerugianakibat kecurian
Syarikat Takaful – syarikat insurans yang berlandaskan
hukum Islam
Institusi Tabungan – mengurangkan kelalaian risiko
& maklumat tidak simetrik
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 42
c. Syarikat Insurans Kebakaran dan Kecelakaan
Syarikat insurans ini melindungi pemegang polisi daripasa kerugian akibat
kecurian, kemalangan, dan kebakaran.
Syarikat ini juga sama dengan syarikat insurans nyawa iaitu memperolehi dana
daripada premium, namun mereka mempunyai kemungkinan yang besar untuk
rugi sekiranya berlaku bencana alam yang besar seperti gempa bumi, banjir dan
sebagainya.
AM Assurance Berhad
d. Syarikat Takaful
Syarikat insurans yang berlandaskan hukum Islam
Terdapat dua jenis iaitu takaful am dan takaful keluarga
Takaful am menawarkan perlindungan kepada ’insured’ daripada risiko
kebakaran, kehilangan atau kerosakan harta benda
Takaful keluarga melindungi ’insured’ daripada kematian atau masalah kesihatan
atau kemalangan yang mungkin berlaku
Contohnya, Takaful Malaysia
e. Institusi Tabungan
Institusi tabungan berfungsi untuk mengurangkan kelalaian risiko dan maklumat
tidak simetrik iaitu keadaan di mana terdapat dua atau lebih pihak dan apabila
kedua-dua pihak ini menjalankan transaksi, wujud beberapa maklumat yang tidak
sekata atau selaras antara mereka.
Institusi tabungan menerima deposit jangka pendek kewangan dalam jangka
panjang seperti cagaran rumah dan disebabkan itu, risiko dalam pasaran kadar
bunga berada dalam keadaan turun naik.
Bank Simpanan Nasional mempunyai perkhidmatan Unit Bank Bergerak BSN untuk memudahkan transaksi
perbankan oleh penduduk bandar dan luar bandar.
Institusi Kewangan Pembangunan – meningkatkan pembangunan sektor &
subsektor tertentu seperti pertanian
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 43
Di Malaysia, Bank Simpanan Nasional merupakan sebuah bank tabungan yang
dimiliki oleh kerajaan Malaysia.
Peranan utama BSN ialah untuk menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan
penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana.
f. Institusi Kewangan Pembangunan
Institusi kewangan pembangunan (Development Financial Instituitions-DFI)
ditubuhakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sektor dan sub-
sektor tertentu seperti pertanian, pembangunan kemudahan dan perniagaan
antarabangsa
Insttusi ini hanya mengukhususkan kepada pembiayaan projek jangka panjang
dan pertengahan yang boleh membawa kepada kredit atau risiko pasaran yang
tinggi
Institusi Kewangan Pembangunan utama di Malaysia adalah:
i. Bank Pertanian Malaysia
memfokuskan pembangunan sektor pertanian dalam negara
ii. Bank Industri dan Teknologi Malaysia
memfokuskan pembangunan sektor industri dalam negara
iii. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
salah satu institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kewangan
kepada golongan bumiputra dalam sektor pembuatan dan industri
iv. EXIM Bank
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 44
memberi pembiayaan bagi perniagaan antarabangsa dan memudahkan
eksport barang dan perkhidmatan dengan memeri kredit eksport,
membiayai pelaburan modal dan mengusahakan perkhidmatan dan
maklumat perniagaan.
Jelaskan tiga jenis syarikat insurans serta operasinya.
Apakah syarikat insurans yang ditubuhkan berdasarkan hokum Islam?
