refleksi
DESCRIPTION
rbtTRANSCRIPT
4.0 Refleksi
Syukur kepada Tuhan, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan KKP ini
mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya
hadapi untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna. Dalam tempoh saya melakukan
tugasan ini saya telah mengalami beberapa masalah dalam usaha saya untuk memastikan
tugasan ini dapat disiapkan mengikut kehendak soalan. Penerangan awal tersebut membantu
saya dalam membuat perancangan bagi menjalankan tugasan ini dengan baik. Setelah saya
memperolehi kertas tugasan tersebut, saya mencari maklumat daripada internet berkaitan
dengan topik-topik yang diingini. Pembahagian kerja ini mempercepatkan lagi proses
mengumpulkan maklumat.
Pada awal pembelajaran, saya telah diperkenalkan dengan tanaman hiasan, jahitan dan
juga topik ikan hiasan, jenis-jenis ikan hiasan serta cara penjagaan ikan hiasan. Ketiga - tiga
topik ini perlu menjalani amali secara individu oleh setiap guru pelatih. Amali yang pertama
dijalankan ialah tanaman hiasan, (mengetut). Kami telah mengetut bunga raya yang telah dipilih
oleh pensyarah pembimbing kami untuk membuat proses mengetut bunga raya. Setelah
melakukan amali tersebut, saya telah mempelajari satu kemahiran iaitu mengetut. Teknik ini
telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannya seperti merosakkan
pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad dan pertumbuhan anak pokok itu tidak
menentu. Teknik ini biasanya dilakukan pada tanaman ciku, jambu batu dan limau.
Selain itu, saya juga telah menjalani amali jahitan iaitu menjahit apron yang telah
ditetapkan oleh pensyarah pembimbing. Dalam amali ini, saya telah didedahkan pelbagai
jahitan dalam amali tersebut. Dalam amali jahitan. Pensyarah pembimbing telah meminta lima
jahitan tangan dalam proses pembuatan apron.
Sebelum amali pemeliharaan ikan hiasan dijalankan, saya telah mempelajari beberapa
aspek penting tentang persediaan dan juga langkah-langkah yang bakal dilakukan. Kemudian,
air telah diisikan ke dalam akuarium pada aras yang telah ditetapkan bagi memastikan ikan
hiasan dapat bergerak dan juga bernafas dengan selesa. Setelah akuarium diisikan dengan air,
anti-klorin telah dicampurkan bagi meningkatkan lagi kualiti air yang bakal didiami oleh ikan
hiasan. Saya mendapat hasil pembelajaran yang baru disini kerana air yang telah dicampurkan
dengan anti-klorin akan kembali kepada kadar yang biasa iaitu separti habitat semula jadi ikan
hiasan berbanding dengan air tanpa dicampur anti-klorin mempunyai kadar klorin yang tinggi
dan tidak seduai untuk didiami ikan hiasan.
Selepas itu, ikan hiasan telah dimasukkan ke dalam akuarium. Saya telah mendapat 6
ekor ikan hiasan. Di antara ikan hiasan bagi amali ini ialah ikan Gourami (2 ekor), ikan Guppy (2
ekor) dan ikan Tiger Barb (2 ekor). Melalui pemerhatian yang saya jalankan, saya mendapati
ikan Guppy berenang hanya pada permukaan akuarium, Tiger Barb berenang pada
pertengahan akuarium manakala Gourami hanya berenang pada dasar akuarium. Ikan Gourami
hanya naik ke permukaan akuarium apabila ianya memerlukan makanan untuk terus hidup.
Saya telah mampu untuk menyediakan Carta Gantt yang menunjukkan aliran kerja
ddengan jelas, menyediakan lakaran cadangan idea yang menunjukkan bentuk, fungsi dan
label degan jelas, membuat lakaran perkembangan idea mempunyai ciri-ciri inovasi dengan
lengkap dan kemas serta menyediakan maklumat berkaitan yang bertepatan, lengkap dan
dipersembahkan dalam bentuk grafik yang jelas.