refleksi
DESCRIPTION
refleksi gerko persatuanTRANSCRIPT
KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)
REFLEKSI KENDIRI
Sesungguhnya, tugasan WAJ 3106 pada semester kali ini merupakan satu tugasan yang benar-
benar menyumbang kepada ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna. Pertama sekali,
ingin saya nyatakan bahawa sebermulanya menerima tugasan ini, saya merasakan bahawa
saya bakal memikul satu tanggungjawab yang berat dan penting dalam tugasan ini. Memimpin
sebuah persatuan dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi bukanlah satu tugasan yang
mudah, malah amanah yang diberi ini akan menilai secara holistik berkaitan dengan sifat
kepimpinan saya dalam memimpin persatuan tersebut secara khususnya.
Sebagai seorang pengerusi yang memimpin persatuan, saya dapat merasakan setiap kali
ketika berdepan dengan ahli-ahli yang lain, saya perlu sentiasa yakin dan berani dalam
memberikan sesuatu arahan. Saya cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan gaya
1 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013
OLEH : MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT
NO. K/P : 910104-07-5545
PROGRAM : PISMP SEM 6 MT (PEND. RENDAH) JANUARI 2011
KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)
komunikasi dan penyampaian saya terhadap ahli-ahli persatuan yang lain agar segala arahan
yang disampaikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam sesebuah persatuan mahupun
sesebuah organisasi, sekiranya pengerusi tidak memainkan peranan dengan baik maka hala
tuju dan perjalanan aktiviti persatuan dan organisasi tersebut menjadi kelam kabut dan sentiasa
dalam tidak tersusun. Justeru, sepanjang saya menjawat jawatan sebagai Pengerusi persatuan,
saya sentiasa dalam keadaan yang yakin dan tenang bagi memastikan segala perancangan
yang telah dirancang dapat terlaksana hasil daripada arahan yang diberikan oleh saya selaku
pengerusi.
Menyentuh mengenai projek pameran yang telah berlangsung, sepanjang berlangsung
pameran tersebut, saya tidak menghadapi sebarang masalah yang kritikal mahupun terlalu
membebankan. Apa yang ingin saya tekankan di sini, sikap toleransi dan kerjasama yang
begitu tinggi telah mendatangkan hasil perjalanan projek yang tersusun dan begitu sistematik.
Pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” telah menjadi prinsip persatuan sekaligus
mendorong setiap ahli untuk membantu satu sama lain dalam melaksanakan projek dan
tugasan yang diberikan. Dari sudut peribadi saya, pengalaman menguruskan projek pameran
ini merupakan satu pengalaman dan ilmu yang cukup bermanfaat buat diri saya. Mana
tidaknya, apabila ditempatkan di sekolah kelak, tidak mustahil saya sendiri akan dilantik untuk
2 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013
KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113)
menjawat beberapa jawatan penting yang memerlukan pengalaman dan ilmu yang tertentu bagi
menjawat jawatan tersebut.
Justeru, segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada penganjuran projek pameran ini,
akan saya sematkan di dalam jiwa dan hati, sebagai bekalan yang tiada nilainya pada masa
yang mendatang. Tidak lupa untuk saya ucapakan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan
bersyukur kerana dipertemukan dengan pensyarah penasihat persatuan saya, En. Md.Nasir Bin
Hamid , kerana tidak jemu berkongsi maklumat dan pengalaman beliau. Segala apa yang
disampaikan oleh beliau merupakan perkara yang cukup penting, dalam menyediakan diri
sebagai seorang pendidik kelak.
Kesimpulannya, tugasan projek pameran pada semester kali ini benar-benar mendidik saya
untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dalam aspek pengurusan dan kepimpinan
terutamanya. Tidak semua insan yang terpilih untuk merasai dan menimba ilmu serta
pengalaman seperti apa yang saya perolehi menerusi pelaksanaan projek pameran ini.
inshaAllah, segala apa yang diperolehi diharapkan mampu untuk memberi seribu manfaat dan
kebaikan kepada kehidupan saya mahupun masyarakat, agama, bangsa dan negara.
3 DISEDIAKAN: MOHAMAD AZWAN MOHD PUAT PISMP- MT/PJ/BM SEM 6 2013