Nyatakan contoh Institusi Kewangan Pembangunan utama di Malaysia
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 45
Akta TujuanBank / Syarikat di
bawah akta
Akta Bank Pusat Malaysia
1958 (Central Bank of
Malaysia Act 1958)
lebih kepada
pentadbiran
dan objektif bank pusat
menyatakan tentang
hubungan bank pusat
dengan kerajaan dan
institusi kewangan
mengawal tugasan dan
kuasa bank pusat
Bank Negara Malaysia
telah meminda Akta Bank
Negara Malaysia 1958
pada tahun 2003 bagi
mempertingkatkan
peranan dan fungsi MPS
(Majlis Penasihat Syariah)
Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
Akta Perbankan dan
Institusi Kewangan 1989
(Banking and Financial
Instituitions Act 1989) -
(BAFIA)
menggariskan undang-
undang bagi perlesanan
dan pengawalan institusi
yang menjalani aktiviti
perbankan, syarikat
kewangan, bank saudagar,
syarikat diskaun dan
perniagaan broker
Bank Saudagar
Bank Perdagangan
Syarikat Diskaun
Syarikat Kewangan
Akta Kawalan Pertukaran
1953 (Exchange control
mengawal perniagaan/
pertukaran emas, mata
Maybank
Bank NSBC
2.4
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 46
act 1953) wang asing, bayaran
kepada dan daripada
pemastautin, penerbitan
sekuriti dari luar Malaysia,
import dan eksport.
mengizinkan pengawal
(controller) pertukaran
asing untuk memberi
kebenaran dan nasihat
serta menguatkuasakan
syarat-syarat di akta
Bank-bank dan syarikat-
syarikat yang
mengendalikan aktiviti
pertukaran dengan
asing
Akta Perbankan Islam
1983 (Islamic Banking Act
1983)
memperuntukkan hal
perlesenan dan
pengawalseliaan bagi
perniagaan perbankan
Islam
mengawal bank Islam dan
pengurusannya serta
mempunyai syarat-syarat
lain seperti untuk penalti
Bank-bank Islam
Akta Insurans 1996
(Insurance Act 1996)
mempunyai syarat-syarat
tentang perlesenan bagi
penjamin dan pelarasan
orang pertengahan
penjamin
juga mempunyai syarat
tentang polisi, skim dana
penjamin insurans, kuasa
penguatkuasaan bank
pusat dan syarat-syarat
lain.
Syarikat-syarikat
Insurans
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 47
Akta Takaful 1984
(Takaful Act 1984)
untuk peraturan dan
pendaftaran perniagaan
takaful di Malaysia dan
untuk tujuan lain yang
berkaitan dengan takaful
takaful dalam konteks ini
bermaksud skim
berdasarkan persaudaraan,
perpaduan dan saling
membantu.
Pengendali-
pengendali takaful
Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002
(Development Financial
Instituitions Act 2002) -
(DFIA)
fokus kepada
pembangunan institusi
kewangan yang efektif
dan berkesan untuk
memastikan peranan,
objektif, aktiviti institusi
tersebut selaras dengan
polisi kerajaan
Institusi Kewangan
Pembangunan
Akta Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia 2005
(Malaysia Deposit
Insurance Corporation Act
2005)
mentadbir sistem insurans
deposit di Malaysia
tujuan PIDM adalah untuk
menggantikan sebarang
jaminan yang disediakan
oleh kerajaan sebelum ini
berhubung dengan deposit
yang disimpan di bank
perdagangan, syarikat
kewangan dan bank-bank
Islam yang berlesen
Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 48
1. Jelaskan proses pembiayaan langsung dan pembiayaan
tidak langsung.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran kewangan
dan apakah fungsinya?
3. Apakah perbezaan antara pasaran wang dan pasaran
modal?
4. Jelaskan empat jenis pasaran kewangan utama di
Malaysia berserta dengan contoh.
5. Mengapakah Pasaran Melalui Kaunter (OTC) lebih
terkenal berbanding pasaran pertukaran?
6. Nyatakan tiga jenis instrumen kewangan pasaran wang
yang ada di negara kita.
7. Apakah yang anda faham tentang konsep kecairan dan
risiko dalam instrumen kewangan?
8. Apakah kegunaan instrumen kewangan?
9. Huraikan dua jenis instrumen kewangan pasaran wang
dan instrumen kewangan pasaran modal.
10. Nyatakan tiga jenis perantara kewangan.
11. Huraikan tentang fungsi-fungsi Bank Pusat di Malaysia.
12. Jelaskan tiga fungsi perantara kewangan.
13. Terangkan bagaimana Bank Perdagangan mencipta
keuntungan.
14. Jelaskan secara ringkas tentang akta kewangan di
Malaysia.
2.5